Addin |
- Caj Tambahan RM2, Melaka Negeri Termiskin?
- Gempar!! Mamak Pencacai Ni Di Aibkan Oleh Ayah Adam Adli..
- Skandal Terbaru Keluarga Lembu
Caj Tambahan RM2, Melaka Negeri Termiskin? Posted: 17 Jan 2012 02:00 PM PST Melaka memang indah khabar dari rupa, pelbagai isu yang menjadi kontroversi di Melaka seperti Eye On Malaysia yang kini sudah di sita. Isu Pulau Melaka yang dibina jutaan ringgit dan sehingga kini tiada berpenghuni. Terbaru projek monorel Sungai Melaka yang kerap kali mengalami kerosakan. Pelbagai projek 'sakit' di jalankan di Melaka. Melaka yang dikenali antara negeri terkecil di Malaysia tetapi mempunyai Ketua Menteri yang rakus menjalankan pelbagai projek. Hasilnya rakyat Melaka terpaksa menanggung hutang yang di buat oleh kerajaan negeri yang di kuasai Umno BN. Terbaru, kerajaan Melaka mengenakan caj warisan sebanyak 5% yang telah berkuatkuasa pada 1 Oktober. Ali Rustam kelihatan mengenakan caj RM2 walaupun telah memansuhkan cukai warisan sebanyak 5%. Difahamkan cukai tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha-pengusaha hotel di sekitar Melaka. Ketua Menteri Melaka Pengemis Ketua Menteri Melaka boleh diibarat seperti pengemis yang melukut ditepi gantang dengan mengenakan caj RM2 walaupun telah memansuhkan cukai warisan sebanyak 5% yang telah berkuatkuasa pada 1 Oktober 2011 yang lalu namun cukai tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha hotel. Tindakan mengenakan cukai sebanyak 5% itu membebankan kepada mereka yang menginap. Jika Melaka benar-benar negeri maju, mengapa perlu ada caj warisan? Kerajaan Melaka selalu membuat perbandingan dengan Kerajaan Kelanatan namun kerajaan Kelantan tidak pula mengenakan caj warisan seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Melaka bahawa Kelantan negeri yang mundur. Peliknya negeri maju ada caj warisan. Adakah caj tersebut semat-mata untuk menampung hutang kerajaan Melaka yang kian menggunung atau untuk diisi dalam kocek pemimpin dari parti yang memerintah? Jika benar-benar maju, tidak perlu adakan caj warisan atau kutipan RM2 ini. Ia mencerminkan kerajaan pimpinan Ali Rustam makin kekurangan duit. Mohd Ali berkata, pengusaha perlu menjelaskan caj tersebut setiap bulan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). Beliau berkata, satu Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan akan ditubuhkan bagi melicinkan proses pelaksanaan caj berkenaan. Satu kenyataan Ketua Menteri yang tidak konsisten dan seperti lidah biawak adalah tindakan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan sedangkan beliau sendiri yang menghapuskan caj warisan dan mengapa perlu diwujudkan jawatankauasa pelaksaan ini. Ini membuktikan mereka tetap akan laksanakan tapi dengan cara lain. Ia seperti istilah menginap pada pandangan Ketua Menteri Melaka, "Kami tidak akan menginap dihotel tetapi akan menginap di rumah". Ini bermaksud walaupun tidak menginap dihotel ia tetap menginap dirumah. Tetapi pada masa yang sama akan cuba masuk hotel walau tidak menginap. Inilah cakap-cakap pemimpin yang tidak bertamadun. Ketua Menteri mengenakan caj RM2 ibarat Melaka lebih miskin dari Kelantan sedangkan Ketua Menteri Melaka mewar-warkan bahawa Melaka Maju tetapi disebaliknya ada pengemis meminta duit RM2. ~dppkbktkatil |
Gempar!! Mamak Pencacai Ni Di Aibkan Oleh Ayah Adam Adli.. Posted: 17 Jan 2012 07:14 AM PST Padan muka mamak pencacai nih.. baru dia bertemu buku dengan ruas. Dia ingat semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan macam ahli Umno yang lain. Kalau Addin jadi macam mamak pencacai nih, harus aku sorok muka dalam almari.. tapi mamak pencacai nih muka tebal macam tembok boleh buat dek je..Kes ni terjadi apabila Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican (gambar) mempelawa untuk memujuk bapa Adam Adli agar meminta anaknya memohon maaf terhadap Najib Razak dalam isu menurunkan bendera pemimpin Umno itu tidak diterima.. Bapa Adam Adli tolak tawaran "mohon maaf kepada PM" Di sebalik ugutan "menampar dan meludah pada muka Adam", yang disampaikan melalui video di Youtube oleh sekumpulan anggota UMNO, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Reezal Merican Naina Merican telah menelefon bapa Adam Adli, menawarkan agar anaknya memohon maaf kepada Presiden UMNO, berikutan perbuatan Adam menurunkan bendera berwajah Najib Razak. Reezal Merican (gambar kanan) cuba menjelaskan kepada bapa Adam Adli, tentang perbuatan "biadap" yang telah dilakukan Adam. Namun, menurut Adam Adli, "Ayah saya jawab, 'saya ada facebook, saya pun ada internet. Saya tahu'." Reezal Merican dikatakan menyusul dengan tawaran pertolongan, agar Adam diaturkan untuk memohon maaf kepada Perdana Menteri, tetapi dibalas oleh bapa Adam, "Tak apa-lah, saya minta pertolongan Tuhan." Demikianlah kisah yang dikongsikan Adam Adli, aktivis mahasiswa yang mencetuskan kontroversi setelah menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO, dan kemudian menaikkan panji kebebasan akademik. Beliau digantung tiga semester oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) lantaran perbuatannya pada 17 Disember 2011 itu. Ketika ditanya keadaan keluarganya, setelah insiden-insiden ini berlaku, Adam menjawab, "Family saya sangat okay. Mereka juga berjuang." Jawapannya disambut dengan tepukan, sebelum beliau meneruskan, "Mereka yang lahirkan saya. Kerana mereka yang lahirkan saya, mereka lebih kenal saya, dan saya ikut mereka." Adam Adli berucap dalam satu forum berjudul "Adam Adli, Kebebasan Akademik & Kebangkitan Mahasiswa", bersama Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang dan aktivis seni Fahmi Reza. Forum anjuran Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL di auditorim bangunannya itu, semalam, telah menarik kehadiran lebih 150 orang, yang kebanyakannya terdiri daripada siswa-siswa. Ada tawaran dari parti politik Adam Adli, 22, kini menjadi tumpuan setelah digantung tiga semester pelajarannya di UPSI. Ketika ditanya oleh seorang hadirin sama ada beliau akan melibatkan diri dalam politik partisan, secara jujur beliau mengakui bahawa memang ada tawaran dari parti politik setelah dirinya terlibat dalam insiden tersebut. Beliau mengisahkan pengalaman bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Abdul Aziz Bari yang sudah hampir pasti akan menyertai parti politik, meluahkan keresahan mereka terhadap pakar perlembagaan tersebut. 【Baca: Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam】 Adam (gambar kiri) berkata kepada Aziz Bari, "Kalau prof masuk politik, prof boleh berjasa kepada satu parlimen sahaja. Prof tak boleh berjasa kepada satu negara. Pandangan prof akan dikecilkan. Prof tidak lagi stand untuk akademik. Tidak lagi dipandang sebagai seorang akademia kerana apa-apa pun pandangan prof, orang akan anggap prof pro ke mana-mana parti politik." Beliau menyatakan bahawa dirinya tidak berhasrat untuk mengambil pendirian partisan, dan kalau dirinya benar-benar berjuang untuk memenangkan satu parti politik sahaja sebagaimana yang didakwa, maka beliau tidak akan turun untuk terlibat dalam satu demonstrasi di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), yang menyasarkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Kedah. "Saya seorang mahasiswa, kalau saya berapat, memang saya ada kawan dalam parti politik. Saya tak boleh buat macam tu, kerana itu akan menghina perjuangan rakan-rakan saya. Itu pendirian saya," kata Adam, yang masih ditawarkan pentas parti politik sehingga hari ini. Beliau tahu ramai yang akan kecewa seandainya beliau menyertai parti politik. Sebelum ini, beliau menjelaskan, "Saya tertanya-tanya, siapa musuh saya? Adakah saya bermusuh dengan UMNO, atau bermusuh dengan kerajaan? Adakah saya cari lawan parti politik, atau saya lawan sang penguasa? Orang menganggap saya melawan UMNO, kerana itu adalah Presiden UMNO, itu adalah bangunan UMNO." "Tapi aku boleh buat apa dengan acedemic freedom? No, aku tak boleh buat apa-apa. Yang boleh adalah kerajaan. The government. Sebab itu saya anggap lawan saya bukannya UMNO. Lawan saya adalah kerajaan. Kerana saya adalah rakyat, bukan parti politik. Lawan UMNO adalah parti politik lain. Saya rakyat, saya lawan dengan penguasa. Itu saja." Sungguhpun UPSI menyediakan beliau untuk menjadi seorang guru setelah tamat pengajiannya, namun beliau mempersoalkan, "Tapi siapa kata saya hanya boleh jadi seorang guru? Saya boleh jadi sesiapa saja saya mahu, asalkan ada iltizam, saya mahu, saya boleh jadi!" Malah beliau berkongsi impian dirinya, jikapun beliau menjadi seorang guru akhirnya, beliau akan memilih untuk bertugas di kampung orang asli yang tidak bersekolah. Fahmi: Aku sibuk sebab kau tak sibuk! Aktivis seni dan pengarah filem, Fahmi Reza pula mengkritik sikap khalayak ramai yang tidak mengambil berat isu mahasiswa. "Isu wanita ada NGO wanita, isu kanak-kanak, ada NGO kanak-kanak. Isu orang asli, ada NGO orang asli. Ada tak NGO untuk mahasiswa? Tak ada, kan?" "Ke mana kita? Kenapa kita (sebagai) rakyat, tak sokong dia orang ni?" Sambil menyindir diri sebagai "penyibuk", Fahmi (gambar kiri) berkata dirinya bukan mahasiswa tetapi sibuk nak pertahankan mahasiswa, "Mengapa saya sibuk? Sebab kau orang (hadirin) tak sibuk!" Bagaimanapun, Fahmi mengingatkan bahawa mahasiswa hanya memerlukan sokongan kita, tetapi bukan "pimpinan" kita. Fahmi menambah, sering kali parti politik menganggap mahasiswa perlu dipimpin, namun untuk Fahmi, "Biar mereka (siswa) pimpin dia orang sendiri, kita support dia dari belakang." Malah beliau berkata, siswa mudah terlibat dalam parti politik kerana parti politik memberi sokongan kepada mereka, sesungguhnya dengan harapan untuk menarik mahasiswa ke dalam parti mereka. Safwan: Kita tak nak tumpang populariti Sementara itu, Muhammad Safwan Anang turut mencuit sesetengah pemimpin parti politik yang cuba mengambil kesempatan ke atas gerakan yang telah dibina siswa. Mengambil contoh insiden pada awal pagi 1 Januari 2012, sesetengah ahli politik "menghulurkan bantuan tanpa diminta", namun apabila siswa memperjuangkan isu yang beri kepentingan kepada rakyat dan bukan kepada parti tertentu, "di mana mereka?", Safwan mempersoalkan. "Kita tak nak pun menumpang populariti-populariti yang hanya mencari di awal waktu, yang kemudian ditinggalkan, bayang-bayang pun tak nampak." Safwan (gambar kanan) berkata, beliau tidak menafikan peranan pemimpin politik, "tapi jangan ambil kesempatan, jangan ambil peluang di atas gerakan yang kita bina!" ~merdekareview |
Skandal Terbaru Keluarga Lembu Posted: 16 Jan 2012 07:05 PM PST Jikalau macam ni punya perangai mentedarah wang rakyat macam wang mak bapak sendiri.. memang elok pun di gelar keluarga Lembu. Selepas satu pendedahan, satu pendedahan menunjukkan kebiadapan keluarga Lembu ini dalam memboroskan wang rakyat. Sudahlah di anugerahkan projek yang memang keluarga lembu tiada kemahiran, di songlap duit rakyat sesuka hati. Ikuti pendedahan terbaru keborosan keluarga Lembu ini dalam penggunaan kad kredit. Fuhh!! kalau SPRM mengatakan tiada bukti kukuh lagi.. ntah lah.. NFC Malaysia : Keluarga Shahrizat Jalil Belanja RM593,500 Kad Kredit Guna Duit "Lembu" NFC? Kalau berbelanja mengikut nafsu dan boros menggunakan kad kredit untuk kepentingan diri sendiri sehingga tergamak menggunakan wang rakyat Malaysia melalui dana NFC Malaysia, ini sudah melampaui batas. Satu demi satu pembongkaran mengenai kes isu NFC Malaysia, tetapi kami lihat semacam lambat dan lembap sahaja penyiasatan skandal penyelewengan ini. Perlu sentiasa disergah dan diperhatikan sepanjang siasatan berlangsung. Media arus perdana di Malaysia juga kurang memberikan liputan mengenai skandal penyelewengan NFC Malaysia ini. Semacam tiada apa-apa yang serius berlaku sekarang ini. Dan pembongkaran terbaru dibuat oleh saudara Rafizi Ramli yang mendakwa terdapat penyalahgunaan dana 'lembu' NFC Malaysia yang telah digunakan untuk tujuan persendirian. NFC Malaysia : Butiran Belanja Kad Kredit Ahli Keluarga Shahizat Jalil (tahun 2009) 1) Dato' Seri Mohamad Salleh Ismail: RM15,210 (purata belanja sebulan) RM182,525 (purata belanja setahun) 2) Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh: RM13,389 (purata belanja sebulan) RM160,673 (purata belanja setahun) 3) Wan Izzana Fatimah Mohamad Salleh: RM10,658 (purata belanja sebulan) RM127,900 (purata belanja setahun) 4) Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh: RM10,200 (purata belanja sebulan) RM122,402 (purata belanja setahun) Kalau dikirakan perbelanjaan kad kredit ahli keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil ini telah mencecah RM593,500. Kepada pihak polis teruskan menyiasat. Sekarang ini Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang bercuti rehat selama tiga minggu. Lagi satu yang menjadi persoalan kami sekarang mengenai tindakan bekukan aset NFC kerana kerajaan masih tidak memaklumkan lagi apa yang dibekukan sebenarnya, bagaimana ia dibeku dan atas permohonan siapa dan bawah undang-undang apa ianya dibekukan. Dalam pada masa yang sama, NFC Malaysia berani memberikan kenyataan perniagaan mereka masih lagi berjalan seperti biasa. Macam mana itu? ~beritasemasa |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan