Selasa, 3 Januari 2012

Addin

Addin


Ahli Parlimen BN Sabah Bakal Sertai Pakatan Rakyat?

Posted: 03 Jan 2012 10:24 AM PST

Setelah 2 veteran UMNO menyertai DAP iaitu Dato' Arif Sabri bekas ADUN Pulau Manis, Pekan dan blogger Aspan Alias. Kini, dikhabarkan MP BN Beaufort, Sabah Dato' Lajim Ukin (gambar) akan menurut jejak Arif Sabri dan Asapan Alias. Sekiranya ini benar-benar berlaku akan memberi tamparan hebat buat Najib dan para gerombolan UMNO. UMNO Bn yang kini kelihatan amat terdesak untuk memenangi hati rakyat dalam kempen PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa. 

Tahniah.. buat Dato' Arif Sabri dan Aspan Alias yang membuat kejutan pada tahun baru  yang membuktikan DAP bukanlah komunis sepertimana yang digembar gemburkan oleh UMNO.

Lajim Ukin Mahu Keluar UMNO?

Pemuda PAS Sabah hari ini menyambut baik dan mengalu-alukan tindakan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin jika mahu keluar daripada Umno BN. Ketuanya, Lahirul Latigu berkata, jika benar dakwaan itu, tindakan yang dibuat oleh ahli parlimen itu sekaligus memberi petanda bahawa Umno BN juga ditolak oleh pemimpinnya sendiri.

"Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan beliau untuk keluar daripada Umno BN. "Ini merupakan petanda bahawa, Umno BN tidak hanya ditolak oleh rakyat tetapi termasuklah pemimpinnya sudah meragui kewibawaan parti itu," katanya.

Sehubungan itu, kata Lahirul, pihaknya turut mempelawa Datuk Seri Lajim untuk bersama-sama perjuangan Pakatan Rakyat bagi membela nasib dan taraf hidup rakyat Sabah. "Kita pelawa beliau untuk sama-sama dengan Pakatan Rakyat. Beliau sudah sedar apabila bersama UMNO/ BN masih tidak berubah. "Yang berubah ialah pemimpin-pemimpin Umno BN," ujar Lahirul.

Lajim, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum ini diwar-warkan akan keluar dariUmno dan akan mengetuai satu front baru yang dikenali sebagai SPF sebagaimana yang telah dilaporkan di media massa perdana.

Desas desus mengatakan demikian semakin kuat apabila tindakan Lajim menghadiri majlis sambutan Krismas bekas wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk John Ghani yang turut dihadiri beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PKR, N. Surendran dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. 
 
Tambah Lahirul (gambar) , sifat pemimpin Umno BN yang tidak mengenang budi dengan jasa-jasa Lajim yang telah memberi kuasa kepada Umno BN untuk memegang tampuk pemerintahan Sabah sekitar tahun 1994 lalu juga menyaksikan bahawa parti itu dalam dilema dan perpecahan.

"Tindakan berani Lajim melompat daripada PBS kepada Umno bersama beberapa rakannya yang lain telah memberi laluan Umno mendapat majoriti mudah mentadbir negeri," jelasnya. ~harakahdaily

Sah!! Afdlin Shauki Sertai UMNO Kerana 'Cari Makan'?

Posted: 03 Jan 2012 07:46 AM PST

Pelakon terkenal Afdlin Shauki sah telah menyertai UMNO bersama pasangannya Maharaja Lawak Mega, Harun Salim Bachik. Yang menjadi pertanyaan.. kenapa ketika ini? Pada saat ini? Setelah segmen Maharaja Lawak Mega yang menjadikan   Bik Mama bahan lawak Afdlin Shauki dan pasangannya menjadi kontroversi. 

Kemungkinankah ada tekanan dari pelbagai pihak menyebabkan Afdlin Shauki menyertai UMNO bagi menebus kembali kesalahannya memperkecilkan Bik Mama dalam pertandingan tersebut? Jikalau Afdlin Shauki penyokong tegar UMNO.. kenapa sanggup memperkecilkan Bik Mama di hadapan jutaan rakyat Malaysia? Hanya Afdlin ada jawapannya..
 
Sah! Afdlin Shauki Sertai UMNO


Penghibur terkenal, Afdlin Shauki hari ini mengesahkan yang beliau menyertai UMNO bersama rakan lawaknya dari kumpulan Boboi, Harun Salim Bachik.

Afdlin yang baru memenangi tempat kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama Harun berkata, keputusan untuk mereka menyertai UMNO adalah disebabkan untuk memberi kesedaran kepada golongan muda tentang sebuah kerajaan yang diketuai oleh parti itu yang telah banyak berjasa kepada perjuangan agama, bangsa dan negara.

"Saya sebenarnya sudah menyokong UMNO sejak umur saya sudah boleh mengundi, namun sekarang saya rasa saya tak perlu sembunyikan lagi sokongan saya.

"Saya menyertai UMNO untuk menunjukkan sokongan saya kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, yang bersungguh-sungguh di dalam program transformasinya membetulkan apa yang perlu diperbetulkan.

"Kami penyokong tegar UMNO," kata Afdlin Shauki, menjelaskan tujuan sebenar mereka menyertai UMNO pada sidang akhbar khas tersebut.

Afdlin berharap agar tindakannya menyertai UMNO akan menjalin kerjasama erat antara kerajaan Barisan Nasional dengan para artis.

"Saya percaya dengan perjuangan dan usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita terutama sekali untuk industri seni tanah air kita dan memerlukan suara politik yang kuat untuk melihat masalah dalam industri seni," katanya lagi.

Menurut beliau, mereka berdua akan cuba memperjuangkan dan memberi sokongan terhadap parti ini serta bersama-sama mendidik remaja hari ini melalui cabang seni agar dapat memberikan impak kepada parti UMNO sendiri dan masyarakat.

Apabila ditanya tentang tanggapan peminat setia terhadap pembabitan politik mereka, dari awal lagi sudah difikirkan semasak-semasaknya dan mereka harus berani untuk menerima apa sahaja kemungkinan terjadi.

"Kami sudah bersedia untuk berhadapan dengan perkara itu (tanggapan peminat)…mereka punya hak sendiri untuk befikir dan janganlah kami dipolitikkan," tegas Afdlin.

Penyertaan kedua karyawan seni tanahair itu disambut baik Datuk Abd. Raof Yusof yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang dan beliau mengalu-alukan agar ramai lagi penggiat seni untuk sama-sama menyertai parti politik Melayu terbesar itu.

Dalam pada itu, Harun yang juga merupakan Presiden Seniman berkata, beliau sememangnya menyokong UMNO dari dulu dan bangga untuk membantu memberikan sokongan kepada kepimpinan kerajaan sedia ada melalui bidang seni hiburan.

"Kehadiran kami sebagai tanda sokongan usaha-usaha kerajaan khususnya UMNO dalam membentuk satu kerajaan yang adil dan saya tidak langsung teragak-agak untuk menyerahkan borang penyertaan ini," katanya.

Sebelum ini pelakon Bob Lokman juga memilih platform politik tetapi di dalam parti Pas.

Ironinya, kedua-dua mereka iaitu Bob dan Afdlin pernah berkerjasama dan menjadi juri dalam pertandingan Raja Lawak yang pernah disiarkan oleh Astro.

Pada 14 Oktober lalu seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Media sebelum ini juga pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak. Selepas itu pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng. ~mynewhub


Polis Ugut Bloggers Jangan Sokong 901

Posted: 03 Jan 2012 06:19 AM PST

Rupa - rupanya terdapat amaran daripada PDRM agar para penulis blog tidak mempromosikan kepada orang ramai atau menghasut mereka untuk menyertai Perhimpunan Raksaksa yang akan berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 ini atau berhadapan dengan tindakan.  Kalau tak salah, ini adalah kali pertama amaran sebegini dikeluarkan kepada penulis blog supaya tidak mempromosikan demonstrasi.

sumber

Sebenarnya, yang membuat promosi hebat adalah TV3, Utusan Malaysia dan media arus perdana. Blog hanya berperanan di alam maya. Bukan semua orang ada akses internet. TV3 dan Utusan Malaysia lebih meluas rangkaiannya.

Ditambah lagi dengan laporan demi laporan polis dari NGO Melayu yang membantu menyebarkan kepada orang ramai tentang perhimpunan 901. ~aminiskandar



Prof. Aziz Bari Bakal Ganti Hasan Ali Di DUN Gombak Setia?

Posted: 03 Jan 2012 04:24 AM PST

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengesahkan bahawa beliau ada bertemu dengan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari beberapa hari yang lalu tetapi tidak membincangkan soal calon pilihan raya umum akan datang.Oleh yang demikian katanya, spekulasi yang mengatakan Dr Aziz Bari mungkin akan diletakkan sebagai calon PAS menggantikan Datuk Dr Hasan Ali di Gombak Setia tidak berbangkit sama sekali.

Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak menolak kemungkinan perbincangan untuk menamakan pensyarah kontroversi itu sebagai salah seorang calon PAS di Selangor berlaku di peringkat Pusat tanpa membabitkan PAS negeri.

"Spekulasi tetap menjadi spekulasi, saya tidak tahu langsung tentang percaturan berkenaan. PAS Selangor tak tahu sama ada Dr Aziz (gambar) disenaraikan sebagai calon ataupun tidak. "Tapi kalau perbincangan dibuat di peringkat PAS Pusat saya tak pasti. Mereka mempunyai kuasa yang lebih besar untuk menentukan calon," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai spekulasi yang dibuat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa hasrat Abdul Aziz untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat di Selangor merupakan satu lagi strategi bagi mengenepikan Dr Hasan di negeri berkenaan.

Dr Hasan yang juga Pengerusi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Negeri Selangor merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia.

Namun Abdul Rani yang juga ADUN Meru menegaskan bahawa kedudukan Hasan serta semua wakil rakyat parti itu akan ditentukan oleh PAS Pusat. "Kita belum tahu nasib Dr Hasan, semua itu urusan PAS Pusat. PAS Selangor hanya kemukakan cadangan tapi keputusan muktamad adalah di tangan mereka," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Abdul Aziz mengenai kedudukan beliau dalam PAS serta hasrat bertanding pada pilihan raya akan datang Abdul Rani berkata: "Saya ada berjumpa beliau beberapa hari yang lalu, tapi tiada perbincangan khusus dibuat mengenai perkara ini.

"Kami tidak berbincang mengenai soal calon," ujarnya lagi. Sebelum ini Abdul Aziz mengumumkan kesediaannya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang namun tidak menyatakan secara khusus parti manakah yang bakal disertainya. ~kltoday

Tiada ulasan: