Selasa, 27 Disember 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Sorotan Tahun 2011, skandal dan kerakusan Umno semakin terserlah!

Posted: 27 Dec 2011 09:53 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB

Tirai tahun 2011 hanya tinggal dua hari sahaja untuk dilabuhkan semasa penulis melakar artikel ini untuk tatapan pembaca setia Harakah.

Sepanjang tahun 2011, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam kamus politik negara yang pastinya dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

Namun paling meriah dibicarakan pastinya isu-isu skandal rasuah mahupun penyelewengan membabitkan kepimpinan negara serta perbicaraan liwat kedua membabitkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Tahun 2011 bermula dengan isu pertemuan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur,yang turut dihadiri Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak,

Nik Aziz kemudiannya menjelaskan bahawa pertemuan itu tiada kaitan dengan isu politik.

Kemudian, cakap-cakap mengenai kemewahan dan keghairahan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semakin hebat, termasuk dalam kes perbelanjaan mewah dan pembelian barangan peribadi yang menelan belanja ratusan malah jutaan ringgit.

Tidak lekang dengan isu Rosmah, kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang di Johor menyusul dengan 'Aura Cikgu Mala' (calon PAS, Normala Sudirman) menjadi topik hangat diperkatakan.

Namun, aura Cikgu Mala tidak mampu mengugat keyakinan pengundi tegar Umno BN di Tenang yang akhirnya memberi kemenangan kepada calon BN, Mohd Azhar Ibrahim.

Sebaik keputusan kemenangan Azhar diumumkan, Tenang bagaikan bergelora dengan musibah banjir yang menyebabkan petugas media, penyokong dan jentera pilihan raya tidak dapat keluar daripada kawasan itu antara 2 ke 3 hari lamanya.

Selepas Tenang 'menjadi gelora', tahun 2011 diserikan lagi dengan desas desus mengenai sebarang kemungkinan pilihan raya umum bakal diadakan oleh kerajaan Najib Razak bagi mendapatkan mandat yang baharu.

Mood kemenangan di Tenang kononnya membantu Najib untuk mendapatkan ilham bagi mengadakan pilihan raya umum ke-13.

Ia ditambah dengan kononnya pilihan raya umum diadakan bersekali dengan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 pada April 2011,namun semua telahan itu tidak tepat, dan hanya Sarawak sahaja yang meraikan gelanggang demokrasi itu pada April 2011.

Kemeriahan pilihan raya negeri Sarawak diwarnai dengan serangan pelbagai pihak ke atas Ketua Menterinya, Tan Sri Taib Mahmud mengenai kekayaan dan skandal dalam pemerintahannya.

Taib Mahmud dikaitkan dengan pemilikan kekayaan dengan merembat hasil bumi Sarawak selain tanah-tanah rakyat Sarawak yang dipugarnya seperti milikan sendiri.

Sepanjang setengah bulan kempen pilihan raya negeri Sarawak berlangsung, Pakatan Rakyat dilihat mampu mengugat kedudukan Taib Mahmud, dan angin perubahan kononnya akan melanda Sarawak yang berpilihan raya pada 16 April 2011.

Namun, semua telahan itu tidak menjadi, akhirnya Sarawak masih kekal ditangan BN-PBB pimpinan Taib Mahmud, walaupun undi popular BN merosot daripada 63 peratus kepada 55 peratus sahaja.

Dalam pada pilihan raya Sarawak berlangsung, di Semenanjung, rakyat digemparkan dengan isu kematian anggota kanan Kastam, Ahmad Sarbaini di pejabat SPRM Jalan Cochrane.

Kematian beliau menggemparkan seluruh rakyat setelah sebelum ini Teo Beng Hock juga mati di pejabat SPRM Shah Alam.Isu kematian di pejabat SPRM bukan lagi menjadi isu 'perkauman' selepas kematian Ahmad Sarbaini.

Selepas pilihan raya negeri Sarawak, negara pula dimeriahkan lagi dengan desas-desus dalam pemilihan PAS dimana nama Mohammad Sabu menjadi sebutan sebagai pesaing kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa yang memegang jawatan Timbalan Presiden PAS untuk tiga
penggal sebelumnya.

Dalam persaingan dikatakan antara Mat Sabu-Nasharudin, akhirnya muncul seorang lagi calon iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang ketika itu menjawat Naib Presiden PAS.

Pemilihan berlaku dalam keadaan tiga penjuru, dan akhirnya Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi mengatasi kedua-dua pesaingnya.

Selepas Mat Sabu menang jawatan tersebut, PAS diserang hebat kononnya PAS menggadai perjuangan dengan meletakkan bukan Ulama menjadi kepimpinan PAS.

Namun, telahan dan dakwaan itu berjaya dipatahkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebutkan bahawa pemilihan Mat Sabu tepat pada masanya menjelang PRU-13 dalam suasana PAS dan Pakatan Rakyat berdepan PRU-13.

Dalam kemeriahan pemilihan PAS, pada 16 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala lumpur memerintahkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim membela diri dalam kes liwat kedua membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ramai penganalisis politik dan pimpinan Pakatan Rakyat melihat, tindakan itu membuktikan politik terdesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berdepan Anwar dalam masa yang sama Najib lemas dengan skandal-skandal membabitkan isterinya, Rosmah Mansor.

Politik negara kemudiannya terus panas dengan isu penganjuran perhimpunan Aman Bersih 2.0 yang dikepalai Dato' Ambiga Sreenevasan dan Dato' A Samad Said pada 9 Julai.

Tindakan kerajaan Najib menghalang dengan tidak membenarkan himpunan diadakan di Kuala Lumpur membibitkan rekasi negatif kalangan pimpinan Pakatan Rakyat mahupun NGO.

Negara bagaikan menjadi 'negara polis' apabila sehari sebelum himpunan diadakan, pihak berkuasa mengawal ketat jalan masuk ke Kuala Lumpur selain menyenaraikan nama-nama pimpinan Pakatan Rakyat dan aktivis NGO dihalang masuk ke Kuala Lumpur pada
tarikh 9 Julai.

Semasa himpunan diadakan, negara digemparkan lagi dengan kematian seorang pemandu teksi yang menyertai himpunan itu atas dakwaan dikasari oleh pihak berkuasa ketika melerai himpunan.

Selain itu beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ditahan termasuk Presiden PAS (Ustaz Hadi) dan kecederaan yang dialami Anwar kerana bos asap yang kononnya dituju ke arahnya oleh pihak berkuasa dalam melerai himpunan.

Tidak kurang hebatnya isu Mat Sabu dilanggar oleh kenderaan pihak berkuasa polis hingga menyebabkan kecederaan serius dilututnya menjadi perbualan dan liputan hebat.

Mat Sabu dituduh berbohong, namun Mat Sabu tampil mempertahankan dakwaannya itu dengan bukti laporan kesihatan daripada pusat perubatan pakar swasta mengenai kecederaan lutut yang menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil.

Media-media arus perdana turut menjadi alat untuk menyiarkan kenyataan pimpinan Umno-BN dan pihak berkuasa dalam menafikan kononnya pihak berkuasa yang melerai himpunan penyebab kematian pemandu teksi dalam himpunan Bersih 2.0.

Dalam pada isu perhimpunan Bersih 2.0 dibicarakan, negara telah dikejutkan dengan pendedahan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berhubung kemasukan cincin berlian bernilai RM24 juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

Dakwaan Rosmah membawa masuk cincin keluaran khas Jacob&Co itu kemudiannya dinafikan oleh blogger pro Umno, namun Badrul Hisham tampil dengam bukti dokumen kemasukan Kastam.

Rosmah dicabar menafikan kaitan dengan cincin itu, dan kemudiannya hanya menjawab ia dimasukkan ke Malaysia atas tujuan pameran sulit semata-mata.

Rosmah kemudiannya diserang dengan isu-isu pemilihan barangan peribadi berjenama yang menelan belanja ratusan ribu ringgit, dan kredibilitinya selaku isteri Perdana Menteri dipertikai.

Beliau didakwa membeli tiga unit beg tangan berjenama Hermmezz Mate pada nilai lebih RM300,000, gelang tangan pada harga RM1.65 juta selain kos pengendalian sidang wanita pertama pada nilai RM4.5 juta.

Senyap isu himpunan Bersih 2.0 dan Rosmah, isu ceramah Mat Sabu berkaitan Mat Indera pula mengambil tempat.Mat Sabu mencetus fenomena baharu dalam perbincangan semula mengenai sejarah negara setelah beliau meletakkan Mat Indera antara pejuang bangsa yang harus dikenang.

Kenyataannya itu mengheret beliau dengan kecaman oleh pimpinan Umno serta NGO Melayu kononnya Mat Sabu mengangkat pejuang Komunis.

Kecaman demi kecaman dan Mat Sabu berdepan dengan ugutan termasuk tindakan pihak tertentu melemparkan molotof koktail ke pintu pagar rumahnya.

Nama Mat Sabu disebut merata, ada yang menyanjung, tidak kurang yang menghinanya.Namun Mat Sabu digelar oleh pakar sejarah Universiti Malaya, Prof Mohammed Abu Bakar sebagai pencetus penulisan semula sejarah negara.

Selepas itu, negara dikejutkan dengan isu-isu pendedahan penyelewengan oleh kerajaan Umno-BN dalam Laporan Ketua Audit negara 2010.

Paling mendapat perhatian ialah pendedahan mengenai penyelewengan dalam dana rakyat RM250 juta membabitkan Pusat Fidlot Negara (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Skandal NFC didedahkan oleh Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Rafizi Ramli dan pada awalnya ia mendapat kecaman hebat oleh beberapa pimpinan Umno terutamanya Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin.

Kemudiannya, Rafizi tampil dengan pelbagai bukti mengenai penyelewengan Dana NFC antaranya termasuk pembelian kondominium mewah di Bangsar serta Singapura antara RM9 hingga RM10 juta.

Rafizi juga mendedahkan bagaimana aliran saham NFC yang dikuasai Pengerusi NFC, Dato' Dr Mohahhamd Salleh Ismail (suami Shahrizat) dan anak-anak Shahrizat.

Malah Rafizi turut mendedahkan aliran kewangan NFC yang dikatakan membiayai pelbagai syarikat berkepentingan keluarga Shahrizat termasuk yang berdaftar di Singapura.

Pendedahan skandal itu menenggelamkan pengumuman 'gula-gula pilihan raya' dalam Belanjawan 2012 yang dibentang Najib pada awal Oktober 2011.

Isu NFC terheret hingga cabar-mencabar dan adegan 'selak kain' serta 'sinsing lengan' oleh Shahrizat dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC.

Shahrizat akhirnya mendapat tamparan hebat dengan kenyataan beberapa pimpinan Umno yang mendesaknya melepaskan jawatan agar parti dan kerajaan tidak dimalukan dengan skandal membabitkan Ketua Wanita Umno itu.

Skandal NFC terus meniti dibibir masyarakat, disamping isu pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad selaku Pengerusi Felda dalam keadaan manipulasi berlaku semasa pelantikan itu.

Isa dikatakan memegang 'rahsia' Najib menyebabkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu kukuh pada kedudukan selaku pemegang rahsia walaupun sebelum ini dikaitkan dengan skandal rasuah semasa pemilihan Umno.

Penghujung tahun 2011, dalam keadaan beberapa buah negeri dilanda banjir (Pahang, Johor, Melaka, Kelantan dan Sarawak), negara juga dihangatkan dengan isu kritikan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa ke atas PAS.

Isu itu bergelandangan selama lebih dua minggu menyebabkan seluruh kepimpinan PAS bercakap mengenainya termasuk jawapan balas terhadap kritikan Hassan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali yang menjadikan keadaan semakin menarik.

Isu itu kemudiannya disusuli dengan penutupnya apabila PAS Pusat mengarahkan Hassan, Nasharudin Mat ISa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip bertemu dengan PAS Pusat bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Dalam kehangatan isu itu dibincangkan, tidak kurang perbicaraan kes liwat Anwar mendapat perhatian dengan Mahkamah Tinggi mengumumkan pada 9 Januari 2012 sebagai tarikh penentu nasib Ketua Pembangkang itu.

Selain itu, penutup tirai 2011 dihiasi dengan keputusan kes rasuah membabitkan bekas MB Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman spenjara setahun.

Kemudiannya, pendedahan mengenai idu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan mendapat wang pendahuluan daripada wang zakat Wilayah Persekutuan bagi menanggung pengurusan guaman dalam kes Liwat Anwar mendapat
perhatian.

Walaupun Jamil Khir tampil memberi penjelasan bahawa wang itu telah dibayar semula, namun rakyat mempertikai tindakan menteri yang menjaga agama itu dalam menggunakan wang zakat sedangkan rakyat miskin sukar untuk mendapatkan wang tersebut.

Selain itu, kes membabitkan pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli yang menurunkan bendera Najib juga menarik perhatian.

Adam Adli dianggap sebagai wira mahasiswa yang mahukan perubahan daripada kongkongan akademik Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), tidak kurang beliau dikecam dan diugut oleh penyokong dan pemimpin Umno-BN.

Kini rakyat menanti saat-saat berlakunya pilihan raya umum ke-13 yang mungkin membuka tirai tahun 2012 setelah melihat media Umno-BN menyerang setiap parti dalam Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kepimpinan PR.

Apakah peristiwa sepanjang tahun 2011 boleh menjadi ukuran kepada rakyat dalam menilai pihak mana yang harus menjadi pemerintah di negara ini, segala-galanya mungkin kini sedang dalam pertimbangan rakyat.

~penarik beca

~penarik beca


Mohon perlindungan ya Allah! Tok 'alim pun dibengongkan oleh propaganda syaitaniyyah Perkosa

Posted: 27 Dec 2011 09:02 PM PST

Bilakah masanya yang mesra Umno itu memilih jalan yang lurus?

Posted: 26 Dec 2011 10:38 PM PST

dollah yankee

dollah yankee


Kapal selam tak boleh selam, kapal terbang tak boleh terbang !

Posted: 27 Dec 2011 04:45 AM PST

Apo nak di kato, apo nak di buek..dah nasib kita, ada kapal selam tak boleh nak menyelam, ada pula kapal perang yang pernah berjalan 'gostan', hari ini pula keluar cerita yang ada kapal terbang tak boleh nak terbang pula! Bukan satu bah..tapi dua buah bah ! Apa laa punya malang, apa laa punya suwey !

Tak sampai pun 2 tahun beroperasi, kedua-dua kapal terbang 'dua alam' (darat boleh, laut pun boleh) itu terpaksa di-kurung dalam pagar dalam 'hangar' di Subang. Yang satu tu dah di-kurung sejak tahun lepas, manakala yang satu lagi dah masuk 8 bulan di-kurung (kalau lah kedua-dua buah kapal terbang itu kereta, dah tentu tak boleh pakai dah kereta tu. Nak kena 'major-overhaul' baru boleh berjalan).

Kedua-dua buah kapal terbang itu ada lah milik APMM (Agensi Penguatkuasa Maritime Malaysia), dan punca yang menyebabkan ia tak dapat terbang sebab APMM tak ada 'fulus', tak ada duit nak di-selenggara.

Gurkah-gurkah politik di'port' kata, akhir sekali kedua-dua kapal terbang ini kalau tak jadi bahan tontonan di-muzium, ia mungkin akan jadi besi buruk dan mungkin di-jual 'timbang kilo', sebab terlalu banyak sangat perkara dan benda yang perlu di-buat untuk membolehkan ia terbang semula.

dollah yankee -
Agak-agak...berapa banyak duit yang telah keluar untuk beli 2 buah kapal terbang ini??

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Kalau betul, saya ucap tahniah..!!

Posted: 27 Dec 2011 07:12 PM PST

Kepada DAP dan kedua2 tokoh veteran itu!!

DAP tarik veteran Umno untuk hakis serangan anti Melayu

December 28, 2011
KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.
The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pemuda DAP Anthony Loke(gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.
"Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami," kata Ahli Parlimen Rasah ini.
Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.
Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil "Rakan Pulau Pinang" yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.
"Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli," katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.
Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.
Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insidersebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.
The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.
Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.
Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.
DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.
Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.
Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.
Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN : PENDIDIKAN PERCUMA

Posted: 27 Dec 2011 08:57 PM PST

HATI KITA - Ust Azhar Idrus

Posted: 27 Dec 2011 08:50 PM PST

MACAM IKAN - Ust Azhar Idrus

Posted: 27 Dec 2011 08:49 PM PST

HAJI GILA - Ust Azhar Idrus

Posted: 27 Dec 2011 08:47 PM PST

Rasuah: Bekas pegawai anak syarikat IIB mengaku salah

Posted: 27 Dec 2011 08:46 PM PST

Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini menjatuhkan hukuman denda RM20,000 ke atas seorang bekas pegawai kanan kepada anak syarikat Iskandar Investment Berhad (IIB) yang mengaku salah atas tuduhan rasuah.
Lelaki berusia 51 tahun itu mengaku salah atas tuduhan berkenaan mengikut Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat, lapor The Star Online.

Lelaki berkenaan merupakan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa kes melibatkan IIB dan identitinya masih dirahsiakan.

CheguBard ditahan berhubung akaun Twitter 'palsu'

Posted: 27 Dec 2011 08:43 PM PST

Pemimpin popular PKR, Badrul Hisham Shahrin ditahan polis semalam berhubung tulisan yang didakwa berunsur hasutan yang didakwanya adalah akaun twitter "palsu".

Menulis di twitternya malam tadi, beliau yang dikenali sebagai CheguBard berkata, beliau baru sahaja dibebaskan dengan jaminan polis kerana Umno telah membuat laporan polis di Ampang mengenai akaun Twitter dengan nama AMK Rembau yang dikatakan menghina institusi beraja.
Read More / Baca Lagi >>

Parlimen Belia Rangsang Kepimpinan, Keusahawanan Di Kalangan Belia

Posted: 27 Dec 2011 08:40 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 28 DIS : Penubuhan Parlimen Belia yang bakal diwujudkan tahun depan mampu merangsang pembangunan belia terutama dari segi kepimpinan dan keusahawanan, kata Pengerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Katanya, ini kerana Parlimen Belia akan memberi ruang kepada belia mengutarakan pendapat dan isu berkenaan golongan itu di negara ini.

"Bila belia diberikan peluang mengutarakan semua ini, sifat kepimpinan dalam diri mereka dapat dipupuk dalam jati diri mereka. Ini juga mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab," katanya.

Penubuhan Parlimen Belia merupakan satu daripada enam perkara utama dalam pelan pembangunan belia yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Belia, Mei lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Kadar Caruman KWSP Majikan 13 Peratus Untuk Pekerja Berpendapatan Sehingga RM5,000

Posted: 27 Dec 2011 08:38 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 28 DIS : Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan sehingga RM5,000 akan menerima rangsangan dalam simpanan persaraan mereka apabila kadar carumanan berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa Januari 2012.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan medianya berkata kenaikan satu peratus daripada kadar semasa 12 peratus akan memberikan faedah kepada 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP.

Bagaimanapun, katanya caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada Lagi Yuran Sekolah, Bantuan Tambahan Diterima....." I Help U.. U Help Me"

Posted: 27 Dec 2011 08:33 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 28 DIS : Kira-kira 457,000 murid Tahun Satu akan memasuki alam persekolahan awal Januari depan tanpa perlu membayar yuran buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan negara.

Mereka adalah sebahagian daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan seluruh negara yang mendapat faedah daripada dasar pendidikan percuma yang diumumkan baru-baru ini dan juga menikmati bantuan tambahan RM100 sebagai persediaan untuk sesi baru persekolahan akan datang.

Pelajar Tingkatan Enam, bagaimanapun, akan menerima baucar buku bernilai RM200 sebagai gantian kepada bantuan persekolahan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tambah Baik SBPA, JPA Dan Cuepacs Buat Beberapa Pindaan Segera

Posted: 27 Dec 2011 08:30 PM PST

Post Pic
PUTRAJAYA, 28 DIS : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersetuju untuk melaksanakan beberapa pindaan segera bagi menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata persetujuan tersebut dicapai dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah baru-baru ini.

Katanya, antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Parit sedia rampas semua kerusi

Posted: 27 Dec 2011 08:26 PM PST

PARIT, 28 Dis: Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit mengisytiharkan kesediaan menewaskan Barisan Nasional dalam Pilihanaraya Umum ke 13 semasa Himpunan Anak Muda Parit (Himpit) hujung minggu lalu.
(Presiden PAS menyerahkan bendera PAS dan PKR tanda pemberian mandat untuk memperjuangkan Pakatan dalam pilihan raya nanti)

Himpit berjaya mendapat sambutan di luar jangkaan dengan kehadiran mencecah 500 orang di Dewan Darul Mubarak, Kampung Selboh, Parit.Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS bantah pindah kes murtad ke mahkamah sivil

Posted: 27 Dec 2011 08:25 PM PST

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pemuda PAS membantah keras kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu membawa kesemua kes murtad ke mahkamah sivil dan bukan lagi Mahkamah Syariah seperti sebelum ini.

Ini berdasarkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.
Media melaporkan, kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.
Read More / Baca Lagi >>

DHPP suntik semangat rampas kembali Perak

Posted: 27 Dec 2011 08:24 PM PST

IPOH, 28 Dis: Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak secara rasmi 31 Desember ini akan menaikkan semangat ahli PAS  untuk turut memberikan sumbangan terbaik  dalam memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13 ini.

Ini sekaligus membantu Pakatan Rakyat Negeri Perak untuk mengambil alih semula pemerintahan negeri ini setelah dirampaskuasa oleh BN.

Demikian ditegaskan Ketua DHPP Perak, Beh Heng Kin ketika ditemui pada sidang media dewan tersebut yang diadakan di Pejabat PAS Negeri Perak semalam.

Menurut beliau, seramai 500 orang ahli akan hadir dan mendapat suntikan semangat yang akan disampaikan oleh Penasihat DHPP, Salahuddin Ayub pada program tersebut yang akan diadakan di Dewan Budaya, Jalan Tun Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan kept intact by sense of history and destiny

Posted: 27 Dec 2011 08:21 PM PST

Contrary to Umno's wishful thinking, the opposition pact is much more than just a marriage of convenience

Most of us have become tired of hearing from Pakatan Rakyat detractors that the opposition alliance is a marriage of convenience, an unholy pact motivated solely by a common hatred of Umno, but Prime Minister Najib Tun Razak keeps singing the same tune—and ever more loudly these days.
According to this theory, the marriage will not last; the pact will fall apart immediately after the next general election.
It is a theory based mostly on wishful thinking and urged on by hype. And Najib, as everyone would have noticed by now, is one man who believes in hype. So he keeps on singing his signature tune, at a higher and higher pitch.
Read More / Baca Lagi >>

Bangkit: Hendak tunggu apa lagi?

Posted: 27 Dec 2011 08:18 PM PST

Kelewatan Felda menjalankan proses penebangan pokok getahamat merunsingkan peneroka kerana pendapatan mereka terjejas.
JEMPOL: Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) hari  ini bertanya kepada pengurusan Felda apakah yang Felda masih menunggu lagi berhubung kerja-kerja mengeluarkan tender dan menebang pokok getah bagi kawasan Felda Raja Alias 3 masih tidak dilakukan lagi.
Setiausaha Bangkit, Yaakob Mahmood berkata kelewatan Felda menjalankan proses penebangan pokok getah amat merunsingkan peneroka kerana pendapatan mereka terjejas memandangkan pelan garisan memotong amat tinggi dan kerja penorehan tidak boleh dilakukan dengan sempurna lagi.
"Sejak tahun lepas tender untuk menebang pokok getah telah dikeluarkan. Namun pihak pengurusan masih tidak memberikan jawapan bilakah tarikh sebenar penebangan pokok getah akan dilaksanakan", kata Yaakob.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat bayar cukai, kenalah bantu!

Posted: 27 Dec 2011 08:17 PM PST

Sebagaimana semua rakyat di negara ini wajib membayar cukai kepada kerajaan tanpa mengira fahaman politik, begitu juga bantuan harus disalurkan tanpa mengira fahaman politik.

Manfaat dari pemberian RM100 bagi setiap anak-anak yang bersekolah dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini telah pun diterima oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah bagi sesi 2012.
Selepas ini, tentunya ramai yang tertunggu-tunggu pula tarikh 16 Januari ini untuk mengetahui samada layak atau tidak untuk menerima
Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 untuk setiap keluarga seperti mana yang disebut dalam bajet yang sama.
Sekonyong-konyong, timbul suara-suara yang menyindir kelompok masyarakat yang dianggap sebagai penyokong pembangkang apabila mereka turut berada dalam barisan untuk mengambil peruntukan RM100 untuk anak bersekolah dan mengambil borang BR1M itu.
Read More / Baca Lagi >>

TheWhistleBlower711 Perangkap Ciptaan Barisan Nasional..??

Posted: 27 Dec 2011 08:15 PM PST

TheWhistleBlower711 Perangkap Ciptaan Barisan Nasional
PENULIS sedikit gusar dengan keghairahan sesetengah pihak dalam Pakatan Rakyat memberi skop meluas kepada laman blog TheWistleBlower711 (TWB711).
Malah dikhabarkan juga, Pemuda PAS Kelantan sudah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lanjutan dari pendedahan yang dibuat TWB711.
Untuk makluman pembaca, laman blog tersebut baru-baru ini membuat beberapa pendedahan mengenai transaksi wang mencurigakan yang melibatkan seorang pemimpin UMNO, ahli perniagaan dan individu tertentu dari pejabat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Najib's legacy: Does he even have one to leave to Malaysia or to Umno?

Posted: 27 Dec 2011 08:14 PM PST

Najib's legacy: Does he even have one to leave to Malaysia or to Umno?Many Malaysians see the end of the 1970s or the early 1980s as the point when an era of integration gave way to a prolonged period of deliberate fragmentation. Others may not agree on the dates, but there is no doubt that Malaysian society has changed for the worse.
When a country is fragmented, communities blistered and split apart by poverty, political instability, social and financial insecurity, it is tough to feel a sense of community. Thus the most valuable legacy that any leader could ever leave behind for a nation is a spirit of unity, in every sense of the word which is more than any worldly or physical thing.
Failed to unite both Malaysia and UMNO
Japan is one country that has shown resilience due to the unity of its society, which enables the nation to be strong and stable despite the many changes in the government, even amid soft economic conditions including being hit by natural disasters such as the recent nuclear meltdown at Fukushima. The same sense of unity and strength can be seen in the USA and most of the developed nations in Europe and this gives them the security to maintain democratic freedoms and rights.
Read More / Baca Lagi >>

Corruption? ‘I not stupid’

Posted: 27 Dec 2011 08:13 PM PST

As the goverment continues to 'make don't know' about the string of corruption scandals, it is time for Malaysians to make a firm stand.
REWIND 2011
Is the Government Transformation Programme (GTP) going to pieces? That seems to be what is going on as corruption and cronyism still rules the day.
Recall these instances: Umno and the Feedlot-cattle-caper, MCA and PKFZ and MIC with the Maika shares issue. And yet the culprits involved are going around smiling and thumbing up their noses at the rakyat as if to say "So what?".
They go around acting in an arrogant manner best described in Malaysian English or Manglish slang as "make don't know". This shows that they also "make don't know" about the Government Transformation Programme or the Key Performance Index (KPI). Indeed, the KPI Minister Koh Tsu Koon must have very little clout as many BN politicians seems to have failed their KPI.
Read More / Baca Lagi >>

Berdayakah Najib dan pimpinan mengenepikan Sharizat?

Posted: 27 Dec 2011 08:09 PM PST

Isu Sharizat dan NFCnya masih tidak terlerai dan tidak ada apa-apa keputusan. Ia tidak akan terlerai dalam masa yang singkat ini kerana yang terlibat ialah seorang Menteri kabinet kerajaan persekutuan. Di Malaysia seorang menteri itu bukan senang hendak diketepikan kerana menteri itu merupakan orang yang sangat besar dalam masyarakat kita terutamanya orang kita Melayu ini.

Etika kepimpinan kita sangat rendah dan moral kepimpinan memang tiada. Lima tahun dahulu seorang ahli kabinet Britain, Blankett ,telah hilang jawatannya semata-mata kerana beliau telah mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk 'maid'nya. Beliau telah dikatakan telah menggunakan kuasanya sebagai menteri bertanggungjawab kepada permit pekerjaan mempercepatkan pemohonan teman wanitanya yang memerlukan permit kerja untuk 'maid'nya itu.
Read More / Baca Lagi >>

BRUNEI : PENDIDIKAN PERCUMA

Posted: 27 Dec 2011 08:06 PM PST

Jawapan Balas Kepada USTAZAH POPULAR - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 27 Dec 2011 07:58 PM PST

Kahwin Dengan Anak Zina - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 27 Dec 2011 07:57 PM PST

Korban Seekor Kambing Bahagi 7 Bahagian - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 27 Dec 2011 07:57 PM PST

Tegah Kahwin Bulan Muharram - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 27 Dec 2011 07:56 PM PST