Sabtu, 24 Disember 2011

bumiperak

bumiperak


Perselisihan tetap utuhkan Pas

Posted: 24 Dec 2011 04:52 PM PST


SHAH ALAM 23 Dis – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.

Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.

"Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.

"Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa pendekatan politik bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah kesinambungan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.

"Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan,  Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan," katanya.

Selain itu Abdul Hadi turut mempersoalkan kenapa Umno yang menjadi teras kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW yang sebenarnya.

"Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun masih tidak mampu melakukan muhasabah?" katanya.
KOTA BHARU 23 Dis - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meredakan kebimbangan ahli Pas dengan memberi jaminan parti itu tidak akan tersasar dari landasan perjuangan sebagaimana dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada Pas sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak.

"Dakwaan konsep negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa dalam ucapan dasarnya di dalam Muktamar Tahunan Pas baru-baru ini sudah tersasar dari perjuangan asal Pas adalah merupakan kenyataan yang tidak berasas.

 "Di pihak Majlis Syura, kita menganggap idea negara berkebajikan yang disebut oleh Presiden bukannya menggelincirkan Pas dari landasannya bahkan lebih mendekatkan masyarakat kepada perjuangan Pas yang bercita-cita mendaulatkan Islam di dalam sistem pemerintahan,"katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU DR HASSAN ALI - MUSTAFA KATA `GAME OVER', HASSAN ALI KATA BELUM?

Posted: 24 Dec 2011 10:32 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

DR HASSAN Ali telah memohon maaf di atas kesilapannya mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS, cuma kata beliau majoriti ahli-ahli PAS menyokongnya yang tidak berpuashati di atas beberapa perkara `teknikal' atau perlaksanaan konsep itu.


Fahamlah kita. Dr Hassan Ali melalak di dalam media lidah syaitan TV3 suku selama ini adalah semata-mata kerana masalah `teknikal' Negara Berkebajikan.  Mungkin di dalam mesyuarat kepimpinan PAS samada di peringkat Negeri atau Pusat, tidak boleh membincangkan `masalah teknikal' tersebut maka sebab itulah Dr Hassan Ali `terpaksa' merujuk kepada media, ataupun Dr Hassan Ali tidak pernah atau pun jarang-jarang menghadiri mesyuarat berkenaan?

Benarkah dakwaan Dr Hassan Ali, begitu ramai ahli-ahli PAS yang menyokong apa yang disuarakannya selama ini?  Jika benar, pelik juga mengapa Dr Hassan Ali tidak cukup pencalonan dari Cawangan-Cawangan PAS untuk dicalonkan sebagai calon Pilihanraya akan datang?  


Di dalam sidang akhbar terbarunya, beliau mendakwa Setiausaha Agung PAS Sdr Mustafa Ali pernah bertemu dan ada memohon untuk bertemu dengan pemimpin Umno.  Beliau menjawab dakwaan Mustafa Ali yang mengatakan Dr Hassan Ali ada membuat pertemuan dengan beberapa orang pada bulan Ramadhan yang lalu. Kita ingin bertanya, adakah pertemuan Mustafa Ali dengan pemimpin Umno itu berlaku sebelum atau selepas Muktamar Agung PAS yang memutuskan tiada lagi isu `Kerajaan Perpaduan' atau kerjasama politik dengan Umno?  Sekiranya ianya berlaku sebelum Muktamar PAS yang lalu, itu bukan rahsia lagi dan apa gunanya Dr Hassan Ali mengungkit kisah tersebut?

Sekiranya masih ada pertemuan berlaku di antara pemimpin PAS dengan Umno atas dasar `Kerajaan Perpaduan' atau kerjasama politik selepas Muktamar PAS membuat keputusan, maka memang itu merupakan satu kesalahan kerana melanggar keputusan Muktamar.  Tetapi yang nyata kepada kita, pertemuan Dr Hassan Ali dengan beberapa orang itu pada Ramadhan yang lalu adalah pertemuan selepas Muktamar PAS.  Kita tidak tahu apakah tujuan pertemuan Dr Hassan Ali yang dia sendiri mengakuinya, cuma beliau menafikan bertemu dengan pemimpin Umno.

Sebelum ini, di dalam kenyataan Mustafa Ali, beliau akan `Game Over' dengan isu ini sekiranya Dr Hassan Ali mengaku kesilapannya menyerang dasar parti.  Dr Hassan Ali kini telah memohon maaf atas ketelanjurannya, maka sepatutnya isu ini `Game Over'.  Mengapa Dr Hassan Ali masih mendakwa macam-macam terhadap Mustafa Ali?  Adakah isu ini masih belum `Game Over'? Jika belum, saya rasa tidak perlu saya `Game Over' isu ini./wfauzdin.blogspot.com 

~penarik beca

~penarik beca


Siapa Bouazizi yang sanggup bakar diri sendiri dalam PAS?

Posted: 24 Dec 2011 07:01 PM PST

Puak bangang bertolak-tolak maafkan Hassan Ali - "AlhamduliLlahhhhhh!" mereka menjerit-jerit

Posted: 24 Dec 2011 09:33 AM PST

kerangeleber

kerangeleber


Mahathir, Taib birds of a feather locked in death embrace

Posted: 24 Dec 2011 06:24 AM PST

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Aku Tukang Pacak Bendera

Posted: 24 Dec 2011 05:26 PM PST

Walau aku hanya tukang pacak bendera tapi aku faham apa itu perjuangan islam kerana perjuangan islam punya syurutnya yang telah aku dilalui dalam tarbiyah. Ketahuilah bahawa tarbiyah itu bukan sekadar usrah rutin, menyongsong kitab kehulu kehilir kemudian hidup nafsi nafsi. Atau mendengar ceramah sambil makan sup atau hisap rokok gudang garam kemudian takbir menyala nyala bagai naga tasik cini .. kemudian bergaduh sana bergaduh sini, cucuk sana, cucuk sini kerana nak jawatan dan dunia yang tidak abadi!

Ketahuilah tarbiyah sebenarnya ibarat tubuh, ia punya susunan anatomi. Sebagai urat nadi yang wajib diikuti dalam setiap liqa' dengan tertib hingga terlaksananya tujuan tarbiyah itu ... Barulah perjuangan kita mewarnai.

Dr.H mohon maaf

Posted: 24 Dec 2011 05:24 PM PST

Puak bangang bertolak-tolak maafkan Hassan Ali - "AlhamduliLlahhhhhh!" mereka menjerit-jerit

Posted: 24 Dec 2011 05:11 PM PST

Saya ketinggalan tengok berita. Dah dekat Maghrib petang tadi baru dapat baca apa terjadi pada siang 24/12/11. Ni dah 25/12/11 dan selamat menyambut Krismas kalau ada orang Kristian baca blog ini.

Sikit ja, cuma nak sorot mengapa Datuk Dr Hassan Mohamed Ali kata apa yang dia kata siang tadi, konon nak tolong cuci taik yang dibaling kat PAS (baca Malaysiakini 25/12/11 "Little trust for Hasan despite apology"):

1. Teman-teman, mesyuarat Lujnah Politik PAS (lihat posting saya "Tunggulah artikel terhebat abad ini dari Presiden PAS") memperlihatkan episod ba'dhuhum auliya'a ba'dhin yang sungguh manis dan penuh kasih sayang, teman-teman!
Read More / Baca Lagi >>

Geng KERAjaang PerpaduWang Bikin Kacau Lagi

Posted: 24 Dec 2011 05:09 PM PST


Datuk Dr Hasan Ali menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dibuat Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bahawa beliau ada mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak yang dikaitkan dengan Umno.

Menurut Hasan, bekas pesuruhjaya PAS Selangor dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya merupakan fitnah dan palsu.

Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana dakwaan itu dibuat oleh setiausaha agung kepada parti yang berteraskan Islam.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka (Umno) sama ada pimpinan Umno peringkat bawahan, pertengahan atau atasan seperti yang dinyatakan (Mustafa).Read More / Baca Lagi >>

PAKU SERPIH UMNO YANG LEBIH !!! UMNO fitnah Kelantan tapi kawasan Najib sendiri ada masalah air

Posted: 24 Dec 2011 05:08 PM PST



K
risis air: Mahasiswa UMP Pekan tuntut pembelaan Oleh Muhamad Fazli Abdul Halim



Krisis gangguan air yang semakin meruncing di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan sudah berlarutan masuk minggu kedua tidak menampakkan sebarang tanda-tanda yang krisis ini akan berakhir.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Felda Global:Najib Membunuh Felda Ciptaan Ayahandanya

Posted: 24 Dec 2011 05:05 PM PST

Oleh: ahmadhadeed

"Felda Global adalah entiti yang tidak berprestasi tinggi dan mempunyai corporate governance yang buruk sehingga mengumpul kerugian rm 500 juta sehingga 2010. Meletak 850,000 ha. Tanah kerajaan negeri, 326 estate, 220,000 keluarga felda, 70 kilang dan 15 penapis minyak di bawah nya adalah bencana ekonomi negara.

Itu lah transformasi penindasan Najib terkini yang akan melibat ribuan peneroka yang merupakan rakyat termiskin Malaysia demi untuk memenuhi kegelojohan koperat atas nama capitalisation of share market untuk menarik fdi. Felda di asas oleh Tun Abdul Razak untuk menolong orang Melayu miskin mendapat pendapatan tetap di bumi yang subur tercinta ini dan ia dimula dengan program LKTP Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dimana hutan belantara di teroka dengan tangan keringat peneroka tanpa jentera berat.

Read More / Baca Lagi >>

Hutang BN makin parah, rakyat perlu bekerja lebih lama

Posted: 24 Dec 2011 05:03 PM PST

Hutang kerajaan Barisan Nasional yang semakin dan membebankan rakyat telah memaksa golongan pekerja untuk terus bekerja dalam tempih yang lebih lama. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mencadangkan lanjutan umur persaraan pekerja sektor swasta diselaraskan dengan sektor awam, iaitu kepada 58 tahun atau pun 60 tahun seperti yang dicadangkan.
"Masa sudah tiba bagi kerajaan BN untuk melaksanakan lanjutan umur persaraan untuk sektor swasta sebelum pilihan raya umum yang akan datang," katanya.
Menurutnya, umur persaraan yang lebih tinggi juga akan membolehkan rakyat Malaysia mengumpul lebih pendapatan, terutama sekali dalam iklim ekonomi yang tidak menentu ini.
Mengikut KWSP, 73 peratus daripada pencarumnya mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 sewaktu bersara manakala hanya 17 peratus mempunyai simpanan melebihi RM100,000.
"Bagaimanakah seseorang itu diharapkan untuk menyara kehidupan selama 20 tahun dengan simpanan sebanyak RM50,000? Dengan lanjutan umur persaraan, orang akan diberi peluang untuk mengumpul lebih banyak kerana dapat bekerja lebih lama dalam lingkungan gaji yang lebih tinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Korporat gergasi rosakkan nama baik pasaran bebas

Posted: 24 Dec 2011 05:01 PM PST

Oleh Fairuz Azhan

Stop Online Piracy Act (SOPA) merupakan satu rang undang-undang yang boleh memusnahkan dunia internet kita sedang nikmati. Ia diperkenalkan dalam Dewan Pewakilan Amerika Syarikat pada 26 Oktober 2011 bertujuan untuk mengembangkan bidang kuasa dan kuasa penguatkuasaan terhadap pelanggaran hak cipta dan hak milik intelektual. Selain SOPA, Protect Internet Protocol Act (PIPA) juga mempunyai tujuan yang sama.
Jika kita di Malaysia mengganggap bahawa kita tidak terkena kesan undang-undang Amerika, fikir sekali lagi. Ini adalah kerana kebanyakan laman web, portal dan syarikat berasal daripada Amerika, dan secara realitinya, merekalah pemain dan penggerak terbesar di dalam dunia rangkaian internet.
SOPA bukan sekadar mengharamkan laman-laman web yang katagorikan sebagai 'lanun' atau pun 'perompak', ia bakal menjadi penapis kepada alam maya. Dunia bebas dan percuma untuk warga global mahu dikekang oleh gergasi korporat yang kononnya bertindak atas nama pasaran bebas.
Read More / Baca Lagi >>

'Datuk' remanded not an employee of NFC ......so what..!!!

Posted: 24 Dec 2011 04:46 PM PST

'Datuk' remanded not an employee of NFC PETALING JAYA- The 'Datuk' who was arrested by the police recently is not an employee of the National Feedlot Corporation.
NFC executive chairman Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail clarified that the suspect was not related to him or any member of his family.
"The Datuk also was not and never was an employee of the corporation," he said yesterday.
The Datuk, who is said to be well-known and had duped numerous people, was detained on Wednesday when he allegedly tried to bribe several commercial crimes investigations department (CCID) officers with about RM1.7mil to avoid arrest.
On Friday, Malaysian Anti-Corruption Commission officers went to the NFC main office in Jalan Solaris in Mont Kiara.
Read More / Baca Lagi >>

Gerakan mahasiswa - politik nilai atau politik kekuasaan?

Posted: 24 Dec 2011 04:45 PM PST

Gerakan mahasiswa sebagai barisan ketiga di Malaysia? Persoalan ini sering dibangkitkan setiap kali berlabuh punggung di restoran mamak. Banyak yang merasa skeptikal dari yang merasa optimis dan ini tidak menghairankan kerana sejak adanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang digubal oleh kerajaan Malaysia dan diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971, gerakan mahasiswa malap sekali. Sebaliknya mahasiswa pasca-AUKU terutama yang mengaji di universiti awam sangat terkenal dengan kehebatan di medan peperiksaan dan kelemahan di dalam medan kehidupan sebenar. 
Namun tanggal 17 Disember 2011 merubah skeptikal meninggi itu kepada sedikit harapan apabila Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) bersama hampir 500 orang seperti yang diberitakan, majoritinya mahasiswa berarak ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bagi menuntut kebebasan akademik yang lebih besar di negara ini. Bantahan itu secara kebetulan serentak dengan perbincangan meja bulat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Read More / Baca Lagi >>

Budaya Pak Turut yang keterlaluan: Antara memenuhi tuntutan semasa dan keseimbangan realistik

Posted: 24 Dec 2011 04:41 PM PST

25 DIS — Ketika berada di bangku sekolah suatu ketika dahulu, kita sering diingatkan oleh guru sekolah agar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Sikap menurut perintah atau compliance menurut guru-guru sekolah itu dapat melatih dan menjadikan seseorang pelajar berkenaan lebih berdisiplin selain tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.
Memang benar arahan sedemikian ada baiknya kerana jika pergerakan pelajar-pelajar terbabit gagal dikawal, ia boleh mengundang anarki yang amat dahsyat.
Maklumlah pelajar-pelajar sekolah yang muda ini masih mentah dan mungkin tidak begitu bijak untuk membezakan mana yang baik dan mana yang tidak baik. Segala yang dilihat dan didengarinya akan diterima bulat-bulat seolah-olahnya semua adalah benar belaka.
Ibarat kata pepatah yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bermakna jika kita sebagai ibubapa atau penjaga ingin mencorakkan perwatakan anak-anak, ia harus bermula dari awal lagi. Di peringkat inilah, daya penerapan anak-anak kecil berada pada tahap yang paling aktif dan tertinggi.
Read More / Baca Lagi >>

Dead voters will be taken out of EC database from Dec 1

Posted: 24 Dec 2011 04:38 PM PST

KUALA LUMPUR, Nov 12 The police will now link death records to the National Registration Department (NRD) and the Election Commission (EC) automatically as part of the effort to clean up the electoral roll, the polls reform panel was told today.
NRD Director-General Datin Jariah Mohd Said told the Parliamentary Select Committee (PSC) on electoral reforms that NRD do not have record of deaths if the deceased's next of kin do not inform them.
"The Home Ministry has informed that starting December 1, when an informer applies for a burial permit, the permit will be streamlined the death database and the police will link with NRD and NRD will link to the EC," she said.
Bersih 2.0 Chairman Datuk Ambiga Sreenevasan (picture) was testifying to the PSC when she pointed out that the current electoral roll still has at least 1,000 names of deceased voters.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Berkebajikan mengukuhkan identiti PAS

Posted: 24 Dec 2011 04:37 PM PST

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didakwa mengalami krisis identiti oleh Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden Isma berasaskan kenyataan beberapa individu lalu menyifatkan PAS tidak konsisten dan mengalami kekeliruan terhadap hala tuju partinya. Asas dakwaan ini tidak valid.

2. Pertama: Saya ucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Presiden Isma terhadap PAS sekaligus menarik perhatian umum khasnya anggota Isma sendiri kepada PAS untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan biasanya apabila dicetuskan sesuatu polemik, maka ia akan menarik perhatian serta perasaan ingin tahu terhadap perkara tersebut. Dalam kes ini, PAS menjadi subjek polemik yang dicetuskan oleh Presiden Isma, sekaligus memberikan publisiti kepada PAS.
3. Kedua: Identiti ialah pengenalan dan jati diri. Apabila kita bercakap soal identiti PAS, ertinya kita bercakap mengenai pengenalan dan jati diri PAS. Kepada siapa yang belum mengenali PAS atau buat-buat tidak kenal, maka izinkan saya memperkenalkan buat kesekian kalinya setelah PAS ditubuhkan sejak 1951 berasaskan undang-undang tubuhnya.
Read More / Baca Lagi >>

Negara Berkebajikan: Mengada betul Umno

Posted: 24 Dec 2011 04:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Isu Negara Berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, lalu Umno mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.
Lebih menarik, katanya Umno juga menyatakan demikian sedang Umnolah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini.
"Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada-ngada betullah mereka ni!" kata kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Antara Adam Adli dan 'panglima ludah'

Posted: 24 Dec 2011 04:35 PM PST

Negara gempar dengan insiden 17 Disember, di mana seorang aktivis telah menurunkan bendera Perdana Menteri tatkala ratusan mahasiswa turun ke jalan raya bagi menjunjung prinsip kebebasan akademik.
Berkali-kali sahabat saya yang lain bertanya tentang isu ini, dan ini pendapat saya:
Pertama sekali saya ingin merakam tahniah di atas kejayaan mahasiswa yang berjaya membawa  tuntutan mereka ke tengah untuk diberi perhatian yang lebih apabila berjaya menyerahkan dua memorandum – kepada SUHAKAM dan satu lagi kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Kesudian Timbalan Menteri untuk turun dan bertemu mahasiswa juga harus dipuji dan dihargai. Saya secara peribadi mengagumi cara dan toleransi yang ditunjukkan beliau, selain peribadi beliau yang berakhlak, beretika dan sifar skandal.
Namun isu yang lebih penting di sini ialah tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri  sewaktu  acara klimaks kepada program itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia seperti yang dijangka telah menyokong sepenuhnya tindakan Adam dalam hal ini berdasarkan beberapa hujah.
Read More / Baca Lagi >>

Adam Adli tekad perjuang kebebasan mahasiswa

Posted: 24 Dec 2011 04:33 PM PST

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Walaupun ditekan hebat termasuk menerima ancaman ugutan bunuh, pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, tetap bertekad untuk meneruskan perjuangannya menuntut kebebasan mahasiswa di negara ini.

Walaupun sedar jalan yang ditempuhinya itu amat rumit, tetapi beliau dan rakan-rakannya dari kalangan mahasiswa tetap akan meneruskan perjuangan mereka sehingga pihak Kerajaan BN sendiri sedar dengan kesilapannya selama ini.

Menurut Adam, Kerajaan BN perlu sedar para mahasiswa juga mempunyai hak untuk bersuara dan tidak selamanya boleh dikongkong dengan pelbagai sekatan termasuk menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang telah dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

PKR baits rural voters with NFC issue ahead of polls

Posted: 24 Dec 2011 04:32 PM PST

KUALA LUMPUR, Dec 25 — The National Feedlot Corporation (NFC) scandal has proven to be a hit among rural voters, according to PKR leaders who plan to use the issue as campaign fodder for the general elections.
The Malaysian Insider understands that Pakatan Rakyat, especially PKR have been going on a pre-polls campaign blitz using the graft allegations surrounding embattled Cabinet minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil and her family to maximise voter support.
"In a way we are actually lucky. The NFC issue couldn't have come at a better time. Before this we were always trying to give examples of what we claim to be corruption by Umno-Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>

Tsunami survivors reunited in Indonesia

Posted: 24 Dec 2011 04:31 PM PST

Anti-corruption Protests Across Russia

Posted: 24 Dec 2011 04:29 PM PST

Syrian city 'under siege' by army

Posted: 24 Dec 2011 04:29 PM PST

Jordanian opposition protests in Amman

Posted: 24 Dec 2011 04:28 PM PST

Anti-Putin Protests Draw Thousands

Posted: 24 Dec 2011 04:28 PM PST

Iraqi Vice-President Tariq al-Hashemi speaks to Al Jazeera

Posted: 24 Dec 2011 04:27 PM PST

Demonstrators denounce Russia's political 'tandem'

Posted: 24 Dec 2011 04:27 PM PST

Pengakuan mahathir hina dan tarik kuasa raja-raja

Posted: 24 Dec 2011 04:26 PM PST