WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
ISU DR HASSAN ALI - MUSTAFA KATA `GAME OVER', HASSAN ALI KATA BELUM? Posted: 24 Dec 2011 10:32 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS DR HASSAN Ali telah memohon maaf di atas kesilapannya mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS, cuma kata beliau majoriti ahli-ahli PAS menyokongnya yang tidak berpuashati di atas beberapa perkara `teknikal' atau perlaksanaan konsep itu. Fahamlah kita. Dr Hassan Ali melalak di dalam media lidah syaitan TV3 suku selama ini adalah semata-mata kerana masalah `teknikal' Negara Berkebajikan. Mungkin di dalam mesyuarat kepimpinan PAS samada di peringkat Negeri atau Pusat, tidak boleh membincangkan `masalah teknikal' tersebut maka sebab itulah Dr Hassan Ali `terpaksa' merujuk kepada media, ataupun Dr Hassan Ali tidak pernah atau pun jarang-jarang menghadiri mesyuarat berkenaan? Benarkah dakwaan Dr Hassan Ali, begitu ramai ahli-ahli PAS yang menyokong apa yang disuarakannya selama ini? Jika benar, pelik juga mengapa Dr Hassan Ali tidak cukup pencalonan dari Cawangan-Cawangan PAS untuk dicalonkan sebagai calon Pilihanraya akan datang? Di dalam sidang akhbar terbarunya, beliau mendakwa Setiausaha Agung PAS Sdr Mustafa Ali pernah bertemu dan ada memohon untuk bertemu dengan pemimpin Umno. Beliau menjawab dakwaan Mustafa Ali yang mengatakan Dr Hassan Ali ada membuat pertemuan dengan beberapa orang pada bulan Ramadhan yang lalu. Kita ingin bertanya, adakah pertemuan Mustafa Ali dengan pemimpin Umno itu berlaku sebelum atau selepas Muktamar Agung PAS yang memutuskan tiada lagi isu `Kerajaan Perpaduan' atau kerjasama politik dengan Umno? Sekiranya ianya berlaku sebelum Muktamar PAS yang lalu, itu bukan rahsia lagi dan apa gunanya Dr Hassan Ali mengungkit kisah tersebut? Sekiranya masih ada pertemuan berlaku di antara pemimpin PAS dengan Umno atas dasar `Kerajaan Perpaduan' atau kerjasama politik selepas Muktamar PAS membuat keputusan, maka memang itu merupakan satu kesalahan kerana melanggar keputusan Muktamar. Tetapi yang nyata kepada kita, pertemuan Dr Hassan Ali dengan beberapa orang itu pada Ramadhan yang lalu adalah pertemuan selepas Muktamar PAS. Kita tidak tahu apakah tujuan pertemuan Dr Hassan Ali yang dia sendiri mengakuinya, cuma beliau menafikan bertemu dengan pemimpin Umno. Sebelum ini, di dalam kenyataan Mustafa Ali, beliau akan `Game Over' dengan isu ini sekiranya Dr Hassan Ali mengaku kesilapannya menyerang dasar parti. Dr Hassan Ali kini telah memohon maaf atas ketelanjurannya, maka sepatutnya isu ini `Game Over'. Mengapa Dr Hassan Ali masih mendakwa macam-macam terhadap Mustafa Ali? Adakah isu ini masih belum `Game Over'? Jika belum, saya rasa tidak perlu saya `Game Over' isu ini./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan