Khamis, 22 Disember 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Jalan agenda Umno, Hassan Ali perlu tutup mulut!

Posted: 22 Dec 2011 08:28 PM PST

WAN NORDIN WAN YAACOB dan MOHD SHAFRI SHAMSUDDIN

KUALA LUMPUR : PAS menggesa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali tutup mulut dan berhenti menggunakan media pro-Umno untuk menghentam parti.

Demikian tegas Setiausaha Agungnya, Dato' Mustafa Ali semasa mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut 22 Disember lalu.

Sebagai Setiausaha Agung, Mustaffa berkata pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan isu sebenar membabitkan serangan Hassan Ali terhadap PAS.

"Sebab itu nasihat saya kepada Dr Hassan perkara ini amat mudah untuk diselesaikan.Dr Hassan berhenti bercakap, saya pun tak payah komen lagi. Selesai masalah," katanya.

Menurut Mustaffa, tindakan Hassan yang berterusan menyerang PAS dengan menggunakan media pro-Umno termasuk yang terbaharu di TV3 menggambarkan bahawa beliau terperangkap dengan agenda Umno.

"Respon kepada kenyataan saya adalah berkait dengan perangkat. Perangkap adalah keyword. Terperangkap dengan agenda Umno.
Ini adalah perangkap politik dan ia adalh lain dengan perangkap monyet. Perangkap monyet orang boleh nampak tetapi perangkat politik orang tak boleh nampak," katanya sinis.

Bagi Mustaffa, apabila Hassan meneruskan dengan mengkritik PAS di akhbar Umno, ia mengesahkan bahawa bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berada di dalam 'perangkap'.

Mustaffa menegaskan, tindakan Hassan yang terperangkap dengan dengan agenda Umno itu boleh disamakan dengan melaksanakan agenda Umno.

Ini kerana tindakan itu adalah suatu perkara yang boleh menyebabkan PAS ini resah, katanya.

"Umno dapat manfaat daripada itu. Itu maknanya melaksanakan agenda Umno. Sebab itu Umno tak kata apa-apa sekarang ini. Umno tak kata, tak komen," ujarnya sinis.

Ujar Mustaffa, selalunya apa sahaja isu yang berlaku membabitkan dalaman PAS, pastinya mengundang respons Umno.

Namun, dalam kes Hassan Ali ini, tiada pimpinan Umno yang memberi kenyataan balas, katanya.

"Sebab dari segi Umno, Dr Hassan telah melaksanakan kerja yang sepatutnya mereka buat. Jadi tak payah dia (Umno) buatlah.
Kata (Hassan) PAS lari daripada dasar (Islam), itu dia (Umno) pernah kata dulu. Jadi alat DAP dan macam-macam lagi Umno selalu kata.

"Umno senyap langsung tak ada komen sebab kerja ini sedang dilaksanakan orang lain. Sebab itu ini benda-benda yang perlu di fahami," katanya.

Mustaffa berkata, kenyataan Hassan yang mendakwa PAS lari daripada dasar Islam sangatlah tidak benar.

Tegas Mustaffa, PAS tidak pernah lari daripada dasar Islam meskipun kini membawa pendekatan Negara Kebajikan yang merupakan suatu strategi sahaja.

"Dia dasar satu, pendekatan satu hal yang lain. Ini selalu saya terangkan. Kepada orang PAS dia faham perbezaan antara strategi dengan dasar parti.Islam adalah dasar PAS sejak daripada dahulu sampai sekarang tidak pernah berubah. Tetapi pendekatan berubah," katanya.

Ujar Mustaffa, pendekatan PAS pastinya berubah, namun perubahan itu tidak menjejaskan dasar PAS.

Beliau hairan dengan tindakan Hassan Ali yang mempertikai konsep Negara Berkebajikan, sedangkan ianya adalah suatu strategi dan telahpun diputusan dalam Muktamar PAS.

Mustaffa juga menyifatkan kenyataan Hassan yang kononnya memperjuangkan Melayu, Islam dan Raja suatu yang tidak lengkap kerana PAS dan Pakatan Rakyat bukan sekadar memperjuangkan tiga elemen itu.

Malah Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) turut memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Tiga itu tidak cukup. Dia kena tambah lagi sebab di dalam Buku Jingga yang disepakati oleh tiga parti politik, PAS DAP, Keadilan kta memperhankan empat perkara utama di dalam perlembagaan negara.Iaitu kedudukan institusi Raja, Islam sebagai agama Persekutuan tanpa menafikan hak penganut agama lain, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan," katanya.

Sambil menyifatkan kenyataan Dr Hassan adalah semata-mata untuk mengelirukan sesetengah masyarakat, namun beliau yakin ahli PAS tidak akan terperangkap dengan kenyataan itu.

Mengulas sebarang kemungkinan Hassan menyertai Umno, beliau berkata, pihaknya yakin Hassan tidak akan menyertai parti nasionalis itu.

"Tak mungkin Dr Hassan akan masuk Umno dan saya tak fikir Umno akan terima Hassan.Kalau you (awak) berada di dalam PAS sebagai pimpinan apa you (awak) cakap boleh mengelirukan orang," katanya.

Ustaz Hadi tampil pertahan dasar PAS..

Posted: 22 Dec 2011 04:19 PM PST

Selepas mendiamkan diri sejak tercetuskan isu kontroversi membabitkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Haji Awang tampil mempertahankan dasar-dasar PAS termasuk konsep negara kebajikan.

Dalam kenyataannya itu, Hadi mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, bahawa parti itu telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan - kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Tegasnya, pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh.

"Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan," tambahnya.

Menurutnya lagi, PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

"Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan halatujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham," tambahnya.

Berikut adalah kenyataan penuh Abdul Hadi:

Peringatan ini ditujukan khusus kepada seluruh kepimpinan dan ahli PAS, serta masyarakat di Malaysia secara umumnya, dalam kita mendepani permasalahan yang sedang berlaku di waktu ini.

Firman Allah dalam Surah Attaubah ayat 122 :

Maksudnya : (Dan bukanlah semua orang-orang yang beriman itu keluar berperang. Mengapa tidak ada satu kumpulan di kalangan mereka yang bertafaquh (belajar dan memahami) ajaran Islam dan supaya mereka pulang memberi peringatan apabila kembali menemui kaum mereka, mudah-mudahan mereka menerima peringatan). (At-Taubah:122)

Sabda Rasulullah S.A.W.

(Sesiapa yang Allah menghendakinya menjadi seorang yang baik nescaya dijadikannya Faqeh (faham ) dalam perkara agama Islam). Riwayat Bukhari Muslim

Kedua–dua nas ini menunjukkan bahawa Islam itu bukan sahaja semangat yang berkobar-kobar dan ilmu secara bertulis, dalam masa yang sama ianya mempunyai disiplin ilmu serta memahami cara pelaksanaannya. Semua bidang dan lapangan ajaran Islam hendaklah dipelajari bukan sekadar sebagai satu ilmu, tetapi dalam masa yang sama hendaklah memahami cara beramalnya.

Allah S.W.T. memerintah kepada sesiapa yang memperuntukkan masa hidupnya dalam perjuangan supaya mengambil masa untuk belajar daripada kalangan yang belajar dengan faqeh (faham). Apabila belajar, maka hendaklah pula daripada kalangan ahli ilmu yang bukan sahaja faham, bahkan beramal dan berjuang dengan ilmu yang dipelajari itu dengan kefahamannya yang tulen dengan penuh istiqamah.

Perkataan feqah pada zaman awal Islam merangkumi semua ajaran Islam. Kemudiannya para ulama mengkhususkan istilahnya kepada hukum syariat sahaja. Adapun perkara yang berkait dengan iman atau aqidah dinamakan Usulu Al Din atau ilmu Tauhid atau Aqidah dan yang berkait dengan akhlak pula dinamakan Akhlak atau Tasswwuf.

Mafhum bahasa Al Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. merangkumi seluruh ajaran Islam hendaklah dilaksanakan secara Feqah atau faham, khususnya dalam perkara hukum syariat yang tidak ada nas yang nyata atau bergantung dengan ijtihad. Sirah Rasulullah S.A.W. dan para Khulafa Al Rasyidin banyak menunjukkan huraian yang nyata, betapa perlunya ajaran Islam itu dihayati dengan Feqah (Fahaman) bukan sahaja dengan ilmu. Feqah bukan sahaja seperti difahami oleh masyarakat awam hanya dalam perkara ibadat, sembahyang, puasa, zakat dan haji; bahkan merangkumi segala ajaran Islam. Khususnya dalam perkara politik yang dilupakan atau dijahilkan oleh sebahagaian besar umat Islam.

Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, yang juga merupakan amalan berpolitik yang membawa kepada tegaknya negara dan masyarakat madani, Rasulullah S.A.W. telah menggunakan khidmat seorang bukan Islam yang berpengalaman dengan jalan pintas yang selamat dan cepat sampai ke Madinah. Sudah tentu seorang bukan Islam yang dipercayai akan menyimpan kerahsiaan menjaga keselamatan, dan benci kepada kezaliman walau pun tidak menganut Islam.

Di Madinah pula dilaksanakan amalan menegakkan negara, dengan kekuatan umat Islam sendiri di kalangan Muhajirin dan Ansar, seterusnya melibatkan kaum bukan Islam di kalangan Yahudi, Kristian, Musyrikin Arab dan membenarkan kewujudan kalangan munafiq dalam masyarakat Madinah. Semuanya mengambil kira ayat-ayat Al Quran yang memberi amaran supaya berwaspada terhadap musuh dan ayat-ayat yang mengizinkan dan mewajibkan Islam disampaikan kepada seluruh manusia dan pelaksanaan Islam terhadap seluruh manusia juga.

Maka pengajian secara feqah (faham) sahaja boleh melaksanakan risalahnya dengan istiqamah, bukan sahaja memahami nas secara ayatnya yang zahir, termasuk juga meletakkan pelaksanaannya pada masa, tempat dan situasi yang berbeza. Banyak ayat-ayat Al Quran diturunkan dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W. bersandarkan sebab yang berlaku sekiranya memerlukan penjelasan.

Apabila Rasulullah S.A.W. menerima perjanjian Hudaibiyyah, manakala para sahabat merasakan perjanjian itu berat sebelah dan tidak berpihak kepada Islam, bahkan lebih berpihak kepada musuhnya. Bermula dengan pihak musyrikin (i) menolak penggunaan Bismillah, (ii) menentang dicatit nama Muhammad Rasulullah, (iii) membenarkan mereka yang berada di Madinah melarikan diri ke Makkah, sebaliknya tidak membenarkan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah, (iv) dilarang meneruskan amalan umrah walaupun Rasulullah dan para sahabatnya sudah berpakaian ihram dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W. bertegas dengan keputusan menerima perjanjian Hudaibiyah tanpa wahyu diturunkan, tetapi berpandukan ketajaman bacaan Rasul terhadap Feqah politik semasa, dan para sahabat mentaati secara mutlak kerana kerasulannya. Akhirnya perjanjian yang diterima memberi kemenangan yang besar kepada Islam dan menerima kunjungan kabilah yang datang menganut Islam dengan jumlah berlipat kali ganda sebelumnya.

Dalam perkara yang lain, Allah S.W.T. mengajar Rasulullah S.A.W. dan para sahabat R.A. melaksana dan mematuhi Syura secara tegas dalam peristiwa Uhud dengan firman Nya dalam Surah Ali-Imran ayat 159 yang bermaksud :

(Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam mengendalikan urusan. Maka apabila engkau telah berazam (dengan keputusan ) maka berserah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah kepadanya).

Ayat ini menunjukkan kepada kita konsep bermesyuarat dan kepatuhan kepada keputusan yang diambil dan mengharapkan pertolongan Allah selepasnya, walaupun selepasnya menerima tamparan korban dan kecederaan. Ini adalah cara bermesyuarat dalam Feqah berjamaah khususnya dalam politik.

Semua kenyataan tersebut adalah menjadi pedoman kepada sesiapa yang mahu berpolitik secara Islam. Bagi mengemaskini supaya ajaran Islam dilaksanakan secara Feqah, maka para ulama merangka kaedah-kaedah ilmu yang berkait dengannya yang dinama ilmu usul feqh, maqasid syariat dan siyasah syari'yyah.

Bagi memelihara ajaran ini dilaksanakan, maka Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mewujudkan MAJLIS SYURA ULAMA sebagai badan yang berwibawa mengikut perlembagaan PAS untuk memelihara amalan Islam secara Feqah Islam yang sebenar. Badan yang dianggotai oleh kalangan ilmuan Islam yang mampu memahami sumbernya yang tertinggi : Al Quran, Hadith, Ijmaa, dan Qiyas yang nyata. Majlis Syura Ulama bertanggungjawab melakukan kajian dan ijtihad secara Jamaei dalam menghadapi cabaran semasa dengan sistem ilmu-ilmu yang berkait dengannya. Keanggotaan Ahli Majlis Syura pula mewakili seluruh cabang kepimpinan tertinggi PAS.

PAS telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman dengan - kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam dan kalangan bukan Islam.

Pendekatan politik mutakhir bersama Pakatan Rakyat adalah menjadi penerusan amalan politik Islam secara feqah, bukannya secara remeh temeh. Kejayaan dicapai apabila kalangan bukan Islam menerima konsep perlembagaan, Islam menjadi agama negara dengan hak yang diberi secara adil kepada penganut agama lain, hak Bumiputra, Bahasa Kebangsaan dan Raja Berpelembagaan.

Perlu diingat, bahawa Umno yang menjadi teras kerajaan BN gagal mencapai matmatnya setelah memerintah lebih lima puluh tahun, kerana tidak menjadikan Islam mengikut makna Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. Apakah tempoh masa lebih lima puluh tahun tidak mampu melakukan muhasabah?

Seluruh ahli PAS wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera PAS dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya perjuangan Islam. Kita wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah mengugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam PAS. Namun PAS tetap selamat dan menjadi Parti Islam yang makin gagah perkasa menghadapi cabaran pasang surut perjuangan Islam.

PAS terus istiqamah dengan perlembagaan tertingginya yang dijamin oleh kumpulan yang berwibawa. Sesiapa yang cuba berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar pasti tersungkur dengan lagaknya, dan sesiapa yang berilmu dan menganggap dirinya paling bijak dalam PAS secara individunya tanpa peduli terhadap adab berjamaah dalam Islam, akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam, inilah sikap membahayakan diri sendiri yang diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W.

(Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala yang menangkap manusia, laksana serigala yang menangkap kambing yang terpencil daripada kawanannya dan yang berada disudut yang menjauh diri daripada kawanannya). Dalam Musnad Ahmad.

PAS terus terbuka kepada semua yang bersedia bersamanya bagi melangsungkan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh manusia.

Sesiapa yang menyertai PAS wajib mengikut haluan dan hala tujunya serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan faham.

Serang PAS, Hassan Ali laksanakan agenda Umno?

Posted: 22 Dec 2011 05:35 AM PST

Kenyataan Penuh Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali semasa mengadakan sidang medianya di Pejabat Agung PAS Pusat pada 22 Disember lalu.

Oleh WAN NORDIN dan MOHD SHAFRI SHAMSUDIN

Hari ini saya akan menjelaskan berkait dengan kenyataan Dr Hassan Ali kerana kenyataan dia yang banyak dan perlu di beri penjelasan.

Dia kata ke saya tapi saya tak kata ke dia. Dalam kenyataannya dia kata saya sombong, bongkak tetapi saya rasa tak apa kerana itu personal dan dari sombong tak sombong, saya rasa saya paling tak sombong dalam dunia ini. Tapi dia kata sombong. Yang itu saya maaf.

Tapi apa yang dituju terhadap PAS itu saya tak boleh buat. PAS sahaja yang boleh memaafkan dia. Saya tak ada hak memaafkan dia itu PAS yang boleh memafkan dia.

Respon kepada kenyataan saya adalah berkait dengan perangkat. Perangkap adalah keyword. Terperangkap dengan agenda Umno.

Ini adalah perangkap politik dan ia adalah lain dengan perangkap monyet. Perangkap monyet orang boleh nampak tetapi perangkat politik orang tak boleh nampak.

Orang yang kenapun mungkin dia tidak sedar. Jadi sebab itulah dia perlu memahami perkara ini. Jadi sebab itu saya mahu rujuk kenayataan Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam Sinar. Kata Tuan Ibrahim kritikan Dr Hassan sahkan kenyataan Setiausaha Agung.

Maknanya apabila diateruskan dengan kritikan itu mengesahkan apa yang saya kata, dia berada di dalam perangkap itu betul. Sebab saya sebut perangkap ini melaksanakan agenda Umno oleh kerana perkara yang boleh menyebabkan PAS ini resah. Umno dapat manfaat daripada itu. Itu maknanya melaksanakan agenda Umno. Sebab itu Umno tak kata apa-apa sekarang ini. Umno tak kata, tak komen.

Selalunya apa yang berlaku di dalam PAS ini Umno yang banyak komen. Tapi Umno tak komen. Sebab dari segi Umno, Dr Hassan telah melaksanakan kerja yang sepatutnya mereka buat. Jadi tak payah dia buatlah.

Kata PAS lari daripada Dasar, itu dia pernah kata dulu. Jadi alat DAP dan macam-macam lagi Umno selalu kata.

Umno senyap langsung tak ada komen sebab kerja ini sedang dilaksanakan orang lain. Sebab itu ini benda-benda yang perlu di fahami.

Jadi saya boleh sebut awal tentang Nasarudin dia telah menjauhkan diri dari perangkap. Kalau dia buat nak begitu dia mungkin selamat, insya Allah.

Saya tak ada apa-apa. Saya mengucapkan terima kasih kepada Nasharudin kerana dia mengambil langkah seperti itu.

Tetapi Dr Hassan berdasarkan kepada kenyataannya ia berada di dalam perangkap.

Di dalam PAS ini memang selalu disebut sebagai golongan ulama dan profesional. Dua golongan ini.

Kekuatan PAS sebenarnya adalah disebabkan gabuangan yang erat di anatara ulama dan profesional.

Malah dalam masa zaman almarhum Dato' Fadhil Noor dulu dia menggunakan istilah dari pendekatan itu "mengulamakan profesional dan memprofesionalkan ulama".

Ertinya profesional harus dapat menghayati, memahami tentang perjuangan Islam ini dan apabila itu berlaku ulama pula memahami tentang sikap profesional dan bermacam-macam lagi.

Jadi apabila ini dapat diserapkan ia akan menjadi kekuatan dalam PAS.

Sebab itu cara nak meresahkan PAS ini, pecahkan dua golongan ini, biar ulama ini tak sama dengan profesional akan bertempur. Itu lah cara nak melemahkan PAS.

Alhamdulillah dua-dua golongan ini, ulama baik, profesional baik memahami hakikat ini.

Sebab itu perpaduan dalam PAS ini alhamdulillah tak ada lagi yang dikatakan pertembungan antara ulama dengan profesional.

Malam tadi kita ada bincang sikit, bukan khusus Dr Hassan tetapi tentang Pilihan Raya.

Dalam kenyataan Dr Hassan Ali dia sebut Mursyidul Am positif dengan dia. Ulama pun positif dengan dia. Pemuda pun positif dengan dia.

Malam tadi menyebutkan Pemuda tidak pernah berdiri di belakang Dr Hassan Ali. Ulama sendiri, Dato, Harun Taib tak pernah sokong Dr Hassan tentang "Negara Berkebajikan" ini. No...

Cuma suratkhabar ajerlah, suratkhabar yang membuat macam itu hingga berlaku salah faham itu.

Hari ini saya rasa ada satu kenyataan setiausaha akhbar tok guru yang menafikan menyokong Dr Hassan

Maknanya tidak ada yang menyokong Dr Hassan dikalangan pemimpin yang menyokong beliau.

Inilah saya rasa ada perkara yang perlu saya nasihat.

cuma sebelum itu saya nak sebut ada satu perkara bahawa apa yang disebut perubahan dasar tidak betul.

Dia dasar satu, pendekatan satu hal yang lain. Ini selalu saya terangkan. Kepada orang PAS dia faham perbezaan antara strategi dengan dasar parti.

Islam adalah dasar PAS sejak daripada dahulu sampai sekarang tidak pernah berubah. Tetapi pendekatan berubah.

Pendekatan berubah tidak menjejaskan dasar PAS. Strategi berubah. PAS pernah bertanding di dalam pilihan raya dahulu bersendirian. Tak apa. Ok. Tak salah.

Kemudian PAS bekerjasama dengan parti yang lain. Tak salah sebab dasar PAS tetap Islam. Pendekatan sahaja berbeza.

Kita pernah gunakan "Islam sebagai Addin" dulu pada zaman Kuli.

Negara Berkebajikan itu merupakan pendekatan yang kita buat. Saya pun hairan kenapa Dr Hassan tidak faham tentang perkara ini.

Barang kali kerana tertinggal lama dan tidak berbincang dengan pimpinan.

Misal kata dari segi perubahan strategi, kerjasama dengan PAS tidak ada parti di dalam Malaysia yang paling banyak mengadakan kerjasama dengan parti lain melainkan PAS.

Tahun 72,73, 74 zaman bekerjasama dengan BN, kerajaan campuran kemudian BN 74 hingga 77 sehingga PAs ditendang keluar.

Prinsip PAS tetap Islam tetapi pendekatan berbeza sebab barangkali negara pada waktu ini memerlukan suasana yang kondusif. 13 Mei dan perkara lain itu saya tak nak sebut.

Kemudian kita kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 (1990-1995) itu Tengku Razaleigh.Selepas Semangat 46 bubar habislah cerita.

Kemudian 1999 kita namakan Barisan Alternatif pada waktu itu. PAS, PKR, DAP, Parti Rakyat sebelum bergabung dengan Keadilan.

Kemudian baru ini selepas pilihan raya kita adakan Pakatan Rakyat. Semua ini pendekatan dan strategi yang dimbil PAS bagi menjamin bahawa kelangsungan perjuangan Islam dan soa yang asas dalam perjuangan PAS itu dapat diteruskan.

Saya nak komen sikit Dr Hassan selalu sebut bahawa dia memperjuangkan Melayu, Islam dan Raja.

Tiga itu tidak cukup. Dia kena tambah lagi sebab di dalam Buku Jingga yang disepakati oleh tiga parti politik, PAS DAP, Keadilan kta memperhankan empat perkara utama di dalam perlembagaan negara.

Iaitu kedudukan institusi Raja, Islam sebagai agama Persekutuan tanpa menafikan hak penganut agama lain, hak keistimewaan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Empat ini dipersetujui sebagai common policies selain daripada perkara yang lain oleh tiga-tiga parti.

Lebih dari Dr Hassan. Dr Hassan nak tiga sahaja.

Saya tak tahu dia baca buku jingga atau tidak. Mungkin dia tengok tetapi dia tak baca.

Kalau dia baca dia tidak akan menyatakan PAS lari daripada perjuangan.

Yang saya sebut empat perkara tadi bukan PAS tetapi ketiga-tiga parti menerimanya

Kekadang dia lupa dan kita peringatkan tentang itu.

Sebab itu kita perlu menyedari sebagaimana kenytaan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sesiapa menolak "Negara Kebajikan" itu menolak keputusan muktamar PAS.

Itu yang telah diputuskan oleh muktamar PAS termasuk Dr Hassan sendiri. Dari Majlis Syura sampai kepada pimpinan Pusat, perwakilan dengan seribu orang lebih itu menerima itu sebagai pendekatan dalam PAS.

Manifesto kita pilihan raya yang lepas pun "Negara Berkebajikan". Dah lama bukan benda baru.

Sebab itu kenyataan Dr Hassan adalah semata-mata untuk mengelirukan sesetengah masyarakat.

Orang PAS mungkin dia dah faham tetapi Masyarakat yang belum memahami PAS sebenarnya akan terkeliru dengan kenyataan seperti itu.

Ada orang tanya saya sama ada betul ke Dr Hassan akan masuk Umno. Saya jawab, tak mungkin Dr Hassan akan masuk Umno dan saya tak fikir Umno akan terima Hassan.

Ini penilaian politik saya. Orang lain mungkin lain penilaiannya.

Sebab kalau nak jalankan kerja ini dari sudut politik bila sesiapa masuk sesebuah parti lain "you are gone".

Saya ambil contoh kalau seseorang itu tinggalkan PAS seperti bekas Naib Yang di Pertua PAS, Nakhaie Ahmad.

Sewaktu dia tinggalkan PAS dia adalah seorang naib. Dia mungkin laku sekejaplah, Umno guna dia bantai PAS tetapi bila you keluar PAS, duduk disebelah sana kemudian hentam PAS tak ada orang PAS yang percaya apa you cakap.

Tetapi kalau you berada di dalam PAS sebagai pimpinan apa you cakap boleh mengelirukan orang.

Sebab ini pimpinan PAS sendiri yang bercakap dan yang itu orang luar.

Jadi strategi politiknya kalau nak ada peranan berkesan, boleh mengelirukan mesti duduk dalam PAS dan hentam PAS. Itu strategi politik.

Kalau duduk diluar kemudian hentam PAS tidak akan ada orang akan percaya.

Sebab itu nasihat saya kepada Dr Hassan perkara ini amat mudah untuk diselesaikan.

Dr Hassan berhenti bercakap, saya pun tak payah komen lagi. Selesai masalah.

Jika dia terus menghentam PAS adalah menjadi kewajipan saya untuk menjelaskan perkara sebenarnya.

Begitu juga laporan yang saya dengar dia terus menyerang PAS di dalam rancangan Soal Jawab di TV3.

Dia cuba dilihat seolah memihak kepada golongan ulama dengan memukul golongan profesional.

Dr Hassan kata dulu ulama yang mengawal parti tetapi sekarang profesional yang kawal parti.

Pada hal Majlis Syura Ulama inilah yang menjadi pemandu apa-apapun. Kalau majlis Syura tak nampak elok dia boleh tegur. Ini kena macam ini.

sama ada dia faham atau sengaja buat begitu saya tidak pasti.

Akhir saya nak sebut, oleh kerana Dr Hassan mahu bukti yang menyatakan dia telah memainkan agenda Umno. Saya banyak bukti. Kenyataan dia pun adalah bukti dia telah memainkan peranan agenda Umno.

Cuma saya nak dia beri penjelasan satu perjumpaan pada Ramadan yang lalu di buat di Le Maredian Hotel di KL selepas tarawikh yang dihadiri Dr Hassan, Nasharudin dan tidak kurang bersama tiga yang lain.

Saya ada maklumat yang banyak. Saya tak mahu dedah semua. Saya nak tanya dia satu perkara sahaja.

Saya nak tahu apa yang dibincangkan ekonomi ke, projek ke atau politik.

kalau dia nak menafikan pun dia boleh nafi. kalau dia nak jawab pun tak apa, tak nak dedah pun tak apa.

Saya tidak mengharapkan bagi detail tentang apa-apa.

Tetapi saya nak bagi kesedaran bahawa saya tahu, ada maklumat tentang beberapa perkara yang lain juga.

Jadi dia jangan katakan orang tak tahu. Dia tak payah jawab saya. Kalau dia memilih untuk menjawab terpulang kepada dia.

Apa yang saya nak sebut bahawa jalan yang terbaik bagi Dr Hassan Ali buat masa ini adalah ikut jejak langkah Nasharuddin.

Nasharudin ada membuat kenytaan awal tetapi terhenti sekejap dan dia nyatakan tidak ada niat, tak ada apa.

Jika Dr Hassan Ali ikut jejak langkah itu ia akan tamat setakat ini sahaja dan selesai masalah ini.

Antara persetujuan yang telah diambil dalam mesyuarat malam tadi kita akan panggil Dr Hassan, Nasharudin dan Shaari Sungib berjumpa Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia bertujuan mendapat penjelasan apa yang telah berlaku dan kenapa tindakan sedemikian diambil.

Kenyataan Shaari tidak sepatutnya dibuat. Mungkin dia fikir ia tidak jadi isu.

Sepatutnya dia mesti sedar masalah calon adalah keputusan daripada Pusat. Mungkin dia tidak sedar.

Itulah langkah kita. Tak ada lagi nak fikir tentang lain-lain.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


AMK, SAMM, MAP, JINGGA 13, AIC DAN UNIT AMAL DIGABUNGKAN UNTUK GERAKAN REFORMASI KEDUA?

Posted: 22 Dec 2011 06:00 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

TARIKH 09 Jan 2012 bukan lah masa yang terlalu lama.  Tarikh tersebut DS Anwar akan diberikan kata putus samada dibebaskan atau dipenjarakan, bukannya kata putus samada dia bersalah atau tidak kerana umumnya telah arif tentang motif kes yang beliau hadapi sekarang ini.

Selaku Ketua Umum PKR, lebih-lebih lagi selaku Ketua Pembangkang adakah kita boleh berputih mata melihat bakal PM kita ini akan merengkok di dalam penjara akibat dari perbuatan si haramjadah pemuda yang tidak mencuci dubur selama dua hari itu?  Jika kita tidak mahu ianya berlaku apakah tindakan yang perlu kita lakukan untuk menghentikan kezaliman yang berterusan ini?
Shamsul Iskandar - Ketua AMK

Saya kagum dengan wujudnya berbagai pertubuhan atau NGO yang lahir dari Keadilan sendiri tidak kira apa pun tujuan pertubuhan ini diwujudkan, tetapi saya percaya kesemuanya memandang menentang kezaliman itu adalah wajib.  Saya juga percaya pertubuhan seperti Memacu Arus Perjuangan (MAP), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ditambah lagi dengan sayap parti seperti AMK, Serikandi dan Wanita Keadilan bahkan parti induk itu sendiri Keadilan bukan bertujuan untuk menjaga hanya batang tubuh insan yang bernama Anwar Ibrahim. Saya tidak pasti sejauh mana perkembangan AIC (Anwar Ibrahim Club) apakah masih berfungsi atau tidak.  Namun demikian, kita harus sedar di hadapan kita sekarang seorang insan bernama Anwar Ibrahim bila-bila masa sahaja akan diperapkan ke dalam penjara.
Chegu Bard - Penyelaras SAMM

Justeru itu, tidak terfikirkah oleh kita buat masa ini kita tumpukan kepada satu perjuangan yang amat penting iaitu membebaskan DS Anwar Ibrahim?  Adakah jika ditanya kepada MAP, Jingga 13 atau SAMM mahu pun AMK, Serikandi dan Wanita juga Parti Keadilan itu sendiri samada mereka mahu berjuang habis-habisan untuk membebaskan DS Anwar Ibrahim, mereka akan menjawab "Kami bukan berjuang untuk seorang individu bernama Anwar sahaja?".  Jika inilah jawapannya, maka adalah lebih baik DS Anwar masuk ke dalam penjara dan kita teruskan hidup kita di luar menikmati kebebasan dunia ini.

Fariz Musa - Jingga 13

Bukan bermakna kesemua pertubuhan ini tidak melakukan apa-apa untuk membela kezaliman yang berlaku ke atas DS Anwar. Mereka telah lakukan.  Sebagai contoh, SAMM di bawah Chegu Bard telah lama berpusing merata negeri membawa isu kezaliman ke atas DS Anwar dan SAMM juga berusaha menerbitkan buku `FITNAH' yang menceritakan kezaliman dan fitnah yang menimpa ke atas DS Anwar sejak dari tahun 1998 sehingga ke fitnah video seks.  Begitu juga dengan AMK dan yang lain-lain yang turut berkempen membawa isu ini. Bahkan, AMK dikatakan telah melancarkan 901 bagi tujuan menggerakkan kebangkitan baru menjelang 09 Jan nanti.    

MAP - Mustafa Kamil Ayub

Pada pendapat saya, 901 tidak cukup mantap sekiranya hanya didukung oleh kumpulan yang bersama Ketua AMK sahaja.  Menjelang waktu genting 09 Jan ini, kebangkitan harus bergerak seiring, serentak dengan nada yang sama iaitu `Anwar mesti dibebaskan'.   Alangkah hebatnya jika kebangkitan itu diterajui bersama di antara AMK, SAMM, MAP, Jingga 13, AIC dan dibantu dari belakang oleh Serikandi dan Wanita Keadilan.  Saya pasti jika ini berjaya diadakan, sudah tentu gelombang reformasi akan mewarnai negara ini menjelang tahun baru 2012.

Adakah DS Anwar terpaksa menggunakan baju ini lagi?

Memandangkan DS Anwar juga adalah Ketua Pembangkang dan bakal PM yang akan ditabalkan sekiranya PR berjaya ke Putrajaya, maka saya fikir tidak keberatan buat PAS dan DAP turut dilibatkan di dalam gerakan ini.  Saya dapat melihat dari peranan yang agak kecil sahaja di antara SAMM, AMK dengan Unit Amal (PAS) di dalam beberapa program ceramah yang lalu yang menjadi sasaran puak pengganas PERKASA.  Mereka berperanan dengan berkesan sekali sehinggakan musuh gerun untuk berbuat sesuatu.  Bayangkan jika kesemua pertubuhan ini disatukan dengan atas nama apa sekalipun pasti bisa menggegarkan musuh.      


Tidak banyak lagi masa untuk penyatuan ini jika kita benar-benar serius membebaskan DS Anwar Ibrahim.  Kesemua yang disebut di atas perlu bertemu, lupakan seketika sebarang perbezaan pendapat atau hala tuju perjuangan masing-masing demi menyelamatkan insan bernama DS Anwar Ibrahim.  Bertemu dan berbincanglah, ambil suatu keputusan yang jitu dan berpakat dengan baik atas dasar kepercayaan untuk memilih siapakah di antara mereka menjadi `Khalifah' gerakan reformasi kedua ini. 

Buat kali ini, marilah bersatu atas satu perjuangan iaitu membebaskan DS Anwar Ibrahim.  Telah terlalu banyak pengorbanan yang DS Anwar Ibrahim lakukan untuk kita sehinggakan beliau terpaksa mengorbankan kesemuanya hatta maruah diri dan keluarganya akibat fitnah yang berpanjangan namun beliau terus berjuang sehingga ke pintu penjara.  Apakah kita tidak boleh berkorban untuk sedikit ini bagi menunjukkan kepada beliau kita berterima kasih di atas perjuangannya selama ini? 

Amat memalukan sekiranya kita dilihat gagah dengan berbagai pertubuhan yang diwujudkan untuk menentang Umno/Bn, tetapi untuk membela DS Anwar kita tidak mampu bersatu.  Saya pohon agar cadangan ini dapat difikirkan sebaik mungkin sebelum terlambat./wfauzdin.blogspot.com 

PAS MAHU TANGKAP `MUSANG' ITU, BAIK AKU TUTUP MULUT DULU

Posted: 22 Dec 2011 12:19 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIH terasa juga gatal di tangan ni untuki menulis tentang Dr Hassan Ali.  Masih bersemangat rasanya dihati sepertimana bersemangatnya Dr Hassan Ali bertegang urat di kaca TV 3 malam semalam.

Namun, apabila Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menjanjikan bahawa PAS akan memanggil Dr Hassan Ali beserta dua lagi tokoh kontroversi iaitu Us. Nasha dan Saari Sungip mengadap, maka terpaksa lah aku berdiam diri seketika untuk menghormati keputusan PAS.

Tahniah kepada PAS yang akan bertindak selepas ini, walaupun agak lewat tetapi lebih baik dari tidak bertindak langsung.  Kita nantikan apakah keputusan PAS selepas ini.  Kemudian kita ulas dan bincang bersama. /wfauzdin.blogspot.com


Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Mungkin Hasan Ali boleh pakai baju tu!!

Posted: 22 Dec 2011 06:12 PM PST

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/12/setip-yang-hidup-akan-mati.html

Entry ini sekadar ingatan kepada 'orang kita' yang sibuk nak bagi 'nyawa' kepada puak2 yang dah lemas nak mati ni.

Percayalah, kalau depa kalah PRU13 ni.... dah tak ada dah Perhimpunan Agong Lembu Fidlot' di PWTC.

PAS dengan PKR lepas tu jenuh nak terima dan tapis ahli baru...khabarnya ada 3 juta lebih. Tu tak termasuk ahli Silat Gayong bawah Ali Rustam. Hehe...

Tak de hilangnya kuasa melayu larrrr...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Salut : Ribuan bantah wanita dikasari

Posted: 22 Dec 2011 08:59 PM PST


demostrasi mesirKAHERAH - Ribuan perempuan Mesir turun ke jalan-jalan di bandar raya ini untuk menyertai tunjuk perasaan menentang kekejaman pihak tentera terhadap wanita.

Pada minggu lalu, beberapa aktivis wanita Mesir dipukul oleh tentera Mesir ketika turut serta dalam protes antikerajaan.

Mereka yang datang dari latar belakang berbeza berkumpul di tepian jalan berhampiran Medan Tahrir, berdemonstrasi sambil dilindungi kumpulan aktivis lelaki pada saat tentera Mesir berusaha meleraikan aksi tunjuk perasaan.
Tetapi, pada akhirnya pertahanan aktivis lelaki itu berjaya dipatahkan dan wanita-wanita tersebut menjadi mangsa keganasan tentera Mesir.
Read More / Baca Lagi >>

Khir Toyo dihukum penjara setahun dan harta dilucuthak kepada kerajaan UMNO/BN.

Posted: 22 Dec 2011 08:55 PM PST

NONEMahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.

Sebelum itu, Mohtaruddin berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap ADUN Sungai Panjang itu tanpa sebarang keraguan yang munasabah.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri agama guna wang zakat bayar kos guaman

Posted: 22 Dec 2011 08:52 PM PST

KUALA LUMPUR 23 Dis: Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.
Kos guaman itu bersabit kes tuntutan qazaf ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Jamil Khir khianati orang miskin, golongan layak terima zakat

Posted: 22 Dec 2011 08:51 PM PST

KUALA LUMPUR 23 Dis: Perbuatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom menggunakan wang zakat, mengkhianati golongan asnaf yang sepatutnya menerima agihan wang berkenaan, kata Pengerusi Brio Pemahaman dan Pemantapan Agama, Ahmad Kassim.
Beliau mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mengesahkan wang zakat berjumlah RM63,650 digunakan Jamil dan dua lain bagi menghalang kes qazaf yang di failkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil, pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.
Read More / Baca Lagi >>

Khir Toyo gets 12 months’ jail for graft

Posted: 22 Dec 2011 08:48 PM PST


Khir is seen outside the Shah Alam High Court before his trial's verdict, December 23, 2011. — Picture by Choo Choy May
SHAH ALAM, Dec 23 — Dr Mohamed Khir Toyo was found guilty today of abusing his influence to buy a luxury home and land at a discount of up to RM3 million. The High Court here ruled that the RM3.5 million the former Selangor mentri besar paid for the property was "inadequate consideration."
"The defence failed to raise reasonable doubt in the prosecution's case," said judge Datuk Mohtarudin Baki
The judge sentenced Dr Khir to 12 months' imprisonment and ordered the seizure of the property.
Read More / Baca Lagi >>

Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)

Posted: 22 Dec 2011 08:42 PM PST


 Muhammad Safwan b. Anang @ Talib
Pengerusi
Gerakan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS)


Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik yang dikenali sebagai BEBAS telah dilancarkan pada 22 Nov 2011 yang terdiri daripada gerakan mahasiswa dalam usaha memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa serta ahli akademik. BEBAS mendapat sokongan padu daripada gerakan mahasiswa termasuk :
SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (PMIUPM)
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA (PMIUM)
Read More / Baca Lagi >>

Inilah susahnya orang sekular masuk Pas !!

Posted: 22 Dec 2011 08:39 PM PST

Apa kata BN kalau PR menang, Apa kata kita kalau BN menang

Posted: 22 Dec 2011 08:38 PM PST

Oleh: umnopenyangak



Assalamualaikum,
Dasar penyangak! UMNO terus memutarkan ketakutan kepada rakyat dengan ungkapan kalau PR menang Islam, Melayu dan raja-raja akan tergadai. UMNO mengambil kesempatan dengan keghairahan DHA untuk keluar TV dan akhbar pengampu mereka untuk menyuarakan kebimbangan ini dengan harapan rakyat terutamanya Melayu mempercayai mereka. Mereka juga memutarkan insiden-insiden di Penang dan Selangor yang melibatkan DAP sebagai hujah kononnya PAS sudah tunduk kepada DAP dan sudah tentu kalau PR menang, yang berkuasa ialah DAP bukannya PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Sharizat Letak Jawatan Akan Sahkan UMNO Pengkhianat Melayu & Rakyat

Posted: 22 Dec 2011 08:37 PM PST

Oleh: reformis1998

"sharizatSelepas dikecam kerana salahguna kuasa dan skandal rasuah, Menteri Umno Shahrizat Jalil telah memberikan bayangan jelas bahawa beliau bersedia untuk meletak jawatan.  Jika Sharizat meletak jawatan, maka terbuktilah bahawa Umno adalah PENGKHIANAT MELAYU dan PENGKHIANAT RAKYAT yang telah merompak duit rakyat miskin, duit nelayan, duit petani, duit pemandu teksi, duit seluruh rakyat Malaysia.

Apabila kerajaan UmnoBn beri pinjaman RM250 juta kepada syarikat keluarga Sharizat, ini perbelanjaannya:

  • membeli dua kondo mewah di Bangsar berharga RM13.8 Juta
  • membeli kondo paling mewah di Singapura bernilai 10.4 Juta
  • membeli sebuah kereta Mercedes mewah bernilai lebih Setengah Juta Ringgit
  • melancung ke luar Negara dengan kos lebih RM800 Ribu.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrizat sanggup salahkan suami, anak demi survival politik

Posted: 22 Dec 2011 08:36 PM PST

KUALA LUMPUR 23 Dis: Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, beliau hairan dengan sikap Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menafikan isu berkaitan National Feedlot Corporation (NFC), malah seolah tidak mengetahui aktiviti penyelewengan yang dilakukan suami dan anak-anaknya.
Fariz berkata, penafian itu memperlihatkan bahawa Shahrizat tidak layak menjadi seorang menteri, apabila tidak tahu menahu dalam tindak tanduk suami dan ahli keluarganya.
"Malah menjadi seorang isteri dan ibu pun beliau gagal apabila meletakkan kesalahan kepada suami dan anak-anak apabila tersepit dengan skandal NFC tersebut demi survival politik beliau," kata Fariz dalam satu kenyataan.
Shahrizat dalam kenyataannya kelmarin berkata, beliau 'hanya seorang isteri' kepada Pengerusi Eksekutif  NFC,  dan dari sudut perundangan, beliau tidak terlibat dengan syarikat berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Mufti Perlis hadapi masalah daftar IC anak

Posted: 22 Dec 2011 08:33 PM PST

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mempertikaikan proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuching yang didakwa menyusahkan pengguna dalam prosedur mendaftar kad pengenalan.

NONEKatanya, beliau sendiri mengalami perkara itu ketika cuba mendaftarkan seorang anak perempuannya awal pagi ini di pejabat berkenaan di Wisma Persekutuan Sarawak, Kuching.

Jelasnya, anak keduanya yang berusia 12 tahun itu telahpun mempunyai pasport dan surat beranak berstatus warganegara Malaysia berbangsa Melanau, namun dinyatakan sebaliknya dalam sistem JPN.

Malah, beliau juga diminta untuk menyerahkan bukti perkahwinannya dengan isteri beliau, seorang warga Indonesia untuk pendaftaran berkenaan, katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Petugas kaunter kata ini prosedur baru tapi kenapa tidak dimaklumkan prosedur ini di papan kenyataan?

"(Petugas kaunter) kata dalam ketetapan (standard) ISO dia, siapa kahwin warganegara asing kena bawa surat nikah. Tapi dalam panduan (kepada pengguna) tak disebut perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

NFC: Pasukan Khas SPRM perlu panggil Muhyiddin

Posted: 22 Dec 2011 08:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis agar turut memanggil anggota kabinet yang ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ianya termasuk memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada tahun 2008.

Selain Muhyiddin ujarnya, SPRM juga perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek tersebut di luar kabinet.

"SPRM dan polis perlu tunjuk ketelusan dan integriti mereka dengan memanggil anggota kabinet termasuk PM dan TPM.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan guna media musuh, kata Nik Aziz

Posted: 22 Dec 2011 08:28 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru semua pemimpin dan ahli parti itu supaya tidak menggunakan media milik musuh politik mereka untuk mengatakan tentang masalah dalaman yang berlaku.

Sebaliknya pemimpin veteran ini meminta agar semua perselisihan pandangan yang berlaku diselesaikan melalui mekanisme dalaman parti dan bukan memberikan "peluru" kepada musuh.

"Saya yakin, apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah merupakan ribut kecil yang sengaja diperlihatkan kencang di dalam media massa.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng: Lanjutkan umur persaraan sektor swasta selaras sektor awam

Posted: 22 Dec 2011 08:14 PM PST

DAP mencadangkan sokongan dwipartisan untuk lanjutan umur persaraan pekerja sektor swasta selaras dengan sektor awam, iaitu kepada 58 tahun ataupun 60 tahun seperti yang dicadangkan.  Masa sudah tiba bagi Kerajaan BN untuk melaksanakan lanjutan umur persaraan untuk sektor swasta sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Di seluruh dunia, makin sukar untuk menemui negara yang menetapkan umur persaraan di bawah 60 tahun.  Kebanyakan negara Europah menetapkan 65 sebagai umur persaraan, manakala negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jerman menetapkannya sebagai 67 tahun.  Negara jiran kita seperti Thailand pun sudah menetapkan 60 sebagai umur persaraan.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali tidak baca sejarah parti?

Posted: 22 Dec 2011 08:13 PM PST

Memahami Perjuangan

Sebuah parti politik tidak mungkin kekal tanpa beberapa perkara.  Pertama, prinsip, kedua organisasi dan ketiga pimpinan.  Pertama berupaya menarik minat pendukung dan penyokongnya.  Dari sudut organisasinya ia akan melahirkan penggerak dan aktivis parti yang asasnya ialah ketaatan.  Manakala ketiga, dari sudut kepimpinan mewakili hiraki tertinggi yang akan membekalkan arahtuju perjalanan parti.  Melalui tiga komponen di atas, kita dapat mempelajari sesuatu yang amat penting iaitu, pemimpin akan datang dan pergi namun prinsip dan organisasi perjuangan akan terus kekal.  Ini adalah pengajaran yang berkekalan sehingga ia menjadi satu kaedah yang sukar dicabar kebenarannya.
Read More / Baca Lagi >>

"Sebelum berangan-angan menang, PAS kena banyak berubah,"

Posted: 22 Dec 2011 08:12 PM PST


Oleh Ahmad Lutfi Othman
 
Selama ini saya cuba mengelak jika diundang ke majlis-majlis yang diadakan jauh di lhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnx0gxK9UhiM1BsERMdius3FcEDrzXmGllWBo-WE4Olm-1BeFpB743P62JzUwAqtpM3FtlHUNgDEs9Ep2bLNypZW6pXJ-6drcgOl90bwbgM8d_jWxt7DuwOU70AkbJ_ywrPcT5wiJOKsrH/s1600/IMG_0065.jpguar Kuala Lumpur. Keuzuran memang membataskan pergerakan. Stamina berbaki wajar dimanfaatkan untuk membereskan tugasan di pejabat.

Apa pun, menjelang PRU13, yang dianggap "ibu segala pilihan raya",  realiti politik di lapangan harus dijengah. Situasi sebenar yang bergolak, terutama di kawasan tumpuan PAS, perlu didekati.

 Harakah pula wajar menjadi medium ampuh untuk melaksanakan misi penting, sekurang-kurangnya sebagai penyebar informasi, dan berupaya menyanggah tohmahan serta propaganda songsang Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah Atau Tengku Razaleigh Ganti Anwar?

Posted: 22 Dec 2011 08:11 PM PST


Oleh Mohd Sayuti Omar
LUPA sekejap kisah lembu gemuk yang tinggal di Kondang – kondo - kandang, lupa sekejap kepada telatah dan gelagat Hasan Ali yang nampak intelek tetapi sebenarnya kurang sodium chlorid politik, tinggal Nasrudin Hasan yang sudah "kembali ke pangkalan jalan", mari kita bercakap fasal 9 Januari di mana tarikh dan saat Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin Mohd Diah hendak jatuhkan hukuman ke atas perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim.


Ramai orang membuat perhitungan pada tarikh itu Anwar akan dijatuhi hukuman penjara dan Anwar akan terus dibawa ke Sungai Buluh untuk menjalani hukuman, tanpa boleh dibayar jamin. Begitulah yang orang fikir dan merasakan bayangan dari hasil perbicaraan itu. Walaupun Tuhan lebih tahu segala-galanya tetapi itu skrip yang mungkin tersedia.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan Pas Tersasar Tidak Berasas - Nik Aziz

Posted: 22 Dec 2011 08:07 PM PST

SHAH ALAM, 23 DIS : Badan Pemantau Pas, Majlis Syura Ulama tidak akan berdiam diri jika dasar parti dilanggar atau dirombak, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penegasan itu sekaligus menjawab dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali kononnya Pas sudah tergelincir daripada landasannya hanya kerana mengubah slogan dari 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan'.

"Selaku Mursyidul Am Pas, saya suka memberikan jaminan bahawa Majlis Syura Ulama selaku badan pemantau kepada parti sama sekali tidak akan berpeluk tubuh jika dasar parti dilanggar atau dirombak," tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata tuduhan bahawa idea Negara Kebajikan yang diumum Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini sudah tersasar dari perjuangan asal Pas, adalah tidak berasas.

Nik Aziz dalam satu kenyataannya berkata, idea Negara Kebajikan lebih relevan dan mendekatkan masyarakat kepada perjuangan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Pas Cuba Berlagak Pandai Tanpa Ilmu Sebenar Pasti Tersungkur, Kata Hadi

Posted: 22 Dec 2011 08:06 PM PST

Post Pic
KUALA LUMPUR, 23 DIS: Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang mengingatkan ahli parti bahawa setiap dari mereka "wajib menyedari bahawa semua tindakan bersendirian telah menggugurkan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dalam Pas".

Oleh itu, kepada sesiapa yang menyertai Pas katanya wajib mengikut haluan dan hala tuju serta cara perjalanannya yang tersendiri berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan kefahaman. 
Read More / Baca Lagi >>

Apabila agama menghakis tuhan

Posted: 22 Dec 2011 08:00 PM PST

23 DIS — Ramai pelajar pulang ke tempat masing-masing sempena Krismas. Oxford lengang dari pelajar. Hanya tinggal orang tempatan dan pelancung. Ataupun, orang yang tidak pulang ke tempat mereka seperti saya. Ini tidak ramai. Krismas bagaikan hariraya di tempat kita. Setiap orang pulang berjumpa keluarga masing-masing. Ramai pasangan di sini yang tidak berkahwin mereka hanya "partner". Oleh kerana sambutan Krismas lebih kepada nilai kekeluargaan, maka setiap orang pulang menemui kelaurga sendiri. Ada yang pulang ke Perancis, ada yang Jerman, ke Austria, ke Russia dan pelbagai negara.
Pada hari Krismas ramai yang akan ke gereja, walaupun ramai mereka itu tidak pergi pada setiap Ahad. Krismas bagaikan satu tradisi yang tidak semestinya mewakili keimanan, tetapi satu perayaan. Masyarakat kita pun bukan sedikit yang sebegitu pada hariraya. Agama itu kadang-kala sebagai saluran bersosial bukan semestinya satu kepercayaan yang pasti.
Maka jangan hairan jika novelis tersohor Graham Greene yang banyak menulis berasaskan pegangan Catholic menyifatkan dirinya sebagai seorang penganut Catholic yang tidak mempercayai Tuhan. Betapa ramai yang sepertinya. Oxford dan Charles Darwin tidak dapat dipisahkan. Darwin dirayakan dan dinobatkan di sini.
Read More / Baca Lagi >>

ASAL-USUL AUKU AKTA YANG MENYEKAT MAHASISWA MENENTANG,MENEGUR DAN MENGKRITIK UMNO/BN.

Posted: 22 Dec 2011 07:57 PM PST


Perjuangan Mahasiswa Membela Rakyat Sewaktu Demonstrasi Baling Pada Disember 1974, Pada Awal Tahun 1975 AUKU Dipinda Bagi Mengongkong Gerakan Mahasiswa Yang Sedang Memuncak.

Tapi bila Mahasiswa mula rasa diri mereka diperbodohkan dengan AUKU maka mereka bangkit menyatakan ketidakpuasan mereka dengan Akta yang menyekat mereka membela nasib rakyat, menegur dan mengkritik Kerajaan Zalim UMNO/BN...Lihatlah kini mereka bangkit!!! Tindakan Adam Adli menurunkan bendera gambar Najib membukti Mahasiswa bukan seprti dulu lagi Mahasiswa mahu suara mereka didengar!!!

Residents’ group claims RM4b Perak ore hub ‘recipe for disaster’

Posted: 22 Dec 2011 07:55 PM PST

The group voiced concern over the "lackadaisical" manner that Zambry's administration was handling the project. — File pic
KUALA LUMPUR, Dec 23 — A residents' group in Perak opposing the RM4 billion iron ore hub being built by the state's biggest investor said yesterday the project may hurt the environment and the interests of the state and its citizens. The Coalition of Concerned Citizens of Perak (CCCP) said Mentri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir has given Vale, the world's leading iron ore miner, a "free hand" in the project "and that is a recipe for disaster."
"We believe this project could be heading for a disaster if proper controls are not put in place. Besides the environmental impact, there is also a cloud of worry and despair hanging over us should this project proceed unchecked," CCCP chief Zainal Abidin Osman said.
Read More / Baca Lagi >>

Najib is desperate for answers

Posted: 22 Dec 2011 07:50 PM PST

Malays are convinced that there are too many things not right about Prime Minister Najib Tun Razak's leadership abilities.

In the 2008 general election, Barisan Nasional (BN) won 140 seats compared to 198 in the 2004 polls. Of the 140 seats, Sabah and Sarawak contributed 54 seats, giving the BN coalition a simple majority.
If you do not count Sabah and Sarawak, then Peninsular Malaysia only won 86 seats in the 2008 election.
MIC and Gerakan only managed to retain three and two seats respectively while MCA won a face-saving 15 seats. In the 2004 general election, MCA won 31, MIC took nine and Gerakan 10 seats.
What was obvious is that BN component parties in the Peninsula took a heavy beating in 2008 compared to in 2004.
Umno-BN in the Peninsula was saved by the BN component parties of Sarawak and Sabah.
Since then there is a clear indication that the trend of the Malay voters in Peninsular Malaysia is the growing loss of confidence in Umno-BN.
Read More / Baca Lagi >>

Terima keputusan syura dalam apa jua tindakan

Posted: 22 Dec 2011 07:47 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendukung keputusan PAS melalui mesyuarat Lujnah Politiknya yang disokong oleh kenyataan al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyusul selepas itu untuk memanggil tiga orang yang terlibat dengan pertikaian yang telah mencetuskan keresahan ahli dan penyokong PAS sejak beberapa hari kebelakangan ini bagi mendapatkan penjelasan 'rasmi' dan tindakan seterusnya.
"Kembali kepada mesyuarat atau syura adalah kembali kepada Allah, rasul-Nya dan ulil amri (syura) sebagai mana diseru oleh al-Quran, DPPM dengan penuh tawaduk meyakini bahawa menerima keputusan syura dalam menentukan apa-apa tindakan ke atas mereka yang terlibat adalah satu amal ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya," kata timbalan ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO's 'MB-in-waiting' awaits probe over cash 'donations'

Posted: 22 Dec 2011 07:41 PM PST

UMNO's 'MB-in-waiting' awaits probe over cash 'donations'Another UMNO leader lands himself in hot soup following the Malaysian Anti Corruption Commission's move to investigate a blog's revelation that cash
payments had been made to his personal bank account in return for a Public Works Department contract.
Deputy Finance minister Awang Adek Hussin, UMNO's choice Kelantan Menteri Besar should it manage to end PAS's long rule in the state, had earlier admitted that he received cash deposits from a Johor leader, but insisted that the payments were donation to fund social programmes for his Bachok UMNO division.
"I have all the records, of who the money comes from and what it is used for. A special officer handles this and I will hand (the records) over to the MACC," said Awang.
Saying his conscience was clear, Awang insisted that he would reject any contribution with vested interest.
Read More / Baca Lagi >>