Selasa, 20 Disember 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Hayati.....Amanat DS Anwar Menjelang PRU13

Posted: 20 Dec 2011 08:07 PM PST

AMANAT DS ANWAR IBRAHIM - MENJELANG PRU 13



Oleh: Dato Seri Hj. Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan 'menyalahgunakan kuasa'. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM'. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai 'menyalahgunakan kuasa' yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi 'menyibukkan' saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa 'kebebasan' itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya lagi sekali terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh 'orang' yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini 'kaki liwat' sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it's a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda 'jahil' atau 'tidak tahu' ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana 'survival' politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?

Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik

Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:

Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?
Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan 'body guard' Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di'sembunyi'kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa
Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)".- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae'i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.

Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah Saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru semua rakyat Malaysia, berilah peluang kepada Pakatan Rakyat mengusai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta dikala rakyatnya ada yang masih dalam kemiskinan dan Keluarga Ketua Wanita UMNO Shahrizat yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang Tabung Makanan kita dalam skandal NFC. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu. Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!

Sumber :
SINI



Politiksukusakat

Politiksukusakat


Duhai kanda rayuan hati..kenapa engkau macam nak lari....

Posted: 20 Dec 2011 01:39 AM PST

Lagu Korban Percintaan new version....

Duhai kanda rayuan hati,
rayuan kasih cinta abadi,
hanya beberapa tahun kau duduk dalam parti..
nampak gaya macam nak lari...(hahahahahahaha)....

Ada orang kata kau tak bersalah,
Tapi baru jap tadi kau belasah parti kat luar sana,
Lakonan engkau hebatlah juga
Sebab engkau memang pandai berbicara..

Pada Mu Tuhan aku berdoa
Kiranya engkau meninggalkan parti,
Di atas meja tolong tuliskan
Inilah kubur korban 'percintaan'...(ada kubur ke?)...hahahahahahahah

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Turunkan bendera tindakan tak beradab .... Hantar kek taik beradab sangat kah? ... otak orang UMporNO yang dah lunyai, tak boleh fikir lagi

Posted: 20 Dec 2011 08:07 PM PST

SAMM PERTAHAN ADAM ADLI

Kenyataan Terbuka
21 Disember 2011

SAMM pertahankan tindakan Adam Adli dan kesian dengan Pemuda Umno yang tertipu alat propaganda sendiri

Solidariti Anak Muda Malaysia dengan ini menyatakan secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa. SAMM juga menyatakan solidariti bersama SMM memperjuangkan kebebasan akedemik.

Pertama yang perlu dilihat ialah isu kebebasan akedemik itu, tunjuk rasa mahasiswa pada 17 Disember lepas ialah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini. Jika regim Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk rasa tersebut pasti tidak berlaku. Kehadiran kumpulan lebih 400 siswa di PWTC (Bangunan Umno) selepas mereka menghantar memorandum di SUHAKAM ialah selepas pimpinan Umno, Dato' Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka untuk menghantar memorandum, malah beliau turut sudi berucap dalam himpunan tersebut memberikan jaminan bagi pihak Umno.


Semasa himpunan belansung, beberapa siswa telah bertindak meminjam tiang bendera di PWTC untuk menaikkan bendera gerakan mahasiswa. Namun tindakan ini telah difitnah oleh Utusan Malaysia dengan menambahkan perkataan pijak , koyak dan seumpamanya. Ini merupakan amalan biasa bagi alat propaganda Umno ini untuk menimbulkan kemarahan orang ramai. Namun malangnya pemuda Umno sendiri yang telah termakan penipuan alat propaganda mereka sendiri dengan mengeluarkan amaran tidak bertamadun.



Ketahuilah tiang bendera itu hanya dipinjam hanya 5 - 10 minit sahaja dan kemudian kumpulan mahasiswa yang sama menaikkan semula bendera asal seperti sediakala. Cuma dalam 6 tiang bendera kenapa mahasiswa menurunkan bendera Najib Razak itu kena difikirkan ia mungkin saja manifestasi anak muda yang sudah muak dengan Najib itu sendiri.

SAMM mengecam tindakan pemuda Umno yang menggunakan gangster sehingga membawa ugutan ke rumah ibubapa Adam di Pulau Pinang. Adam diugut dalam media baru termasuk sms, panggilan telefon. Setelah berjumpa Adam saya nasihatkan Adam membuat laporan polis. Pada 19 Disember lepas saya hadir untuk menyokong Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan dan berbincang dengan polis. Kami diterima baik oleh Tuan Foo dari Bukit Aman. Selepas selesai Adam terus memberikan kenyataan ringkas di depan wartawan yang sedang menunggu di luar.

Sejak dari turun kereta hingga masuk ke kawasan Bukit Aman hingga keluar semula kami diekori oleh sekumpulan lelaki yang saya kenali antaranya anggota polis ada beberapa orang memakai topi berjenama senjata api. Ketika Adam selesai memberikan kenyataan seorang lelaki yang bertopi berjenama senjata api yang bersama dengan kumpulan polis terbabit terus menyerang Adam. Namun cubaan mencederakan Adam berjaya dielakkan apabila beberapa teman bertindak menolak lelaki tersebut.

Percayalah jika lelaki yang menyerang Adam itu dibalas dengan asakkan fizikal dari pihak SAMM mahupun mahasiswa SMM, pastinya polis yang betul-betul berada disekitar sidang media itu akan terus membuat tangkapan ke atas kami. Jika berlaku sedemikian, maka ia pasti mengalih perhatian dari isu sebenar terutamanya dari sudut persepsi. Mujurlah SAMM dan SMM tidak termakan provokasi yang berniat untuk terus merosakkan nama baik mahasiswa. 

Malangnya polis yang ramai hanya melihat kejadian tersebut. Suspek cukup dikenali kerana polis turut memanggil namanya sebagai 'lan'. Bukan sengaja meletakkan curiga kepada polis dengan kejadian ini tetapi sehingga hari ini laporan polis ugutan terhadap Adam turut tidak dilayan. Semalam seharian Adam terpaksa 'berulang hubung' antara IPD Dang Wangi dan IPD Tanjung Malim kerana tidak ada pegawai penyiasat untuk laporan polis beliau. Maka sehingga jam 8 malam Adam keluar dari Balai HS Lee tanpa ada pegawai penyiasat sedia mengambil kesnya.

Tidak cukup dengan ugutan gangster, Umno turut membuat demonstrasi di depan UPSI (maknanya umno juga sudah mengiktiraf aksi jalanraya) untuk mendesak Adam dibuang pengajian. Begitulah Umno yang terperangkap dengan pemikiran politik lama berdepan dengan kebangkitan anak muda khususnya mahasiswa.

Tiba - tiba dalam kes Adam ini Umno merujuk budi bahasa dan seumpamanya, tetapi bagaimana pula dengan tindakan proksi Umno menghantar kek tahi kepada ketua menteri dan kakitangan awam atau tindakan pemuda kencing digambar Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.





Gambar atas ialah tindakan kurang ajar pemuda yang digunakan dengan bangga di blog - blog umno gambarnya. manakala dua gambar berikut ialah tindakan (ahli) Umno menghantar kek tahi ke ketua menteri Pulau Pinang, kemudian dia memotong kek tersebut dan sajikan kepada kakitangan awam. Kecewa kek tahinya tidak ada yang ambil akhirnya dia sendiri makan kek tersebut. Tindakan hina ini bukan kali pertama sebelum ini proksi Umno pernah hantar pakaian dalam juga kepada kakitangan awam di KOMTAR, Pulau Pinang. Namun Umno, utusan dan lain - lain tidak melihat ini sebagai menghina malah ia dianggap tindakan beradap dan hero.






Beberapa tahun lepas SAMM pernah muncul didepan Pejabat Perdana Menteri untuk secara 'terhormat' menghantar kek 'elok' sempena hari ulangtahun kelahiran Altantuya bagi mengingatkan mengenai kejadian kejam pembunuhan yang berkaitan dengan penyelewengan pembelian alat pertahanan negara. Namun polis telah bertindak kasar dan menangkap serta menahan kami dalam lokap. Salahkah jika dikatakan tindakan dan istilah mengancam keselamatan itu terpilih berdasar faham parti politik ?

Polis diminta bersikap profesional. Jika Adam Adli salah sila dakwa dia berdasar undang - undang tak kisah lah jika ada akta menurun bendera dakwanya. Sebagai anak muda seharusnya ketika dia melakukan perkara tersebut dia juga harus sedia berdepan risikonya.

Kepada rakyat lihatlah cara tidak bertamadun Umno berdepan dengan tuntutan rakyat. Jika apa-apa berlaku kepada Adam maka Najib presiden Umno yang membiarkan budaya ugutan dan gansterisma dalam umno ini terus dilindungi harus bertanggungjawab. Khairy Jamaluddin selaku ketua pemuda Umno menyatakan pendirian sama ada dia bersetuju cara pemuda Umno membuat ugutan termasuk membuat rakaman video ugutan atas nama pemuda Umno.

Kepada anak muda terus bangkit, jangan takut. Ketika hujung usia regim di Mesir dan dibanyak negara , gerakan rakyat bukan sahaja berdepan dengan tindakan polis/tentera melindungi regim tetapi berdepan dengan gangster upahan yang takut pelindung mereka hilang kuasa.

Bersatulah semua gerakan rakyat untuk menumbangkan regim. Ayuh sama kita kibarkan bendera kebersamaan dalam perjuangan dengan mengenepikan perbezaan.

Bersekutu mendesak perubahan, Asalkan Bukan Umno.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia.
www.anakmudamalaysia.com

Adakah PM beradab?

Posted: 20 Dec 2011 06:07 PM PST

Pak Samad, Aziz Bari dan Hishamuddin Rais membela Adam Adli

Lim Hong Siang | Dec 20, 2011 01:50:58 pm

 
Meskipun dibanjiri tohmahan dan ugutan lantaran daripada tindakan menurunkan bendera berwajah Presiden UMNO Najib Razak, namun tindakan kontrovesi Adam Adli ini dibela oleh Sasterawan Negara A.Samad Said, pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari dan aktivis sosial Hishamuddin Rais, hari ini.

Abdul Aziz Bari, Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika ditemuramah melalui email oleh MerdekaReview, mengajak orang awam untuk lihat isu ini dalam konteks dan kerangka di mana kita hidup dalam sebuah negara demokrasi.

"Jawabnya, dalam konteks itu, apa salahnya tindakan mahasiswa itu?  Apalagi flip-flop yang Perdana Menteri tunjukkan dalam isu kebebasan akademik, khususnya hak mahasiswa dan lain-lain?" persoalnya.
Beliau menyambung, "Kita kena banding dengan negara demokrasi; jangan bandingkan kita dengan Korea Utara atau Zimbabwe.  Mereka yang mengugut dan lain-lain itu mungkin mereka ingat Malaysia sama dengan negara-negara itu."

Semalam, Adam Adli, penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis di Bukit Aman, mengadu bahawa dirinya menerima ugutan maut melalui perkhidmatan pesanan ringkas (sms), setelah dirinya menurunkan bendera berwajah Najib di ibu pejabat UMNO pada Sabtu lalu.  Malah, sidang media siswa semalam di depan balai nyaris menyaksikan pertembungan fizikal, apabila seorang lelaki bernama Roslan Mokthar (gambar kanan), mendakwa dirinya ahli UMNO, cuba "mengajar" budak yang "kurang ajar" itu.

"Mereka kena ingat apa yang PM dan UMNO buat selama ini kepada demokrasi umumnya dan mahasiswa khususnya.  Kalau kita ingat ini apa yang mahasiswa buat itu tak ada benda.  Ugutan dan lain-lain itu menunjukkan betapa UMNO masih dilanda pemikiran feudal yang kolot; mereka fikir mereka saja yang betul dan berhak untuk memerintah.  Orang lain kena dengar apa kata mereka," ulas Abdul Aziz Bari.

Adakah PM beradab?

Ketika diajukan soalan bahawa sesetengah menyifatkan bahawa tindakan Adam itu "biadap", Abdul Aziz Bari sebaliknya mempersoalkan, "Adakah selama ini PM dan kerajaan yang dipimpinnya beradab?"

Beliau memetik contoh, "Misalnya sikap biadab mereka kepada Agong yang mahukan himpunan BERSIH diselesaikan dengan cara baik.  Najib sembur air gatal, malah hospital pun ditembaknya," sebelum beliau mengingatkan, "Dan jangan lupa sikapnya kepada mahasiswa.  Kononnya nak beri kelonggaran supaya mahasiswa boleh berpolitik tapi tetap buat rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan."

Malah Abdul Aziz Bari (gambar kiri) menyimpulkan, "Jadi sebelum juak-juak PM minta orang lain beradab dan berbudi bahasa PM kena tunjuk contoh.  Jangan jadi ketam yang mahu anaknya jalan betul!"

Beliau merujuk kepada kes rayuan yang dikemukakan kerajaan setelah Mahkamah Rayuan membuat penghakiman bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.  Rayuan ini dibuat tatkala kerajaan yang sama menjanjikan pindaan AUKU untuk membenarkan siswa yang berumur 21 tahun ke atas terlibat dalam parti politik.

A.Samad: Anak muda bukan bodoh

Ketika ditemuramah MerdekaReview, A.Samad Said menyanggah tuduhan bahawa tindakan Adam Adli itu biadap, sebaliknya beliau menganggap ia harus dilihat sebagai protes untuk menyatakan ketidaksenangan golongan siswa dalam isu kebebasan akademik.

Malah, Sasterawan Negara ini mengingatkan bahawa bendera yang diturunkan adalah bendera berwajah Najib, bukan bendera negara.  "Sesiapa pun boleh bikin bendera wajahnya," kata A.Samad Said (gambar kanan), sempat untuk mengimbas ingatannya bagaimana seorang wartawan Utusan Melayu pernah memijak-mijak bendera Indonesia, ketika zaman konfrontasi Indonesia.  Untuk beliau, tindakan memijak bendera negara yang sedang kita konfrontasi adalah tindakan yang tidak wajar.

Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Puteri UMNO yang menyifatkan tindakan Adam sebagai "tidak matang", A. Samad Said dengan nada menyindir mencadangkan mereka mengulas isu lembu dan kondominium.  Bagaimanapun, berbalik kepada isu, A. Samad Said menganggap isu ini harus diambil sebagai bayangan keresahan yang tulen di kalangan anak muda.  "Anak muda kita bukan bodoh, tetapi pandai," tegasnya.
Hishamuddin Rais:
Hishamuddin Rais (ganbar bawah) pula dengan sinisnya, menyindir bahawa "matang pun tak ada gunanya kalau bodoh macam langau di buntut gajah - apa kata pemimpin semua mengangguk kepala?".  Beliau memuji tindakan mahasiswa sebagai "tindakan yang radikal dan cool".

"Ini mencerminkan langkah anak muda.  Inilah seharusnya menjadi contoh keberanian anak muda, bukan memakai baju batik lengan panjang," kata bekas pemimpin gerakan siswa pada zaman 1970-an ini.

Tindakan Adam Adli menurunkan bendera berwajah Najib Razak di PWTC ketika sekumpulan siswa-siswi berarak untuk menyerah memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah, telah mencetus kontroversi.  Memorandum tersebut menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Satu klip video telah dimuat naik dalam youtube, menyaksikan sekumpulan lelaki dengan bendera UMNO mengugut untuk menampar dan meludah pada muka Adam.  Sementara itu, satu laman facebook ditubuhkan menuntut Adam memohon maaf kepada Perdana Menteri, disertai lebih 1,000 orang sehingga kini.

Bagaimanapun, satu laman facebook yang menyokong tindakan Adam telah menghampiri 10 ribu peminatnya, dalam masa 24 jam ditubuhkan.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

31 Dec hari terakhir saya di UIA - Aziz Bari

Posted: 20 Dec 2011 04:10 PM PST

KUALA LUMPUR, 21 Dis — Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menjadi sasaran siasatan tiga pihak dua bulan lalu, akan melangkah keluar dari pusat pengajian tinggi itu, 31 Disember ini.

Ketika dihubungi malam tadi, pakar perlembagaan itu mengesahkan perkembangan terbaru ini.

"Ia hari terakhir saya berkhidmat di UIA," kata beliau 

Bagaimanapun beliau tidak memberitahu rancangan masa depannya.

"Saya tidak dipecat oleh UIA dan saya yakin mereka tidak ada alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

"Apa pun senario yang ada tidak mengizinkan saya berfungsi sebagai ahli akademik yang komited kepada ideal kebebasan akademik," kata beliau dengan merujuk kepada perkembangan sejak beberapa bulan lalu.

"Kemungkinan, saya merupakan tenaga akademik pertama menjadi mangsa disebabkan persekitaran seperti ini, berhadapan dengan tekanan kerana memberi komen hanya berdasarkan kepakaran saya.

"Memang ada tenaga akademik yang pernah berhenti kerana bercakap atas platform menggunakan pertubuhan bukan kerajaan, tetapi saya memberi pandangan mengenai isu-isu semasa menggunakan kepakaran saya," kata beliau lagi.

Awal bulan ini, beliau tidak menafikan beliau akan meninggalkan UIA ekoran siri tekanan termasuk siasatan berkenaan kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)-gereja.

"Saya sedang mempertimbangkan perkara ini, ada beberapa opsyen," kata beliau ketika itu.

Aziz berkata, walaupun ada beberapa pilihan tetapi jika boleh mahu terus kekal berkhidmat dalam bidang akademik.

Bulan lalu, Sultan Selangor secara langsung dan terbuka telah menyebut nama Aziz berhubung isu audit Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Pada Oktober itu, Aziz menerima surat tunjuk sebab berhubung isu titah Sultan Selangor - yang ketiga sepanjang berkhidmat dengan UIA.

Menurut surat tunjuk sebab UIA itu, Aziz didakwa telah memudaratkan imej universiti.

Setakat ini, kata Aziz, hasil siasatan UIA belum diketahui.

Beliau juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Aziz, 52, telah berkhidmat lebih dua dekad di Kuliah Undang-undang UIA dan sering dilantik sebagai pemeriksa luar bagi ijazah lanjutan baik di dalam maupun di luar negara.

The Malaysian Insider difahamkan Aziz juga telah disenaraikan untuk kenaikan pangkat sebagai profesor gred 'A'.

Ditanya perasaannya, Aziz berkata, beliau rasa berat dan sedih meninggalkan universiti, khususnya para pelajar yang berebut-rebut mahu mendaftar mengikuti kursusnya.

Beliau juga tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beberapa orang pelajar pengajian doktor falsafah.

Mengulas mengenai rancangan masa depan, Aziz berkata, "saya masih ada kertas peperiksaan yang perlu ditanda selain memastikan para pelajar PhD saya selamat dan tidak ditolak ke sana ke mari. Buku-buku saya juga banyak dan ini semua perlu diangkut balik dan ini semua memakan masa paling tidak sebulan."

Mengenai spekulasi yang beliau akan memasuki politik, Aziz memberitahu, "politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat."

"Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA," katanya lagi.

Difahamkan Aziz sedang menyiapkan buku ke-10 beliau, yang menyentuh mengenai kedudukan dan peranan raja berperlembagaan di Malaysia. - The Malaysian Insider

Marsha Londoh akui jalin hubungan cinta dengan Tengku Burn - Kerabat Pahang

Posted: 20 Dec 2011 07:36 AM PST

Bintang kelahiran Akademi Fantasia Musim ke 3 Marsha Londoh akhirnya mengakui beliau sudah jemu menerima tawaran lakonan dengan watak yang sama. Malah beliau merasakan sudah sampai masanya beliau tampil dengan lakonan yang lebih serius berbanding watak gedik dan manja yang diterimanya sebelum ini.

Mengambil contoh aksi Marsha melalui telefilem Kum Kum, ramai yang mengharapkan agar Marsha diberi watak-watak yang berbeza kerana tidak mahu peminatnya merasa muak dengan lakonan beliau.

Meskipun ramai yang menyangka beraksi gedik dan seksi ialah kehendak sebenar pelakon jelita ini, namun sewaktu menghadiri majlis pelancaran drama bersiri Bicara Hati yang diadakan di sebuah restoran di Jalan Ampang baru-baru ini, Marsha membuat kejutan bahawa dia sebenarnya sudah jemu membawakan watak sebegitu.

Malah, hampir saja dia menolak tawaran untuk berlakon dalam drama yang bakal disiarkan di Astro Prima itu, semata-mata sudah jelak dengan watak sedemikian.

"Sejujurnya saya sendiri sudah jemu untuk membawakan watak begitu. Sebaik saja dapat skrip, saya lihat watak yang diberikan sama saja dengan apa yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Kalau ikutkan hati, memang saya mahu menolak tawaran itu. Namun apabila mendapat tahu drama ini adalah arahan Osman Ali dan juga ia adalah projek besar Astro, lantas saya terima.

"Mujurlah dalam drama ini, pengarah meminta saya supaya membawakan watak gedik yang tidak keterlaluan. Jadi saya kena kawal tahap kegedikan itu supaya tidak kelihatan berlebihan.

"Watak Linda juga tetap ada cabarannya kerana saya perlu menghisap rokok dan minum, sedangkan saya tidak pernah melakukan perkara itu dalam kehidupan seharian. Memang ada kesukarannya di situ," ujarnya lagi.

SATU perkara yang cukup positif dalam diri pelakon ini ialah sifatnya yang jujur. Meskipun banyak kecaman dan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadapnya, hanya kerana dia tidak pernah berahsia mengenai kisah cinta, Marsha tetap mahu berkongsi cerita peribadinya itu.

Tanpa berselindung, Marsha mengakui kini menjalinkan hubungan rapat dengan jejaka kerabat Pahang yang hanya dikenali sebagai Tengku Burn.

"Ya, saya memang menjalinkan hubungan dengan dia ketika ini. Kami sudah lama berkenalan, iaitu sebelum dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Selepas dia pulang dari luar negara, barulah hubungan itu terjalin kembali. Buat masa ini kami hanya berkawan dan belum terfikir sehingga ke peringkat lebih serius. "Apapun, keluarga kami mengetahui hubungan ini dan mereka mengenali dirinya," luah Marsha.

Sementara itu, mengulas kerjaya nyanyiannya yang dilihat begitu suram sejak kebelakangan ini, Marsha mengakui hakikat itu.

"Dari segi undangan nyanyian, memang tak pernah putus. Cuma saya tak ada cerita terbaru mengenai dunia muzik. Lagipun saya sudah bertukar pengurusan dan pihak pengurusan baru masih dalam perancangan untuk merencana kerjaya nyanyian saya.

"Selain itu kesibukan saya berlakon membuatkan tumpuan terhadap bidang nyanyian terpaksa dikurangkan. Mungkin selepas ini saya kena aktif balik," katanya yang kini mempromosikan single terbaru berjudul Tak Perlu Selamanya.

Mengenai sambutan Krismas yang bakal menjelang, Marsha berkata, besar kemungkinan dia tidak akan pulang ke kampung dan hanya meraikannya di Kuala Lumpur (KL).

"Abang dan kakak saya ada di sini, jadi mungkin kami akan berkumpul di KL saja. Lagipun kami baru saja kematian datuk lebih sebulan lalu. Jadi kami tidaklah beriya-iya untuk menyambutnya," katanya mengakhiri perbualan. - klpos

"Nak guna akta apa dakwa pelajar turunkan banting (bendera Najib)" - tanya Prof Aziz Bari

Posted: 20 Dec 2011 05:09 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan kumpulan mahasiswa SMM dan Bebas tidak perlu dan tidak boleh dikenakan tindakan berhubung insiden menurunkan 'bendera' berbentuk banting berwajahkan Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak melihat apa-apa kesalahan dilakukan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

"Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).

"Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?" kata beliau mengulas perkembangan di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, Sabtu lalu.

Sebaliknya kata pakar perlembagaan ini, Najib selaku perdana menteri perlu menerima mesej yang disampaikan oleh kumpulan mahasiswa berkenaan, yang mengadakan demonstrasi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika kumpulan mahasiswa dari SMM dan Bebas hendak menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Bagaimanapun kumpulan mahasiswa itu menegaskan, mereka tidak akan memohon maaf kepada perdana menteri.

Pemimpin SMM dan Bebas berkata, pihaknya tidak nampak perlunya mereka harus memohon maaf.

"Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf. Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai satu mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat" kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Abdul Razab.

Saifuddin menuntut mereka memohon maaf dan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan.

Aziz yang menjadi sasaran siasatan polis, pengurusan UIA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dua bulan lalu menegaskan, selagi kerajaan tidak memansuhkan AUKU, pelajar-pelajar universiti akan terus memperjuangkan perkara berkenaan.

"Universiti-universiti sudah wujud sebelum AUKU diperkenalkan pada 1971, jadi mengapa perlunya AUKU.

"Kerajaan perlu mendengar suara mahasiswa... jadi mereka tidak perlu meminta, saya tidak perlu memohon maaf, jangan sombong, dengar suara mereka," katanya.

SMM dan Bebas mengadakan demonstrasi tempoh hari menuntut AUKU dimansuhkan untuk mengembalikan kebebasan akademik.

Menjawab soalan sama ada tindakan itu sesuatu yang tidak beradab, Aziz berkata, "kalau nak kata beradap tidak beradap, kita pun saksikan banyak perbuatan dan tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang tidak beradap, tidak sopan sebelum ini."

"Saya tidak melihat menurunkan bendera Najib ini sesuatu yang tidak beradap, seteruk tindakan mereka sebelum ini," katanya lagi.

SPRM sahkan sedang siasat dakwaan rasuah Awang Adek bersama Yahya Abd Jalil

Posted: 20 Dec 2011 04:18 AM PST

PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has confirmed that it is investigating allegations of corruption against Deputy Finance Minister Awang Adek Hussin.

Awang Adek along with Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd and Gerbang Perdana managing director Yahya Abd Jalil were allegedly involved in covert dealings.

Details of these dealings were recently revealed by an anonymous blogger, "The Whistleblower 711" on his blogsite.

Also disclosed were the names and transactions between Yahya and two aides working under Prime Minister Najib Tun Razak and Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin respectively. SETERUSNYA

Astro Lancar TV Satelit Percuma Pertama Malaysia

Posted: 20 Dec 2011 02:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Astro melancarkan televisyen satelit percuma pertama Malaysia, NJOI, sebagai sebahagian daripada aspirasi untuk menyediakan pembelajaran sepanjang hayat, maklumat, hiburan, termasuk sukan, secara percuma untuk rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Rohana Rozhan berkata Astro akan memperkenal NJOI menerusi tiga fasa.

Beliau berkata menerusi fasa pertama, Astro akan mengagihkan 50,000 dekoder dan piring satelit NJOI kepada peserta program eKasih.

"Fasa kedua pula membabitkan usaha menjadikan perkhidmatan NJOI disediakan kepada semua, menjelang suku pertama 2012, dengan pelanggan boleh membeli dekoder dan piring, memasangnya dan mula menikmati perkhidmatan berkenaan.

"Menerusi fasa ketiga pula, pelanggan NJOI boleh memilih sama ada membeli kandungan tambahan mereka sendiri, daripada menu produk dan perkhidmatan menerusi mekanisma prabayar, yang akan disediakan menjelang pertengahan 2012," katanya pada pelancaran NJOI di sini hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dan Pengerusi Astro Datuk Badri Masri.

Rohana berkata pelanggan NJOI boleh menonton 37 perkhidmatan TV dan radio seperti Astro Tutor, Astro Vanavil, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Bernama TV, Astro AEC, Jia Yu, Makkal TV, iView, iMus, TVi, TV1 dan TV2.

Beliau juga berkata Astro merancang menawarkan perkhidmatan atau pilihan perkhidmatannya menerusi peranti pintar dalam kalangan pelanggan sedia adanya.

"Perkhidmatan ini akan disediakan pada suku kedua tahun depan," katanya. - BERNAMA

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


WARGA TENTERA WAJIB TOLAK UMNO/BN JIKA SENSITIF DENGAN SOAL KESELAMATAN

Posted: 20 Dec 2011 12:07 PM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS

UMNO pernah menuduh DS Anwar dan anaknya Nurul Izzah `menjual' keselamatan negara kepada negara luar hanya kerana mereka menerangkan perbuatan rasuah atau komisyen di dalam pembelian peralatan tentera negara ini, contohnya seperti komisyen kapal selam `scorpene'.

Adakah kerana menerangkan korupsi pemimpin negara ini boleh menggugat keselamatan negara?  Adakah DS Anwar dan Nurul Izzah menjual maklumat atau kerahsiaan pertahanan negara?  Ini semua hanya tuduhan yang sehingga kini mereka gagal buktikan malahan Umno amat bimbang jika negara luar tahu perangai pimpinan mereka yang berselindung di sebalik pembelian tersebut.


Suka saya memetik kenyataan seorang bekas Pegawai Kanan Tentera yang telah berkhidmat di dalam TLDM selama 38 tahun, Laksmana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid yang membuat kenyataan melalui Harakah bahawa Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab kerana dengan sewenang-wenangnya memberi kemudahan kepada seorang Blogger pro Umno, Papagomo untuk menaiki kapal selam KD Tun Razak selama 5 jam baru-baru ini.  Suka saya bertanya, berapa ramai di antara warga TLDM yang dapat keistimewaan itu?  Usahkan mereka di peringkat bawah, saya yakin pegawai kanan yang berpangkat Panglima iaitu Brigidier Jeneral atau Mejar Jeneral di dalam ATM sendiri pun belum merasai keistimewaan seperti yang diperolehi olah Blogger kaki fitnah tersebut.


Zahid Hamidi seorang penipu besar apabila memberitahu tiada Blogger yang dibenarkan menaiki Kapal Selam tersebut, tetapi apabila Blogger berkenaan sendiri menulis di dalam blognya sememangnya beliau telah menaii kapal selam tersebut bahkan berpeluang bertanya beberapa soalan kepada anak kapal berkenaan, ini menunjukkan dasar kerahsiaan negara berada di tahap terendah.  Saya sebagai bekas tentera, turut berkongsi kerungsingan dengan Laksamana Pertama (B) Imran betapa kerahsiaan keselamatan pertahanan di negara ini bila-bila masa sahaja boleh `terjual' atau `dibeli' jika inilah tahap profesionalisma Menteri Pertahanan kita.

Langkah tapisan keselamatan yang sepatutnya diambil tidak dipraktikkan dan yang paling penting apakah tujuan atau objektif Papagomo berada di dalam kapal tersebut?  Apa jaminan Blogger pencacai yang sememangnya makan upah ini tidak boleh mencari upah yang lebih besar dengan menjual rahsia keselamatan negara?  Tempoh 5 jam berada di dalam kapal tersebut amat selesa buat sesiapa sahaja untuk mencuri maklumat dan rahsia.  Zahid Hamidi langsung tidak peka dengan aspek keselamatan negara, beliau hanya faham bahawa keselamatan negara adalah dengan `merahsiakan amalan rasuah', itu sahaja.

Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua warga tentera dan bekas-bekas tentera, marilah kita tolak Umno yang jelas dan nyata tidak sensitif dengan soal keselamatan negara tercinta ini.  Jika kamu sendiri tidak mendapat keistimewaan seperti Papagomo walaupun kamu berpangkat besar dan berkhidmat di dalam ATM berpuluh-puluh tahun, amat memalukan jika kamu berterusan bersekongkol dengan Umno dan Bn.  Cukuplah warga tentera terus diperbodohkan dengan politik korup Umno/Bn./wfauzdin.blogspot.com

~penarik beca

~penarik beca


Berita mengenai Awang Adek dan kisah beli tiket masuk.....

Posted: 20 Dec 2011 05:19 AM PST

Terkini: Khalid Samad bertukar bidang! Ada kaitan dengan bidang Alam Flora

Posted: 20 Dec 2011 12:23 AM PST