WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
WARGA TENTERA WAJIB TOLAK UMNO/BN JIKA SENSITIF DENGAN SOAL KESELAMATAN Posted: 20 Dec 2011 12:07 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS UMNO pernah menuduh DS Anwar dan anaknya Nurul Izzah `menjual' keselamatan negara kepada negara luar hanya kerana mereka menerangkan perbuatan rasuah atau komisyen di dalam pembelian peralatan tentera negara ini, contohnya seperti komisyen kapal selam `scorpene'. Adakah kerana menerangkan korupsi pemimpin negara ini boleh menggugat keselamatan negara? Adakah DS Anwar dan Nurul Izzah menjual maklumat atau kerahsiaan pertahanan negara? Ini semua hanya tuduhan yang sehingga kini mereka gagal buktikan malahan Umno amat bimbang jika negara luar tahu perangai pimpinan mereka yang berselindung di sebalik pembelian tersebut. Suka saya memetik kenyataan seorang bekas Pegawai Kanan Tentera yang telah berkhidmat di dalam TLDM selama 38 tahun, Laksmana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid yang membuat kenyataan melalui Harakah bahawa Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mesti bertanggungjawab kerana dengan sewenang-wenangnya memberi kemudahan kepada seorang Blogger pro Umno, Papagomo untuk menaiki kapal selam KD Tun Razak selama 5 jam baru-baru ini. Suka saya bertanya, berapa ramai di antara warga TLDM yang dapat keistimewaan itu? Usahkan mereka di peringkat bawah, saya yakin pegawai kanan yang berpangkat Panglima iaitu Brigidier Jeneral atau Mejar Jeneral di dalam ATM sendiri pun belum merasai keistimewaan seperti yang diperolehi olah Blogger kaki fitnah tersebut. Zahid Hamidi seorang penipu besar apabila memberitahu tiada Blogger yang dibenarkan menaiki Kapal Selam tersebut, tetapi apabila Blogger berkenaan sendiri menulis di dalam blognya sememangnya beliau telah menaii kapal selam tersebut bahkan berpeluang bertanya beberapa soalan kepada anak kapal berkenaan, ini menunjukkan dasar kerahsiaan negara berada di tahap terendah. Saya sebagai bekas tentera, turut berkongsi kerungsingan dengan Laksamana Pertama (B) Imran betapa kerahsiaan keselamatan pertahanan di negara ini bila-bila masa sahaja boleh `terjual' atau `dibeli' jika inilah tahap profesionalisma Menteri Pertahanan kita. Langkah tapisan keselamatan yang sepatutnya diambil tidak dipraktikkan dan yang paling penting apakah tujuan atau objektif Papagomo berada di dalam kapal tersebut? Apa jaminan Blogger pencacai yang sememangnya makan upah ini tidak boleh mencari upah yang lebih besar dengan menjual rahsia keselamatan negara? Tempoh 5 jam berada di dalam kapal tersebut amat selesa buat sesiapa sahaja untuk mencuri maklumat dan rahsia. Zahid Hamidi langsung tidak peka dengan aspek keselamatan negara, beliau hanya faham bahawa keselamatan negara adalah dengan `merahsiakan amalan rasuah', itu sahaja. Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua warga tentera dan bekas-bekas tentera, marilah kita tolak Umno yang jelas dan nyata tidak sensitif dengan soal keselamatan negara tercinta ini. Jika kamu sendiri tidak mendapat keistimewaan seperti Papagomo walaupun kamu berpangkat besar dan berkhidmat di dalam ATM berpuluh-puluh tahun, amat memalukan jika kamu berterusan bersekongkol dengan Umno dan Bn. Cukuplah warga tentera terus diperbodohkan dengan politik korup Umno/Bn./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan