Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


LIM GUAN ENG MENAIKI SCORPENE - ISU KOMISYEN KAPAL SELAM TIDAK BOLEH DISEMBUNYIKAN

Posted: 09 Dec 2011 08:44 AM PST

Oleh:  WFAUZDIN NS





MUNGKIN Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi merasa bangga kerana akhirnya KM P. Pinang, Lim Guan Eng bersetuju untuk menaiki kapal selam Scoprpene di perairan Pulau Langkawi.  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya berada di dalam kapal selam tersebut selama lebih kurang 90 minit.  Baca di SINI.

Maka Zahid Hamidi pun berkata, beliau berharap pemimpin Pembangkang tersebut akan menceritakan kebenaran kepada rakyat jelata berkenaan kapal selam berkenaan.  Apa yang Lim Guan Eng perlu ceritakan kepada rakyat selepas beliau merasai menyelam bersama kapal selam berkenaan?
lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 04
Kita ingin memberitahu Zahid Hamidi, isu kapal selam Scorpene ini adalah isu rasuah dan isu komisyen RM 500 juta yang kini masih dibicarakan di Perancis.  Rakyat mahu tahu benar atau tidak terdapatnya komisyen sebanyak itu telah diberikan kepada seseorang?  


Rakyat juga mahu tahu apa kaitan isu komisyen tersebut dengan Razak Baginda dan kes pembunuhan Altantuya?  Semua persoalan ini tidak terjawab dengan tepat dan berfakta walaupun telah dibangkitkan di dalam Parlimen lama dahulu.

Benarkah Altantuya dibunuh secara kejam hanya kerana wanita Mongolia ini sering menuntut komisyen seperti yang dijanjikan kepadanya?  Ini lah isu sebenar di dalam pembelian kapal selam Scorpene yang rakyat mahu tahu, bukannya masalah sekarang ini kapal selam tersebut boleh menyelam atau tidak. 

Adakah kerana Lim Guan Eng telah memasuki dasar laut dengan kapal selam ini maka isu komisyen RM 500 juta itu akan selesai begitu sahaja?  Jika itulah harapan Zahid Hamidi, ternyata beliau silap.  Rakyat tidak akan melupakan kisah komisyen yang dimakan oleh pelahab tersebut walaupun kapal selam itu boleh menyelam sehingga ke dasar bumi atau dasar laut merah sekali pun./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Norish Karman hamil luar nikah ...?

Posted: 09 Dec 2011 07:55 AM PST

PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman (gambar) yang lama menghilangkan diri daripada dunia seni kerana dikatakan hamil luar nikah akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu.

Pelakon drama Spa Q ini berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

"Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

"Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

"Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja," katanya kepada mStar Online.


Pada Rabu lalu, pihak media yang menanti kemunculan Norish pada Festival Monodrama di Istana Budaya, Kuala Lumpur hampa kerana pelakon itu tidak muncul bagi mendapatkan komennya berhubung desas-desus itu.

Tambahnya lagi: "Suka hati mereka nak cakap apa (larikan diri). Saya sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Azmi.

"Kenapa semua orang nak kejar saya. Saya bukan popular dan cantik. Ramai lagi yang boleh dikejar…

"Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas."

Dalam pada itu, Norish turut menjelaskan sebab dia menyepikan diri dalam industri adalah kerana sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang dan berbincang dengan komposer untuk menyiapkan album pertamanya.

Festival Monodrama akan di pentaskan di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember ini yang turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Jasmin Hamid dan Misha Omar

Najib dalam dilema : Apa nak buat dengan Shahrizat lembu ni ....

Posted: 09 Dec 2011 05:50 AM PST

Strategy Perdana menteri Najib Razak untuk menang dalam pilihanraya akan datang adalah untuk memastikan calon-calon UMNO-BN adalah dari kalangan yang pasti menang. Najib juga mahu memastikan pertelingakahan berkenaan siapa yang patut dipilih berhenti lalu bersetuju dengan sesiapa saja yang akan diputuskan olehnya.

Dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu, presiden UMNO itu mendapat apa yang diingininya dengan para perwakilan bersetuju untuk memberi mandat penting baginya. Tapi benarkah mereka masih mempunyai pilihan dan adakah pertelingkahan akan tamat disitu walaupun dia telah membuat mereka berjanji untuk tidak melobi atau hilang kelayakan serta merta.

Mahathir pula kata Shahrizat patut berhenti kalau tak nak kena halau

Posted: 09 Dec 2011 04:54 AM PST



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".

"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

ABU - Asalkan Bukan Umno - dilancarkan

Posted: 09 Dec 2011 01:30 AM PST

Aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik telah bergabung untuk menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.

Dikenali sebagai 'Asalkan Bukan Umno' atau ABU, pergerakan itu berkata walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, tetapi ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.

Pergerakan ini telah dilancarkan dalam sidang akhbar yang diadakan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini, manakala pelancarannya di Sabah dan Sarawak akan diadakan minggu depan.

KENYATAAN AKHBAR - 

Kami merayu dan menyeru kepada semua pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), parti politik komponen Barisan Nasional kecuali UMNO, parti pembangkang atau parti politik bebas, golongan profesional, ahli akademik dan cendiakawan, mahasiswa, karyawan, para artis dan pekerja seni malah semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, gelandangan (homeless), penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau tunjuk perasaan dan sebagainya) rasa tidak yakin kita masing-masing terhadap UMNO yang sudah tidak sedar diri, korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini BODOH SOMBONG !!!

Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak ambil tahu kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan?

Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang akibat sikap kita yang 'biarkanlah' 'tidak kisah' serta 'ignorant' dan lain lain dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.

ABU akan melancarkan kempen ke seluruh negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN.

Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau 80% rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO dan kroninya hidup dengan mewah sekali.

Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat
tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang tidak masuk akal.

Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik 'pecah' dan 'perintah' dilaksanakan untuk menutup berita penyelewangan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-pemimpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapikan-apikan untuk memastikan kelangsungan jangka hayat politik UMNO/BN.

Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan negara telah masuk kedalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.

Operator-operator kami diseluruh negara sudah pun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.

Kini ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?

Apabila tuntuan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-parisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat 'dayus' dan 'bacul' kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN.

Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di negara Malaysia.


~penarik beca

0
sumber :-

~penarik beca


Jangan ada muka carpab yang nak hijack ABU (asal bukan Umno)!

Posted: 09 Dec 2011 05:38 AM PST


RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kerajaan BN tak wajar lepas tangan ubat tak cukup dihospital..

Posted: 09 Dec 2011 09:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal dengan Kerajaan Umno BN yang lepas tangan dalam menjamin kesihatan rakyat.
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Professional Muda dewan itu, Dr Ghazali Hasbullah menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar The Star, 7 Disember lepas yang menyebut terdapat beberapa hospital di Malaysia tidak cukup ubat seperti yang berlaku di Hospital Melaka.
"Hal yang sedemikian tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan Umno BN bersungguh-sungguh menjamin kesihatan rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, usaha Malaysia mengejar taraf negara maju pun akan terbantut jika kesihatan rakyat diambil ringan oleh kerajaan Umno BN.
Read More / Baca Lagi >>

UM: Debat AUKU dihalang kerana tiada kebenaran universiti

Posted: 09 Dec 2011 09:46 PM PST


KUALA LUMPUR, 10 Dis — Universiti Malaya (UM) hari ini menegaskan pihaknya terpaksa campur tangan dengan meminta debat Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Fakulti Undang-undang universiti berkenaan malam tadi dihentikan kerana ia diadakan tanpa kebenaran pentadbiran pusat pengajian tinggi itu.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM Datuk Rohana Yusuf berkata, pihaknya tidak bermaksud mahu menyekat kegiatan pelajar, tetapi seharusnya program berkenan diadakan menggunakan saluran yang betul.
"Mereka langsung tidak membuat permohonan untuk menganjurkan debat malam tadi, dekan Fakulti Undang-undang sendiri tidak tahu ada penganjuran program tersebut sedangkan ia dijalankan di dewan fakulti itu," jelasnya.
"Universiti tidak halang pelajar nak buat aktiviti, tetapi gunakan saluran yang betul, HEP hanya menjalankan tugas sahaja," katanya lagi.
Menurutnya lagi, penganjur seharusnya peka terhadap peraturan kampus, lebih-lebih lagi program debat malam tadi turut melibatkan penyertaan orang luar, bukannya pelajar UM sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca-AGM: Erti bai’ah dan ikrar selamatkan Umno

Posted: 09 Dec 2011 09:43 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Ramai melihat Perhimpunan Agung Umno 2011 yang berakhir minggu lalu membawa kelainan kerana buat pertama kali dalam sejarah parti itu menyaksikan 5,447 perwakilan daripada 191 bahagian melafazkan ikrar taat setia yang Datuk Seri Najib Razak sifatkan sebagi sumpah 'bai'ah'.
Dua kali ikrar dilafazkan oleh anggota dan pemimpin Umno pada perhimpunan itu iaitu pertama ketika majlis Taklimat Presiden Umno di hadapan Najib pada 30 November dan kedua pada akhir perhimpunan 3 Disember yang diketuai Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ikrar taat setia yang dilafazkan para perwakilan, menjadi elemen penguat kepada anggota Umno untuk komited kepada parti bagi memastikan kemenangan setiap calon Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan raya orang Islam setiap hari

Posted: 09 Dec 2011 09:42 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.

"Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.
Read More / Baca Lagi >>

Blogger Pro Umno atas kapal selam Scorpene? Mengapa?

Posted: 09 Dec 2011 09:41 PM PST

Penulis blog kontroversi pro-Umno, Papagomo menaiki kapal selam scorpene KD Tun Razak semalam bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy.

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 05Dalam tulisan di blognya hari ini bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak", Papagomo
berkata ketua menteri itu membuat kenyataan negatif tentang kapal selam tersebut, yang dinaikinya atas jemputan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau memetik laporan Malaysiakini semalam, memetik Lim sebagai berkata beliau tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam itu.Read More / Baca Lagi >>

Rising concerns over our human rights abuses

Posted: 09 Dec 2011 07:54 PM PST

As the world marks Human Rights Day today, Malaysia remains adamant that human rights has little bearing on an individual's life

Allegations of human rights abuses in Malaysia abound and both human rights groups and international human rights watchdogs have time and again taken the 'powers that be' to task for failing to uphold the tenets of human rights, as enshrined both in the Federal Constitution and the Universal Declaration of Human Rights 1948.
In 2009, the Reporters Without Borders ranked Malaysia 131st out of the 175 nations where the Press Freedom Index was concerned. Still, the federal government under the Barisan Nasional administration has refused to take heed and make amendments; instead the atrocities against the rakyat continue, in one form or another.
Be it detention without trial to deaths in police custody to the trampling of the people's right to speak against injustice, the BN government under premier Najib Tun Razak has done it all.
Read More / Baca Lagi >>

Siri 3: Kepincangan Urus Tadbir Melaka

Posted: 09 Dec 2011 07:49 PM PST


1) ISU KEPINCANGAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN AGENSI KERAJAAN NEGERI MELAKA
Laporan Ketua Audit 2009 bagi negeri Melaka menjelaskan ketempangan dan kelemahan kerajaan negeri dalam pengurusan kewangan mereka.
Antara perkara yang dibongkar di dalam laporan itu ialah :
a) Pengurusan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) yang tidak mengikut prosedur. Contohnya dalam urusan perlantikan guru-guru; kurikulum yang tidak mematuhi dasar; akaun amanah KAFA tidak mengikut prosedur; bantuan perka pita yang diberikan oleh pusat tidak dibelanjakan mengikut tempoh dan matlamat pemberian; guru berlebihan dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Siri 2: Projek Pembaziran Tambahan Negeri Melaka

Posted: 09 Dec 2011 07:48 PM PST


Selain itu projek-projek lain yang jelas membazir dan tidak munasabah harganya ialah :-
• Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal berharga RM 280 juta sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh adalah 4 lorong kereta;
Read More / Baca Lagi >>

Siri 1: Senarai Pembaziran Projek Melaka

Posted: 09 Dec 2011 07:46 PM PST


a) Eye On Malaysia disita.
Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.
Sebelum itu Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan setelah sebelum ini ianya beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.
Read More / Baca Lagi >>

Wave of protests in Syria

Posted: 09 Dec 2011 07:40 PM PST

RAFIZI - RASUAH ADA COP UMNO DI DAHI - KAK IJAT JANGAN SELAK...

Posted: 09 Dec 2011 07:29 PM PST

Menteri kecewa HEP UM halang debat mahasiswa

Posted: 09 Dec 2011 07:27 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah kesal dengan tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) yang memberhentikan debat pelajar yang berlangsung di Fakuliti Undang-undang kampus itu malam tadi.

Menzahirkan rasa kecewa itu melalui laman twitternya, Saifuddin berkata, beliau sedang mendapatkan maklumat untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Saya dukacita debat AUKU di UM malam tadi terbatal ketika ia sedang diadakan. Saya sedang menyiasatnya," tulisnya ringkas.

Dalam kejadian malam tadi, debat anjuran Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) itu diganggu oleh pengurusan UM dan terpaksa dibatalkan ketika sedang memasuki pusingan kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Rahsia jalan tengah Malaysia II

Posted: 09 Dec 2011 07:22 PM PST

Bahagian Kedua


9 DISEMBER – Setelah lebih 50 tahun Merdeka, rakyat Malaysia berpeluang melihat aksi sebenar demokrasi sosial melalui pelaksanaannya di Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan DAP.
Walau pun dihadkan peruntukan kerajaan pusat, walau pun tidak mendapat kerjasama penuh dari kerajaan pusat dan walau pun sentiasa dikacau ganggu oleh anasir-anasir perkauman, kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah membuktikan kata-kata perjuangannya melalui pelaksanaan.
Read More / Baca Lagi >>

Rahsia jalan tengah Malaysia I

Posted: 09 Dec 2011 07:20 PM PST

Bahagian Pertama


8 DISEMBER – Apa itu demokrasi sosial? Dalam bahasa mudah, ia satu fahaman yang mempertahankan sistem ekonomi pasaran tetapi pada yang sama menyediakan satu jaring keselamatan sosial kepada rakyat mengikut garis-garis demokrasi. Dalam konteks Malaysia, ia berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak semua kaum dan agama.
Daripada perkataan akar 'sosial', kita dapat membayangkan bahawa fahaman ini amat mementingkan kebajikan rakyat sebagai dasar utamanya dalam segenap apsek, dan dari perkataan 'demokrasi' kita tahu ia adalah satu ideologi yang ingin mencapai matlamat politik dalam konteks yang dibenarkan dalam sempadan undang-undang dan Perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi banyak wang diberi kepada SPRM, lagi banyak rasuah dirasakan berlaku…

Posted: 09 Dec 2011 07:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 DIS – Apabila lebih besar peruntukan dan lebih ramai kakitangan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, nampaknya negara menjadi lebih korup.
Di mana perginya peruntukan berbilion ringgit yang diberikan oleh kerajaan, hasil kutipan wang cukai rakyat dan hasil sumber negara, kepada SPRM, dan sebelum itu Badan Pencegah Rasuah, sejak 1994?
Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang sempena Hari Anti-Rasuah Antarbangsa pada hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Dilema mengimbangi kewangan awam

Posted: 09 Dec 2011 06:31 PM PST

Datuk Salleh Majid

10 DIS — Semua orang tahu walau gendang perang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) telah dibunyikan, salah satu faktor yang bakal menentukan tarikh pilihan raya ialah keadaan ekonomi semasa.
Ekonomi memainkan peranan penting kerana kalau pilihan raya diadakan semasa suasana ekonomi negara tidak begitu baik, tentulah parti yang memerintah akan menerima padahnya kerana pihak pembangkang akan "pulon" menggunakan ekonomi sebagai sasaran ceramah dan kutukan.
Persoalannya dengan semua orang menganggap PRU 13 semakin dekat, apakah semua orang telah melihat keadaan ekonomi semasa?
Read More / Baca Lagi >>

Security reasons? Whose security? The rakyat’s? Or UMNO’s and BN’s?

Posted: 09 Dec 2011 06:21 PM PST



FMT reports that Musa Aman cited 'security reasons' to justify his order to Sabah immigration to refuse me entry into Sabah 2 days ago.
Musa's security of tenure, as the Chief Minister, and that of every other BN leader holding office in the Sabah state government, hinges on the impoverished people of Sabah, particularly in the interior areas, remaining ignorant about how, since UMNO's entry into Sabah, the state's wealth has found its way into the pockets of the leaders of Sabah UMNO and other BN parties, and their cronies.
Read More / Baca Lagi >>

Pas perlukan saya: Nik Aziz

Posted: 09 Dec 2011 05:44 PM PST

Oleh : MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, keputusan beliau untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah kerana parti itu masih memerlukan khidmatnya untuk menentang Umno.
 
Menurutnya, beliau tidak akan berganjak dengan keputusan untuk bertanding walaupun mendapat kritikan dari pemimpin Umno, termasuk dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang mahukannya bersara dari politik.
 
"Saya tidak hirau apa Umno kata, itu dia punya pasal, itu tuduhan dia, dah orang (Pas) nak kepada saya, nak buat macam mana," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Shahrizat diserang rakan seperti selain dari PKR?

Posted: 09 Dec 2011 05:39 PM PST

Adakah Shahrizat diserang rakan separti selain dari PKR?Menteri Umno Shahrizat Jalil telah mengetahui bahawa Perbadanan Fidlot Nasional yang diuruskan keluarganya berada di landasan yang salah tetapi entah bagaimana, beliau berjaya menyembunyikannya sehingga ia tidak dapat dielakkan didedahkan oleh parti lawan PKR. Sejurus selepas itu, tuntutan salah laku yang dibuat PKR telah disahkan oleh laporan Ketua Audit Negara (AG) bahawa NFC sememangnya "kucar-kacir" adalah satu tamparan hebat untuknya.
Soalan kini sibuk dilontarkan di sekitar UMNO mengenai isu tersebut. Bukankah ketua UMNO dan orang kanannya tahu tentang NFC atau mereka tidak masuk campur kerana ini adalah projeknya dan beliau harus diberi ruang untuk mengendalikannya?
Mungkin pada mulanya ini adalah benar, tetapi apabila ia adalah jelas bahawa PKR mula menyiasat, setelah berjaya menjumpai sumber konkrit tentang penyalahgunaan kuasa, mengapa Najib tidak memberhentikannya?
Read More / Baca Lagi >>

After PBDS and SNAP, it’s SUPP's turn to be history

Posted: 09 Dec 2011 05:38 PM PST

After PBDS and SNAP, it's SUPP's turn to be historyCurrently going through what many of its own members say is a sham party election this weekend, the Sarawak United People's Party or Supp is the one in real "hot soup" for a change.
Factions including those aligned to presidential aspirant Wong Soon Koh, who pulled out a day ago in protest, say the least the Registrar of Societies could do is to order the party to halt its triennial general meeting (TGM) scheduled for Dec 10-11 until the alleged irregularities are rectified.
Amidst charges and counter-charges of massive fraud and irregularities in the party set-up, the various factions have been making daily visits to the RoS in Kuching. The result is the foregone conclusion that Supp would have to show cause why it should not be deregistered.
Read More / Baca Lagi >>

Kami kecewa debat AUKU di UM diganggu, dibatal

Posted: 09 Dec 2011 05:35 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) kecewa program debat berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di Fakuliti Undang-undang Universiti Malaya (UM) di sini malam tadi diganggu oleh pengurusan pusat pengajian tinggi itu dan terpaksa dibatalkan ketika sedang berlangsung.
Setiausaha Agungnya Khairul Naim berkata, pihaknya begitu terkilan dan kecewa apabila program debat yang sebenarnya bersifat akademik dan mendidik ini diganggu oleh pengawal keselamatan dan "special branch" ketika debat antara Ahmad Shukri Che' Ab. Razab yang merupakan bekas aktivis Pro-Mahasiswa dan Syamsul Salleh iaitu bekas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia sedang rancak berjalan pada pusingan kedua.
Debat itu berkisar tentang AUKU dan Autonomi Mahasiswa. Ia dianjurkan oleh Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).
Menurut Khairul, beberapa pengawal keselamatan dan "special branch" telah menjerit meminta penganjur program keluar dewan dan meminta supaya perdebatan dihentikan dengan segera.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat nak pemimpin bersih, tolak terpalit skandal

Posted: 09 Dec 2011 05:30 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia  (DPP Malaysia) menyokong gesaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur kerana terpalit dengan kes rasuah yang dikaitkan dengan beliau dan keluarganya.
"Bagi DPP Malaysia, elok benar jika Datuk Seri Shahrizat Jalil berundur waktu ini sebelum beliau 'dihalau' keluar oleh partinya," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Beliau di dalam satu kenyataan berkata, DPP Malaysia berpendapat hayat politik Shahrizat sudah tamat dengan siri pendedahan yang dilakukan yang sukar untuk dinafikan.
Bahkan, ujarnya isu menteri itu kini sudah menjadi bebanan pula kepada Umno BN dan sukar untuk mereka menjawab setiap persoalan yang ditanyakan oleh rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: PKR akan tanding lebih banyak kerusi parlimen

Posted: 09 Dec 2011 05:29 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Dis — PKR berkata ia akan bertanding lebih banyak kerusi peringkat parlimen dalam pilihan raya umum akan datang meskipun berhadapan dengan masalah ramai wakil rakyatnya keluar sebelum ini. Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider bahawa meskipun perundingan mengenai pembahagian kerusi masih belum selesai, parti itu kemungkinan akan mempunyai sedikit lebih kerusi untuk bertanding di peringkat persekutuan bertanding tiga tahun yang lalu.
"Meskipun perundingan masih dijalankan, bilangan di atas kertas ialah kemungkinan lebih sedikit kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Baru - Anwar Ibrahim

Posted: 09 Dec 2011 03:31 PM PST

Pemimpin Rakyat Malaysia - Anwar Ibrahim

Posted: 09 Dec 2011 03:30 PM PST


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT