Jumaat, 9 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Norish Karman hamil luar nikah ...?

Posted: 09 Dec 2011 07:55 AM PST

PETALING JAYA: Pelakon Norish Karman (gambar) yang lama menghilangkan diri daripada dunia seni kerana dikatakan hamil luar nikah akhirnya muncul dengan menafikan khabar angin itu.

Pelakon drama Spa Q ini berkata dia enggan mengambil tahu berita sensasi itu sebaliknya lebih menyibukkan dirinya dengan kerja dan anak-anaknya.

"Saya tidak mengambil tahu tentang gosip-gosip di akhbar mengenai hal itu kerana sangat sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.

"Tetapi saya ada mendengar cerita-cerita kelakar ni. Pada saya, banyak perkara lain yang saya boleh fikirkan. Biarlah mereka (media) nak cakap apa, saya tidak kisah.

"Yang penting, siapa nak jumpa saya, boleh…tapi kita borak pasal kerja sahaja," katanya kepada mStar Online.


Pada Rabu lalu, pihak media yang menanti kemunculan Norish pada Festival Monodrama di Istana Budaya, Kuala Lumpur hampa kerana pelakon itu tidak muncul bagi mendapatkan komennya berhubung desas-desus itu.

Tambahnya lagi: "Suka hati mereka nak cakap apa (larikan diri). Saya sedang sibuk dengan penggambaran drama rantaian Anakku Sazali di bawah arahan Bade Azmi.

"Kenapa semua orang nak kejar saya. Saya bukan popular dan cantik. Ramai lagi yang boleh dikejar…

"Apabila orang menonton saya di Festival Monodrama itu nanti, mereka dapat menilai sendiri sama ada khabar angin itu benar atau tidak. Secara logiknya, tiada siapa yang akan mengambil pelakon yang berbadan dua untuk berlakon di atas pentas."

Dalam pada itu, Norish turut menjelaskan sebab dia menyepikan diri dalam industri adalah kerana sibuk menjadi juri Pilih Kasih musim ketiga di Pulau Pinang dan berbincang dengan komposer untuk menyiapkan album pertamanya.

Festival Monodrama akan di pentaskan di Istana Budaya pada 13 dan 14 Disember ini yang turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Jasmin Hamid dan Misha Omar

Najib dalam dilema : Apa nak buat dengan Shahrizat lembu ni ....

Posted: 09 Dec 2011 05:50 AM PST

Strategy Perdana menteri Najib Razak untuk menang dalam pilihanraya akan datang adalah untuk memastikan calon-calon UMNO-BN adalah dari kalangan yang pasti menang. Najib juga mahu memastikan pertelingakahan berkenaan siapa yang patut dipilih berhenti lalu bersetuju dengan sesiapa saja yang akan diputuskan olehnya.

Dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu, presiden UMNO itu mendapat apa yang diingininya dengan para perwakilan bersetuju untuk memberi mandat penting baginya. Tapi benarkah mereka masih mempunyai pilihan dan adakah pertelingkahan akan tamat disitu walaupun dia telah membuat mereka berjanji untuk tidak melobi atau hilang kelayakan serta merta.

Mahathir pula kata Shahrizat patut berhenti kalau tak nak kena halau

Posted: 09 Dec 2011 04:54 AM PST



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".

"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

ABU - Asalkan Bukan Umno - dilancarkan

Posted: 09 Dec 2011 01:30 AM PST

Aktivis, NGO, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik telah bergabung untuk menumbangkan Umno daripada pentadbiran negara datang pilihan raya umum akan datang.

Dikenali sebagai 'Asalkan Bukan Umno' atau ABU, pergerakan itu berkata walaupun ia mendapat sokongan parti-parti politik, tetapi ia akan kekal sebagai gerakan rakyat untuk mengembalikan hak dan kekayaan negara.

Pergerakan ini telah dilancarkan dalam sidang akhbar yang diadakan serentak di seluruh Semenanjung Malaysia hari ini, manakala pelancarannya di Sabah dan Sarawak akan diadakan minggu depan.

KENYATAAN AKHBAR - 

Kami merayu dan menyeru kepada semua pekerja, petani, nelayan, persatuan dan pertubuhan badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO), parti politik komponen Barisan Nasional kecuali UMNO, parti pembangkang atau parti politik bebas, golongan profesional, ahli akademik dan cendiakawan, mahasiswa, karyawan, para artis dan pekerja seni malah semua kelompok rakyat tersisih dan tertindas (marginalised) seperti kumpulan Mat Rempit, gelandangan (homeless), penganggur (jobless) dan lain-lain supaya melahirkan dengan nyata (melalui kenyataan media seperti ini atau tunjuk perasaan dan sebagainya) rasa tidak yakin kita masing-masing terhadap UMNO yang sudah tidak sedar diri, korup, angkuh, menindas, zalim dan kebelakangan ini BODOH SOMBONG !!!

Kini bukan masanya lagi untuk kita terus mendiamkan diri dan tidak ambil tahu kecuali anda rela mewariskan Malaysia yang musnah kepada generasi akan datang. Masihkah kita tidak nampak atau sengaja mahu membiarkan saja apabila sisa-baki hak demokratik rakyat yang hanya tinggal secebis itu pun dinafikan manakala segala tuntutan rakyat terus diabaikan?

Sepanjang pemerintahan UMNO/BN kita semua juga sebenarnya telah bersama-sama menyumbang akibat sikap kita yang 'biarkanlah' 'tidak kisah' serta 'ignorant' dan lain lain dalam menyemai kuasa kuku besi pemerintah yang kejam hinggalah kini kuasa itu menjadi parah dan terlalu mencengkam.

ABU akan melancarkan kempen ke seluruh negara untuk menyeru rakyat supaya berani menyatakan pendirian jijik dan perasaan meluat mereka terhadap penyelewengan dan rasuah yang UMNO/BN amalkan lantas dengan tidak teragak-agak menolak UMNO/BN.

Kesan yang kini dirasai rakyat ialah kenaikan harga barang yang melampau 80% rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung beban kos sara hidup yang semakin tinggi sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO dan kroninya hidup dengan mewah sekali.

Kewujudan undang-undang kejam yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga teguran dan rintihan rakyat
tidak dipedulikan. Bantahan rakyat dengan angkuh diperangi secara kejam dan ganas. Kini timbul pula undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang tidak masuk akal.

Politik perkauman digunakan untuk menakutkan rakyat. Taktik 'pecah' dan 'perintah' dilaksanakan untuk menutup berita penyelewangan dan rasuah serta boros dan tamaknya pemimpin-pemimpin UMNO/BN ini. Selama pemerintahan UMNO/BN rakyat Malaysia didodoikan dengan slogan perkauman sempit. Kini isu agama dicipta dan diapikan-apikan untuk memastikan kelangsungan jangka hayat politik UMNO/BN.

Kini keselamatan rakyat akan terancam dengan kewujudan kilang Lynas dimana kesan radioaktif akan membahayakan mereka. Alasan petroleum semakin kering digunakan bagi kononnya mencari sumber ekonomi yang baru malah wang simpanan negara telah masuk kedalam poket pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan kroninya. Lynas akan menjamin keuntungan mereka walaupun membahayakan rakyat.

Operator-operator kami diseluruh negara sudah pun menjalankan kerja-kerja penerangan kepada rakyat termasuk anggota polis, tentera dan kakitangan awam agar lebih celik kepada pembohongan dan kekejaman yang dilakukan pada mereka oleh UMNO/BN.

Kini ketika cebisan harapan hak-hak rakyat dalam keadaan uzur kritikal yang hampir saja mustahil dapat dipertahankan akibat dibantai pemerintah selama ini, apakah lagi alasan dapat mewajarkan ketakutan dibiarkan bermaharaja-lela membungkam suara hati kita?

Apabila tuntuan rakyat tidak dihiraukan malah terus saja dipersendakan pemerintah, cukupkah sekadar bersandarkan alasan-alasan ideal (umpamanya; apolitical, non-parisan, impartial dan macam-macam lagi) sebagai lapik indah. Sudah tiba masanya bagi kita untuk tidak lagi menghalalkan sifat 'dayus' dan 'bacul' kita dengan terus kekal takut untuk bangkit berjuang menyatakan pendirian dan terus menolak UMNO/BN.

Dengan ini kami umumkan pada 15 Disember 2011 jam 8.00 malam satu forum besar-besaran akan diadakan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Gombak. Forum yang akan dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara ini akan juga membuat satu lagi pengumuman besar yang akan merubah situasi politik di negara Malaysia.

Tiada ulasan: