Ahad, 4 Disember 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - ANWAR JAWAB HUJAH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Posted: 04 Dec 2011 06:41 PM PST






CERAMAH DI SHAH ALAM MALAM TADI - PAKATAN JAWAB TUDUHAN UMNO DALAM TEMPOH SEHARI

Posted: 04 Dec 2011 04:39 PM PST

 
Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya


Nigel Aw

Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwarDengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.

"(Perdana Menteri) Najib Razak kata beliau mahu tawan semula Selangor. Kita bagi tahunya, teruskan bermimpi mengenai Selangor dan kita akan tawan Putrajaya," kata Anwar.

Beliau turut menyentuh mengenai isu kedudukan orang Melayu yang juga disensasikan semasa perhimpunan agung Umno yang lalu.

"Adakah anda percaya bahawa Umno membela orang Melayu?

"Jika mereka mempertahankan orang Melayu, mereka tidak akan menjual tanah-tanah Melayu, kubu terakhir tanah Melayu di Kuala Lumpur, mereka (kerajaan) mahu serahkan kepada (Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri) Raja Nong Chik di bawah Akta Pembangunan Kampung Baru," katanya.

Turut hadir dan berucap ialah pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang partinya menjadi sasaran berterusan Umno sepanjang lima hari perhimpunan parti berkenaan.

pakatan ceramah shah alam 041211 kit siang"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".

Lim kemudian menyenaraikan tohmahan yang dilemparkan oleh Umno kepada DAP satu persatu. Setiap kali, dakwaan khususnya membabitkan perkauman dan agama ditimbulkan, hadirin bergemuruh dengan penuh semangat dan memberikan jawapan yang sama.
 
Biar diperkuda daripada diperlembu

Umno sejak minggu lalu melabelkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan menuduh parti itu cuba mendirikan sebuah republik.

Lim kemudiannya mengulangi pendirian DAP yang menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan sistem raja berperlembagaan.

Apabila giliran, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pentas, beliau juga mempertahankan serangan yang dibuat Umno terhadap parti itu. Abdul Hadi juga menimbulkan isu dakwaan penyelewengan dalam projek ternakan lembut Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

pakatan ceramah shah alam 041211 anwar hadi"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.

"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda daripada diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.

Kenyataan sinis itu sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya, PAS diperkuda oleh DAP.

Menurut Abdul Hadi, kerjasama PAS dalam Pakatan bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.
Beli cincin untuk isteri

Katanya, kerjasama itu juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dilaksanakan oleh  Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.

"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

pakatan ceramah shah alam 041211 crowdSelain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya.

"Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor, hasil telah meningkat dengan ketara.

"Adakah anda lihat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim membeli cincin berlian untuk isterinya? Adakah anda lihat beliua membina sebuah rumah mewah seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo?" soal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula.

Turut hadir adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sasterawan negara Datuk A Samad Said dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim./Malaysiakini

bumiperak

bumiperak


AGM sudah tutup tirai, Umno masih relevan?

Posted: 04 Dec 2011 08:17 AM PST

4 Dis 2011 - Perhimpunan Agung Umno yang disifatkan sebagai perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum sudah berlalu. Perwakilan dan pemerhati sudah tiba di kampung masing-masing malam tadi.

Seperti biasa setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung, para perwakilan bukan main bersemangat membawa pulang mesej yang disampaikan presiden parti. Namun mereka tidak menterjemahkan mesej itu dalam bentuk pelaksanaan. Sebab itu setiap kali perhimpunan yang diadakan sebelum pilihan raya umum, setiap kali meeka menghadapi masalah sabotaj dalam pilihan raya.

Apa yang diucapkan oleh Datuk Seri Najib Razak supaya orang Umno bersatu padu, setia kepada parti bukanlah perkara baru. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mengingatkan orang Umno perkara yang sama. Akan tetapi kenapa masalah ini tidak pernah selesai bila tiba pilihan raya umum? Sebab itulah kali ini Najib memperkenalkan istilah ORANG UMNO. Orang Umno akan setia kepada parti walaupun tidak dipilih sebagai calon, sebaliknya ahli Umno tidak akan berbuat demikian. Najib menekankan istilah orang Umno dan bukannya ahli Umno.

Sejauh mana peringatan Najib akan dipatuhi orang Umno kali ini? Adakah mereka bersedia menjadi orang Umno yang setia kali ini? Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengetuai ikrar yang mahu orang Umno tidak hasad dengki dan patuh kepada parti ketika menggulung perbahasan semalam. Sejauh mana para perwakilan itu ikhlas dengan ikrar yang mereka baca itu?

Para perwakilan telah mengupas calon boleh menang dengan pelbagai tafsiran. Wakil Kedah, Kamal Saidin mahu orang Umno tidak melobi jadi calon kerana itu bukan cara Islam. Manakala tangisan wakil Kelantan, Datuk Che Alwi Haji Ahmad yang menceritakan betapa Khalifah Umar Alkhatab menolak nama anaknya Abdullah dicalonkan sebagai khalifah ketiga dengan mengatakan cukuplah seorang sahaja dari keluarga Umar memasuki neraka menunjukkan betapa susahnya menjadi pemimpin menyedarkan orang Umno menjadi calon bukannya satu glamour tetapi satu amanah. Wakil Pemuda, Datuk Megat Firdaus Megat Junid mahu calon boleh menang bukan calon kabel. Apakah maksud calon kabel?

Atau adakah dia menyindir Khairy?

Tiga sayap parti berikrar beri sokongan penuh kepada Najib memilih calon boleh menang. Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil yang kini didakwa menjadi liabiliti kepada Umno berikrar Wanita akan bantu menawan 222 kerusi Parlimen. Ketua Pemuda pula Khairy Jamaluddin berkata Pemuda tidak akan berarak ke Seri Perdana jika tidak dipilih sebagai calon.

Menurut seorang veteran Umno, Syed Abdullah Syed Ibrahim, Najib tidak perlu bertempik ketika berucap. Katanya, Dr Mahathir tidak pernah bertempik waktu berucap tetapi orang fokus kepada ucapannya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Umno Bahagian Cheras berkata  orang Umno sudah muak dengan retorik pemimpin tetapi pengundi tua boleh terpikat dengan wang ringgit dan kain pelikat sedangkan Umno berdepan dengan pengundi baru yang terdedah dengan pelbagai maklumat melalui facebook, twitter, blog. Inilah dilema Umno dalam menghadapi pilihan raya ini.

Penganalisis politik Prof Datuk Dr Agus Yusof menimbulkan persoalan sama ada Umno masih relevan? Sama ada Umno relevan atau tidak, ia akan terjawab pada pilihan raya umum nanti.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Catriona Ross sertai PAS?

Posted: 04 Dec 2011 06:00 AM PST

KOTA BHARU R 4 Dis. - Penghijrahan aktres Catriona Ross untuk bertudung mengundang fitnah apabila beliau dilemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyertai parti politik pembangkang apabila aktif menerima undangan berceramah dalam majlis-majlis tertentu.

Menurutnya, sejak mengambil keputusan bertudung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu, rakan seangkatan dalam industri hiburan yang dulunya rapat semakin menjauhkan diri.

"Rakan-rakan rapat saya yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga yang menuduh saya masuk politik kerana saya banyak terima undangan majlis motivasi dan ceramah.


"Ada juga rakan-rakan dalam bidang hiburan sendiri yang menggelar saya 'ustazah jadi jadian' ekoran perubahan drastik yang saya lakukan selepas tampil bertudung di khalayak," kata ibu kepada Sephia Rania Ross-Iddin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah-Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Maal Hijrah 2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, kelmarin.

Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.

Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross yang berasal dari Kota Bharu itu berkata, beliau akur dengan segala cercaan dan tohmahan yang diterima sejak berhijrah lebih ke arah kehidupan Islam kerana ia sudah menjadi lumrah.

Menurutnya, beliau selesa dengan penampilan baru itu dan bersyukur ahli keluarga dan rakan-rakan rapat semasa belajar dulu sentiasa memberikan sokongan padu kepadanya sehingga kini. Katanya, penampilannya itu tidak lengkap tanpa diserikan dengan ilmu dan sebab itulah beliau kini aktif menerima pelbagai undangan program motivasi, bual bicara, ceramah dan juga usrah.

Anak kacukan Melayu-Scotland itu berkata, melalui aktiviti seumpama itu beliau dapat berkongsi pengalaman dengan pelbagai lapisan masyarakat dan juga dapat menimba lebih banyak ilmu agama dengan membaca al-Quran dan kitab agama untuk dikongsi bersama hadirin.

"Melalui pembacaan ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan ilmu agama saya dan apabila bercakap saya bukan bercakap kosong tetapi ada fakta yang menyokongnya. Saya tidak mahu menjadi individu yang hanya menutup aurat tetapi tiada ilmu. Sebab itu saya banyak membaca al-Quran dan kitab berkaitan agama untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan," katanya.

Mengenai pelbagai fitnah yang dilemparkan pula, beliau menerimanya dengan reda dan menganggapnya sebagai dugaan apabila berhijrah ke jalan ALLAH SWT.

Menurutnya, apabila menerima cercaan seumpama itu beliau hanya mampu tersenyum dan mendoakan individu yang mencercanya supaya berubah suatu hari nanti.

Katanya, beliau sentiasa istiqamah dalam menjalani kehidupan supaya perubahan yang dilakukan itu selain memberi kebaikan kepada diri sendiri, ia turut dapat dirasai dan dikongsi bersama mereka di sekelilingnya.

Catriona berkata, kini beliau sibuk dengan program ceramah dan motivasi di beberapa negeri sehingga aktiviti lakonan yang masih diminati terpaksa ditangguhkan sementara waktu.

Untuk perancangan masa depan, beliau bercadang menghasilkan buku yang menceritakan pengalamannya selama ini dan perubahan yang dilakukan selepas berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata.

"Insya-Allah jika tiada masalah, saya akan mula menulis buku itu tidak lama lagi," katanya. SH

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Di mana UMNO bertanding, di situ kita kencing

Posted: 04 Dec 2011 09:44 PM PST


Yang nak rebah pasti gelabah
Yang nak lemas pasti cemas
Yang nak terkubor pasti mengelupor

Yang nak jatuh akan menuduh
Yang nak mati akan menuding jari
Yang nak pengsan akan mencari alasan

Itulah dia 'Jembalang Melayu'

Mampooss UMNO!!! Mamposs 'Jembalang Melayu'!!
Read More / Baca Lagi >>

Wajib Tonton : Al-kisah lembu dan wanita UMNO (Ustaz Wan Jamaah Islamiyyah)

Posted: 04 Dec 2011 09:43 PM PST

Selagi Umno Berkuasa, Selagi Itulah Melayu Merempat Dan Aqidah Umat Islam Dipijak-pijak..

Posted: 04 Dec 2011 09:35 PM PST

Oleh: Tok Janggut
Hebat betul UMNO, dengan kuasa, dengan kesombongan, dengan kezaliman dan dengan penipuan yang mereka lakukan terhadap orang Melayu selama ini, tiba-tiba mereka mendendangkan lagu bahawa "jika UMNO kalah dalam PRU13, nasib dan kuasa orang Melayu akan tergadai".

Setelah berpuluh tahun mereka berkuasa dengan cara menindas bangsa sendiri, merompak harta dan dan menghalau bangsa sendiri dari tanah kediaman mereka, menghapuskan biasiswa untuk pelajar Melayu, menjual tanah-tanah rezab Melayu, menghalang umat Islam dari mendengar kuliah kecuali dari ustaz yang mereka bagi tauliah (kerana antara rukun Islam UMNO ialah jika nak mengajar agama di masjid mesti ada tauliah). Namun begitu masih adakah orang Melayu yang terpedaya dan terpengaruh dengan kenytaan palsu UMNO itu?

Read More / Baca Lagi >>

Kisah ratu cantik dan Hijrah

Posted: 04 Dec 2011 09:21 PM PST

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
 

BERSYUKUR kita ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi kita peluang sekali lagi pada tahun ini untuk bertemu dengan peristiwa hijrah atau kedatangan tahun baruhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgV8PgSmMYNK88zPnc5cbwPeEP3Vo3vCHqDicXTS1KPy9HT9Y08vTeofqB_CuWsx2qXb5olZIcWf_YzQODBRcfUQlPUK8qT9kwkIBQbCiIz9VpMDn_qYfTRJ-roKU8d-wmG6bjiPi80ftq/s1600/je_02.1.jpg Islam (Hijrah). Kita sentiasa berharap dan mendoakan yang baik-baik namun menjelang sambutan Hijrah tahun ini ia telah dicemari dengan satu peristiwa yang boleh disifatkan sebagai mundur, bukannya untuk melakukan penghijrahan kepada perkara yang lebih baik
Read More / Baca Lagi >>

Mujur ada DAP, boleh juga Umno jadikan kambing hitam

Posted: 04 Dec 2011 09:20 PM PST


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
AHLI Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato' Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Dato' Ibrhttp://www.pribumiperkasa.com/wp-content/uploads/2011/10/IMG_0079.jpgahim Ali sewaktu ahli Parlimen Pasir Mas itu berucap, mengambil peluang secukupnya membuat tohmahan terhadap Lim Kit Siang dan DAP walaupun butiran belasahannya itu tidak lebih daripada ulangan piring hitam lama cap anjing

Kononnya DAP dengan liciknya mahu menguasai Malaysia dengan berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian. Kononnya juga Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP. Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Taat setia: Ahli Umno rasa berlaku khianat

Posted: 04 Dec 2011 09:05 PM PST

TEMERLOH, 5 Dis: Ikrar taat setia kepada parti dan surat akujanji membuktikan ada tanda-tanda tidak yakin terhadap ahli-ahli Umno sendiri menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, ini juga petanda parti tersebut yang baru saja menamatkan perhimpunan agung ke-62 kelmarin, sedang berdepan masalah dalaman begitu ketara sehingga memaksa  perwakilannya bersumpah untuk menyokong calon yang bakal dipilih.

Tuan Ibrahim berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tindakan perwakilan Umno melafazkan sumpah taat setia kepada parti yang dipimpin Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari terakhir perhimpunan agungnya kelmarin.
Read More / Baca Lagi >>

Virus HIV/AIDS dalam Coca-Cola?

Posted: 04 Dec 2011 09:04 PM PST

Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV.Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut.
Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu.
"IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz.
Read More / Baca Lagi >>

Umno's latest patronage scandals

Posted: 04 Dec 2011 09:00 PM PST

Umno's latest patronage scandals
For weeks, just in time for Malaysia's United Malays National Organization's annual general assembly which opened this week, the party has been embroiled in an embarrassing scandal involving a 2007 government decision to spend RM300 million (US$94.3 million)to establish a national feedlot corporation to slaughter as many as 60,000 cattle annually under Islamic halal dietary requirements.
The scandal seems emblematic of a long series of such situations that imperil Prime Minister Najib Tun Razak's vow in April 2010 that the government "can no longer tolerate practices that support the behavior of rent-seeking and patronage, which have long tarnished the altruistic aims of the New Economic Policy."
Read More / Baca Lagi >>

Takde Duit : Exit Policy kurangkan penjawat awam

Posted: 04 Dec 2011 08:58 PM PST

Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. Peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan.
Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan.
SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Who's the 'pondan' now?: The inability to face up to Shahrizat's cows

Posted: 04 Dec 2011 08:56 PM PST

Who's the 'pondan' now?: The inability to face up to Shahrizat's cowsHome Minister and UMNO Vice President Hishamuddin Hussein in response to Shahrizat's alleged involvement in the NFC affair and the demand by some UMNO quarters that she ought to resign, said that it is the rakyat that will decide whether Shahrizat is a liability to UMNO or otherwise. Now, what sort of a statement is this? Please Hishamuddin, this issue is a creation by an UMNO senior minister, and isn't it logical that it should be resolved by UMNO?
Surely, it has to be UMNO that has to decide whether Shahrizat is a liablilty or not? Don't Hishamuddin already know that the rakyat has made a stand i.e. that Shahrizat ought to resign regardless of whether she is involved or not? I think Hishamuddin is trying to deflect responsibility and is in constant fear of being unpopular if he says that it is UMNO that has to decide whether Shahrizat is a liability to the party.
Read More / Baca Lagi >>

Nak Naik Harga : Mengapa kekurangan minyak masak berulang?

Posted: 04 Dec 2011 08:55 PM PST

KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Bekalan minyak masak di Terengganu dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh.
Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, ini kerana mereka terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu.
Menurutnya, selain itu beberapa negeri lain yang turut terlibat, antaranya tinjauan Lujnah Pengguna PAS Terengganu mendapati pasaraya-pasaraya di Kelantan juga mengalami kekurangan malah hampir ketiadaan bekalan.
"Seolah-olah menjadi fenomena rutin, tinjauan mendapati, ramai pengguna yang kecewa mendakwa, ada pihak bertindak  menyorokkan bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga akan naik sebanyak 40 sen sekilogram," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).
Read More / Baca Lagi >>

Melayu mana Umno nak bela, Melayu kaya?

Posted: 04 Dec 2011 08:55 PM PST

SHAH ALAM, 5 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang Melayu agar tidak tertipu dengan janji palsu Umno yang kononnya mahu membela Melayu.

Bercakap pada program Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati di sini malam tadi, ketua pembangkang itu juga berkata, sudah lebih lima dekad Umno BN diberi peluang memerintah negara, namun nasib orang Melayu tidak pernah terbela malah harta orang Melayu yang tergadai.

"Datang perhimpunan jerit nak bela Melayu. Melayu mana nak dibela, Melayu mana nak diselamatkan, Melayu kaya, Melayu pemimpin Umno?

"Mereka tak layak diselamatkan, mereka perlu dihumban dalam pilihan raya akan datang," katanya di hadapan kira-kira 10 ribu hadirin.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : 'Ranking rasuah M'sia semakin teruk semasa Najib'

Posted: 04 Dec 2011 08:51 PM PST

Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

Desakan Umno supaya Sharizat letak jawatan disokong

Posted: 04 Dec 2011 08:47 PM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis: Cadangan Anggota Parlimen Umno agar Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan disokong oleh pemimpin muda PKR.

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Shahrizat mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan suaminya sendiri.

"Pendirian saya tidak berubah. Kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang masalah menjelang pilihan raya ini. Saya sayangkan pemimpin tetapi saya lebih kepada parti saya. Pendirian saya kekal," kata Bung Mokhtar kepada media sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina, Sin Chew Daily.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13 untuk anak muda

Posted: 04 Dec 2011 08:46 PM PST

Apa khabar Malaysia? Semoga kita semua terus maju dan berpadu dalam memacu negara ini ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
PRU-13: Overview
PRU-13 semakin hampir.Gendang sudah dipalu.Strategi sudah diatur.Semangat dan motivasi sudah mula dipupuk. Setiap pihak, sama ada BN ataupun PR, semakin rancak dan bersemangat merencana gerak kerja awal bagi menghadapi perlawanan genting itu nanti. Masing-masing sudah memasang target dan matlamat tersendiri, BN pasti ingin mempertahankan kemanangan dan PR pula pasti berusaha mencipta sejarah menerajui kepimpinan negara buat julung kalinya. Itulah matlamat mereka, yang pasti akan dilaksanakan oleh jentera masing-masing.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Lebih Korup Daripada Pak Lah dan Dr Mahathir

Posted: 04 Dec 2011 08:42 PM PST


SHAH ALAM, 5 DIS: Kedudukan Malaysia dalam indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa adalah paling teruk dalam sejarah negara dan ia jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dibawah Datuk Seri Najib Razak.Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, kedudukan Malaysia pada tangga ke-60 tahun ini memperlihatkan Najib lebih korup berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Read More / Baca Lagi >>

Sidang Umno terakhir sebelum Putrajaya jatuh?

Posted: 04 Dec 2011 08:40 PM PST

ADALAH benar Perhimpunan Agung Umno ke 64 bermula 29 Nobember lalu adalah yang terakhir sebelum PRU 13, tetapi ia lebih menjurus kepada menghadapi Anwar Ibrahim dari penghadapi masalah parti itu dan pilihan raya yang bakal dihadapi itu.
Mesyuarat agung bagi mana-mana pertubuhan yang didaftarkan, baik ia diadakan sekali setahun atau dua  tahun sekali, selain dari memenuhi kehendak undang-undang adalah satu acara muhasabah bagi mengkaji kelemahan dan kekuatan organisasinya.
Kalau tidak pun atas sebab kehendak undang-undang, ia wajar berhimpun bagi memeriksa apa yang telah dibuatnya setahun lalu sebagai persiapan lunjakan kerja setahun akan datang atau masa-masa mendatang. Apa kelemahan dan kegagalan setahun lalu dan apa pula kekuatan dan kejayaannya. Dari  situ ia  akan tahu kelemahan dan kekuatannya.
Read More / Baca Lagi >>

Makin Terdesak : Percayalah, Putrajaya akan batal pindaan Akta Kerja

Posted: 04 Dec 2011 08:38 PM PST

Ahli-ahli MTUC sewaktu protes menentang pindaan Rang Undan-undang Kerja 3 November, 2011.
5 Dis — Ini bukan gimik dan ia juga bukan sebagai provokasi. Akan tetapi semua pihak akan mendapat keuntungan daripada keputusan yang dibuat, dalam erti kata 'win-win situation'. Semua akan mendapat faedah daripada keputusan ini sama ada dibuat secara paksa atau tidak.
Kerajaan tidak ada pilihan! Ini kerana golongan pekerja atau buruh ini faktor sangat kukuh yang boleh menumbangkan kerajaan. Terbukti di mana-mana negara luar atau sejarah silam.
Statistik Unit Perancang Ekonomi menunjukkan bahawa golongan pekerja  bawahan keseluruhannya  ialah  85 peratus manakala daripada kumpulan Pegawai Kanan dan Pengurus 8.5 peratus dan profesional pula 6.5 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Tengku Razaleigh Kalau Pun Benci Tetapi Jangan Dilupakan Terus.....

Posted: 04 Dec 2011 08:34 PM PST

SEMASA menyampaikan ucapaan dasarnya Haji Najib Razak memberi pujian dan sanjungan khas kepada para pejuang Umno terdahulu baik yang masih hidup atau yang sudah mati. Beliau telah meminta para perwakilan bangkit untuk memberi penghormatan (standing owation) itu dengan tepukan bergemuruh. Tentunya tindakan Najib itu satu tindakan terpuji kerana mengenang jasa dan juga bakti para perjuang Umno terdahulu.

Satu persatu nama-nama tokoh disebut dengan iringin tepukan bergemuruh perwakilan sambil berdiri. Nama utama yang tersemak dalam barisan ucapan Najib ialah Mahathir Mohahmad kemudian Abdullah Badawi dan diikuti Musa Hitam serta tidak terlupa Sakaran Dandai. Mereka semua Najib gelarkan sebagai kesastria dan negarawan. (Tidak pula saya pastikan apakah Taib Mahmud hadir di perhimpunan itu tetapi jelas namanya tidak termasuk dalam hulubang balang negara. Kenapa?).
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat Selangor Harus Menambah Kerusi Dalam Pilihanraya ke-13

Posted: 04 Dec 2011 08:32 PM PST


SHAH ALAM, 5 DIS: Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Pakatan Rakyat Selangor (Pakatan) supaya menambah kerusi Dun dan Parlimen selain mengukuhkan kedudukan di Selangor.Laungan ini dilontarkan di hadapan hampir 10,000 hadirin dalam Majlis Rapat Rakyat semalam sebagai isyarat jelas bahawa Pakatan mahu terus membawa perubahan dan kesejahteraan untuk rakyat Selangor selain menawan Putrajaya.
Katanya, Pakatan mempunyai hala tuju yang jelas untuk membawa negara ke arah yang lebih mantap bersandarkan kepada Buku Jingga yang sudah terbukti keberkesanannya sejak dilancarkan.
"Sekarang tanggungjawab di Selangor bukan setakat mempertahankan, Selangor bertanggungjawab menambah kerusi negeri dan Parlimen," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom...UMNO lagi.....!!!

Posted: 04 Dec 2011 08:31 PM PST


KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis. Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.
Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.
Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.
Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Perkasa gesa Soi Lek tarik balik kenyataan atau tunggu PRU-13

Posted: 04 Dec 2011 08:28 PM PST

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Pertubuhan pendesak hak orang Melayu, Perkasa mendakwa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek celupar dan masih kabur mengenai undang-undang hudud apabila mendakwa pelaksanaan hukum Islam itu akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mahu Umno selaku parti teras Barisan Nasional (BN) "mengajar sikit mulut celupar" Presiden MCA yang tidak tahu hujung pangkal menyatakan hudud akan menjatuhan ekonomi Malaysia.
Kata Syed Hassan, Umno perlu menasihatkan Presiden MCA itu supaya menarik balik kenyataan salah mengenai hudud, yang dibuat pada satu forum di Wisma MCA semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Umno ibarat 'kereta tiada brek'

Posted: 04 Dec 2011 08:01 PM PST

SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.

Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi.

Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh.

"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya

Posted: 04 Dec 2011 08:00 PM PST

Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam.
Read More / Baca Lagi >>

Negara republik: Kit Siang cabar Muhyiddin tunjuk bukti

Posted: 04 Dec 2011 07:59 PM PST

SHAH ALAM, 5 Dis — DAP mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberi bukti bahawa parti itu mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik. Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, jika Muhyiddin tidak dapat memberi bukti bermakna beliau adalah pembohong nombor satu.
"Saya mahu tanya Muhyiddin, pemimpin DAP mana yang berkata begitu dan di mana dia berucap dan bila dia berucap?" kata ahli Parlimen veteran ini pada majlis Rapat Rakyat Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.
Beliau juga turut menyangkal tuduhan Umno bahawa parti itu anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja.
Katanya, rakyat tidak perlu bimbang jika Pakatan Rakyat membebaskan Putrajaya kerana hak orang Melayu tidak akan hilang.
Read More / Baca Lagi >>