RAKYAT MARHAEN |
- Di mana UMNO bertanding, di situ kita kencing
- Wajib Tonton : Al-kisah lembu dan wanita UMNO (Ustaz Wan Jamaah Islamiyyah)
- Selagi Umno Berkuasa, Selagi Itulah Melayu Merempat Dan Aqidah Umat Islam Dipijak-pijak..
- Kisah ratu cantik dan Hijrah
- Mujur ada DAP, boleh juga Umno jadikan kambing hitam
- Taat setia: Ahli Umno rasa berlaku khianat
- Virus HIV/AIDS dalam Coca-Cola?
- Umno's latest patronage scandals
- Takde Duit : Exit Policy kurangkan penjawat awam
- Who's the 'pondan' now?: The inability to face up to Shahrizat's cows
- Nak Naik Harga : Mengapa kekurangan minyak masak berulang?
- Melayu mana Umno nak bela, Melayu kaya?
- 1Lembu : 'Ranking rasuah M'sia semakin teruk semasa Najib'
- Desakan Umno supaya Sharizat letak jawatan disokong
- PRU 13 untuk anak muda
- Najib Lebih Korup Daripada Pak Lah dan Dr Mahathir
- Sidang Umno terakhir sebelum Putrajaya jatuh?
- Makin Terdesak : Percayalah, Putrajaya akan batal pindaan Akta Kerja
- Tengku Razaleigh Kalau Pun Benci Tetapi Jangan Dilupakan Terus.....
- Pakatan Rakyat Selangor Harus Menambah Kerusi Dalam Pilihanraya ke-13
- Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom...UMNO lagi.....!!!
- Hudud: Perkasa gesa Soi Lek tarik balik kenyataan atau tunggu PRU-13
- Umno ibarat 'kereta tiada brek'
- Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya
- Negara republik: Kit Siang cabar Muhyiddin tunjuk bukti
Di mana UMNO bertanding, di situ kita kencing Posted: 04 Dec 2011 09:44 PM PST Yang nak rebah pasti gelabah Yang nak lemas pasti cemas Yang nak terkubor pasti mengelupor Yang nak jatuh akan menuduh Yang nak mati akan menuding jari Yang nak pengsan akan mencari alasan Itulah dia 'Jembalang Melayu' Mampooss UMNO!!! Mamposs 'Jembalang Melayu'!! | ||
Wajib Tonton : Al-kisah lembu dan wanita UMNO (Ustaz Wan Jamaah Islamiyyah) Posted: 04 Dec 2011 09:43 PM PST | ||
Selagi Umno Berkuasa, Selagi Itulah Melayu Merempat Dan Aqidah Umat Islam Dipijak-pijak.. Posted: 04 Dec 2011 09:35 PM PST Oleh: Tok Janggut Hebat betul UMNO, dengan kuasa, dengan kesombongan, dengan kezaliman dan dengan penipuan yang mereka lakukan terhadap orang Melayu selama ini, tiba-tiba mereka mendendangkan lagu bahawa "jika UMNO kalah dalam PRU13, nasib dan kuasa orang Melayu akan tergadai". Setelah berpuluh tahun mereka berkuasa dengan cara menindas bangsa sendiri, merompak harta dan dan menghalau bangsa sendiri dari tanah kediaman mereka, menghapuskan biasiswa untuk pelajar Melayu, menjual tanah-tanah rezab Melayu, menghalang umat Islam dari mendengar kuliah kecuali dari ustaz yang mereka bagi tauliah (kerana antara rukun Islam UMNO ialah jika nak mengajar agama di masjid mesti ada tauliah). Namun begitu masih adakah orang Melayu yang terpedaya dan terpengaruh dengan kenytaan palsu UMNO itu? Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 04 Dec 2011 09:21 PM PST Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM BERSYUKUR kita ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi kita peluang sekali lagi pada tahun ini untuk bertemu dengan peristiwa hijrah atau kedatangan tahun baru Islam (Hijrah). Kita sentiasa berharap dan mendoakan yang baik-baik namun menjelang sambutan Hijrah tahun ini ia telah dicemari dengan satu peristiwa yang boleh disifatkan sebagai mundur, bukannya untuk melakukan penghijrahan kepada perkara yang lebih baik Read More / Baca Lagi >> | ||
Mujur ada DAP, boleh juga Umno jadikan kambing hitam Posted: 04 Dec 2011 09:20 PM PST Oleh ZULKIFLI YAHAYA AHLI Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dato' Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Dato' Ibrahim Ali sewaktu ahli Parlimen Pasir Mas itu berucap, mengambil peluang secukupnya membuat tohmahan terhadap Lim Kit Siang dan DAP walaupun butiran belasahannya itu tidak lebih daripada ulangan piring hitam lama cap anjing Kononnya DAP dengan liciknya mahu menguasai Malaysia dengan berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian. Kononnya juga Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP. Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Taat setia: Ahli Umno rasa berlaku khianat Posted: 04 Dec 2011 09:05 PM PST TEMERLOH, 5 Dis: Ikrar taat setia kepada parti dan surat akujanji membuktikan ada tanda-tanda tidak yakin terhadap ahli-ahli Umno sendiri menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, ini juga petanda parti tersebut yang baru saja menamatkan perhimpunan agung ke-62 kelmarin, sedang berdepan masalah dalaman begitu ketara sehingga memaksa perwakilannya bersumpah untuk menyokong calon yang bakal dipilih. Tuan Ibrahim berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas tindakan perwakilan Umno melafazkan sumpah taat setia kepada parti yang dipimpin Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari terakhir perhimpunan agungnya kelmarin. Read More / Baca Lagi >> | ||
Virus HIV/AIDS dalam Coca-Cola? Posted: 04 Dec 2011 09:04 PM PST Masyarakat dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakwaan bahawa beberapa jenis minuman ringan seperti Pepsi, Coca-Cola, 7-Up, Tropicana Juice Slice dan lain-lain lagi dikatakan mengandungi virus HIV.Dakwaan tersebut yang tersebar meluas terutamanya di India menerusi laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, telah menyebabkan ramai yang percaya dan berhenti minum minuman ringan sebagaimana yang dinasihatkan oleh pesanan tersebut. Menurut pesanan tersebut yang mula disebarkan pada Julai tahun ini, seorang kakitangan syarikat minuman ringan itu telah memasukkan beberapa titisan darahnya yang mengadungi virus HIV di dalam tangki penyediaan minuman itu. "IMPORTANT MESSAGE FROM DELHI POLICE…. 4 next NEXT FEW DAY DNT DRINK ANY PRODUCT FROM PEPSI, TROPICANA JUICE SLICE, 7UP, COCA COLA, ETC , AS A WORKER FROM D COMPANY HAS ADDED HIS BLOOD CONTAMINATED WIT AIDS. Watch ND TV. Plez Forward dis mesge to every 1 u care 4 plz. | ||
Umno's latest patronage scandals Posted: 04 Dec 2011 09:00 PM PST For weeks, just in time for Malaysia's United Malays National Organization's annual general assembly which opened this week, the party has been embroiled in an embarrassing scandal involving a 2007 government decision to spend RM300 million (US$94.3 million)to establish a national feedlot corporation to slaughter as many as 60,000 cattle annually under Islamic halal dietary requirements. The scandal seems emblematic of a long series of such situations that imperil Prime Minister Najib Tun Razak's vow in April 2010 that the government "can no longer tolerate practices that support the behavior of rent-seeking and patronage, which have long tarnished the altruistic aims of the New Economic Policy." | ||
Takde Duit : Exit Policy kurangkan penjawat awam Posted: 04 Dec 2011 08:58 PM PST Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. Peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan. Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan. SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis yang digunakan sekarang. | ||
Who's the 'pondan' now?: The inability to face up to Shahrizat's cows Posted: 04 Dec 2011 08:56 PM PST Home Minister and UMNO Vice President Hishamuddin Hussein in response to Shahrizat's alleged involvement in the NFC affair and the demand by some UMNO quarters that she ought to resign, said that it is the rakyat that will decide whether Shahrizat is a liability to UMNO or otherwise. Now, what sort of a statement is this? Please Hishamuddin, this issue is a creation by an UMNO senior minister, and isn't it logical that it should be resolved by UMNO? Read More / Baca Lagi >>Surely, it has to be UMNO that has to decide whether Shahrizat is a liablilty or not? Don't Hishamuddin already know that the rakyat has made a stand i.e. that Shahrizat ought to resign regardless of whether she is involved or not? I think Hishamuddin is trying to deflect responsibility and is in constant fear of being unpopular if he says that it is UMNO that has to decide whether Shahrizat is a liability to the party. | ||
Nak Naik Harga : Mengapa kekurangan minyak masak berulang? Posted: 04 Dec 2011 08:55 PM PST KUALA TERENGGANU, 5 Dis: Bekalan minyak masak di Terengganu dan beberapa negeri dilaporkan habis sejak seminggu lalu dengan ramai pengguna mengeluh. Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, ini kerana mereka terpaksa mencari di banyak premis semata-mata untuk mendapatkan barangan keperluan itu. Menurutnya, selain itu beberapa negeri lain yang turut terlibat, antaranya tinjauan Lujnah Pengguna PAS Terengganu mendapati pasaraya-pasaraya di Kelantan juga mengalami kekurangan malah hampir ketiadaan bekalan. "Seolah-olah menjadi fenomena rutin, tinjauan mendapati, ramai pengguna yang kecewa mendakwa, ada pihak bertindak menyorokkan bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga akan naik sebanyak 40 sen sekilogram," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya, minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50). Read More / Baca Lagi >> | ||
Melayu mana Umno nak bela, Melayu kaya? Posted: 04 Dec 2011 08:55 PM PST SHAH ALAM, 5 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa orang Melayu agar tidak tertipu dengan janji palsu Umno yang kononnya mahu membela Melayu. Bercakap pada program Rapat Rakyat di perkarangan Stadium Malawati di sini malam tadi, ketua pembangkang itu juga berkata, sudah lebih lima dekad Umno BN diberi peluang memerintah negara, namun nasib orang Melayu tidak pernah terbela malah harta orang Melayu yang tergadai. "Datang perhimpunan jerit nak bela Melayu. Melayu mana nak dibela, Melayu mana nak diselamatkan, Melayu kaya, Melayu pemimpin Umno? "Mereka tak layak diselamatkan, mereka perlu dihumban dalam pilihan raya akan datang," katanya di hadapan kira-kira 10 ribu hadirin. Read More / Baca Lagi >> | ||
1Lembu : 'Ranking rasuah M'sia semakin teruk semasa Najib' Posted: 04 Dec 2011 08:51 PM PST Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya. | ||
Desakan Umno supaya Sharizat letak jawatan disokong Posted: 04 Dec 2011 08:47 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Dis: Cadangan Anggota Parlimen Umno agar Ketua Wanitanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan disokong oleh pemimpin muda PKR. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Shahrizat mesti berjiwa besar untuk melepaskan jawatannya ekoran terdedahnya skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan suaminya sendiri. "Pendirian saya tidak berubah. Kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang masalah menjelang pilihan raya ini. Saya sayangkan pemimpin tetapi saya lebih kepada parti saya. Pendirian saya kekal," kata Bung Mokhtar kepada media sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina, Sin Chew Daily. Read More / Baca Lagi >> | ||
Posted: 04 Dec 2011 08:46 PM PST PRU-13: Overview PRU-13 semakin hampir.Gendang sudah dipalu.Strategi sudah diatur.Semangat dan motivasi sudah mula dipupuk. Setiap pihak, sama ada BN ataupun PR, semakin rancak dan bersemangat merencana gerak kerja awal bagi menghadapi perlawanan genting itu nanti. Masing-masing sudah memasang target dan matlamat tersendiri, BN pasti ingin mempertahankan kemanangan dan PR pula pasti berusaha mencipta sejarah menerajui kepimpinan negara buat julung kalinya. Itulah matlamat mereka, yang pasti akan dilaksanakan oleh jentera masing-masing. Read More / Baca Lagi >> | ||
Najib Lebih Korup Daripada Pak Lah dan Dr Mahathir Posted: 04 Dec 2011 08:42 PM PST SHAH ALAM, 5 DIS: Kedudukan Malaysia dalam indeks Persepsi Rasuah (CPI) antarabangsa adalah paling teruk dalam sejarah negara dan ia jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran Barisan Nasional dibawah Datuk Seri Najib Razak.Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, kedudukan Malaysia pada tangga ke-60 tahun ini memperlihatkan Najib lebih korup berbanding dua Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Read More / Baca Lagi >> | ||
Sidang Umno terakhir sebelum Putrajaya jatuh? Posted: 04 Dec 2011 08:40 PM PST ADALAH benar Perhimpunan Agung Umno ke 64 bermula 29 Nobember lalu adalah yang terakhir sebelum PRU 13, tetapi ia lebih menjurus kepada menghadapi Anwar Ibrahim dari penghadapi masalah parti itu dan pilihan raya yang bakal dihadapi itu. Mesyuarat agung bagi mana-mana pertubuhan yang didaftarkan, baik ia diadakan sekali setahun atau dua tahun sekali, selain dari memenuhi kehendak undang-undang adalah satu acara muhasabah bagi mengkaji kelemahan dan kekuatan organisasinya. Kalau tidak pun atas sebab kehendak undang-undang, ia wajar berhimpun bagi memeriksa apa yang telah dibuatnya setahun lalu sebagai persiapan lunjakan kerja setahun akan datang atau masa-masa mendatang. Apa kelemahan dan kegagalan setahun lalu dan apa pula kekuatan dan kejayaannya. Dari situ ia akan tahu kelemahan dan kekuatannya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Makin Terdesak : Percayalah, Putrajaya akan batal pindaan Akta Kerja Posted: 04 Dec 2011 08:38 PM PST Kerajaan tidak ada pilihan! Ini kerana golongan pekerja atau buruh ini faktor sangat kukuh yang boleh menumbangkan kerajaan. Terbukti di mana-mana negara luar atau sejarah silam. Statistik Unit Perancang Ekonomi menunjukkan bahawa golongan pekerja bawahan keseluruhannya ialah 85 peratus manakala daripada kumpulan Pegawai Kanan dan Pengurus 8.5 peratus dan profesional pula 6.5 peratus. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tengku Razaleigh Kalau Pun Benci Tetapi Jangan Dilupakan Terus..... Posted: 04 Dec 2011 08:34 PM PST SEMASA menyampaikan ucapaan dasarnya Haji Najib Razak memberi pujian dan sanjungan khas kepada para pejuang Umno terdahulu baik yang masih hidup atau yang sudah mati. Beliau telah meminta para perwakilan bangkit untuk memberi penghormatan (standing owation) itu dengan tepukan bergemuruh. Tentunya tindakan Najib itu satu tindakan terpuji kerana mengenang jasa dan juga bakti para perjuang Umno terdahulu. Satu persatu nama-nama tokoh disebut dengan iringin tepukan bergemuruh perwakilan sambil berdiri. Nama utama yang tersemak dalam barisan ucapan Najib ialah Mahathir Mohahmad kemudian Abdullah Badawi dan diikuti Musa Hitam serta tidak terlupa Sakaran Dandai. Mereka semua Najib gelarkan sebagai kesastria dan negarawan. (Tidak pula saya pastikan apakah Taib Mahmud hadir di perhimpunan itu tetapi jelas namanya tidak termasuk dalam hulubang balang negara. Kenapa?). Read More / Baca Lagi >> | ||
Pakatan Rakyat Selangor Harus Menambah Kerusi Dalam Pilihanraya ke-13 Posted: 04 Dec 2011 08:32 PM PST SHAH ALAM, 5 DIS: Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Pakatan Rakyat Selangor (Pakatan) supaya menambah kerusi Dun dan Parlimen selain mengukuhkan kedudukan di Selangor.Laungan ini dilontarkan di hadapan hampir 10,000 hadirin dalam Majlis Rapat Rakyat semalam sebagai isyarat jelas bahawa Pakatan mahu terus membawa perubahan dan kesejahteraan untuk rakyat Selangor selain menawan Putrajaya. Katanya, Pakatan mempunyai hala tuju yang jelas untuk membawa negara ke arah yang lebih mantap bersandarkan kepada Buku Jingga yang sudah terbukti keberkesanannya sejak dilancarkan. "Sekarang tanggungjawab di Selangor bukan setakat mempertahankan, Selangor bertanggungjawab menambah kerusi negeri dan Parlimen," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||
Straits Times: Bekas MB Perlis dikait skandal rasuah Alstom...UMNO lagi.....!!! Posted: 04 Dec 2011 08:31 PM PST Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu. Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an. Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995. Read More / Baca Lagi >> | ||
Hudud: Perkasa gesa Soi Lek tarik balik kenyataan atau tunggu PRU-13 Posted: 04 Dec 2011 08:28 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Dis — Pertubuhan pendesak hak orang Melayu, Perkasa mendakwa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek celupar dan masih kabur mengenai undang-undang hudud apabila mendakwa pelaksanaan hukum Islam itu akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri. Read More / Baca Lagi >>Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mahu Umno selaku parti teras Barisan Nasional (BN) "mengajar sikit mulut celupar" Presiden MCA yang tidak tahu hujung pangkal menyatakan hudud akan menjatuhan ekonomi Malaysia. Kata Syed Hassan, Umno perlu menasihatkan Presiden MCA itu supaya menarik balik kenyataan salah mengenai hudud, yang dibuat pada satu forum di Wisma MCA semalam. | ||
Umno ibarat 'kereta tiada brek' Posted: 04 Dec 2011 08:01 PM PST SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT. Ini kerana, katanya Umno berpegang kepada dasar kebangsaan dan membelakangkan Islam dalam perjuangannya sehingga menyebabkan tidak ada kawalan dalam melakukan perkara duniawi. Katanya, kerana membelakangkan Islam, maka Umno menolak mukallaf iaitu seseorang itu dipertanggungjawab menjalankan perintah dan larangan-Nya setelah mencapai usia dewasa atau akil baligh. "Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf? Umno sudah buang satu kerja yang ditetapkan oleh Allah bahawa tiap-tiap manusia bila akil baligh mesti buat ini, dan mesti tinggal itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pakatan cabar Umno mara di S'gor, ikrar tawan Putrajaya Posted: 04 Dec 2011 08:00 PM PST Sehari selepas Umno memalu gendang perang pilihan raya semasa Perhimpunan Agung parti itu, Sabtu lalu dengan ikrar untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pembangkang bertindak balas dengan perhimpunan tidak kurang 5000 penyokongnya di Shah Alam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Negara republik: Kit Siang cabar Muhyiddin tunjuk bukti Posted: 04 Dec 2011 07:59 PM PST SHAH ALAM, 5 Dis — DAP mencabar Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberi bukti bahawa parti itu mahu menjadikan Malaysia sebagai negara republik. Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, jika Muhyiddin tidak dapat memberi bukti bermakna beliau adalah pembohong nombor satu. Read More / Baca Lagi >>"Saya mahu tanya Muhyiddin, pemimpin DAP mana yang berkata begitu dan di mana dia berucap dan bila dia berucap?" kata ahli Parlimen veteran ini pada majlis Rapat Rakyat Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi. Beliau juga turut menyangkal tuduhan Umno bahawa parti itu anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja. Katanya, rakyat tidak perlu bimbang jika Pakatan Rakyat membebaskan Putrajaya kerana hak orang Melayu tidak akan hilang. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan