Sabtu, 3 Disember 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Artis kahwin RM 15juta dapat Bungalow dan R8 Audi ...SAH BUKAN Musa Hassan ... mai tengok di sini

Posted: 03 Dec 2011 06:20 AM PST

Hi semua!

Sebenarnya, kisah Syella Kamaruddin tidak memerlukan perbincangan lebih lebar lagi.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa sudahpun menafikan yang dialah orangnya di dalam foto perkahwinan Syella Kamaruddin.

Dengarnya, sehinggakan semua bekas anak buah Tan Sri Musa, sibuk bertanya benarkah khabar angin yang hebat bertiup mengenai identiti sebenar pengantin lelaki kepada wanita muda ini.

Apapun, Utusan Malaysia sudahpun menyiarkan mengenai penafian Tan Sri Musa. Terlerailah kisah yang hebat diperkatakan bukan sahaja di Internet, malah di kedai kopi murah dan kopi mahal.

Tetapi yang menarik perhatian Hani ialah petikan kenyataan Tan Sri Musa:

Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama.

Haa, tengok foto kat atas. Langsung bukan Tan Sri Musa, muka suami Syella ni. Kalau tengok, muka irasnya pada hidung jek kot! Hehe.

Tan Sri Musa adalah seorang pegawai kanan polis yang memiliki sikap 'no nonsense' ketika kepimpinannya. Pernah pada ketika menjawat jawatan Ketua Polis negeri, beliau sendiri menyamar memasuki pusat hiburan untuk mendapatkan maklumat sehinggakan berjaya mencekup anggota yang tidak amanah. Itu bukan urban myth tetapi kisah benar yang jika ditanya pegawai yang pernah bertugas dengan beliau, tentu tahu betapa seriusnya Tan Sri Musa.

Berbalik kepada kisah perkahwinan Syella ini, pada pendapat Hani, dalam Islam sendiri menyuruh kita memaklumkan tentang perkahwinan kita agar tidak menjadi fitnah. Tetapi kisah Syella ini harus dijadikan pengajaran. Dah kahwin, terbit pulak fitnah. Silap haribulan, mahu jugak berantakan rumahtangga orang cik kak oii !

Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

Sebenarnya tak apa jika kita mahukan privacy tetapi pada Hani, bila sudah dihebahkan tentang kos atau hantaran berjuta juta lemon tu, ia bagai mengundang rasa riak. Maafkan Hani kalau bunyinya kasar. Apatah lagi, bila orang pertikai mengenai kereta Mini Cooper tu, lekas lekas Syella menafikan itu kereta yang diterimanya sebaliknya ia sekadar bersifat sementara, kerana menunggu kereta Audi yang ditempah tak sampai sampai.

Betulkan ayat Hani ni kalau silap tetapi bukan ke semua yang kita miliki di dunia ni kan memang bersifat sementara.

Pada pendapat Hani yang masih single ni, macam tak manis dihebahkan demikian rupa sehingga mengundang pelbagai telahan / cakap cakap termasuk melibatkan bekas Ketua Polis Negara. Perkahwinan dalam Islam itu kan satu ibadah, satu perkara yang suci, kenapa pulak hanya gambar si isteri sahaja disiarkan.

Syella perlu faham, kalau dah ditulis hantaran berjuta ringgit, mestilah orang nak tahu. Kalau hantaran RM8,000 ke, orang tak peduli pun apatah lagi Syella dah lama pudar dari industri.

Yelah, bukan setiap hari kita dengar orang kahwin berjuta ringgit kan. Kalau di Indonesia mungkin hari hari sebab berjuta rupiah kan. Di India pun sama. Mesti orang tak heran sikitpun!

Sejak foto persandingan Syella tersebar di pelbagai blog termasuk blog politik yang menyiarkan wajah suami wanita ini, ia dah jadi seperti pertandingan 'mari teka siapa'.

Hani yang kenal Tan Sri Musa ni pun tergelak sebab biarpun ditutup wajahnya, Hani tahu itu bukan Tan Sri Musa sebab beliau tinggi orangnya, tetapi dalam gambar tu agak pendek.

Apapun, Hani ucapkan tahniah pada Syella dan suami – orang kuat Proton tetapi tentunya bukan Pengarah Urusannya, haa yang ni Hani kena tulis sebab kat internet ni, orang suka betul meneka dalam kesamaran.

Dan terima kasih pada Abang Nara kerana memberi peluang pada Hani untuk menulis bagi laman paling best ini.

Hani Marissa. @ Beutifulnara.com

Isu Ogy saman Johan : Apa kata Johan ...

Posted: 03 Dec 2011 04:54 AM PST

Umum telah pun mengetahui desas-desus yang mengatakan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy ingin menyaman malu Johan Raja Lawak kerana beranggapan pelawak ini telah dengan sengaja menghina dirinya dan juga kedua ibu-bapanya ketika mereka sama-sama mengacarakan malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada 20 November lalu.

Bukan itu sahaja, Ogy juga mendakwa Johan bertindak kurang ajar kerana mempersenda Tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini, Johan telah pun memberikan kenyataan yang dia benar-benar terkejut dengan isu saman ini. Jelas Johan dia tidak sangka Ogy mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya. Ini kerana sebaik FFM24 berakhir, dia telah memohon maaf kepada Ogy seandainya ada kata-katanya mengguris hati.

Namun, Johan enggan mengulas lanjut kerana sehingga kini dia masih belum mendapat sebarang surat saman daripada mana-mana peguam.

Sementara itu, isteri kepada pelakon dan pelawak ini, Ozlynwati, turut mengambil pendekatan yang sama dengan Johan. Ozlyn yang dihubungi sebentar tadi memberitahu baik Johan dan dia tidak mahu mengulas lanjut kerana bimbang kenyataan mereka boleh menjejaskan kes sekiranya perkara ini benar-benar ke mahkamah.

"Buat masa ini Johan memang tidak mahu keluarkan sebarang komen. Saya juga tidak mahu. Johan pun belum terima sebarang surat saman. Tunggulah kalau semua sudah jelas nanti, pasti Johan akan maklumkan kepada pihak media. Saya harap pihak media faham dengan situasi ini. Bukan kami mahu mengelak, tetapi kami sendiri tidak tahu hendak komen macamana," ulas Ozyln ringkas.

Ditanya sama ada Johan ada menghubungi Ogy untuk berbincang, Ozlyn enggan mengulas lanjut. - gua.com

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Nak tanya sikit, sapa pasangan laki bini yang tak nak beri keterangan di mahkamah hari tu? Cercita cercita...!!

Posted: 03 Dec 2011 05:37 AM PST


Menurutnya lagi, tidak cukup beliau diserang dan difitnah selama tiga tahun, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga diserang.

"Isteri saya duduk diam-diam, kena serang... Saya dah bersumpah di masjid, empat kali saya bersumpah.

"Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah?. Di dalam masjid? di luar masjid?... Di mahkamah, tak berani (bersumpah), masuk dalam kandang tak berani bersumpah... Ini kes Saiful lawan dia, tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Siapa yang pilih Saiful... Orang macam inikah yang nak jadi PM," kata Najib.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Terengganu Negeri Kaya Rakyat Miskin

Posted: 03 Dec 2011 09:09 PM PST

Umno Buang Tabiat

PAGI ini saya hendak sambung cerita politik negeri 'penyu menangis' yang tertangguh beberapa hari lalu kerana ditindih intri dan kisah-kisah ataupun ulasan politik bersempena dengan perhimpunan agung Umno ke 62 dan kunjungan saya ke Batam. Perhimpunan agung Umno berakhir semalam, hari ini saya percaya kesemua para perwakilan sudah sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat.

Mungkin ada perwakilan dan pemerhati yang telinganya masih terngian-ngian dengan ucapan presiden atau pun terkenang kepada lafaz ikrar yang diketuai oleh Udin anak Yassin. Mungkin ada yang berfikir sejauh manakah ikrar itu akan dipatuhi dan ditaati. Atau ada juga yang berfikir kenapa orang Umno sampai diminta berdiri untuk melafazkan ikrar, yang belum pernah berlaku dalam sejarah Umno selama 62 tahun. Teruk sangatkah Umno atau Umno sudah dilanda sindrom sumpah laknat Datuk T?
Read More / Baca Lagi >>

Felda tempah maut masuk pasaran saham?

Posted: 03 Dec 2011 09:03 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Langkah Felda menerusi Felda Global Ventures Sdn Bhd untuk memasuki pasaran saham sehingga akan mengorbankan ratusan ribu ekar tanah milik oraganisasi itu, diyakini tidak akan mendatangkan pulangan besar seperti yang dijangka oleh para pemimpin Umno BN, tetapi hanya akan menempah maut.

Sebelum memulakan langkah itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan para pemimpin Umno BN sebaliknya perlu mengambil iktibar dengan nasib malang yang menimpa skim-skim amanah yang telah diperkenalkan oleh beberapa buah kerajaan negeri di negara ini. 

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, antara yang boleh dipelajari termasuk skim amanah saham yang diperkenalkan oleh Kerajaan Terengganu, Amanah Saham Darul Iman (Asdi), skim amanah kerajaan Johor dan beberapa skim amanah lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan-kerajaan negeri terbabit sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Najib tinggal transformasi, ambil kembali perkauman

Posted: 03 Dec 2011 09:00 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam memperlihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa mengikut rentak timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin membawa politik perkauman dan kebencian.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas keseluruhan ucapan Najib sepanjang perhimpunan itu berkata, segala tranformasi yang dicanang perdana menteri itu sebelum ini, tenggelam dalam laugan perkauman parti itu sepanjang perhimpunan tersebut.

"Akhirnya Najib kembali mengambil garis yang sama seperti Muhyiddin iaitu garis perkauman dengan memainkan 'politic of fear' seperti zaman kuno.

"(Beliau) kembali menggunakan strategi menakutkan orang Melayu dengan menjadikan DAP sebagai momokan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Lim: Macam mana DAP boleh pimpin Pakatan?

Posted: 03 Dec 2011 08:57 PM PST

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Umno didakwa terus meniupkan sentimen perkauman dengan tujuan menakutkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu bahawa parti itu bercadang menuntut kerusi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya pada pilihan raya akan datang.

Menurut setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, perkara itu adalah mustahil kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

"Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.

"Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?
Read More / Baca Lagi >>

Malam Ini Segala Pembohongan Najib Altantuya Terbongkar

Posted: 03 Dec 2011 08:56 PM PST

Pemimpin Pakatan Rakyat akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu, pada majlis Rapat Umum di Shah Alam malam ini.

Akan hadir membuat penjelasan malam ini adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Program yang akan bermula seawal jam 7 malam itu akan berlangsung di perkarangan Stadium Melawati sehingga jam 12 malam.Read More / Baca Lagi >>

Wang Panas : Penulis Siber Pro- Pakatan Rakyat Mula Dipancing Umno

Posted: 03 Dec 2011 08:47 PM PST

Perhimpunan Agung Umno jelas membuktikan bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. PRU13 dilihat akan menjadi ujian getir dan pahit bagi Umno. Ketakutan barisan pimpinannya akan kehilangan kuasa telah mencengkam hingga ke tulang temulangnya. Umno juga kelihatan kehilangan pendirian, malahan tergapai-gapai umpama orang sedang menghadapi saat-saat kelemasan.

Keputusan yang dibuat oleh barisan pimpinan Umno juga kini seringkali menjadi flip-flop..yakni berubah-ubah apabila mendapat tentangan rakyat. Mereka berusaha untuk tidak melaksanakan apa jua yang boleh memberi implikasi negatif...namun kerap kali ia keputusan yang mereka buat menjadi negatif juga kesannya. Read More / Baca Lagi >>

Lembu NFC duduk kondo,perwakilan wanita duduk dalam kandang lembu!

Posted: 03 Dec 2011 08:41 PM PST

Bila Sharizat Jalil menggulung perbahasan penutup perhimpunan agung wanita umno tiga,empat hari lepas, segala TV, segala paper telah berjaya me'lembukan rakyat malaysia, wanita khususnya,  apabila dia telah di-lihat telah berjaya mengalihkan segala perhatian tentang kes merembat wang rakyat 250 juta untuk NFC.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Kehabisan "Powerr" Sudah Kong..!!

Posted: 03 Dec 2011 08:15 PM PST

Umno kini sebijik seperti bateri yang powernya semakin habis,nak dicas pun bateri memang dah kong..begitu jugalah Ketakutan Umno kini sudah sampai ke tahap pokok pisang pun dikatakan hantu!

Terpaksa menjerit melolong seperti kena sawan dalam himpunan manusia yang menolak hukum Allah.Ini semata-mata untuk meyakinkan rakyat bahawa parti mereka yang terbaik,walaupun proses pereputan Umno ini menyebabkan busuknya semakin menyusuk kehidung setiap rakyat terutamanya golongan muda.

Terkini kemenangan Parti Islam di Morocco ,menjadikan Umno dan pimpinannya bertambah meroyan kerana Parti Sekular yang terdapat di Mesir,Morocco,Yamen,Libya dan Tunisia adalah berdasarkan sistem yang diambil dari negara barat,sama seperti Dasar yang dipuja dan diagung-agungkan oleh Umno Haprak sehingga melemparkan ke tepi Al-Quran dan Hadis Nabi.Read More / Baca Lagi >>

Tanpa umno, petrol akan lebih murah

Posted: 03 Dec 2011 08:14 PM PST

BATANG KALI – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi janji beliau akan menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR mengambil alih peme­rintahan negara.


"Saya berani ulang... hari ini menang (Pilihan Raya Umum Ke-13), esok saya umum harga minyak di seluruh negara turun," katanya ketika berucap di hadapan 700 penyokong PR di Dewan Dato' Abdul Hamid di sini, malam kelmarin.
Anwar, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya keuntungan hasil minyak negara yang dianggar berjumlah RM90 juta setahun untuk melaksanakan janji tersebut.

"Jangan kata Anwar bodoh ekonomi, Anwar tak reti, Anwar pembohong. Saya nak sebut di sini saya sanggup lakukan kerana bila harga minyak turun harga pengangkutan awam turun, jadi boleh kawal (harga barang)," katanya.

Beliau berucap pada program Ceramah Perdana Malaysia Tanpa Umno yang turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin dan Pengerusi Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.

Anwar berkata, sekiranya PR menang pada PRU-13, Parlimen Hulu Selangor akan diambil kembali dan Dun PR akan menjadi lebih kuat.

"Mereka (Umno) akan guna habis kuasa Melayu. Itu saja modalnya," katanya.

Beliau mendakwa, Umno akan menggunakan apa sahaja cara untuk memusnahkan pengaruh politiknya dan tidak mustahil beliau akan dipenjarakan sekali lagi.

Katanya, jika beliau dimasukkan ke penjara, kemenangan lebih besar akan berlaku (untuk PR).
Read More / Baca Lagi >>

Maha firaun

Posted: 03 Dec 2011 08:13 PM PST

Seorang sahabat telah beri email kepada gua berkenaan Si Tua yang masih diberi kesempatan untuk bernafas ni, Kutu kaki kencing ni, kalau bercakap bukan main lagi, belit sana belit sini. Gua rasa terhina masa dia menjadi pemimpin begitu banyak permainan kotor yang dimainkan Si Tua ni, kini legasi beliau disambung oleh anak didik beliau yang dikatakan terbaik diantara pemimpin umno.

Dalam video ni gua melihat dua ekor kutu kaki kencing yang selalu membelit bila bercakap, biasanya 2 ekor kutu ni, mempunyai dua skrip sama semasa mengencing tapi dalam video ni nampak sangat terdapat perbezaan kenyataan sekor mengatakan kena pecat seekor lagi kata meletakkan jawatan, jadi mana satu yang betul ni, dan mana satu kaki kencing sebenarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Perihal kaki botol dan kaki rasuah nak jadi calon YB

Posted: 03 Dec 2011 08:12 PM PST

Oleh : ABD JALIL ALI
ABD JALIL ALI
DALAM pertemuan tertutup dengan lebih 5,000 perwakilan Umno dua hari lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan pesanan menggunakan bahasa yang sopan lagi penuh berhemah. Kata Presiden Umno, seperti yang dilaporkan The Star semalam.

"Saya masih menunggu wakil-wakil rakyat Umno yang sudah terlalu lama duduk di kerusi masing-masing supaya tampil ke hadapan secara suka rela dan memberitahu mereka hendak melepaskan jawatan."

Beliau yang juga Perdana Menteri berharap mana-mana wakil rakyat parti itu yang tidak popular supaya berundur secara terhormat pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang semua orang jangka diadakan tidak lama lagi.
Read More / Baca Lagi >>

"Kita kena berubah," bekas Ketua Cawangan MCA Kedah.

Posted: 03 Dec 2011 08:08 PM PST

Rival militias wage turf war outside of Tripoli

Posted: 03 Dec 2011 08:07 PM PST

Azmin Ali: Orang Felda Beritahu "No More UMNO, Enough Is Enough"

Posted: 03 Dec 2011 08:05 PM PST

Azmin Ali: Selangor Kaya, Tan Sri Khalid Tak Beli Cincin Untuk Isterinya

Posted: 03 Dec 2011 08:04 PM PST

Rafizi Ramli: The Cow Stories Of National Feedlot Corporation (NFC) Part 2

Posted: 03 Dec 2011 08:04 PM PST

Rafizi Ramli: The Cow Stories Of National Feedlot Corporation (NFC) Part 1

Posted: 03 Dec 2011 08:03 PM PST

Iraq PM: Baghdad bomb meant to kill me

Posted: 03 Dec 2011 07:58 PM PST

Arab League gives Syria deadline on observers

Posted: 03 Dec 2011 07:57 PM PST

Umno mungkin tiada calon untuk PRU13?

Posted: 03 Dec 2011 07:49 PM PST

Oleh: Inimajalah

"Banyak perkara menarik mengenai Perhimpunan Agung Umno 2011. Satu dripadanya ialah ucapan wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin yang menggariskan ciri calon boleh menang (winnable candidate) parti itu perlu mempunyai sifat seperti Khalifah Islam Saidina Uthman Affan yang tidak meminta-minta untuk diberikan jawatan.

Dalam ucapanya di persidangan itu semalam, beliau berkata antara kriteria calon boleh menang daripada pandangan Islam ialah orang yang tidak meminta-minta, tidak melobi atau membeli jawatan.

"Contohilah Saidina Uthman bin Affan yang tidak meminta untuk diberikan jawatan Khalifah, sebaliknya diberi tanggungjawab atas amanah dan kepercayaan untuk memimpin umat Islam pada zaman itu," katanya seperti dilaporkan themalaysianinsider.com, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Between principles and popularity

Posted: 03 Dec 2011 07:44 PM PST

Wan Azizah's assurance the PKR will not choose dubious candidates for the coming polls augurs well for party, if only it walks the talk.

While the federal government under the Barisan Nasional banner believes it can win the coming 13th general election by fielding 'winnable' candidates, it's nemesis PKR is banking on 'principled' contestants to help it take over Putrajaya.
Unlike BN which has never believed in placing emphasis on the character of the candidates, PKR's assurance that 'principles' is what will win them the people's trust does sound attractive.
The assurance came from PKR president Dr Wan Azizah Ismail when she addressed about 2,000 guests while officiating the party's eight national congress in Johor last week.
Making it clear that PKR would not compromise on the enemies within, Wan Azizah sent the message out that the party will never choose 'suspicious' candidates for the coming polls.
"We (PKR's top leadership) guarantee that we will consult the divisions and grassroots in choosing the candidates.
Read More / Baca Lagi >>

Pekerja bukan hamba abdi majikan

Posted: 03 Dec 2011 07:42 PM PST

Pergerakan Pemuda mendesak kerajaan jaga kepentingan golongan itu
PETALING JAYA: PAS berkata pekerja bukan hamba abdi dan mendesak kerajaan bertanggungjawab memberi kebajikan kepada mereka.
Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan berkata kerajaan mesti memberikan jaminan perlindungan pekerjaan, hak kebajikan, hak berpersatuan, gaji minimum dan lain – lain tanpa sebarang diskriminasi antara pekerja tetap atau  kontrak.
Katanya, menafikan hak dan meletakkan mereka setaraf buruh asing adalah satu bentuk penindasan yang tidak sewajarnya berlaku di negara ini.
"Pekerja bukan hamba abdi yang diperah kudrat mereka dan ditindas dengan pelbagai akta yang tidak memihak serta memelihara kepentingan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Bolehkah diterima sumpah laknat Najib?

Posted: 03 Dec 2011 07:39 PM PST

Kalau dengan sumpah laknat boleh menegakkan kebenaran, Mona Fandey pun mahu bersumpah.
Mendengarkan ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno malam tadi akhirnya membuatkan saya tercari-cari kesimpulan dalam satu perkara yang disebut beliau.
Oleh kerana malam tadi sekali lagi beliau menyentuh sumpah laknat menafikan samada beliau mengenali, mengetahui atau penglibatan beliau dengan kes pembunuhan mendiang Altantuya Shariibuu, di sebuah masjid sedikit masa dahulu, jadi saya cuba mencari kesimpulan dari sumpahannya itu.
Saya percaya bahawa selain saya, tentu ramai yang masih gagal menemukan jawapan samada untuk mempercayai sumpah laknat Najib ataupun cuma sekadar sumpah sesumpah.
Bagi merumus tindakan bersumpah laknat ini, ada beberapa perkara atau latar belakang yang perlu kita ketahui dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Guan Eng: Pakatan beri harapan baru, Umno terus guna isu kaum

Posted: 03 Dec 2011 07:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Umno terus menggunakan "senjata perkauman" untuk mencari undi pilihan raya umum ke-13 selepas gagal meraih kelemahan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Sebaliknya Lim (gambar) dengan merujuk kepada kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan-kerajaan negeri mereka kini sudah mampu menawarkan harapan baru kepada rakyat Malaysia.
"Kegagalan mencari kelemahan kepimpinan Pakatan Rakyat yang berteraskan integriti ini yang menyebabkan Umno menggunakan senjata perkauman dan fitnah termasuk ke atas anak pelajar pemimpin Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Transform, reform or deform?

Posted: 03 Dec 2011 07:29 PM PST

Umno is not forgiving of leaders who cannot deliver what they require to continue having their way with our country.

Najib Tun Razak reminds me of the little boy who wants to be liked and does all he can to please everyone. He is for 1Malaysia. He is for Ketuanan Melayu. And he insists, without showing how, that the two are compatible. In the process, he antagonises both the Malays and non-Malays.
He has seen it fit to embark upon a zealous path of transforming and reforming, riding his high horse like a crusading avenger hell bent upon eliminating any restriction on our civil liberties and any barrier that will prevent our people from developing their minds. Or so it seems. He would like us all to believe that he at last has heard what the rakyat wants and now wants to do their bidding.
Read More / Baca Lagi >>