Sabtu, 19 November 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pelancung asing ajak budak pantai masuk bilik

Posted: 19 Nov 2011 02:27 PM PST

PULAU TIOMAN: Berwajah unik, muda, seksi, sasa dan mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, itulah kelebihan pekerja pantai khususnya golongan lelaki sekitar pulau ini hinggakan ada pelancong wanita yang cair dengan penampilan mereka.

Digelar beach boy atau budak pantai, kehadiran golongan itu nyata menjadi daya penarik kepada pelancong asing terutama wanita namun ada kalanya kurang disenangi penduduk setempat yang melihat ia ancaman kepada budaya dan sosio ekonomi masyarakat di situ.

Seorang budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Aju, 20, berkata sejak tiga tahun terbabit dalam aktiviti pelancongan di pulau itu, sudah dua wanita meminta dia menjadi teman di bilik tidur mereka dan kedua-duanya pelancong asing.

"Sebelum ini saya hanya mendengar cerita rakan mengenai perkara itu namun selepas ia benar-benar berlaku depan mata, saya tidak dapat menolak, tambahan pula mereka yang meminta saya ke bilik
"Apapun perkara itu sebenarnya berlaku kerana saya berada dalam keadaan antara sedar atau tidak kerana pengaruh alkohol, kami sebenarnya bertemu kali kedua di sebuah restoran yang menyediakan minuman keras. "Ia bukannya pesta atau majlis tertentu sebaliknya restoran biasa yang tiba-tiba menjadi seakan pesta apabila semakin ramai pengunjung tiba," katanya.
Ditanya mengapa dia mengunjungi restoran berkenaan, Aju berkata, dia hanya menemani pelanggan sebelum diajak minum bersama malah restoran itu sememangnya menjadi pilihan pelancong dari luar negara.
"Ia adalah tuntutan kerja dan pada masa sama ia memberi ruang untuk golongan seperti saya bergaul dengan masyarakat luar khususnya pelancong asing," katanya.

Seorang lagi budak pantai yang hanya mahu dikenali sebagai Din Lanun, 24, berkata kebanyakan pelancong yang sudi menjadi teman mereka biasanya mempunyai sebab atau agenda tersendiri kerana golongan itu biasanya membabitkan pelancong bajet atau backpacker.
"Mereka biasanya ingin tinggal lebih lama dan untuk menjimatkan wang, mereka sanggup bermalam di rumah atau hotel bersama budak pantai yang kebanyakannya akan membiayai sewa hotel dan makan minum sepanjang mereka menginap.
"Biasalah jika mereka memberikan sesuatu mestilah mereka hendakkan sesuatu, bak kata orang situasi menang-menang," katanya.
Sementara itu, orang lama yang pernah bertugas sebagai budak pantai di situ yang mahu dikenali Lan Tatu, 40-an, berkata amalan gaya hidup Barat dalam kalangan budak pantai tidak sehebat zamannya kerana pelbagai agensi kini memantau aktiviti golongan itu.
"Dulu aksi ghairah pasangan boleh dilihat di mana-mana termasuklah di bandar Tioman, iaitu Kampung Tekek, selain pelbagai pesta tari di tepi pantai namun kini aktiviti itu tidak lagi wujud di sini kerana ada agensi yang memantau.
"Memang masih ada pesta tari menari dengan minuman memabukkan terutama ketika musim kehadiran pelancong ramai (Mac-Ogos) tetapi ia diadakan di kawasan terpencil terutama di Salang (kampung).
"Kebanyakan budak kita hanyut kerana kedudukan kampung itu yang agak terlindung selain harga minuman keras yang murah berikutan status pulau sebagai pulau bebas cukai," katanya.
Sementara itu, seorang pelancong, Deborah Ghinjo, 25, berkata tidak semua pelancong asing mengambil kesempatan dengan mencari teman semata-mata untuk menetap di sesuatu tempat secara percuma atau murah.

"Ia sebenarnya atas kehendak sendiri kerana ada kalanya seseorang itu akan tertarik dengan cara hidup atau penampilan seseorang yang jarang dilihat di tempat asalnya di Barat, adalah perkara biasa apabila perkenalan antara lelaki perempuan dibawa ke bilik tidur. "Itupun berlaku atas dasar suka sama suka dan bukannya atas kehendak satu pihak saja, apapun saya faham adat dan budaya hidup masyarakat sesebuah negara berbeza dan sebagai pelancong kita cuba memahami sebanyak mungkin perkara itu untuk mengelak kesulitan di masa depan," katanya

SANTAI MALAM : Isteri curang kerana suami tak mampu ...?

Posted: 19 Nov 2011 07:51 AM PST

Tidak dapat dinafikan dalam zaman cyber sekarang wanita lebih 'demanding' dalam soal seksual disebabkan pengetahuan seks bukanlah rahsia lagi (atau rahsia dalam kelambu kata orang tua dulu-dulu). Ramai wanita mengambil sikap lebih terbuka dalam mempelajari bab-bab ini dan lebih berpengetahuan.

Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan mengetahui hak-hak mereka di dalam hubungan seks. Mereka juga ingin menikmati kenikmatan seks sama seperti lelaki.

Tetapi malangnya hajat mereka tidak kesampaian! Suami syok sendiri manakala si isteri terkulat-kulat makan hati! Nak tahu apa jadi? Lama-kelamaan wanita akan mula merasa bosan, kecewa, sakit hati, sedih dan perasaan-perasaan ini akan menyebabkan mereka menjadi dingin di dalam hubungan seks.

Maka terjadilah dialog sebegini:

Suami : "Ayang… nak ehem..ehem"
Isteri : "Tak naklah bang… ayang penat…"

Ha! Bagaimana? pernah mendengar dialog sebegini? atau ia pernah terjadi kepada ANDA? Kajian menunjukkan wanita yang mendapat kepuasan seks tidak akan menolak malah mereka merasa seronok melakukannya.

Mungkin ada di antara para suami akan menarik nafas lega dan berkata, "isteri aku ok je, tak pernah merungut atau menolak pun bila diajak bersama". Tunggu dulu! Adakah anda betul-betul yakin isteri ANDA benar-benar berpuas hati?

Cuba baca pengakuan wanita-wanita di dalam satu lagi kajian yang dijalankan di Amerika. "Sebenarnya mereka terlalu menyintai pasangan mereka (lelaki) sehingga mereka sanggup berlakon (berpura-pura klimaks dan tidak menolak atau merungut) untuk memberi sokongan psikologi dan bersimpati di atas kelemahan suami mereka di ranjang".

Namun KENYATAANNYA mereka mengakui merasa amat KECEWA, TIDAK BERPUAS HATI KERANA KEHENDAK SEKS MEREKA TIDAK DIPENUHI SEPENUHNYA dan ada yang MENGALAMI TEKANAN DAN GANGGUAN EMOSI! STRESS!

FAKTA PENTING: Mengikut kajian rambang yang dilakukan di negara membangun, 25% wanita berpura-pura mencapai klimaks dan pastinya bilangan wanita Malaysia mungkin lebih dari itu bukan luar biasa. (Dr. Hj Ismail Bin Tambi, Pakar Kesihatan Reproduktif Dan Seksual)

Rata-rata mereka MENYALAHKAN lelaki kerana 'ketidak upayaan' itu menyebabkan mereka mencari alternatif lain (CURANG)!

Lebih tragis lagi, 98% wanita di Amerika, mengaku berlaku CURANG kepada pasangan mereka disebabkan oleh faktor kelemahan atau ketidakupayaan pasangan mereka ( lelaki le tu ) MEMUASKAN NAFSU SEKS mereka di ranjang.

AWAS! Jangan biarkan perkara ini berlanjutan dan mengancam kebahagian ANDA suami isteri. LAYARI BAHTERA ASMARA ANDA BERDUA HINGGA KE PELABUHAN NIKMAT BERSAMA !

Ikhlas dari : Qalam Sutera Enterprise

Berahim 'katak' selar TGNA tapi berdiam diri tentang Shahrizat

Posted: 19 Nov 2011 06:35 AM PST

Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno.

Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar. Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.


"Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali,  adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam. Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. " ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Jaguh palsu

Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh 'palsu' Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut.

"Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang," katanya kepada Utusan pada hari Khamis.

"Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud."

Penganalisis politik berkata, walaupun Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut fakta ini.

Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan

Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60% daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah haram disisi Islam.

Seperti semua rakyat Malaysia yang telah merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu pula malangnya membentuk majoriti dariapa pekerja-pekerja berpendapatan rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam "keadaan kucar-kacir" dan jauh daripada sasaran.

Pemimpin PKR telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun, Ibrahim Ali dan lain-lain 'pembela' hak Melayu terus senyap dan memekakkan telinga.

"Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini. Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan menjadi lebih kaya, " tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Malaysia Chronicle

Isu Lembu Shahrizat : PAC mulakan inkuiri 23 Nov

Posted: 19 Nov 2011 03:16 AM PST

Oleh Shazwan Mustafa Kamal  @ The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan mengadakan pendengaran dalaman berhubung projek ternakan lembu kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, minggu depan ekoran kerugian dan dakwaan salah guna dana awam RM250 juta.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan daripada kerajaan dan agar kesemua minit mesyuarat Kabinet diumumkan kepada publik.

Anggota PAC Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa inkuiri akan diadakan Rabu ini, bermula pukul 11.30 pagi.

Ahli Parlimen Umno itu berkata PAC akan menentukan pihak yang perlu dipanggil untuk memberi keterangan ketika pendengaran dalaman itu minggu depan.

"Kami kemungkinan memanggil Kementerian Kewangan, Khazanah, ia bergantung. Secara peribadi, saya juga tiada masalah untuk memanggil pengurusan NFC bagi memberi keterangan," kata Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Kota Belud berkata tarikh bagi sesi pendengaran pertama diputuskan minggu lepas dan jawatankuasa memutuskan bahawa isu berkenaan perlu disegerakan ekoran kepentingan awam dan minat yang ditunjukkan oleh orang ramai.

Masalah menyelubungi projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.

Antara lain pembangkang khususnya PKR mendakwa dana NFC juga digunakan untuk membeli kondominimum mewah di Bangsar.

Dalam penjelasan kepada media terpilih kelmarin pengurusan NFC mengaku dakwaan itu dengan berkata lebih RM13 juta digunakan untuk membeli dua unit kondominium.

Pengurusan NFC juga mendakwa pelaburan itu adalah sesuatu yang strategik. 


dollah yankee

dollah yankee


Koboi sudah mengamuk!

Posted: 19 Nov 2011 06:39 PM PST

Elok sangat lah tuu..kalau dalam kes yang macam ini gurkah-gurkah di'port' kata
"ketua senang-senang,syok-syok makan isi, ahli-ahli dibawah makan kuah."
Jadi mahu tunggu apa lagi wahai ahli-ahli wanita umno?? humban saja Sharizat ini ke laut, kalau tak ada laut, Sungai Kelang saja, kalau Sungau Kelang pun jauh, humban saja dia ke dalam longkang pun boleh!

Pengakuan Mohamad Salleh Ismail, CEO NFC mengesahkan ada unsur-unsur penyelewengan wang rakyat RM250 juta dalam skandal NFC. Anugerah projek ini kepada syarikat milik keluarga Shahrizat juga ada elemen penyelewengan . Mengakui NFC tiada kepakaran dan pengalaman mengendali projek lembu dan pinjaman RM250 juta kepada NFC dengan tidak disertakan jadual pembayaran dan tiada 'escape route' atau plan B dipihak kerajaan . Kalau beginilah keadaan yang sebenar, dah sah kerajaan Malaysia sudah kena main dan kelentong dengan Shahrizat dan keluarga.

Siasat jangan tak siasat. Rakyat Malaysia akan menyaksikan temasya yang lebih hebat daripada PRU-13 bagaimana gerombolan UMNO akan berhempas pulas 'gila-babi' menyelamatkan kuncu-kuncu mereka dalam UMNO dalam kes lembu ini. Apa kah perkara seperti ini selalu terjadi dalam negara kapitalis macam Malaysia? Kalau di negara China, dah sah yang terlibat dalam kes-kes macam ini akan kena tembak.

Kita cukup bernasib baik kerana masih ada lagi orang-orang yang jujur, masih ada lagi orang-orang yang baik yang telah mendedahkan perkara lembu Sharizat ini, kalau tidak dah tentulah mereka akan menyapunya di-bawah karpet, siapa pun tak tahu.

Laporan dah di buat, menteri-menteri pun dah mula bincang, bincang macam mana nak 'pusing' atau bincang macam mana nak 'kau-tim' pun tak tau lahh. SPRM pula dah pass 'bola ini' dekat polis. Polis pulak nak pass 'bola tu' dekat siapa pun tak tau lagi, sebab kita belum lagi dengar. Yang kita tahu, sekarang ini 'bola itu' masih lagi di-kaki polis.

Kalau lah siasatan ke-atas NFC, (NFC saja ke?? how about Sharizat??) mendedahkan tidak ada kepincangan, tidak ada penyelewengan, tidak ada unsur dan elemen jenayah pecah amanah, gurkah-gurkah di'port' ingin menyarankan kepada semua penuntut-penuntut yang telah mengambil pinjaman daripada PTPTN supaya jangan gunakan pinjaman ini untuk membayar yuran-yuran universiti atau kolej tetapi laburkan duit pinjaman itu ke dalam pasaran saham. Anda boleh terus belajar di universiti, jika pihak universiti singkir dan buang anda dari universiti sebab tak bayar duit yuran, anda lawan di 'court'. Gunakan kes lembu Sharizat ini sebagai kes contoh untuk mempertahankan diri anda.

Setakat ini kita telah menyaksikan bagaimana berbuih mulut Noh Omar bercakap. Kita ingatkan dia nak bertindak macam mana nak menangani hal penyelewengan lembu ini, rupa-rupanya mulut dia berbuih sebab sedang cuba melepaskan jerut dilehernya.

Apa pun alasan yang diberi seperti penjelasan akuan khas, akaun NFC, hak syarikat dan lain-lain lagi, gurkah-gurkah kata ia tetap satu penyelewengan 'COW-Gate'.

dollah yankee -
Teringat adegan dalam filem Keluarga 69. P.Ramlee kata.."cabut! koboi dah mengamuk"
Kah..Kah..Kah..

Rombakan kecil? siapa lah yang nak 'kena penerajang'?!

Posted: 19 Nov 2011 04:30 AM PST

Sumber-sumber yang gurkah-gurkah di'port' dapat berhubung perjumpaan Najib dengan beberapa orang pemimpin komponen BN baru-baru ini sebaik saja dia balik dari Mekah adalah sebab ada ura-ura mahu membuat sedikit rombakan kecil dalam kabinet.

Mana gurkah-gurkah ni 'cium' dan 'bau' info ni tak pula mereka cerita. Gurkah-gurkah ini menolak spekulasi-spekulasi ramai, yang mengatakan meeting itu adalah berhubung dengan pilihanraya umum 13. Ini sebab Najib yang tidak mahu lagi di gelar 'liar liar' telah mengatakan sebelum ini yang pilihanraya umum ke-13 bukan tahun ini.

Gurkah-gurkah ini kata lagi mungkin akan ada satu atau dua menteri yang akan 'kena penerajang', kalau tak 'kena penerajang' pun mungkin akan ada pertukaran potfolio. Yang gurkah-gurkah 'dok' nampak sekarang ni ialah Shahrizat Jalil, yang mana sekarang ni semua orang 'sedang menerajang' dia sebab kes lembu. Lembu-lembu tu yang sepatutnya di-bela diladang , tetapi olih sebab 'kepala otak' mereka yang sentiasa nak menipu dan memperbodohkan kita, mereka nak bela lembu-lembu ni dalam kondo.

Sedang gurkah-gurkah ini rancak bercakap pasal rombakan kecil kabinet ini, datang pula opis boy (dekat nak pencen pun panggil boy lagi?Kah..Kah..Kah..) pejabat SPR negeri, menyampuk dan berkata ... "sapa kata meeting tu pasal rombakan kabinet?? Meeting tu pasal nak diskus berapa banyak kerusi-kerusi yang nak bagi dekat komponen-komponen BN daaa ....!"

Ternga-nga nga-nga semua gurkah-gurkah ...


dollah yankee -
Kelmarin semasa keluar jumaat dari masjid kapitan kling (pintu depan banggunan mara), sudah nampak lori-lori yang sedang punggah turun peti-peti undi untuk dibawa naik ke pejabat spr negeri.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Mirzan Mahathir dinamakan dalam siasatan di India

Posted: 19 Nov 2011 08:11 PM PST


ANAK BAPA PEMBANGGUNAN AKA BAPA PERASUAH MALAYSIA DI JANGKA DIDAKWA DI INDIA.BELIAU TIDAK LAGI BOLEH MENYELAMATKAN DIRI DALAM KES INI JIKA DI AMBIL KIRA DENGAN SISTEM DAN UNDANG-UNDANG DI INDIA YANG ANTI RASUAH.
SELAMAT MAJU JAYA ....INDIA BUKAN MALAYSIA.....PENYELEWENGAN AKIBAT KELEWATAN MEMBINA PELABUHAN TERSEBUT MENGAKIBATKANKERUGIAN JUTAAN RINGGIT....BACA DIBAWAH


mirzan-mahathir-named-in-probe-into-delays-to-indian-port


EXXONMOBIL Scandal Starring Mirzan Mahathir

http://www.todayonline.com/World/EDC111120-0000027/Mahathirs-son-named-in-probe-into-delays-at-port

http://www.thesundaily.my/news/213420

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/11/20/nation/9941991&sec=nation


Ahli perniagaan Malaysia Mirzan Mahathir dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan dalam pembangunan Pelabuhan Kakinada di Andhra Pradesh.

mirzan mahathirMirzan, 51, telah memperoleh projek itu semasa bekas ketua menteri negeri Chandrababu Naidu memegang jawatan.

Dokumen setebal 2,424 muka itu menyatakan bahawa sebuah konsortium yang diterajui Mirzan memperoleh pembesaran pelaburan laut air dalam pada 1999.

Afidavit itu difailkan oleh isteri mendiang ketua menteri Andhra Pradesh YS Rajasekhar Reddy's (YSR), YS Vijayalakshmi di Mahkamah Tinggi negeri itu bulan lalu.

YSR, seorang ahli politik yang berpengaruh, terbunuh dalam nahas helikopter pada 2009.

Petisyen itu menyatakan bahawa projek berkenaan ditawarkan secara Bina-Operasi-Pindah dan konsortium itu diberikan 18 bulan untuk membina dua buah dermaga di Pelabuhan Kakinada, pelabuhan kedua terbesar di Andhra Pradesh.

"Tetapi konsortium itu gagal memenuhi komitmennya dan kerja-kerja pembinaan dermaga lain hanya dimulakan lima tahun kemudian pada 2004," menurut afidavit itu.

Disebabkan kelewatan, perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira-kira RM33 juta antara 1999 dan 2007.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan, Mahkamah Tinggi itu kini mengarahkan Biro Siasatan Pusat (CBI) dan Direktorat Penguatkuasaan (ED) menyiasat semua dakwaan terhadap Naidu dan rakannya.

Naidu, presiden Parti Telugu Desam, adalah ketua menteri Andhra Pradesh dari 1994 hingga 2004.

Beliau menerajui parti itu daripada mendiang bapa mertuanya, NT Rama Rao, yang ketika dulu ikon filem Telugu.

- Bernama

NYAWA ASKAR DIPERTARUHKAN AKIBAT RASUAH

Posted: 19 Nov 2011 08:03 PM PST


INILAH NASIB PASUKAN KESELAMATAN KITA APABILA NYAWA DI PERTARUHKAN.....APA YANG HARUS DI LAKUKAN OLEH TENTERA IALAH MELAKUKAN PERUBAHAN DENGAN MEREFORMASIKAN SISITEM MENGUNDI OLEH PIHAK PEGAWAI ATASAN YANG SEHARUSNYA MEMPUNYAI KESEDARAN.....BANGSA SENDIRI AKAN PUNAH RANAH JIKA SIKAP INI MASIH TIDAK BERUBAH


Beberapa bekas anggota tentera, yang telah berkhidmat selama beberapa dekad, tampil dan mendakwa gejala rasuah dalam Kementerian Pertahanan telah meletakkan nyawa mereka ibarat 'telur di hujung tanduk'.

3 man jungle patrol teamSeorang daripada mereka, semasa forum mengenai rasuah dalam industri pertahanan, memberitahu Malaysiakini, bahawa tindakan itu telah menyaksikan beberapa rakannya menjadi 'kudung' dan sebahagian besar mereka "menderita secara senyap".

Lelaki yang enggan namanya didedahkan itu kerana khuatir akan dikenakan tindakan tatatertib berkata, pegawai bukan tentera telah menolak cadangan pihak ketenteraan dan sebaliknya membeli peralatan kurang bermutu yang mempertaruhkan nyawa perajurit negara.

"Kita beli mesin gun AK 33 yang selepas tembakan sebanyak tiga pusingan akan tersekat. Ini memaksa askar mencampangkan senapang itu dan berjuang menggunakan parang," katanya merujuk kepada satu operasi yang tidak dinamakannya.

military tentera askar soldier malaysia 260307 mobile artilleryContoh lain, katanya, sekitar tahun 1970-an, kaki askar-askar dijangkiti sehingga ada yang terpaksa dipotong kerana but yang dibekalkan mereka karat. Ini kerana but yang dibekalkan itu diperbuat daripada kepingan zink dan bukannya aluminium seperti yang sepatutnya.

But berkenaan bertujuan melindungi kaki askar dari pancang perangkap samar yang tersembunyi ketika peperangan gerila di hutan. Namun, katanya, ia gagal untuk berbuat demikian kerana senang berkarat ketika askar-askar meredah hutan ketika hujan lebat.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana, poncho atau baju hujan yang berkualiti rendah itu seringkali menyaksikan perajurit basah kuyup setiap kali hujan.

"Saya dalam kesejukan berada di hutan sedangkan seseorang telah mendapat habuan besar dan berseronok di tempat lain," katanya pada majlis anjuran Transparency International di Subang.

military malaysia army tentera 131106 jungleLelaki itu juga mendakwa mutu makanan yang berkualiti rendah dibekalkan kepada pasukan tentera dan sekiranya pegawai mereka membuat bantahan, mereka pula akan dipindahkan ke tempat lain sebagai hukuman.

"Mereka tidak peduli. Saya percaya ia masih berterusan. Askar-askar kita yang menderita," rintihnya lagi.

SUHAKAM: Penangkapan 13 bawah ISA bertentangan dengan keputusan PM

Posted: 19 Nov 2011 02:48 PM PST


SUHAKAM


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas kegiatan gerakan militan di Sabah. Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara - yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat.

Selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Suruhanjaya juga menyeru Kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada; dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan akan dijalankan di bawah Akta ini.

*Kenyataan media oleh Hasmy Agam (gambar kiri) selaku Pengerusi Suruhanjaya Hak Assasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

NAJIB BOHONG

Posted: 19 Nov 2011 02:27 PM PST

Sama ada tindakan ini untuk menjahanamkan pentadbiran DS Najib itu kita tidak tahu.Kerana yang melakukannya adalah saudara beiau.Namun harus dingat bahawa Hshamuddin juga dahulunya adalah taksub dengan DSAI....tinggal lagi tidak sampai ke tahap mencium bontot Anwar.....

"maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno-BN ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia."


ISA: Pakatan kata BN bodohkan rakyat, Hisham dakwa 13 'amat bahaya'

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Pakatan Rakyat terus mengecam penahanan 13 individu di bawah ISA di Sabah dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sebagaimana disangka PAS dan kebanyakan rakyat, janji pentadbiran Najib sebenarnya hanya satu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat.

Bagaimanapun dalam kenyataan berasingan di Kluang hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau awal minggu ini sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

"Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin di Felda Bukit Tongkat, Kluang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga berkata operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

"Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar," katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka.

"Ia melibatkan tiga negara, dengan ada negara tertentu di mana mereka mendapatkan latihan ketenteraan, ada negara dijadikan tempat perancangan dan ada negara di mana tempat serta individu tertentu dilihat sebagai sasaran mereka," katanya yang juga Naib Presidn Umno.

Dua hari lalu, Hishammuddin berkata beliau ke Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat tentang rangkaian kumpulan ini di Malaysia dan negara-negara jiran.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sebarang kegiatan keganasan secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu ia dipolitikkan.

Dalam komennya di laman sosial Facebook, Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS berkata, "maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno-BN ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia."

"Namun pada hakikatnya Umno-BN masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu akta kuku besi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno-BN," kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang merujuk kepada kenyataan Hishammuddin berkata, justifikasi beliau itu tidak boleh diterima sama sekali dan bercanggah dengan janji dibuat oleh perdana menteri.

"Jika betul menteri ada bukti kukuh, mengapa tidak mendakwa di mahkamah terbuka?

"Penahanan ini membuktikan sikap tidak jujur perdana menteri dengan janji pembaharuan yang dibuat oleh beliau," katanya sambil menambah, "pengumuman pembaharuan beliau hanya taktik murahan untuk menang undi pilihan raya umum."

Katanya, Najib sebenarnya tiada niat untuk mengembalikan kebebasan asas yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Pendek kata Najib telah melakukan satu pembohongan besar menerusi televisyen ketika menjanjikan pembaharuan pada Hari Malaysia tahun ini," katanya lagi.

Dalam usahanya mahu menjustifikasi penahanan tanpa bicara, kata Surendran, Hishammuddin juga berkata, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat ada undang-undang pencegahan untuk berhadapan dengan keganasan.

"Ini sesuatu yang memalukan, tindakan berbohong Hishammuddin mahu mengelirukan rakyat.

"Berbanding dengan Malaysia, Patriot Act tidak membenarkan rakyat Amerika Syarikat ditahan tanpa perbicaraan, hanya rakyat bukan warganegaranya boleh ditahan dan hanya sehingga tujuh hari. (Sementara) peruntukan antikegagasan UK, Australia dan Kanada pula sangat terhad," katanya lagi.

Sehubungan itu kata Surendran, kerajaan seharusnya membebaskan 13 individu terbabit dengan segera, menjanjikan bahawa tiada lagi tahanan di bawah ISA, memansuhkan dengan segera ISA dan undang-undang pencegahan yang lain dan menarik balik langkah mahu memperkenalkan dua undang-undang pengganti.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Menjawab Hujjah-hujjah Tokeh lembu Feedlot

Posted: 19 Nov 2011 09:31 PM PST

Skandal NFC: Mampukah BN menanganinya?

Langkah sebaik-baiknya ialah mendakwa pihak yang terlibat, mendapatkan semula dana itu dan melantik usahawan berwibawa untuk mengendalikan projek ini.

Setelah hampir sebulan sunyi sepi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang menjadi sasaran dalam parlimen dan di luar parlimen, akhirnya membuka mulut.
Read More / Baca Lagi >>

Fireworks guaranteed at Perak assembly sitting

Posted: 19 Nov 2011 09:28 PM PST

BN is set to keep the budget sitting on Monday short and sweet, coupled with sufficient dose of ammunition to hit at Pakatan reps

It has been more than two years since the Perak power-grab orchestrated by BN enabled them to take control of the Silver State on Feb 5, 2009.
Since then, the Perak State Assembly sittings have always been chaotic affairs due to the antics of the BN-installed Speaker who never fails to switch-off the microphones of the Pakatan Rakyat (PR) lawmakers.
The upcoming Perak State Assembly sitting on Monday Nov 21 promises to be exciting as the court-installed Menteri Besar Zambry Abdul Kadir will be presenting the Perak 2012 Budget.
It must be mentioned that the Perak State Assembly is the only one of its kind in the world after the BN-masterminded power grab. Moreover, the BN speaker silences the voice of the PR lawmakers by switching off the latter's microphones.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak sokong rakyat Malaysia luar negara mengundi PRU: Mengapa tidak?

Posted: 19 Nov 2011 09:25 PM PST

20 NOV — Pemimpin-pemimpin politik negara kita tidak pernah berhenti daripada mencuit hati rakyat dengan kelakuan dan gelagat mereka. Saban hari, ada sahaja kenyataan mahupun perlakuan yang ditonjolkan mereka sehingga segala gerak-gerinya menjadi buruan pihak media.
Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin politik merupakan orang kedua paling dikehendaki dalam senarai pihak media selepas golongan artis.
Lazimnya, kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan itu pula bukannya calang-calang kenyataan biasa tetapi kenyataan yang boleh mengundang kontroversi.
Read More / Baca Lagi >>

Debat : Dah Agak dah ... Alasan Khairy ...

Posted: 19 Nov 2011 09:10 PM PST

Dah agak dah... surat jemputan di atas dah Rafizi hantar melalui melalui faks, email dan pos laju kepada Khairy di alamat ibu pejabat UMNO 18 November 2011 tapi 19 November 2011 Lidah Rasmi UMNO melaporkan.. korang baca kat bawah..
Photobucket
Debat: Khairy masih tunggu surat Mohd. Rafizi
Read More / Baca Lagi >>

The anatomy of global economic uncertainty

Posted: 19 Nov 2011 09:08 PM PST

Two things seem clear: different countries are opting, either by choice or necessity, for different outcomes; and the global system as a whole faces challenges in reconciling them.

By Mohamed A El-Erian

NEWPORT BEACH: The sense of uncertainty prevailing in the West is palpable, and rightly so. People are worried about their futures, with a record number now fearing that their children may end up worse off than them. Unfortunately, things will become even more unsettling in the months ahead.
The United States is having difficulties returning its economy to the path of high growth and vigorous job creation.
Thousands of people have taken to the streets of US cities, and thousands of others in Europe, to demand a fairer system. In the eurozone, financial crises have forced out two governments, replacing elected representative with appointed technocrats charged with restoring order.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Zul nafi minta duit, dakwa Azizah dipaksa letak jawatan

Posted: 19 Nov 2011 09:06 PM PST

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menafikan bahawa beliau meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

NONESambil menyifatkan pendedahan yang dibuat oleh Syed Husin Ali menerusi bukunya, Memoir Perjuangan Politik sebagai pembohongan, Zulkifli berkata, veteran PKR itu sendiri yang berjumpanya mewakili Anwar untuk menawarkan supaya kerusi itu dikosongkan.

"Teman (saya) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut.

"Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim.

"Untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 sehingga RM60,000 sebulan!" katanya dalam entri terbaru di blognya yang bertajuk 'Anjing-Anjing Pencen'.
Mahu Azmin jadi timbalan
Read More / Baca Lagi >>

Purdah antara perbandingan hukum.

Posted: 19 Nov 2011 08:52 PM PST

Negara Seks : 5 peserta Rantu Cantik beragama Islam tetap berdegil..kalau pendakwah kena tangkap dah tue..!!!

Posted: 19 Nov 2011 08:51 PM PST


KUCHING: Meskipun sudah diberi nasihat dan teguran, lima peserta beragama Islam Rantu Cantik Borneo (MBB) 2011 tetap meneruskan niat dengan menyertai malam kemuncak pertandingan akhir yang berlangsung di sebuah hotel, di sini, malam kelmarin.

Kelima-lima peserta Melatie Melisa, 22; Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23, dan Roszainah Suhaili, 21, tampil pada malam kemuncak berkenaan meskipun kehadiran mereka di pentas tidak disenangi banyak pihak, sebelum ini.


Ditanya mengenai keputusan untuk menyertai pertandingan itu walaupun ditegur Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais), salah seorang peserta beragama Islam, Natasha berkata, dia tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun ada pihak kurang senang dengan pembabitannya dalam pertandingan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir: Umno hadapi masalah cari pemimpin, dibayangi tanggapan korup

Posted: 19 Nov 2011 08:46 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Sementara Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno selaku parti teras perikatan itu berhadapan dengan masalah mendapatkan pemimpin terbaik.
Bekas perdana menteri itu berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini.
Katanya, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan "kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan." "Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah.
Read More / Baca Lagi >>

ISA arrests proof PM’s reform pledge a lie, says Nurul Izzah

Posted: 19 Nov 2011 08:45 PM PST

Nurul Izzah accused Datuk Seri Najib's pledge to repeal the Security Act as a mere public relations stunt. - file pic
KUALA LUMPUR, Nov 20 — PKR Vice-President Nurul Izzah Anwar said today Datuk Seri Najib Razak had lied about promised reforms after the recent arrest of 13 suspected Islamist militants under the controversial Internal Security Act (ISA).  "It just became a mere public relations exercise on the part of the prime minister. You lied to the Malaysian people," she said, after the launch of the Yayasan Aman Contribution Programme at her Lembah Pantai office here.
Najib had announced in his special Malaysia Day message on September 15 that the ISA will be abolished and two new laws will be introduced to safeguard peace and order.
Read More / Baca Lagi >>

RM250m NFC award without Cabinet approval disturbing, says PKR

Posted: 19 Nov 2011 08:44 PM PST

KUALA LUMPUR, Nov 20 — PKR questioned today how the government could award a RM250 million project like the National Feedlot Centre (NFC) project without Cabinet approval.
PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (picture) told reporters today she was "perturbed by the fact that the Cabinet was not involved in making the decision in the first place (as the Agriculture Minister stated)."
"That gives a lot of questions as to how a disbursement of RM250 million of public money is done," she said.
Minister of Agriculture and Agro-based Industry Datuk Seri Noh Omar denied yesterday that the decision to award the cattle farming project was discussed during Cabinet meetings.
Read More / Baca Lagi >>

NFC scandal: Entire cabinet in the dock

Posted: 19 Nov 2011 08:43 PM PST

NFC supremo should appear before the Parliamentary Accounts Committee to put to rest all questions of impropriety, accountability and integrity.

By Lim Kit Siang

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin has said that it was up to the public whether they wanted to accept the explanation given for the National Feedlot Corporation's (NFC) "cattle condo" scandal.
Saying that the government "already knows the facts", Muhyiddin had this to say after the NFC executive chairman Dr Mohamad Salleh Ismail had broken his three-week silence on the "cattle condo" scandal:
"We will leave that to the people to decide whether to accept the NFC's explanation or not because the NFC has explained each issue that has surfaced.
Read More / Baca Lagi >>

Anak muda penentu ke Putrajaya

Posted: 19 Nov 2011 08:41 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan meningkatkan fokus kepada pengundi muda bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Ianya merangkumi kemas kini daftar pemilih di kalangan pengundi muda, culaan dan menyusun program bersesuaian bagi mendekati golongan sasar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan berkata, program penerangan bagi meningkatkan kesedaran mereka untuk mengundi akan diserapkan ke dalam program sosial yang akan dijalankan di peringkat akhir ini.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : Rasuah percuma untuk semua menular di Malaysia

Posted: 19 Nov 2011 08:39 PM PST

Rasuah percuma untuk semua menular di MalaysiaAwas para pelabur dan masyarakat dunia!  Ancaman baru telah wujud dan ia boleh membawa maut. Wabak  yang menular itu adalah wabak "lembu gila" dan ia bermula di Malaysia.
Wabak "virus" (aka rasuah) telah pun menjadi kanser dan akan menghancurkan negara.
Itulah yang sedang berlaku di Malaysia dan kini lebih RM250 juta telah dipersiakan oleh NFC.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh kedua-dua Perdana Menteri dan timbalannya telah menghalalkan  perbuatan rasuah dan mempertahankan amalan rasuah dan penyalahgunaan dana awam secara terang-terangan.
Yang  dimaksudkan ini adalah penyalahgunaan sebanyak RM83 juta daripada tabung NFC kepada syarikat-syarikat yang dikawal oleh keluarga Ketua Wanita Umno dan Menteri Shahrizat Jalil yang jelas rasuah tetapi hanya kerana beliau adalah salah seorang daripada golongan elit pemerintah, tindakan terhadap beliau tidak akan diambil.
Read More / Baca Lagi >>

1Lembu : TPM dgn angkuhnya beritahu rakyat utk fikir apa mereka mahu tentang NFC

Posted: 19 Nov 2011 08:38 PM PST

TPM dgn angkuhnya beritahu rakyat utk fikir apa mereka mahu tentang NFC Seorang demi seorang pemimpin Umno keluar untuk mempertahankan Ketua Wanita Shahrizat Jalil, dengan ramainya setakat mencemarkan kredibiliti dan reputasi mereka sendiri. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – yang juga Timbalan Presiden Umno - mengatasi mereka semua.
Beliau tidak sama sekali peduli mengenai apa rakyat Malaysia fikirkan tentang penyalahgunaan wang RM250 juta oleh NFC melibatkan projek pengeluaran daging lembu negara dan tuduhan bahawa ia telah dengan cara rasuah diberikan kepada keluarga Shahrizat.
"Kami akan serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan sama ada menerima penjelasanyang NFC atau tidak kerana NFC telah menjelaskan setiap isu yang timbul," kata Muhyiddin kepada pemberita dalam satu sidang akhbar.
"Bagi kami di pihak kerajaan, kami tahu kebenaran dan kami tidak terpengaruh dengan cerita-cerita yang direka oleh pihak pembangkang."
Read More / Baca Lagi >>

Keli-K Masih Hidup

Posted: 19 Nov 2011 08:30 PM PST

Tindakan Tatatertib Kakitangan Awam

Posted: 19 Nov 2011 08:30 PM PST

Kereta Baru MB

Posted: 19 Nov 2011 08:28 PM PST

TV Tiger's Lee Ah Seng reports on the Malaysian rare earth issue (Report 2)

Posted: 19 Nov 2011 08:26 PM PST

TV Tiger's Lee Ah Seng reports on the Malaysian rare earth issue (Report 1)

Posted: 19 Nov 2011 08:26 PM PST

State Visit of H E The Governor General of Canada

Posted: 19 Nov 2011 08:24 PM PST

Pulau Pinang tidak meminggirkan orang Melayu dan Islam

Posted: 19 Nov 2011 08:23 PM PST

Veterans urged to support Pakatan Rakyat

Posted: 19 Nov 2011 08:22 PM PST

Two killed, hundreds hurt in Egypt street clashes

Posted: 19 Nov 2011 08:20 PM PST

The two faces of Saif al-Islam

Posted: 19 Nov 2011 08:18 PM PST