Jumaat, 4 November 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


APA BEZA AMBIGA DENGAN ANAK TUN MAHATHIR ?

Posted: 04 Nov 2011 10:35 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

GEGAK gempita pemimpin-pemimpin Umno dan beberapa NGO pro Umno menentang program Seksualiti Merdeka malahan gempitanya mereka mengalahkan PAS, sebuah Parti Islam tunggal di negara ini. Semuanya adalah kerana S.Ambiga, bukannya kerana moral jauh sekali Umno memperjuangkan akidah umat Islam.

Buktinya apa? Buktinya program ini telah wujud lama di dalam negara di bawah Kerajaan Bn yang tunjangnya adalah Umno. Program seumpama ini telah wujud sejak tahun 2008, tetapi ketika itu rakyat tidak bantah seperti sekarang, dan waktu itu S.Ambiga bukan musuh Umno. S.Ambiga menjadi musuh utama Umno apabila wanita ini berjaya memimpin BERSIH 2.0 sehinggakan SPR terpaksa mengaku sikit demi sedikit kecurangan mereka. Maka, kali ini Umno mendapat peluang untuk menghentam S.Ambiga dengan menggunakan isu Seksualiti Merdeka yang dahulunya mereka `halalkan'.

Tujuan Umno adalah untuk memerangkap PAS terutamanya yang menyokong S.Ambiga di dalam BERSIH 2.0. Namun, Pemimpin PAS bukan bodoh dan menjadi Pak Turut seperti Umno. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tegas membantah program Seksualiti Merdeka, begitu juga dengan Dewan Pemuda PAS. Tuan Guru Nik Aziz menyebut, PAS menyokong BERSIH bukan kerana S.Ambiga atau individu tertentu, tetapi adalah kerana berjuang untuk membersihkan sistem pilihanraya di negara ini adalah menjadi satu kewajipan. Begitu juga PAS menentang program Seksualiti Merdeka ini pun bukan kerana S.Ambiga atau sesiapa sekalipun, tetapi kerana program ini bertentangan dengan hukum Islam dan normal kemasyarakatan.

Berbeza dengan Umno, sewaktu program ini wujud pada tahun 2008 mereka tidak peka sedikitpun sehinggalah pada tahun ini apabila S.Ambiga muncul. Ini bukti jelas menunjukkan Umno tidak pernah ikhlas untuk menentang kemungkaran tetapi sebaliknya akan mempergunakan sesuatu isu hanya untuk memberi nyawa kepada Umno.

Mereka mempersoalkan mengapa DS Anwar tidak komen di dalam isu Seksualiti Merdeka ini? Sebelum kita jawab persoalan itu, kita mahu tanya Umno apakah kesannya jika DS Anwar sokong atau tidak program Seksualiti Merdeka itu? Katakan lah DS Anwar sokong S.Ambiga di dalam program Seksualiti Merdeka, ini suatu kemenangan maha besar buat Umno untuk mendakwa DS Anwar anti Islam atau menyokong kemungkaran. Katakan pula DS Anwar tidak menyokong program tersebut, Umno rasa mereka mungkin berjaya memisahkan DS Anwar atau PKR dari S.Ambiga iaitu tokoh wanita yang telah memalukan Najib di dalam BERSIH 2.0 dahulu.

Ertinya, Umno mahu DS Anwar terperangkap di dalam isu ini. Namun, akhirnya mereka sendiri terperangkap apabila rakyat sedar bahawa program ini telah lama wujud di dalam pemerintahan Umno/Bn. Baca di sini. DS Anwar sememangnya dikenali sebagai tokoh Islamik sewaktu di dalam ABIM lagi sehinggalah berjaya sedikit sebanyak menyerlahkan wajah Islam pada parti Umno sewaktu beliau berada di dalam kerajaan. Amat tidak masuk akal jika DS Anwar bersetuju dengan program Seksualiti Merdeka.

Nah, sekarang lihat sendiri tanpa komen apa-apa pun dari DS Anwar, pihak Polis sendiri telah pun mengharamkan program tersebut. Saya puji langkah pihak Polis ini walaupun terpaksa menanti lama untuk melihat respon masyarakat. Sekali lagi ingin ditegaskan, jika S.Ambiga masih berkeras mahu mengadakan program sesat berkenaan, kami yang pernah bersama BERSIH 2.0 tidak akan menyokong beliau.

Apa yang penting di dalam isu ini adalah rakyat perlu tahu siapa yang paling berkuasa untuk mencegah sesuatu kemungkaran di dalam negara ini. Umno selaku tunjang Kerajaan Bn pada masa ini sewajarnya mencegah kemungkaran yang berlaku bukan sahaja atas isu program Seksualiti Merdeka, bahkan banyak lagi kemungkaran seperti Pusat Judi terbesar yang masih tersergam di negara ini. Adakah perlu menunggu S.Ambiga menjadi tokeh judi dahulu baru Umno mahu bercakap pasal judi?

Saya menentang S.Ambiga di dalam isu program Seksualiti Merdeka, begitu juga sepatutnya kita paling kuat menentang anak Tun Mahathir yang telah pun memiliki Kilang Arak terbesar di Filipina. Apa beza S.Ambiga dengan anak Tun? Orang-orang Umno buta mata kepada anak Tun, tetapi terbeliak mata dengan S.Ambiga. Percayalah, Umno tidak pernah ikhlas untuk memperjuangkan Islam kecuali melantik tokeh judi menjadi Senator. Tentu Datuk Nalla bersetuju dengan apa yang saya perkatakan ini./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Reggae Mansion : Jangan nak bising2 la wei ... Pokoknya kenapa ianya dibenar beroperasi di Malaysia?

Posted: 04 Nov 2011 11:02 PM PDT

Reggae Mansion Tetap Pertahan Tindakan Haramkan Pengunjung Dari Tiga Negara
Oleh REGINA LEE

STONE : Memang pelik sangat-sangat .. beroperasi di Malaysia tetapi tetamu Malaysia diharamkan. Apa kejadah nya dibenarkan ianya beroperasi di sini. Untuk apa?
Memang buta hati dan buta perut agensi-agensi yang terlibat memberi kelulusan pada awalnya.

KUALA LUMPUR: Penginapan berkonsepkan hostel, Reggae Mansion tetap mempertahankan pendiriannya yang mengharamkan tetamu dari Malaysia, India dan Timur Tengah mengunjungi tempat tersebut kerana menyediakan hidangan Barat yang tidak sesuai untuk umat Islam.

"Reggae Mansion adalah hostel untuk pelancong antarabangsa dari Barat. Kami menghormati kepelbagaian kaum, budaya, agama dan adat resam mereka," kata pengendali hostel tersebut di laman webnya.

Hostel itu yang turut beroperasi di ibu negara dan Pulau Pinang turut tidak menerima tempahan daripada tetamu berkerusi roda dan berumur lebih 60 tahun.

"Memandangkan Reggae Mansion adalah hostel untuk berparti dan pelancong dengan beg galas, kami mengehadkan umur pelancong kepada 60 tahun bagi memastikan mereka memperolehi tempat yang selesa untuk beristirehat," katanya.

Bagaimanapun, tinjauan The Star mendapati kebanyakan pelancong tidak gembira dengan penjelasan tersebut.

Guru Khas dari Switzerland, Agnes Read, 59, yang kini menetap di Malaysia berkata, pengendali hostel tersebut tidak perlu menetapkan had umur untuk mengunjungi tempat itu.

"Bagi segelintir individu, kehidupan bermula pada usia 60 tahun kerana mereka boleh berehat selepas bersara.

"Hostel itu akan mengalami kerugian jika mengharamkan tempahan pengunjung kepada individu tertentu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan hostel tersebut tidak boleh mengamalkan polisi aparteid.

Beliau berkata demikian dalam Twitternya semalam.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datuk Mohd. Ilyas Zainol Abidin berkata, peraturan yang ditetapkan hostel terbabit adalah luar biasa.

"Mereka patut mengkaji polisinya dan mengikut garis panduan industri tempatan," katanya.

Penginapan yang berkonsepkan hostel antarabangsa itu menggabungkan 4,000 pemilik di lebih 80 buah negara dengan 16 hostel di Malaysia turut tidak bersetuju dengan polisi tersebut.

Reggae Mansion bukan ahli MAH atau hostel antarabangsa.

AUKU - UKM4 : Tindakan BN adalah sangat tidak bertanggungjawab. Siapa kerajaan? BN atau Peguam Negara?

Posted: 04 Nov 2011 09:04 PM PDT

Lau Weng San
11:28AM Nov 5, 2011

ULASAN:  Jikalau kerajaan BN membuat rayuan terhadap Mahkamah Rayuan terhadap keputusannya bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan, maka ini menunjuk bahawa kerajaan BN memandang remeh terhadap prinsip pengasingan kuasa dan prinsip kebebasan kehakiman.

Sekiranya kerajaan BN di bawah Najib menganggap dirinya sebagai kerajaan transformasi yang ikhlas untuk memansuhkan atau meminda sebarang akta yang mencengkam hak-hak asasi manusia, maka ia perlu tegas dalam tindakannya dan tidak akan membuat rayuan lagi.

Malangnya, BN hanya bertolak-dalih dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan seolah-olah BN ingin menolak sebarang tanggungjawab untuk bertindak tegas dalam kes ini.

Tindakan BN ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan tanda soal: Siapakah yang menjadi kerajaan pusat? BN atau Jabatan Peguam Negara?

Jikalau BN boleh melakukan sesuatu yang bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa seperti apa yang berlaku pada Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar pada tahun 2009 sehingga beliau dikasari dan diheret keluar daripada DUN, adalah amat melucukan kita semua apabila BN pula ingin membuat rayuan dalam kes UKM4 atas alasan keputusan hakim bercanggahan dengan prinsip pengasingan kuasa.

Cengkam kebebasan

Kita harus beringat bahawa semangat prinsip pengasingan kuasa dan kebebasan kehakiman yang diwarisi daripada British turut menekankan peranan hakim dalam membuat takrifan terhadap undang-undang yang sedia ada untuk memastikan keputusan yang dibuat bukan sahaja selaras dengan peredaran zaman tetapi turut mematuhi semngat asal perlembagaan persekutuan serta berlaku adil terhadap rakyat dan kerajaan.

Harus juga diingati bahawa keputusan salah seorang hakim dalam kes UKM4 ini, iaitu Yang Arif Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus (kiri) dalam keputusannya telah menetapkan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU mencengkam kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi dan ia tidak membantu untuk melahirkan golongan berfikiran kritikal yang boleh membantu pembangunan negara.

Justeru, mesej yang ingin disampaikan oleh hakim kepada parlimen yang dikuasai BN ialah Seksyen 15(5)(a) ini tidak sesuai dengan zaman moden dan sudah sampai masanya untuk memansuhkan klausa-klausa yang menekan kebebasan bersuara mahasiswa-mahasiswi.

Malangnya, pada pandangan BN, undang-undang hanya merupakan alat kegunaan BN sahaja untuk menekan perbezaan pandangan. Seruan dan mesej daripada keputusan ini langsung tidak dihirau.

Apa yang menyedihkan ialah walaupun keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak berasaskan sebarang kepentingan politik, Kabinet memilih untuk mendiamkan diri dan menyerah kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan. Ini menunjukkan bahawa BN langsung tidak ikhlas untuk melaksanakan sebarang pembaharuan.

Sebelum ini terdapat ahli-ahli politik BN yang menyeru kabinet agar tidak membuat rayuan. Mereka ini ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu serta Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin. Sekarang saya ingin bertanya mereka, apakah penjelasan mereka terhadap sikap kabinet yang bertolak-dalih ini?

Dolak-dalih

Ini bukan pun kali pertama kabinet membuat keputusan yang berdolak-dalih seperti ini. Dalam perbicaraan terhadap 21 individu yang ditahan kerana mengambil bahagian dalam satu perhimpunan tanpa permit pada tahun 2008 sempena ulangtahun pertama BERSIH di Petaling Jaya, Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz juga berkata bahawa keputusan untuk melepaskan dakwaan terhadap semua 21 individu itu terletak di tangan Jabatan Peguam Negara.

Janganlah BN menghina kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa dengan tolak dalih seperti ini. Ketepikan rayuan itu dengan tegas, jangan mempertahankan undang-undang lapuk yang mecengkam hak-hak asasi manusia dan biarkan kebebasan kehakiman dan prinsip pengasingan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan perundangan bertumbuh subur di bumi Malaysia ini

Seksualiti Merdeka : UMNO Kelantan sambut baik tentangan TGNA

Posted: 04 Nov 2011 08:24 PM PDT

BACHOK – UMNO Kelantan menyambut baik sensitiviti kerajaan negeri pimpinan Pas yang menggesa tindakan tegas terhadap kumpulan penganjur Seksualiti Merdeka bermula semalam sehingga 13 November ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, agenda untuk melemahkan pegangan agama dan perpaduan umat Islam sebenarnya digerakkan kumpulan yang sama seperti Himpunan Bersih Julai lalu.

Menurutnya, kumpulan ini membawa agenda negatif sehingga ada kalanya Pas terikut- ikut agenda mereka seperti mana yang berlaku ketika perhimpunan Bersih.

"Saya menyambut baik jika pemimpin negeri di Kelantan termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menentangnya secara jelas kerana ia melibatkan perihal akidah umat Islam.

"Saya harap pendirian ini konsisten dalam pelbagai hal dan bukan hanya memilih isu untuk dikompromi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis khatam al- Quran di Sekolah Kebangsaan (SK) Bachok dekat sini semalam.

Program khatam al- Quran itu melibatkan 136 murid tahun enam dari 30 buah sekolah dalam Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.

Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid.

Awang Adek berkata, tindakan pihak tertentu yang berusaha menganjurkan Seksualiti Merdeka di negara ini adalah tindakan biadab yang tidak menghormati sensitiviti orang Islam.

"Ini adalah usaha memerangi kerajaan persekutuan untuk memartabatkan Islam dalam menegakkan syiar Islam dan melahirkan generasi berakhlak mulia.

"Semua agenda yang bertentangan dengan ajaran Islam sewajarnya perlu ditentang secara telus oleh semua pemimpin termasuk Pas tanpa bimbang menjejaskan hubungan politik dengan pihak tertentu," katanya.

Menurutnya, bukan sahaja isu penganjuran Seksualiti Merdeka perlu ditentang, malah melibatkan isu murtad dan perjuangan kebebasan yang tidak berlandaskan hukum Islam, bertentangan dengan adat susila Melayu serta perundangan negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. - SH

Anugerah Skrin 2011 - 'Sanggul Beracun' dan 'Cun' ungguli ASK 2O11

Posted: 04 Nov 2011 10:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat.

Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Erra Fazira, Sabri Yunus dan Namron itu menewaskan empat buah drama lain iaitu Air Mata Salina, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Iqra.

Drama itu turut memenangi kategori Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi oleh Eman Manan menerusi drama Janji Syurga, manakala anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama dirangkul oleh Umie Aida melalui Airmata Nur Salina.

Sementara itu, kemenangan Filem Terbaik berpihak kepada Magika terbitan KRU Studios.

Filem Cun berjaya merangkul sebanyak empat anugerah seperti Pengarah Terbaik Filem (Osman Ali) , Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Remy Ishak) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Nadiya Nissa).

Turut memenangi anugerah ASK2011 adalah Pelakon Wanita Terbaik Filem iaitu Siti Shahrizah atau Eja menerusi filem Janin.

Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.

Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Shaheizy Sam, Rosyam Noor, Neelofa, Awie, Siti Saleha, Aaron Aziz, Zahiril Adzim dan Johan Asa'ari.

Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar.

Acara tersebut telah dihoskan oleh aktres Rozita Che Wam dan Ally Iskandar serta disiarkan secara langsung di TV3.

Secara keseluruhan, ASK 2010 mempertandingkan sebanyak 23 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman.

Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.

Anugerah Skrin 2011 ini mempertandingkan 17 buah drama iaitu 12 drama rantaian dan lima komedi.

Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011

Kategori Filem

Filem Terbaik: Magika

Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak (Cun)

Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja (Janin)

Pengarah Terbaik Filem: Osman Ali (Cun)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiya Nissa (Cun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sidek Hussin (Karak)

Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin (Aku Tak Bodoh)

Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri

Drama Terbaik: Sanggul Beracun

Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan (Janji Syurga)

Pelakon Wanita Terbaik: Umie Aida ( Airmata Nur Salina)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku ke Neraka)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elfira Loy (Kum Kum)

Pengarah Terbaik: Sabri Yunus (Sanggul Beracun)

Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus ( Sanggul Beracun)

Videografi Terbaik: Sanggul Beracun

Drama Rantaian Terbaik: Juvana

Drama Komedi Terbaik: Geng Surau

Kategori Penerbitan Dalaman

Dokumentari atau Majalah Terbaik: Suatu Ketika

Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa: Datuk Fazillah Kamsah

Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010: Top 12 Show

Rancangan Hiburan Terbaik: Showdown 2011: Meltdown

Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011

Laporan Khas/ Berita Terbaik: Buleten Utama - Pengemis Terhormat.

Anugerah Yasmin Ahmad: Syamsul Yusof.

Artis Harapan Pantene: Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)

AUKU : UKM4 akan pastikan BN hilang sokongan generasi muda dalam PRU13

Posted: 04 Nov 2011 04:23 AM PDT

Empat aktivis mahasiswa - yang mencabar Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) - 'mengugut' memastikan BN hilang sokongan generasi muda sekiranya kerajaan merayu terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan seksyen itu tidak sah.

Jurucakap kumpulan itu Hilman Idham juga menyalahkan Umno sebagai tulang belakang BN yang didakwanya tidak mempunyai keazaman politik dalam memberikan hak berpolitik kepada mahasiswa.

"Sudah ada langkah positif dalam BN, khususnya MCA, GERAKAN, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) di Sarawak (untuk memansuhkan AUKU) tetapi setiap keputusan memerlukan keazaman politik daripada Umno, sekiranya keputusan kabinet (mahu merayu) itu betul," katanya.

Hilman mendakwa mendapat maklumat daripada pelbagai sumber bahawa kerajaan sudah memutuskan akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini bahawa Seksyen 15(5) tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Sebelum ini, laman web sebuah akhbar bahasa Cina memetik sumber-sumber melaporkan kabinet membenarkan kementerian pengajian tinggi merayu kerana keputusan Mahkamah Rayuan dianggap "bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa".

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitter menulis bahawa China Press melaporkan keputusan itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata kabinet belum membuat keputusan berhubung perkara itu dan memutuskan menunggu nasihat peguam negara untuk tindakan lanjut - Malaysiakini

Isu Hudud dan Homoseksual - Pakatan Rakyat mula terperangkap ...

Posted: 04 Nov 2011 03:26 AM PDT

Sesungguhnya, "bulan madu" Pakatan Rakyat sudah tamat tempohnya. Malah, "keghairahan untuk menukar kerajaan persekutuan" di kalangan rakyat sedikit sebanyak menyurut selepas lebih tiga tahun lanskap politik Malaysia dilanda "tsunami". Namun, masih ramai yang yakin bahawa PR mampu menggegarkan Barisan Nasional dalam PRU 13 akan datang. Sekurang-kurangnya BN terpaksa berhempas-pulas dalam PRN Sarawak pada April 2011, mempertahankan kubunya di bumi kenyalang itu.

Seandainya PR mengekalkan momentum yang sedia ada, ditambah pula dengan usaha gigih dan kerja keras di peringkat akar umbi, maka gandingan politik ini dijangka berdaya untuk sekurang-kurangnya mengekalkan status quo, jikapun gagal menjangkau lebih daripada itu. Mengekalkan status quo bermakna Najib Razak terpaksa mengulangi nasib Abdullah Ahmad Badawi, kerana pengganti ini terbukti gagal dalam misinya mengembalikan "kegemilangan" UMNO-BN sebelum 8 Mac 2008. 【Baca: PRU 13 awal atau lewat, Najib tetap didesak berundur?】

Seterusnya ..DI SINI

NGO Islam protes "Seksualiti Merdeka"

Posted: 04 Nov 2011 01:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam dan yang membela hak orang Melayu, Perkasa mengadakan demonstrasi di sini dan Shah Alam selepas solat Jumaat hari ini mengecam penganjuran program Seksualiti Merdeka.

Di pekarangan Masjid Negara di sini, sekitar 30 penunjuk perasaan, terdiri daripada pengikut Perkasa berhimpun dengan dipantau oleh 20 anggta polis.

Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris menggesa orang Melayu bersatu dan mengetepikan perbezaan politik mereka bagi menolak gejala homoseksual.

Dalam ucapannya, Irwan mengecam Majlis Peguam kerana menyokong program Seksualiti Merdeka.

Beliau berkata peguam-peguam tidak layak untuk dipanggil sebagai peguam jika memberi sokongan kepada program Seksualiti Malaysia.

Satu memorandum yang ditandatangani oleh Presiden Perkasa diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Memo itu antara lain berbunyi, "kami percaya bahawa apa yang dipromosikan oleh festival (Seksualiti Merdeka) dengan jelas bercanggah dengan ajaran dan tuntutan Islam."

Katanya program itu telah menghina kesucian Islam.

Di Shah Alam, sekumpulan 80 penunjuk perasaan berhimpun di luar Masjid Negeri sambil membuat tuntutan yang sama.

Sambil melaungkan "Allahuakbar", penunjuk perasaan membawa sepanduk warna hijau dengan mesej "Jangan berselindung atas nama hak asasi. Hormati hak kami sebagai Muslim di Malaysia" dan "Suhakam, jangan jadi alat musuh anti-Islam." - TMI

JAWI siasat "Seksualiti Merdeka"

Posted: 04 Nov 2011 12:57 AM PDT

Abdul Rahim Sabri
3:46PM Nov 4, 2011

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat penyertaan umat Islam dalam program "Seksualiti Merdeka" bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya akan mengkajinya berdasarkan seksyen 25 (kesalahan liwat), seksyen 26 (musahaqah atau lesbian) dan seksyen 35 (menggalakkan maksiat).

Siasatan itu dibuat ekoran memorandum yang diserahkannya oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA selepas perhimpunan di Masjid Negara awal petang tadi

Nazri Aziz, jangan perlekeh keputusan Mahkamah Rayuan

Posted: 04 Nov 2011 12:43 AM PDT

Kenyataan Media - Angkatan Muda KeADILan (AMK)

3 November 2011

Nazri Aziz, Jangan Memperlekehkan Keputusan Mahkamah Rayuan

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berasa amat kecewa dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menegaskan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih kekal dan terus digunakan dalam universiti.

Beliau bukan sahaja tidak hormat keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan bahawa AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, malah bermain dengan terminologi undang-undang di mana keputusan Mahkamah Rayuan hanya satu pandangan institusi kehakiman sahaja. Kenyataan beliau jelas menunjukkan bahawa pengasingan kuasa eksekutif dan kuasa kehakiman di Malaysia telah sekali lagi dihakis oleh kerajaan.

Banyak pihak menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana telah lama dicengkam oleh undang-undang yang zalim tersebut. Pemuda BN termasuk MCA dan Gerakan juga tampil ke depan untuk mengucap tahniah kepada mahasiswa serta badan kehakiman yang adil berwibawa.

Namun demikian, suasana yang gembira tersebut hanya berlangsung sekejap sahaja. Kenyataan Nazri Aziz seolah-olah menampal muka Pemuda BN yang beria-ria ingin menuntut kredit atas keputusan Mahkamah Rayuan ke atas AUKU. Malah ia juga memperingatkan persatuan pelajar, masyarakat sivil serta parti pembangkang bahawa usaha mansuhkan undang-undang zalim masih sukar dan penuh dengan rintangan yang kuat.

AUKU bukan sekadar undang-undang yang ketinggalan zaman, malah terbukti diguna sebagai alat pemerintahan untuk campur tangan politk dalam kampus. AUKU bertentangan dengan prinsip demokrasi kampus serta autonomi mahasiswa. Ramai mahasiswa telah menjadi mangsa kepada AUKU sejak ia dilulus oleh parlimen pada 1971.

AMK menyeru kerajaan supaya menghormati hasrat rakyat untuk memulakan mekanisme untuk mansuhkan AUKU di parlimen dengan segera. Kerajaan perlu akur bahawa prestasi akademik di Malaysia yang kian merosot adalah disebabkan kewujudan AUKU yang menyekat kebebasan akademik.

Oleh itu, AMK berharap Pemuda BN jangan asyik sibuk dengan sandiwara untuk mengaut publisiti politik murahan. Pemuda BN yang sebahagian daripada parti pemerintah perlu membantah kenyataan Nazri Aziz dengan sekeras-kerasnya serta memastikan Peguam Negara tidak membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia (AMK

Kes saman bapa Altantuya terhadap kerajaan Malaysia akan dibawa ke ICC

Posted: 03 Nov 2011 11:07 PM PDT

Keadilan Daily

Pengurusan kes saman bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibu terhadap kerajaan Malaysia perlu dipercepatkan kerana ia akan menjadi lebih buruk jika kes itu dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, tidak mustahil keluarga mendiang berbuat demikian, sekiranya kes saman yang mereka failkan di negara ini masih tertangguh.

"Kita tidak akan dapat menghalang (bapa Altantuya) untuk mendapatkan keadilan kerana mereka boleh pergi ke mana-mana sahaja.

"Bukan sahaja ke Paris, malah mereka juga boleh pergi ke mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk mencapai keadilan," katanya yang merujuk kes Scorpene yang difailkan di mahkamah tinggi Perancis.
Menurut Yusmadi, kes pembunuhan ALtantuya bukan kes biasa kerana ia melibatkan dua aspek penting iaitu sistem keadilan jenayah dan dasar luar negara.

"Sehingga kini.. tidak ada satu kenyataan maaf yang dibuat oleh kerajaan malaysia, kerana yang terlibat secara faktanya adalah pegawai penjawat awam yang beruniform,"

"(Jelas) kes ini dapat layanan yang berbeza, bersifat diskriminasi malah dari segi aspek pengendalian kes, kita lihat ia tidak dapat layanan yang sewajarnya," kata Yusmadi.

Pada Jun 2007, bapa Altantuya, Setev Shaariibu memfailkan saman ke atas Kerajaan Malaysia dan tiga tertuduh yang didakwa dalam kes pembunuhan itu, bagi mendapatkan ganti rugi RM100 juta.

Writ saman berkenaan difailkan melalui firma Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Sivil.

Empat anggota keluarga terdekat mangsa, termasuk dua anak kecilnya, dinamakan sebagai plaintif.

Mereka menamakan Cif Insp Azilah Hadri, Kpl Sirul Azhar Umar, Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan

~penarik beca

~penarik beca


Bila puak melantak babi nak berlakon jadi hero Islam (2)

Posted: 04 Nov 2011 05:31 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Perjuangan Umno sangat sesat

Posted: 04 Nov 2011 07:57 PM PDT


 Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.Read More / Baca Lagi >>

Kantoi : Ahli Parlimen BN Di Tuduh Terima Rasuah Setengah Juta

Posted: 04 Nov 2011 07:56 PM PDT

Tidak siapa menyangka Ahli Parlimen Silam yang menggelarkan dirinya sebagai 'Duta Keamanan PBB' yang kini berstatus 'DR' Haji Salleh Kalbi didakwa telah menerima rasuah RM500,000, tidak termasuk sebuah kereta Honda Accord daripada kontraktor IGM Enterprise sebagai imbalan kerana berjanji untuk melobi tiga projek jalan raya di parlimen Silam.

"Fang Choi Ming ada menghubungi saya mengadu bahawa Salleh enggan mengembalikan kereta Honda Accord yang digunakan isterinya dan wang RM500,000 yang telah diambilnya kerana bimbang Salleh akan mengganggu perniagaan beliau dan meminta saya melaporkan isu ini kepada SPRM," kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Citra Masadi yang juga seorang kontraktor dan pernah diganggu Salleh kerana enggan memberikan rasuah. Read More / Baca Lagi >>

MB tiada kuasa rombak MAS Kg Baru, kata Nong Chik...makin terbongkar bila MAS nak dirombak...takut pecah lubang..!!!!

Posted: 04 Nov 2011 07:48 PM PDT

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Menteri Besar Selangor tidak punya kuasa merombak kepimpinan tertinggi Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baharu.

Katanya, MAS tidak berada dalam bidang kuasa kerajaan Selangor kerana pengerusinya sekarang adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur dan kuasa merombak keanggotaan lembaga tersebut terletak di bawah kerajaan Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana UNDI : PAGE hargai langkah Putrajaya tapi mungkin terus tuntut kekalkan PPSMI

Posted: 04 Nov 2011 07:46 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pertubuhan bukan kerajaan PAGE mungki meneruskan usahanya mendesak kerajaan agar mengekalkan penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah meskipun amat menghargai langkah terbaru Putrajaya membenarkan pelajar semasa menghabiskan persekolahan hingga peringkat Tingkatan Lima di bawah dasar itu.
Noor Azimah, kiri
Pengerusinya Datin Noor Azimah Abdul Rahim memberitahu The Malaysian Insider, beliau agar terkejut dengan pengumuman dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, tetapi mengakui keputusan itu tidak memenuhi keseluruhan tuntutan mereka. "Kami dalam situasi yang sukar sekarang. Kami sangat menghargai apa yang telah dipersetujui kerajaan dan kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih.
Read More / Baca Lagi >>

RoS lulus Amanah, Ku Li umum pelan agenda minggu depan..cepat lulus Pakatan 2 tahun tak siap lagi..???

Posted: 04 Nov 2011 07:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), pertubuhan diketuai veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah yang dilancarkan empat bulan lalu, telah menerima kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan memutuskan untuk menggerakkan secara aktif agenda perjuangannya.
Susulan mesyuarat formal majlis eksekutif Amanah Isnin lalu sejak memperoleh kelulusan RoS, Tengku Razaeligh dijangka mengumumkan pelan isu-isu fokus pertubuhan itu awal minggu depan, selepas sambutan Aidiladha.
"Pada mesyuarat pertama majlis (Isnin lalu) kami telah menyenaraikan isu-isu yang akan menjadi fokus buat masa sekarang dan isu-isu yang akan dibawa kemudian," kata Naib Presiden Amanah, Wan Saiful Wan Jan, ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

'Deadly clashes' continue in Syria

Posted: 04 Nov 2011 09:37 AM PDT

New aid flotilla nears Hamas-ruled Gaza

Posted: 04 Nov 2011 09:33 AM PDT

Referendum dead as Greece PM faces crucial vote

Posted: 04 Nov 2011 09:32 AM PDT

Israel intercepts Gaza-bound aid flotilla

Posted: 04 Nov 2011 09:32 AM PDT

Kalau tiada bantahan, BN biarkan Seksualiti Merdeka?

Posted: 04 Nov 2011 09:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah polis tidak mengharamkan program Seksualiti Merdeka jika tidak dibantah dan dikecam pelbagai pihak.

"Walaupun tindakan polis disambut baik, tetapi nampak sangat polis hanya bertindak apabila program tersebut dibantah dan dikecam pelbagai pihak dalam negara ini.

"Kalau tidak ada bantahan dan kecaman, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berdiam diri sahaja?" kata beliau sambil membangkitkan program Seksualiti Merdeka telah diadakan sejak 2008 lagi tanpa sebarang tindakan pengharaman oleh kerajaan.

Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak ada keupayaan untuk memikirkan buruk dan baik.

"Kerajaan tidak tahu mana satu yang buruk dan mana satu yang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin patut bertanggungjawab pada siswazah

Posted: 04 Nov 2011 09:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap masalah siswazah yang tidak dibuka peluang pekerjaan untuk mereka, kata Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

"Semua pihak tahu masalah kekurangan guru masih tidak diatasi dan tindakan Muhyiddin menyuruh siswazah-siswazah yang dilatih dalam bidang perguruan mancari kerja lain mendedahkan Muhyiddin kepada tuduhan tidak bertanggungjawab," kata beliau.

Kelmarin, hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi berikutan kenyataan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".
Read More / Baca Lagi >>

DUN Pulau Pinang lulus usul gesa Putrajaya tidak rayu kes AUKU

Posted: 04 Nov 2011 09:28 AM PDT

GEORGE TOWN, 4 Nov ― Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang ditangguhkan setelah meluluskan dua usul ― berkaitan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan dakwaan menyentuh anak Ketua Menteri.
Usul itu ialah berkaitan cadangan yang dikemukakan Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman bagi menyambut baik ketetapan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5)(a) AUKU bercanggah dengan perlembagaan negara.
Beliau juga mahu DUN mendesak kerajaan persekutuan supaya tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu, lapor Bernama Online.
Read More / Baca Lagi >>

Ijtimak Tarbawi 2011 : Tafsir As-Soff Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi...

Posted: 04 Nov 2011 09:23 AM PDT

Ijtimak Tarbawi 2011 : Tafsir As-Soff Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi...

Posted: 04 Nov 2011 09:23 AM PDT

Bicara Asia Barat - Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang

Posted: 04 Nov 2011 09:22 AM PDT

Lensa : Mekah - 4-11-2011

Posted: 04 Nov 2011 08:02 AM PDT

Muslim pilgrims attend Friday prayers at the Grand mosque in Mecca November 4, 2011.
Muslim pilgrims attend Friday prayers at the Grand mosque in Mecca November 4, 2011.
Muslim pilgrims attend Friday prayers at the Grand mosque in Mecca November 4, 2011.
Muslim pilgrims attend Friday prayers at the Grand mosque in Mecca November 4, 2011.
Tens of thousands of Muslim pilgrims pray inside the Grand Mosque, in Mecca, Saudi Arabia, Friday, Nov. 4, 2011. The annual Islamic pilgrimage draws three million visitors each year, making it the largest yearly gathering of people in the world. The Hajj will begin on November 5.
Tens of thousands of Muslim pilgrims pray inside the Grand Mosque, in Mecca, Saudi Arabia, Friday, Nov. 4, 2011. The annual Islamic pilgrimage draws three million visitors each year, making it the largest yearly gathering of people in the world. The Hajj will begin on November 5.
Read More / Baca Lagi >>

Merantai siswa dalam kebebasan

Posted: 04 Nov 2011 07:55 AM PDT

Loyar Muda
Perkembangan isu Akta Universiti dan Kolej sudah memasuki fasa yang menuntut lebih daripada sekadar demonstrasi dan kata-kata. Ia sudah melalui zaman kegelapan; tempoh kesengsaraan minda siswa-siswi yang digertak dengan ketakutan apakah setiap perbuatan dan tutur kata mereka akan dijadikan alasan mereka disingkirkan daripada meneruskan pengajian di menara gading.Pindaan yang dilaksanakan masih belum mencukupi. Alhasil, isu ini telah memasuki fasa seterusnya yakni melalui lunas perundangan. Dalam fasa ini hanya hakim dan golongan profesion perundangan sahaja yang mengerti sementara rakyat biasa akan membentuk pandangan mereka hanya melalui media massa dan elektronik.
Maka adalah menjadi satu tanggungjawab kepada saya untuk mengulas kes yang lebih dikenali dengan UKM4 ini dalam bahasa yang lebih mudah dan boleh difahami tanpa perlu menggunakan ayat-ayat yang memeningkan dan menyumbat fikiran untuk mengerti maksud ayat tersebut.
Maka adalah lebih baik kita mulakan perjalanan dengan meneliti keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 29 Oktober 2010 yang telah diputuskan oleh Yang Arif Aziah Ali.
Read More / Baca Lagi >>

Ultimatum from the Rakyat to Barisan Nasional: Call Snap Polls before Electoral Reforms and be prepared to face the consequences

Posted: 04 Nov 2011 07:52 AM PDT


The latest information, from reliable insider sources, is that, upon his return to Malaysia on 6th November, 2011, Najib will, on 11th November, 2011, seek and obtain His Majesty's consent to the dissolution of Parliament whereafter, the Election Commission will fix 1st December, 2011 as the date for nomination of candidates and 10th December, 2011 as polling day.
The world has, in recent times, witnessed People Power triumph over dictatorships in several nations.
Read More / Baca Lagi >>

Ke Mana Perginya Peruntukkan Berbillion Ringgit Untuk Penduduk Luar Bandar?

Posted: 04 Nov 2011 07:47 AM PDT

Oleh PAS Miri

Tiang Letrik Ada Tapi Jalan Entah Ke mana?


MIRI - Kampong Usaha Jaya Tukau Tengah, Sungai Beluboh berada di pinggir bandar Miri masih lagi memerlu kemudahan asas seperti bekalan air bersih, letrik dan juga jalan raya yang berturap. Kita sudah nampak tiang tiang letrik terpacak seperti galah di sepanjang jalan masuk ke kampung tersebut tapi sehingga kini belum ada sebuah rumah orang kampong pun yang menetap disitu diterangi oleh lampu neon.

Kita ada mendengar keluhan dari segelintir penduduk kampong tersebut yang mereka sudah pun menandatangani perjanjian dengan pembekal eletrik (SESCO) Miri untuk menyambung eletrik ke rumah mereka beberapa bulan yang lalu namun sehingga kini belum pun ada pihak SESCO yang datang untuk memasang meter ke rumah mereka.

Read More / Baca Lagi >>

AUKU dan kebebasan siswa: Kita perlu maju ke depan

Posted: 04 Nov 2011 07:45 AM PDT

Abdul Muiz Azmi

4 NOV — Semenjak kewujudan YouTube, saya banyak melihat video-video menarik sama ada dalam negara atau luar negara yang mana kadang-kala video tersebut tidak disiarkan di dalam televsyen tempatan. Suatu ketika, ketika saya mendengar berita bahawa United Kingdom telah menubuhkan parlimen belia (UK Youth Parliament) maka saya cuba mencari rakaman sidang perbahasan dalam YouTube. Ternyata memang sudah wujud parlimen belia UK. Mungkin disebabkan itu jugalah pimpinan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula berhasrat menubuhkan Parlimen belia.
Di dalam perbahasan parlimen belia United Kingdom yang saya tonton, mereka berani membahaskan isu-isu negara seperti yuran pengajian, pendidikan seks di sekolah, cukai dan sebagainya. Mereka berani mengkritik dasar-dasar kerajaan. Di sini menunjukkan negara-negara Barat sudah memberikan ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk terlibat dalam proses membuat dasar serta demokrasi yang progresif. Universiti-universiti di sana juga bebas untuk menjemput mana-mana ahli politik dari parti mana sekalipun untuk berkempen dan berucap dalam kampus. Hal ini sesuatu yang berbeda dengan suasana di universiti di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Today in History for November 4th

Posted: 04 Nov 2011 07:35 AM PDT

MAHASISWA dan AUKU.. Apa kesudahannya?

Posted: 04 Nov 2011 05:56 AM PDT

Pemuda Mati Ditembak Polis PR Perak Mahu Siasatan Lanjut.

Posted: 04 Nov 2011 05:55 AM PDT

Speaker Selangor Prestasi Adun Pakatan Makin Baik

Posted: 04 Nov 2011 05:54 AM PDT

DAP: More time needed to verify 'dubious' voters

Posted: 04 Nov 2011 05:52 AM PDT