Ahad, 30 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PEGAWAI-PEGAWAI FAM TERMASUK PRESIDEN FAM DISERU LETAK JAWATAN

Posted: 30 Oct 2011 08:00 PM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS


SIAPA juara Piala Malaysia sudah terjawab. Negeri Sembilan muncul Juara dan Terengganu juga boleh berbangga kerana melangkah ke Final. Sejarah Final kali ini bukan kerana Negeri Sembilan Juara atau Terengganu melangkah ke Final, tetapi sejarah tercipta apabila FAM mula menunjukkan lagaknya.



Kain rentang untuk orang ramai tanda tangan membantah keputusan FAM

Jika dahulu peminat amat marah jika kehabisan tiket, tetapi kali ini mereka mengamuk bukan kerana tiada tiket, tetapi tiket dijual teramat mahal. Kemarahan mereka sehinggakan laman web FAM digodam dan dimaki sehari sebelum perlawanan akhir. Diberitakan juga wisma FAM disimbah cat merah. Mengapa mereka marah sangat kepada FAM?



Laman web FAM digodam dan dimaki...logonya ditukar dengan logo yang memalukan...

Pertama, FAM telah menaikkan harga dengan menetapkan harga tiket RM50 bagi semua tempat duduk. Harga yang dikenakan itu amat tidak munasabah dengan perlawanan yang mahu dipertontonkan apatah lagi dengan keadaan stadium yang rendah kualitinya.

Kedua, FAM kononnya memberi alasan bahawa harga tiket itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu. Namun, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan selaku MB Negeri Sembilan menafikan bahawa Negeri Sembilan bersetuju dengan harga tiket yang ditetapkan oleh FAM itu. Ertinya, FAM menipu peminat bolasepak khususnya peminat bolasepak dari Negeri Sembilan.

Ketiga, Setiausaha Agung FAM seorang bekas pegawai tentera, Dato' Azzuddin di dalam memberikan respon terhadap bantahan peminat-peminat bolasepak itu dengan angkuhnya menyebut bahawa terpulang kepada peminat sendiri samada mahu boikot hadir ke stadium atau tidak, kerana Malaysia ini negara mengamalkan demokrasi. Suatu jawapan yang tidak bertanggungjawab kerana beliau lupa FAM pernah merayu agar orang ramai kembali memenuhi stadium untuk memartabatkan mutu bolasepak negara.

Keempat, apabila peminat mahu Presiden FAM campurtangan agar harga tiket ini tidak terlalu mahal, amat malang sekali Presiden FAM iaitu Sultan Pahang berkata jangan pedulikan harga tiket, apa yang penting penuhilah stadium.

Kuasa Menteri? Sahih Menteri tiada kuasa di dalam isu ini. Menteri yang menjaga hal ehwal sukan, shabery Cheek hanya mampu mengeluh sama juga seperti Rais Yatim yang mengeluh bila Astro menaikkan harga perkhidmatannya. Nampaknya FAM yang kawal Menteri, Astro juga mengawal Menteri.

Justeru itu, peminat bolasepak tiada pilihan. Mereka tetap hadir juga ke stadium walaupun dengan hati yang `terbakar' dengan gelagat sombong FAM. Mereka berdemontrasi di luar stadium malam itu, tetapi banner yang ingin dibawa masuk ke dalam stadium ditahan oleh pihak berkuasa.

Saya seru agar kita giatkan kempen agar kesemua pegawai FAM termasuk Presiden FAM supaya meletakkan jawatan. Malang sekali, ketika mutu bolasepak negara semakin meningkat, mereka pula mahu mengambil kesempatan dan tidak pernah memikirkan pengorbanan peminat-peminat yang selama ini banyak membantu meningkatkan mutu bolasepak negara hingga ke tahap ini./wfauzdin.blogspot.com

Foto: Ihsan Milosuam

TAHNIAH, RUSA TIDAK PATAH TANDUK, PENYU YANG MENANGIS...

Posted: 30 Oct 2011 08:20 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH, itu sahaja ucapan yang dapat saya berikan kepada Pasukan Bolasepak Negeri Sembilan yang telah muncul sebagai Juara Piala Malaysia malam tadi dengan menewaskan Terengganu di Stadium Shah Alam.

Dari awal saya menyatakan selaku anak Negeri Sembilan, sudah tentu saya menyokong pasukan negeri kelahiran saya namun hati kecil saya menganggap Terengganu mungkin menjadi Juara. Ini adalah kerana saya melihat perkembangan pasukan Pantai Timur tersebut di samping saya merasa bimbang dengan pasukan Negeri Sembilan yang boleh dikatakan pemain-pemain harapan pasukan tersebut dikatakan tidak begitu cergas akibat kecederaan sebelum ini.

Akhirnya malam tadi menjadi penentu di mana perkiraan saya silap dan Negeri Sembilan bermain dengan begitu baik dan bersemangat apatah lagi ketinggalan awal dengan 0-1. Bukan mudah untuk bangkit dengan 2 jaringan di dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja melainkan dengan memiliki kekuatan mental yang tinggi.

Syabas, Negeri sembilan.....

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Undang2 Semakin Bercelaru...Awas BN. Rakyat akan menghukum

Posted: 30 Oct 2011 05:41 AM PDT

Sah!! Saiful Bukhari Tidak Di Liwat?

Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian? Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman. Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho.

Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.

Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri. Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan.

Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim. Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T.

Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan. Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela.

Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut.

Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti.

Perhatikan dan rujuk laporan Audit Negara termasuk lapuran media, betapa kelam kabutnya Dana Rakyat di rembat dan tidak terurus dengan jujur.

Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya. Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat. Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti.


Udah, udahlah cerita pasal liwat II. Jadilah lelaki macho jika bertanding PRU13 nanti. Jangan harap nak menang kalau bertindak tidak seperti yang di cakap.

Salam Islah dan Salam Reformasi...!!!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dah Tempah oooo : Mari Melihat Kemewahan Hotel Ritz-Carlton Riyadh ....

Posted: 30 Oct 2011 09:46 PM PDT


Ritz Carlton baru sahaja membuka cawangan hotel pertama mereka di Riyadh. Ia mempunyai 495 bilik. 50 daripadanya ialah Suite Diraja dengan keluasan 425 meter persegi ( 4,574kaki persegi). Bilik biasa pula hanya sebesar 95 meter persegi. Setiap bilik mempunyai internet tanpa wayar, tv LED 32" dan pemain DVD. Hotel ini juga mempunyai dua dewan tarian sebenar 1970 meter persegi. Sebuah masjid dan hospital lengkap dengan bilik ICU juga turut berada didalam kompleks hotel seluas 52 ekar. Oh tahukah anda pokok palma berusia 600 tahun diimport dari Lebanon semata-mata untuk memnghiasa taman taman hotel ini? Crazy. Ritz Carlton Riyadh sudah beroperasi sejak 24 oktober yang lalu. Berapa harga tidur semalam? I don't know tapi kalau bilik nampak mewah macam ini sure orang kebanyakkan macam aku tak mampu!

Read More / Baca Lagi >>

WAJARKAH SULTAN MENGUGUT ?

Posted: 30 Oct 2011 09:42 PM PDT

Beta akan letak jawatan jika siswa-siswi berdemo,…
Mudahnya rakyat untuk menjadi derhaka!

Seandainya siswa-siswi Universiti Tun Hussein Onn buat tak kisah atau tak ambil peduli titah Sultan Johor ini adakah mereka akan di cop dan dihukum sebagai penderhaka? 

Sultan mungkin tak kata apa-apa,.. tetapi pengampu-pengampu tegar Umno pasti akan berkata  pelajar-pelajar tersebut adalah  penderhaka kerana engkar perintah sultan ! dan mereka mesti meminta ampun!
Di bawah ini sebahagian titah Sultan Johor  petikan dari laporan Malaysiakini,..
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan penuntut dan graduan agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.
Read More / Baca Lagi >>

SURAT BERPELURU TERSALAH ALAMAT !?

Posted: 30 Oct 2011 09:41 PM PDT

Gertakan atau ancaman? Bukan Profesor Aziz Bari yang patut terima!     Siapa pengirim?  Ramai dah kenal !!              

Tidak salah rasanya bila Profesor Aziz Bari bercakap sesuatu yang di dalam bidangnya iaitu – perlembagaan, agama Islam dan bidang kuasa raja-raja Melayu. Tidak ada satu ayat pun dalam kenyataan Aziz Bari yang bersifat kurang ajar!  Kecuali si pendengarnya pekak tuli atau tak pernah bersekolah

Tak ada angin, tak ada ribut, tak ada taufan - beberapa kerat hero Melayu yang berselindung disebalik ketiak raja tiba-tiba buat kecoh!  buat gempar di media. Tak pasal-pasal Aziz dituduh menderhaka kepada sultan Selangor 

Akhirnya setelah beberapa hari isu ini dipanaskan,  semalam Aziz menerima surat berisi peluru dan sekeping  nota yang berbunyi,.. "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".
Wah ! garang dan samseng benar bunyinya!  Spesis-spesis yang bersifat samseng ni, selalunya tak adalah orang lain!   Kita pun tahu siapa dia.
Read More / Baca Lagi >>

Lynas delays rare earth output from Pahang plant to 2012

Posted: 30 Oct 2011 09:37 PM PDT


File photo of site of the Lynas plant in Gebeng, Pahang.
KUALA LUMPUR, Oct 31 — Lynas Corp has been forced to delay its rare earth production at its controversial plant in Pahang to 2012, according to Australia's national news agency. Australian Associated Press (AAP) reported today the Sydney-based miner was being set back by final procurement packages tied to its construction and contractor delays that meant the refinery will only come on line during the first half of 2012.
Read More / Baca Lagi >>

NGO Islam gesa Pahang halang konsert 'gay'

Posted: 30 Oct 2011 09:31 PM PDT

NONENGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Pahang menuntut kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap bantahan pelbagai pihak terhadap konsert rock Elton John di Genting Highlands bulan depan.

Yang Dipertuanya Rushdan Abdul Halim berkata, konsert itu akan memberi kesan kepada sosiobudaya masyarakat setempat, terutama remaja Melayu Muslim.

"Seseorang yang telah menjadi ikon kepada golongan gay atau homoseksual yang sememangnya bertentangan dengan Islam dan nilai murni masyarakat bertamadun tidak harus dibenarkan untuk membuat pertunjukan konsert di negara ini kerana ia akan menjadi ikutan atau idola kepada remaja yang kini dilaporkan menghadapi krisis kecelaruan identiti yang membimbangkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kes UKM : AUKU tidak berperlembagaan

Posted: 30 Oct 2011 09:29 PM PDT

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti ini diperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat.

Kaji semula Akta Tentera 1972

Posted: 30 Oct 2011 09:22 PM PDT

Akta ini tidak adil kepada anggota tentera kerana bersifat zalim. Akta ini tidak melibatkan pegawai tertinggi.
KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) hari ini menggesa dan mencabar kerajaan untuk meminda dan mengkaji Akta Tentera 1972, yang disifatkan sebagai menzalimi anggota tentera peringkat bawahan.
Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan mendakwa, Kementerian Pertahanan perlu mengkaji serta membuat pindaan terhadap akta tersebut memandangkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
"Akta ini tidak adil kepada anggota tentera kerana bersifat zalim. Akta ini tidak melibatkan pegawai tertinggi," dakwanya kepada Sidang Media selepas Perasmian Majlis Konvokesyen PASTI Kawasan Kota Kinabalu Kali Ke-21 di Dewan Sa'adah, Wisma MUIS disini pagi tadi.
Read More / Baca Lagi >>

Umno guna isu seks sesama sendiri?

Posted: 30 Oct 2011 09:21 PM PDT

Pendedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno.
PETALING JAYA: Peperangan skandal seks dalam Umno demi menjatuhkan lawan dianggap semakin berleluasa apabila seorang janda membuat pendedahan berani yang dikatakan melibatkan seorang Ketua Bahagian Umno di Kelantan baru-baru ini. Rakaman VCD pengakuan tersebut yang telah mula tersebar di Kelantan itu dikatakan dibuat oleh pihak di dalam Umno sendiri berikutan pihak yang melakukan temuramah tersebut dikenal pasti merupakan ahli Umno.
Demikian menurut penulis politik terkenal yang merupakan Ketua Pengarang akhbar Siasah, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, Merah Tinta MSO baru-baru ini setelah menonton VCD pengakuan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Biar Kelantan jadi model

Posted: 30 Oct 2011 09:19 PM PDT

"Jangan kita biarkan orang berfikir bahawa hudud itu semata-mata potong tangan sahaja," kata Aziz Bari.
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Kelantan harus membuat persiapan dengan teliti agar pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu boleh dijadikan model kepada negeri-negeri lain di negara ini. Ketika membuat saranan ini, pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Kelantan harus membuktikan kepada negeri- negeri lain bahawa undang-undang hudud itu adalah praktikal, adil dan sesuai pada setiap masa dan suasana.
"Biar Kelantan laksanakan hudud dan lihat negeri itu sebagai contoh. Jangan kita biarkan orang berfikir bahawa hudud itu semata-mata potong tangan sahaja," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu kepada FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Don’t toy with Umno, LDP warned

Posted: 30 Oct 2011 09:18 PM PDT

LDP leaders deliberately turning a deaf ear to all the assistance given to them by Umno Sabah, says Sabah Puteri Umno.
KOTA KINABALU: Criticising Sabah Chief Minister Musa Aman is as good as criticising Umno and the Barisan Nasional (BN) as a whole, Puteri Umno Sabah said yesterday.
Sabah Umno Puteri chief Musliati Moslimin said its BN ally, the Liberal Democratic Party (LDP), was behaving like an opposition, making its existence in the ruling coalition unjustifiable.
She said LDP was behaving as if the party no longer subscribed to the BN's spirit of camaraderie and did not have the sense of belonging in the coalition.
She said no one had a right to openly demand for the resignation of the chief minister.
Read More / Baca Lagi >>

JPA arah urusan rasmi agensi awam guna penuh Bahasa Kebangsaan

Posted: 30 Oct 2011 09:16 PM PDT


KUALA LUMPUR, 31 Okt — Semua dokumen perjanjian dalam negeri melibatkan agensi-agensi kerajaan dikehendaki menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya — selari dengan keputusan Kabinet memartabatkan Bahasa Kebangsaan dalam urusan awam negara ini mulai sekarang.
Perkara itu, sebahagian daripada 10 urusan rasmi kerajaan, ditekankan dalam pekeliling terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akhir minggu lalu.
Bagaimanapun pekeliling itu tidak menyebut tindakan yang akan diambil JPA jika peraturan baru ini dilanggar.
"Semua dokumen perjanjian dalam negara oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan sepenuhnya. Dokumen tambahan atau lampiran, sekiranya ada, boleh disediakan dalam Bahasa Inggeris," kata pekeliling itu yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Read More / Baca Lagi >>

English not a magic bullet and you are not the Queen-Mother

Posted: 30 Oct 2011 09:13 PM PDT

English not a magic bullet and you are not the Queen-MotherBefore anything, let me clearly state that I am not pro-Bahasa Melayu or even pro-English. I am pro-Quality.
It is sad to read the labels put on me from my previous 3 articles, from the type that can make a lady blush to those who tried to psycho-analyze me. But somehow I have stirred the people into discussion, so that is one reason to smile.
A few arguments have caught my eyes. Do allow me to put down my 2 cents worth of view here:
(1) - English, or more precisely the usage of English as the medium of instruction replacing Bahasa Melayu, is not a magic bullet that will solve the problem of our rotten education system. Let us be clear on that. I have had comments arguing the state of our teachers, the syllabus, the methodology - all in common agreement of the rotten state but it baffles me that these people would think that upon returning English as medium of instruction, all the problems will vanish and we'll live happily ever after.
Read More / Baca Lagi >>

Penjajahan Umno di Sabah (1)

Posted: 30 Oct 2011 09:11 PM PDT

Oleh; MSK
Hari ini 31hb October dan aku memilih hari ini untuk mula bercakap tentang Sabah dan Sarawak. Pasai apa?
Dalam minggu ini, satu keputusan politik yang penting akan berlaku di Sabah dan Sarawak. Hari ini, 31 Oktober adalah hari terakhir bagi pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak untuk berbincang dikalangan pemimpin parti masing-masing, dan mulai esok, satu keputusan perlu diambil. Sama ada mahu terus dengan BN atau bersatu menentang BN.
Read More / Baca Lagi >>

AWER: 30 hari lagi untuk muktamadkan rundingan semula PPA

Posted: 30 Oct 2011 09:09 PM PDT

Rundingan semula PPA masih berlarutan tanpa kesudahan disebabkan jalan buntu di antara permintaan kerajaan, Penjana Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad.  Adakah penyelesaian berpaksikan rakyat (people centric) dapat dimeterai seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri?  Adakah IPP akan terus mencabar janji Perdana Menteri?

Dalam sektor tenaga elektrik, kerajaan dan perunding yang dilantik terlalu risau bagaimana peniaga (IPP) akan terjejas disebabkan rundingan semula.  Sebenarnya, IPP generasi pertama telahpun mendapat balik pulangan pelaburan mereka pada kadar kurang daripada 10 tahun.  Sekarang, kerajaan dan perunding yang dilantik sepatutnya lebih risau tentang jumlah pelaburan lain yang kita akan hilang jika IPP masih dilindungi dan kadar tarif masa depan kekal tidak kompetitif.  Seorang peniaga tahu bagaimana untuk berniaga; rundingan semula adalah sebahagian daripada perniagaan.  Ia menjadikan peniaga kompeten dan beretika.
Read More / Baca Lagi >>

Hak Asasi manusia ancam kerajaan?

Posted: 30 Oct 2011 09:08 PM PDT

Kalau tidak disebabkan perjuangan hak asasi dan misi kemanusiaan, tidak perlulah susah-susah kerajaan Malaysia menghantar misi bantuan ke Palestin.  Begitu juga dengan misi kemanusiaan kelab Putera 1Malaysia sehingga menyebabkan terkorbannya jurukamera Bernama, almarhum Noramfaizul semasa di Somalia.

Kita imbau kembali detik bersejarah 1 Mei 1886, bagaimana atas semangat memperjuangkan hak asasi telah mencetuskan Revolusi Perindustrian.  Ketika itu, seluruh kesatuan-kesatuan pekerja dari Amerika dan Eropah telah berkempen menuntut hak mereka bagi mengurangkan masa bekerja dari 16 jam kepada 8 jam sehari dan segala jenis penindasan oleh majikan.

Ternyata perjuangan hak asasi merupakan perjuangan yang tulus dan murni.  Ia sejajar dengan perisytiharan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948 yang dikenali sebagai Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Read More / Baca Lagi >>

Walaupun Terima Peluru, Aziz Bari memperhebatkan sebaran ideanya

Posted: 30 Oct 2011 08:39 PM PDT


KUALA LUMPUR 30 OKT : Meskipun berdepan ancaman ugutan, sokongan terhadap Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sedikitpun tidak terjejas. Sebaliknya penyokong beliau bertindak menubuhkan Saketeriat Professor Aziz Bari.Penubuhan Saketeriat yang mendapat persetujuan Aziz sendiri dianggotai oleh individu dari pelbagai bidang. Antaranya tokoh akademik dan usahawan dari bidang Pengurusan Sumber Manusia, peguam dan pensyarah dalam bidang perundangan, ekonomi serta kemanusiaan dan sukarelawan.

Read More / Baca Lagi >>

Selfish Muhyiddin has made the biggest blunder for Malaysia

Posted: 30 Oct 2011 08:38 PM PDT

Selfish Muhyiddin has made the biggest blunder for MalaysiaParents are too eager to have their children educated in English, and if given the choice and opportunity they would readily choose countries where English is used to teach such as, the United Kingdom, United States, Canada, Australia, New Zealand or Singapore. There are many other countries where education is in English, such as India, Pakistan, Bangladesh, the Philippines, South Africa and many other former British colonies.
Why English when the native language of the people is perceived as not English? Linguistically this depends on the definition of the lexis "native." There are many countries in the world where the mother tongue may be one thing but the language of education could be English. Three cases that come readily to our mind are Singapore, India and Pakistan.
Read More / Baca Lagi >>

Murtad: Ingat pesan Umar al-Khattab

Posted: 30 Oct 2011 08:33 PM PDT

Oleh MAT ZAIN MAT ISA
PERBINCANGAN mengenai gejala kemurtadan umat Islam di negara ini tidak pernah berkesuhttp://2.bp.blogspot.com/-dCbduPdkdjQ/TnfSBBcgMII/AAAAAAAAAfI/CC0MUcAWZ-Q/s400/murtad.jpgdahan.Walaupun aktiviti memesongkan kepercayaan penganut Islam dikesan berlaku sejak sekian lama dan siri perbahasan mengenainya diadakan berulangkali, ia tidak pernah ada penyelesaian muktamad.
Isu itu sekadar timbul dan memuncak seketika, sebelum tenggelam tanpa disertakan langkah atau keputusan konkrit mengelakkan gejala itu berterusan.

Baru-baru ini isu murtad dijulang kembali. Ia terlonjak ekoran pemeriksaan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke sebuah premis di Petaling Jaya, 3 Ogos lalu. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan agama Kristian dikatakan menyewa premis berkenaan untuk majlis makan malam.
Read More / Baca Lagi >>

Serangan pemikiran Barat terhadap Islam

Posted: 30 Oct 2011 08:32 PM PDT

http://pembinaperlis.files.wordpress.com/2009/10/brain-attack-image.jpg?w=283ISLAM dan umatnya menjadi sasaran bukan perkara baru, ia sudah berlangsung sejak beriburibu tahun lalu, boleh dikatakan sejak penentangan iblis terhadap Nabi Adam a.s. yang merupakan manusia pertama menghuni syurga, perancangan iblis cukup licik hingga berjaya melakukan sesuatu hingga Adam tersingkir daripada syurga untuk menetap di bumi.

Mungkin itu satu konspirasi yang dirancang khusus oleh iblis, namun pada masa yang sama juga ia dirancang oleh Allah SWT agar Adam menetap di bumi agar anak keturunannya menjalani kehidupan, sama ada ala gaya Adam a.s. ataupun ala iblis yang sentiasa merancang untuk melakukan kerosakan di muka bumi ini, mana-mana yang baik akan dijanjikan dengan syurga sementara yang jahat akan menghuni neraka Allah SWT.
Read More / Baca Lagi >>

Dakwah perlu bantuan semua masyarakat

Posted: 30 Oct 2011 08:30 PM PDT

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
DAKWAH biasanya bererti mengajak kepada Islam. Bahasa Arab dakwah bermakna secara harfihttp://foto.uii.ac.id/wp-content/uploads/2011/05/2011.02.22.-Pelatihan-dakwah-islamiyah-3.jpgah menyeru atau mengajak, dijadikan(participle) aktif suatu kata kerja dengan pelbagai makna seperti memanggil, menjemput.
Seorang Muslim yang menjalankan tugas dakwah, sama ada dia seorang ahli agama atau dalam suatu usaha masyarakat sukarelawan, digelar sebagai da'i, jamaknya adalah du'at.

Seorang da'i menjemput orang untuk memahami Islam melalui proses dialog, dan dapat dikategorikan dalam sesetengah kes sebagai muballigh (penyampai ajaran agama Islam).Read More / Baca Lagi >>

Noh Omar elok letak jawatan sebagai Menteri Pertanian

Posted: 30 Oct 2011 08:29 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya
JELAPANG Padi Kedah dihangatkan dengan isu kekurangan padi benih untuk musim pehttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjg2ihKetMJzR0Z7cCsRWqUoFLfmUnSPwd6oal_Qlock89jxVWS24LL9tZ5AVxFKRnQ1W3DgpOpNr1fEMJQEtCSFOhqRDua5PFN7XTEHK9AyGORgox8OPzu1KlTqSRn4mtqJOf15ztJ2PY/s400/NohOmar_sun.jpgnanaman kali ini.Banyak kawasan sawah yang sudah siap diratakan tetapi tidak dapat ditabur benih. Banyak juga kawasan sawah yang belum bermula pun proses pembersihan tanah untuk persediaan menabur benih disebabkan musim hujan yang berlarutan. 

Jika semuanya bersedia maka masalah bekalan padi benih akan lebih meruncing. Puncanya pembekal padi benih tidak dapat menyediakan bekalan yang mencukupi.
Tetapi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Johari Baharom menafikannya. Menurut beliau bekalan padi benih mencukupi, lalu memberikan fakta kemampuan pihak pembekal bagi meyakinkan para petani.
Read More / Baca Lagi >>

Baucer RM200 bantu murid?

Posted: 30 Oct 2011 08:28 PM PDT

Oleh H FANSURI
BELANJAWAN 2012 (ataupun dalam ungkapan Inggerisnya Bajet 2012) itu tidak bersifat rohaniah. Pemberian duit atau pun memberi baucer buku sejumlah RM200 kepahttp://www.teenageyouth.com/wp-content/themes/newsworld/thumbopen.php?src=http%3A%2F%2Fwww.teenageyouth.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2011%2F10%2Fbaucer.jpg&w=190&h=130&zc=1&a=t&q=100da pelajar, bukan sesulit mengasuh mereka agar menghormati ilmu. Apa lagi, kerajaan persekutuan memiliki dana yang dipungut daripada wang percukaian rakyat.
Jadi, untuk mengeluarkan baucer sebanyak RM200 itu bukanlah susah sangat.Yang susahnya ialah bagaimana kerajaan hendak beri petunjuk dan pedoman agar pelajar membeli bukubuku yang patut dibeli?

Sememangnya, baucer buku itu diberi kepada pelajar agar mereka membeli buku dan bahan rujukan lain. Niat ini betul.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet: Kenapa kita tak senang-senang?

Posted: 30 Oct 2011 08:27 PM PDT

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT
"Jika anda membenarkan kerajaan Persekutuan menjaga Gurun Sahara, dalam masa lima tahun sahaja, gurun tersebut akan mengalami kekurangan pasir." – Miltohttp://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/10/Bajet-2012.jpgn Friedman
SEBELUM kita sentuh sikit tentang Milton Friedman, kita sembang-sembang sikit tentang PM Najib Razak dan Bajet 2012.Cara akhbar arus perdana melaporkan ucapan Bajet 2012 memperlihatkan seolah-olah Najib yang juga Menteri Kewangan adalah seorang financial wizard yang tidak ada tolok bandingnya.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri says no objection to non-Malay PM

Posted: 30 Oct 2011 08:22 PM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 31 — De facto law minister Datuk Seri Nazri Aziz says he has no problem with a non-Malay prime minister as long as the best man gets the job.
"If it happens that the best person is a non-Malay, so be it," he told The Edge Financial Daily in an interview published today.
"I cannot say, 'I'm Malaysian first, but the prime minister must be Malay.' You can't have your cake and eat it (too)."
Last year, Nazri (picture) became the first Umno minister to declare he was Malaysian first and Malay second, in line with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's 1 Malaysia concept.
"Yes, I am a Malaysian first and Malay next. Does any bigot have a problem with that?" the minister in the Prime Minister's Department had said in an open letter to Utusan Malaysia last September.
Read More / Baca Lagi >>

Sebutir peluru atas nama sultan?

Posted: 30 Oct 2011 08:21 PM PDT

Oleh Victor Wong

Baru-baru ini pensyarah kanan undang-undang dan perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah menerima sepucuk sampul yang mengandungi sebutir peluru dengan disertakan dengan sekeping nota yang memberikan amaran kepada beliau agar tidak lagi "menderhakai" sultan. Dr Aziz sebelum ini telah memberikan beberapa pendapat beliau berdasar kepakaran undang-undang dan perlembagaannya mengenai soal-soal kedudukan perlembagaan di dalam sesuatu isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pemimpin politik serta beberapa titah baginda sultan yang berkait dengan kepentingan umum.

Read More / Baca Lagi >>