Jumaat, 28 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


FINAL PIALA MALAYSIA - JUARA MALAM INI ADALAH FAM

Posted: 28 Oct 2011 12:17 PM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM ini maka bertemulah dua pasukan terbaik dalam Liga Malaysia, Negeri Sembilan akan bertemu Terengganu di dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.



Kehangatan perlawanan ini dirasai lebih awal apabila FAM buat kerja menyakitkan hati apabila menaikkan harga tiket kepada RM50. Bayangkan lah sampai ada yang mengodam laman web FAM dengan menukar logo FAM dengan gambar yang menjijikkan serta dengan komen-komen yang begitu kotor ditujukan kepada FAM. Namun, FAM begitu besar kuasanya sehingga teguran Menteri pun tidak dipedulikan.



Laman Web FAM digodam malam kelmarin....

Peminat-peminat bolasepak mahu mengadu dengan siapa? Paling mengecewakan, Presiden FAM juga memberi kenyataan agar peminat-peminat bolasepak usah peduli dengan berapa harga tiket, janji penuhi stadium katanya. Maka, suka atau tidak demi minat kepada sukan ini lebih-lebih lagi ingin menyokong pasukan negeri masing-masing terpaksa jugalah hadir.

Diberitakan ada peminat yang tetap akan hadir ke Stadium Shah Alam malam ini dengan hati yang `berbuku' terhadap FAM. Lantaran itu, mereka bercadang untuk memenuhi stadium dengan sepanduk dan banner membantah keegoan FAM. Bayangkan nanti, andainya pasukan yang mereka sokong itu kalah, bertambah `bengkak' hati mereka. FAM peduli apa semua ini, janji `fulus' masuk.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, sudah tentu saya mahukan Negeri Sembilan menjadi Juara malam ini walaupun hati kecil saya merasakan Terengganu ada kelebihan. Hanya 90 minit di padang malam ini bakal menentukan siapa Juara. Bagi saya, samada Negeri Sembilan atau Terengganu yang menjadi Juara, Juara dan Hero sebenar adalah FAM yang berjaya mengambil kesempatan `mengisi poket' mereka./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


MTUC Sah Lancar Piket Seluruh Negara 3 Nov

Posted: 28 Oct 2011 10:35 AM PDT

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)sah akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.

"MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya pada sidang media di Wisma MTUC di sini.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam.

Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Abdul Halim berkata, piket itu akan berlangsung antara pukul 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 buah kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara.

Katanya, MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman.

"Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja," katanya.

Beliau berkata isu terbesar mengenai piNdaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu.

Katanya, sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan dan ini akan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Bila seorang pekerja ditimpa kemalangan ketika bekerja bagaimana dengan pampasannya, ini amat merumitkan kerana pekerja tidak bekerja dengan majikan tetapi buat kerja untuk majikan itu," katanya.

Abdul Halim berkata selain itu, pindaan terhadap pekerja separuh masa, cara menetapkan masa kerja pekerja wanita, masa pembayaran berbeza antara gaji dan elaun serta prosedur pengurusan kes gangguan seksual turut "merisaukan" MTUC.

"Jika dilihat pindaan ini boleh memudahkan pekerja ditindas dan dianiaya terutamanya oleh kontraktor tenaga kerja, kita mahu menyelesaikan isu ini secara domestik terlebih dahulu, kita tidak mahu bawa ini ke peringkat antarabangsa buat masa ini," katanya.- mStar

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kapal laut: Kerajaan beli 870 peratus lebih mahal dari negara lain

Posted: 28 Oct 2011 01:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) membayar 870 peratus lebih mahal dari negara lain bagi pembelian kapal laut, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.

Beliau merujuk pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam kapal laut.

Katanya, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu, sedangkan Malaysia membayar RM1 bilion setiap satu.

"Israel pula membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kurang RM219 juta daripada yang dibayar Kementerian Pertahanan," katanya dipetik dari Malaysiakini.

Phua juga menyenarai harga kapal laut negara lain iaitu kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman AS188 juta (RM572 juta) dan Saar V dari Israel AS260 juta (RM791 juta)
setiap satu.

"Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang AS300 juta (RM913 milion) pada 2004," katanya.

Sebelum ini, syarikat milik kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) diberi kontrak sama pada 1998 bagi membina dan membekal enam kapal peronda dengan harga RM5.4 Bilion.

Bagaimana, syarikat itu gagal menyiapkannya dan meminta kerajaan untuk mengeluarkan modal tambahan dipercayai akibat amalan korupsi dan membawa kepada krisis dalaman.

Berikutan itu, pengurusan PSCI dirombak dan digabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6341

Kenderaaan perisai RM7.55 bilion, 6-7 kali ganda lebih mahal

Posted: 28 Oct 2011 01:56 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Okt: Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.

Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

"Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.

"Oleh itu, kita mendesak satu jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran itu," katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.

Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran.

Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8.

Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu.

Sebelum ini, kementerian pertahanan turut membazirkan wang rakyat dengan membeli enam kapal peronda pesisir pantai (OPV) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga RM1 bilion dengan harga keseluruhan RM6 bilion.

Jumlah itu lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dibayar Royal New Zealand Navy untuk tujuan sama.

Kementerian Pertahanan juga membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu.

Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.

Sekali imbas angka-angka tiga kontrak ini – kenderaan berperisai, kapal peronda dan helikopter – menandakan berlakunya ketirisan dan pemborosan wang rakyat sekitar RM12 bilion daripada urusniaga kementerian itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22284

Syabas Gagal Selenggara Air Dengan Baik

Posted: 28 Oct 2011 01:23 AM PDT


SHAH ALAM 28 OKT : Kerajaan Negeri Selangor melahirkan kebimbangan dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) walaupun mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.

Menurut Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik.

Elizabeth yang juga Adun Bukit Lanjan menjelaskan semua perkara di atas semuanya termaktub dan dikehendaki seperti dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi.

"Jika SYABAS tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya.

Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus.

Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.

"Tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan," jelasnya.

Sebelum ini, laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan.

"Ini menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.

"Justeru, tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji ini dinaik taraf.

"Menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan Umno," katanya lagi.

Tambah Elizabeth, Langat 2 yang dipertahankan Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna.

Isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

Elizabeth yakin pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika Kerajaan Negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya.

Malahan kata beliau, jika Kerajaan Negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun.

Memberi contoh berkenaan kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru membuktikan ketidakcekapan SYABAS dalam menyelenggara paip-paip ini.

Ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW.

"Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan," katanya.

HIMPUN yang tidak Berhimpun

Posted: 28 Oct 2011 01:21 AM PDT

HIMPUN yang tidak Berhimpun

Mujahid Yusof Rawa

Ada berbagai makna yang hendak disampaikan dalam perkataan HIMPUN, dari segi tata bahasa "himpun" bermakna mengumpul sesuatu atau orang di sesuatu tempat. Berhimpun adalah perbuatan di mana terkumpul semua orang atau sesuatu di sesuatu tempat. Sebab itulah kata "perhimpunan" atau "himpunan" ialah keadaan di mana semua orang dikumpulkan untuk menyatakan sokongan atas sesuatu. Menarik kerana nama sayap baru PAS ialah Dewan Himpunan Penyokong PAS atau singkatannya DHPP di mana bukan Islam dikumpulkan dan disatukan dalam sayap ini.

Namun artikel ini tidak akan menyentuh tentang PAS dan usahanya menarik minat bukan Islam untuk menyertainya, artikel ini ialah tentang satu perhimpunan pada 22 Oktober baru-baru ini yang dinamakan sebagai Himpunan Sejuta Umat.

Selalunya bilangan kehadiran akan menjadi kayu pengukur untuk penganjur menyatakan berjaya atau tidaknya sesuatu perhimpunan. Tema sejuta umat sudah tentu menjadi hasrat penganjur untuk mencapai bilangan yang diinginkan, namun dari sudut quantiti HIMPUN tidak mencapai bilangan yang digembar-gemburkan, dikatakan hanya 5,000 orang sahaja yang hadir. Implikasi kehadiran dalam program seumpama ini amatlah besar untuk kita menilai tahap keupayaan mobilisasi penganjur yang sebelum tarikh perhimpunan telah mendapat liputan yang meluas oleh media arus perdana.

HIMPUN tidak dapat dielak dari menjadi mangsa perbandingan dengan perhimpunan BERSIH 2.0, malah ada sesetengah berpendapat HIMPUN adalah untuk mengatasi BERSIH yang bilangan kehadirannya jauh lebih besar walaupun tidak pernah mensasarkan sejuta peserta. HIMPUN juga dikatakan untuk mengalih isu daripada persoalan demokrasi tempang dan penipuan pilihanraya kepada persoalan aqidah yang perlu diselamatkan. Isu agama memang menarik kerana ia merentasi kepentingan politik namun perhimpunan sejuta umat itu telah membuktikan bahawa tema itu tidak mendapat perhatian umat Islam. Apakah yang telah berlaku? Betulkah gagal mencapai sasaran kehadiran HIMPUN diandaikan umat Islam tidak berminat kepada isu Aqidah dan secara perbandingan dengan BERSIH lebih minat isu demokrasi berpilihanraya?

Saya tidak melihat andaian itu tepat, ini adalah kerana persepsi terhadap perhimpunan HIMPUN mempengaruhi kehadiran. Bagi umat Islam, mereka menanggap bahawa HIMPUN ditaja oleh mereka yang mesra UMNO dan kerana itu berasa berat hati untuk hadir. Walaupun isu Aqidah sesuatu yang menarik minat tetapi umat Islam sudah menghidu bahawa HIMPUN adalah agenda pihak tertentu yang lebih minat untuk menonjolkan dirinya dan kumpulannya daripada memperjuangkan persoalan aqidah yang sebenarnya.

Selain dari tokoh seperti Cikgu Azmi dari TERAS, siapakah yang boleh diyakini daripada tokoh yang hadir akan mempertahankan aqidah umat Islam? NGO seperti PERKASA, GPMS dan pertubuhan belia tajaan UMNO tidak pernah dilihat mempertahankan aqidah apabila dikaitkan dengan UMNO. Saya tidak melihat NGO Islam yang lain mampu mobilisasi pengikutnya dalam jumlah bilangan yang ramai, kehadiran mereka hampir tenggelam dengan penonjolan pihak lain atau kehadiran mereka sengaja tidak ditonjolkan.

Pada 19 Oktober saya menulis satu artikel tentang Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan. Saya mengandaikan ia sebagai satu agenda yang akan diambil kesempatan oleh pihak lain yang terdesak walaupun niat penganjur itu suci dan murni. Dalam Facebook saya, saya menerima komen bertalu-talu yang menganggap saya keterlaluan menuduh niat murni sekretariat, tetapi pada 22 oktober andaian saya seakan-akan betul apabila kehadiran yang mengecewakan itu seolah-olah menjelaskan persoalan persepsi umat Islam terhadap perhimpunan tersebut.

HIMPUN di sebalik niat murni penganjurnya telah memberikan isyarat yang tidak baik.

Pertama, kehadiran melambangkan lemahnya umat Islam dalam isu mempertahankan aqidah. Secara perspektifnya "musuh Islam" akan ketawa apabila melihat keberangan umat Islam sebenarnya hanyalah ribut dalam cawan sahaja.

Kedua, sikap double standard pihak polis yang memberikan kebenaran kepada HIMPUN dan tidak memberikannya kepada BERSIH. Ini sudah cukup memberikan persepsi yang buruk kepada HIMPUN, walhal isu HIMPUN lebih mendatangkan sensitiviti kepada perpaduan nasional berbanding dengan BERSIH yang secara spesifik menyinggung persoalan demokrasi berpilihanraya yang merentasi semua kaum dan agama.

Ketiga, isu yang diketengahkan di negara ini ditentukan oleh UMNO dan bukan oleh tuntutan massa. Selagi ia menguntungkan UMNO maka Polis dan lain-lain terpaksa tunduk, selagi ia memudaratkan UMNO maka isu itu akan dianggap berbahaya kepada keselamatan awam. Negara kita sudah dijajah oleh UMNO, hanya penjilat sahaja yang akan diberi layanan baik manakala penentang walaupun merupakan aspirasi ramai akan dituduh sebagai pengkhianat negara yang akan mencetuskan huru-hara.

Ada seorang sahabat bertanya kepada saya mengapa PAS tidak menyertainya? Saya menjawab ringkas, soal pembelaan aqidah sememangnya sinonim dengan PAS. PAS sudahpun mengatakan kebimbangannya sejak 20 tahun yang lampau malah Presiden PAS telahpun membawa usul adanya rang undang undang murtad bagi memelihara aqidah umat Islam. Sahabat ini terus bertanya kalau begitu mengapa tidak bersama? Saya menyatakan, perjuangan kami sampai ke tahap yang lebih matang, kami telahpun mengadakan dialog dengan pihak gereja dan lain-lain agama sebagai hasrat membentuk hubungan agama yang lebih damai, ini bukan bermakna PAS cair dalam sikapnya tetapi kami lebih suka melakukannya dengan cara bersemuka dan dialog. Kepimpinan PAS lebih bijak membaca suasana politik daripada mereka yang berjangka pendek dan tidak arif selok belok politik. Saya bertanya balik kepada sahabat saya, bolehkah dibayangkan kalau Mursyidul Am PAS mengarahkan semua ahli PAS turun dalam program HIMPUN? Mungkin stadium Shah Alam tidak akan dapat menampung kehadiran ahli PAS yang ramai, bolehkah anda bayangkan besarnya peranan PAS dalam menyelamatkan Aqidah umat Islam?

*Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Malaysia, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.

~penarik beca

~penarik beca


Awas, TV mungkin main video Najib dan Rosmah di Mekah tak habis-habis!

Posted: 27 Oct 2011 11:59 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Perak: Bersara tapi masih dibayar gaji - Audit

Posted: 28 Oct 2011 09:11 PM PDT

Ia berlaku kerana bahagian kewangan lewat mengambil tindakan, silap mengira jumlah pelarasan dan tiada tindakan untuk mengutip semula.
PETALING JAYA: Seramai lapan  pegawai dari tiga jabatan kerajaan di Perak dibayar emolumen sebanyak RM18, 768 walaupun tidak berhak dibayar kerana bersara, meletak jawatan, cuti tanpa gaji dan ditahan emolumen.
Ia berlaku kerana bahagian kewangan lewat mengambil tindakan, silap mengira jumlah pelarasan dan tiada tindakan untuk mengutip semula.
Bagaimanapun, setelah jabatan audit membuat teguran, Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) telah mengutip RM1, 619 dari seorang kaki tangan manakala seorang kaki tangan lain diberi peringatan.
Read More / Baca Lagi >>

Mapim gesa diskusi Ahad ini jangan bincang hak lesbian, undang-undang keluarga

Posted: 28 Oct 2011 09:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa diskusi meja bulat Ahad ini, anjuran Persatuan Kesedaran Komuniti, tidak membincangkan undang-undang keluarga dan kesamaan jantina termasuk hak bagi lesbian dan dwiseks atas alasan ia tidak sesuai dengan nilai agama negara ini. Perbincangan meja bulat itu, yang diadakan dengan kerjasama Suhakam, akan membincangkan dua kertas kerja mengenai hak asasi lesbian dan wanita dwiseks dan undang-undang keluarga. Ia bertujuan mempromosikan dan memantau kesamaan jantina sama ada ia selari dengan rangka kerja hak asasi yang diketengahkan oleh Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) yang telah diratifikasikan oleh Malaysia pada 1995.
Setiausaha Agung Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya menolak dengan keras jika ada pihak yang cuba membawa pemikiran dan nilai hidup sekular-liberal yang bertentangan dengan budaya Islam dan kebudayaan nasional yang menjadi teras kepada amalan hidup rakyat di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Peninju Israel 'bolos', PAS tuntut penjelasan k'jaan

Posted: 28 Oct 2011 09:03 PM PDT

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.
Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.
"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.
Read More / Baca Lagi >>

Hasan Ali: Saya tidak kisah jika hilang sokongan PAS

Posted: 28 Oct 2011 09:02 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam PAS ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain.
Tindakan yang dimaksudkan termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu bagi membincangkan isu gejala pemurtadan.
Hasan (gambar), bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah Allah.
Read More / Baca Lagi >>

Turkey 'sheltering Syria fighters'

Posted: 28 Oct 2011 08:20 AM PDT

Audit: Syarikat kerajaan Johor tidak memuaskan

Posted: 28 Oct 2011 08:12 AM PDT

Tiga syarikat berkenaan ialah YWJ Citra Holdings Sdn Bhd; Johor Skills Development Centre Sdn Bhd dan Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd.
PETALING JAYA: Tiga syarikat milik kerajaan negeri Johor dikesan diurus dalam keadaan tidak memuaskan dan dua mengalami kerugian, menurut lapuran ketua audit negara 2010.
Tiga syarikat berkenaan ialah YWJ Citra Holdings Sdn Bhd; Johor Skills Development Centre Sdn Bhd dan Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn Bhd.
Prestasi kewangan YWY Citra tidak memuaskan kerana mengalami kerugian bagi tahun 2007 hingga 2009.
Kedudukan aset dan liabiliti juga tidak memuaskan kerana modal keraja pada tempoh sama  semakin kurang nilainya.
Read More / Baca Lagi >>

Eight-year delay, RM64m losses

Posted: 28 Oct 2011 08:04 AM PDT

Contractors commissioned to build a new jail in Sarawak delivered a shoddy job 11 years later.
PETALING JAYA: The new prison in Kuching was completed after an eight-year delay due to unsatisfactory progress, according to the 2010 Auditor-General's Report.
The project was originally targeted for completion in three years and three months but eventually took 11 years and two months due to several delays.
This cost the government an additional RM56.11 million or 34 percent more than the original cost which was RM165 million.
Due to the delay, the project eventually had to be downsized from 103 blocks to house 2,665 prisoners and staff members to 65 blocks to accommodate 1,366 prisoners and staffs instead.
Read More / Baca Lagi >>

Piket MTUC seluruh negara bantah pindaan Akta Pekerja

Posted: 28 Oct 2011 07:56 AM PDT

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.
  
Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.
  
"MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya dalam sidang media di Wisma MTUC di Petaling Jaya hari ini yang turut dihadiri presiden MTUC, Mohd Khalid Atan.
Read More / Baca Lagi >>

'Saga subversif' berakhir, 6 aktivis PSM dilepas

Posted: 28 Oct 2011 07:50 AM PDT

NONEEnam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, dilepas tanpa dibebaskan pagi ini oleh Mahkamah Sesyen Butterworth daripada dakwaan memiliki bahan subversif.

Keputusan itu dibuat lebih dua minggu selepas hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan yang serupa terhadap 24 lagi ahli PSM yang menghadapi tuduhan yang sama di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Pertubuhan.

Dalam keputusan tersebut, timbalan pendakwa raya Suhaimi Ibrahim mencadangkan mereka dilepas tanpa dibebaskan, dengan berkata kes mahkamah mengenai sama ada BERSIH 2.0 sebuah pergerakan haram atau tidak, masih belum selesai.

Ketika dihubungi, Jeyakumar (kiri) berkata, beliau berasa lega episod
tersebut sudah berakhir tetapi tidak puas hati kerana menurutnya, mereka tidak sepatutnya pun ditangkap dan didakwa.
Read More / Baca Lagi >>

Kebangkitan Suara Hak Asasi Tidak Boleh Disekat

Posted: 28 Oct 2011 07:31 AM PDT

SAYA hampir bersetuju dengan pandangan penumbuk mata nombor satu negara Rahim Nor yang meluahkan kebimbangan terhadap kebangkitan suara hak asasi dan menyamakan gerakan itu di negara ini sama dengan fahaman (gerakan) komunis yang mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum termasuk kontrak sosial. Tetetapi penerimaan itu bukan bermakna menerima dan menganggap suara hak asasi manusaia itu sama dengan fahaman Marxisme atau komunisme. Persetujuan itu dilihat dari sisi potensi gelombang hak asasi yang akan mengambil alih peranan sistem demorkasi yang semakin pincang ke kebelakangan ini.
Memang suara hak asasi akan menjadi gelombang baru. Cuma andaian beliau terlebih sedikit dengan menyifatkan semangat itu sebagai agama baru. Andaian ini agak mengelirukan sedikit dan ada niat untuk memburukkan kebangkitan suara ini sebagai sebuah agama. Tujuannya ialah untuk mengelirukan pandangan umum.
Suara hak asasi dan kebangkitannya tidak sama dengan agama disyarit dan diperjuangkan. Ia bukan agama baru. Kebangkitan kuasa manusia biasanya untuk membela dan menuntut hak-hak di sekitar atau kepentingan kemanusiaan dan keduniaan semata-mata, ia bukan cuba membawa kebangkitan itu kepada fahaman agama, kepercayaan dan keyakinan sehingga ia menjadi akidah.
Read More / Baca Lagi >>

Lagi besar keris, lagi besar penipu

Posted: 28 Oct 2011 07:27 AM PDT



Wakakak .. LAwak la badut badut dalam gambar ni ...
Sorang tu pukul mangsa ketika tangan diikat ..
Sorang lagi plak .. mulut beso masa tido macam katak nak perangkap lalat ..
Wakakak !!!
Makhluk bingai terakhir ..
Wakakak !!!

Mengaku Islam, Parti Juga Kena Islam.

Posted: 28 Oct 2011 07:15 AM PDT

Oleh : Ibn_bacoks

PONTIAN - Bagi seorang Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah maka sewajarnya segala ucapan, tindakan dan pengakuan hanya untuk Islam termasuk penyertaan kepada sesebuah parti.


Perkara ini ditegaskan oleh Hj. Raden Sarobo Pono, Yang Dipertua PAS Pontian dengan katanya dalam konteks kepartian di negara ini, PAS dilihat satu-satunya gerakan yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2012: Pulau Pinang berwibawa berbanding pusat - Mansor

Posted: 28 Oct 2011 07:13 AM PDT

Bajet 2012: Pulau Pinang berwibawa berbanding pusat - Mansor
Bajet Kerajaan Berjiwa Rakyat 2012 seakan memperlihatkan urus ekonomi Kerajaan Negeri Pulau Pinang berwibawa berbanding kerajaan pusat.

Demikian isyarat yang disuarakan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman semalam pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2011 yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, hutang semasa kerajaan negeri sekarang hanya RM29.66 juta walaupun pada Mac 2008 berjumlah RM630.13 juta.

"Saya juga amat bangga...penurunan hutang yang paling cemerlang di antara semua negeri lain dengan penurunan sebanyak RM600 juta atau 95 peratus.

"Berbanding dengan kedudukan hutang Persekutuan yang naik sebanyak 71% atau RM190 bilion dalam tempoh masa yang sama daripada RM266 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM456  bilion pada akhir 2011," ujar beliau di perkarangan pasar raya Time Square, Georgetwon.Read More / Baca Lagi >>

Baru Bian may contest for Limbang

Posted: 28 Oct 2011 07:11 AM PDT

Sarawak PKR chief, Baru Bian (pic), has decided to contest his first parliamentary seat in the upcoming general elections and has set his sights on Limbang.The prominent native land rights lawyer was elected to the Sarawak state assembly for the first time after his grassroots work won him the Ba'Kelalan seat in the April 2011 state elections.Although Ba'Kelalan was a narrow margin win, Baru is confident of shifting the odds in his favour in Limbang.
He  also revealed that the seat was in fact his second choice.
"I had originally considered Lawas but decided that it wouldn't be easy to contest there at this point," he told FMT.
"The constituents there aren't ready to shift votes in large numbers just yet."
Read More / Baca Lagi >>

PPSMI: PAGE akan terus tekan kerajaan

Posted: 28 Oct 2011 07:10 AM PDT


Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) akan menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijalankan di negara ini,Pengerusi PAGE, Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) berkata, sejak penubuhan petisyen secara online dua minggu lalu, pihaknya berjaya mengumpulkan lebih 100, 000 sokongan ibu bapa terhadap PPSMI.
Menurutnya PAGE bertindak untuk memperkasakan pelajar-pelajar Melayu agar mahir Bahasa Inggeris dalam sains dan teknologi maka beliau menggesa kerajaan mencari jalan penyelesaian baru berhubung hal itu.
"Hal ini sudah merebak ke negeri-negeri lain seperti Selangor, Sabah dan Pulau Pinang. Jelas bahawa bukan PAGE sahaja yang mahu pilihan untuk meneruskan dasar PPSMI, malah kumpulan ibu bapa ini berfikiran sama.
Read More / Baca Lagi >>

Siapakah 4 Orang Nih!!!!

Posted: 28 Oct 2011 05:18 AM PDT


Hangpa kenai tak keempat-empat pemimpin ni?Kalau tak kenai hangpa tengok la nama-nama kat tepi tuu.gambaq ni diaambil masa depa ni muda-muda dan masih hensem.Tapi ni gambaq lama la ni depa dah mati.Mereka adalah pemimpin-pemimpin yang memimpin negara islam.Tetapi semuanya telah mati dibunuh..Adakah keempat-empat pemimpin tinggi ini seorag wira islam?BAgi orang membenci mereka ini meganggap mereka ini bukalnah seorang pemimpin untuk kebaikan islam tetapi seorang pemimpin yang menghacurkan islam sendiri..Apapun mereka ini tetap seorang pemimpin dan tetap mempunyai jasa yang baik kepada rakyat....

PR vs BN: Tiada ruang untuk rekonsiliasi

Posted: 28 Oct 2011 05:15 AM PDT

PR vs BN: Tiada ruang untuk rekonsiliasiSatu fakta yang cukup jelas ialah tidak akan ada satu ruang untuk penggabungan semula (rekonsiliasi) di Malaysia. Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kuasa pemerintahan pada pilihanraya umum nanti, rakyat akan menuntut keadilan terhadap jenayah-jenayah dan kejahatan-kejahatan yang telah diperlakukan ke atas mereka. Di titik ini, Pakatan lebih baik tidak menyarankan kemaafan atau rekonsiliasi kerana kasihan kepada ahli politik BN dan kroni-kroninya. Ataupun kepada sesiapapun.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah berkata yang beliau telah memaafkan segala kejahatan dan jenayah yang dilakuakan ke atas dirinya dan keluarganya. Itu hanya satu pilihannya.
Kebencian pahit menebal
Read More / Baca Lagi >>

Altantuya tidak tenang sehingga selesai PRU-13 walaupun dibantah ayahnya

Posted: 28 Oct 2011 05:14 AM PDT

Altantuya tidak tenang sehingga selesai PRU-13 walaupun dibantah ayahnyaLebih daripada 4 tahun telah berlalu namun mahkamah di Malaysia masih melengah-lengahkan saman bernilai RM100 juta daripada ibu bapa Altantuya Shaariibuu, rakyat Mongolia yang dibunuh di Malaysia yang didakwa mempunyai hubungan dengan kes rasuah yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Razak dan pembelian kapal selam Scorpene daripada syarikat Perancis DCN.
Bapanya Setev Shaariibuu telah menghantar satu lagi surat ke pihak mahkamah Malaysia, tetapi suratnya itu akan mendapat nasib yang sama dengan peringatan-peringatan sebelumnya – disimpan dan didiamkan! Walau bagaimanapun, kali ini, Setev dan isterinya Altantsetseg Sanjaa telah mengambil satu lagi langkah tambahan iaitu merayu kepada pembuat undang-undang Malaysia untuk pengadilan.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M tunjuk belang: Malaysia hanya perlu hak asasi terhad

Posted: 28 Oct 2011 05:13 AM PDT

Dr M tunjuk belang: Malaysia hanya perlu hak asasi terhadSeperti yang dijangka, mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah menyokong komentar yang mengkritik hak asasi manusia daripada bekas ketua polis yang telah membantunya berjaya mendakwa dan memenjarakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat palsu.
Abdul Rahim Mohd Noor, bekas Ketua Polis Negara yang telah mengaku membelasah Anwar di dalam lokap polis dan melebamkan matanya sewaktu penahanannya pada tahun 1998, sehari yang lepas telah mengkritik seruan pembelaan hak asasi manusia di Malaysia adalah sama dengan komunis. Kata-katanya dilihat merendah-rendahkan perubahan dan pergerakan politik baru yang diseru oleh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M patut dibicara di mahkamah kerana salah guna kuasa : Surendran

Posted: 28 Oct 2011 05:13 AM PDT

Dr M patut dibicara di mahkamah kerana salah guna kuasa : SurendranSaya merujuk kepada kenyataan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed bahawa rakyat Malaysia patut diberi hak asasi menusia "sekadar yang kita mampu" dan perjuangan pembangkang untuk hak asasi manusia hanyalah untuk kepentingan mereka sahaja dan "berlebihan".
Tidak mengejutkan apabila Dr Mahathir telah mengambil pendirian yang tidak bertanggungjawab, jahat dan tidak amanah ini. Semasa pemerintahan kejamnya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri negara, Mahathir menjatuh dan meremehkan kebanyakan hak asasi rakyat.
Hak asasi yang dijanjikan kepada rakyat di bawah Bahagian 2 dalam Perlembagaan Persekutuan dijadikan tidak efektif dan tidak bermakna di bawah pemerintahan Mahathir, dan masih begitu di bawah Perdana Menteri Najib.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: Apakah PM dan TPM masih bermimpi?

Posted: 28 Oct 2011 05:12 AM PDT

PRU-13: Apakah PM dan TPM masih bermimpi? Bila tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan masih menjadi teka-teki semua orang. Namun, ketidaktentuan dan dolak-dalik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak membuatkan masa berlalu begitu pantas. PRU-13 mesti diadakan sebelum April 2013, tetapi oleh kerana akan ada pilihanraya parti tahun hadapan, pilihanraya umum tergempar akan diadakan dalam tempoh enam bulan terdekat. Samada suka atau tidak, Najib dan timbalannya mula mendekati pengundi dengan cara mereka sendiri.
Sentiasa bermewah-mewahan dan menunjuk-nunjuk, Najib memilih untuk memberikan penyokong pasukan bola satu kesempatan menonton perlawanan bola sepak di kediaman rasminya. Satu langkah bijak mendapatkan sokongan dari rakyat Malaysia kelas pertengahan. Sasarannya ialah menunjukkan yang Perdana Menteri adalah penyokong kuat Manchester United, sering berkomunikasi menggunakan Twitter dan turut menonton konsert musik rock. Perkataan seperti "cool" dan "awesome" telah menjadi kata-kata pengantara buat Perdana Menteri bilamana dia mendekati 'peminatnya'.
Read More / Baca Lagi >>

3 beranak jatuh flat sama masa lain-lain

Posted: 28 Oct 2011 05:10 AM PDT

Sebuah keluarga yang tinggal di Flat Cempaka, Pinggiran Batu Caves dekat sini terus dirundung malang apabila dalam tempoh lapan tahun, tiga ahli keluarga itu maut, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan tersebut.Dalam kejadian terbaru hari ini, S. Prema, 54, ditemui mati berlumuran darah dalam longkang oleh penduduk setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat berkenaan awal pagi ini.
Mayat mangsa yang tinggal di tingkat sembilan flat itu ditemui pukul 5.30 pagi dan segera dimaklumkan kepada anak lelakinya yang hanya dikenali sebagai Siva, 22. Siva memberitahu, dia dimaklumkan mengenai tragedi menimpa ibunya itu semasa berada di tempat kerja pada pukul 6.45 pagi.
Read More / Baca Lagi >>

Aktivis Pakatan,Wartawan Di Serang Semasa Tinjauan ' Projek IC

Posted: 28 Oct 2011 05:00 AM PDT

TBH's kin lodges report to compel probe on MACC trio

Posted: 28 Oct 2011 04:58 AM PDT

Turkish teenager pulled alive from quake debris

Posted: 28 Oct 2011 04:56 AM PDT