WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Kapal laut: Kerajaan beli 870 peratus lebih mahal dari negara lain
- Kenderaaan perisai RM7.55 bilion, 6-7 kali ganda lebih mahal
- Syabas Gagal Selenggara Air Dengan Baik
- HIMPUN yang tidak Berhimpun
Kapal laut: Kerajaan beli 870 peratus lebih mahal dari negara lain Posted: 28 Oct 2011 01:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) membayar 870 peratus lebih mahal dari negara lain bagi pembelian kapal laut, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua. Beliau merujuk pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam kapal laut. Katanya, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu, sedangkan Malaysia membayar RM1 bilion setiap satu. "Israel pula membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kurang RM219 juta daripada yang dibayar Kementerian Pertahanan," katanya dipetik dari Malaysiakini. Phua juga menyenarai harga kapal laut negara lain iaitu kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman AS188 juta (RM572 juta) dan Saar V dari Israel AS260 juta (RM791 juta) "Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang AS300 juta (RM913 milion) pada 2004," katanya. Sebelum ini, syarikat milik kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) diberi kontrak sama pada 1998 bagi membina dan membekal enam kapal peronda dengan harga RM5.4 Bilion. Bagaimana, syarikat itu gagal menyiapkannya dan meminta kerajaan untuk mengeluarkan modal tambahan dipercayai akibat amalan korupsi dan membawa kepada krisis dalaman. Berikutan itu, pengurusan PSCI dirombak dan digabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=6341 |
Kenderaaan perisai RM7.55 bilion, 6-7 kali ganda lebih mahal Posted: 28 Oct 2011 01:56 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Okt: Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion. Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu. Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi. "Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan. "Oleh itu, kita mendesak satu jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran itu," katanya dihubungi Keadilandaily.com. Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran. Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran. Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8. Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu. Sebelum ini, kementerian pertahanan turut membazirkan wang rakyat dengan membeli enam kapal peronda pesisir pantai (OPV) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga RM1 bilion dengan harga keseluruhan RM6 bilion. Jumlah itu lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dibayar Royal New Zealand Navy untuk tujuan sama. Kementerian Pertahanan juga membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu. Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta. Sekali imbas angka-angka tiga kontrak ini – kenderaan berperisai, kapal peronda dan helikopter – menandakan berlakunya ketirisan dan pemborosan wang rakyat sekitar RM12 bilion daripada urusniaga kementerian itu. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22284 |
Syabas Gagal Selenggara Air Dengan Baik Posted: 28 Oct 2011 01:23 AM PDT SHAH ALAM 28 OKT : Kerajaan Negeri Selangor melahirkan kebimbangan dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) walaupun mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya. Menurut Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik. Elizabeth yang juga Adun Bukit Lanjan menjelaskan semua perkara di atas semuanya termaktub dan dikehendaki seperti dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi. "Jika SYABAS tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya. Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus. Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020. "Tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan," jelasnya. Sebelum ini, laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan. "Ini menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna. "Justeru, tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji ini dinaik taraf. "Menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan Umno," katanya lagi. Tambah Elizabeth, Langat 2 yang dipertahankan Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna. Isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul. Elizabeth yakin pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika Kerajaan Negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya. Malahan kata beliau, jika Kerajaan Negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun. Memberi contoh berkenaan kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru membuktikan ketidakcekapan SYABAS dalam menyelenggara paip-paip ini. Ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW. "Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan," katanya. |
Posted: 28 Oct 2011 01:21 AM PDT HIMPUN yang tidak Berhimpun
Ada berbagai makna yang hendak disampaikan dalam perkataan HIMPUN, dari segi tata bahasa "himpun" bermakna mengumpul sesuatu atau orang di sesuatu tempat. Berhimpun adalah perbuatan di mana terkumpul semua orang atau sesuatu di sesuatu tempat. Sebab itulah kata "perhimpunan" atau "himpunan" ialah keadaan di mana semua orang dikumpulkan untuk menyatakan sokongan atas sesuatu. Menarik kerana nama sayap baru PAS ialah Dewan Himpunan Penyokong PAS atau singkatannya DHPP di mana bukan Islam dikumpulkan dan disatukan dalam sayap ini. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan