Rabu, 26 Oktober 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Salahguna kuasa dan rasuah berterusan..Rakyat sengsara

Posted: 26 Oct 2011 04:40 AM PDT

Di sebalik janji-janji perdana menteri dan presiden Umno Datuk Najib Razak untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaannya, melalui Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya, jentera pentadbirannya masih dicacati pelbagai perbuatan yang dianggap menyalahi undang-undang, seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penggelapan wang kerajaan dan sebagainya.

Ini dengan jelas telah menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memainkan peranan mereka dengan aktif di dalam memerangi gejala ini yang kian berterusan bahkan bertambah, sama seperti mengikut keturunan.

Hampir pada setiap tahun, apabila laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara, maka terdedahlah pelbagai perbuatan yang jelas menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa dan rasuah amat meluas sekali di dalam sektor awam.

Namum demikian, kerajaan BN yang di bawah pimpinan Najib telah gagal menunjukkan ketegasan mereka di dalam memerangi perbuatan yang tidak bermoral ini. Ini adalah kerana, jelas kontraktor-kontraktor Umno yang mempunyai pelbagai kepentingan di dalam berbagai-bagai bentuk saluran pembekalan kepada kerajaan turut terlibat sama di dalam memperluaskan perbuatan yang keji ini yang boleh juga dikatakan hampir pada setiap tahun, wang yang selalu kita bayar sebagai cukai pendapatan dihabiskan dengan begitu sahaja.

Oleh kerana itulah, para kontraktor-kontraktor dan pemimpin Umno menjadi semakin kaya raya, manakala masyarakat Melayu pada amnya terus hidup di dalam serba kemiskinan yang sungguh memeritkan bahkan masih ada banyak lagi orang-orang Melayu yang masih miskin melarat sehingga tidak mampu membeli makanan, masih buta huruf, tidak mempunyai kediaman, kebuluran dan sebagainya.

Jadi adakah Umno ini benar-benar memperjuangkan hak-hak masyarakat Melayu seperti yang didakwanya selama ini? Dan jika sekiranya Umno benar-benar memperjuangkan nasib bangsa tersebut, kenapa pula masih terdapat sebahagian besar kaum tersebut hidup menderita dengan keadaan yang tak terhingga?

Telan berjuta-juta Ringgit

Kita tengoklah laporan audit yang dikeluarkan baru-baru ini yang menyatakan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) telah membelanjakan lebih daripada RM5.66 juta untuk membeli 23 ekor kuda baka khas. Adalah difahamkan juga bahawa kuda-kuda berbaka yang dibeli oleh MSN itu kesemuanya telah dibayar melebihi harga pasaran.

Sementara dalam laporan audit yang seterusnya turut mendedahkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) yang membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810 peratus di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan kajian lautan yang langsungnya tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat.

Selain daripada itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dipertanggungjawabkan untuk membela nasib orang-orang Melayu dan kaum bumiputra yang lain telah membelanjakan lebih daripada RM54 juta untuk membeli pelbagai peralatan dan peralatan yang kebanyakannya langsung tidak mempunyai kaitan dengan usaha-unsaha jabatan tersebut untuk membantu masyarakat Melayu yang miskin dan daif.

Dan jika kita meneliti laporan audit tersebut seterusnya, kita akan dapati lebih banyak jabatan-jabatan kerajaan yang asyik berbelanja besar ke atas pembelian dan perolehan barangan, peralatan dan bahan-bahan yang langsung tidak membawa sebarang faedah kepada rakyat jelata.

GLC lagi rugi teruk

Dalam pada itu, banyak syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau lebih dikenali sebagai GLC turut mengalami kerugian yang berterusan dan ianya berlaku pada setiap tahun.

Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

Kerugian yang berterusan oleh beberapa GLC yang besar ini telah menunjukkan bahawa kesemua syarikat-syarikat tersebut tidak belajar daripada kesilapan yang terdahulu dan tidak ada usaha yang menyeluruh daripada para pengurusan GLC ini untuk memperbetulkan keadaan yang semakin meruncing ini.

Hasilnya, wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya.

Rakyat akan terus diabai

Di dalam saat-saat yang memerlukan, kita tidak melihat SPRM bertindak tegas menyiasat kerugian yang dialami oleh banyak jabatan-jabatan kerajaan dan beberapa GLC ini.

Apa yang SPRM tahu, hanyalah membabitkan diri mereka di dalam kancah politik dengan hanya memerangi para pemimpin pembangkang dengan kononnya mereka ini telah melakukan "rasuah". Yang benar-benar rasuah dan menyalahgunakan kuasa mereka di dalam kerajaan tidak pula diendahkan kerana mereka ini adalah ahli-ahli dan para pemimpin Umno.

Jadi, adakah SPRM ini benar-benar profesional atau sebaliknya?

Oleh yang demikian, selagi BN dan Umno masih berkuasa, selagi itulah wang rakyat akan terus dipertaruhkan seperti suatu perjudian dengan tidak mengendahkan kerugian dan kehilangan wang.

Adakah rakyat memperoleh apa-apa faedah, hasil daripada pertaruhan tersebut?

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERWAKILAN PERKASA `TERKENTUT' DAN `TERKINCIT' ?

Posted: 26 Oct 2011 10:40 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu saya mahu ucapkan tahniah kepada Zul Kulim kerana sekarang dipilih untuk berada dalam Saf hadapan PERKASA dan amat sesuai benar sokongan kuat kemasukan beliau datangnya dari Zahid Md Arip. Jika bukan PERKASA, siapa lagi mahu terima Zul Kulim?

Saya mahu ulas sedikit jawapan Presiden PERKASA, Berahim Ali apabila ditanya oleh anggotanya sendiri mengapa PERKASA tidak hadir berhimpun sewaktu Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Semua maklum, menjelang Himpunan BERSIH 2.0, selain dari Guru Silat Lincah, Omar Din termasuk Ali Rustam dan juga PERKASA, hampir setiap malam di kaca TV mereka muncul sebagai pendekar memberi amaran kepada BERSIH agar jangan berhimpun. Langkah mayat mereka dahulu, kononnya. Berpuluh ribu anggota bawahan masing-masing akan menjadi benteng menghalang peserta perhimpunan BERSIH, begitulah lebih kurang dua tiga ekor pendekar itu bercakap.

Apabila tiba masanya, seekor umat pun tidak muncul. Ada yang berkata terdapat juga ahli-ahli PERKASA yang bersedia untuk hadir, tetapi melepak di restoren mamak. Geng Silat bawah Omar Din dan Ali Rustam dikhabarkan hadir tetapi masing-masing menggunakan `ilmu ghaib' di celah ketiak bini masing-masing. Sebab itulah, wajar juga perwakilan PERKASA mahu tahu kenapa PERKASA tidak menjadi `Perkasa' pada hari tersebut?

Maka, Presiden PERKASA pun memberi alasan yang boleh buat semua perwakilan PERKASA terkentut menahan ketawa. Beliau menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik. Baca di sini.

`Strategik'nya mengikut beliau adalah Perhimpunan BERSIH akhirnya tidak diberi permit oleh pihak Polis, kononnya disebabkan PERKASA juga mahu berhimpun. Kita mahu beritahu Berahim alkataki, selama ini pun perhimpunan yang dianjurkan oleh Pembangkang atau NGO yang pro Pembangkang tidak juga mendapat permit walaupun PERKASA tidak camportangan. Jadi, usahlah PERKASA perasan bahawa kerana PERKASA maka BERSIH tidak mendapat permit. Soalnya sekarang, perhimpunan itu berjaya atau tidak? Jawapannya, BERSIH berjaya menghimpunkan rakyat di luar jangkaan, dan yang tidak berjaya sebenarnya adalah PERKASA dan beberapa puak sekutu dengannya. Jawapan bodoh dari Berahim alkataki itu sudah cukup untuk memperbodohkan semua perwakilan di dalam PERKASA.

Kononnya kata Berahim, laporan Polis yang dibuat oleh PERKASA terhadap BERSIH itu merupakan `perang saraf'. Sekali lagi perwakilan PERKASA mungkin terkentut. Akibat perang saraf PERKASA, akhirnya yang lemah `urat saraf' adalah PERKASA sendiri. PERKASA dilihat lebih `pondan' dari `Patriot' walaupun Patriot di bawah KJ hadir juga bersama beberapa Mat Bangla, tetapi berani jugalah hadir ke perhimpunan tersebut.

Selepas beberapa kali perwakilan PERKASA terkentut dengan jawapan `cover line' oleh Berahim, kali ini perwakilan terus `terkincit' apabila Berahim alkataki mengaku merasa malu apabila Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) gagal samasekali. Katanya, "Kata sejuta umat, tapi sampai jam 4 petang, tak sampai 10, 000 orang, malunya kita". Begitulah keluhan Berahim di depan perwakilan PERKASA yang mungkin membuatkan ramai yang berebut-rebut ke tandas akibat `terkincit' mendengar ulasan MP Pasir Mas yang bakal hilang deposit ini.

Berahim alkataki silap di dalam jumlah tersebut. Bukan tidak sampai 10, 000 orang hadir sebelum 4 petang tetapi tidak sampai 8,000 pun hadir pada waktu tersebut. Itu pun kita sudah kasi `advance', ada yang kata lebih kurang 5,000 sahaja yang hadir. Itu pun telah diberi permit, jika tiada permit mungkin ramailah agaknya.

Sebelum saya tutup kalam ini, sekali lagi tahniah buat Zul Kulim yang akhirnya ditakdirkan Allah berada bersama insan yang setaraf dan `standard' dengan beliau. Simpati juga kepada Ruslan Kassim yang lebih `senior' di dalam PERKASA tetapi masih menjadi Setiausaha. Tidak mengapa, apa jua jawatan di dalam PERKASA tidak memberi perbezaan kerana `katak tetap katak'./wfauzdin.blogspot.com

AdlyZahari

AdlyZahari


AUDIT : HUTANG MELAKA RM853 JUTA

Posted: 26 Oct 2011 09:53 AM PDT

  • Pada akhir tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri meningkat kepada RM853.07 juta berbanding RM587.53 pada 2009.
  • Melaka maju ?

AUDIT : PELABURAN DAN UNTUNG

Posted: 26 Oct 2011 09:42 AM PDT

  • Jumlah pelaburan yang telah dibuat kerajaan Melaka untuk tempoh lima tahun (2006-2010) adalah berjumlah RM358.74 juta.
  • Dividen yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk tempoh 5 tahun adalah sebanyak RM13.71 juta
  • Cuma 3.8% untuk tempoh 5 tahun. Bersamaan 0.76% setahun.
  • Melaka Maju ?

AUDIT : TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

Posted: 26 Oct 2011 09:29 AM PDT



  • Baki akaun Tabung Kemanusian Palestin Melaka pada akhir tahun 2010 berjumlah RM680,747 dan tiada urus niaga terimaan dan bayaran berlaku pada tahun 2010. Tabung ini ditubuhkan pada Januari 2009. Bagaimanapun sehingga April 2011, wang kutipan yang berjumlah RM680,747 masih belum disalurkan kepada pihak yang sepatutnya menerima.
  • Persoalannya kenapa wang ini tidak disalurkan pada Rakyat Palestin ?

AUDIT : ANAK SYARIKAT KUMPULAN MELAKA BERHAD

Posted: 26 Oct 2011 08:39 AM PDT

  • Kerugian terkumpul anak-anak syarikat Kumpulan Melaka Berhad sehingga akhir 2009 adalah seperti berikut :
  • Akademi Pelancongan Melaka RM230,000.00.
  • PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. RM3.04 juta
  • KM Engineering Sdn. Bhd. RM60,000.00
  • KM Iklim Marin Sdn. Bhd. RM1.82 juta
  • Kayu Wangi KMB Bhd. Bersekutu RM 25 juta
  • Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn. Bhd. RM59 juta.

end

AUDIT : SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

Posted: 26 Oct 2011 08:22 AM PDT

  • Penggunaan Jangka Meter Automatik (AMR) : Pada tahun 2009, SAMB telah membeli 18 unit jangka meter automatik (AMR) dengan kos berjumlah RM0.39 juta. Semakan Audit terhadap laporan penyenggaraan yang dikeluarkan oleh pembekal mendapati 12 buah bateri di 7 lokasi AMR tidak boleh digunakan lagi walaupun penggunaannya hanya untuk tempoh 11 hingga 14 bulan sahaja. Bagi melicinkan pengurusan pengebilan, SAMB telah menggantikan bateri tersebut dengan kos bernilai RM5,115.
  • Perolehan Smart Meter : Mulai bulan April 2008, SAMB telah melantik pembekal untuk membekal dan memasang 5,000 unit Smart meter dengan nilai RM0.66 juta. Analisis Audit mendapati sehingga bulan Ogos 2010 hanya 2,916 daripada 5,000 unit Smart meter atau 58.3% masih berstatus aktif. Berdasarkan semakan terkini SAMB pada bulan Mac 2011, bilangan Smart meter berstatus aktif adalah 155 unit manakala 4,820 unit telah dihentikan penggunaannya.

AUDIT : MELAKA RIVER CRUISE

Posted: 26 Oct 2011 07:47 AM PDT



  • Bot Tak Daftar dan Dilesenkan : Semakan Audit mendapati 9 buah bot penumpang yang dibeli antara bulan Mei hingga September 2009 masih belum didaftar dan dilesenkan. Bot-bot ini telah beroperasi tanpa lesen yang sah untuk tempoh 13 hingga 17 bulan. Hasil teguran Audit, Perbadanan telah mengambil tindakan dan kesemua 9 buah bot tersebut telah dilesen dan didaftarkan pada 1 November 2010.
  • Bot Tidak Di Insurankan : Semakan Audit mendapati, 28 daripada 40 buah bot tidak diinsurankan. Selepas teguran Audit, pihak Perbadanan memaklumkan kesemua 28 buah bot penumpang ini telah diinsurankan pada 1 Mac 2011. Namun pihak Audit tidak dapat membuat pengesahan kerana dokumen sokongan tidak dikemukakan.
  • Insuran Bot Diperbaharui Walaupun Bot Telah Rosak : Semakan Audit mendapati Bot Tun Teja telah diinsurankan untuk tempoh 8 Julai 2009 hingga 29 Julai 2011 dengan bayaran premium berjumlah RM3,464 walaupun telah rosak sejak awal tahun 2009. Keadaan bot Tun Teja yang rosak adalah seperti di Gambar
  • Kos Penyenggaraan Bot Dibayar 2 Kali : Semakan Audit terhadap baucar bayaran penyenggaraan bot MRC pada tahun 2009 mendapati pembekalan aksesori bagi bot Puteri Hang Li Po dan Hang Lekir telah dibayar sebanyak 2 kali berjumlah RM12,312.
  • Kutipan Bagi Tiket Hop-On Hop-Off : Semakan Audit mendapati pengambilan tiket dan penyerahan wang kutipan hasil tidak direkodkan. Semakan lanjut menunjukkan hasil kutipan jualan tiket HOHO bagi tempoh Jun hingga Disember 2010 yang diserahkan ke kaunter berbeza sejumlah RM17,970 berbanding bilangan tiket yang dikeluarkan kepada ketua jurumudi.
  • Hasil Jualan Tiket Digunakan Untuk Perbelanjaan Tunai: Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod kutipan pada 31 Mei 2010, 1 Jun 2010 dan 5 Jun 2010 mendapati hasil kutipan berjumlah RM43,867 digunakan untuk perbelanjaan tunai semasa Pesta Sungai Melaka walaupun telah menggunakan sistem e-Ticketing.

PEMBELA MELAKA?

Posted: 26 Oct 2011 07:17 AM PDT

  • Di Melaka ada badan yang ditubuhkan kerajaan negeri di namakan PEMBELA
  • Tujuannya untuk membela nasib rakyat
  • Sakit jumpa Pembela.
  • Nak bayar hutang jumpa Pembela.
  • Nak pinjaman jumpa Pembela.
  • Dalam erti kata lain, nak apapun jumpa Pembela.
  • Persoalannya kenapa perlu ada Pembela.
  • Apa peranan yang sepatutnya dimainkan oleh seorang Wakil Rakyat.
  • Pembela sebenarnya untuk menutup kelemahan Wakil Rakyat UMNO.
  • Apa perlu lagi Pembela kalau wakil rakyat menjalankan tugas mereka.
  • Jangan bazirkan wang rakyat dengan Pembela, kembalikan fungsi Wakil Rakyat.

dollah yankee

dollah yankee


Lawak divali: Akibat terlebih 'tosai' dengan kuah parpu,Najib tercirit.

Posted: 26 Oct 2011 06:00 AM PDT

dollah yankee -
Akibat kerana nak jaga hati orang-orang india @ hindu @ mic, Najib Razak bergegas ke empat buah rumah terbuka sempena dengan hari deepavali dari pagi hingga petang tadi, dan entah mangkuk mana yang telah memberitahu tuan-tuan rumah terbuka deepavali ini yang Najib Razak cukup suka dengan 'tosai' berkuahkan kari parpu. Dan akibat terlebih di-hidang dengan 'tosai' dan kuah parpu di empat buah rumah terbuka deepavali itu, Najib Razak di-katakan telah tercirit kerana sudah terlebih membedal 'tosai' dengan kari parpu. 
Kah..Kah..Kah..
anyway Happy Divali!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video : Turkey keeps up hunt for quake survivors

Posted: 26 Oct 2011 07:41 AM PDT

Video : NTC leader Mustafa Abdel Jalil talks to AJE about the future of Libya

Posted: 26 Oct 2011 07:20 AM PDT

Aziz Bari umpama 'guru perlembagaan'

Posted: 26 Oct 2011 06:52 AM PDT

RANTAU PANJANG, 26 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengirim surat 'tahniah' dan rasa syukur di atas penarikan semula penggantungan pensyarah UIA, Prof Dr Abdul Aziz Bari dua hari lalu.
Menurut Tuan Guru, penarikan itu amat wajar memandangkan Aziz Bari adalah pakar perlembagaan seumpama guru dalam undang-undang perlembagaan.
Menurutnya, sebagaimana guru ilmu feqah yang mempunyai gurunya yang arif dan tersendiri, Aziz Bari juga demikian yang diibaratkan 'guru perlembagaan'.
"Penggantungan sebelum ini terhadapnya memang melampau, tak kenal jenis orang macam mana, professional ke, ahli akademi ke, tahu nak sekat.
Read More / Baca Lagi >>

Mengundang bala Allah...Sufi Somalia menyokong Tentera Salib Kenya Memerangi Mujahidin As-Shabaab

Posted: 26 Oct 2011 06:43 AM PDT


Pemimpin organisasi Sunni dan kelompok sufi bersenjata Somalia menyatakan kesediaan mereka untuk mendukung pasukan Kenya dalam perang melawan pejuang Al-Shabaab.
Seorang juru bicara untuk organisasi tersebut di provinsi Gedo Syaikh Muhammad Hussain, kepada media lokal menyatakan bahwa organisasinya menyambut operasi militer yang diluncurkan Kenya melawan gerakan Al-Shabaab yang mengancam keamanan Somalia.
Dia menambahkan bahwa Somalia telah sangat menderita kerusakan akibat perang serta kelaparan, dan ia bersiap untuk bekerja sama dengan pasukan militer Kenya melawan pejuang dari Al-Shabaab untuk menstabilkan kawasan tersebut.
Tentara Kenya telah memasuki wilayah Somalia untuk memburu anggota gerakan Al-Shabaab yang dituduh menculik pekerja bantuan di Kenya, sedangkan Al-Shabaab sendiri menolak bertanggung jawab atas penculikan tersebut .
Organisasi Sunni dan kelompok bersenjata Sufi telah berjuang melakukan pertempuran sengit dengan gerakan Al-Shabaab di daerah Gedo.(fq/imo)[eramuslim.com]

CHOGM 2011: Malaysia Hantar Wakil Walau Tak Pernah Dijajah..?

Posted: 26 Oct 2011 06:35 AM PDT

Datuk Seri Najib Razak hari ini berlepas ke Perth, Australia untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Perdana Menteri yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang dekat sini pada 5 petang ini.

Antara yang hadir mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas.
Read More / Baca Lagi >>

Syabas Gagal Selenggara Air Dengan Baik

Posted: 26 Oct 2011 05:55 AM PDT



SHAH ALAM 27 OKT : Kerajaan Negeri Selangor melahirkan kebimbangan dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) walaupun mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.
Menurut Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik.
Read More / Baca Lagi >>

9 Julai: Bukan sebab takut, Himpun malunya kita...ha..ha..ha.,.sampai pengsan..!!!

Posted: 26 Oct 2011 05:55 AM PDT

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.
Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.
"Ada yang boleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya petang inik apabila isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang perwakilan.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Oakland police attacked for camp clearance

Posted: 26 Oct 2011 05:11 AM PDT

Video : Dreamliner begins commercial flights

Posted: 26 Oct 2011 05:11 AM PDT

Video : Sharia law and the Arab Spring

Posted: 26 Oct 2011 05:10 AM PDT

Video : Hudud - Hukum Mencuri Mee Segera dan Cincin RM24 Juta

Posted: 26 Oct 2011 05:09 AM PDT

Video : Air Percuma Cara Selangor Pulangkan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat

Posted: 26 Oct 2011 05:08 AM PDT

Video : Muslimat PAS beli bangunan UMNO

Posted: 26 Oct 2011 05:07 AM PDT

Video-Sivarasa Rasiah: Apakah Perbezaan Antara Buku Jingga Dan Apa Yang BN Buat Sekarang

Posted: 26 Oct 2011 05:06 AM PDT

Video-Nurul Izzah: Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia (Pt 2/2)

Posted: 26 Oct 2011 05:05 AM PDT

Video-Nurul Izzah: Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia (Pt 1/2)

Posted: 26 Oct 2011 05:05 AM PDT

Video-Tian Chua: Kuala Lumpur Di Bawah Mikroskop

Posted: 26 Oct 2011 05:04 AM PDT

Video-Khalid Ibrahim: Merakyatkan Ekonomi

Posted: 26 Oct 2011 05:04 AM PDT

Video- Mohd Amar Abdullah: We can compromise in the implementation of Hudud

Posted: 26 Oct 2011 05:03 AM PDT

Video-Ridhuan Tee: Hudud has to be implemented 'by force'

Posted: 26 Oct 2011 05:02 AM PDT

Video : Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani

Posted: 26 Oct 2011 05:02 AM PDT

Video : Nyalaan lilin, protes senyap tuntut kebebasan akademik

Posted: 26 Oct 2011 05:02 AM PDT

Video : PERKASA Tak Undi Calon Guris Perasaan Melayu

Posted: 26 Oct 2011 05:00 AM PDT

Video : PERKASA Bukan Rasis - Ibrahim Ali

Posted: 26 Oct 2011 04:59 AM PDT

Video : " UMNO Parti Lucah "

Posted: 26 Oct 2011 04:58 AM PDT