Rabu, 26 Oktober 2011

AdlyZahari

AdlyZahari


AUDIT : HUTANG MELAKA RM853 JUTA

Posted: 26 Oct 2011 09:53 AM PDT

  • Pada akhir tahun 2010, baki hutang Kerajaan Negeri meningkat kepada RM853.07 juta berbanding RM587.53 pada 2009.
  • Melaka maju ?

AUDIT : PELABURAN DAN UNTUNG

Posted: 26 Oct 2011 09:42 AM PDT

  • Jumlah pelaburan yang telah dibuat kerajaan Melaka untuk tempoh lima tahun (2006-2010) adalah berjumlah RM358.74 juta.
  • Dividen yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk tempoh 5 tahun adalah sebanyak RM13.71 juta
  • Cuma 3.8% untuk tempoh 5 tahun. Bersamaan 0.76% setahun.
  • Melaka Maju ?

AUDIT : TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

Posted: 26 Oct 2011 09:29 AM PDT



  • Baki akaun Tabung Kemanusian Palestin Melaka pada akhir tahun 2010 berjumlah RM680,747 dan tiada urus niaga terimaan dan bayaran berlaku pada tahun 2010. Tabung ini ditubuhkan pada Januari 2009. Bagaimanapun sehingga April 2011, wang kutipan yang berjumlah RM680,747 masih belum disalurkan kepada pihak yang sepatutnya menerima.
  • Persoalannya kenapa wang ini tidak disalurkan pada Rakyat Palestin ?

AUDIT : ANAK SYARIKAT KUMPULAN MELAKA BERHAD

Posted: 26 Oct 2011 08:39 AM PDT

  • Kerugian terkumpul anak-anak syarikat Kumpulan Melaka Berhad sehingga akhir 2009 adalah seperti berikut :
  • Akademi Pelancongan Melaka RM230,000.00.
  • PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. RM3.04 juta
  • KM Engineering Sdn. Bhd. RM60,000.00
  • KM Iklim Marin Sdn. Bhd. RM1.82 juta
  • Kayu Wangi KMB Bhd. Bersekutu RM 25 juta
  • Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn. Bhd. RM59 juta.

end

AUDIT : SYARIKAT AIR MELAKA BERHAD

Posted: 26 Oct 2011 08:22 AM PDT

  • Penggunaan Jangka Meter Automatik (AMR) : Pada tahun 2009, SAMB telah membeli 18 unit jangka meter automatik (AMR) dengan kos berjumlah RM0.39 juta. Semakan Audit terhadap laporan penyenggaraan yang dikeluarkan oleh pembekal mendapati 12 buah bateri di 7 lokasi AMR tidak boleh digunakan lagi walaupun penggunaannya hanya untuk tempoh 11 hingga 14 bulan sahaja. Bagi melicinkan pengurusan pengebilan, SAMB telah menggantikan bateri tersebut dengan kos bernilai RM5,115.
  • Perolehan Smart Meter : Mulai bulan April 2008, SAMB telah melantik pembekal untuk membekal dan memasang 5,000 unit Smart meter dengan nilai RM0.66 juta. Analisis Audit mendapati sehingga bulan Ogos 2010 hanya 2,916 daripada 5,000 unit Smart meter atau 58.3% masih berstatus aktif. Berdasarkan semakan terkini SAMB pada bulan Mac 2011, bilangan Smart meter berstatus aktif adalah 155 unit manakala 4,820 unit telah dihentikan penggunaannya.

AUDIT : MELAKA RIVER CRUISE

Posted: 26 Oct 2011 07:47 AM PDT



  • Bot Tak Daftar dan Dilesenkan : Semakan Audit mendapati 9 buah bot penumpang yang dibeli antara bulan Mei hingga September 2009 masih belum didaftar dan dilesenkan. Bot-bot ini telah beroperasi tanpa lesen yang sah untuk tempoh 13 hingga 17 bulan. Hasil teguran Audit, Perbadanan telah mengambil tindakan dan kesemua 9 buah bot tersebut telah dilesen dan didaftarkan pada 1 November 2010.
  • Bot Tidak Di Insurankan : Semakan Audit mendapati, 28 daripada 40 buah bot tidak diinsurankan. Selepas teguran Audit, pihak Perbadanan memaklumkan kesemua 28 buah bot penumpang ini telah diinsurankan pada 1 Mac 2011. Namun pihak Audit tidak dapat membuat pengesahan kerana dokumen sokongan tidak dikemukakan.
  • Insuran Bot Diperbaharui Walaupun Bot Telah Rosak : Semakan Audit mendapati Bot Tun Teja telah diinsurankan untuk tempoh 8 Julai 2009 hingga 29 Julai 2011 dengan bayaran premium berjumlah RM3,464 walaupun telah rosak sejak awal tahun 2009. Keadaan bot Tun Teja yang rosak adalah seperti di Gambar
  • Kos Penyenggaraan Bot Dibayar 2 Kali : Semakan Audit terhadap baucar bayaran penyenggaraan bot MRC pada tahun 2009 mendapati pembekalan aksesori bagi bot Puteri Hang Li Po dan Hang Lekir telah dibayar sebanyak 2 kali berjumlah RM12,312.
  • Kutipan Bagi Tiket Hop-On Hop-Off : Semakan Audit mendapati pengambilan tiket dan penyerahan wang kutipan hasil tidak direkodkan. Semakan lanjut menunjukkan hasil kutipan jualan tiket HOHO bagi tempoh Jun hingga Disember 2010 yang diserahkan ke kaunter berbeza sejumlah RM17,970 berbanding bilangan tiket yang dikeluarkan kepada ketua jurumudi.
  • Hasil Jualan Tiket Digunakan Untuk Perbelanjaan Tunai: Semakan Audit selanjutnya terhadap rekod kutipan pada 31 Mei 2010, 1 Jun 2010 dan 5 Jun 2010 mendapati hasil kutipan berjumlah RM43,867 digunakan untuk perbelanjaan tunai semasa Pesta Sungai Melaka walaupun telah menggunakan sistem e-Ticketing.

PEMBELA MELAKA?

Posted: 26 Oct 2011 07:17 AM PDT

  • Di Melaka ada badan yang ditubuhkan kerajaan negeri di namakan PEMBELA
  • Tujuannya untuk membela nasib rakyat
  • Sakit jumpa Pembela.
  • Nak bayar hutang jumpa Pembela.
  • Nak pinjaman jumpa Pembela.
  • Dalam erti kata lain, nak apapun jumpa Pembela.
  • Persoalannya kenapa perlu ada Pembela.
  • Apa peranan yang sepatutnya dimainkan oleh seorang Wakil Rakyat.
  • Pembela sebenarnya untuk menutup kelemahan Wakil Rakyat UMNO.
  • Apa perlu lagi Pembela kalau wakil rakyat menjalankan tugas mereka.
  • Jangan bazirkan wang rakyat dengan Pembela, kembalikan fungsi Wakil Rakyat.

Tiada ulasan: