Jumaat, 7 Oktober 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Parlimen Bubar Isnin Ini?? PR Sudah bersedia..???

Posted: 07 Oct 2011 08:40 AM PDT

TERKINI!!



Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan.

Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu.

Secara jujurnya, permainan teka-teki waktu pilihanraya umum ke-13 ini sudah menjadi hangat semenjak permulaan tahun ini lagi. Ramai yang meneka Mac, Julai, November dan juga Mac 2012. Tetapi walaupun tekaan yang tepat itu mungkin pada Mac tahun depan, masih ada kemungkinan besar yang Najib akan mengorak langkahnya itu pada bulan depan.

Jika begitu, maka beliau 'haruslah' membubarkan Parlimen pada hari Isnin. Sudah tentu beliau boleh lakukannya selepas pembentangan belanjawan petang ini, ataupun pada hujung minggu, tetapi ramai ahli-ahli politik berkata ia akan berlaku pada hari Isnin, sekiranya PRU-13 jatuh pada November.

Kenapa Isnin?

Alasannya mudah, sekiranya Najib tidak membubarkan Parlimen menjelang Isnin, Belanjawan 2012 haruslah dibahas pada Isnin itu juga, yang akan membazirkan waktu kerana pilihanraya hanya sebulan sahaja lagi.

Kedua, kenapa beri peluang untuk pihak pembangkang untuk mengacau rencana besarnya itu yang sudah pasti akan dipuji-puji di media semasa, radio dan televisi, yang semuanya dikawal kerajaan.

Ya, langkah itu membenarkan BN untuk melontarkan 'imbuhan' sementara meninggalkan Pakatan Rakyat terkontang-kanting mencari area perdebatan. Ia adalah jalan pintas untuk mendiamkan rakyat. Dan apabila Belanjawan itu dibentang semula, sekiranya BN menang, Najib masih boleh mencari jalan untuk perlahan-lahan mengelak daripada mengotakan janjinya.

Dua kem

Di dalam UMNO, jelas kelihatan adanya pertembungan di antara dua pihak yang tidak dapat dinafikan lagi oleh penyokong tegarnya pun. Kem Najib mahukan pilihanraya awal sebelum perjumpaan tahunan parti itu pada Disember untuk mengelakkan daripada dipaksa mengumum rencana pertukaran kuasa kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin.

Jelaslah Muhyiddin, dan lebih-lebih lagi Mahathir Mohamad, bekas pemimpin yang masih berpengaruh itu, mahukan PRU-13 berlaku pada tahun hadapan. Mereka bimbang skanda-skandal Najib akan melemahkan peluang BN untuk menang dan mahu untuk bertanding dalam PRU-13 dengan persoalan kepimpinan sudah selesai, suaya rakyat akan merasa selesa untuk kembali mengundi BN.

Ya, PRU-13 amatlah bergantung kepada perjumpaan agung UMNO yang akan datang. Terdapat banyak tanda-tanda peperangan dan perebutan kuasa sedang berlaku dan keributan untuk majlis tertinggi UMNO mencalonkan pengganti pucuk kepimpinan. Samalah seperti apa yang dilalui Abdullah Badawi pada tahun 2008.

Inilah rasional yang dibangkitkan oleh mereka yang meramalkan PRU-13 akan berlangsung pada bulan November. Mereka meneka Najib akan mencantas pergolakan dalam UMNO dengan mendapatkan mandat rakyat, dan sekiranya dia berjaya mengekalkan status quo atau malah berjaya merampas semula Selangor daripada genggaman Pakatan, maka dia telah memastikan kedudukannya untuk satu terma lagi.

Dan dalam terma keduanya, Najib dan isterinya Rosmah Mansor tidak akan bermain-main lagi. Dan ini adalah sesuatu yang Mahathir dan Muhyiddin harus beri perhatian.

Faktor Anwar

Terdapat juga isu Anwar Ibrahim, yang pada waktu ini terjebak dengan tuduhan Liwat II. Perbicaraan sedang berlangsung dan sekiranya pilihanraya berlaku sekarang, adalah sukar untuk Anwar berkempen bermati-matian.

Ini adalah mata tambahan untuk Najib, di mana dia berhasrat untuk menyingkirkan Anwar daripada dunia politik dan meraih sokongan ketua-ketua UMNO yang tidak mahu Pakatan Rakyat berlegar-legar lagi mengganggu urusniaga mereka.

Membubarkan Parlimen sejurus selepas Belanjawan dibentangkan juga boleh dilihat sebagai langkah untuk manyelesaikan perkara. Terpengaruh oleh hubungan awamnya yang positif dan selesa dengan delusi yang rakyat di luar kota akan tetap mengundi BN, Najib kelihatan akan mengorak langkah pada bulan November.

Mahathir masih 'tulang belakang'

Walau bagaimanapun, dengan mengamati tanda-tanda terkini yang semakin jelas selepas Pakatan Rakyat melancarkan Belanjawan Bayangan 2012 Prosperity For All, kemungkinan untuk berlangsungnya PRU pada tahun ini semakin nipis.

Dengan insiden Bukit Kepong dan isu hudud yang makan tuan, sebagai mana taktik licik itu terbaca oleh rakyat Malaysia, lebih berkemingkinan untuk Najib mengalah kepada Mahathir.

Walau demikian sekali pun, untuk pengesahan dan sehinggalah Najib sendiri menafikan PRU-13 akan berlaku tahun ini, seluruh perhatian akan diberikan kepada Najib selepas dia membentangkan Belanjawan 2012 hari ini. Sekiranya dia berdiam diri, maka Isnin lah yang akan menjadi hari keputusan bilakah PRU-13 akan berlangsung.

Sudah pasti, ini akan membawa kepada teka-teki 2012, dan sebenarnya, PRU-13 tidak semestinya berlaku pada Mac/April 2012...?????

Belanjawan 2012 Cedok Bajet Pakatan. Najib Kagum

Posted: 07 Oct 2011 07:07 AM PDT







Najib kagum dengan pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat sebelumnya....

& dan buku Jingga menjadi rujukan Najib waktu ini.

Keegoannya mustahil untuk mengaku telah ketandusan idea untuk mencari satu formula terbaik untuk menarik perhatian rakyat terutamanya di dalam saat2 berhadapan PRU 13 nanti.

Syabas PR.....belanjawan negara oleh Najib sebahagiannya terpaksa di cedok. Dan semestinya ada keberanian untuk melaksanakan.

Jangan cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.....Cakap-cakap tak bikin-bikin.

Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya.

"Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang."Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini,"jelasnya.

Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang dihadapi oleh Najib itu apabila melihat belanjawan PR yang lebih tertumpu kepada pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat.

"PR melihat tekanan yang dihadapi oleh Najib adalah tentang hasrat PR yang telah berjanji ingin melakukan pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat, kita melihat beliau terpaksa bertindak balas terhadap usaha PR itu.

"Tetapi persoalan yang jelas ingin PR utarakan bagaimana pengagihan semula itu ingin dikembalikan semula kepada yang berhak tanpa ada sebarang ketirisan. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada pemilik teksi dan kita lihat keuntungan hanya akan diperolehi oleh kroni mereka sendiri bukannya kepada pemilik teksi tersebut," katanya.

Persoalan besar

Dalam pada itu beliau menjelaskan Najib hanya menumpukan perbelanjaan kepada pembangunan tetapi tidak menyatakan secara khusus bagaimanakah kerajaan ingin menambah pendapatan negara.

"Bajet sebelum ini kita melihat kerajaan akan mengumumkan penambahan pendapatan sumber negara akan dikutip melalui cukai-cukai tetapi pada kali ini ia tidak dinyatakan dan ini menjadi persoalan besar kepada kita bagaimanakah kerajaan ingin berbelanja sedangkan tidak pasti sumber pendapatannya.

"Najib terus membuat perbelanjaan besar dalam projek mega yang jelas mempunyai risiko tinggi di saat negara berdepan dengan ekonomi global yang muram dan secara jelas ekonomi negara berada pada tahap bahaya jika perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab ini diteruskan tanpa pengkajian yang khusus," sambungnya lagi.

Beliau memberitahu pada kali ini Najib cuba mengelak dari memberi komitmen kepada rakyat terutamanya pekerja awam dan juga swasta malah dalam pada itu Najib juga tidak berlaku adil terhadap pekerja swasta yang sentiasa ketinggalan setiap kali bajet diumumkan.

"Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran mereka dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk terus ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta.

"Tetapi dalam masa yang sama bajet tersebut memperlihatkan Najib telah menganaktirikan pekerja swasta dengan menafikan hak mereka sebagai tenaga pendapatan negara, tanpa ada peruntukan khusus diberikan oleh Najib kepada golongan pekerja tersebut.

"Najib hanya mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji pekerja awam mengikut gred-gred tertentu dan apa yang kita lihat setiap kali bonus mahupun gaji dinaikkan maka akan wujud inflasi di negara ini dan ia akan terbeban kepada semua rakyat bukannya kepada mereka yang mendapat faedah, inilah ketidak adilan yang wujud dalam bajet kali ini," ulasnya lagi.

Cedok bajet Pakatan

Beliau menambah bajet ini adalah mencedok dari apa yang telah di umumkan oleh belanjawan Pakatan Rakyat sebelum ini. Bajet dari PR lebih mesra kepada rakyat dibawah jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh Najib tadi dan kita tahu rakyat tidak akan selesa dengan apa yang diberitahu kerana mereka tidak mendapat apa yang dikehendaki," sambungnya lagi.

Sebelum itu bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu juga tidak meletakkan sumbangan wanita dan juga warga emas yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara, selain itu juga bebanan diberikan kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat dengan meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.


"Kenaikan ini dilihat tidak seimbang kerana tiada sasaran gaji minimum dinyatakan oleh kerajaan dan secara jelas akan melihat rakyat terus terbeban dengan kos tambahan dan bebanan hutang," kata Dr Dzulkifly lagi.

MESYUARAT AGONG CABANG KUALA PILAH PADA 16HB. OKTOBER

Posted: 07 Oct 2011 06:43 AM PDT

MESYUARAT AGONG CABANG KUALA PILAH
PADA 16HB. OKTOBER 2011 (AHAD) JAM 9.00 PAGI,
TEMPAT DI PEJABAT PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH, JEMAPOH. SEMUA AHLI2 DIJEMPUT HADIR.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERKOSA - SIANG TIDOR, MALAM GANGGU CERAMAH MAT SABU

Posted: 07 Oct 2011 10:26 AM PDT


Siang tidor sebab malam-malam kena pergi ganggu ceramah Mat Sabu. Lagi pun dah tau dah inilah penggal terakhir dapat duduk kerusi empuk dalam Parlimen tu. Bila terjaga je nanti, tak tau hujung pangkal terus menyalak dalam dewan....

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bajet 2012 : Banyak Gula-gula Pilihanraya, Rakyat Terus Memikul Bebanan Hutang

Posted: 07 Oct 2011 08:18 PM PDT



Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya.
Read More / Baca Lagi >>

Pelakon Enot dikecam teruk gara gara isu Hudud..

Posted: 07 Oct 2011 08:17 PM PDT

Enot dikecam teruk

Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian, Kemarin.

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2012 : Najib nak lebong siapa ni...!!!! Negara 14 tahun defisit...!!!

Posted: 07 Oct 2011 08:13 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 Okt.- Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri tidak realistik dan sekadar helah pilihanraya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Kerajaan Pusat langsung tidak menjelaskan masalah besar yang menjadi persoalan iaitu defisit belanjawan yang kian meningkat.
"Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar lagi.yang menambah, beliau akan membuktikan perkara itu.

"Cara mereka berbelanja tanpa pendapatan, dan mereka masih bercakap tentang defisit 4.7 peratus, berbanding apa yang kita cadangkan," katanya lagi.
Anwar turut menambah beliau mensasaran Kerajaan Malaysia dijangka bakal membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mempersoalkan status pelaburan luar Negeri yang tidak dibentangkan langsung Kerajaan Pusat semalam.
Read More / Baca Lagi >>

HIMPUN: Selamatkan akidah umat!

Posted: 07 Oct 2011 07:58 PM PDT

HIMPUNKUALA LUMPUR – Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersepakat untuk menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran yang dinamakan Himpunan Sejuta Umat atau nama ringkasnya HIMPUN.
Perhimpunan yang mengajak penyertaan pertubuhan-pertubuhan dan individu mewakili umat Islam ini akan diadakan di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 22 Oktober 2011 bermula jam 2.00 petang hingga 5.30 petang.
"HIMPUN diadakan untuk menzahirkan suara dan sikap umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam serta mencemarkan kemuliaan agama Islam di negara kita ini," kata Pengerusi Bersama HIMPUN yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.
Read More / Baca Lagi >>

HUTANG PIUTANG

Posted: 07 Oct 2011 07:55 PM PDT

 Beban Untuk Rakyat......???
Angka sebenar hutang kerajaan pusat sekarang ialah RM437 Billion saja! Dan berbagai cukai/kenaikan harga barang akan dibuat selepas pilihanraya untuk bayar balik

Di bawah pimpinan Najib/Rosmah hutang negara naik 29% tahun ini kepada RM241,689 juta berbanding RM187,445 juta tahun 2007.

Mat Bangla ni pun teruja sangat......dengan bajet 'mulus' itu?

Posted: 07 Oct 2011 07:49 PM PDT

Mat Bangla ni memang teruja sangat.

Memang teruja sangat......kerana nampak terlalu menggiurkan......dapat memuaskan hati orang ramai.....tak dapat tidak ditolak atau mengenepikannya.

Ia dapat merangsangkan sesiapa bukan setakat melihatnya.....malah mendengarnya pun boleh bikin pusing kepala tanda bagus.

Bagus.....sungguh bagus.....memang bagus.....Malaysia bagus.

Tapi sayang, kata-kata di atas bukan kepada bajet yang dibentang semalam.

Bajet semalam diibaratkan seperti memberi rambutan sebakul untuk sebuah keluarga yang besar......sekali hadap (one-off) aje.....tak sampai 15 minit.....selesai.....besok...lusa...tulat...tubin...menggigit jari.

Kembali kepada kata-kata pujian di atas tadi......ia satu kisah benar di mana seorang pekerja kelab hiburan berketurunan Bangladesh, Md Manik Hossain, 25, mengaku mencabul kehormatan wanita berumur 21 tahun itu dengan memegang bahu dan mencium pipi kiri mangsa pada 3 Oktober lepas. (Ikuti kisah selanjutnya DI SINI .)
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s Upside-Down Budget

Posted: 07 Oct 2011 07:45 PM PDT

Najib's Upside-Down BudgetThe average Malaysian has to budget his monthly expenditure based on his monthly income. For example if you earn RM3,500 a month, you can only spend up to RM3,500. Spend more and you are in debt, or deficit if you like.
Najib Razak, however, has apparently decided that he is not bound by any such economic rules. In Najib's wonderland, he first figures out what he needs to spend to win the election. He then adjusts his growth figures to fit his expenditure. He insists on defying the laws of economics!
If Najib were to attempt to defy the laws of gravity in the same way, he would fall splat on his face. That is the trouble with economics, we suppose, you simply have to play around with numbers on excel spreadsheets to defy its laws (for a while). But eventually it catches up with you. And it won't be Najib who pays the price, it will be all of us.
Read More / Baca Lagi >>

Video : 'Occupy Wall Street' Growing More Organized

Posted: 07 Oct 2011 07:40 PM PDT

Video : Al Jazeera reporter describes clashes in Bahrain

Posted: 07 Oct 2011 07:39 PM PDT

Video : Gaddafi loyalists continue to fight

Posted: 07 Oct 2011 07:38 PM PDT

Video :Pua Banyak Gula Gula Diberikan

Posted: 07 Oct 2011 07:36 PM PDT

Video :Dr Dzul Jangan sembunyikan defisit

Posted: 07 Oct 2011 07:36 PM PDT

Video-Karpal Bagaimana peguam tempatan nak bersaing

Posted: 07 Oct 2011 07:35 PM PDT

Video-Pakatan: One-off handouts not enough to help poor

Posted: 07 Oct 2011 07:32 PM PDT

Video-Azmin: 14th year of deficit budget

Posted: 07 Oct 2011 07:31 PM PDT

Video-Chin Tong: Growth figures too optimistic

Posted: 07 Oct 2011 07:31 PM PDT

Jenayah menjadi-jadi, hukum Allah penyelamat manusia

Posted: 07 Oct 2011 07:27 PM PDT

Oleh Lanh
PADA suatu majlis ilmu antara waktu maghrib dan isyak di sebuah masjid berhampiran kediaman saya tidak lama dulu, tok guru mengingatkan bahawa setiap Muslim tidahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1xeVUVNnLnc-c2PgsTQJZxd064cligKN96L6XzVL3zfrbak8VsflqJoi-WSoqlgCg0nn_Xq7As8wmd8ZUXLTUCj-q4NIGmRAlbz_FXezUsEiQH7mypWxzVXBXohrz3dIBGvNwY232JCA/s1600/pidana.jpgk akan terlepas daripada ditanya usaha mereka dalam menunaikan kewajipan agama termasuklah menjayakan hukum jenayah Islam yang terbahagi kepada tiga iaitu hukum hudud, qisas dan takzir.

Tok Guru berkata, dalam menunaikan kewajipan beragama ini ada yang boleh dilakukan sendiri seperti solat dan ada yang tidak boleh dilakukan sendiri, ia membabitkan negara seperti melaksanakan hukum jenayah hudud, qisas dan takzir. Sekalipun ia membabitkan pihak berkuasa, tidak ada Muslim yang terlepas daripada ditanya oleh Allah SWT mengenai peranannya dalam pelaksanaan hukum jenayah ini, kata tok guru.
Read More / Baca Lagi >>

Umno pengkhianat demokrasi

Posted: 07 Oct 2011 07:23 PM PDT

Umno bukan sahaja menjadi penghalang kepada pelaksanaan Islam malah menhttp://terengganukini.net/gambar/tghadimuk08.jpggkhianati amalan pemerintahan negara yang berteraskan demokrasi berparlimen.Menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS menghadapi pelbagai mehnah sejak 1960-an dalam menyampai pegangan Islam sebagai cara hidup.
Katanya, seruan itu tidak diendah oleh masyarakat muslim terutama Umno sebagai parti memerintah yang berpegang kepada sekularisme kerana Umno tidak mudah menyerah kuasa dan menghalang hawa nafsu mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Dataran Cikgu Mala : Remaja Bawah Umur Diupah Ganggu Ceramah Mat Sabu

Posted: 07 Oct 2011 07:15 PM PDT

LABIS,8 Oktober 2011: Beberapa siri provokasi pihak tertentu pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat sebelum ini telah menerima tempiasnya apabila ia turut berlaku malam tadi sempena kehadiran Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS ke Johor.

Difahamkan beberapa hari yang lalu kejadian sama turut berlaku di Negeri Sembilan namun seperti yang dijangka, tindakan tidak bertamadun terjadi juga di Pekan Labis.

Tinjauan mendapati kira-kira 50 penunggang motosikal yang terdiri daripada kalangan remaja bawah umur didakwa diupah untuk melakukan provokasi sehingga menimbulkan ketegangan pada tempat ceramah.
Read More / Baca Lagi >>

Groups disappointed with lacklustre budget

Posted: 07 Oct 2011 07:06 PM PDT

Groups disappointed with lacklustre budgetDisappointment has taken to the air after Prime Minister Najib Abdul Razak released the much-anticipated Budget 2012.
Employers, trade unionists, environmentalists and investors are either taken aback by certain aspects of the budget, or feel like they have been left high and dry.
For some, it was a case of "hoping for the sky and the moon", for they have been banking on the government's assertion that it is pro-reform and is putting the people first.
Was this a case of mismanaged expectations?
Anthony Thanasayan, Malaysian Animal-assisted Therapy for the Disabled and Elderly Association (Petpositive):
Read More / Baca Lagi >>

How to deal with racial politicking

Posted: 07 Oct 2011 07:00 PM PDT

There is no credible national effort to destroy the racist mentality.

By R Kengadharan
The fundamental problem in Malaysia today is racism, and each day it escalates to a more dangerous level.
We cannot ignore the ugly truth that racism is the consequence of privilege, institutionalised discrimination and the claim of supremacy by one group.
The sad thing is that there is no national effort on a credible scale to destroy the racist mentality.
We must destroy racism by openly condemning it and rejecting it in whatever form it takes, including the form of a race-based political party.
The result of the 2008 general election did provide a ray of hope for a political system dominated by two multiracial parties, but the euphoria was short-lived.
Read More / Baca Lagi >>

Artis Malaysia : Bayar RM1,000 untuk bercerai

Posted: 07 Oct 2011 06:57 PM PDT

Bayar RM1,000 untuk berceraiKUALA LUMPUR - Hasrat penyanyi Siti Nursaida Tarudin untuk bercerai termakbul apabila suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Fikri bersetuju menerima RM1,000 daripada kakak penyanyi tersohor Siti Nurhaliza itu sebagai bayaran tebus talak (khuluk) dengan talak satu.
Jumlah itu diterima dengan rela hati oleh Mohd. Ghazali 40, selepas penyelesaian yang dicari dalam tiga majlis hakam sebelum ini sejak setahun lalu tidak membuahkan hasil kerana Saida, 35, wanita yang dikahwini selama 15 tahun berkeras untuk berpisah.
Kecewa dengan tindakan Saida yang juga plaintif, Mohd. Ghazali selaku defendan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya, sebaliknya menyerahkan kepada wakil hakam iaitu pegawai mahkamah untuk berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

Keganasan Di Tempat Ceramah

Posted: 07 Oct 2011 06:54 PM PDT

Polis Kena Bertindak Tegas Kerana Samseng Politik Makin BeraniSEBAIK menjenguk wall Facebook pagi ini perasaan saya berberai apabila melihat sekeping gambar seorang lelaki yang pipi kirinya berlumuran darah. Gambar itu ditagkan di wall Fb saya. Perasaan berbaur di antara geram, sedih dan kesal dengan apa yang berlaku. Seperti mana dicatatkan pada foto itu lelaki malang itu adalah anggota Unit Amal (UA) yang menjadi mangsa keganasan di tempat ceramah di Labis Johor.

Cerita lanjut tidak diseratkan. Siapa nama anggota UA tersebut juga tidak disebutkan. Ia dapat disahkan sebagai anggota UA kerana melihat kepada uniformnya. Apakah kejadian itu sudah ke pengetahuan polis juga tidak dinyatakan.

Tetapi cukup melihat kepada darah yang bersebal di pipinya, apa yang berlaku itu sesuatu yang serius dan perlu ditangkiskan dengan segera. Ia bukan persendaan politik. Kalau dibiarkan tidak mustahil kejadian itu akan melarat dan memberi kesan buruk kepada politik negara sehingga membawa kepada perang sabil.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2012: Tiada Yang Menggembirakan Untuk Guru/ Kakitangan Awam

Posted: 07 Oct 2011 06:49 PM PDT

Oleh: umnopenipu
"Pembentangan Bajet 2012 (sepatutnya gunalah istilah belanjawan) pada 7hb Oktober 2011 oleh PM Datuk Seri Najib menerima komen (sebagaimana yang dijangka) yang amat manis dari para pengampu dan rakyat yang terbelenggu mindanya. Paling menjengkelkan ialah dari Majlis Profesor Negara yang sehingga kini menonjolkan kedunguan minda secara jelas sehingga memalukan institusi yang menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada mereka, institusi tempat mereka bekerja, bangsa Melayu malah memalukan 'Satu Malaysia'. Sebagaimana biasa, pembohong-pembohong tegar ini telah menggunakan istilah yang mengelirukan sehingga ramai antara kita yang terpegun dan rasa senang hati.

Read More / Baca Lagi >>

Budget 2012 ‘generous’ but lacks long-term solution, say Malaysians

Posted: 07 Oct 2011 06:46 PM PDT

PM Najib delivering Budget 2012 at the Dewan Rakyat, October 7 2011

KUALA LUMPUR, Oct 8 — Although few complained about the Najib administration's mass cash-handouts and housing aid, some Malaysians feel Budget 2012 fails to address and solve core national issues.
The ruling Barisan Nasional (BN) government proposed one-off cash handouts to low-income households and all primary and secondary school students nationwide, promising it'll reduce the impact of rising costs on Malaysians.
Read More / Baca Lagi >>