Jumaat, 7 Oktober 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Parlimen Bubar Isnin Ini?? PR Sudah bersedia..???

Posted: 07 Oct 2011 08:40 AM PDT

TERKINI!!



Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan.

Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu.

Secara jujurnya, permainan teka-teki waktu pilihanraya umum ke-13 ini sudah menjadi hangat semenjak permulaan tahun ini lagi. Ramai yang meneka Mac, Julai, November dan juga Mac 2012. Tetapi walaupun tekaan yang tepat itu mungkin pada Mac tahun depan, masih ada kemungkinan besar yang Najib akan mengorak langkahnya itu pada bulan depan.

Jika begitu, maka beliau 'haruslah' membubarkan Parlimen pada hari Isnin. Sudah tentu beliau boleh lakukannya selepas pembentangan belanjawan petang ini, ataupun pada hujung minggu, tetapi ramai ahli-ahli politik berkata ia akan berlaku pada hari Isnin, sekiranya PRU-13 jatuh pada November.

Kenapa Isnin?

Alasannya mudah, sekiranya Najib tidak membubarkan Parlimen menjelang Isnin, Belanjawan 2012 haruslah dibahas pada Isnin itu juga, yang akan membazirkan waktu kerana pilihanraya hanya sebulan sahaja lagi.

Kedua, kenapa beri peluang untuk pihak pembangkang untuk mengacau rencana besarnya itu yang sudah pasti akan dipuji-puji di media semasa, radio dan televisi, yang semuanya dikawal kerajaan.

Ya, langkah itu membenarkan BN untuk melontarkan 'imbuhan' sementara meninggalkan Pakatan Rakyat terkontang-kanting mencari area perdebatan. Ia adalah jalan pintas untuk mendiamkan rakyat. Dan apabila Belanjawan itu dibentang semula, sekiranya BN menang, Najib masih boleh mencari jalan untuk perlahan-lahan mengelak daripada mengotakan janjinya.

Dua kem

Di dalam UMNO, jelas kelihatan adanya pertembungan di antara dua pihak yang tidak dapat dinafikan lagi oleh penyokong tegarnya pun. Kem Najib mahukan pilihanraya awal sebelum perjumpaan tahunan parti itu pada Disember untuk mengelakkan daripada dipaksa mengumum rencana pertukaran kuasa kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin.

Jelaslah Muhyiddin, dan lebih-lebih lagi Mahathir Mohamad, bekas pemimpin yang masih berpengaruh itu, mahukan PRU-13 berlaku pada tahun hadapan. Mereka bimbang skanda-skandal Najib akan melemahkan peluang BN untuk menang dan mahu untuk bertanding dalam PRU-13 dengan persoalan kepimpinan sudah selesai, suaya rakyat akan merasa selesa untuk kembali mengundi BN.

Ya, PRU-13 amatlah bergantung kepada perjumpaan agung UMNO yang akan datang. Terdapat banyak tanda-tanda peperangan dan perebutan kuasa sedang berlaku dan keributan untuk majlis tertinggi UMNO mencalonkan pengganti pucuk kepimpinan. Samalah seperti apa yang dilalui Abdullah Badawi pada tahun 2008.

Inilah rasional yang dibangkitkan oleh mereka yang meramalkan PRU-13 akan berlangsung pada bulan November. Mereka meneka Najib akan mencantas pergolakan dalam UMNO dengan mendapatkan mandat rakyat, dan sekiranya dia berjaya mengekalkan status quo atau malah berjaya merampas semula Selangor daripada genggaman Pakatan, maka dia telah memastikan kedudukannya untuk satu terma lagi.

Dan dalam terma keduanya, Najib dan isterinya Rosmah Mansor tidak akan bermain-main lagi. Dan ini adalah sesuatu yang Mahathir dan Muhyiddin harus beri perhatian.

Faktor Anwar

Terdapat juga isu Anwar Ibrahim, yang pada waktu ini terjebak dengan tuduhan Liwat II. Perbicaraan sedang berlangsung dan sekiranya pilihanraya berlaku sekarang, adalah sukar untuk Anwar berkempen bermati-matian.

Ini adalah mata tambahan untuk Najib, di mana dia berhasrat untuk menyingkirkan Anwar daripada dunia politik dan meraih sokongan ketua-ketua UMNO yang tidak mahu Pakatan Rakyat berlegar-legar lagi mengganggu urusniaga mereka.

Membubarkan Parlimen sejurus selepas Belanjawan dibentangkan juga boleh dilihat sebagai langkah untuk manyelesaikan perkara. Terpengaruh oleh hubungan awamnya yang positif dan selesa dengan delusi yang rakyat di luar kota akan tetap mengundi BN, Najib kelihatan akan mengorak langkah pada bulan November.

Mahathir masih 'tulang belakang'

Walau bagaimanapun, dengan mengamati tanda-tanda terkini yang semakin jelas selepas Pakatan Rakyat melancarkan Belanjawan Bayangan 2012 Prosperity For All, kemungkinan untuk berlangsungnya PRU pada tahun ini semakin nipis.

Dengan insiden Bukit Kepong dan isu hudud yang makan tuan, sebagai mana taktik licik itu terbaca oleh rakyat Malaysia, lebih berkemingkinan untuk Najib mengalah kepada Mahathir.

Walau demikian sekali pun, untuk pengesahan dan sehinggalah Najib sendiri menafikan PRU-13 akan berlaku tahun ini, seluruh perhatian akan diberikan kepada Najib selepas dia membentangkan Belanjawan 2012 hari ini. Sekiranya dia berdiam diri, maka Isnin lah yang akan menjadi hari keputusan bilakah PRU-13 akan berlangsung.

Sudah pasti, ini akan membawa kepada teka-teki 2012, dan sebenarnya, PRU-13 tidak semestinya berlaku pada Mac/April 2012...?????

Belanjawan 2012 Cedok Bajet Pakatan. Najib Kagum

Posted: 07 Oct 2011 07:07 AM PDT







Najib kagum dengan pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat sebelumnya....

& dan buku Jingga menjadi rujukan Najib waktu ini.

Keegoannya mustahil untuk mengaku telah ketandusan idea untuk mencari satu formula terbaik untuk menarik perhatian rakyat terutamanya di dalam saat2 berhadapan PRU 13 nanti.

Syabas PR.....belanjawan negara oleh Najib sebahagiannya terpaksa di cedok. Dan semestinya ada keberanian untuk melaksanakan.

Jangan cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.....Cakap-cakap tak bikin-bikin.

Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya.

"Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang."Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini,"jelasnya.

Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang dihadapi oleh Najib itu apabila melihat belanjawan PR yang lebih tertumpu kepada pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat.

"PR melihat tekanan yang dihadapi oleh Najib adalah tentang hasrat PR yang telah berjanji ingin melakukan pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat, kita melihat beliau terpaksa bertindak balas terhadap usaha PR itu.

"Tetapi persoalan yang jelas ingin PR utarakan bagaimana pengagihan semula itu ingin dikembalikan semula kepada yang berhak tanpa ada sebarang ketirisan. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada pemilik teksi dan kita lihat keuntungan hanya akan diperolehi oleh kroni mereka sendiri bukannya kepada pemilik teksi tersebut," katanya.

Persoalan besar

Dalam pada itu beliau menjelaskan Najib hanya menumpukan perbelanjaan kepada pembangunan tetapi tidak menyatakan secara khusus bagaimanakah kerajaan ingin menambah pendapatan negara.

"Bajet sebelum ini kita melihat kerajaan akan mengumumkan penambahan pendapatan sumber negara akan dikutip melalui cukai-cukai tetapi pada kali ini ia tidak dinyatakan dan ini menjadi persoalan besar kepada kita bagaimanakah kerajaan ingin berbelanja sedangkan tidak pasti sumber pendapatannya.

"Najib terus membuat perbelanjaan besar dalam projek mega yang jelas mempunyai risiko tinggi di saat negara berdepan dengan ekonomi global yang muram dan secara jelas ekonomi negara berada pada tahap bahaya jika perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab ini diteruskan tanpa pengkajian yang khusus," sambungnya lagi.

Beliau memberitahu pada kali ini Najib cuba mengelak dari memberi komitmen kepada rakyat terutamanya pekerja awam dan juga swasta malah dalam pada itu Najib juga tidak berlaku adil terhadap pekerja swasta yang sentiasa ketinggalan setiap kali bajet diumumkan.

"Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran mereka dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk terus ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta.

"Tetapi dalam masa yang sama bajet tersebut memperlihatkan Najib telah menganaktirikan pekerja swasta dengan menafikan hak mereka sebagai tenaga pendapatan negara, tanpa ada peruntukan khusus diberikan oleh Najib kepada golongan pekerja tersebut.

"Najib hanya mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji pekerja awam mengikut gred-gred tertentu dan apa yang kita lihat setiap kali bonus mahupun gaji dinaikkan maka akan wujud inflasi di negara ini dan ia akan terbeban kepada semua rakyat bukannya kepada mereka yang mendapat faedah, inilah ketidak adilan yang wujud dalam bajet kali ini," ulasnya lagi.

Cedok bajet Pakatan

Beliau menambah bajet ini adalah mencedok dari apa yang telah di umumkan oleh belanjawan Pakatan Rakyat sebelum ini. Bajet dari PR lebih mesra kepada rakyat dibawah jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh Najib tadi dan kita tahu rakyat tidak akan selesa dengan apa yang diberitahu kerana mereka tidak mendapat apa yang dikehendaki," sambungnya lagi.

Sebelum itu bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu juga tidak meletakkan sumbangan wanita dan juga warga emas yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara, selain itu juga bebanan diberikan kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat dengan meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.


"Kenaikan ini dilihat tidak seimbang kerana tiada sasaran gaji minimum dinyatakan oleh kerajaan dan secara jelas akan melihat rakyat terus terbeban dengan kos tambahan dan bebanan hutang," kata Dr Dzulkifly lagi.

MESYUARAT AGONG CABANG KUALA PILAH PADA 16HB. OKTOBER

Posted: 07 Oct 2011 06:43 AM PDT

MESYUARAT AGONG CABANG KUALA PILAH
PADA 16HB. OKTOBER 2011 (AHAD) JAM 9.00 PAGI,
TEMPAT DI PEJABAT PAKATAN RAKYAT DUN JUASSEH, JEMAPOH. SEMUA AHLI2 DIJEMPUT HADIR.

Tiada ulasan: