Ahad, 2 Oktober 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SUDAH TENTU ZAID TIDAK SOKONG HUDUD SEBAB BELIAU PERNAH SAMAN HUDUD

Posted: 02 Oct 2011 08:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ZAID Ibrahim, Presiden Parti KITA mendakwa PAS tidak bersungguh mahu laksanakan hudud melainkan hanya untuk Pilihanraya semata-mata. Cerdik-cerdik Zaid ini pun ada juga yang bengapnya bila beliau berfikir. Cuba baca apa yang dikatakan oleh orang yang pernah saman hudud di mahkamah itu di sini.

Petikan dari laman web tersebut, " Presiden parti KITA, Datuk Mohd Zaid Ibrahim yakin hukum hudud tidak akan dilakanakan sama sekali sekalipun masih dicanangkan oleh PAS Kelantan. Beliau mendakwa PAS menimbulkan kembali soal hudud itu demi menarik semula sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya mahu melaksanakan hukum berkenaan. Katanya elok PAS menumpukan pada perkara yang lebih mustahak."

Beliau menyebut lebih baik PAS menumpukan perkara yang lebih mustahak. Ertinya, Hukum Hudud itu pada Zaid Ibrahim tidak mustahak. Jika benar PAS ingin berpolitik untuk menang Pilihanraya semata-mata, lebih baik PAS buat pengakuan tidak akan melaksanakan Hukum Hudud, bukankah itu lebih baik buat PAS? Sudah tentu DAP terutamanya Karpal Singh akan puji PAS melangit tingginya dan PAS juga mungkin mendapat sokongan dari MCA dan Gerakan yang juga sama-sama menentang Hudud. Peliknya, mengapa PAS berkeras juga untuk melaksanakan hukum Allah ini?

Zaid mendakwa PAS menyebut hukum Hudud untuk memenangi Pilihanraya, sedangkan lojiknya jika PAS mahu lebih mudah menang PAS harus gugurkan matlamat melaksanakan Hudud, bukankah begitu? Silap-silap haribulan ramai pemimpin dan ahli-ahli Umno akan menyokong PAS kerana Umno tiada beza dengan DAP, MCA dan Gerakan yang menentang hukum Hudud ini.

Betapa susahnya Zaid Ibrahim untuk berfikir mengapa PAS bersungguh-sungguh untuk mempertahankan hukum Islam ini sehinggakan PAS sanggup kehilangan DAP. Di sini jelas bahawa PAS meletakkan soal menang atau kalah di dalam Pilihanraya itu perkara nombor dua, yang penting cita-cita untuk melaksanakan hukum Islam itu mesti ada disertai dengan usaha-usaha dengan berbagai pendekatan. Salah satu pendekatan PAS bagi mencapai matlamat ini adalah dengan mencadangkan agar diadakan muzakarah dengan semua pihak bagi menerangkan hukum Islam yang diwajibkan itu.

Saya harap ahli-ahli PKR yang berugama Islam jangan ragu-ragu untuk menyokong hasrat PAS itu kerana hukum hudud bukanlah hukum yang dicipta oleh PAS, tetapi itu adalah hukum Allah yang kita beriman kepadanya. Jika terdapat rakan-rakan kita di dalam PKR atau DAP yang Non-Muslim, mereka tidak boleh dikaitkan untuk memaksa mereka menyokong hukum Islam.

Apa yang penting, kita mesti tumbangkan Umno/Bn terlebih dahulu kerana merekalah sebenarnya yang menentang hukum ini sebelum DAP lagi. Bukan semua pemimpin DAP seperti Karpal Singh yang agak kritikal dengan hukum Hudud. Ngeh Ko Ham contohnya berkata tidak kira apa jua hukum asalkan memberi keadilan kepada rakyat. Lim Guan Eng pula berkata, isu hukum Hudud tidak akan mampu merosakkan kerjasama PAS dan DAP. Karpal Singh menentang hukum ini pun hanya berpandukan kepada Perlembagaan negara kerana beliau pakar di dalam Undang-Undang.

Lebih 50 tahun Umno berkuasa, usahkan mahu melaksanakan hukum ini malahan tiada pendekatan atau usaha-usaha pun dibuat oleh Umno untuk menunjukkan mereka beriman dengan hukum Allah ini. Jika tidak percaya, cuba tanya mana-mana guru agama yang dibayar elaun atau gaji oleh kerajaan Umno/Bn sekarang adakah mereka boleh berbicara soal Hudud? Jika orang politik mahu bertazkirah pun perlu permit, bagaimana mahu berusaha memahamkan umat Islam dengan Hudud? Kalau isteri sendiri pun `bertelanjang' yakni tidak menutup aurat, mahu kah mereka kepada Hudud?

91 % PERATUS TERIMA MAT INDERA PEJUANG, MEREKA GAGAL DALAM ISU INI

Posted: 02 Oct 2011 12:52 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA isu Mat Indera timbul, saya terus membuat `poll' bagi melihat sejauh mana pengunjung blog ini mempercayai Mat Sabu atau propaganda Umno dan media haprak mereka. Meskipun tiada siapa di antara kita yang waras mahu menyokong Komunis, tetapi di dalam isu Mat Indera puak yang berperangai lebih kurang `Komunis' itu menuduh Mat Sabu atau PAS menyokong Komunis.

Soalan di dalam Poll (undian) pengunjung blog ini berbunyi, " MAT SABU ANGGAP MAT INDERA PEJUANG MENENTANG PENJAJAH, ADAKAH ANDA BERSETUJU?".

Daripada sejumlah 2, 402 pengunjung yang berakhir tengah malam tadi, seramai 91 % bersetuju dengan Mat Sabu, hanya 5 % yang tidak bersetuju dan 4 % memberi jawapan tidak tahu.

Oleh sebab itulah isu Mat Indera kini kurang kedengaran lagi kerana mereka faham bahawa tidak mudah untuk memperbodohkan rakyat yang sudah semakin cerdik dan bijak. Kini, mereka bermain dengan isu hukum Hudud pula. Isu ini sudah lapok kerana mereka telah lama mendendangkan isu ini dahulu lagi tetapi mereka mahu menunjukkan bahawa mereka juga sependapat dengan MCA, Gerakan dan DAP yang Non-Muslim itu bahawa mereka juga menentang Hukum Allah ini.

Jika MCA, Gerakan atau DAP menentang hukum ini, kita sudah faham lama bahawa mereka itu bukan Islam yang tidak diwajibkan untuk beriman jauh sekali untuk menyokong Hukum Hudud ini. Adakah kita mahu Non - Muslim juga berpuasa atau menunaikan ibadah Haji seperti kita yang berugama Islam ini. Sudah tentu tidak.

Sekarang sudah tidak pelik lagi jika terdapat umat Islam yang sependapat dengan golongan Kafir ini. Mereka bukan sahaja tidak mahu melaksanakan hukum Allah tersebut walaupun kuasa di tangan mereka lebih 50 tahun, malahan mereka menentang dan menyekat orang lain yang mahu melaksanakannya. Tentulah mereka ini lebih zalim dari Non-Muslim.

Apakah tergamak kita menyokong golongan zalim terhadap hukum Allah ini? Fikirkan sendiri./wfauzdin.blogspot.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PAKATAN BENTANG BELANJAWAN ESOK

Posted: 02 Oct 2011 06:04 AM PDT



PAKATAN BENTANG BELANJAWAN ESOK

Posted: 02 Oct 2011 06:04 AM PDT

DAP bidas kenyataan berunsur perkauman MCA

Posted: 02 Oct 2011 04:49 AM PDT

SHAH ALAM 2 OKT : Naib Pengerusi DAP Selangor, Charles Santiago menyifatkan kenyataan MCA kononnya kerajaan Pakatan Rakyat (PAS-DAP-PKR) mengabaikan nasib dan kebajikan kaum lain sebagai suatu kenyataan tidak berasas.

Charles berkata apa yang dibahaskan dalam Perhimpunan Agung MCA itu hanya satu penyelewangan fakta demi meraih sokongan rakyat khusunya masyarakat cina.

"Masyarakat Cina di Selangor dan Pulau Pinang contohnya, mereka kini lebih matang, mereka melihat dan menilai pentadbiran Pakatan Rakyat, kenyataan MCA ini suatu yang akan memakan diri sendiri yang mana hari ini mereka sedar bahawa mereka telah dipinggirkan oleh masyarakat cina,"katanya.

Pewakilan MCA Kelantan, Liew Koon Yan, ketika membahaskan ucapan Ketua Pergerakan Pemuda MCAdi Wisma MCA semalam berkata Pakatan Rakyat menafikan hak masyarakat Cina mendapatkan tanah untuk membina sekolah.

"Di Perak, dengan bantuan MCA, sekolah-sekolah swasta Cina menerima peruntukan berjumlah RM2.5 juta. Mengapa bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hanya boleh bercakap tetapi tidak menyampaikan," katanya.

Menurut laporan Selangorkini pada 23 April Kejayaan Selangor berjaya melaksanakan 10 program pembangunan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dari tahun 2008 sehingga 2010 kepada semua rakyatnya tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Antara kejayaan adalah seramai 27,000 orang menerima bantuan Tabung Warisan Anak Selangor ( Tawas ) dengan perbelanjaan lebih RM 2 juta.

Kerajaan negeri Selangor bawah pentadbiran Pakatan Rakyat meluluskan bantuan kepada sekolah-sekolah Cina di negeri itu sebanyak RM6 juta,

Mengulas lanjut, Charles yang juga Ahli Parlimen Klang menasihatkan kepada seteru politik khususnya MCA agar bersaing secara sihat dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan bukannya menerusi tohmahan tidak berasas.

("Kalau mahu kritik, kritiklah dengan bijak, perlu sertakan dengan bukti bukannya dengan melontarkan fakta palsu, realitinya, sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat dari 2008 sehingga 2011 banyak tanah dan bantuan sekolah diberikan kepada kaum lain"

Charles ketika dihubungi TVSElangor turut berpendapat bahawa hak untuk mengkritik ialah ditangan rakyat, dan mana-mana kerajaan yang ada pula, bertanggungjawab untuk merealisasi apa yang diimpikan oleh rakyat.


Belia Selangor Ke Jerman Untuk Belajar Pembuatan Kapal Terbang

Posted: 02 Oct 2011 04:40 AM PDT

SHAH ALAM, 3 SEPTEMBER - Golongaan belia terutama mahasiswa di negeri Selangor berpeluang mengikuti kursus berkaitan teknologi pembuatan kapal terbang bersama beberapa syarikat dari Jerman, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri mencapai persetujuan dengan pihak syarikat dari Jerman berhubung perkara itu menerusi lawatan kerja yang diadakan ke negara itu pada 11 hingga 16 September lalu.

Menerusi perbincangan itu, beberapa syarikat dari Jerman menyatakan persetujuan menerima peserta terdiri dari belia yang dihantar oleh kerajaan negeri bagi mengikuti kursus tersebut.

Katanya, ia adalah satu peluang keemasan bagi golongan belia terutama mahasiswa untuk mendapat ilmu pengetahuan atau menceburi bidang teknologi pembuatan kapal terbang dari negara maju itu.

"Satu program yang akan dibuat oleh kerajaan negeri ialah untuk memasukkan anak-anak muda kita dalam kursus yang ditawarkan oleh syarikat Jerman yang menjalankan program membuat dan membaiki alat-alat kapal terbang.

"Syarikat Jerman itu bersetuju untuk membenarkan kerajaan negeri menghantar 50 hingga 100 peserta dalam sesuatu masa untuk mereka diajar di sana," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian pelancaran program "Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor" (RKSS) anjuran Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Perangsang Selangor, Raja Idris Raja Kamarudin dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali.

Kerajaan negeri akan membiayai peruntukan awal bagi kumpulan belia yang berjaya mengikuti kursus tersebut yang dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan sehingga mereka memperolehi sijil tamat latihan.

Menurutnya, sekiranya mereka didapati sesuai bagi mengikuti kursus selanjutnya maka mereka akan dipilih dan dibiayai pula oleh syarikat dari negara Jerman itu yang akan dikenal pasti menerusi perjanjian dibuat dengan Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Ngeri akan mengumumkan senarai nama syarikat dari Jerman yang terlibat dalam program itu sedikit masa lagi.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


MCA lalui zaman gelap

Posted: 02 Oct 2011 09:26 PM PDT

Krisis kepimpinan MCA yang berpanjangan menjadikan parti politik tertua serta terbesar dan paling berpengaruh di kalangan orang Cina itu semakin terpinggir dan kini menuju ke penghujung jalan.

PETALING JAYA: Peranan kaum Cina kepada pembangunan dan kestabilan politik negara sangat besar dan sesiapa pun tidak boleh menafikannya.
Sejak sekian lama, sejak sebelum merdeka lagi, MCA menjadi tunjang kepada pergerakan dan penyatuan masyarakat Cina dalam pembangunan negara bersama Umno dan MIC.
MCA dan komponen Barisan Nasional (BN) atau lebih awal yang dipanggil Perikatan sama-sama menuntut kemerdekaan daripada penjajah British dan kemudiannya memakmurkan negara seperti yang ada hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: SPR tidak upaya laksana reformasi

Posted: 02 Oct 2011 09:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar menuntut Perdana Menteri menyatakan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berupaya melakukan pembaharuan pilihan raya berdasarkan bidang kuasanya sedia ada.
Dalam soalan bertulisnya, Anwar membangkitkan kelemahan SPR seperti dinyatakan dalam tuntutan Bersih 2.0, sedangkan badan itu berupaya melaksanakan reformasi pilihan raya tanpa perlu cadangan  Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC).
"Perkara ini (kelemahan SPR) menjadi isu besar, bukan sahaja di Malaysia tetapi dibahaskan di peringkat antarabangsa," katanya dalam perbahasan pagi ini.
Merujuk Indonesia yang berkepadatan 270 juta penduduk, Anwar berkata, dakwat kekal digunakan dalam pilihan raya di negara tersebut.
Justeru, SPR tidak mempunyai alasan untuk melengah-lengahkan reformasi pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Zaid Terus Hanyut Dalam Keegoaannya

Posted: 02 Oct 2011 09:16 PM PDT

SEMENTARA menunggu keputusan mahkamah jam 2:30 petang nanti apakah permohonan Najib Razak dan Rosmah Mansor untuk mengenepikan sepina oleh Anwar Ibrahim ditolak atau diterima, saya ingin bercakap sedikit perihal orang bernama Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim ini semacam ada persamaan dengan Inchek Ibrahim Ali. Apakah mereka ini kembar tidak seiras atau kembar siam yang berkongsi perangai politik?

Kedua mereka asal dari negeri saya, Kelantan. Keduanya kebetulan pernah saya kenal dan pernah mendampingi mereka. Kecuali Zaid, Inchek Ibrahim pernah masuk ke dalam rumah saya dan duduk bersela dan sempat merasi tea "O" kurang manis di rumah saya. Zaid hanya sampai diluar saja, ketika dia menjemput dan menghantar saya selepas pergi.. nun jauh berceramah di utara dan juga selatan sewaktu proses beliau hendak menyertai PKR.

Begitu juga dengan Inchek Ibrahim, selalu mengambil dan menghantar saya untuk pergi berceramah di serata tempat di negara ini sebelum beliau menjadi ahli Parlimen Pasir Mas menerusi tikit Pas. Dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak. Jadi kedua mereka saya cukup kenal dan arif. Cukup tahu makanan dan minuman apa yang menjadi kesukaan mereka!

Kebetulan juga saya ikut sama membantu atau lebih tepat memantau pilihan raya yang mereka sertai. Inchek Ibrahim semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Pasir Mas dan juga pilihan raya umum ke-12 lalu. Zaid pula semasa pilihan raya kecil di Hulu Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Abim: Wacana syor kajian laksana hudud ‘secara serius’ di Malaysia

Posted: 02 Oct 2011 09:07 PM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Okt — Satu wacana isu semasa mengenai hudud mengesyorkan satu jawatankuasa teknikal ditubuhkan untuk mengkaji kemungkinan bagi melaksanakan undang-undang Islam itu secara serius di Malaysia ketika parti-parti politik pula mempamerkan pendirian berbeda dalam hal ini. Selain itu, wacana tersebut juga mengesyorkan agar diadakan satu referendum atau pungutan suara untuk memahami persepsi dan kehendak rakyat berhubung pelaksanaan hudud dan juga program penerangan secara berterusan.
Read More / Baca Lagi >>

BN withdraws Kg Baru Bill: Pakatan declares victory for the people, Dr Lo Lo

Posted: 02 Oct 2011 09:03 PM PDT


BN withdraws Kg Baru Bill: Pakatan declares victory for the people, Dr Lo LoDue to tremendous opposition mounted by the Pakatan Rakyat and the residents themselves, the Najib administration has withdrawn the controversial Kampung Baru Development Bill, which was due for second reading in Parliament. In fact, one of the first things done this morning by the BN was to withdraw the Bill when Parliament commenced its last session for the year. Raja Nong Chik, the Minister of Federal Territories is expected to issue a statement later in the day.
"It looks like general election maneuvering again. BN knows this is very unpopular with the Kg Baru folk, so they are withdrawing it for now but after the GE, I am sure Najib and Umno cronies won't be able to resist the lucrative benefits from developing the area in the way that they want even though it may be against the wishes of the residents," Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle.
Read More / Baca Lagi >>

DPM is twisting Unesco facts to support Bahasa for Maths and Science

Posted: 02 Oct 2011 09:02 PM PDT

DPM is twisting Unesco facts to support Bahasa for Maths and Science
The decision by Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who is also the Education Minister, to teach Science and Maths in Bahasa Melayu and not English should not be mixed up with the use of Bahasa as the medium of instruction in the Malaysian school system as mandated in the Education Act 1996.
In announcing his decision, Muhyiddin had argued his case by saying that research conducted by Unesco found that schoolchildren were more receptive in learning new subjects using their mother tongue.
"Some people do not understand any other language apart from their mother tongue. The important thing is knowledge, and what is the simplest medium to attain it? Unesco research found that people learnt things better via their own language, their mother tongue," he told a press conference last week.
Read More / Baca Lagi >>

BN agency ‘threatens’ Sadia

Posted: 02 Oct 2011 09:01 PM PDT

It appears that an agitated Barisan Nasional may be instigating the de-registration of the Sarawak Dayak Iban Association.
KUCHING: The 28-year old Sarawak Dayak Iban Association (Sadia), one of the most effective non-governmental organisations, is facing deregistration following complaints by the Registrar of Societies (ROS) that the association had contravened the provisions of the Societies Act 1966.
In its showcause letter dated Aug 23, 2011, the ROS has accused Sadia of being involved in the Batang Ai by-election in 2008.
ROS also alleged that Sadia had contravened Article VI clause 1 of the Societies Act and Regulations for not holding its triennial delegates conference. Sadia's last meeting was held in 2006.
Read More / Baca Lagi >>

Kuasa di tangan orang hina

Posted: 02 Oct 2011 08:58 PM PDT

Melihat perkembangan politik semasa umpama membaca kisah dalam epik Mahabharata.

Perhatikan "percaturan" parti-parti politik masa kini dan kita mungkin segera teringat akan epik Mahabharata yang ditulis dalam Bahasa Sanskrit oleh Vyasa antara kurun ke-5 Sebelum Masehi dan kurun ke-2 Masehi.
Epik berkenaan yang diakui sebagai teks puisi terpanjang di dunia mengisahkan perang saudara antara golongan Kauruva (pakatan seratus orang) dan golongan Pandava (pakatan lima orang) berikutan tindakan Kauruva "merampas" kerajaan daripada Pandava secara tipu muslihat.
Read More / Baca Lagi >>

Ong rela potretnya dikeluarkan dari Wisma MCA

Posted: 02 Oct 2011 08:54 PM PDT

NONEBekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata beliau tidak kisah jika potretnya diturunkan daripada ibu pejabat parti itu di Wisma MCA, KualaLumpur.

Ini kerana katanya, beliau juga tidak mahu potretnya digantung bersebelahan "orang yang korup dari segi moral."

Adalah menjadi tradisi MCA untuk meletakkan potret presiden di ibu pejabat parti itu.

Read More / Baca Lagi >>

March ISA repeal a ‘cop out’, say Pakatan MPs

Posted: 02 Oct 2011 08:52 PM PDT

Nurul Izzah said there was no excuse for delaying the ISA repeal. — File pic
KUALA LUMPUR, Oct 3 — Datuk Seri Najib Razak's March deadline to abolish the Internal Security Act (ISA) is a "cop out" given the likelihood that he will call snap polls soon after Budget 2012 is passed, say opposition lawmakers.
Read More / Baca Lagi >>

Wacana Abim tegaskan Hudud sesuai dilaksanakan

Posted: 02 Oct 2011 08:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Wacana Isu Semasa Hudud: Sesuaikah Dilaksanakan di Malaysia anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) semalam merumuskan bahawa undang-undang jenayah syariah tersebut sesuai dan wajar dilaksanakan di Malaysia.

Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim (gambar) menekankan usaha ke arah merealisasikan undang-undang hudud boleh dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat  dengan mengambil kita penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada sebelum ini.

Read More / Baca Lagi >>

Polis diminta tingkat usaha kawal jenayah ragut

Posted: 02 Oct 2011 08:50 PM PDT

PETALING JAYA, 3 Okt: Penduduk Kawasan Taman Sri Sentosa melahirkan kebimbangannya apabila kes ragut semakin meningkat di kawasan ini yang sekaligus boleh meragut nyawa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan berbagai aduan rakyat yang diterima, beliau mengeluarkan surat permohonan kepada Ketua Balai Polis Petaling, di Balai Polis Sri Sentosa, Petaling  agar rondaan dipertingkatkan di sekitar kawasan itu.
(Nurul bercakap dengan para pegawai polis Sri Sentosa)Read More / Baca Lagi >>

DAP ucapkan syabas kepada PAS

Posted: 02 Oct 2011 08:49 PM PDT

KEPALA BATAS, 3 Okt: Syabas PAS kerana berjaya mempertahankan indentiti perjuangan sehingga 60 tahun walaupun terpaksa mengalami pahit maung, sepak terajang politik, fitnah yang melampau dan sebagainya kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau bangga dengan PAS kerana bersikap matang dan tidak cepat melatah bila berhadapan dengan isu yang memburukan emej PAS atau siapa sahaja yang menjadi teman seperjuangan dalam setiap kali diadakan persefahaman politik.

"PAS amat matang dalam hal ini maklumlah telah lama berada dalam arena politik tanahair.  Kematangan itulah yang menjadikan PAS mudah diterima rakyat.  Tambahan lagi kepimpinanya yang mudah mesra, " jelasnya ketika berucap dalam Rapat Umum sempena Sambutan 60 tahun PAS di Dewan Milenium baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Aktivis MTUC piket bantah pinda akta pekerjaan

Posted: 02 Oct 2011 08:40 PM PDT

Kira-kira 120 anggota Kesatuan Pekerja (MTUC) hari ini mengadakan piket di hadapan parlimen membantah pindaan undang-undang terhadap Akta Pekerjaan 1955.

Ini kerana mereka mendakwa pindaan akta tersebut "tidak menyebelahi pekerja" dan kerajaan tidak mengadakan rundingan dengan kesatuan itu sebelum pindaan dibuat.Read More / Baca Lagi >>

TERAS tolak kuota rumah b'putera disemak semula

Posted: 02 Oct 2011 08:39 PM PDT

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menolak gesaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) supaya peruntukan kuota bumiputera disemak semula kerana mendakwa ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian.
Read More / Baca Lagi >>

Berish 2.0 "bagi chan" pada PSC

Posted: 02 Oct 2011 08:38 PM PDT


PETALING JAYA, 2 OKT.: Pengerusi  Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menyeru gerakan-gerakan awam supaya menerima 'tanpa prasangka' hasrat kerajaan persekutuan untuk membaikpulih sistem pilihan raya, sebelum mengambil tindakan susulan seperti mengadakan satu  lagi perhimpunan.

Ambiga berkata jawatankuasa terpilih parlimen (PSC) yang akan ditubuhkan bagi objektif itu harus diberi peluang untuk menjalankan tugas  mereka.

Read More / Baca Lagi >>

Pakatan janji bela nasib bekas tentera

Posted: 02 Oct 2011 08:28 PM PDT

SERDANG, 3 Okt: Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia atau ringkasnya (Kerabat) mengharapkan pembelaan dari Pakatan Rakyat terhadap bekas anggota tentera yang selama ini didakwa diabaikan oleh kerajaan BN.
Hasrat itu disampaikan melalui satu memorandum yang diserahkan presidennya Mohd Nazari Mokhtar kepada pimpinan Pakatan Rakyat pada himpunan kali pertama pertubuhan itu di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Serdang Jaya, di sini malam tadi. (Gambar)
Read More / Baca Lagi >>

Tipu-helah gagal : Putrajaya tarik balik akta baru pembangunan Kg Baru

Posted: 02 Oct 2011 08:27 PM PDT


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Raja Nong Chik berucap kepada penduduk Kampung baru sewaktu sesi informasi mengenai Akta Kampung Baru di Dewan Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Muda Musa, 4 Jun 2011. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 3 Okt — Di sebalik tekanan dan bantahan berterusan, Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru yang sepatutnya dibacakan buat kali kedua di Parlimen yang bermula hari ini, ditarik balik. Perkara itu diumumkan pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Memaklumkan perkara itu menerusi mesej Twitter sebentar tadi, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, ia satu kemenangan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.
"Perkara pertama hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan telah menarik balik Rang Undang-undang Pembangunan Kampung Baru, Viva, kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan Allahyarhamah Dr Lo'Lo'," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Rantings over the great hudud debate

Posted: 02 Oct 2011 06:23 PM PDT

Dr Dzulkefly Ahmad
OCT 3 — Much as I hate this acrimonious debate on hudud, especially with the general election looming ever so close, I no longer believe that delaying it is going to do any good to anyone either. Not to Non-Muslims, Muslims and much less to Islam.
Conventional wisdom would have it that deferring the debate and focusing on more major issues of a dysfunctional democracy such as gross mismanagement of the nation's wealth and finances, endemic corruption, unbridled crony capitalism, gross income inequality would be in order.
Accordingly, this writer was earliest in reprimanding everyone, especially the PAS and other Pakatan leaders. His frantic attempt, as usual, fell on deaf ears. In no time, Pakatan leaders, nay the entire nation, are embroiled in the debate.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin: AUKU wajar dipinda benar pelajar, pensyarah berpolitik

Posted: 02 Oct 2011 06:04 PM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Okt — Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerajaan perlu meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selari dengan usaha Putrajaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dua akta lain yang berkaitan. Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mengalu-alukan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam, yang menyarankan agar undang-undang itu dipinda bagi membolehkan mahasiswa dan pensyarah terlibat dalam politik.
"Ini kenyataan pertama daripada seorang presiden parti komponen BN. Kenyataan ini penting dan selari dengan kenyataan Datuk Seri Najib yang telah mengumumkan akan memansuhkan ISA. Kalau boleh memansuhkan ISA, apalah sangat meminda AUKU. Meminda AUKU adalah susulan yang semula jadi selepas memansuhkan ISA," kata beliau dalam satu kenyataan menerusi SMS.
Read More / Baca Lagi >>

Ainuddin, Harakah dan polemik merdeka

Posted: 02 Oct 2011 05:57 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Baru - baru ini saya sempat menghadiri majlis pelancaran buku biografi Tan Sri Ainuddin Abd Wahid, bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ainuddin Pejuang 'Degil' Melayu, garapan Fatini Yaacob, yang disempurnakan Dato' Seri Najib Razak.

Saya turut ditemubual oleh penyelidik buku ini, pada Ogos 2009, selepas pertemuan yang dirancang Fatini di pejabat Harakah gagal berlangsung.
Read More / Baca Lagi >>

Harapan mahasiswa pada Bajet 2012

Posted: 02 Oct 2011 05:55 PM PDT

Terdapat satu harapan yang cukup besar dalam kalangan rakyat untuk mendengar khabar gembira daripada pembentangan Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kakitangan awam, misalnya, ternanti-nanti ungkapan kenaikan gaji ataupun bonus diungkapkan sendiri daripada mulut Perdana Menteri dalam pembentangan bajet tersebut. Begitu juga dengan sektor-sektor lain yang mengharapkan khabar gembira yang mampu merangsang kembali pertumbuhan ekonomi secara mekar dalam usaha untuk mewujudkan sebuah Negara berpendapatan tinggi.

Read More / Baca Lagi >>

PAS bawa seni untuk dakwah, bukan sekadar hiburan

Posted: 02 Oct 2011 05:46 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt: PAS Negeri Perak, khususnya PAS Kawasan Parit Buntar, buat julung-julung kalinya telah menganjurkan satu program santai secara besar-besaran bersama bekas-bekas artis terkenal yang dinamakan Mini Konsert & Talk Show di dewan Markas PAS Titi Serong, Parit Buntar, kelmarin.
Program yang bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang itu dihoskan oleh Bob Lokman dan turut melibatkan dua bekas rockers terkenal, Mael dan Pak Long.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan, program tersebut anjuran PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar dan ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.
Read More / Baca Lagi >>

NGO: 75 peratus tentera kesempitan hidup

Posted: 02 Oct 2011 05:45 PM PDT

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatHampir 75 peratus dari anggota tentera dan bekas didakwa hidup dalam kesempitan hidup dan menghadapi tekanan emosi, kata presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Selain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakar: Polemik sejarah hanya usaha pertahan ideologi Umno-PAS

Posted: 02 Oct 2011 05:42 PM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Okt — Polemik berkaitan sejarah perjuangan kemerdekaan negara, yang menjadi isu hangat lebih sebulan baru-baru ini, hanya satu penentangan antara Umno dan PAS dalam usaha menegakkan ideologi politik masing-masing, kata pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris Dr Muhaimin Sulam. "Umno ada ideologi politik sendiri, begitu juga PAS. Dalam mempertahankan ideologi masing-masing terhadap isu kemerdekaan negara kita," kata beliau pada wacana rakyat bertajuk "Merdeka: Sejarah Yang Dihitamkan" di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar malam tadi.
Menurut beliau, adalah lebih penting sekiranya kedua-dua pihak tidak bertelingkah, sebaliknya berusaha memperbaiki kekurangan yang ada dalam sejarah negara.
Read More / Baca Lagi >>