Isnin, 19 September 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Akta bakal ganti ISA akan lebih zalim?

Posted: 19 Sep 2011 08:38 PM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat menyambut baik langkah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Namun, dalam masa yang sama bimbang dengan sebarang langkah kerajaan untuk memperkenalkan akta baharu yang jauh lebih zalim, kata Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

"Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu, Kerajaan bakal memperkenalkan dua lagi akta baru bagi menggantikan ISA tersebut.

"Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan tersebut adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom," kata Ahmad Zamri dalam satu ulasannya kepada Harakah 19 September lalu.


Ganti Patriot Act (sub tajuk)


USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001, kata beliau.

Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan 11 September 2001, ujarnya.


Akta ini telah memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan untuk menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing.

Akta ini juga meluaskan kuasa agensi itu berkaitan budi bicara menahan atau menghantar pulang mana-mana warga asing yang menjadi suspek dalam aktiviti keganasan, katanya.

Perlaksanaan akta ini telah mendapat tentangan daripada badan hak asasi manusia, katanya.

Bantahan itu kerana sifat akta ini yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek, kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik dan kuasa untuk memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah, katanya.

Harus dinyatakan di sini bahawa Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali membuat keputusan bahawa tindakan yang dibuat oleh agensi berkenaan adalah salah dan bercanggah dengan perlembagaan, kata Ahmad Zamri.

Di United Kingdom, langkah yang sama telah diambil oleh kerajaannya kira-kira dua bulan selepas serangan September 11, 2001, katanya.

Kerajaan telah memperkenalkan Anti-Terrorism, Crime and Security Act 2001. Ciri penting akta ini adalah kuasa untuk menahan warga asing yang menjadi suspek dalang pengganas untuk ditahan tanpa bicara tanpa had masa.

Namun, suspek itu boleh dibebaskan dengan syarat beliau meninggalkan United Kingdom. Pihak Kerajaan mendakwa bahawa kebanyakan bukti yang ada ke atas suspek ini tidak dapat digunakan di mahkamah kerana factor-faktor keselamatan.

Beliau menegaskan bahawa penggunaan akta ini telah dicabar di Mahkamah dan 'House of Lords' pernah memutuskan bahawa penahanan suspek tanpa bicara adalah bertentangan dengan Akta Hak Asasi Manusia 1998.

Akta itu bersifat diskriminasi memandangkan ia membezakan tindakan ke atas warga asing dan warga UK sendiri, katanya.

Kerajaan UK telah memperkenalkan satu akta baru iaitu, 'Prevention of Terrorism Act 2005' bagi meremedikan masalah diskriminasi itu.

Jangan tiru USA-UK

"Sungguhpun langkah Najib memansuhkan ISA namun, pengumuman kerajaan untuk menggantikan ISA ini dengan dua model iaitu Patriot Act di USA dan Anti-Terrorism Act di UK adalah sangat tidak tepat," katanya.

Seharusnya kerajaan Umno-BN tidak meniru akta yang dilaksanakan di USA dan UK itu kerana ternyata keadaan di negara tersebut tidak sama dengan di Malaysia, katanya.

"Jika kerajaan ingin juga meniru kedua-dua akta tersebut seharusnya Kerajaan juga mesti memperkenalkan undang-undang yang boleh mengimbangi sifat arbitrari kedua-dua akta itu dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat,"katanya.

Sekiranya, prinsip hak asasi tidak diperkukuhkan maka tiada guna ISA itu dihapuskan dan digantikan dengan dua akta baru yang lebih menekan dan bersifat opresif, ibarat pepatah Melayu "Keluar mulut buaya, masuk mulut singa".

Beliau turut memaklumkan kerajaan kini telah membuat beberapa pindaan telahpun dibuat ke atas Kanun Kesiksaan dan beberapa akta lain berhubung dengan kesalahan berkaitan terorisme ini.

Juham berpandangan adalah wajar kerajaan mempelajari falsafah perundangan Islam yang tidak membenarkan kebebasan seseorang itu disekat melainkan dengan bukti yang nyata.


Jangan menzalimi kerana berbeza politik


Penahanan seseorang tanpa bicara adalah zalim dan telah terbukti semenjak beberapa dekad bahawa ISA telah digunakan untuk menahan tahanan semata-mata kerana perbezaan fahaman politik, katanya.

Penahanan atas dasar perbezaan politik adalah amat kejam dan melainkan terdapat unsur-unsur terorisme dalam perjuangan politik itu maka barulah tindakan penahanan dan pendakwaan patut dibuat, katanya.

Selagi penyebaran fahaman politik itu masih dalam batasan demokrasi, tidak seharusnya kerajaan berasa terancam. Semoga demokrasi terus subur di Malaysia, katanya.

'Jus Soli Versi Baharu' Umno vs 'Jus Soli versi British'

Posted: 19 Sep 2011 08:37 PM PDT

WAN NORDIN WAN YAACOB

Analisis

Jus Soli diterima sebagai antara syarat yang seharusnya di terima oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan rakan-rakannya sewaktu rundingan mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah British.

Dari segi sejarahnya, Malaysia atau dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan kawasan geografi yang majoriti penduduknya adalah kaum Melayu.

Kehadiran pemastautin bangsa lain bermula pada era penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun-20.

Ketika itu British membawa masuk ramai tenaga buruh asing seperti rakyat China dan India kononnya menampung kekurangan pekerja dalam industri perlombongan bijih timah dan perladangan getah.


Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu, ramai daripada buruh ini diberi pilihan sama ada untuk terus menetap di Malaya atau kembali ke negara asal mereka. Ramai yang memilih untuk tinggal di sini. Tidak kurang juga yang memilih untuk kembali.

Apabila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, buruh imigran ini diterima sebagai warganegara Malaysia melalui konsep jus soli dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Bahagian III-Kewarganegaraan; 3.1 Bab 1-Pemberian Kewarganegaraan; Artikel 14-22).

Pemberian kewarganegaraan ini ditimbalkan dengan penerimaan balas beberapa syarat utama yang meliputi hal ehwal berkaitan perlindungan dan penjagaan status dan hak bangsa Melayu sebagai penduduk asal.


Aturan timbal balas atau quid pro quo penerimaan syarat-syarat ini dikenali sebagai 'kontrak sosial.' Kontrak inilah yang dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia dan penubuhannya sebagai sebuah negara.

Kontrak ini turut dipanjangkan kepada penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang membabitkan status dan hak kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Namun dalam membincangkan bagaimana Umno mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah, tidak boleh tidak ianya perlu juga meliputi strategi British pada ketika itu untuk terus menjadikan Tanah Melayu sebagai 'jajahan' secara tidak rasmi walaupun kemerdekaan diberikan.

Antara perkara besar yang dituntut British sebagai syarat menyerahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu ialah menerima konsep 'Jus Soli'.

Mengapa Jus Soli menjadi suatu perkara besar yang kini dianggap menjadi beban hari ini dalam melingkari hubungan antara kaum yang diheret Umno dalam tindak-tanduk sentimen perkauman?

British menjadikan jus soli sebagai galang ganti kepada usaha mereka menggali hasil mashul bumi Melayu terutama dalam sektor perladangan dan lombong bijih.

Cuma British menggunakan alasan kononnya tanah Melayu harus menerima dua kaum buruh terbesar yang dibawanya pada kurun ke-19 dan 20 untuk memajukan negara ini setelah mencapai kemerdekaan, walhal ianya suatu helah yang akhirnya Umno terpaksa mengalah.

Namun hari ini Umno menjadikan propaganda ultras-Melayu dengan mencanang perkauman kononnya hak Melayu tergadai kerana PAS berlembut dengan Cina dan India.

Kemenangan DAP (yang dikuasai kaum Cina) dan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dimomokkan oleh Umno dan NGO sekutunya kononnya negeri tersebut kini sudah tergadai kepada bangsa Cina hanya kerana Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Bukankah Tan Sri Koh Tsu Koon yang sebelum ini menjadi Ketua Menteri itu juga adalah kaum Cina?Mengapa harus mempertikaikan kedudukan Guan Eng selaku Ketua Menteri, dan terus mencanang Pulau Pinang kini tergadai kepada Cina.

Berbalik kepada Jus Soli, ketika orang-orang Melayu mempertahankan hak ketuanan Melayu di negara ini sebelum merdeka dahulu, siapakah yang mendesak hak sama rata diberikan kepada orang bukan Melayu?

Bukankah Umno dahulu bermati-matian mahu orang bukan Melayu diterima kerakyatan mereka secara jus soli?

Dato' Onn Jaafar pernah meletakkan jawatan dalam Umno apabila ada ahli Umno menolak dasar jus soli ini dan akhirnya beliau keluar Umno apabila cadangannya untuk membuka keahlian Umno kepada orang bukan Melayu ditolak.

Kemudian, dalam 'National Convention' yang dipimpin oleh Umno pada 1954, cadangan PAS tentang kerakyatan dan hak mengundi untuk orang bukan Melayu telah ditolak kerana Umno mahu orang-orang bukan Melayu diterima sebagai rakyat negara ini.

Suasana politik pada masa itu dalam semangat kebangsaan telah membentuk kesedaran orang Melayu ke atas hak ketuanan mereka.

Parti-parti kiri berjuang terus supaya hak ini dibela, tetapi dinodai oleh Umno. Raja-raja Melayu sendiri tidak berpuas hati dengan pendekatan Umno ketika itu sehingga Umno bermasalah dengan beberapa istana.

Tetapi segalanya telah selesai apabila kita menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat negara ini secara sah melalui Perlembagaan 1957.

Ini adalah kontrak sosial yang memberikan kedudukan sama taraf antara orang Melayu dan bukan Melayu, walaupun dalam hal tertentu orang Melayu diberikan hak keistimewaan.

Namun lebih dibimbangi hari ini, 'Jus Soli' versi baharu sedang mula diaplikasi Umno-BN untuk merakyatkan pendatang asing hanya untuk mempertahankan kuasa mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Kad Pengenalan dam taraf kerakyatan ' mee segera' diberikan kepada pendatang dari Indonesia, Myammar dan Bangladesh serta Filiphina menjadi strategi 'jus soli versi baharu' untuk Umno terus berkuasa.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ini BUKAN Anwar - Dengar apa kata Dato' Johari tentang Video sex kononya DSAI ...

Posted: 19 Sep 2011 05:18 AM PDT





WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


MENGAPA ADA BLOGGER TIDAK SENANG BLOGGER LAIN ULAS ISU ANWAR?

Posted: 19 Sep 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MERUJUK kepada tulisan seorang rakan `kerajaan rakyat' (Penulisnya -setisab) yang disiarkan melalui Tranungkite, saya merasa hairan mengapa `kerajaan rakyat' tidak senang apabila banyak Blogger terutama katanya yang pro Keadilan mengulas isu fitnah ke atas DS Anwar khususnya yang terbaru seperti yang disiarkan melalui blog Papagomo dan dikutip oleh TV3 suku itu.

Saya juga tidak bersetuju apabila beliau sebut Blog pro PR, terutamanya dari Keadilan kerana setahu saya kebanyakan blog yang pro PR akan menjawab apa jua isu yang dibawa oleh Umno dan sekutu mereka, samada isu itu melibatkan pimpinan atau parti dari PAS, PKR mahu pun DAP. Sebagai contoh, isu Mat Indera yang dibawa oleh Mat Sabu, boleh dikatakan hampir kesemua blog pro PR mengulas isu ini kerana bagi mereka Mat Sabu adalah salah seorang pemimpin dari PR. Justeru itu, menjadi tanggungjawab blog pro PR samada mereka dari PAS, PKR atau DAP bahkan ada Blogger yang tidak berparti turut mengulasnya.

Kebetulan dua tiga hari ini isu Mat Indera tenggelam kerana puak mereka habis modal berdepan dengan blog pro PR, maka timbul isu baru iaitu rakaman CCTV yang dibawa oleh Papagomo. Oleh yang demikian, haruskah kita biarkan cerita fitnah seperti ini berleluasa? Harus kita faham, kita tiada media seperti mereka. Maka, media yang kita ada seperti blog atau FB mestilah digunakan untuk `menyerang balik' serangan puak sekutu Apco itu. Adakah ini bermakna kita melayan Papagomo? Kita tidak `melayan' fitnah, tetapi kita mendedahkan bahawa itu adalah fitnah.

Sekiranya `kerajaan rakyat' tidak berminat untuk mengulas isu ini, itu adalah hak beliau tetapi beliau tidak boleh menganggap ada di antara Blogger pro PR yang diupah atau pun mengulas isu terbaru ini kerana ketiadaan isu. Sudah tentu beliau tahu jika Blogger pro PR laparkan upah, lebih baik mereka menjadi Bloger pro Umno. Buang masa menjadi Blogger yang pro kepada parti yang tidak berduit ini.

Kita harus faham dan teliti betul-betul sebelum membuat ulasan yang seolah-olah Blogger pro PR ini hanya sibuk mengulas isu DS Anwar atau melayan karenah Papagomo. Sebelum ini terlalu banyak isu yang berbeza-beza telah kita ulas sebagai satu bentuk `serangan balas' kepada puak sekutu Apco tersebut. Selain dari isu Mat Indera, isu pencerobohan gereja, isu membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara, dan tidak terkira kita isu yang berjaya Blogger pro PR tangani dengan baik. Kesemua isu itu mengaitkan PAS, PKR dan DAP. Tidak timbul kita hanya melayani hanya satu isu terutamanya yang melibatkan DS Anwar sahaja.

Mungkin setelah isu rakaman CCTV yang Papagomo harapkan kita Blogger pro PR akan `terduduk' ini dapat kita balas dengan hujah dan fakta, akan timbul isu lain pula dan kita Blogger pro PR sentiasa bersedia dengan apa jua isu yang mereka bawa. Jika kita selaku Blogger pro PR tidak menjawab tuduhan mereka, siapa lagi?

Sehubungan itu, saya rasa jika `kerajaan rakyat' tidak berminat dengan sesuatu isu, beliau seharusnya tidak bimbang atau tidak suka Blogger lain mengulas sesuatu isu yang mereka suka. Apatah lagi menyangka buruk terhadap Bloggers yang kononnya mendapat upah. `Kerajaan rakyat' boleh tulis isu yang beliau suka dan saya yakin Blogger lain tiada masalah. Bagi saya, jika diberi upah saya akan terima tetapi jika tiada upah tidak pula saya meminta./wfauzdin.blogspot.com

SERBUAN GEREJA - LAPORAN KE ISTANA, TUNGGU APA PULA TITAH SULTAN KALI INI

Posted: 19 Sep 2011 08:52 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun menyerahkan laporan berkaitan isu kontroversi pemeriksaan gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 03 Ogos lalu kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Kini, sebagai menghormati Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam maka memang wajar MB Selangor mengemukakan laporan tersebut ke Istana.

Apa yang penting, kita mahu tahu juga apa yang dilaporkan oleh JAIS dan apa pula titah Sultan Selangor dan bagaimana pula tindakan seterusnya yang harus diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam isu ini. Adakah adil dan memadai dengan hanya laporan dari JAIS itu maka kita buat satu kesimpulan?

NONESudahkah kita menerima laporan dari pihak gereja pula? Jika sudah, maka ianya amat baik sekali untuk berlaku adil kepada JAIS dan juga pihak gereja. Seandainya laporan dari JAIS bercanggah pula dengan laporan dari pihak gereja, maka suatu siasatan lain perlu dilakukan dengan adil dan telus.

Isu ini mesti diselesaikan dengan baik, telus dan jujur agar kepentingan agama Islam terpelihara di samping tidak berlaku zalim atau penganiayaan kepada yang tidak bersalah. Jika terbukti sememangnya ada kegiatan `Kristianisasi' berlaku di dalam beberapa program di gereja berkenaan yang melibatkan umat Islam, maka tindakan serius dan tegas mesti diambil. Kerajaan Selangor mesti bertindak tegas di dalam perkara akidah ini.

Bagaimana pula jika terbukti sememangnya tiada berlaku apa yang dikatakan program `Kristianisasi' itu? Jika tiada, Alhamdulillah, dan Kerajaan Negeri juga tidak boleh menyalahkan JAIS di dalam serbuan berkenaan, cumanya perlu diperingatkan beberapa prosedur, adab dan peraturan yang patut dipatuhi oleh JAIS di dalam memerangi kegiatan-kegiatan `Kristianisasi' di masa-masa akan datang. Mungkin, serbuan yang dilakukan oleh JAIS baru-baru ini mematuhi peraturan, mungkin juga tidak. Ini harus diteliti agar Islam tidak dilihat sebagai agama yang tidak beradab dan berhikmah.

Walaupun hasrat PAS untuk menemui pihak JAIS dan gereja terbantut atas beberapa sebab, namun diharapkan isu ini akan selesai dengan baik dan adil. Sekali lagi diingatkan, jangan berhukum dengan kesaksian satu pihak semata-mata kerana di pihak gereja juga mereka ada hak untuk memberi keterangan mereka. Kemudian, lakukan siasatan tanpa rasa takut melainkan kepada Allah SWT./wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Video : Husam Zumlot comments on the Palestinian bid for UN membership

Posted: 19 Sep 2011 08:50 PM PDT

Bumis ‘typically’ sold government contracts for cars, houses, leaked study reveals

Posted: 19 Sep 2011 08:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, Sept 20 — An unpublished Works Ministry study found that Bumiputera contractors as a rule sold their government contracts to buy luxury cars and houses apart from misusing payments received from the Treasury, according to a leaked US diplomatic cable.
The cable, revealed by whistleblower website WikiLeaks, comes just after Putrajaya agreed to allocate RM8 billion worth of contracts in the country's most expensive infrastructure project, the Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT), which initially set strict rules for its contractors.
The US diplomatic cable quoted a Works Ministry source as saying the "Study on Bumiputera Contractor Leakage" was the result of feedback from various industry sources on failed and successful projects. The report was used by then-Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi (picture) to castigate failing Bumiputera businessmen in February 2007.
"The current system of awarding lucrative government contracts to Bumis provides them with a strong economic incentive to simply act as agents, turning over as many projects as possible and taking a cut before handing each one off to a competent non-Bumi implementer.
Read More / Baca Lagi >>

Kita tak ada kuasa gubal akta, kita cuma ada kuasa undi

Posted: 19 Sep 2011 08:40 PM PDT

Ummu Waheedah

Wajah Baru Politik MalaysiaSebenarnya saya dah muak dengan polimik politik di Malysia yg jauh dari kematangan berfikir. Bukan setakat politik separuh masah dan membodohkan rakyat, malah pemimpin sendiri sudah menampakan bakat bersandiwara yang semakin menyerlah. Semalam sewaktu memberikan ucapan sempena hari Malaysia dan hari kemerdekawaan,  Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pemansuhan ISA sekaligus mengumumkan 2 kata baru akan di gubal.

Read More / Baca Lagi >>

Siapa berbohong Shaikh Hasina atau Muhyiddin?

Posted: 19 Sep 2011 08:38 PM PDT

Muhyiddin Yassin menafikan dengan keras dakwaan kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pekerja-pekerja Bangladesh status kerakyatan penuh bagi membolehkan mereka mengundi memihak perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13."Ia tidak benar. Saya tidak tahu sama ada sumber (maklumat) itu benar atau tidak, tetapi sangat jelas (ia) sesuatu yang tidak betul," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Makkal Sakti hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

The Indian vote in GE-13: Time-bomb for Pakatan or the community itself?

Posted: 19 Sep 2011 08:37 PM PDT

The Indian vote in GE-13: Time-bomb for Pakatan or the community itself? The Human Rights Party has demanded that Pakatan Rakyat gives up 7 parliamentary and 16 state assembly seats for it to contest in the general election. Protem secretary P Uthayakumar has threatened that unless Pakatan concedes to their demands, at least 10,000 Indians will protest outside the PKR headquarters.
The public reaction towards HRP's demands is nothing short of 'amazement'! How can the HRP choose to arm-twist PR into conceding strategic parliament and state seats to a political party with no track record? Also, why doesn't it do the same to BN?
Took the community and Malaysia by storm
Hindraf has been fighting for Indian rights since its inception in 1990, and HRP was announced in 2009 as a political party. Since the last election where BN lost their two thirds majority, Hindraf had never failed to claim credit for Pakatan Rakyat's success.
Read More / Baca Lagi >>

Pencari suaka: Australia urus sendiri, bukan lagi di Malaysia

Posted: 19 Sep 2011 08:36 PM PDT

Julia Gillard
CANBERRA, 20 Sept — Australia kemungkinan menguruskan pencari suaka di negara itu sendiri ekoran cadangan untuk diproses di negara lain — di Malaysia - dibantah pembangkang dan isu perundangan, kata Perdana Menteri Julia Gillard hari ini. Dilihat sebagai tamparan baru ke atas kerajaan minoriti, pemimpin pembangkang Tony Abbott enggan menyokong langkah memproses pencari suaka di Malaysia atas alasan ia bukan negara menerima konvensyen pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pendirian pembangkang itu bermakna rancangan memilih Malaysia akan tewas ketika pengundian di Parlimen selepas ia diperkenalkan Rabu lalu.
Dengan itu, kerajaan dipaksa menguruskan soal pencari suaka di bumi sendiri, kata Gillard said.
Read More / Baca Lagi >>

Zainal Rampak kecewa MTUC tidak bertenaga macam dulu

Posted: 19 Sep 2011 08:34 PM PDT


PETALING JAYA, 20 Sept — Bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Zainal Rampak kecewa kerana badan induk kesatuan sekerja itu sudah "tidak bertenaga macam dulu" dalam memperjuangakn kepentingan dan kebajikan pekerja negara ini.
Kelemahan itu antara lain disumbangkan oleh perpecahan dan perbezaan ideologi politik dan kelemahan kepimpinan dalam mengetengahkan isu, kata Zainal.
Justeru sambil berkata tiada hasrat untuk kembali mengetuai pergerakan pekerja itu, Zainal (gambar)  menjelaskan, "saya lebih bersedia untuk memberi khidmat nasihat jika diperlukan."
"MTUC sudah tidak bertenaga lagi, tidak macam dulu. Saya sedih, selepas saya tinggalkan, ia sudah tidak bertenaga lagi," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider di pejabatnya baru-baru ini.
"MTUC sudah tidak lagi efektif, ia tidak lagi dianggap sebagai pergerakan yang berkesan. Tidak lagi dianggap sebagai suara pekerja," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

MCLM: Real reforms if BN is removed

Posted: 19 Sep 2011 08:16 PM PDT

The Barisan Nasional should have been serious about socio-political change after the 12th general election, says MCLM.
KUALA LUMPUR: Real reforms are only possible if a non-Barisan Nasional government comes to power, a human rights group said.
Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) president Haris Ibrahim said that if the BN was serious about socio-political change, it would have acted in the aftermath of the 12th general election.
"If it's BN (that stays in power), then we can kiss this (reforms) goodbye. If they had listened… they would have… done it post 12th GE," Haris told FMT.
"In order to do that, you need to have a strong prime minister… focused on (his) … five years (as premier), who'll say, 'I need to do these reforms.'"
Read More / Baca Lagi >>

Kempen Pilihanraya 1

Posted: 19 Sep 2011 08:14 PM PDT

 Oleh: MSK
Pengalaman berkempen masa pilihanraya memang seronok. Dan yang paling menyeronokkan ialah setiap kali pilihanraya, suasananya tak sama. Setiap pilihanraya berbeza dari segenap sudut.
Tahun 99, masa tu reformasi tengah top. Bila Pas, DAP dan Keadilan membentuk Barisan Alternatif, kita ingat kita dah boleh tumbangkan BN. Sebelum pilihanraya, semua pihak bersatu macam sedarah sedaging. Tapi bila pilihanraya diumumkan, dan kerusi sudah diagihkan, baru nampak belang.
Keadilan tak bersedia…cuma harapkan Pas untuk membantu. Pas pula rupanya tak suka calon Keadilan dari PRM. Banyak isu-isu dalaman yang cuma timbul masa kempen. Sebelum kempen tak nampak.
Read More / Baca Lagi >>

Najib’s non-moment

Posted: 19 Sep 2011 08:12 PM PDT

Why we yawned when he announced his administration's intention to repeal oppressive laws.

It must have crossed Prime Minister Najib Tun Razak's mind that his speech last Sept 16 might just turn out to be his greatest moment. Between the preparation of the speech and the announcement about repealing repressive laws, there must have been moments when he saw visions of himself being hailed everywhere as a hero of democracy.
But it all fell flat, regardless of the follow-up work of his spin masters.
The public distrust of Umno and the personalities associated with it is so ingrained that the announcement would have been taken with sacks of salt even if it he had not made the anti-climactic statement that new laws would replace the Internal Security Act (ISA) and emergency ordinances.
Read More / Baca Lagi >>

10 lagi IC palsu siri kedua didedah

Posted: 19 Sep 2011 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Seperti dijanjikan sebelum ini, Dewan Pemuda PAS semalam mendedahkan 10 lagi kes kad pengenalan yang berkemungkinan palsu kerana memiliki nama sama tetapi dua nombor kad pengenalan sedikit berbeza.

Dalam pendedahan semalam, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat membawa bukti perubahan status 10 individu yang mewakili lima nama sebelum dan selepas pendedahan mereka bulan lalu.
Dalam maklumat itu, kesemua mereka mempunyai dua nama yang sama, dua nombor kad pengenalan hampir sama dan boleh mengundi dua kali, telah bertukar status menjadi satu dalam rekod SPR selepas didedahkan.
Read More / Baca Lagi >>

ISA repeal: Najib a regional trend-setter or exporter of lies and deceit?

Posted: 19 Sep 2011 08:00 PM PDT

ISA repeal: Najib a regional trend-setter or exporter of lies and deceit?It is great public relations when a prime minister gives a televise speech and make bold announcements. It was John Kennedy who recognized this and his speech to put a man on the moon by the end of the 1960s was widely carried over American television. Another president, the late Ronald Reagan, charmed his voters over the screen and remains a popular president till today. Credits to Reagan, he was an actor before and he knew the benefits of playing up a character on the square box.
Over the years, politicians have used the television screen to convey images and pronounce bold statements. Malaysia is no exception. The mass-media is totally under the thumb of the government and Malaysians are served a daily plethora of propaganda that everything government is good and everything opposition is bad. State-control media would not think twice to play every issue to the hilt as long as it satisfies their political masters.
Read More / Baca Lagi >>

Zainal Kling: Salah jika kata Tanah Melayu dijajah lebih 400 tahun...auta lagi..!!!

Posted: 19 Sep 2011 07:59 PM PDT


KUALA LUMPUR, 20 Sept — Sementara polemik sama ada negara ini dijajah ataupun sebaliknya berterusan, ahli Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun kesan pentadbiran British merupakan satu bentuk 'penjajahan'.
Malah kata beliau, adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun melibatkan kuasa Eropah dan Jepun.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak ucapannya pernah menggunakan atau memetik bahawa negara ini telah dijajah oleh kuasa asing lebih 450 tahun.
Kata Zainal, penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.
Read More / Baca Lagi >>

Fitnah Liwat II : Dr McDonald bukan pakar DNA - Yusof

Posted: 19 Sep 2011 07:57 PM PDT


Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ke atas saksi pemebelaan - Dr Brian McDonald - pakar DNA dari Australia.Read More / Baca Lagi >>

Cik Siti Puan Rosmah

Posted: 19 Sep 2011 07:53 PM PDT

Cik Siti Puan Rosmah ini adalah sahabat baik kita yang perlu kita sokong. 
Hishamuddin Rais 

nota:
sedang kyusuk dan terdudoq
waduk melikok likok
tandan umalok yang sikok
kok kok kok



Kita baru sahaja berhari raya. Masa saya kecik-kecik dulu raya – kami kanak-kanak menganggp hari raya ini satu bulan. Dari lojik kanak-kanak kalau kita berpuasa sebulan maka berhari raya pun wajib satu bulan juga. Jadi, minggu ini saya harapkan kita semua masih lagi berhari raya. Lalu, dihari baik bulan baik ini biarlah saya meminta maaf dari para pembaca sekelian.

Saya meminta maaf ini bukan kerana saya buang tabiat. Atau saya dapat seru untuk memulakan perjalanan ke Mekah. Juga bukan kerana saya ternampak Hantu Kopek ketika main mercun pada malam raya dahulu. Saya minta maaf ini kerana saya telah membuat satu kesilapan yang amat besar. Memang besar kesilapan saya ini.Read More / Baca Lagi >>

Beban Hutang dan 'nasib' Tuan Haji 1Malaysia......alahai.....

Posted: 19 Sep 2011 07:50 PM PDT

[sumber .] [sumber .]

'Kebajikan' 1

Seramai lebih daripada 36,000 rakyat negara Malaysia yang aman damai......kaya raya......terkenal seantero dunia dari Perlis hingga ke Mogadishu menanggung beban hutang......bukan hutang beli Mercedes atau Ferari......bukan hutang beli banglo.....bukan hutang melancong ke Gold Coast atau Los Angeles.....bukan hutang beli ASB, tapi hutang rawatan perubatan.Read More / Baca Lagi >>

PAS Kedah Beli Kereta Sebuah Jadi Isu, Melaka Beli Plat Nombor RM317,000 Kenapa Diam?

Posted: 19 Sep 2011 07:47 PM PDT

Riuh rendah pasal kerajaan negeri Kedah membeli sebuah kereta Mercedez yang baru sedangkan sejak memerintah Kedah lebih dari 3 tahun inilah pertama kali kerajaan negeri Kedah membeli kereta Mercedez itupun sebuah sahaja sedangkan negeri BN membeli berpuluh-puluh buah tidak pula mereka bising.

Menteri Besar Kedah sendiri menyatakan kereta itu bukan kegunaan beliau sahaja tetapi untuk kegunaan tetamu kenamaan negeri. Menurutnya beliau lebih selesa menggunakan kereta rasmi yang dibeli oleh kerajaan negeri terdahulu.

ISA : Umno yang buat dan UMNO yang mansuh....bagus apa ?

Posted: 19 Sep 2011 07:42 PM PDT

Oleh: tokpepijat

"Sekonyong-konyong PM Najib menafikan pemansuhan akta rimba ISA bukan atas desakan Pakatan Rakyat tetapi atas janji beliau semasa naik jadi PM 2009. Apa hendak dihairankan dan diajaibkan. Bukankah kerja perjuangan UMNO selama ini menafikan hak orang lain?

Jangan hairan dengan perangai buruk UMNO!

Read More / Baca Lagi >>

Asakah Jamil Khir disebalik pimpinan baru KAGAT

Posted: 19 Sep 2011 07:41 PM PDT

Oleh: ustazkagat


Berita pembinaan rumah Jamil Khir yang menelan harga jutaan ringgit telah mendorong saya untuk menulis artikel ini. Meskipun saya telah meninggalkan KAGAT sejak beberapa tahun lalu namun rasa sayang dan cinta saya kepada KAGAT tetap bersemarak justeru itu saya mengemukakan pandangfan ini untuk perhatian pimpinan tertinggi ATM agar tidak memperjudikan nasib KAGAT dan menyebabkan KAGAT hancur ditangan golongan yang mencari kepentingan peribadi.


Anggota KAGAT dan ATM sememangnya sedar tentang kemelut perlantikan pengarah KAGAT yang sama ceritanya seperti JKR. Namun perkara ini berjaya dikawal sehingga pihak media tidak mengetahuinya.
Read More / Baca Lagi >>

Polis tidak wajar tersinggung dengan Mat Sabu

Posted: 19 Sep 2011 07:26 PM PDT

Oleh Subky Latif
ADAKAH menyalahkan Mohamad (Mat) Sabu atas ulasan kejadian Bukit Kepong jadi satu kesempatan yang baik bagi Barisan Nasional (BN) menyegerakan pilihan raya umum (PRU) ke-3? Mungkinkah isu ini mencerahkan peluangnya bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya?
Isu itu nampaknya memberi peluang kepada Umno dan semua media pro-Perdana Menteri membalun Mat Sabu yang sekali gus payah bagi pembangkang membelanya.

Read More / Baca Lagi >>

Akta cetak hanya akan mansuh selepas perarakan raksasa!

Posted: 19 Sep 2011 07:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pindaan kecil terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, seperti diumumkan Perdhttp://media1.malaysiakini.com/170/3e2bfc15dd6dd0ee903f32916aff5fea.jpgana Menteri pada 16 September lalu, disifatkan tidak membawa sebarang makna terhadap kebebasan akhbar di negara ini.Dato' Seri Najib Razak mengumumkan penghapusan prinsip pembaharuan tahunan permit penerbitan, yang digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, selain mengisytiharkan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan terus.


Read More / Baca Lagi >>

Pemansuhan ISA Udin anak Yassin Tidak Diberitahu?

Posted: 19 Sep 2011 07:23 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
SEMALAM semasa menghadiri satu majlis rumah terbuka seorang penyiasat politik telah membisikkan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, katanya pemansuhan akta Isa oleh Najib Razak itu tidak diketahui oleh Muhyiddin Yassin - Udin anak Yassin. Najib katanya tidak sedikit pun memaklumkan kepada Muhyiddin mengenai pemansuhan itu. 

Jadi Udin anak Yassin tidak dapat memberi apa-apa pandangan dan juga pendapatnya mengenai relevansi tindakan itu. Dalam kata lain keputusan itu bukan keputusan bersama perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa guna pakai Perlembagaan Suruhanjaya Reid?

Posted: 19 Sep 2011 07:22 PM PDT

Oleh JOFRI JARAIEE
SURUHANJAYA Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan mhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikc0rchlrdRm50UPvONTv9usTFYb3VOeoSueV7UVb2pjnYpHQl_m5Kdm0M9Cvt-Ev_w7O1QIrqLxnt-U5lbUxc-SbHATuh63WmDxNlwnq2UkExBQ4uQnG8t1jlDPwhxYVw8tIkkL-fFz8/s1600/Jusoli0004.jpgerangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.
Suruhanjaya ini telah namakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.
Read More / Baca Lagi >>

That bold speech on that historic day

Posted: 19 Sep 2011 07:14 PM PDT

I am a little late to write on the historic speech of the PM. Really I wanted to offer words of encouragement and support. I am tired to continue criticizing the PM who is after all my ketua bahagian. I was thinking, support and congratulations are in order  because the media, led by the overzealous Minister of Information, have led  the public to believe that some real goodies are in order; and after that, the public will offer effusive joyousness in response.
Read More / Baca Lagi >>

Najib dicabar lulus permit Suara Keadilan

Posted: 19 Sep 2011 07:12 PM PDT

Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan segera permohonan permit Akhbar Suara KEADILAN supaya dapat beroperasi secara sah.Ini berikutan pengumuman terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Khamis lalu untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA).
"Sebelum ini menteri tak nak 'respon' usaha untuk Suara Keadilan diberi permit mengikut undang-undang dan mereka juga pernah menuduh kita nak melanggar undang-undang.
"Di mana keadilannya dan jika menteri KDN tidak sanggup nak jawab, beri saja permit tak payah panjang cerita," kata Syed Husin.
Read More / Baca Lagi >>