MIMPI SENJA |
| Lelaki lari berbogel 5 km selepas 'anu' nya dicurah air panas oleh teman wanita ... ahahahaha Posted: 05 Sep 2011 08:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer (km) bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis Kota Damansara, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah hotel di Jalan PJU5, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya berusia 24 tahun selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan perhubungan. Menurut sumber, sebelum kejadian pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu. "Suspek meninggalkan hotel itu dan pulang ke rumah dalam keadaan marah apabila mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya. "Bagaimanapun, wanita itu datang semula ke hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin (Ahad) dengan membawa beg pakaian mengandungi pelbagai senjata iaitu tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata dan rantai besi dipercayai mahu digunakan untuk menyerang teman lelakinya," katanya - |
| Shafee perlu dikenakan tindakan hina mahkamah - Karpal Posted: 05 Sep 2011 07:51 PM PDT Pengerusi DAP Karpal Singh mahu Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dikenakan tindakan menghina mahkamah atas alasan peguam pro-Umno itu telah bercampur tangan dalam prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Karpal menggesa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas Shafee agar menjelaskan "serangan terbuka yang tidak wajar" ke atas Anwar, yang membela diri dari kandang saksi akhir bulan lalu. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, kini mengetuai Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga komponen termasuk DAP. Karpal juga merupakan peguam utama membela Anwar, yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008. "Jika apa yang dikatakan oleh Anwar tidak menghiraukan (mahkamah), maka ia adalah tindakan menghina dari sudut mahkamah. Oleh itu, Hakim Mohamad Zabidin yang perlu memutuskan Anwar sebagai telah mengina mahkamah. Beliau tidak berbuat demikian. "Siapa Muhammad Shafee Abdullah untuk mempersoalkan kebijaksanaan hakim perbicaraan?" kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini. Dalam temu bual dengan Minggua Mingguan, akhbar terbitan Kumpulan Utusan semalam, Shafee menyifatkan pembelaan Anwar telah menghina mahkamah. Oleh itu, beliau Shafee mahu Peguam Negara bertindak memfailkan tindakan menghina mahkamah ke atas Anwar. Karpal membantah hujah Shafee yang meminta Peguam Negara bercampur tangan dalam isu itu. "Perkara ini dengan sendiri merupakan tindakan menghina mahkamah di pihak hakim yang mahu berbuat demikian," katanya lagi. "Shafee seharusnya mengetahui bahawa seorang hakim tidak boleh campur tangan dalam prosiding kehakiman di mahkamah lain. Ia tidak dapat disangkal," kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga mahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Anwar memanggil Shafee berhubung dakwaan bahawa beliau berkonspirasi dengan pentadbiran Najib untuk memusnahkan imej Ketua Pembangkang itu. Beberapa wakil rakyat memberitahu The Malaysian Insider, mahkamah perlu menentukan sama ada peguam terkenal itu telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua media bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri berhubung liputan media kes berprofil tinggi itu. Terdahulu, The Malaysian Insider membawa laporan memetik peguam itu yang menafikan dakwaan berkonspirasi dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri untuk menggunakan media dan menamatkan kerjaya politik Anwar, yang dilihat sebagai ancaman kepada BN. Shafee berhadapan dengan kecaman dunia siber kononnya beliau mencampuri urusan liputan berita kes kontroversi Anwar, yang akhir bulan lalu membela dirinya di mahkamah dengan membacakan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh. Peguam itu didakwa memberi beberapa arahan kepada editor-editor dan pemberita media arus perdana. Kecaman itu dibuat oleh blogger yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmat Gaza (http://ahmatgaza.blogspot.com/2011/08/konspirasi-shafee-jpm-dalam-kes-anwar.html). Dia mendakwa pertemuan rahsia itu diadakan di Le Meridien Hotel di sini dan turut dihadiri oleh penasihat media kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid. Shafee berkata dakwaan itu satu usaha untuk menghuru-harakan institusi kerajaan untuk mengambil alih Putrajaya. "Agenda dia ialah untuk menyemai rasa tidak percaya sedaya yang boleh terhadap institusi-institusi kerajaan termasuk kehakiman, untuk mewujudkan keadaan huru-hara terhadap keluhuran undang-undang," kata Muhammad Shafee menjawab dakwaan Ahmat Gaza. "Gaza ini dungu, yang tidak tahu keadaan sebenar pertemuan ini," katanya lagi sambil mencemuh dakwaan kononnya ia konspirasi mahu menyebabkan mudarat ke atas Anwar. Peguam itu memberi amaran akan memfailkan saman fitnah sebaik identiti blogger itu terdedah. Dakwaan itu tersebar luas dan diulang terbit oleh laman-laman web lain. Ditanya sama ada Abdul Jalil juga hadir pada pertemuan itu, Muhammad Shafee berkata: "Jika Jalil ada di sana, saya samar-samar dia ada di sana. Saya tidak terkejut jika dia ada di sana kerana dia ada di sana sebagai orang media." Kata Muhammad Shafee, beliau mengenali Jalil tetapi bukan sebagai pembantu Najib dan mendakwa hanya menyedari jawatan semasanya selepas dimaklumkan oleh The Malaysian Insider. Bagaimanapun, Abdul Jalil, bekas wartawan kanan Reuters enggan mengulas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. -TMI |
| You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










man. Hari ini, peranan agama kuat mencengkam pemikiran, maka sambutan bahtera kemerdekaan mula karam ditenggelami kemeriahan Aidilfitri.


KUALA LUMPUR, 6 Sept — Pakar perlembangaan Prof Abdul Aziz Bari berkata meskipun negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah oleh British, tetapi pada hakikatnya telah "dijajah kerana pentadbiran negeri dikawal" oleh kuasa Eropah itu sehingga negara merdeka lima dekad lalu. "Pendeknya dari segi teknikal memang negeri-negeri Melayu bukan atau tidak pernah dijajah... hatta pentadbiran agama pun dipantau oleh British," kata beliau dalam reaksi kepada The Malaysian Insider hari ini.
KUALA LUMPUR, 6 Sept — Kepimpinan pusat PAS mempertahankan pendirian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang memutuskan untuk berdebat dengan pemimpin yang setaraf dengan kedudukanya dari Umno, bukan dengan Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin. "Ya, kami sokong pendirian Mat Sabu (Mohamad). PAS mencadangkan... kita lihat peringkat parti, jadi timbalan presiden berdebat dengan timbalan presiden, yang sama jawatan dalam parti," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi The Malaysian Insider mengenai isu debat dan wacana yang muncul di sebalik kenyataan kontroversi mengenai tragedi Bukit Kepong.

BANDAR JENGKA, 5 Sept: Sejarah kemerdekaan negara telah 'diumnokan' berdasarkan cara kerajaan menyampaikan penceritaan sejarah kemerdekaan dengan hanya menonjolkan tokoh Umno.
Mari kita ketepikan sejenak kisah Somalia dan Bukit Kepong. Kita tumpu isu ibu bapa yang sudah tua yang diabaikan oleh anak kandung mereka sendiri. Cakap memang senang, tapi nak jaga ibu bapa yang sudah tua bukannya senang. Jaga mereka sampai jangan tersentuh hati ibu bapa kita. 
Mengikut pengamatan penulis, isu Bukit Kepong cetusan Mat Sabu telah mengambil alih isu SPR bersekongkol dengan JPN, tuntutan Bersih 2.0, isu cincin Rosmah dan lain-lain. Isu Bukit Kepong menenggelamkan isu-isu lain kerana kekuatan UMNO/BN dan kelemahan PAS/PR. Kekuatan UMNO/BN dimaksudkan kepada keupayaan mereka mensensasikan sesuatu isu kerana mereka menguasai media massa yang mampu sampai hingga ke setiap ceruk desa tanpa sekatan masa. Kelemahan PAS/PR pula dimaksudkan kepada sikap bagai lembu dicucuk hidung iaitu ikut sahaja rentak dan isu pihak lawan sehingga rentak dan isu sendiri tenggelam punca.
upakan roh bulan yang dipenuhi dengan keberkatan yang dituntut melakukan sunat dan amalan istimewa yang tidak terdapat pada bulan yang lain. Setiap amal yang dilakukan membawa kebaikan dan menambahkan keimanan kepada Allah SWT.
dan adalah bulan yang dipenuhi dengan musim pelbagai jenis amal ibadat, maka mereka akan melakukan dengan semaksimum mungkin tenaga, masa dan kesungguhan bagi mencapai pahala yang banyak. 



