MIMPI SENJA |
Lelaki lari berbogel 5 km selepas 'anu' nya dicurah air panas oleh teman wanita ... ahahahaha Posted: 05 Sep 2011 08:47 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang melecur di perut dan kemaluannya selepas disimbah air panas oleh teman wanita terpaksa berlari bogel lebih lima kilometer (km) bagi mendapatkan bantuan di Balai Polis Kota Damansara, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah hotel di Jalan PJU5, Kota Damansara di sini, mangsa yang berusia lewat 20-an, diserang teman wanitanya berusia 24 tahun selepas berlaku pertengkaran apabila mangsa mahu menamatkan perhubungan. Menurut sumber, sebelum kejadian pasangan terbabit dilaporkan bertengkar selepas mendaftar masuk ke hotel itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu. "Suspek meninggalkan hotel itu dan pulang ke rumah dalam keadaan marah apabila mangsa mahu memutuskan hubungan dengannya. "Bagaimanapun, wanita itu datang semula ke hotel berkenaan kira-kira jam 8 pagi kelmarin (Ahad) dengan membawa beg pakaian mengandungi pelbagai senjata iaitu tiga pisau, tukul besi, dua gunting, seketul bata dan rantai besi dipercayai mahu digunakan untuk menyerang teman lelakinya," katanya - |
Shafee perlu dikenakan tindakan hina mahkamah - Karpal Posted: 05 Sep 2011 07:51 PM PDT Pengerusi DAP Karpal Singh mahu Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dikenakan tindakan menghina mahkamah atas alasan peguam pro-Umno itu telah bercampur tangan dalam prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Karpal menggesa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengeluarkan notis tunjuk sebab ke atas Shafee agar menjelaskan "serangan terbuka yang tidak wajar" ke atas Anwar, yang membela diri dari kandang saksi akhir bulan lalu. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, kini mengetuai Pakatan Rakyat yang dianggotai tiga komponen termasuk DAP. Karpal juga merupakan peguam utama membela Anwar, yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008. "Jika apa yang dikatakan oleh Anwar tidak menghiraukan (mahkamah), maka ia adalah tindakan menghina dari sudut mahkamah. Oleh itu, Hakim Mohamad Zabidin yang perlu memutuskan Anwar sebagai telah mengina mahkamah. Beliau tidak berbuat demikian. "Siapa Muhammad Shafee Abdullah untuk mempersoalkan kebijaksanaan hakim perbicaraan?" kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini. Dalam temu bual dengan Minggua Mingguan, akhbar terbitan Kumpulan Utusan semalam, Shafee menyifatkan pembelaan Anwar telah menghina mahkamah. Oleh itu, beliau Shafee mahu Peguam Negara bertindak memfailkan tindakan menghina mahkamah ke atas Anwar. Karpal membantah hujah Shafee yang meminta Peguam Negara bercampur tangan dalam isu itu. "Perkara ini dengan sendiri merupakan tindakan menghina mahkamah di pihak hakim yang mahu berbuat demikian," katanya lagi. "Shafee seharusnya mengetahui bahawa seorang hakim tidak boleh campur tangan dalam prosiding kehakiman di mahkamah lain. Ia tidak dapat disangkal," kata Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga mahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes liwat Anwar memanggil Shafee berhubung dakwaan bahawa beliau berkonspirasi dengan pentadbiran Najib untuk memusnahkan imej Ketua Pembangkang itu. Beberapa wakil rakyat memberitahu The Malaysian Insider, mahkamah perlu menentukan sama ada peguam terkenal itu telah mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua media bersama kakitangan Pejabat Perdana Menteri berhubung liputan media kes berprofil tinggi itu. Terdahulu, The Malaysian Insider membawa laporan memetik peguam itu yang menafikan dakwaan berkonspirasi dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri untuk menggunakan media dan menamatkan kerjaya politik Anwar, yang dilihat sebagai ancaman kepada BN. Shafee berhadapan dengan kecaman dunia siber kononnya beliau mencampuri urusan liputan berita kes kontroversi Anwar, yang akhir bulan lalu membela dirinya di mahkamah dengan membacakan kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh. Peguam itu didakwa memberi beberapa arahan kepada editor-editor dan pemberita media arus perdana. Kecaman itu dibuat oleh blogger yang memperkenalkan dirinya sebagai Ahmat Gaza (http://ahmatgaza.blogspot.com/2011/08/konspirasi-shafee-jpm-dalam-kes-anwar.html). Dia mendakwa pertemuan rahsia itu diadakan di Le Meridien Hotel di sini dan turut dihadiri oleh penasihat media kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid. Shafee berkata dakwaan itu satu usaha untuk menghuru-harakan institusi kerajaan untuk mengambil alih Putrajaya. "Agenda dia ialah untuk menyemai rasa tidak percaya sedaya yang boleh terhadap institusi-institusi kerajaan termasuk kehakiman, untuk mewujudkan keadaan huru-hara terhadap keluhuran undang-undang," kata Muhammad Shafee menjawab dakwaan Ahmat Gaza. "Gaza ini dungu, yang tidak tahu keadaan sebenar pertemuan ini," katanya lagi sambil mencemuh dakwaan kononnya ia konspirasi mahu menyebabkan mudarat ke atas Anwar. Peguam itu memberi amaran akan memfailkan saman fitnah sebaik identiti blogger itu terdedah. Dakwaan itu tersebar luas dan diulang terbit oleh laman-laman web lain. Ditanya sama ada Abdul Jalil juga hadir pada pertemuan itu, Muhammad Shafee berkata: "Jika Jalil ada di sana, saya samar-samar dia ada di sana. Saya tidak terkejut jika dia ada di sana kerana dia ada di sana sebagai orang media." Kata Muhammad Shafee, beliau mengenali Jalil tetapi bukan sebagai pembantu Najib dan mendakwa hanya menyedari jawatan semasanya selepas dimaklumkan oleh The Malaysian Insider. Bagaimanapun, Abdul Jalil, bekas wartawan kanan Reuters enggan mengulas ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider. -TMI |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan