Khamis, 1 September 2011

bumiperak

bumiperak


Umno padam jasa agamawan nasionalis

Posted: 01 Sep 2011 03:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Dua lagi pemimpin PAS pusat mempertahankan Mohamad Sabu sambil menegaskan kefahaman bahawa hanya Umno memperjuangkan kemerdekaan negara seperti dicanang pihak tertentu untuk mendapat sokongan orang Melayu sama sekali tidak benar.

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli jawatankuasa kerja PAS, berkata gologan agamawan nasionalis yang dicap sebagai penentang atau golongan kiri oleh British juga merupakan pejuang kemerdekaan sebenar, namun tidak diangkat dalam sejarah.

NONEDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS  mengeluarkan pendirian menyokong timbalan presiden itu. Mereka seperti Tok Janggut yang menentang British di Kelantan, Tok Ku Paloh dan Abdur Rahman Limbong di Terengganu, Datuk Bahaman di Pahang dan beberapa pejuang lain yang sanggup menggadai nyawa menentang penjajah.


Selain itu tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara yang lain seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam juga seolah-olah dinafikan jasa mereka menentang penjajah. "Pada saya, sebenarnya perlu kepada penziarahan semula sejarah kemerdekaan kita kerana sejarah yang ada pada hari ini hanya ditulis dari satu sisi pandang iaitu dari pihak Umno BN yang diberi kuasa oleh penjajah British," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

"Kita menerima nasionalis berunding meja bulat dengan British kemudiannya diberi kuasa, namun kita juga perlu mengiktiraf dan merakamkan perjuangan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang turut berjuang memerdekakan negara dari British," katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurut sejarah, dalam pertempuran dengan British di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh dan mayatnya dibawa ke Kota Baru dalam kereta lembu yang menelan masa sehari.

Kemudian mayat beliau digantung secara terbalik beberapa hari di depan istana di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Abdur Rahman pula dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu dan ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya di Mekah pada 1928 dan meninggal dunia selepas itu.

"Umno buat apa, berunding meja bulat sahaja, ini Tok Janggut, Abdul Rahman, Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman berjuang angkat senjata lawan British bukan ikut telunjuk British," tambah beliau.

Mengulas kenyataan Mohamad yang dimainkan akhbar Umno berhubung serangan terhadap anggota polis di Bukit Kepong pula, Dzulkefly berkata, anggota polis tersebut terperangkap sebagai mangsa keadaan.

Biarpun serangan itu adalah terhadap British, namun anggota polis tersebut menjadi mengsa kerana mereka pada waktu itu berkhidmat untuk British dan memerangi mereka yang menentang British.

Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar juga ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, berkata isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.

Mujahid berkata, serangan kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu, namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN. Katanya, ia termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi tali barut British.

"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri. "Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya. 

Zaman British sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicap sebagai golongan berhaluan kiri atau komunis. Golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British, katanya.

"Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British. Penentang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicap kiri atau komunis," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut kecaman Umno terhadap Mohamad itu, Mujahid berkata, Umno adalah anak didik British yang diiktiraf sebagai golongan konservatif, sebab itu sehingga sekarang walaupun sudah 54 tahun merdeka, mereka masih bermati-matian mempertahankan British.


AJK PAS Pusat, Idris Ahmad turut mendakwa kesan akibat kerajaan BN menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat hari ini dikatakan begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara, 

"Umno adalah golongan konservatif yang menjadi anak didik British, malangnya setelah 54 tahun merdeka Umno masih mempertahankan British. "Cuma Umno tidak sedar mereka adalah 'radio buruk' hari ini di mata rakyat yang sudah merdeka," katanya.

"Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, nama-nama tokoh pejuang kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam (bawah, kanan) dan lain-lain lagi seolah-olah cuba dipadamkan dari sejarah.

"Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?" soalnya. Sebaliknya, menurut Idris, tokoh-tokoh Umno pula yang diagung-agungkan semasa menyambut kemerdekaan negara.

Pada hal, katanya, Umno hanya wujud kerana menentang Malayan Union pada 11 Mac 1946 dan malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.

Menurutnya, laungan 'Merdeka' hanya digunakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 semasa persidangan perhimpunan agung Pemuda. Ini, kata Idris, membuktikan Umno begitu lambat untuk memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

Tambahnya lagi, golongan yang enggan berkompromi dengan British sudah lama menyuarakan hasrat mendapatkan kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945) dan Hizbul Muslimin (1948).

malayan union billboardMenurut Idris, jika benar Umno memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, rakyat tentunya bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika zaman penjajahan British itu.

"Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah," ujarnya lagi.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU MAT SABU TIDAK LALAIKAN RAKYAT DARI MENGINGATI KEZALIMAN KERAJAAN

Posted: 01 Sep 2011 06:07 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MENJELANG kita menyambut Hari Raya Idul Fitri, suasana Hari Raya dikejutkan dengan propaganda media kawalan Umno berkenaan isu Mat Sabu menyokong Komunis. Sepantas kilat Ketua Polis Negara memberi respon sepertimana pantasnya Umno memainkan isu ini walaupun belum dibuktikan lagi apakah benar Timbalan Presiden PAS itu menyokong Komunis.

Tidak sukar untuk kita memahami mengapa KPN bertindak sepantas itu kerana imejnya dimata rakyat tidaklah begitu baik lebih-lebih lagi sebelum dan selepas Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Amat tidak bijak jika KPN mensia-siakan peluang yang terbuka luas ini untuk mengalih perhatian rakyat dari terus menyebut kezaliman pihak Polis sewaktu perhimpunan tersebut. KDN juga tidak melepaskan peluang untuk merebut isu ini agar rakyat terlupa darihal isu JPN yang kelam-kabut di dalam soal pemberian kad pengenalan biru kepada kaum pendatang yang melayakkan mereka mengundi di dalam Pilihanraya.

Soalnya, benarkah Mat Sabu menyokong Komunis? Saya tabik kepada Mat sabu yang berani membuat laporan terhadap TV3 dan Utusan di dalam isu ini. Keberanian Mat sabu itu sama seperti beraninya YB Fuziah Salleh, MP Kuantan yang membuat tindakan yang sama apabila beliau dituduh menipu rakyat berkaitan isu Lynas. Oleh yang demikian, kita tunggu sahaja siapa yang benar dan siapa yang salah di dalam kedua-dua isu ini.

Apa pun, hikmahnya dari peristiwa ini terutamanya tentang Mat sabu, rakyat di negara ini mula mencari fakta sejarah tentang beberapa tokoh yang sebenarnya berjuang untuk menentang penjajah dan siapa pula tokoh yang pernah menjadi `barua' penjajah. Dikatakan, di Johor nama Mat Indera salah seorang tokoh yang disanjung oleh Mat Sabu itu memang cukup dikenali terutamanya di kampung halamannya sendiri kerana beliau dianggap sebagai pejuang penentang penjajah.

Siapa pula yang pernah menjadi `barua' penjajah, iaitu yang bekerja makan gaji dari penjajah sebelum merdeka samada menjadi pemandu, kerani mahupun Gabenor kepada penjajah? Adakah mereka ini lebih pahlawan dari Mat Indera? Ini semua boleh kita semak melalui sejarah. Justeru itu, memang wajar Mat Sabu membuat laporan terhadap media yang seolah-olah menggelar Mat Sabu menyokong Komunis.

Bagi rakyat, samada Mat sabu di pihak yang benar atau tidak, rakyat tidak lupa kepada perangai beberapa pihak yang sama seperti pihak penjajah dan komunis itu. Jika penjajah anti kepada Islam, ada pihak yang sehingga kini sentiasa menentang perjuangan Islam. Jika Komunis itu dikatakan zalim, sering memukul dan memenjarakan orang yang tidak bersalah, masih ada pihak yang berperangai seperti itu sekarang. Ertikata, warisan penjajah dan Komunis itu sukar untuk dihapuskan.

Hanya rakyat yang boleh menghapuskan tradisi tersebut. Rakyat harus bangkit dan memilih kerajaan baru yang tidak akan terikat lagi dengan warisan penjajah, komunis mahu pun dengan Apco. Sudah semestinya kerajaan yang kita nanti-nantikan adalah Kerajaan Pakatan Rakyat. /wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Mat Sabu dikecam tanpa usul periksa : DSAI

Posted: 01 Sep 2011 10:51 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk mempertahankan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mengenai Bukit Kepong dan membidas media milik Umno yang terus menyerang pemimpin itu.

Katanya, Mohamad sepatutnya diberi ruang untuk menerangkan keadaan sebenar terlebih dahulu sebelum dikecam tanpa usul periksa oleh media arus perdana.

Anwar berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kubang Semang, Penanti, Permatang Pauh, petang semalam.

Menurut beliau lagi, media arus perdana tidak langsung memberi peluang kepada Mohamad untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Mereka bersama pimpinan Umno terus menyerang Mohamad Sabu tanpa diberi ruang untuk membela diri di atas dakwaan yang dimainkan oleh media milik mereka.

"Serangan demi serangan ini seolah-olah tidak langsung memberi keadilan kepada Mohamad, kerana beliau bukan saja ditekan tanpa diberi peluang, tetapi diasak bertubi-tubi tanpa ruang.

"Mekanisme yang digunakan oleh media milik pemerintah ini, adalah antara agenda dan serangan yang diaplikasikan menjelang pilihan raya umum yang akan datang," katanya yang juga ketua umum PKR.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai berkata, pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

Dalam pada itu, Mohamad pada sidang akhbarnya pada 29 ogos lalu berkata laporan Utusan pada 27 Ogos lalu mengenai ceramahnya di di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan laporan muka depan dan muka lima Utusan (27 Ogos) dan kecaman berterusan akhbar (itu) bertarikh 28 Ogos, saya dapati Utusan telah memutar belit (dan) menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan PAS," katanya.

Menurut Anwar, isu itu sengaja dimainkan oleh media milik Umno sebagai usaha memberi imej buruk kepada masyarakat dengan memberi label yang menyimpang kepada pimpinan Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya Mohamad diberi ruang untuk membela diri dan bukannya dikecam sebegitu rupa oleh media arus perdana milik Umno sekiranya benar-benar mereka adalah media yang adil dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat negara ini," katanya lagi. - malaysiakini

Kunta Kinte original: Raya, merdeka ke mana arah kita

Posted: 01 Sep 2011 06:11 PM PDT

2011/09/02
DALAM kita masih merayakan eid mubarak – perayaan yang diberkati – dan baru saja mengingati ulang tahun kemerdekaan, Kunta Kinte nak cakap sikit mengenai dua peristiwa ini.

Pasal raya puasa, Kunta Kinte tengok dah sangat berlainan daripada zaman Kunta Kinte budak-budak dulu. Hari raya dulu dan sekarang dah tak sama lagi. Dulu sepasang pakaian baru belum tentu mampu. Kunta Kinte masuk sekolah menengah baru dapat kasut kulit. Sebelum tu, paling-paling hebat pun kasut kanvas Bata. Kalau tidak, kasut Fung Keong saja. Tu pun dah cukup bagus pasal ramai lagi yang pakai selipar atau kaki ayam saja. Duit 10 sen besarnya sama dengan roda kereta lembu. Masa itu, kereta lembu dan kereta kerbau ada lagi. Bas Mara belum ada. Jadi, kalau nak berjalan jauh kena naik basikal atau tumpang 'prevet' – kereta persendirian yang angkut penumpang. Teksi belum ada lagi.

Sekarang, pakaian berjenama, Iphone, Ipad, Skype dan teks dah jadi perkara biasa. Orang tua-tua pun Kunta Kinte tengok dah terbawa-bawa. Ada yang lebih asyik dengan mainan komputer dan SMS daripada layan tetamu. Cukup tak sedap.

Makan tak kira lagilah. Tak hairanlah bangsa kita dah lebih daripada gemuk. Dah boroi dan obes. Nak cari anak dara pinggang ramping dan badan langsing pun dah susah. Kalau tak jaga, satu hari nanti, satu Malaysia boleh kena penyakit kronik sebab terlebih makan dan makan tak jaga.

Jadi, dalam kita seronok raya, Kunta Kinte harap kita janganlah lupa, bukan apa, cuma takut-takut Melayu tak hilang di dunia tapi hanyut di Malaysia. Pada bulan Ramadan, Kunta Kinte pergi solat waktu dan tarawih di beberapa buah masjid dan surau. Di Masjid KLCC, Melayu hampir-hampir hilang di dunianya sebab penuh dengan pendatang dan pelawat asing.

Malaysia dah jadi sangat kosmopolitan – dibanjiri orang asing. Ada yang halal, ada yang makruh dan ramai yang haram. Buatlah pemutihan ka, pengampunan ka, maaf cakaplah, Kunta Kinte nampak sama saja. Pi mai pi mai tang tu sebab walhasil balik asal, itu pasal tak hasil.

Takut-takut daripada kosmopolitan jadi syaitan.

Ngam-ngam 31 tahun lalu, masa dalam penerbangan pergi-balik Kuala Terengganu dengan kapal terbang eksekutif Kerajaan Malaysia, Kunta Kinte bincang hal yang sama dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri waktu itu, Tun Musa Hitam.

Dalam hal kemasukan pendatang dan cara kita urus atau lebih tepat, tak urus mereka, Kunta Kinte nampak tak ada banyak perbezaan di antara dulu dan sekarang. Cakap banyak, aksi kurang.

Jadi, orang Utara kata, dah magli bila dengar ikrar dan janji pasal isu pendatang ni. Dah tak tahu dan tak berani nak komen sebab macam-macam dah jadi, tapi tak selesai-selesai lagi. Yang Kunta Kinte tengok, kita makan nasi sepinggan, pendatang India makan tiga pinggan sekali jalan. Tak hairanlah import beras subsidi kita naik dari tahun ke tahun dan harga barang melambung.

Kunta Kinte tak tahulah kalau pemandangan di masjid, pasar raya dan pusat beli-belah itu berupa pratunjuk kepada apa yang akan terjadi kepada Malaysia pada masa akan datang – ditakluki pendatang.

Adakah orang Melayu akan terus jadi tuan rumah, duduk di serambi atau jadi fakir terperosok di ceruk dapur merayu simpati? Wallahualam.

Di kawasan tempat Kunta Kinte tinggal, majoriti penduduk adalah Cina. Rumah mereka dan kereta mereka lebih besar daripada rumah dan kereta Melayu. Selepas lebih 50 tahun mereka, ekonomi mereka gemilang, ekonomi Melayu masih layu, tapi Melayu saja yang kibar Jalur Gemilang.

Seelok-eloknya, biarlah orang Melayu terus duduk di serambi, kekal makmur di buminya sendiri dan, seperti kata Hang Tuah, takkan Melayu hilang di dunia. Tapi soalnya, Melayu macam mana?

Balik kepada eid mubarak, sebagai ayah, Kunta Kinte bersyukur walaupun berasa sayu pasal tiga daripada lima anak Kunta Kinte tak ada di sisi untuk bermaaf-maafan dan memberi ciuman sayang pada hari raya.

Dua ada di Switzerland – seorang menetap di sana bersama suami dan tiga anaknya dan seorang lagi ke sana untuk temu duga permohonan pengajian lepasan ijazah. Yang ketiga sedang belajar di Australia.

Kita semua ada suka dan duka hari raya. Namun kita masih boleh bersyukur sebab dapat sekali lagi berpuasa Ramadan dan berhari raya dalam suasana aman dan gembira.

Akhir kalam, Kunta Kinte ucapkan selamat hari raya dan mohon maaf kalau ada sikap dan salah. Wassalam - BH

Mat Sabu : Pasai apa saya nak minta maaf? Biar polis siasat

Posted: 01 Sep 2011 04:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong kerana perkara itu hanya putar belit Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Sebaliknya Mohamad (gambar) berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.

"Pasal apa saya nak minta maaf, biar polis siasat," kata beliau dipetik Harakahdaily lewat petang ini.

Mohamad juga berkata beliau telah pun dihubungi pihak polis berhubung siasatan yang akan dijalankan terhadapnya.

Bagaimanapun katanya, belum ada tarikh khusus ditetapkan untuk sesi soal siasat.

"Saya telah terima panggilan telefon daripada pihak polis nak panggil beri keterangan. "Saya akan beri kerjasama penuh kepada pihak polis," katanya lagi.

Isnin lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kenyataan Mohamad yang dikatakan menghina pasukan polis baru-baru ini.

Menurut Khalid, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh," kata beliau.

"Ia telah menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara dan juga ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong," katanya.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai "Mat Sabu" dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara - TMI

Solat Aidilfitri di Russia (gambar)

Posted: 01 Sep 2011 05:17 AM PDT



Lagi gambar-gambar di sini

Pelajar ditembak : 3 anggota polis ditahan

Posted: 01 Sep 2011 02:42 AM PDT

2011/09/01

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketiga-tiga anggota itu berpangkat Koperal dan Lans Koperal.

"Dua daripada mereka bertugas di Bukit Aman dan seorang lagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Khamis.

Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergeseran kenderaan, namun siasatan masih lagi dijalankan.

Selain tiga anggota polis itu, tiga lagi yang ditahan semalam adalah rakan mangsa berumur antara 20 dan 27 tahun.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 4 September bagi membantu siasatan.

Pelajar lelaki berusia lingkungan 20-an itu dilaporkan cedera parah akibat ditembak di hadapan sebuah kelab malam pada 6 pagi.

Pelajar itu bersama tiga lagi rakannya baru sahaja memasuki kereta untuk meninggalkan kelab malam berkenaan apabila mereka didatangi sekumpulan lelaki. - BERNAMA

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Utusan AidilFitri & Disebalik Undi Pos oleh Bekas Panglima Sistem Armada...

Posted: 01 Sep 2011 03:48 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Apa pandangan Islam terhadap ISA?

Posted: 01 Sep 2011 09:12 PM PDT

Oleh Dato Harun Din
 
ISA begitu terkenal dalam masyarakat, khususnya orang-orang politik. Sebut sahhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4_JJh8d_x3-yMXpBuYz8c5NGuR_R9x1Zp7jHznJ8aKGBL0rVFfJL65506XrjWtNJlc7ay-tHLu9eNx0R9jp9wa3BZotCry2BzNLuKxnRhXqjVTlYWbnZ7ZAi4f2Zcet-Jx0vBIXjjJB52/s400/haron_din.gifaja ISA sudah cukup untuk meremang bulu tengkuk. Gerun dan amat menyayat hati apabila kita singkap kisah-kisah yang berlaku di sebaliknya.
ISA dihasilkan pada zaman keselamatan negara amat terancam oleh anasir-anasir komunis. Pada era pasca Perang Dunia kedua, di mana komunis bermaharajalela dengan pelbagai keganasan berlaku sebagaimana dimaklumi ramai, hingga ke era Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957.
Read More / Baca Lagi >>

The price of 9/11

Posted: 01 Sep 2011 09:10 PM PDT

Today, America is focused on unemployment and the deficit. Both threats to America's future can, in no small measure, be traced to the wars in Afghanistan and Iraq.

By Joseph E Stiglitz

NEW YORK: The Sept 11, 2001, terror attacks by Al Qaeda were meant to harm the United States, and they did, but in ways that Osama bin Laden probably never imagined.
President George W Bush's response to the attacks compromised America's basic principles, undermined its economy, and weakened its security.
The attack on Afghanistan that followed the 9/11 attacks was understandable, but the subsequent invasion of Iraq was entirely unconnected to Al Qaeda – as much as Bush tried to establish a link.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu asak balik, dakwa Umno di ambang tumbang

Posted: 01 Sep 2011 09:09 PM PDT


Mat Sabu berkata sambutan bagi program ceramah anjuran PAS "sangat baik". — Foto fail
KUALA LUMPUR, 2 Sept — PAS semakin hampir untuk mengisytiharkan pihaknya "juara" kempen bersaing dengan Umno bagi mendapatkan undi orang Melayu kawasan luar bandar ketika sambutan Aidilfitri, dengan Timbalan Presidennya Mohamad Sabu yakin Umno bakal tumbang dalam waktu terdekat.
Read More / Baca Lagi >>

Don’t be complacent: Anwar tells Pakatan

Posted: 01 Sep 2011 09:08 PM PDT

A dip in Prime Minister Najib's popularity should not allow Pakatan to think everything is smooth sailing for them, says Anwar.
PERMATANG PAUH: A survey by the pollsters Merdeka Centre may have revealed declining popularity of Prime Minister Najib Tun Razak but his main rival and parliamentary Opposition Leader Anwar Ibrahim is not taking anything for granted.
He calls on his comrades-in-arm in Pakatan Rakyat not to sit on their laurels despite the Merdeka Centre survey was positive and encouraging for the coalition.
"We must continue to work hard to explain to the people on policy matters. We must also improve on our performance, especially by the Pakatan state governments.
"We shall not take it easy," said Permatang Pauh MP Anwar when attending the Hari Raya open house hosted by Deputy Chief Minister I and PKR state chief Mansor Othman in Kubang Semang here today.
Read More / Baca Lagi >>

Video : US Forces Show New Hardware in Korea Exercises

Posted: 01 Sep 2011 09:07 PM PDT

Video : World Leaders Want Gadhafi's Regime to Crumble

Posted: 01 Sep 2011 09:04 PM PDT

Video - PRU13: PAS sasar 60 kerusi Parlimen

Posted: 01 Sep 2011 09:04 PM PDT

Video : Gaddafi spies infiltrated Libyan rebel army

Posted: 01 Sep 2011 09:03 PM PDT

Video - Tarikh PRU-13: 11.11.2011?

Posted: 01 Sep 2011 09:02 PM PDT

SUPP mula bergolak merebut kerusi presiden

Posted: 01 Sep 2011 09:01 PM PDT

Perebutan sengit antara pemimpin kanan untuk jawatan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bakal mendominasi persidangan tiga tahunan (TDC) parti itu Disember depan.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan mahu pemimpin negeri tak ulas agihan kerusi

Posted: 01 Sep 2011 09:00 PM PDT

Rundingan agihan kerusi di antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat masih belum dimuktamadkan manakala pemimpin negeri diminta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Read More / Baca Lagi >>

MRT: MCA rayu peniaga Jalan Sultan kaji semula tindakan mahkamah

Posted: 01 Sep 2011 08:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, menasihati pemilik hartanah di Jalan Sultan di sini yang terlibat dengan pembinaan terowong bawah tanah bagi projek Transit Rapid Massa (MRT) agar bersabar.
Beliau juga meminta mereka untuk mempertimbangkan langkah mereka untuk memfailkan injunksi bagi menghentikan pemilikan tanah dan pengambilan premis mereka.
"Jika mereka pergi ke mahkamah dan memfailkan injunksi, maka ruang perbincangan akan menjadi terhad di masa depan kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mungkin berkata biar mahkamah yang membuat keputusan," katanya dipetik Bernama Online.
Dr Chua (gambar) yang ditemui di Rawang malam tadi berkata perbincangan mendalam dengan SPAD hanya boleh diadakan selepas cuti sempena Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.
Beliau juga berkata keputusan muktamad mengenai perkara tersebut tidak boleh diputuskan oleh SPAD tetapi bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia di bawah skop Jabatan Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Penulis dizalimi, Muhyiddin membisu

Posted: 01 Sep 2011 08:33 PM PDT

Kumpulan Sasterawan Kavyan kecewa kerana Menteri Pelajaran belum berbuat apa-apa berikutan kes lima penulis dikatakan dinafikan hak royalti bagi teks Komsas.
PETALING JAYA: Penulis sepenuh masa dari Johor, Rohani Deraman (gambar) layak menerima royalti sekitar RM55,878.50 daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius (DBP: 2010) yang dijadikan teks Komsas bagi pelajar Tingkatan Dua.
"Cerpen 'Warkah Daripada Ibu' karya Rohani mula-mula termuat dalam antologi Hanya Kita Yang Tinggal (Penerbit Mega Setia Emas Sdn Bhd: 2001) dan dia hanya dibayar RM40.
"Cerpen sama dimuatkan dalam sebuah antologi terbitan Edu Quest Publisher pada 2007 dan penulis tidak dibayar walau satu sen," kata Uthaya Sankar SB yang merupakan pemilik 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya' dan presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).
Read More / Baca Lagi >>

Media lynching and academic collaborators

Posted: 01 Sep 2011 08:31 PM PDT

The Umno-linked media has its knives out for Mat Sabu and other opposition or civil society leaders that stand in the way of the party's agenda.

Every once in a while the government-controlled or government-associated media engages in a public lynching of individuals that dare to challenge the Umno-scripted truth about the political system, religion, the monarchy or just about any subject which may be seen as threatening to Umno's political and ideological dominance.
The latest case involves Mohamad Sabu and the reason for his lynching relates to a speech he made in Tasek Gelugor on Aug 21 in which the PAS deputy president touched on the Bukit Kepong incident of Feb 23, 1950.
In that incident, armed members of the Malayan Communist Party attacked and killed 25 police personnel and some of their family members. In his speech reported by Utusan Malaysia, Mohamad Sabu allegedly glorified the MCP by claiming that they were the real heroes for fighting against the British and for leading the country's struggle for independence.
Read More / Baca Lagi >>

Azizan akan digugurkan sebagai MB, kata The Star

Posted: 01 Sep 2011 08:30 PM PDT

Kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Saifuddin: BN boleh kekal Temerloh, tapi bukan mudah

Posted: 01 Sep 2011 08:28 PM PDT


TEMERLOH, 2 Sept — Datuk Saifuddin Abdullah dilihat antara beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) khususnya dari Umno yang sinonim dengan personaliti yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi untuk berhubung dengan rakyat — sama ada pengundi kawasannya ataupun orang ramai amnya.
Beliau menyifatkan wakil rakyat tiada pilihan kecuali mendampingi kaedah tradisional dan alaf baru untuk berkomunikasi dengan berkesan dan efektif.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin ISLAM..

Posted: 01 Sep 2011 08:27 PM PDT

"Pemimpin ummat Islam ialah pemimpin yang menjaga dan mempertahankan agamanya. Mengutamakan rakyatnya dari kepentingan2 diri dan keluarganya..lihatlah ketika Rasulullah SAW memimpin empayar Islam..harta apa yg baginda miliki..?Baginda wafat dlm keadaan tiada sedikit pun.Sebelum baginda wafat..Rasulullah SAW memanggil seluruh penduduk kota Madinah berkumpul..lantas baginda bertanya..ada sesiapa yg aku berhutang kpdnya..sila tuntut..akan ku bayar..barangsiapa yg aku terambil haknya..datanglah tuntut..akan aku kembalikan haknya..jika ada aku pernah menzalimi kalian..sila dtg dan balaslah ke atas diriku.

Bagaimana pemimpin negara kita..?..kononnya mengistiharkan merekalah pemimpin Islam..tak habis2 menzalimi rakyat. Amat memalukan.Orang bukan Islam pun tertanya-tanya, inikah kepimpinan Islam ?"

“Learn, Unlearn, Relearn” Sejarah Malaysia

Posted: 01 Sep 2011 08:25 PM PDT


Oleh: albangi

"Lebih 50 tahun majoriti  rakyat Malaysia percaya kepada sejarah Malaya dan Kemerdekaan Malaysia yang ditulis oleh penjajah British dan digunapakai oleh Kementeria n Pelajaran Malaysia. Setiap tahun pula, kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh BN-UMNO mengingatkan akan sumbangan UMNO, sumbangan UMNO dan sumbangan UMNO dalam mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, seolah-0lah hari kemerdekaan bermakna hari kecemerlangan UMNO.

Read More / Baca Lagi >>

UMNO Bunuh Penduduk Memali Dan Ibrahim Libya

Posted: 01 Sep 2011 08:24 PM PDT


Oleh: mohdnoorawang

"Timbalan Presiden PAS Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu menjadi figura dan berita yang cukup besar oleh media pro UMNO dan media tv. Mat Sabu dituduh penganas dan pengkhianat bangsa yang sebenar oleh pemimpin tertinggu UMNOapco.

Jika Mat Sabu dituduh dan dilebelkan pelbagai watak dan gelaran yang jahat oleh pemimpin UMNO termasuk orang kuat DAP Karpal tidak setuju apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu dalam isu peristiwa "Bukit Kepong",

Read More / Baca Lagi >>

Tok Janggut ( Hj Mat Hassan)

Posted: 01 Sep 2011 08:23 PM PDT

Oleh: badangsejuk

"Alangkah teruk nya sejarah melayu. semua nye telah disusun secara teliti dan rapi. Hingga kan org melayu terpaksa terima tentenag sejarah bangsa mereka sendiri dari oarang asing asing yang menjajah mereka

Haji Mat Hassan merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi di mata sejarawan-sejarawan tempatan. Seorang pejuang yang gugur syahid dalam perjuangan mempertahankan kedaulatan Islam.

Siapa Haji Mat Hassan?

Haji Mat Hassan lebih dikenali dengan nama Tok Janggut. Dikatakan beliau mendapat gelaran ini kerana janggut panjangnya. Bagaimana kalau aku katakan yang nama Tok Janggut ini sengaja dipopularkan berbanding dengan nama asal beliau kerana ia adalah SATU STRATEGI BRITISH untuk menenggelamkan atau menyembunyikan unsur-unsur jihad yang diperjuangkan oleh Tuan Haji. Sekadar pendapat peribadi.

Read More / Baca Lagi >>

Relentless Umno fire: Mat Sabu joins the Anwar, Guan Eng super-hero league

Posted: 01 Sep 2011 08:21 PM PDT

Relentless Umno fire: Mat Sabu joins the Anwar, Guan Eng super-hero leaguePAS deputy president, Mohamad Sabu, has decided to take legal action against Utusan Malaysia for the "distorted and false" reporting of his ceramah in Penang's Tasek Gelugor on August 21. He has also said he was ready to face any police interrogation on the matter that has been clearly stirred up by UMNO quarters.
Umno-owned Utusan had quoted the PAS leader as saying that the communists who attacked the Bukit Kepong police station during the Emergency on Feb 3, 1950, were heroes and not the policemen who died in the attack. He was alleged to have claimed that the country's first prime minister, Tunku Abdul Rahman, and Umno's first president, Onn Jaafar, should not be recognised as freedom fighters because they were British officers.
Read More / Baca Lagi >>

Nuklear: Pakatan persenda langkah Putrajaya ‘buru’ firma PR

Posted: 01 Sep 2011 08:18 PM PDT


KUALA LUMPUR, 2 Sept — Kepimpinan pembangkang mempersenda langkah terbaru Putrajaya yang didakwa mahu mendapatkan khidmat firma perhubungan awam bagi membina sokongan kalangan rakyat berhubung projek pembinaan loji nuklear sebagai tenaga alternatif.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) berkata pendedahan bahawa kerajaan telah pun menyenarai pendek tiga firma bagi tujuan tersebut menunjukkan pentadbiran Najib masih bimbang mengenai bentuk berbanding fungsi langkah-langkah diambil pihaknya.
"Ia dengan sendiri cakap mengenai (imej) pentadbiran Najib. Ia hanya mengenai perhubungan awam," kata beliau The Malaysian Insider.
Adun Seri Setia  ini menambah, meskipun adanya siri berita-berita, yang kelihatan positif, mengenai program pembaharuan diumumkan oleh perdana menteri, tetapi hanya beberapa pembaharuan yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk dasar.
Kata beliau, ia satu ujian kepada kegagalan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seakan "Tom, Dick and Harry" boleh melantik firma-firma perhubungan awam untuk mengubah ketrampilan sedangkan pembaharuan yang sebenar memerlukan iltizam politik.
Read More / Baca Lagi >>

Mad Indera dapat tauliah agama dari kerajaan Johor

Posted: 01 Sep 2011 08:16 PM PDT


KUALA TERENGGANU, 2 Sept: Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

"Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar, a step closer to being the next PM despite jail and death threats

Posted: 01 Sep 2011 08:14 PM PDT

Anwar, a step closer to being the next PM despite jail and death threatsThere is a penchant for controversies in this country. Every little thing can be blown out of proportion. Every little statement, every little misplaced word can be used against you, especially if you are with the Opposition. It only needs the mainstream media or MSM to publicize it, and everyone goes into a frenzy, debating it.
Lately, PAS leader Mat Sabu's speech in Penang has caused a commotion in the country. At least 49 police reports were made and BN leaders rose in unison to condemn his speech. The police now want to question him and the Deputy Prime Minister Muhyddin Yassin has urged him to 'repent' and 'stop telling lies'. But despite the drama, give it another month, and nobody will recall anymore what Mat Sabu allegedly said.
The same with the 'Allah' issue, the Malay Bibles issue and the Christian prime minister row. All these came with a bang and went in a whisper. So too has the TV3 false reporting of a kindergarten that alleged proselytization of Muslim kids. Even the police report, made by an NGO, against the TV3 has been conveniently forgotten as Malaysians sought out the latest news.
Read More / Baca Lagi >>

Video : 'Ground Zero' Disappearing, WTC Is Back

Posted: 01 Sep 2011 08:52 AM PDT