Isnin, 29 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


SANTAI : Sambil-sambil makan lemang mai tengok tarian gelek dari Arab

Posted: 29 Aug 2011 10:59 PM PDT

Bagaimanakah rakyat Malaysia akan bersatu dengan kewujudan penipu-penipu politik seperti ini?

Posted: 29 Aug 2011 09:03 PM PDT

Bagi Mahathir, Anwar masih 'syaitan'

Membesar di bawah kepimpinan beliau, seseorang akan cenderung untuk mempunyai rasa takut kepada manusia ini. 22 tahun sebagai Perdana Menteri,sudah cukup memasyhurkan beliau di seantero dunia, perihal baik mahupun jahat. Semasa berkuasa, ramai orang Melayu memandang kepadanya dengan bangga dan rasa hormat. Namun, ketika beliau turun dari kuasa, timbalannya sendiri pun, iaitu Abdullah Badawi sanggup menyerang beliau

Artikelnya terbarunya yang menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dianggap kurang berkesan. Pada masa dahulu, rakyat Malaysia mungkin akan teruja membaca artikel beliau yang mengkritik Anwar; yang pada tahun 1990-an cukup popular untuk menggulingkan beliau. ++ SETERUSNYA

Siapa yang patut di salahkan, Zul Kulim atau kerajaan Negeri?

Posted: 29 Aug 2011 07:57 PM PDT

LUNAS - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masih ada dalam kalangan mereka yang menderita.

Seorang wanita berusia 52 tahun yang mengalami masalah mental ditemui dalam keadaan bogel di bilik belakang sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Salad kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau menerima maklumat mengenai wanita itu daripada orang awam melalui telefon.

Menurutnya, selepas pergi ke alamat seperti dilaporkan, beliau ternampak mangsa dalam keadaan bogel sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk mendapatkan bantuan.

"Empat pegawai dari JKM datang ke tempat kejadian bersama sebuah kenderaan unit MPV dari Balai Polis Lunas. Daripada maklumat saya peroleh, mangsa sudah lima tahun dikurung dalam keadaan begitu. Lebih menyedihkan, mangsa bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bogel malah tidak ada tikar, tilam atau bantal di tempat mangsa dikurung.

"Mangsa hanya akan berbaring dan duduk di atas lantai simen. Selain itu saya dapati banyak beg plastik berisi nasi di luar tempat mangsa dikurung. Saya kemudiannya menghubungi ambulan untuk menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital" katanya.

Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Rohana Yussuf berkata, sebelum ini mangsa yang dikenali sebagai Salmah berada dalam keadaan normal sehinggalah ibunya meninggal dunia pada 2001. Sejak itu tidak ada sesiapa yang menguruskan kehidupannya hingga melarat.

Menurutnya, mangsa sudah menerima bantuan am daripada JKM sebanyak RM150 sebulan. Ketika pemeriksaan dibuat, pegawai JKM mendapati keadaan mangsa lemah, kelaparan dan badannya terlalu kurus sehingga menampakkan rangka.

Selain itu mangsa menjerit beberapa kali menyatakan 'sakit' sebelum dia di keluarkan dari tempat kurungannya. Pegawai JKM turut memakaikan pakaian yang diberikan oleh jiran kepada mereka kerana mangsa dalam keadaan berbogel.

"Saya telah mengarahkan pegawai JKM membawa mangsa ke hospital Kulim untuk menerima rawatan segera. Selepas pemeriksaan dibuat, barulah JKM mengambil keputusan bagaimana untuk mengatasi masalah dialaminya. JKM akan berbincang dengan waris mangsa untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa sebelum mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat penjagaan khas yang disediakan" kata Rohana.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi berkata, beliau telah mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor untuk pergi ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa. . SH

STONE : Sepatutnya JKM lebih prihatin apabila mengetahui ibu Salmah meninggal pada 2001 (dah 10 tahun beb, bukan 1 tahun)  Bukan sekadar menghulurkan bantuan wang ringgit tetapi JKM juga perlu ambil tahu keadaan Salmah selepas kematian ibunya dan mereka mengtahui Salmah kesaorangan. Sesekali buat lah lawatan untuk mengatahui bagaimana kehidupan Salmah. Kalau JKM buat kerjanya Salmah tak akan jadi macam ni. Bekerjalah dengan ikhlas.

Naji tersepit antara populariti yang menurun dengan reformasi sistem pilihanraya

Posted: 29 Aug 2011 09:34 AM PDT

Perdana Menteri Najib Razak kini tersepit di antara pola popularitinya yang semakin menurun, dengan harapan reformasi sistem pilihan raya yang semakin melambung, seandainya dikupas satu hasil soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center, baru-baru ini.

Menurut soal selidik yang dijalankan antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap kepuasan Najib Razak (gambar kiri) memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6% kepada 59% - buat kali pertama di bawah paras 60% dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009. Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72% pada Mei 2010, dan seterusnya menunjukkan pola menurun. +++  seterusnya

Najib sedang hadapi cabaran dari dalam Umno sendiri - Vell Paari

Posted: 29 Aug 2011 07:46 AM PDT

[Harakahdaily] KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku.

Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno.

Vell Paari turut berkata 'terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno.

Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib.

"Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau.

Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri," kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT.

Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau.

"Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak," tambah.

Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus.

Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas.

Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri.

Najib dah masuk era "Pak Lah' ... tak lama dah tu ...

Posted: 29 Aug 2011 07:07 AM PDT

Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menunjukkan perdana menteri itu sedang mengalami nasib yang serupa dengan pemimpin yang digantinya, kata penganalisis DAP Liew Chin Tong.

Menurut badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center hari ini, sokongan terhadap Najib itu merudum kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun.

"Saya fikir Najib sedang memasuki fasa Pak Lah fasa. Perkara sama berulang, seperti semasa era Pak Lah," kata Liew (kiri).

Rakyat mempunyai harapan yang besar ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, atau ldebih mesra dengan panggilan Pak Lah selepas beliau mengambil alih pemerintahan kuku besi 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu telah berikrar untuk membasmi rasuah yang menyaksikan beliau meraih sokongan besar dan peratus rakyat yang menyokongnya naik kepada 91 peratus apabila beliau mengambil alih jawatan pada tahun 2004, mengikut badan bancian yang sama itu.

Walau bagaimanapun, kegagalan Abdullah untuk mengotakan janji-janjinya menyebakan parti-parti komponen BN yang diterajuinya pada pilihan raya umum 2008, kehilangan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen buat kali pertama. Pada bulan September tahun itu, tahap puas hati dengan kepimpinannya terus merosot secara menadadak kepada hanya 43 peratus.

Liew, yang juga ahli parlimen Bukit Bendera, berkata kemerosotan populariti Najib membuktikan dasar-dasar yang telah dan cuba diperkenalkannya telah gagal.

"Ia adalah isyarat jelas bahawa dia perlu melakukan pusingan U, kerana apa yang dia cuba lakukan tidak berhasil," katanya. - Malaysiakini

Mat Sabu dan komunis bukan isu, tapi sebenarnya Mat Sabu suatu ancaman yang semakin menakutkan Umno

Posted: 29 Aug 2011 05:41 AM PDT

Mat Sabu dan 'komunis' — Fahmi Fadzil

29 OGOS — Baru-baru ini kita baca tentang usaha pihak Utusan serta media lain milik Umno untuk memburukkan nama Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu), dengan mengatakan kononnya beliau penyokong komunis yang telah menyerang Bukit Kepong pada tahun 1950.

Ramai cybertroopers, blog-blog dan media arus perdana milik Umno yang cuba menyerang Mat Sabu ataisu ini, langsung mengatakan beliau seorang "pengganas" dan "pengkhianat", bahawa beliau menghina pejuang negara, lupa sejarah dan macam-macam lagi.

Apakah sebenarnya isu di sini: Komunisme? Peranan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam sejarah Malaya/Malaysia? Atau adakah kerana perkara lain?

Tapi sebelum itu, sudahkah anda mendengar sendiri apa yang disebut Mat Sabu di ceramah 21/8 itu?

Setelah saya mendengar dan meneliti apa yang disebut Mat Sabu, beberapa perkara timbul dalam fikiran:

• 1950 Malaya belum Merdeka dari British, maka polis pada waktu itu adalah polis British

• Setiap kali Hari Merdeka menjelma, filem "Bukit Kepong" akan dimainkan

• Filem "Bukit Kepong" ini dibuat oleh (Tan Sri) Jins Shamsuddin. Nota sampingan: Beliau merupakan seorang ahli Umno, dan kini seorang Senator yang dilantik Umno

• Mereka yang melawan British — termasuklah Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong dan Tok Janggut — semua dianggap penderhaka

Maka saya dapati apa yang disebut Mat Sabu mengenai isu ini ialah kenyataan-kenyataan berkaitan sejarah dan pensejarahan, dan bagaimana pensejarahan Malaya/Malaysia merupakan hegemoni kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Melalui hegemoni ini, Umno-BN boleh merubah sudut pandang sejarah mengenai sesuatu isu; dalam konteks ucapan ini, Mat Sabu mengatakan Umno-BN merubah sudut pandang sejarah "serangan golongan anti-penjajah ke atas polis British di Bukit Kepong" menjadi "serangan penderhaka ke atas daulah Kerajaan".

Secara ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN ke atas sejarah negara.

Lebih ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN.

Oleh itu, segala kelengkapan psy-war milik Umno-BN telah dikerah untuk menyerang balas Mat Sabu. Mengapa? Kerana sebenarnya, Umno-BN gentar dan takut melihat Mat Sabu.

Lebih tepat lagi, Umno gentar dan takut melihat Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, kerana antara lainnya beliau ialah seorang pemimpin and penyelaras akar umbi yang tangkas. Tambahan pula beliau telah memporak-perandakan usaha-usaha Umno untuk menzahirkan "Kerajaan Perpaduan".

Oleh kerana Umno gentar dan takut, maka Umno serang.

Maka, isunya bukan sama ada Mat Sabu itu penyokong komunis atau tidak, tapi sebenarnya Mat Sabu itu suatu ancaman yang semakin menakutkan Umno. — fahmifadzil.wordpress.com

* Fahmi Fadzil adalah setiausaha politik kepada Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Hampa nak kata apa lagi

Posted: 29 Aug 2011 05:13 AM PDT

Pemimpin BN tidak risau kajian dakwa populariti Najib susut

Oleh Yow Hong Chieh
August 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengetepikan kajian terbaru menunjukkan populariti Datuk Seri Najib Razak mengalami penurunan berterusan, sebaliknya yakin Perdana Menteri keenam itu terus menikmati keyakinan rakyat.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) berkata beliau tidak percaya yang sokongan akar umbi ke atas perikatan itu dan pengerusinya terjejas teruk memandagkan sokongan kuat terus diperlihatkan oleh rakyat.

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 - lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam.

"Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini," kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini.

Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama.

Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010).

Shafie berkata sementara inflasi merupakan isu utama yang perlu ditangani, Perdana Menteri juga telah menunjukkan bahawa beliau komited untuk menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyediakan program Kedai Rakyat 1Malaysia dan inisaitif-inisiatif yang bertujuan mengurangkan beban kewangan.

"Tidak ragu bahawa harga barangan tinggi di sesetengah kawasan, tetapi murah di sesetengah kawasan yang lain. Perdana Menteri melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah rakyat," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Anggota Kabinet ini menambah, mereka yang mempunyai pandangan negatif mengenai kepimpinan Najib lebih risau tentang isu-isu kaum dan agama berbanding kos sara hidup.

Naib Presiden MCA Datuk Seri Donald Lim berkata mereka yang ditemui kelihatan respons kepada perkembangan sejak kebelakangan ini seperti langkah pihak berkuasa menangani perhimpunan Bersih 2.0, selain ketegangan antara agama, tetapi menuding ke atas pembangkang yang mempolitikkan isu-isu itu.

"Pembangkang khususnya DAP telah memutar belit isu yang wujud. Malah, isu Jais (Jabatan Agama Islam Selangor), ia menyalahkan BN," katanya lagi.

Timbalan Menteri Kewangan ini berkata inflasi adalah fenomena global yang diakibatkan oleh kenaikan harga barang dan hutang di Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi inflasi di Malaysia masih rendah iaitu sekitar 3.4 peratus berbanding lima peratus di Singapura.

Bekas setiausaha agung MIC Datuk T Rajagopalu berkata, tidak sesiapa pun boleh mempersoalkan kerja keras Najib, yang secara terus-menerus berusaha memastikan rancangan pembaharuan demi kebaikan rakyat.

"Setiap hari Perdana Menteri menjalankan kerja beliau... beliau menggerakkan langkah beliau," katanya lagi.

Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan mengetepikan hasil kajian terbaru yang diumumkan hari ini sambil menegaskan, rakyat masih yakin dengan keupayaan dan kepimpinan Najib.

Timbalan menteri ini mendakwa kaedah kajian yang digunakan kemungkinan ada kecacatan, hanya menemu bual 20 peratus penduduk yang begitu kritikal dengan Najib dan dasar-dasarnya.

"Saya tidak percaya (hasil) kajian," kata Ahli Parlimen Tapah ini.

Rakyat meluat Najib - dari 65% sokongan dah tinggal 59%

Posted: 29 Aug 2011 04:54 AM PDT

BANGI 29 OGOS : Rating sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merudum kepada 59 peratus mengikut 'survey' terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Merdeka Center hari ini.

Rating sokongan kepada beliau merosot 6 peratus berbanding 65 peratus Mei lalu dipercayai kerana kebimbangan terhadap peningkatan kos hidup oleh rakyat selain isu kenaikan harga petrol dan elektik.

"Dari survey ini, kami mendapati kadar sokongan yang turun mendadak adalah disebabkan meningkatnya kebimbangan kenaikan kos sara diri....Selain isu tersebut, keputusan turut menunjukkan perkaitan dengan pandangan awam tentang bagaimana kerajaan menguruskan hal seperti himpunan BERSIH 2.0 dan acara lain," mengikut laporan tersebut.

Hasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal menyeru sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang puas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaum India sahaja yang memberi sokongan bertambah kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini hanya 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan Sistem pilihan raya negara ini.

Hanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 %), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68%), penggunaan dakwat kekal (70%) dan pembersihan daftar pemilih (88%).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratuts Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial dengan 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ke tiga dengan 9 peratus dan perkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan pembahagian kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India dipilih mengikut Metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh Semenanjung

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Selamat Hari Raya Semua

Posted: 28 Aug 2011 10:37 PM PDT


Apa kata Ramadhan ini, kita jadikan Syawal pertama,
di mana kita tak bersalam-salaman dengan sepupu kita yang tak sama jantina.
Apa yang tak boleh tetap tak boleh,
tak usah la nak pakai alasan "macam adik beradik' nak dibolehkaan.

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin,
Pastikan jangan lupa,
Toksah undi dacing.

Aku pohon maaf kepada sapa-sapa yang aku dah terkutuk
atau aku terpakai gambar tak senonoh dia dalam ni.

Sayonara selama beberapa hari.



dollah yankee

dollah yankee


Ini lah orang paling bangang dalam Malaysia!

Posted: 29 Aug 2011 06:46 AM PDT


dollah yankee -
Gurkah-gurkah di'port' mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan dan sedang menunggu Anwar Ibrahim menjadi PM.
Cuti panjang wei..!!!

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Cincin Rosmah, Utusan kantoi bodohkan rakyat!

Posted: 29 Aug 2011 08:53 PM PDT

UTUSAN Malaysia dan TV3 Al-Musyrikin sudah diketahui umum menjadi alat propaganda United Malays No Otak. Pelbagai cara digunakan untuk menaikkan imej United Malays No Otak dan Lady Gajah.
Semalam [29 Ogos 2011] Utusan Malaysia dikesan menyiarkan kenyataan tidak benar dari Anuar Shaari berhubung isu cincin Rosmah untuk menipu rakyat terutama orang kampung yang tiada akses internet. Rujuk berita di bawah.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Langit : Ayah Pin Dan 'Jinnya' :

Posted: 29 Aug 2011 08:52 PM PDT

Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin
Ramai yang tak tahu cerita sebenar bagaimana halangan dan susah payah meroboh struktur yang di bina Ayah Pin. Cerita aneh banyak berlaku sehingga gagal memusnahkannya. Ikuti pengelibatan Hj Lokman dan Ahli Tahfiz dalam memusnah Jin yang menjaga Binaan Ayah Pin
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasuk cerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumah bulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh, jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yang memaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejak pertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negara ini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaran sesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.Struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut
Read More / Baca Lagi >>

After the celebrations, will M'sia get a new Tun Najib and Toh Puan Rosmah

Posted: 29 Aug 2011 08:47 PM PDT

After the celebrations, will M'sia get a new Tun Najib and Toh Puan Rosmah So the academics have come out to offer their views on the issue of Malay disunity.
In consensus with the Perak Mufti Harussani Zakaria, who blamed it on Prime Minister Najib Razak's weak and corrupt government, Professor Madya Mohammad Agus Yussoff has said that the deterioration was also caused by government inaction to listen and to accept the varied views of the people
"I fully agree with the views of Harussani, but I would like to add that another cause of Malay disunity is the government's refusal to open their ears and listen to the Rakyat's differences. If the government is serious about Malay Unity, the government must listen and accept the views as to why the Malays are split but the problem is that the government refuses to listen. The Malay split is also because of discrimination and injustice to the Malays themselves as what happened in Kelantan and that's why there is a split."
Read More / Baca Lagi >>

Anwar: Ramadan ibarat didik erti kerendahan diri

Posted: 29 Aug 2011 08:44 PM PDT

Anwar berkata bulan Ramadan merupakan satu ujian kepada umat Islam.
KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tempoh sepanjang Ramadan ibarat sebuah madrasah yang mendidik erti kerendahan hari dan sabar menanggung ujian di kalangan umat Islam. Dalam perutusan sempena Aidilfitri, Ketua Pembangkang berkata, menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan merupakan satu ujian kepada umat Islam, ujian melawan nafsu, menundukkan musuh utama dan sekiranya menang, dianugerahi Allah s.w.t dengan petunjuk serta ampunan dari-Nya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan: Populariti Najib pasti junam jika gagal tunai pembaharuan pilihan raya

Posted: 29 Aug 2011 08:43 PM PDT

  1. KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meramalkan populariti Datuk Seri Najib Razak, yang terus merosot, akan berhadapan dengan paras lebih buruk jika perdana menteri gagal menunaikan janji pembaharuan pilihan raya selepas perhimpunan Bersih 2.0.
Sementara mereka juga bersetuju dengan kemerosotan berterusan sebagaimana dibuktikan menerusi kajian Merdeka Center dan bukan sesuatu yang mengejutkan, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengambil sikap berhati-hati tentang implikasi persekitaran itu dalam pilihan raya umum ke-13.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz: Jenayah akidah wujud kerana takwa gagal jadi asas hidup

Posted: 29 Aug 2011 08:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata jenayah akidah seperti murtad berpunca daripada ketakwaan yang tidak dipupuk dalam diri masyarakat.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada semua pihak agar marilah kita menjadikan takwa sebagai asas dalam setiap sudut kehidupan kita.
Katanya, setelah umat Islam menjalani tarbiyah Ramadan selama sebulan dengan ibadat seperti puasa, qiam, bacaan al-Quran dan sebagainya, "kita diperintahkan untuk menyambut Hari Raya sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan menewaskan hawa nafsu."
Read More / Baca Lagi >>

Warisan BN : Pekerja 'keras kepala' jejas pentadbiran S'gor

Posted: 29 Aug 2011 08:41 PM PDT

xavier jayakumar pc 190110 01Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menghadapi masalah dengan "kakitangan awam negeri yang keras kepala" berbulan-bulan lamanya setelah mengambil pemerintahan negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu.

Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa anggota exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan kakitangan awam yang degil itu.

Kakitangan berkenaan, menurut laporan yang memetik Jayakumar sebagai berkata, "terikat dengan kerajaan BN (bekas) Perdana Menteri Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan usaha BN bagi menetapkan struktur selari bagi mengalihkan dana daripada disalurkan kepada kerajaan negeri".
Read More / Baca Lagi >>

Komunis : Setuju Atau Tidak Kalau Mat Sabu Saman Utusan Malaysia RM1Billion

Posted: 29 Aug 2011 07:01 PM PDT


Oleh: ulitmayang

"Menurut berita Harakah Online hari ini , Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

Read More / Baca Lagi >>

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Posted: 29 Aug 2011 06:51 PM PDT


Merdeka! merdeka kite... 31 ogos nih dah 54 tahun merdeka.. ade orang mengatekan mereka ler pejuang merdeka sebenornya.. ade orang mengatakan kelab mereka yang memperjuangkan kemerdekaan.. ermm tapi korang tau tak.. fakta.. slogan merdeka tu digunakan oleh PKMM..

Kengdian Kelab bangsa ajaib gunekan Merdheka.. erm pesal ejaan pelik benor.. mungkin nak sesuaikan ngan base melayu ketike itu..

Read More / Baca Lagi >>

Siapakah Sir Henry Gurney?

Posted: 29 Aug 2011 06:50 PM PDT


"Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!
Read More / Baca Lagi >>

Mat Indera..Pejuang atau Pengkianat..!!!

Posted: 29 Aug 2011 06:48 PM PDT

Nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Read More / Baca Lagi >>

Penubuhan MALAYSIA : perancangan USA sejak 1889?, kertas kerja HARVARD UNIVERSITI

Posted: 29 Aug 2011 06:47 PM PDT

1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON! (buka spoiler untuk tengok gambarnya)

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih..
Read More / Baca Lagi >>

MALAYSIA :telah wujud pada September 1937?

Posted: 29 Aug 2011 06:45 PM PDT



Projek penjajahan bentuk baru, empayar baru dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yg kununnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S utk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dgn niat jahat, menjajahnya dlm bentuk baru.



Malaysia adalah projek kolonial. benar, seperti buku ini yg terbit pd September 1937
Read More / Baca Lagi >>

MERDEKA : Perlukah kita berfikir di luar kotak ?

Posted: 29 Aug 2011 06:44 PM PDT


Oleh: tokpepijat

" Isu tentang sejarah pembabitan Mufti Palestin Sheikh Muhammad Amin Husaini dengan Hitler dan juga pembabitan orang Melayu dalam Rejimen 10 PKM adalah suatu perkara menarik untuk kajian.

Dua isu ini mempunyai 2 pandangan sisi.

Pandangan popular adalah pandangan dari pihak yang berkuasa dan menguasai media.Pandangan ini juga dimasukkan dalam subjek Sejarah maupun filem-filem.

Read More / Baca Lagi >>

Apostasy issues cloud this Raya as politicians turn religion into a millstone

Posted: 29 Aug 2011 06:41 PM PDT

Apostasy issues cloud this Raya as politicians turn religion into a millstoneThere has been a recent uproar surrounding the issue of apostasy amongst the Muslim community, and fingers of blame have been pointed in all directions, from Christian tuition schools to opposition leaders.
But really, at a time like Hari Raya Aidilfitri, should we perhaps not be celebrating our commitment and faith, or the commitment and faith of our loved ones to Islam? Instead we are squabbling and pointing fingers; actions that stem from a place of insecurity and lack of faith, in direct contrast to what all religions call for.
St Thomas Aquinas once said, "To one who has faith, no explanation is necessary. To one without faith, no explanation is possible."
Does anyone really believe that enacting extreme laws can force true faith into the non-believer? And if it's not true faith that we're after, it has to be asked, what purpose do these laws against conversion from Islam serve? To govern by fear and force? It is hard to believe that this is what the religion truly calls for in their followers: a generation of the socially indoctrinated and the forced.
Read More / Baca Lagi >>

PAGI-PAGI RAYA LAGI UTUSAN SYAITAN DAN ANUAR SHAARI DAH DAPAT UCAPAN "BANGANG"

Posted: 29 Aug 2011 06:41 PM PDT

Chegu Bard didesak buat akuan bersumpah

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini mendesak Badrul Hisham Shaharin membuat kenyataan bersumpah berhubung isu cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta) jika masih berdegil enggan membuat laporan polis.
Read More / Baca Lagi >>

AIDILFITRI - Antara Ibadah dan Adat

Posted: 29 Aug 2011 06:38 PM PDT


Hari Raya Aidil Fitri tiba lagi. Ia disambut pada setiap tahun dan disyariatkan oleh Allah s.w.t. untuk umat Islam merayakannya. Ianya disambut menandakan kesyukuran Umat Islam di atas kejayaan mereka melaksanakan fardu puasa sepanjang bulan Ramadan dan menandakan kemenangan mereka dalam perjuangan menahan hawa nafsu dari perkara-perkara yang ditegah di dalam bulan puasa.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, pertama kegembiraan ketika mereka berbuka dan kedua kegembiraan mereka ketika bertemu dengan Tuhannya yang Maha Pemurah."
Read More / Baca Lagi >>

Bersih says vindicated by new poll

Posted: 29 Aug 2011 06:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 30 — Bersih 2.0 has said it had expected the overwhelming two-thirds support for free and fair elections published by a local research house yesterday, adding it was inspired to ramp up its campaign to educate Malaysians nationwide on polls ahead of the 13th general election.
The electoral watchdog's chief Datuk Seri Ambiga Sreenevasan said she had expected the overwhelming support from Malaysians polled by the Merdeka Center and published yesterday.
"That accords with our stand and the reason for that is because our demands are so wholly reasonable," she told The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Keluarga Gaddafi lari ke Algeria, anak lelaki terbunuh

Posted: 29 Aug 2011 06:34 PM PDT

TRIPOLI, 30 Ogos — Keluarga Muammar Gaddafi dilaporkan telah 'melarikan' diri ke Algeria tetapi lokasi pemimpin itu masih belum diketahui, demikian menurut laporan media asing.
Dalam pada itu, pejuang pemberontak mendakwa telah membunuh salah seorang anak lekakinya —  Khamis Gaddafi dalam serangan udara kira-kira 60 kilometer ke selatan Tripoli.
Kementerian Luar Algeria berkata isteri Muammar, Safia, anak perempuannya Aisha dan dua anak lelaki Hannibal dan Mohammed telah melangkah ke negara jiran di sebelah barat itu pagi semalam. Laporan Reuters menyebut perkembangan itu dijangka mencetuskan masalah hubungan diplomatik ketika Majlis Peralihan Kebangsaan sedang berusaha untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baru.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Libya: Selepas Muammar diguling, 1 Syawal ‘Aidilfitri Kemenangan’

Posted: 29 Aug 2011 06:31 PM PDT

Kaum wanita menyambut kedatangan Aidilfitri di Dataran Hijau, Tripoli semalam. — Foto Reuters
TRIPOLI, 30 Ogos — Kehadiran Aidilfitri pertama tanpa kepimpinan Muammar Gaddafi disambut oleh rakyat Libya dengan kegembiraan dalam suasana serba kekurangan - daripada wang sehingga bekalan air. Pun begitu tiada apa yang dapat menjejaskan kegembiraan sebenar mereka — kini mula merasai kebebasan — penduduk Tripoli memanggilnya sebagai Aidilfitri Kemenangan.
Selepas 42 tahun dipimpin oleh Muammar, Aidilfitri tahun ini akan kekal dalam ingatan rakyat Libya.
"Setiap tahun kami sambut dengan baju-baju yang baru, hidangan istimewa dan manisan buatan sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Rebels Close in on Gadhafi's Hometown

Posted: 29 Aug 2011 04:42 PM PDT

Video: Rebels Capture Gadhafi Loyalists

Posted: 29 Aug 2011 04:39 PM PDT

Rayakan rakyat buat perubahan PRU 13

Posted: 29 Aug 2011 04:25 PM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Ogos: "Marilah bersama-sama kita mengubah apa yang berlaku sekarang supaya kita dapat menghayati suasana 'raya' dengan lebih bermakna lagi.
"Rayakan rakyat dengan membuat perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang," kata Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS), Mohd Firdaus Jaafar.
Beliau berkata, sambutlah tetamu yang berkunjung bukan sekadar dengan juadah tapi juga dengan maklumat terkini dan isu-isu yang tidak dimainkan di media arus perdana.
Tambahnya, jadikan minda rakyat bebas daripada penipuan Umno BN, juga 'rayakan' rakyat dengan menolak kebatilan.
Read More / Baca Lagi >>

Majoriti Mahu Dakwat Kekal & Pemantau Asing Untuk Pilihanraya - Merdeka Center

Posted: 29 Aug 2011 04:20 PM PDT


Hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.

Hasil kajian firma itu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan 48 peratus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh pentadbiran Najib manakala 39 peratus melahirkan pendirian bersetuju.

Mengikut pecahan kaum, pendirian tidak berpuas hati sangat tinggi di kalangan masyarakat Cina iaitu 68 peratus, diikuti 55 peratus melibatkan orang India dan 37 peratus kalangan Melayu. Read More / Baca Lagi >>

Proven! BN and the mainstream media complex is using Alinskyite tactics

Posted: 29 Aug 2011 04:18 PM PDT

Proven! BN and the mainstream media complex is using Alinskyite tacticsThree months ago I warned that the Barisan Nasional and its Mainstream Media Complex was taking a page from the playbook of the strongly partisan, highly vindictive American media in this article published by Malaysia Chronicle Of sex video, Sarah Palin, Anwar Ibrahim and the Politics of Alinsk.
To briefly recap, the American media - dominated by Liberal Democrats - mocked and misrepresented Sarah Palin as a sexy, but brainless airhead. This was to protect their favoured candidate Barack Obama and clear the way for his 2008 election as President.
Taking no chances, the media kept up the attacks even afterwards - to the point that no casual observer can take Sarah Palin seriously today. I should know, I got plenty of mindlessly reflexive criticism from Malaysian commentors for not regarding her as a pure bimbo! Quod erat demonstrandum.
Read More / Baca Lagi >>