MIMPI SENJA |
- SANTAI : Sambil-sambil makan lemang mai tengok tarian gelek dari Arab
- Bagaimanakah rakyat Malaysia akan bersatu dengan kewujudan penipu-penipu politik seperti ini?
- Siapa yang patut di salahkan, Zul Kulim atau kerajaan Negeri?
- Naji tersepit antara populariti yang menurun dengan reformasi sistem pilihanraya
- Najib sedang hadapi cabaran dari dalam Umno sendiri - Vell Paari
- Najib dah masuk era "Pak Lah' ... tak lama dah tu ...
- Mat Sabu dan komunis bukan isu, tapi sebenarnya Mat Sabu suatu ancaman yang semakin menakutkan Umno
- Hampa nak kata apa lagi
- Rakyat meluat Najib - dari 65% sokongan dah tinggal 59%
SANTAI : Sambil-sambil makan lemang mai tengok tarian gelek dari Arab Posted: 29 Aug 2011 10:59 PM PDT |
Bagaimanakah rakyat Malaysia akan bersatu dengan kewujudan penipu-penipu politik seperti ini? Posted: 29 Aug 2011 09:03 PM PDT Bagi Mahathir, Anwar masih 'syaitan' Membesar di bawah kepimpinan beliau, seseorang akan cenderung untuk mempunyai rasa takut kepada manusia ini. 22 tahun sebagai Perdana Menteri,sudah cukup memasyhurkan beliau di seantero dunia, perihal baik mahupun jahat. Semasa berkuasa, ramai orang Melayu memandang kepadanya dengan bangga dan rasa hormat. Namun, ketika beliau turun dari kuasa, timbalannya sendiri pun, iaitu Abdullah Badawi sanggup menyerang beliau Artikelnya terbarunya yang menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengecam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dianggap kurang berkesan. Pada masa dahulu, rakyat Malaysia mungkin akan teruja membaca artikel beliau yang mengkritik Anwar; yang pada tahun 1990-an cukup popular untuk menggulingkan beliau. ++ SETERUSNYA |
Siapa yang patut di salahkan, Zul Kulim atau kerajaan Negeri? Posted: 29 Aug 2011 07:57 PM PDT LUNAS - Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masih ada dalam kalangan mereka yang menderita. Seorang wanita berusia 52 tahun yang mengalami masalah mental ditemui dalam keadaan bogel di bilik belakang sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Salad kira-kira jam 2.30 petang kelmarin. Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau menerima maklumat mengenai wanita itu daripada orang awam melalui telefon. Menurutnya, selepas pergi ke alamat seperti dilaporkan, beliau ternampak mangsa dalam keadaan bogel sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk mendapatkan bantuan. "Empat pegawai dari JKM datang ke tempat kejadian bersama sebuah kenderaan unit MPV dari Balai Polis Lunas. Daripada maklumat saya peroleh, mangsa sudah lima tahun dikurung dalam keadaan begitu. Lebih menyedihkan, mangsa bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bogel malah tidak ada tikar, tilam atau bantal di tempat mangsa dikurung. "Mangsa hanya akan berbaring dan duduk di atas lantai simen. Selain itu saya dapati banyak beg plastik berisi nasi di luar tempat mangsa dikurung. Saya kemudiannya menghubungi ambulan untuk menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital" katanya. Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Rohana Yussuf berkata, sebelum ini mangsa yang dikenali sebagai Salmah berada dalam keadaan normal sehinggalah ibunya meninggal dunia pada 2001. Sejak itu tidak ada sesiapa yang menguruskan kehidupannya hingga melarat. Menurutnya, mangsa sudah menerima bantuan am daripada JKM sebanyak RM150 sebulan. Ketika pemeriksaan dibuat, pegawai JKM mendapati keadaan mangsa lemah, kelaparan dan badannya terlalu kurus sehingga menampakkan rangka. Selain itu mangsa menjerit beberapa kali menyatakan 'sakit' sebelum dia di keluarkan dari tempat kurungannya. Pegawai JKM turut memakaikan pakaian yang diberikan oleh jiran kepada mereka kerana mangsa dalam keadaan berbogel. "Saya telah mengarahkan pegawai JKM membawa mangsa ke hospital Kulim untuk menerima rawatan segera. Selepas pemeriksaan dibuat, barulah JKM mengambil keputusan bagaimana untuk mengatasi masalah dialaminya. JKM akan berbincang dengan waris mangsa untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa sebelum mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat penjagaan khas yang disediakan" kata Rohana. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi berkata, beliau telah mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor untuk pergi ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa. . SH STONE : Sepatutnya JKM lebih prihatin apabila mengetahui ibu Salmah meninggal pada 2001 (dah 10 tahun beb, bukan 1 tahun) Bukan sekadar menghulurkan bantuan wang ringgit tetapi JKM juga perlu ambil tahu keadaan Salmah selepas kematian ibunya dan mereka mengtahui Salmah kesaorangan. Sesekali buat lah lawatan untuk mengatahui bagaimana kehidupan Salmah. Kalau JKM buat kerjanya Salmah tak akan jadi macam ni. Bekerjalah dengan ikhlas. |
Naji tersepit antara populariti yang menurun dengan reformasi sistem pilihanraya Posted: 29 Aug 2011 09:34 AM PDT Perdana Menteri Najib Razak kini tersepit di antara pola popularitinya yang semakin menurun, dengan harapan reformasi sistem pilihan raya yang semakin melambung, seandainya dikupas satu hasil soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center, baru-baru ini. Menurut soal selidik yang dijalankan antara 11 hingga 27 Ogos 2011 ke atas 1,027 orang responden, tahap kepuasan Najib Razak (gambar kiri) memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2010, malah jatuh sebanyak 6% kepada 59% - buat kali pertama di bawah paras 60% dalam tempoh dua tahun, sejak September 2009. Najib mencatat kemuncak popularitinya di paras 72% pada Mei 2010, dan seterusnya menunjukkan pola menurun. +++ seterusnya |
Najib sedang hadapi cabaran dari dalam Umno sendiri - Vell Paari Posted: 29 Aug 2011 07:46 AM PDT [Harakahdaily] KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Anak mantan Presiden MIC Samy Vellu, Vell Paari dan sebuah akhbar berbahasa Tamil telah secara tidak langsung mengesahkan bahawa spekulasi bahawa ada kuasa dalaman Umno yang sedang giat cuba menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tampuk kekuasaan sememangnya wujud dan tengah berlaku. Berdasarkan laporan Free Malaysia Today (FMT), akhbar Tamil Nesan memetik Vell Paari sebagai berkata MIC perlu menimbangkan semula kedudukannya dalam Barisan Nasional sekiranya Najib disingkirkan daripada tampuk kuasa oleh kumpulan tertentu di dalam Umno. Vell Paari turut berkata 'terdapat spekulasi hangat bahawa Najib sedang menghadapi cabaran di dalam Umno. Sekiranya spekulasi itu benar, Vell Paari menggesa MIC untuk mempertahankan Najib. "Beliau ialah perdana menteri terbaik dari sudut menjaga keperluan komuniti India, jadi kita harus sokong beliau. Kita tidak pasti sama ada laporan itu benar, tapi MIC mesti mempertahankan Najib daripada mereka yang bekerja melawan perdana menteri," kata Vell Paari sebagaimana yang dilaporkan FMT. Vell Paari dilaporkan membangkitkan isu tersebut dalam satu mesyuarat jawatankuasa kerja MIC baru-baru ini, dan menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau. "Ini pandangan peribadi saya. Terpulangkan kepada kepimpinan parti dan ahli jawatankuasa untuk menerima pandangan saya ataupun tidak," tambah. Walaupun dinafikan sekeras-kerasnya, banyak sumber maklumat dari dalam Umno telah menyatakan sememangnya wujud pertembungan ketara antara dua pasukan dalam Umno, satu daripadanya didakwa diketuai oleh timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada sumber dari MCA turut menyatakan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang bukan Melayu mesti memastikan Najib kekal sebagai perdana menteri, sekiranya tidak masa depan mereka akan hangus. Terdapat juga ura-ura bahawa Muhyiddin mendapat sokongan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menjaga kerjaya politik anaknya Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir, yang tewas memalukan di tangan orang yang paling dibenci ayahnya, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang lepas. Dr Mahathir, bagaimanapun telah menafikan spekulasi ini, dan berkata ini hanyalah usaha untuk merosakkan Umno dengan membuatkan para pemimpin mereka bersyak-wasangka terhadap diri sendiri. |
Najib dah masuk era "Pak Lah' ... tak lama dah tu ... Posted: 29 Aug 2011 07:07 AM PDT Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menunjukkan perdana menteri itu sedang mengalami nasib yang serupa dengan pemimpin yang digantinya, kata penganalisis DAP Liew Chin Tong. Menurut badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center hari ini, sokongan terhadap Najib itu merudum kepada paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun. "Saya fikir Najib sedang memasuki fasa Pak Lah fasa. Perkara sama berulang, seperti semasa era Pak Lah," kata Liew (kiri). Rakyat mempunyai harapan yang besar ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, atau ldebih mesra dengan panggilan Pak Lah selepas beliau mengambil alih pemerintahan kuku besi 22 tahun di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu telah berikrar untuk membasmi rasuah yang menyaksikan beliau meraih sokongan besar dan peratus rakyat yang menyokongnya naik kepada 91 peratus apabila beliau mengambil alih jawatan pada tahun 2004, mengikut badan bancian yang sama itu. Walau bagaimanapun, kegagalan Abdullah untuk mengotakan janji-janjinya menyebakan parti-parti komponen BN yang diterajuinya pada pilihan raya umum 2008, kehilangan majoriti dua pertiga di dalam Parlimen buat kali pertama. Pada bulan September tahun itu, tahap puas hati dengan kepimpinannya terus merosot secara menadadak kepada hanya 43 peratus. Liew, yang juga ahli parlimen Bukit Bendera, berkata kemerosotan populariti Najib membuktikan dasar-dasar yang telah dan cuba diperkenalkannya telah gagal. "Ia adalah isyarat jelas bahawa dia perlu melakukan pusingan U, kerana apa yang dia cuba lakukan tidak berhasil," katanya. - Malaysiakini |
Mat Sabu dan komunis bukan isu, tapi sebenarnya Mat Sabu suatu ancaman yang semakin menakutkan Umno Posted: 29 Aug 2011 05:41 AM PDT Mat Sabu dan 'komunis' — Fahmi Fadzil 29 OGOS — Baru-baru ini kita baca tentang usaha pihak Utusan serta media lain milik Umno untuk memburukkan nama Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu), dengan mengatakan kononnya beliau penyokong komunis yang telah menyerang Bukit Kepong pada tahun 1950. Ramai cybertroopers, blog-blog dan media arus perdana milik Umno yang cuba menyerang Mat Sabu ataisu ini, langsung mengatakan beliau seorang "pengganas" dan "pengkhianat", bahawa beliau menghina pejuang negara, lupa sejarah dan macam-macam lagi. Apakah sebenarnya isu di sini: Komunisme? Peranan Parti Komunis Malaya (PKM) dalam sejarah Malaya/Malaysia? Atau adakah kerana perkara lain? Tapi sebelum itu, sudahkah anda mendengar sendiri apa yang disebut Mat Sabu di ceramah 21/8 itu? Setelah saya mendengar dan meneliti apa yang disebut Mat Sabu, beberapa perkara timbul dalam fikiran: • 1950 Malaya belum Merdeka dari British, maka polis pada waktu itu adalah polis British • Setiap kali Hari Merdeka menjelma, filem "Bukit Kepong" akan dimainkan • Filem "Bukit Kepong" ini dibuat oleh (Tan Sri) Jins Shamsuddin. Nota sampingan: Beliau merupakan seorang ahli Umno, dan kini seorang Senator yang dilantik Umno • Mereka yang melawan British — termasuklah Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong dan Tok Janggut — semua dianggap penderhaka Maka saya dapati apa yang disebut Mat Sabu mengenai isu ini ialah kenyataan-kenyataan berkaitan sejarah dan pensejarahan, dan bagaimana pensejarahan Malaya/Malaysia merupakan hegemoni kerajaan Umno-Barisan Nasional. Melalui hegemoni ini, Umno-BN boleh merubah sudut pandang sejarah mengenai sesuatu isu; dalam konteks ucapan ini, Mat Sabu mengatakan Umno-BN merubah sudut pandang sejarah "serangan golongan anti-penjajah ke atas polis British di Bukit Kepong" menjadi "serangan penderhaka ke atas daulah Kerajaan". Secara ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN ke atas sejarah negara. Lebih ringkasnya, Mat Sabu menyerang hegemoni Kerajaan Umno-BN. Oleh itu, segala kelengkapan psy-war milik Umno-BN telah dikerah untuk menyerang balas Mat Sabu. Mengapa? Kerana sebenarnya, Umno-BN gentar dan takut melihat Mat Sabu. Lebih tepat lagi, Umno gentar dan takut melihat Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, kerana antara lainnya beliau ialah seorang pemimpin and penyelaras akar umbi yang tangkas. Tambahan pula beliau telah memporak-perandakan usaha-usaha Umno untuk menzahirkan "Kerajaan Perpaduan". Oleh kerana Umno gentar dan takut, maka Umno serang. Maka, isunya bukan sama ada Mat Sabu itu penyokong komunis atau tidak, tapi sebenarnya Mat Sabu itu suatu ancaman yang semakin menakutkan Umno. — fahmifadzil.wordpress.com * Fahmi Fadzil adalah setiausaha politik kepada Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai. |
Posted: 29 Aug 2011 05:13 AM PDT Pemimpin BN tidak risau kajian dakwa populariti Najib susut Oleh Yow Hong Chieh August 29, 2011 KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mengetepikan kajian terbaru menunjukkan populariti Datuk Seri Najib Razak mengalami penurunan berterusan, sebaliknya yakin Perdana Menteri keenam itu terus menikmati keyakinan rakyat. Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) berkata beliau tidak percaya yang sokongan akar umbi ke atas perikatan itu dan pengerusinya terjejas teruk memandagkan sokongan kuat terus diperlihatkan oleh rakyat. Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal Julai lalu. Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus. Kadar populariti Najib pernah turun sehingga 56 peratus pada September 2009 - lima bulan selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang keenam. "Seramai 59 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa mereka berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dalam kajian (kali) ini enam peratus lebih rendah berbanding 65 peratus direkodkan pada Mei tahun ini," kata firma kajian pandangan umum ini dalam satu kenyataan dikeluarkan tengah hari ini. Kajian terbaru ini dikendalikan sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Pada Mei 2009, iaitu sebulan selepas menjadi perdana menteri, populariti Najib adalah 45 peratus dan ia melonjak kepada 65 peratus pada Jun 2009 sebelum menjunam ke aparas 56 peratus pada September tahun yang sama. Pada Mac 2010, populariti meningkat semula kepada 66 peratus, 66 peratus pada Disember 2009, 69 peratus (Mac 2010) dan 72 peratus (Mei 2010). Shafie berkata sementara inflasi merupakan isu utama yang perlu ditangani, Perdana Menteri juga telah menunjukkan bahawa beliau komited untuk menyediakan persekitaran yang sesuai dengan menyediakan program Kedai Rakyat 1Malaysia dan inisaitif-inisiatif yang bertujuan mengurangkan beban kewangan. "Tidak ragu bahawa harga barangan tinggi di sesetengah kawasan, tetapi murah di sesetengah kawasan yang lain. Perdana Menteri melakukan yang terbaik untuk mengatasi masalah rakyat," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Anggota Kabinet ini menambah, mereka yang mempunyai pandangan negatif mengenai kepimpinan Najib lebih risau tentang isu-isu kaum dan agama berbanding kos sara hidup. Naib Presiden MCA Datuk Seri Donald Lim berkata mereka yang ditemui kelihatan respons kepada perkembangan sejak kebelakangan ini seperti langkah pihak berkuasa menangani perhimpunan Bersih 2.0, selain ketegangan antara agama, tetapi menuding ke atas pembangkang yang mempolitikkan isu-isu itu. "Pembangkang khususnya DAP telah memutar belit isu yang wujud. Malah, isu Jais (Jabatan Agama Islam Selangor), ia menyalahkan BN," katanya lagi. Timbalan Menteri Kewangan ini berkata inflasi adalah fenomena global yang diakibatkan oleh kenaikan harga barang dan hutang di Eropah dan Amerika Syarikat, tetapi inflasi di Malaysia masih rendah iaitu sekitar 3.4 peratus berbanding lima peratus di Singapura. Bekas setiausaha agung MIC Datuk T Rajagopalu berkata, tidak sesiapa pun boleh mempersoalkan kerja keras Najib, yang secara terus-menerus berusaha memastikan rancangan pembaharuan demi kebaikan rakyat. "Setiap hari Perdana Menteri menjalankan kerja beliau... beliau menggerakkan langkah beliau," katanya lagi. Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan mengetepikan hasil kajian terbaru yang diumumkan hari ini sambil menegaskan, rakyat masih yakin dengan keupayaan dan kepimpinan Najib. Timbalan menteri ini mendakwa kaedah kajian yang digunakan kemungkinan ada kecacatan, hanya menemu bual 20 peratus penduduk yang begitu kritikal dengan Najib dan dasar-dasarnya. "Saya tidak percaya (hasil) kajian," kata Ahli Parlimen Tapah ini. |
Rakyat meluat Najib - dari 65% sokongan dah tinggal 59% Posted: 29 Aug 2011 04:54 AM PDT BANGI 29 OGOS : Rating sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merudum kepada 59 peratus mengikut 'survey' terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Merdeka Center hari ini. Rating sokongan kepada beliau merosot 6 peratus berbanding 65 peratus Mei lalu dipercayai kerana kebimbangan terhadap peningkatan kos hidup oleh rakyat selain isu kenaikan harga petrol dan elektik. "Dari survey ini, kami mendapati kadar sokongan yang turun mendadak adalah disebabkan meningkatnya kebimbangan kenaikan kos sara diri....Selain isu tersebut, keputusan turut menunjukkan perkaitan dengan pandangan awam tentang bagaimana kerajaan menguruskan hal seperti himpunan BERSIH 2.0 dan acara lain," mengikut laporan tersebut. Hasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal menyeru sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang puas hati dengan kepimpinan beliau. Hanya kaum India sahaja yang memberi sokongan bertambah kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu. Kaum melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini hanya 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau. Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan Sistem pilihan raya negara ini. Hanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya. Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 %), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68%), penggunaan dakwat kekal (70%) dan pembersihan daftar pemilih (88%). Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratuts Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul. "Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial dengan 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ke tiga dengan 9 peratus dan perkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut. Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan pembahagian kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India dipilih mengikut Metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh Semenanjung |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan