Jumaat, 26 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


ARTIS : Jamal Abdillah derma 1 treler beras ..

Posted: 26 Aug 2011 08:37 PM PDT

IPOH – Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.

Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.

"Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.

"Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya," katanya. -Kosmo

Najib Razak merupakan PM dan Pengerusi BN yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah ...

Posted: 26 Aug 2011 08:45 AM PDT

Penyakit Umno: Penyakit dalaman — Aspan Alias

26 OGOS — Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib Razak merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan.

Oleh kerana terlalu banyak masalah yang di hadapinya tanpa sebarang penyelesaiannya maka Najib tiada pilihan selain dari mengakui bahawa beliau sedang menghadapi krisis kepimpinan yang amat serius dalam sejarah kepimpinan negara kita sejak merdeka.

Sesungguhnya Najib tidak sepatutnya menghadapi masalah ini kerana beliau mempunyai Ahli Majlis Teringgi Umno yang sepatutnya membantu beliau. Dalam keadaan sekaranglah sepatutnya mereka-mereka yang ada di dalam Majlis Tertinggi Umno serta Ahli-Ahli Jemaah Kabinet mereka bersama-sama memikul tanggungjawab dalam erti kata "tanggungjawab bersama".

Begitulah masalahnya di dalam Umno kerana hanya Perdana Menteri akan menerima kredit atau bertanggungjawab bersendirian jika masalah melanda. Dalam keadaan sekarang nampaknya tidak ada yang bersama-sama memberikan dukongan kepada Perdana Menteri yang telah melantik beliau ke dalam Kabinet serta menjadi "team" beliau di dalam Majlis Tertinggi parti.

Tanggungjawab bersama di dalam Umno itu sudah hilang sejak beberapa lama dahulu dan dalam sudut hakikatnya mereka-mereka yang ada di dalam Kabinet serta Majlis Tertinggi parti sekarang ini adalah "as good as non-existent" dan kehadziran mereka tidak menambah dan menokok kepada kredibiliti kepimpinan Najib.

Masing-masing hanya sibuk berpolitiking untuk kepentingan mereka sahaja dan tidak boleh membantu Najib dalam usaha untuk memulihkan persepsi yang buruk terhadap kepimpinan beliau di pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Masalah dan isu terhadap Umno serta BN datang bertubi tubi dan bertalu-talu dan semua isu ini melibatkan rakyat ramai yang merasakan pahit maungnya menghadapi isu-isu yang susah untuk di sangkal ini.

Cuba kita imbas sebahagian kecil dari masalah yang di hadapi oleh Najib yang di biarkan oleh jemaah kepimpinan kerajaan dan parti.

Kita sebut dahulu tentang masalah dalam parti yang beliau pimpin. "Warlords" di dalam Umno merupakan masalah besar yang Najib hadapi. Di kalangan kepimpinan Umno sendiri sedang menunjukan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya. "Warlords" dalam Umno merungut kerana mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan sesuatu yang berkesan untuk mempertahankan Umno.

Umno memang satu parti yang tidak boleh bergerak tanpa wang ringgit. Ramai yang berjumpa dengan saya mengadu yang mereka tidak mempunyai wang dan tidak mendapat kontrak untuk membantu sumber kewangan untuk bergerak.

Mereka tidak berpuas hati kerana mereka di suruh bekerja tetapi tidak mendapat bantuan kewangan melalui kontrak-kontrak besar dan kecil kerana semua peluang perniagaan itu hanya diperolehi oleh orang yang tidak pernah merasa kesusahan menjaga parti.

Mereka hanyalah kroni kepada pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa dalam pembahagian habuan dari kementerian dan premis-premis mereka sendiri.

Di antara pemimpin Umno sendiri mengakui dan mengkritik Najib di belakang kerana tidak mempunyai kemampuan membuat keputusan secara tegas terhadap isu rasuah yang merupakan isu yang terbesar yang dikaitkan dengan Umno ini.

Dahulu sifat "flip-flop" ini hanya branding yang diberikan kepada Abdullah Ahmad Badawi sekarang ini isu "flip-flop" telah berpindah kepada Najib dan branding ini nampaknya terus sahaja sesuai dan serasi untuk memberikan gambaran sebenarnya terhadap kepimpinan beliau.

"Flip-flop" yang dikaitkan terhadap Najib ini ialah terhadap isu transformasi pembangunan yang tidak di lakukan secara konsisten dan yang akhirnya akan tinggal perancangan tanpa perlaksanaan yang "organic" yang mampu menambah keyakinan terhadap kepimpinan beliau.

Isu pembelian kapal selam scorpene sebenarnya banyak perbincangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri. Mereka (pemimpin Umno) sendiri percaya yang kes pembelian kapal selam ini ada berlaku "hanky-panky" yang besar dan Najib adalah orang yang bertanggungjawab dengan pembelian ini serta urusan-urusan sampingan yang menjadi isu sekarang ini.

Dalam dunia sekarang ini apa sahaja yang kita lakukan akan diketahui umum dengan mudah. Begitu jugalah dalam kes pembelian kapal selam ini. Orang bercakap dan yang bercakap itu adalah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno sendiri.

Sementalahannya berlaku pula pembunuhan terhadap seorang gadis Mongolia beberapa ketika dahulu yang mempunyai hubungan rapat dengan kes pembelian kapal selam ini. Ini semua merupakan persepsi yang amat buruk untuk seorang pemimpin negara dan ianya menjejaskan kredibiliti Najib secara peribadi sebagai seorang Perdana Menteri.

Oleh kerana persepsi ramai sudah begitu rendah maka tidak hairan bilamana kita mendengar individu-individu yang terkenal bersama kerajaan pun memberikan pandangan peribadi mereka secara terbuka tanpa segan dan silu. Yang terakhir ialah pandangan Mufti Perak Harussani Zakaria yang memberikan pandangan yang Najib mempunyai kepimpinan yang lemah.

Kita tahu yang Mufti itu bukan seorang ahli politik tetapi apabila beliau sendiri boleh menyatakan pandangan secara terbuka yang BN di bawah Najib itu adalah lemah maka ianya memberikan bayangan itulah pandangan sebenar rakyat di bawah yang akan membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Terdapat pandangan yang menzahirkan keraguan tentang isu-isu yang ada datang dari pemimpin dalam pentadbiran Najib sendiri seperti pandangan seorang Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah tentang cara Najib mengendalikan isu Bersih dan beberapa isu lain.

Tanggungjawab bersama nampaknya tidak dipakai oleh barisan kepimpinan Najib kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka hanya bertindak untuk menyelamatkan diri mereka sahaja. Malahan ada nampak sedikit sebanyak kecenderungan yang ada pihak di kalangan pimpinan Umno yang mahu menyingkirkan Najib dan memberi laluan kepada pemimpin lain dalam Majlis Tertinggi itu.

Mahu tidak mahu setiap di kalangan pemimpin dalam Majlis Tertinggi parti menerima kesalahan secara bersama dan bertanggungjawab bersama kerana mereka adalah dalam barisan jemaah kepimpinan Najib.

Apabila Najib menghadapi situasi sebegini maka ialah melibatkan keruntuhan keyakinan kepada parti secara total sedangkan Umno adalah tunjang kepada BN keseluruhannya. Dalam hal ini tidak pula kita tahu samada belasan parti-parti yang ada di dalam BN masih berkeyakinan untuk Umno menunjangi kepimpinan BN itu sendiri. Jika Umno manghadapi masalah ianya akan berkait-kait dengan seluruh kepimpinan dalam BN itu sendiri.

Ramai rakyat kesal dengan Umno kerana pimpinan mengambil sambil lewa tentang kelemahan kepimpinan sejak hampir tiga dekad dahulu kerana parti dan pemimpinnya terlalu sibuk dengan politik peribadi dan tidak mempunyai "connectivity" dengan rakyat secara serius. Umno lalai di dalam pemilihan pemimpinnya.

Apabila orang seperti kami menentang beberapa tindakan yang dilakukan kami dipertikai dan dimaki hamun seolah-olah kami hendak memecah belahkan parti. Sudah menjadi tabii yang kekal di dalam Umno untuk mengenepikan pemimpin yang serius dan berkemampuan dalam parti maka sekarang Umno mesti menerima hakikat ini secara bertanggungjawab.

Umno selalu membuat kerenah yang membuatkan rakyat tidak berminat lagi untuk menyertainya dan bergiat aktif kerana budaya membunuh karaktor yang tidak berkesudahan di dalam parti itu.

Parti pembangkang akan di persalahkan secara natural sedangkan kelemahan yang dihadapi oleh Umno itu adalah kesalahan diri mereka sendiri. Umno itu Umno. Begitulah mereka hendak menyelesaikan masalah mereka… iaitu memaki hamun dan menyalahkan parti-parti pembangkang dan siapa sahaja yang kritikal terhadap mereka. Bercakap benar merupakan kesalahan yang sangat besar di dalam Umno…lebih besar kesalahan dari mencerca agama suci kita.

Ada beberapa sahabat saya dalam kepimpinan Umno berkata "Umno ni bodohnya tidak boleh diajar, cerdiknya tidak boleh nak diikut. Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam. Hanya berdoa sahajalah! Tidak boleh nak buat apa-apa lagi".

Kalau di kalangan pemimpin Umno bercakap seperti ini, bagai mana rakyat hendak meletakan kepercayaan kepada Umno lagi?

Jika Umno sudah tidak laku lagi saya juga hendak melihat bagaimana keadaan penyokong-penyokong Umno diluar ini yang telah memBABIkan dan mengANJINGkan orang lain hendak meletakan muka mereka selepas ini?

Saya selalu mengingatkan mereka ini, jika marah jangan habiskan marah itu supaya senang hendak berbaik kembali, jika sayang dan menyokong jangan sokong membabi buta supaya kita tidak merasa malu di atas perbuatan cemar yang pernah kita lakukan dan noda politik yang dilakukan oleh pimpinan kita..

Dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada sahabat yang kekal. Ingat tu!! "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu.

Satu lagi buat peringatan semua, "terlajak perhu boleh berpatah balek, terlajak kata emas padahnya". Semua perbilangan ini boleh diambil sebagai nasihat dan peringatan kepada kita yang selalu terlajak dan tersasar dengan kata-kata. — aspanaliasnet.blogspot.com/TMI

Pasai apa PAS berkawan dengan DAP?

Posted: 26 Aug 2011 07:44 AM PDT

26 OGOS – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sudah terkenal dengan pendekatan ceramah beliau yang acap kali diselit jenaka dan sidiran tajam – salah satu kepakaran beliau.

Inilah yang membuatkan beliau sentiasa dekat dengan rakyat bawahan, selain kerap turun padang dan suka bersembang dengan mereka. Adalah suatu lumrah alam seperti pejuang rakyat yang lain, perjalanan beliau dipenuhi ranjau dan duka serta pahit manis.

Tokoh yang popular dengan gelaran Mat Sabu yang penuh kontroversi ini, masih bertongkat akibat sikap agresif polis sewaktu bermotosikal ketika perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Walau pun begitu, dengan pengalaman beliau yang pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan sudah beribu kali difitnah media kawalan Barisan Nasional, beliau masih selamba dan bersemangat ketika Roketkini bertemu dengannya di sebuah restoran di ibu kota selepas berbuka puasa baru-baru ini.

Hubungan PAS-DAP

Penuh santai dan selesa, dan restoran pula berkumandang didendangan pula dengan lagu-lagiu Hari Raya, perbualan kami tidak menyentuh langsung tentang Aidilfitri. Dalam wawancara itu, antara yang disentuh adalah merayakan kepelbagaian budaya di antara DAP dan PAS – dua parti pembangkang pusat paling aktif.

Begitu pun, perbualan singkat kami penuh makna, dek kejujuran dan kenyataan beliau yang bersifat kritis tetapi lembut, langsung menyerikan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma.

Bila disoal tentang perkembangan hubungan kerjasama parti komponen dalam Pakatan Rakyat, terutama di antara DAP dan PAS, Mat Sabu menjawab mudah bahawa selepas tsunami politik 2008, hubungan itu menjadi semakin akrab.

"Hubungan sangat baik sehingga diari saya penuh dengan jemputan DAP. Saya hairan kenapa DAP gemar dengan saya. Inilah realiti yang saya hadapi," jelasnya.

Bagaimana pun beliau masih kritikal tentang keakraban hubungan ini. "Adakah kita berpuas hati dengan hubungan baik ini? Bagi saya, belum. Kita sentiasa harus memperbaiki lagi dari masa ke semasa."

Ibarat berumah tangga, katanya, DAP dan PAS akan sentiasa berselisih pendapat walau bersama pendirian dalam banyak perkara.

"Inikan pula sebuah parti yang besar dengan latar belakang yang agak berlainan. Kita sentiasa mesti mencari jalan, berusaha dan setakat ini, PAS, DAP, dan PKR bersetuju dalam dasar bila mengambil alih pemerintahan, dan membuat pembaharuan kepada rakyat Malaysia, tidak akan mengetepikan sama sekali Perlembagaan Malaysia," sambungnya.

Menyentuh tentang hubungan peringkat akar umbi antara DAP-PAS pula, Mat Sabu mengaku berasa terkejut kerana menurutnya selama 32 tahun penglibatan dalam politik, beliau sendiri seolah-olah sudah berada di alam lain apabila melihat evolusi hubungan antara kedua-dua parti itu.

"Kalau di peringkat awal sebelum wujud hubungan erat ini, kami sendiri dalam PAS, kalau kata tengok muka Lim Kit Siang, kalau boleh tak mahu tengok langsung… Apa beliau cakapkan kita pun tak tahu (ketawa). Tetapi bila kita damping dia, kita nampak ada sesuatu…

"Sekarang saya macam dalam alam yang lain kalau dibandingkan dulu yang mana perkauman cukup tebal. Sekarang, rakyat boleh duduk dalam suasana yang saya andaikan kalau perpaduan ini pecah, agak sukar untuk dipulihkan," katanya.

Menurut beliau, teras perjuangan Islam PAS melalui Negara Berkebajikan dan asas demokrasi sosial DAP mempunyai banyak persamaan untuk kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam usaha mewujudkan peluang saksama untuk semua.

Tambahnya, hanya mereka yang dangkal fikiran akan menuduh PAS menggadaikan Islam kerana Islam itu adil untuk semua umat manusia.

Budaya

"Dalam pilihan raya, nak ambil hati pengundi terlalu berlainan budayanya. Cina lain, Melayu lain, India lain, Kadazan lain, Iban pun lain," katanya bila diaju mengenai perbezaan budaya antara masyarakat di Malaysia.

Dalam keadaan yang lebih khusus, beliau member contoh tentang perbezaan budaya dan amalam politik di antara PAS dan DAP di mana baginya, DAP tidak perlu banyak ahli atau banyak cawangan seperti PAS.

Katanya, kaum Cina lebih menumpukan kepada isu sementara orang Melayu lebih kepada pendekatan.

"Saya beri contoh, Ahli Parlimen kaum Melayu, dia selalu melawat kampung, pergi kenduri, ziarah orang meninggal dan di Parlimen dia tidak cakap apa pun, tetapi orang kampung boleh terima dia.

"Tidak pula dalam kalangan masyarakat Cina, mereka hendak lihat apa wakil rakyat mereka perjuangkan untuk mereka sama ada di peringkat DUN atau Parlimen," katanya sebelum menyambung menghirup kopi.

Jadi, tambah beliau, sebaik meletak cawan kopinya, kerjasama itu perlu berterusan dengan mencampuradukkan budaya yang berlainan ini.

"(Pengerusi DAP) Karpal Singh misalnya, sebelum dia berkerusi roda. berapa kali dia balik dalam setahun ke kawasan Parlimen dia? Tetapi rakyat tetap pilih dia, bukan sebab nak tengok dia pergi makan kenduri, melawat orang, tetapi orang nak tengok otak dia, kata-kata dia, perjuangan dia di Parlimen. Begitu juga dengan Lim Kit Siang.

"Berbanding pula dengan masyarakat Melayu, ia lebih konservatif. Inilah hasil pendekatan Kemas, pendekatan sogok duit, bantuan yang buat UMNO bertahan begitu lama," jelasnya sedikit tegas.

Bagaimana pun, beliau tidak merujuk kepada semua Melayu, jelasnya, seperti di Kelantan, pemikiran orang Melayu di sana agak unik.

"Di Kelantan, orang yang dilihat perlu ada di Parlimen, mereka akan undi walau pun tak pernah jumpa atau bersalam atau berpeluk dengan kita," katanya.

Tambah Mat Sabu, budaya ini yang perlu digabungkan untuk memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbeza kaum dan budaya.

"DAP perlu faham budaya orang Melayu dalam PAS, dalam UMNO, dalam PKR, dan Melayu kena faham budaya Cina dan kaum lain," jelasnya.

Menurutnya, kadang-kadang DAP cuma ada satu cawangan sahaja tetapi boleh menang pilihan raya kerana DAP menyentuh tentang soal dasar berbanding tentang pendekatan.

"Jadi pemahaman budaya yang berbeza dan kerjasama ini, kita mesti berdasarkan dua budaya ini," katanya.

Media

"Kata sesetengah orang, media is the new god. Tuhan baru. Media yang menentukan arah fikiran masyarakat awam," jelasnya bila disoal tentang peranan media yang membentuk persepsi masyarakat.

Beliau berkata orang Melayu sensitif terhadap isu agama, raja, dan isu-isu kaum Melayu sendiri.

"Sebab perkara ini telah di pupuk begitu lama sejak sebelum dan selepas Merdeka. Misalnya ditubuhkan Askar Melayu Diraja untuk menjaga orang Melayu.

"Kemudian UMNO itu sendiri mencanang untuk jaga Melayu. Jadi, sebarang pengurangan kuasa UMNO, dianggap sebagai pengurangan kuasa Melayu. Perkara ini kita kena lawan sebab saluran media terutama dalam dunia ketiga, memang dikawal pemerintah," ujarnya.

Beliau memberi contoh manipulasi media di peringkat antarabangsa mengenai kebangkitan rakyat di Syria.

"Amerika sokong rakyat untuk jatuhkan kerajaan diktator. Sedangkan di negara Arab, mana ada negara demokrasi. Amerika tak beritahu mereka nak tumbangkan kerajaan Bashar al-Assad (Presiden Syria) kerana kerajaan itulah yang membuka tapak kepada pejuang-pejuang Palestin, Hamas, dan Hisbullah.

"Amerika nak serang bukan sebab demokrasi. Yang paling tiada demokrasi, Arab Saudi itulah, dilindungi pula oleh Amerika. Malah difahamkan bala tentera Arab Saudi masuk ke Bahrain, membunuh rakyat Bahrain yang bangkit menentang kerajaan zalim. Tapi media tidak liputi kes ini, maka isu ini tidak jadi besar.

"Jadi, begitulah juga kita di Malaysia," jelasnya panjang lebar, masih berlemah lembut.

Mat Sabu mengakui usaha untuk Pakatan Rakyat memecahkan persepsi yang dibentuk oleh media kawalan BN itu bukan perkara mudah.

"Saya ambil contoh di Terengganu, naik sepanduk di banyak tempat, 'Kalau UMNO kalah, DAP akan menang.' Padahal DAP tidak bertanding langsung di Terengganu. UMNO guna cara ini kerana dia anggap Melayu di Terengganu tidak bijak.

"Sementara kita seronok di Kuala Lumpur, dengar ceramah, pergi forum, tapi kita lupa orang di Rompin, di Baram, di Kanoit, di Jeli… Pergantungan mereka hanya kepada RTM, TV3. Semua itu berita UMNO dan BN saja yang paling baik di dunia. Ya, memang bukan mudah melawan persepsi ini."

Melayu dan DAP

Baru-baru ini timbul isu kononnya Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Bukit Bintang yang selama ini menjadi kubu kuat DAP.

Beliau secara berhemah, menafikan akan bertanding di Bukit Bintang.

"Apa yang saya sebut dalam wawancara dengan sebuah akhbar ialah, andai saya dipilih bertanding di Bukit Bintang, dan jika DAP tak bertanding menentang BN, saya yakin saya boleh menang di situ.

"Maksudnya, yang hendak saya sampaikan ialah, keyakinan masyarakat Cina kepada PAS," jawabnya mudah.

Namun, beliau menjelaskan keadaannya berbeza dengan masyarakat Melayu kerana mereka belum yakin penuh dengan DAP.

Oleh itu, Mat Sabu akui sebagai rakan dalam Pakatan, PAS yang harus melipatgandakan usaha meyakinkan Melayu tentang DAP, selain usaha DAP sendiri.

Jeas beliau lagi, DAP mempunyai medium seperti lidah rasmi Rocket edisi Bahasa Melayu dan laman web Roketkini yang juga dalam Bahasa Melayu, yang boleh diperluaskan capaiannya kepada masyarakat Melayu.

"Itu salah satu usaha untuk menarik Melayu memahami DAP. Melalui medium itu, orang Melayu akan beri tumpuan bila, contohnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sahabat baik saya, memberi semula elaun kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun agama, guru KAFA, elaun imam, bilal semua naik dan kemudian beri pula elaun kepada orang hafal al-Quran," katanya.

Jelas Mat Sabu, semua ini harus sentiasa diberi publisiti kerana perlu untuk DAP menghakis tuduhan UMNO dan rakan-rakan pelampaunya bahawa DAP bukan parti anti-Islam, bukan parti Cina.

"Media kawalan BN seperti lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia, TV3, atau RTM memanglah tidak beri liputan. Tetapi kita yang kena bagi tumpuan lebih, sebab kalau benda ini tersebar luas kepada rakyat, orang Melayu tak akan takut lagi dengan DAP bila DAP bersama Pakatan Rakyat memerintah, mereka tak rasa apa-apa.

"Tapi kita kena kerja lebih kuat," tambahnya.

PAS pikul beban DAP?


"Ya! Kawan-kawan dalam DAP kena faham, bila PAS kerjasama dengan DAP, kami yang menerima beban daripada DAP. Bukan kerana apa, kerana lebih 50 tahun rakyat telah didoktrinkan bahawa DAP ini kafir, DAP ini Cina, DAP ini komunis.

"Kami yang teruk menghadapi tekanan dari UMNO, Perkasa dan badan-badan lain. Kami yang kena pikul beban ni," katanya.

Menurut Mat Sabu, perkara pertama PAS perlu lakukan ialah meyakinkan ahli-ahli sendiri dan yang kedua, meyakinkan NGO-NGO Islam dan Melayu.

Katanya, Melayu bandar tidak ada masalah mengundi DAP sebagaimana dibuktikan pada pilihan raya umum lalu di mana DAP menang besar di di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

"Selain Melayu kampung, jangan lupa pula dengan Melayu yang bekerja dalam sektor kerajaan. Ini kerana mereka telah didoktrin oleh Biro Tata Negara, yang peruntukannya lebih RM500 juta termasuk Jabatan Penerangan.

"Pegawai-pegawai kerajaan ini berjumlah 1.2 juta yang mana 80 peratusnya Melayu. Kalau 70 peratus dari Melayu itu katakan Melayu UMNO, mereka boleh pengaruhi lagi keluarga mereka.

"Itu juga satu blok yang besar yang perlu kita hadapi, iaitu pegawai kerajaan," katanya.

Kelemahan

Bila Mat Sabu mengatakan bahawa kerjasama dalam Pakatan perlu dibaiki, ini juga bermaksud ada kelemahan.

Beliau memberi contoh kebanyakan keputusan awal oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tanpa perbincangan dengan rakan komponen Pakatan lain.

"Contoh kalau Exco PAS nak umumkan sesuatu, kawan-kawan dalam DAP perlu dijelaskan supaya mereka bersedia dengan jawapan-jawapan. Begitu juga bila Exco DAP nak umum sesuatu, PAS perlu bersedia dengan jawapan.

"Sebab perkara-perkara sebegini akan timbul dari masa ke semasa kerana kita dalam masyarakat majmuk, berlainan agama dan budaya.

"Saya tak kata kita sembunyi perkara-perkara ini di bawah karpet tetapi kita mesti cari jalan penyelesaian," katanya.

Tentang isu cadangan penutupan pusat hiburan di Kedah apda bulan Ramadhan, beliau berpendapat ia sebaik-baiknya dibincang di peringkat Pakatan Rakyat di Kedah.

"Beritahu dulu perlaksanannya. Tapi sebab diumumkan dulu oleh pegawai kerajaan, ia menyebabkan rakan-rakan Pakatan melenting. Akhirnya baru diberi penjelasan bahawa hanya untuk orang Islam sahaja.

"Itu pun selepas dua tiga minggu. Kita telah buang masa bergaduh kes kecil," jelasnya.

Agama

Mengenai isu beberapa orang Melayu hadir pada majlis makan malam di gereja Metodis Damansara Utama (DUMC) di Selangor, Mat Sabu menjelaskan, PAS mengambil sikap berhati-hati kerana sedar ia adalah helah licik UMNO.

Bagaimana pun, beliau akui ada percanggahan pendapat di dalam kalangan PAS sendiri terutamanya kenyataan Pemuda PAS yang lantang "menyokong" serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap majlis makan malam itu.

Namun, jelasnya lagi. Ahli-ahli PAS tidak goyang pendirian mereka selepas diberikan penjelasan tentang perkara sebenar.

"Ada sesuatu yang istimewa dalam PAS ini. Apa-apa isu pun dalam PAS ini, bila timbul, kita dapatkan pandangan Mursyidul Am kita (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)" ujarnya.

Menurutnya, memang Pemuda PAS agak agresif dalam memberi pandangan "begitu begini" tetapi bila datang pandangan dari Nik Aziz dan Hadi, semua ahli terbuka hati menerimanya.

Memberi contoh isu penggunaan nama Allah dalam kitab Bible, Mat Sabu berkata, Nik Aziz dan Hadi telah banyak menyelamatkan keadaan di Malaysia dengan memgambil pendekatan Islam sebenar, iaitu mengetahui sepenuhnya butir-butir isu serta menanganinya dengan penuh cermat dan berhikmah.

"Bila pemimpin PAS pergi melawat gereja yang dibakar, dan jumpa paderi, dan ceritakan pula di negara-negara Arab, orang Kristian menggunakan nama Allah, jadi perkara ini mudah diselesaikan.

"Padahal kalau mereka hendak tiupkan semangat pergaduhan, memang senang ketika itu. Tetapi inilah Islam yang diamalkan oleh PAS demi keamanan dan kesejahteraan semua."

Kisah dua sahabat

Mat Sabu mengkagumi Lim Guan Eng kerana sama prinsip dengan beliau sendiri, iaitu menentang rasuah dan penyelewengan serta mengambil sikap sederhana.

"Saya kagum dengan kesederhanaan beliau terutama dalam menjaga wang rakyat, berjimat cermat, dan dia tidak pernah mengatakan this is my right. Misalnya hak dia untuk naik kapal terbang business class, hak dia untuk tukar kereta baru, hak dia untuk duduk di rumah kerajaan.

"Itu adalah hak beliau, tapi beliau tidak guna hujah-hujah itu. Malah beliau setiasa bersederhana dan guna wang rakyat untuk rakyat, serta saya nampak pendapatan yang bertambah terutama RM88 juta pada tahun pertama memerintah dan pada tahun kedua RM77 juta, tanpa ada hasil-hasil balak dan hasil-hasil lain.

"Maknanya dia dapat menambah pendapatan melalui pengurusan. Ini yang saya rasa kagumlah. Nak kata puas hati 100 peratus, tidak," katanya sambil ketawa.

Jelasnya lagi, bila sahabatnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan hasrat untuk memerintah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah laksanakan cara itu setakat ini.

Guan Eng telah secara tidak langsung menunjukkan dasar DAP melalui kerja-kerja kuat beliau menjaga wang rakyat, ujarnya.

"Ini juga memang prinsip saya dan saya sokong prinsip beliau, iaitu amat tidak suka dengan rasuah dan penyelewengan," katanya.

Secara berseloroh, Mat Sabu berkata beliau lebih berharta daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, dan selepas lebih tiga tahun Guan Eng mentadbir negeri, beliau masih tidak kaya-raya.

Mat Sabu melihat Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang tidak ada penyelewengan sama sekali.

"Setakat yang saya tahu lah. Yang saya tidak tahu, wallahualam. Maksudnya, saya nampak ini sebuah kerajaan yang baik dan beliau juga berjaya mendisiplikan kakitangan kerajaan, sehingga hampir semua majlis perbandaran yang dulunya rugi, sekarang sedang dan telah membuat keuntungan.

"Ini langkah baik yang saya akan bersama menyokong," jawabnya.

Beliau mnejelaskan, DAP telah mengatasi jauh UMNO-BN dari sudut menjaga hak dan kebajikan orang Melayu dan Islam.

"Kalau yang apa bekas Ketua Menteri Pulau Piang Koh Tsu Koon lakukan dahulu, ternyata DAP sudah jauh ke hadapan, terutamanya dalam Jabatan Kerja Raya, lebih 90 peratus Melayu dapat projek secara sah dan berhak.

"Dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, lebih 80 peratus. Dalam Jabatan Pengairan & Saliran Pulau Pinang, 100 peratus. Cuma yang tak dapat UMNO, itu yang mereka bising," katanya.

Bagaimana pun, jelasnya, untuk memenuhi cita-cita Pakatan Rakyat untuk memberi keadilan dan peluang sama rata kepada semua rakyat yang susah, usaha perlu dipertingkatkan lagi.

"Sekarang ini tidak ada publisiti, yang ada cuma yang buruk sahaja dalam media kawalan BN.

"Tetapi membantu masarakat Melayu terutamanya mengenai penyediaan rumah kos rendah, ini mestilah dipertingkatkan lagi oleh kerajaan Pulau Pinang supaya tidak dituduh bahawa mereka yang mampu membeli rumah tinggi sahaja boleh berada di Pulau Pinang.

"Ini kita kena ingat, kalau penggal kedua nanti, jika diberi kuasa oleh rakyat lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat mesti tumpukan hal ini. Pembinaan rumah kos rendah mesti diperbanyakkan," jelasnya mengakhiri perbualan kami. – Roketkini.com

Subsidi gas : PETRONAS hentam kerajaan Najib

Posted: 26 Aug 2011 06:14 AM PDT

Petronas slams 'distorted' gas subsidy policy
Syed Jaymal Zahiid

The continued heavy reliance on cheap gas has discouraged consumers from pursuing efficiency, says the national oil company.

KUALA LUMPUR: National oil company Petroliam Nasional Bhd (Petronas) has criticised the federal government for continuing to subside gas in a bid to woo foreign direct investments (FDIs), saying the policy was "distorted" and "inefficient".

President and chief executive Shamsul Azhar Abbas said the continued reliance on cheap gas has not helped to encourage power producers and consumers to pursue efficiency.

"Something has to be done to change their mindset," he told reporters after announcing the company's first-quarter financial results at its headquarters here today.

"If you were TNB (Tenaga Nasional Bhd) and there is an increase in demand for electricity, which one do you go for? Two dollar gas or 10 dollar coal?"

Shamsul said the government's policy to keep gas prices low has forced Petronas to fork out some RM20 billion worth of subsidies while the gas supply system was being distorted due to taxation of up to "zero (reserve) margin".

He questioned the need to give cheap power to foreign companies investing in Malaysia when investors in Singapore have done well to cope with gas sold at market prices.

This reflected the prevailing inefficiency in the country's power policy.

"So why is it that over here they require subsidies in order to survive? Something is just not right.

"It just goes to show the amount of inefficiency that's prevailing within the system. And all this distortion is created by the (gas) subsidy," he said.

Onus on government

Weak domestic market caused by the low spread of high-tech industries has forced the government to rely heavily on Petronas for revenues. The national oil company contributes some 45% to the government's coffers annually.

The oil giant turned heads last June when it made a firm stand and decided to pay 30% of its net profit starting from 2013 as it could no longer remain competitive should it continue to slash its revenues for subsidies.

Shamsul said that the liquefied petroleum gas (LPG) subsidy cut in June was a step in the right direction and hoped that such efforts would continue until gas prices reach market parity by June 2015.

He added that the onus is on the government to remove the "subsidy mentality" in consumers and praised Prime Minister Najib Tun Razak's move to dismantle its costly subsidy regime albeit slowly.

"Nothing comes for free," he said.

Najib has pledged to cut subsidies and widen the tax base as part of its effort to trim a 20-year record public debt of 7% of GDP in 2009.

Meanwhile, Petronas said its net profit increased to 48.6% for the first quarter on the back of higher crude oil prices triggered by political turmoil in the Arab states.

Net profit jumped to RM21.66 billion for the quarter ended June 30 from RM14.6 billion in the same period last year, while revenue rose 24.6% to RM72.97 billion - FMT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KERANA DUBUR SAIFUL, PAKAR PUN BOLEH JADI BINGUNG?

Posted: 26 Aug 2011 10:24 AM PDT

Pakar bingung calitan dubur Saiful masih baik

Hafiz Yatim
Ogos 26, 11

Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald.

dr brian mcdonald sodomy llMenyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan
B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius./Malaysiakini

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PKR: Politik kotor Umno punca Melayu pecah, bukan kerana Anwar atau Pakatan

Posted: 26 Aug 2011 05:52 AM PDT

PKR: Politik kotor Umno punca Melayu pecah, bukan kerana Anwar atau Pakatan

August 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai perpecahan Melayu membuktikan ia berlaku disebabkan "politik kotor" Umno, bukannya disebabkan faktor-faktor lain.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata, pendedahan Harussani juga membuktikan perpecahan Melayu bukan berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

"Beliau (Harussani) juga menyatakan bahawa demi menjaga perpaduan Melayu, pernah menasihati (Tun) Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat timbalanya ketika itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta membuat tuduhan liwat tanpa membawa empat orang saksi.

"Dengan kenyataan di atas, jelaslah bahawa apa yang ditanggapi sebagai perpecahan Melayu-Islam pada masa kini adalah berpunca dari permainan politik kotor para pemimpin Umno sendiri bermula dari Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, pendedahan yang dibuat Harussani itu juga membuktikan tuduhan liwat terhadap Anwar pada 1998 adalah fitnah dan konspirasi Dr Mahathir.

"Kenyataan Mufti Perak tersebut juga mengesahkan pendirian kita selama ini bahawa tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau sebagai pemimpin politik harapan orang Melayu-Islam.

"Adalah jelas bahawa pemecatan Anwar bukan kerana faktor moral tetapi konspirasi jahat Dr Mahathir dan para pengikutnya," katanya.

Harussani dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti di Shah Alam kelmarin berkata, beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Beliau berkata pemecatan Anwar akan mengakibatkan perpecahan orang Melayu kerana Anwar mempunyai pengaruh yang besar.

Kata Muhammad, ekoran pendedahan Harussani itu rakyat perlu sedar dan menolak fitnah yang dilemparkan ke atas Anwar.

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu.

"Kita menyeru pemimpin Umno supaya melakukan muhasabah diri dan menghentikan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim demi perpaduan seluruh masyarakat Malaysia. Kita berkeyakinan penuh bahawa selagi kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas," katanya.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

Anwar, Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.

Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.

Utusan Melayu, Utusan Malaysia, Utusan UMNO...

Posted: 26 Aug 2011 05:41 AM PDT

Tan Lee Ooi

Baru-baru ini Berita Harian cuba mengapi-apikan isu agama yang kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang disekat dan dinafikan hak untuk menggunakan pembesar suara pada waktu subuh. Berita tersebut disertakan juga wawancara dengan Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi. Mengikut Ahmad Zahid, "Perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam".

Tambahnya, "Larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri". Dengan perkiraan politik ala-UMNO, tambahnya sekali lagi, "Larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat".

Selepas berita tersebut disiarkan, seperti biasalah, isu ini berjaya dipolitikkan dan mengajak pihak-pihak berkepentingan untuk mengulas dan mengkritik dilema Islam di bawah pemerintahan DAP. Malangnya, rupa-rupanya "larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih". Lebih-lebih lagi, larangan tersebut sudah wujud di negeri Perlis yang di bawah pemerintahan UMNO.

Maka dengan jelas sekali, kegagalan Ahmad Zahid (gambar kiri) dalam memahami isu sebenar. Tanpa menyiasat dengan lebih mendalam dia melaungkan bahawa, "sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati" Kenyataan ini akhirnya bukan sahaja tidak releven bahkan mendedahkan hipokritnya kepada semua rakyat.

Cara yang sama digunakan MCA, Gerakan...

Beberapa hari selepas isu tersebut, timbul pula satu isu yang berkaitan dengan perayaan hari bulan ketujuh iaitu Bulan Hantu Lapar. Akhbar berbahasa Cina memaparkan kesukaran ahli jawatankuasa perayaan di beberapa kawasan di Pulau Pinang mendapat permit polis. Ini diikuti pula dengan orang-orang politik dari parti MCA, Gerakan dan DAP memulakan permainan politik. Cara dan modelnya adalah serupa.

Sebenarnya pencemaran bunyi yang berkaitan dengan adat dan agama amat ketara di Malaysia. Saya berpendapat bahawa semua pencemaran-pencemaran bunyi yang dapat dielakkan patut dikawal. Ini termasuk bunyi persembahan semasa perayaan Bulan Hantu Lapar, bunyi bacaan sutra yang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman jiran semasa upacara pengebumian kaum Cina, musik tarian singa dan naga semasa perayaan Tahun Baru Cina, permainan mercun api dan sebagainya.

Kita semua ingin hidup dengan aman dan damai. Bunyi yang terlalu kuat yang disebarkan terlalu awal atau larut malam akan mendera telinga kita. Disebabkan itu, perasaan kita mungkin terusik dan jikalau tidak dapat tidur atau kualiti tidur kita tidak baik, prestasi pelajaran atau kerja mungkin terjejas. Bayi-bayi yang kecil lebih terdedah lagi dengan ancaman bunyi kuat yang akan menakut-nakutkan mereka.

Berita Harian bukannya media yang selalu sengaja membangkit-bangkitkan isu sensitif yang berkaitan dengan agama dan kaum. Utusan Malaysia sebenarnya lebih "pandai" dalam hal ini. Harap selepas isu tersebut Berita Harian tidak terikut-ikut dengan kewartawanan Utusan Malaysia.

Dari Utusan Melayu ke Utusan Malaysia

Saya memulakan tabiat membaca bahan bacaan Bahasa Melayu/ Malaysia semasa masih belajar di sekolah menengah. Saya melanggan Dewan Siswa semasa tingkatan dua dan mengikuti semua isu Dewan Masyarakat di perpustakaan semasa tingkatan empat untuk menyediakan diri dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia di SPM. Sebagai generasi Malaysia yang mengikuti pendidikan di bawah dasar kebangsaan, saya dan kebanyakan kawan saya dapat membaca surat khabar Bahasa Malaysia dengan tiada sebarang kesukaran.

Semasa melanjutkan pelajaran di universiti tempatan, saya sering membaca Utusan Malaysia. Secara kabur dalam ingatan pada masa itu masih menggunakan nama "Utusan Melayu". Utusan Malaysia pada suatu ketika adalah media yang masih dihormati ramai. Kualiti Utusan Melayu atau Utusan Malaysia mulai menyusut pada akhir tahun 1990-an. Utusan Melayu yang pada suatu waktu mempunyai pendirian tersendiri yang menyuarakan ketidakpuasan masyarakat Melayu sudah menjadi media UMNO.

Bermula dari saat gerakan reformasi, ianya hanya menjadi saluran penyampaian maklumat untuk parti pemerintah. Dan ianya dijalankan dengan berat sebelah tanpa mempertimbangkan rasional pembaca. Pada zaman teknologi ini, pembaca tidak menerima maklumat yang disalurkan oleh media arus perdana dengan membuta tuli. Pembaca-pembaca yang berpendidikan mampu menilai mesej yang ingin disampaikan dengan rujukan kepada media baru di Internet.

Entah bila nama Utusan Melayu sudah bertukar kepada Utusan Malaysia. Walaupun demikian, Utusan Malaysia ini bukan sahaja kurang Malaysia malah lebih Melayu daripada Utusan Melayu yang wujud pada suatu ketika dahulu. Penukaran nama tidak diikuti dengan perubahan pemikiran yang lebih Malaysia.

Kualiti Utusan Malaysia merosot dengan lebih serius lagi selepas Pakatan Rakyat berjaya memerintah di beberapa buah negeri selepas pilihan raya pada tahun 2008. Pada hari ini, Utusan Malaysia sepatutnya ditukar nama menjadi Utusan UMNO. Segala berita yang disiarkan pada masa kini amat memihak kepada UMNO tanpa pertimbangan kerasionalannya.

Berita sensasi yang disukai oleh Utusan Malaysia ialah isu-isu perkauman dan agama yang dianggap kegagalan yang disebabkan oleh persaingan UMNO dengan Pakatan Rakyat. Di sebaliknya, kegagalan yang disebabkan oleh UMNO dibiarkan atau hanya sengaja menutup sebelah mata. Kegagalan Utusan Malaysia dapat dibuktikan dengan kekecewaan yang ditunjukkan oleh (bekas) wartawannya sendiri Hata Wahari (gambar kanan, kanan).

Mimpi hari kemerdekaan saya...

Struktur media Malaysia yang dibelah bahagi mengikut pembaca kaum tertentu menjadi masalah. Akhbar Cina menyuarakan permintaan masyarakat Cina, Tamil Nesan untuk masyarakat India, manakala Berita Harian menyuarakan keperluan masyarakat Melayu (Utusan Malaysia sudah merosot menjadi wadah untuk UMNO). Selama ini, kita sering menggunakan nama agama dan kaum untuk menyekat sesama sendiri.

Memang tinggalan sejarah yang menyebabkan struktur media sedemikian wujud. Tetapi banyak perubahan telah berubah sejak merdeka dan selepas Mei 13. Sesuatu isu bukan hanya dapat difahami daripada perspektif satu-satu kaum sahaja. Misalannya isu berkaitan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya bukan hanya memanfaatkan elit-elit UMNO tetapi juga taukeh-taukeh Cina dan peniaga India yang rapat dengan UMNO. Isu DEB lebih kompleks daripada yang pernah kita fikirkan. Ia bukan hanya melibatkan kepentingan satu kaum.

Ramai daripada kita sudah bosan dan muak dengan Malaysia yang selalu diputarbelitkan oleh isu perkauman dalam media arus perdana. Kita memerlukan media yang menyuarakan kepentingan semua dan bukannya hanya memihak kepada satu kaum.

Harap pada suatu hari nanti media yang menampung suara semua rakyat dapat wujud. Perspektif berita adalah berdasarkan pertimbangan keadilan dan kesaksaman hak seseorang individu dan komuniti yang dinilai tanpa mengira kaum. Bagi isu nasional, kepentingan negara lebih diambil kira daripada hanya mementingkan hak sesuatu kaum.

Ini mimpi saya buat Hari Kemerdekaan.

*Tan Lee Ooi ialah kolumnis MerdekaReview. Beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di National University of Singapore, pernah menulis buku berjudul Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.

Pendedahan Harussani Bukti Tuduhan Terhadap Anwar Fitnah

Posted: 26 Aug 2011 12:58 AM PDT



SHAH ALAM 26 OGOS : Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno sendiri.

Malah, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan hari ini.

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu,"katanya.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.

"Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.

"Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu," katanya.

Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.

Malah, langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.

Dalam pada itu, Manuty menyeru pemimpin UMNO supaya memuhasabah diri sekali gus menghentikan kezaliman ke atas Anwar demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.

Tambahnya, beliau yakin selagi kezaliman terhadap Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.

Kes Fitnah II : Sampel DNA Tidak Diuji Dengan Betul

Posted: 26 Aug 2011 12:56 AM PDT



KUALA LUMPUR 26 OGOS : Pakar Kimia di Jabatan Kimia Malaysia (JKM), Dr Seah Lay Fong membuat kesimpulan yang salah terhadap ujian DNA ke atas sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

Mahkamah Tinggi mendapati ujian Deferential Extracting Process (DEP) yang dijalankan Seah tidak mengikut prosedur standard berikutan gagal mengasingkan sperma dengan DNA lain pada sampel.

Oleh yang demikian menurut konsultan molekular ginetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald, Seah tidak berhak mengesahkan DNA yang ditemui datang dari seorang individu.

Pakar DNA itu merujuk kepada laporan dan keterangan Seah dalam sesi pendakwaan kes fitnah liwat II yang lalu di mahkamah.

"Seah tidak menunjukkan dalam ujiannya untuk mendapatkan ekstrak sperma yang asli," kata Brian.

Dalam pada itu peguam Sankara Nair yang ditemui ketika mahkamah berehat sebentar berkata Seah penemuaan Seah hanya berdasarkan tafsiran beliau sendiri tanpa memastikan prosedur teknikal dipatuhi dengan sempurnam.

"Dr Seah memberi kesimpulan yang salah. Beliau tidak boleh membuat spekulasi (keputusan), beliau perlu khusus.

"Dia anggap pengasingan (sperma) berjaya tanpa melakukan tanpa mengulangi prosedur," tambah Sankara.

Pendirian Harussani Bukti BN Lemah

Posted: 26 Aug 2011 12:48 AM PDT


KUALA LUMPUR 26 OGOS : Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berhubung perpecahan Melayu disifatkan sebagai mempunyai asas dan keadaan itu akan terus berlaku sekiranya pentadbiran Najib tidak berusaha memperbaiki keadaan itu.

Ketua Penerangan Pas Perak, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, tiga perkara asas yang dibangkitkan Harussani mengenai perpecahan orang Melayu perlu menjadi intipati rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

"Kenyataan tersebut sewajarnya perlu dijadikan intipati dan teras pertimbangan rakyat dalam memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk memelihara amanah rakyat dalam ruang dan peluang yang ada semasa pilihan raya umum ke-13.

"Peringatan itu jelas membawa mesej agar jika pemimpin yang lemah, tidak amanah dan rasuah masih dipilih untuk memerintah maka ia akan hanya menjadikan bangsa Melayu makin berpecah dan sentiasa mundur," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Nuri berkata, merujuk pula kepada kes penyelewengan yang berlaku di Perak gejala rasuah dalam kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak dapat dibendung lagi.

"Kenyataan Harussani bertepatan dengan apa yang telah didedahkan oleh PAS Perak sejak dari dulu lagi. Antaranya apa yang dinyatakan oleh Dewan Pemuda PAS Perak Februari lalu berkaitan seorang exco kerajaan negeri Perak yang telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Hal yang sama juga dapat diperhatikan dari pendedahan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April lepas berkenaan satu dokumen membabitkan penyalahgunaan kuasa yang berunsur rasuah oleh seorang exco kerajaan negeri Perak," katanya.

Tambah beliau, pendedahan penyelewengan yang berlaku di Perak membuktikan kesahihan kenyataan Harussani.

"Gambaran-gambaran ini jelas menunjukkan kesahihan kenyataan Tan Sri Harussani tentang kelemahan, pengkhianatan dan amalan rasuah kerajaan BN yang tidak mampu dibendung oleh ulama kerajaan dari terus berleluasa.

"Gejala rasuah ini masih menular di dalam BN yang memerintah termasuk di Perak. Kami yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri sepertimana yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani," katanya.




Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


MINTA PAS SELESAIKANLAH MASALAH INI... ONCE FOR ALL...!!

Posted: 26 Aug 2011 03:46 PM PDT

Mangsa Chernobyl

Minta sangatlah kepimpinan PAS Pusat selesaikan masalah ni. Kat bawah ni ramai yang rimas. Tolonglah ya...


Dissenting views tu biasa tapi kalau macam sengaja cari pasal untuk menyusahkan parti, baik ambillah tindakan tegas ke atas mereka ini. Kita faham sesetengahnya kecewa kerana telah ditolak oleh ahli parti dalam pemilihan yang lalu tetapi mana semangat yang dilaung-laungkan ketika menang dahulu. Come on lah....


Janganlah semasa menang aje kita taat tetapi bila kecundang mula buat hal. Perangai macam Zulkfili Noordin tak patut ada dalam PAS.


Walau bagaimanapun saya ingin ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man atas kenyataan beliau tentang Dr. Rosli ni...


TINTA TAJAM: PAS PERLU PECAT MP HULU LANGAT!: PAS perlu mengambil pendirian yang tegas kali ini, jika tidak perangai beberapa orang "cerdik pandai" bakal membusuk dan melingkupkan PAS! ...


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Porak-peranda UMNO-BN, kedangkalan Utusan

Posted: 26 Aug 2011 08:10 PM PDT

Oleh Adil Mat Selamat

26 OGOS – Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih terus kekal dengan agenda mendesak kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk melaksanakan reformasi menyuluruh sistem pilihan raya di Malaysia.
Kerajaan pula, selepas Bersih 2.0, walau pun cuba mencuci kekotoran – tungging terbalik  kenyataan, janji-janji palsu, omong kosong, tindakan ganas polis, sikap SPR seperti suara UMNO – masih gagal meyakinkan rakyat.
Cadangan Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) dilihat masih tidak konsisten kerana sekali lagi, tunggang langgang kenyataan berbeza antara Menteri manakala SPR pula awal-awal lagi bersikap takbur enggan menerima sebarang keputusan PSC.
Read More / Baca Lagi >>

DAP mahu rakyat buat perubahan

Posted: 26 Aug 2011 08:06 PM PDT

"Kita memerlukan negara Malaysia untuk semua rakyat Malaysia," kata Tunku Aziz.

PETALING JAYA: Naib Presiden DAP Tunku Aziz Ibrahim menyeru rakyat di negara ini melakukan perubahan kerana kerajaan Barisan Nasional sudah lama sangat memerintah negara ini.
"Sudah tiba masanya rakyat melakukan perubahan kerana selama 54 tahun itu kerajaan yang ada tidak pernah berubah atau melakukan reformasi," katanya ketika ditemui FMT pada majlis iftar Ramadhan anjuran parti itu di ibu negara kelmarin.
Ujar beliau, "saya percaya perubahan yang akan berlaku nanti (dalam pilihan raya umum ke 13) merupakan satu perubahan yang sangat bermakna kepada rakyat."
Menurut Tunku Aziz, walau pun Barisan Nasional memberi sogokan wang untuk memancing rakyat dan para pengundi tetapi rakyat diminta mengundi calon dari parti pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

Kilang nadir bumi: PKR sokong usaha Fuziah

Posted: 26 Aug 2011 08:05 PM PDT

Fuziah mempertahankan hak penduduk Gebeng dan harus dipuji kerana usahanya sebagai seorang ahli parlimen yang bertanggungjawab," kata Nurul Izzah Anwar.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tampil memberi sokongan dan mempertahankan perjuangan rakan sejawatnya, Fuziah Salleh dalam isu pembinaan kilang memproses nadir bumi (rare earth) di Gebeng, dekat Kuantan.
Nurul mengecam tindakan tidak bermoral Barisan Nasional (BN) memperalatkan TV3 milik Umno untuk memperlekeh usaha , Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan dan Naib Presiden PKR itu dan Gerakan Anti-Lynas menentang projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) sebagai satu usaha yang terdesak.
"BN menjalankan dakyahnya dengan berselindung disebalik dua pakar nuklear yang memusingkan fakta dan menyelewengkan matlamat dan tujuan gerakan anti-Lynas untuk memenuhi kepentingan politik mereka," ujar Nurul dalam satu kenyataan medianya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan confident of ‘mission impossible’

Posted: 26 Aug 2011 08:04 PM PDT

The opposition bloc aims to win 14 out of the 28 state seats in Malacca, which is a BN stronghold.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat is gearing to launch a powerful offensive in Malacca, which is considered a Barisan Nasional stronghold, in the next general election.
Although political pundits predict that BN would retain power, PKR and PAS were aiming to win more seats in the state assembly.
Sources revealed that the two opposition parties alongside DAP would bank on "Umno's arrogance" in running the state to pull in the votes.
In the 2008 general election, BN won 23 seats while the opposition won five – all by DAP.
DAP contested eight but won the Bachang, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana and Bandar Hilir state seats. PAS contested 13 seats while PKR fielded seven candidates.
Read More / Baca Lagi >>

BERJUANG BUKAN MENGISI MASA LAPANG..!

Posted: 26 Aug 2011 08:02 PM PDT

Dalam meneruskan agenda yang telah dibawa oleh junjungan mulia Nabi S.A.W, marilah kita sama-sama muhasabah agar meneliti kembali sikap dan tindakan kita dalam membantu perjungan Islam ini.
Firman Allah di dalam Al-Quran dalam surah at-taubah yang bermaksud:
41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Read More / Baca Lagi >>

Susahnya Jadi Perempuan, Payahnya Jadi Lelaki

Posted: 26 Aug 2011 08:00 PM PDT

Ada orang mengatakan alangkah susahnya menjadi perempuan. Banyak benar kekangan, sedari kecil tidak boleh hidup bebas. Pergerakannya diperhatikan orang tua. Gerak gerinya menjadi bualan.
Hinggalah ada juga yang memberontak jiwanya, ingin keluar dari kepompong sehinggalah dibuang sifat-sifat kewanitaannya untuk menyamai lelaki. Yang jauh dari itu mempersoalkan takdir yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Lalu ia melanggar naluri dan fitrah seorang wanita.

Read More / Baca Lagi >>

HANYA JAWAB PERTANYAAN INI

Posted: 26 Aug 2011 07:58 PM PDT

BAKAL DITEMUI DI GEBENG








nota:

ini gambar kanak kanak chernobyll
satu masa nanti kanak kanak yang
sama akan lahir di gebeng





PEMUDA UMNO BUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG TOHMAHAN AHLI PARLIMEN KUANTAN – mstar Read More / Baca Lagi >>

'Pakatan Nato Umno' mahu Najib berundur

Posted: 26 Aug 2011 07:37 PM PDT


Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa memang wujud satu gerakan dalam Umno mahu PM Najib berundur sebagai PM.Kalau dulu semasa era Pak Lah Badawi sebagai PM ada gerakan mahu Pak Lah berundur sebagai PM yang diketuai bekas PM Tun Mahathir , pada ketika ini wujud gerakan yang sama dalam kepimpinan Umno mahu Najib berundur sebelum pru 13 menyusul.

Jika di Libya , Muaammar Gaddafi Presiden Libya dihambat keluar daripada pegang jawatan Presiden Libya oleh pihak pemberontak yang dibantu askar Nato keadaan yang sama kini wujud dalam Umno satu pakatan yang boleh lah dikatakan 'Pakatan Nato Umno' yang sudah hilang kepercayaan kepada Najib sebagai PM. Read More / Baca Lagi >>

Who do the police serve – rakyat or Najib?

Posted: 26 Aug 2011 07:09 PM PDT

The PM's refusal to acknowledge the role of the IPCMC speaks volumes of the government's indifference to the sufferings endured by the rakyat at the hands of the police.

Police officers may drive black and white cars; however, what goes on in their jobs is a lot of gray. – Arik Matson
The 204-year-old Royal Malaysian Police (PDRM) has made news for so many wrong reasons: behaving in a trigger-happy manner, forcing a woman to do squats in the nude, raping a teenage girl inside a police station, whacking detainees which have led to their deaths, threatening and intimidating the layman, working with car-theft syndicates and refusing to help Sarawak's Penan women and girls who for many years have been crying for help against the rapes suffered at the hands of timber loggers.
Read More / Baca Lagi >>

Ahaaks : Harapan Komuniti receives death threat

Posted: 26 Aug 2011 07:08 PM PDT

The NGO lodged a police report last night but has declined to reveal further details.

PETALING JAYA: Harapan Komuniti, the organisers of the thanksgiving dinner raided by the Selangor Religious Islamic Department (JAIS) on Aug 3, received a death threat yesterday morning.
The source who informed FMT of the incident was unable to provide any details except that the handwritten note was written in Malay and contained a warning to Christians that Muslims would not "lose".
Harapan Komuniti lodged a police report at the Sea Park police station at about 10pm last night.
The police officer in charge confirmed this but said that details of the report were confidential.
When contacted Harapan Komuniti's management appeared upset that the news had reached the media and declined to comment.
The source told FMT that the NGO was remaining tight-lipped over the incident as it was "devastated" that the home had now become an innocent target of irresponsible individuals.
Read More / Baca Lagi >>

Najib: ‘Kita tidak akan bertolak ansur dengan anarki’...aiks takut ke..!!! atau nak buat lepas PRU 13...!!!

Posted: 26 Aug 2011 07:06 PM PDT

PUTRAJAYA, 27 Ogos — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan komited kepada sistem demokrasi dan tidak akan bertolak ansur dengan anarki, keadaan huru-hara serta sebarang gangguan terhadap ketenteraman di negara ini.
Bercakap pada majlis berbuka puasa bersama diplomat dan kakitangan Kementerian Luar malam tadi, Perdana Menteri berkata undang-undang ketenteraman awam tidak boleh dipandang mudah seperti yang terbukti dalam beberapa insiden yang berlaku di seluruh dunia.
"Kita sentiasa memperjuangkan demokrasi di Malaysia sejak awal lagi, dan jika kita imbas kembali, terdapat satu detik penting dalam sejarah negara iaitu pada 13 Mei (1969), yang menyaksikan Allahyarham ayahanda saya menyerahkan semua kuasa kepada seorang individu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia iktiraf NTC sebagai k'jaan sementara Libya

Posted: 26 Aug 2011 07:05 PM PDT

Malaysia mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebagai kerajaan sementara Libya yang sah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Kuala Lumpur berharap NTC, yang disokong oleh rakyat Libya, akan mengurus pentadbiran sementara negara itu ke arah perpaduan nasional, perdamaian dan pembangunan semula yang membawa keamanan dan kestabilan berkekalan kepada Libya dan rakyatnya.
Read More / Baca Lagi >>

3 aje...!!!! Palanivel akan jaga MAMPU, INTAN, BPA...dapat gaji free le.....!!!!

Posted: 26 Aug 2011 07:04 PM PDT

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk G Palanivel berkata Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Biro Pengaduan Awam (BPA) akan diletakkan di bawah jagaannya.

"Saya juga akan mengendalikan tugas-tugas khas. Saya akan umumkan butiran lanjut kepada media selepas 7 September," kata presiden MIC itu kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur malam tadi.

Palanivel, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri di depan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Ogos lalu, berkata beliau bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bagi membincangkan tugasnya dalam Kabinet.

- Bernama

PERKASA syor Kementerian Hal Ehwal Islam diwujudkan

Posted: 26 Aug 2011 07:01 PM PDT

perkasa burn the star 140811 ibrahim aliPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencadangkan Kementerian Hal Ehwal Islam diwujudkan bagi menangani segala isu berkaitan Islam yang kini semakin tercabar.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata sudah sampai masanya kementerian seumpama itu diwujudkan kerana isu berkaitan Islam kini perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan soal sensitiviti yang tidak boleh dipermainkan pihak lain.

"PERKASA mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memikirkan secara serius untuk mewujudkan kementerian ini kerana jika tidak, isu berkaitan Islam tidak mampu diselesaikan dengan lebih terancang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada lebih 100 penunggang beca sempena Hari Kemerdekaan ke-54 Malaysia, di Pasir Mas, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu pecah: Kerajaan enggan dengar input rakyat juga punca, kata pakar

Posted: 26 Aug 2011 07:00 PM PDT


KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat.
Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan.
"Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Asli sedia berdemo lagi jika tanah dirampas

Posted: 26 Aug 2011 06:59 PM PDT

Masyarakat Orang Asli sekali lagi akan berarak ke Putrajaya jika kerajaan berkeras membahagikan tanah-tanah adat mereka.

Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOAM) Tijah Yok Chopil berkata walaupun Orang Asli dikenali sebagai masyarakat yang aman, namun mereka tidak mempunyai pilihan jika kerajaan masih berkeras.

"Secara jujur, walaupun tindakan itu membawa risiko yang tinggi, kami akan turun ke Putrajaya, Parlimen atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini bukan satu ancaman, tetapi hidup kami kini ditekan dan kami tidak ada pilihan lain.Read More / Baca Lagi >>

New investigation into film maker that took millions from Malaysia

Posted: 26 Aug 2011 03:31 PM PDT



By Ian Burrell, The Independent
Press corps in Kuala Lumpur all knew FBC had close links to the Malaysian government with special access.
One of America's most prestigious magazines, the 154-year-old The Atlantic, has become the latest high-profile news organisation to launch an investigation into its relationship with a media company that was allocated millions of pounds by the Malaysian government.
The Washington-based magazine and website is "reviewing all transactions" it had with FBC, a media company that also produced television programmes for the BBC and the business channel CNBC. The Independent revealed this month that FBC had been hired by Malaysia in a "global strategic communications campaign".
Read More / Baca Lagi >>

AG GANI PATAIL: MACC MUST SHOW INDEPENDENCE AND NOT IMPOTENCE

Posted: 26 Aug 2011 03:31 PM PDT


Straight Talk
 1. AG Gani Patail is again courting controversy by the revelation in Malaysia Today, which appeared on the 24th August 2011. If the allegation is not thoroughly investigated, it will be perceived badly by the Rakyat. Malaysia Today produced documentary evidence of what appears to be AG Gani Patail receiving gratification to take sides in a corporate boardroom tussle in Ho Hup Construction Berhad. Previously, photographs had already surfaced in various blogs of AG Gani Patail with that company's previous Managing Director, Dato Vincent Lye.
2. This revelation would surely destroy any residual credibility left about the AG Chambers. It appears that criminal prosecution is instituted at the whims and fancies of AG Gani Patail not on the basis of right or wrong but on might is right.

3. I have previously criticized AG Gani Patail over his Haj Trip with Tajudin Ramli's proxy, one Shahidan Shafies. Instead of taking action against AG Gani Patail, alarmingly I was subjected to an immediate investigation by the MACC based on just a false allegation in an anonymous blog. I was then publicly humiliated when the MACC Operations Evaluation Panel (OEP) Chairman, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil only conditionally cleared me. My demands for an unconditional and unequivocal clearance have yet to receive any response from the MACC.

Read More / Baca Lagi >>

Lynas: an injustice most taxing

Posted: 26 Aug 2011 03:27 PM PDT

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/04/Lynas-gebeng.jpg
The 12-year tax exemption given to Lynas may prove to be the biggest blunder ever. Lynas is projected to make about AUD 6.2 billion in pre-tax profit in 2012 and 2013 and in exchange, we allow them to contaminate our land for free. 
Read More / Baca Lagi >>

Abe Him : Perkasa calls for Islamic affairs ministry

Posted: 26 Aug 2011 03:22 PM PDT

Perkasa supporters hold signs during a protest against Christians, outside the National Mosque in Kuala Lumpur, August 19, 2011. — Picture by Choo Choy May
PASIR MAS, Aug 26 — Datuk Ibrahim Ali today mooted the formation of an Islamic affairs ministry, amid growing allegations of proselytism among Muslims in the country. The president of the Malay rights lobby said such a ministry was necessary to address issues related to Islam, saying these matters were deserving of more high-level attention.
Read More / Baca Lagi >>

SAINS EKONOMI TIDAK SETEPAT SAINS BIOLOGI

Posted: 26 Aug 2011 03:05 PM PDT

KAEDAH MUNGKIN SERUPA TETAPI HASIL BERBEZA


PAKAR SAINS EKONOMI
  • Di dalam DUNIA EKONOMI, Ramai di antara Pakar-Pakar Ekonomi yang bekerja dengan Pihak Kerajaan banyak melakar PELAN-PELAN EKONOMI untuk Memajukan Ekonomi Negara.
  • Dan selalu nya Pakar-Pakar Ekonomi seperti ini akan melakukan pelbagai KAJIAN mengenai PASARAN dalam Negara dan dalam Dunia untuk MENGENAL-PASTI sesuatu PETANDA mengenai Pertumbuhan atau Kemelesetan Ekonomi
  • Kajian-kajian yang mereka lakukan itu akan berdasarkan Setiap LAPOR-BALIK yang di dalam Bentuk Carta atau Geraf  dan Perincian Berita mengenai sesuatu kejadian atau Pergerakan Ekonomi di dalam sesuatu Keadaan dalam sesuatu Tempat, Daerah, Negeri dan Negara
  • Dari situ, mereka akan melakukan kajian-kajian yang bertujuan untuk MENCARI FORMULA untuk BAGAIMANA mereka boleh MENGATASI sesuatu Permasaalahan Ekonomi.
Read More / Baca Lagi >>

Awat yang SPR dok kalut dengan agama pengundi pulak dah?

Posted: 26 Aug 2011 02:53 PM PDT


DAP hari ini mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menolak pendaftaran pengundi tertentu disebabkan status agama individu berkenaan.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata parti itu hanya berjaya mengesan perkara itu apabila SPR menggunakan sistem pendaftaran yang lebih tersusun pada tahun ini.

Perkara itu dikesan melalui borang pendaftaran yang dikembalikan SPR, berserta dengan catatan berhubung sebab penolakan bagi setiap pendaftaran, kata Pua.

Read More / Baca Lagi >>

Sudahlah ANUAR, Jangan Sukarkan ROSMAH - CheguBard

Posted: 26 Aug 2011 02:48 PM PDT

Pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard telah mengecam pembelot parti Anuar Shaari berkenaan isu cincin berlian RM24.4 juta yang didakwa milik Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kontroversi.

Rosmah telah dituduh membeli cincin itu dan membawanya masuk ke Malaysia tanpa membayar cukai.

Menerima maklumat itu, yang telah beredar dengan panas di dalam Internet, Badrul kemudiannya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Ini menyebabkan Anuar, bekas rakan yang bertukar menjadi lawan, telah menyerangnya. Anuar mencabar Badrul untuk membuat laporan yang sama dengan pihak polis dan juga menuduh beliau mereka-reka tuduhan terhadap Rosmah.

"Anuar tahu yang keadaan sebenar di dalam Umno - bahawa semua keputusan secara tidak langsung datang dari Rosmah. Beliau cuba untuk menunjukkan sokongan beliau dan menarik perhatian Rosmah. Beliau berharap bahawa beliau akan mempunyai peluang untuk bertanding di satu tempat pada pilihan raya umum yang akan datang,.." Badrul menembaknya kembali. Read More / Baca Lagi >>

BN Sabah Makin Goyah, LDP Tuntut 6 Kerusi

Posted: 26 Aug 2011 10:01 AM PDT


Keputusan Parti Liberal Demokratik (LDP) untuk menuntut sehingga enam kerusi yang dikosongkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP), yang keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada September 2008, menjengkelkan rakan-rakan dalam komponen BN negeri. Parti Bersatu Sabah (PBS), Gerakan, MCA dan Umno dikatakan kecewa dengan tindakan LDP yang secara terbuka menyuarakan tuntutan mereka ke atas enam kerusi iaitu dua kerusi Parlimen -Tawau dan Sepangar dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Luyang, Likas, Elopura dan Tanjung Papat.
Read More / Baca Lagi >>

NGO Umno-APCO Hentam Najib Altantuya Tidak Patriotik

Posted: 26 Aug 2011 09:52 AM PDT


Kini sudah jelas.

Najib Altantuya semakin ditolak oleh pencacai Umno-APCO yang menjilatnya selama ini.

Nampaknya, bukan setakat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mendedahkan skandal terbaru pentadbiran Najib Altantuya ini minggu lalu, rupanya pencacai dalam Umno-APCO sendiri sudah tidak lagi mampu menahan sabar.Read More / Baca Lagi >>