Khamis, 25 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PKR: Kenyataan mufti bukti Anwar tak pecah Melayu

Posted: 25 Aug 2011 08:59 PM PDT

Ogos 26, 11

Kenyataan mufti Perak bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

NONEKetua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty sebaliknya mendakwa, perpecahan Melayu-Islam pada masa kini berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno.

Ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur (kanan).

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu./Malaysiakini

UJIAN DNA KES FITNAH LIWAT II - JIKA DILAKUKAN DI SEKOLAH, PAKAR TERSEBUT PASTI GAGAL

Posted: 25 Aug 2011 05:29 PM PDT

Profil DNA Lelaki Y Tercemar, Kata Pakar Australia

The Malaysian Insider

Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dr Brian McDonald, saksi keempat pasukan pembela berkata, ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon telah melakukan kesilapan besar dalam kiraan pada ujiannya sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai "lelaki Y", profil DNA yang didakwa ditemui pada dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Apa yang anda ada ialah campuran profil. Beliau melaporkannya sebagai satu prodil tunggal," kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kata beliau, Nor Aidora telah mencampur aduk garis panduan menjalankan proses ujian profil DNA, sehingga menyebabkannya memperoleh bacaan yang salah.

Perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang ini telah diberikan butiran analisis DNA secara terperinci termasuk penjelasan mendalam bagaimana untuk menanda dan membaca keputusan analisis.

"Jika ujian-ujian ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal," kata beliau lagi.

Pada Februari lalu, pasukan guaman Anwar berhujah dengan mempersoalkan profil-profil DNA yang diperoleh hasil ujian ke atas tuala.

Tuala itu diberikan kepada Anwar ketika ditahan di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur tiga tahun lalu selepas dituduh meliwat Mohd Saiful.

Peguam pembela Ramkarpal Singh Deo berkata berdasarkan ujian "electropharogram" yang dijalankan oleh Nor Aidora ke atas tuala itu, analisis menunjukkan bahawa ada dua profil DNA — satu Lelaki Y dan satu lagi tidak diketahui profilnya.

Ketika memberi keterangan pada 23 Februari lalu, kata Nor Aidora, profil-profil DNA yang ditemui pada barang tersebut sepadan dengan lelaki tidak dikenali "lelaki Y", yang spermanya diperoleh dari dubur Saiful.

Keterangan pakar itu akan disambung esok (hari ini).

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


JALAN-JALAN : Sinsuran/Centre Point Kota Kinabalu

Posted: 25 Aug 2011 10:38 PM PDT

Dah 2 hari aku di Kota Kinabalu. Memandangkan kerja aku hanya disebelah petang hingga ke malamnya, jadi aku gunakan waktu pagi untuk berjalan-jalan di sekitar hotel tempat aku menginap yang terletak di tengah-tengah bandar KK (Le Meridien).

Dibelakang hotel terdapat deretan kedai-kedai dan juga gerai-gerai jualan ala Petaling Street. Gerai akan tumbuh bagai cendawan di musim perayaan ini. Meraka akan mula berniaga di sini dari sekitar jam 11.00 pagi hinggalah lewat malam. Diwaktu malamnya akan bertambah lagi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan perhiasan wanita dari mutiara.

Dalam aku jalan-jalan tu sempatlah aku rakamkan sedikit sebanyak aktiviti harian di kawasan sekitar.

                                     

                                                 Barangan jualan yang terdapat di Sinsuran

                                         Sabah mengenakan bayaran zakat sebanyak RM7.00

Penjualan VCD cetak rompak secara terang terang masih berleluasa di sini

Jam 12.15 tghari : Lokasi : Kedai Makanan Segera Komplek Centre Point
Seorang wanita Islam (bertudung) bersama anaknya sedang enak menikmati hidangan
hingga menjilat jari 

                                           Tempat yang sama dan waktu yang sama ....................
                                      Persoalannya : Kenapa jadi begini? Apakah tiada pengutkuasaan?
                                                       Mana Jabatan Agama Islam Sabah?

                      Semasa Ramadan 2 tahun lalu aku ke Sandakan, dan ini yang sempat aku rakamkan

                                               Jam 11.30 pagi di satu kedai makanan segara.


                Apakah Majlis Agama Islam Sabah memandang ringan perkara-perkara sebegini?

AWAS! "Polis Bkt Aman" atau "Interpol" akan menalipon anda ...

Posted: 25 Aug 2011 07:06 PM PDT

KUANTAN - Masyarakat diminta berwaspada terhadap satu sindiket penipuan menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman dan Interpol yang menelefon serta mengugut mangsa untuk mengheret mangsa ke mahkamah atau kes tersebut boleh diselesaikan dengan syarat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, penjenayah menggunakan taktik tersebut kononnya pihak polis boleh membantu melupuskan kesalahan yang dilakukan mangsa.

Menurutnya, mangsa akan diberitahu kononnya kad pengenalan atau pasport mangsa telah disalahgunakan pihak ketiga dengan membuka akaun di salah sebuah bank di Hong Kong.

"Mangsa juga didakwa terlibat dalam aktiviti anti laundering yang akan menyebabkan akaun mangsa dibekukan dan seterusnya perniagaan ditutup.

"Seterusnya, mangsa diarahkan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sebagai jaminan untuk memastikan kes mangsa ditarik daripada dibicarakan di mahkamah," katanya dalam satu sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata, setakat ini, terdapat 47 kes dalam pengetahuannya berlaku dan ada mangsa sanggup memasukkan wang sehingga RM5,000.

Menurutnya, beliau percaya, sindiket tersebut aktif beberapa tahun lepas dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan helah sebegitu.

"Jika kita tidak pernah buat salah, tidak patut kita masukkan wang tersebut tanpa usul periksa. Jika perlu, buat laporan polis dengan segera jika panggilan tersebut mencurigakan," katanya.

Oleh itu, beliau berharap agar sindiket itu dapat ditumpaskan dengan segera kerana telah banyak menipu orang ramai.

Berikutan itu Hong Seong membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi memastikan jenayah itu dapat dibanteras. - SH

Hampa tengok la ... macam ni ka polis buat kerja? Mentang-mentang depa ada kuasa ...senang2 tendang orang ..

Posted: 25 Aug 2011 08:31 AM PDT

Ibu tunggal mendakwa diserbu lelaki bersenjata
Salmah Mat Husain @ Harakah Daily

RANTAU PANJANG, 25 Ogos: Seorang armalah bagaikan bermimpi apabila rumahnya di sini tiba-tiba diserbu sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang datang tanpa diundang.

Lebih parah lagi dakwa Noraisiah Che Ghani, 40 salah seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya sehingga terduduk.

"Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah.

"Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan tendangan terkena perut sehingga saya terduduk.

"Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang dan perut," ujarnya berniaga sayur di Pasar Rantau Panjang.

Armalah kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatangan lelaki bertopeng lengkap bersenjata.

Ujar beliau tanpa memberitahu apa sebab kedatangan mereka terus bertindak.

"Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya.

"Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api," katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat penglihatan, dua adik beradiknya.

Kumpulan bersenjata itu menyelongkar segenap ruang di dalam rumahnya hampir dua jam sebelum beredar tanpa menemui sebarang barangan disyaki.

Mencerita lanjut saat-saat mencemas itu Noraisiah memberitahu beliau kemudian ditawarkan sejumlah bayaran sebagai kos perubatan bagi menutup kes tersebut ketika datang membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang.

Menurut beliau adiknya Numi Che Ghani juga turut ditawarkan sejumlah bayaran yang sama.

Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika datang menemankan Norasiah di Balai Polis.

"Pada mulanya saya enggan sebab saya berpuasa, tetapi saya dipaksa juga minum empat botol air kosong dalam botol besar selepas ujian kali pertama didapati saya negatif sebarang dadah," ujarnya.

Menurut Norasiah selepas kejadian kira-kira jam 11 pagi beliau ke klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan dan kira-kira 11 malam pula membuat laporan polis.

Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata.

"Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya membawa ke hospital biar pun tercedera," katanya ketika menziarahi mangsa di rumahnya di sini.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut melahirkan rasa hairan apabila salinan laporan polis yang diterima mangsa tidak sama dengan apa yang dilapor semalam.

"Dalam laporan itu, mangsa memberitahu anggota polis yang bertopeng menyerbu rumahnya dengan diacu senjata seramai hampir 20 orang, tetapi dalam laporan yang diberi kepada pengadu hanya dua orang sahaja," katanya

Peluang untuk lelaki Melayu ni ....

Posted: 25 Aug 2011 06:53 AM PDT

Bkay Nair Mengaku Tertarik Dengan Lelaki Melayu
Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Pelakon Bkay Nair mengaku tertarik dengan lelaki berbangsa Melayu untuk dijadikan teman istimewanya.

Tambah Bkay, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki Melayu jika itu yang ditakdirkan Tuhan.

"Sejak zaman persekolahan lagi kekasih saya lelaki Melayu. Bagi saya kebanyakan lelaki Melayu lebih mengambil berat dan romantik berbanding bangsa lain.

"Bukan kekasih sahaja, malah kawan-kawan saya sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah semuanya Melayu," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan pelakon-pelakon filem Scandal, di sini, Rabu.

Ketika ditanya tentang penerimaan keluarga, gadis berketurunan Malailee ini berkata keluarganya sentiasa bersikap terbuka mengenai teman lelaki pilihannya.

"Dalam keluarga saya ramai yang berkahwin campur, malah dua orang pakcik saya sudah memeluk agama Islam. Tapi setakat ini saya tidak pernah pula berbincang tentang isu itu dengan keluarga," katanya.

Selain itu, Bkay turut mengakui sering mendapat tawaran memegang watak wanita berbangsa Melayu dalam beberapa drama tempatan.

"Saya selesa bawa watak wanita Melayu, lagi pun jika di luar orang ramai menyangka saya anak mami dan bertutur menggunakan bahasa Melayu.

"Saya tidak kisah malah selesa jika mereka beri watak wanita Melayu kerana unsur Melayu banyak dalam diri saya," katanya yang turut menyambut Hari Raya di kampung halamannya di Johor Baru dan Pulau Pinang.

Bercerita tentang filem Scandal, Bkay berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memegang watak utama, namun berharap melalui filem tersebut mampu menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon.

"Sembilan calon di sini masing-masing berharap untuk mendapat watak utama tapi kita berserah dengan keputusan daripada pengarah yang menilai," katanya.

Filem Scandal arahan Din CJ yang mengisahkan tentang kehidupan pramugari akan memulakan penggambaran pada September depan di beberapa buah lokasi seperti Paris, dan Dubai.- mStar

Asri: Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’

Posted: 25 Aug 2011 06:29 AM PDT

Oleh G. Manimaran August 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.

Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran "desakan hidup."

Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.

Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.

"Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad," katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.

Kata Asri lagi, "alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup."

Asri menambah, terus-terang dia sebut "semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya."

Dia mempunyai tiga orang anak.

"Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.

"Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan," kata beliau lagi.

Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.

Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, "begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan."

"Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

"Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam," kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.

Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.

"Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

"Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," katanya.

Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.

"Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi," kata beliau lagi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.

"Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

"Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

"Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu," katanya.

Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

"Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

"Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan 'tukaran' yang tidak dapat saya maklumkan di sini," katanya lagi.

Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.

"Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

"Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

"Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan," kata Asri sambil menambah, "pihak gereja membantu keperluan hidupnya."

Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan "mesra dan saying".

"Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya," tulis beliau lagi. - TMI

Ni keja sapa ni kalau bukan SPR .. yang kata adil, telus tu.. kepala baxx depa .. hampa mai tengok

Posted: 25 Aug 2011 02:06 AM PDT

- Seorang askar berumur 111 tahun yang masih berkhidmat dalam tentera
- Seorang askar punya 2 isteri yang sama nama
- 21 orang pengundi (10 Cina 11 India) tinggal di sebuah kedai di Seremban
- Seorang wanita yang lahir 2 kali pada abad yang lepas

Mana Pengerusi SPR? Hang mai tengok sat dan tolong cerita mai sat kot mana yang boleh jadi lagu tu? Katanya hampa ni baguih sangat. Pilihanraya di Msia ni terbaik, telus. Telus kepala bapak hampa ...

KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Keajaiban dalam daftar pemilih undi semakin menjadi-jadi dengan penemuan 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai, seorang askar dengan dua isteri yang nama mereka sama, seorang askar berumur 111 tahun yang masih lagi berkhidmat dalam tentera dan seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.

Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.

Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India.

"Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza," katanya.

Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492.

"Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182.

"Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?" katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah 'yang kedua' baru sahaja mendaftar sebagai pengundi.

Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang.

"Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat," ujarnya.

Loke yang juga Adun Lobak berkata, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230.

Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941.

"Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini," kata Loke.

Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi.

"Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai," katanya.

Oleh itu, beliau berkata DAP bersama PAS dan PKR akan terus mengutarakan perkara berhubung pengundi hantu, penipuan daftar pemilih dan ketidakadilan pengundian pos agar setiap rakyat Malaysia sedar betapa kotornya sistem pilihan raya yang sedia ada.

Katanya, Pakatan Rakyat akan sentiasa mendesak reformasi menyeluruh berhubung masalah senarai pengundi yang kian meruncing.

"Kita melihat serius perkara ini dan ianya makin meningkat dari hari ke hari.

"Oleh itu kita sentiasa mendesak supaya ada iltizam politik oleh Perdana Menteri untuk reformasi dalam pilihan raya umum, dan ia bukan masalah remeh seperti yang dikatakan Pengerusi SPR bahawa tidak perlu digembar-gembur dalam media," tambahnya.

Bukti-bukti penyelewengan dalam senarai SPR itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak bersedia untuk melaksanakan reformasi sistem pilihan raya secara serius. – Roketkini.com

Penerbangan Garuda Indonesia nafi periksa payudara calon pramugari

Posted: 25 Aug 2011 12:50 AM PDT

Garuda Indonesia menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan.

Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara.

Wanita Korea Selatan itu dilaporkan berkata ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, dikehendaki menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor, yang merupakan seorang lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu.

Seorang pegawai Garuda dipetik oleh agensi berita Korea, Yonhap, sebagai berkata bahawa pemeriksaan menggunakan tangan dilakukan kerana implan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan jika tekanan udara rendah semasa penerbangan.

Pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda.

Pujobroto berkata pemeriksaan fizikal dilakukan oleh satu pasukan perubatan Garuda dari Indonesia yang dibantu oleh petugas wanita dari Korea.

Lima daripada 27 pemohon warga Korea gagal dalam ujian itu, katanya tanpa menyatakan sebabnya.

Laporan mengenai pemeriksaan payu dara itu menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi wanita yang menyifatkannya sebagai melanggar hak peribadi.

Seorang jurucakap Korean Air pula dilaporkan berkata beliau belum pernah mendengar mengenai pemeriksaan mengesan implan pada payu dara calon pramugari.

"Adakah ini bermakna penumpang wanita yang mempunyai implan payu dara juga tidak boleh terbang?" katanya. --Bernama

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Cerpen Akhir : Catatan Ramadhan Seorang Lelaki

Posted: 25 Aug 2011 07:53 PM PDT


1 Ogos 2011


Aku sampai lambat ke pejabat pagi ini. First day puasa. Membuatkan biological clock aku agak lari. Lepas sahur aje, aku semayang dan kemudiannya aku tidur balik. Pesan dekat Azam, mintak tolong dia kejutkan aku sebab dia kata dia tak nak tidur, nak main game, aku bangun tengok dia sendiri tengah terbongkang depan TV sambil game tengok dia.

Highlight untuk hari ini? First day Ramadhan,itu satu...

Highlight kedua untuk hari ini? Masa aku nak lif sampai ofis tadi ada minah cun naik lif sekali dengan aku. Turun floor sama! Aku nampak dia pegang paperwork company sebelah ofis aku. Aku senyum kat dia. Dia senyum balik. Memang taste aku...pakai tudung dan pakai baju pejabat dengan skirt labuh panjang. Kalau mak tengok mesti berkenan.

2 Ogos 2011

Azam nak beli barang dapur bulan tu. Aku hulur RM150. Gi ofis hari ini...jenguk-jenguk ofis sebelah.Awek tu takde :(

4 Ogos 2011

SERIUS AKU LETIH GILA HARI NI! Bos suruh aku jumpa client kat Setapak. Minyak bukan boleh claim. Anak haram. Kerja dengan company Melayu ni kebanyakannya macam tu la. Kerja nak staff overtime aje..overtime taknak bayar...masuk kerja mesti on time.

Tapi rupanya ada hikmah di sebalik semua tu. Aku nak keluar aje ofis masa nak pegi Setapak, minah yang aku suka keluar ofis dia. Terserempak lagi. Mana dia selama ni? Adakah Tuhan mentakdirkan aku bertemu bakal isteri aku sewaktu bulan Ramadhan ni? Adakah ini dugaan yang kau sediakan untuk aku hadapi bulan Ramadhan ini?

Adakah ini tandanya jodoh aku dah sampai?Financially aku memang ready. Tapi sebab aku memilih sangat ke? We always want the best for ourselves, right?

5 Ogos 2011

On the way nak keluar solat Jumaat, selisih dengan dia dan kawan dia,seorang amoi. Kantoi pegang paperbag MacDonald....nampak sangat tak boleh puasa hari tu..hihihihi....

6 Ogos 2011

Lepak dengan geng-geng lama,buffet dekat Hilton. Kopak aku RM90...aku makan setakat sepinggan dua. Nasib baik aku tak bercouple dengan dia lagi, kalau tak kopak Rm180... amiiinn! Insya Allah.

9 Ogos 2011

Hari ini, setelah berapa hari menunggu, aku dapat pulak naik lif sekali dengan dia. Kali ni aku tak nak setakat senyum aje. Aku senyum dan tegur dia "selamat pagi" dia jawab balik ucapan sama dekat aku.

Sepanjang hari, aku angau. Aku ada 2 meeting hari ni...tapi apa benda yang jadi masa meeting? Aku tak sedar. ANGAU!

Hari ni, Azam ajak aku sembang jantan. Dia kata dia dengan awek dia nak putus sebab dah stagnant. Aku tak pernah tau macam mana rasa stagnant tu.


12 Ogos 2011

Buku notaku, kau tau macam mana perasaan dia bila sesuatu benda yang kau tunggu punyala lama akhirnya sampai kat kau? Akhirnya hari ini, dia yang tegur aku dulu. Aku hanya mampu senyum aje sebab aku terkejut. Happy? Yes I am!

14 Ogos 2011

Traffic jam sesak benar kat highway hari ni. Tapi Alhamdulillah aku dapat jugak berbuka puasa dengan family aku semalam dengan hari ini. Kak Long Insya Allah dapat anak seorang lagi lepas raya. Abang Ngah pun hujung tahun ni. Sabrina pun dah ada anak seorang walhal dia dengan aku gap 5 tahun bezanya muda dia. Aku? 29 tahun...ada kerja..tak ada calon bini...

Eh..silap..silap...dah ada.

Ya Allah, pertemukanlah jodoh aku dengan dia...Berikanlah aku keberanian nak tegur dia dan ajak berkenalan.. Amin...

17 Ogos 2011

Azam balik dengan muka marah hari ni. Senyap aje dia terus masuk bilik. Aku tak berani tanya apa-apa. Tarawikh pun dia miss hari tu.

21 Ogos 2011

Aku duduk rumah aje weekend ni. Memang tak ada benda sangat nak buat jadi aku kemas-kemas rumah aje sebab dah bersepah sangat. Bila aku kemas bilik, terbukak balik semua memorabilia lama dengan Idayu. Pergh..luntur hati dan jiwa ni bila teringat balik yang aku dengan dia memang dah berjanji nak kahwin dulu. Tapi dah mak dia tak suka aku, nak buat macam mana?

Berapa lama dah aku single? 4 tahun lebih. Senang macam ni. Tapi kadang-kadang jiwa tu agak sakit jugak. Ada orang tanya "takkan kat pejabat takde yang berkenan?" Berkenan nak buat teman beronggeng boleh la. Takut aku dengan ofismate aku yang perempuan ni. Balik-balik cerita pasal clubbing,clubbing,clubbing...

Apa khabarlah Idayu sekarang ni? Aku dengar dia dah anak dua.

22 Ogos 2011

Aku berselisih dengan dia lagi hari ni. Aku suka tudung dia hari ni. Moden tapi still consider tudung labuh. Gay ke aku ni kalau aku tulis dalam diari pasal tudung perempuan? Agak gay...tukar topik cepat-cepat...

Berita terbaik untuk hari ini?Semua ofis yang jadi tenant dekat sini di invite untuk majlis buka puasa Rabu ni. Building management punya event.

Peluang? Yes. Aku rasa ini peluang breakthrough untuk aku.

23 Ogos 2011

Azam balik. Sengih besar. Aku malas nak tanya. Dia suruh aku tanya kenapa dia happy macam tu. Aku pun tanya la. Dia kata dia nak bertunang, lepas raya. Pelik aku, hari tu kata stagnant...cinta ni....memang tak boleh nak jangka.

24 Ogos 2011

Buffet management hari ini, aku tegur dia. Selebihnya? Tak sempat borak sangat sebab datang pulak ofismate aku duduk sekali situ. Member-member dia pun datang...MENYIBUK AJE ORANG NAK AYAT AWEK!

Ramai betul sebenarnya yang jadi tenant kat building ni. Tak sangka pulak kerja satu bangunan tapi ada aje muka yang aku sendiri tak pernah nampak sebelum ni.

Tapi sekurang-kurangnya,dia dah tau nama aku. Aku pun dah tau nama dia.Itu adalah progress untuk diri aku yang aku sangat appreciate.

26 Ogos 2011

Last day kerja hari ni sebelum cuti. Aku tak nak tulis apa-apa hari ini. Mood aku memang teruk...morale aku memang down.

27 Ogos 2011

Pernah tak dalam hidup kau, kau rasa seolah-olah kena campak dari atas langit dan dibiarkan aje jatuh ke bumi? Aku tak sangka semalam aku sendiri merasai benda tu.

Aku ingat luck memang dah menyebelahi aku...aku beranikan diri tegur dia lagi bila naik lif. Aku ingatkan memang Tuhan nak tolong aku sebab bagi aku kesempatan naik lif sekali dengan dia hari ni.

Soalan aku dekat dia mudah aje," tak balik kampung tahun ni?"

Jawapan dia?  "Balik...tapi balik kampung husband I....tahun lepas dah balik kampung I..."

HO SHIT...
HO SHIT...
HO SHIT...

Aku terus diam. Aku tak tau nak cakap apa lagi lepas tu. Rasa macam dinding lif himpit-himpit aku. Rasa macam lif tu jatuh freefall ke bawah.

28 Ogos 2011

Balik kampung.Jam teruk. Bukak aje puasa,mak tanya kat aku, aku ni gay ke sebab tak nak kawin-kawin lagi? Abah senyum...kalau aku ni gay...aku rasa dah lama dah aku kawin.

29 Ogos 2011

Esok raya? Lusa raya?

Azam sms aku. Dia betunang 17 September. Ajak aku ikut dia. Bila aku pulak nak ajak orang temankan aku bertunang?

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Mustahil Sperma Dikesan Selepas 8 Jam

Posted: 25 Aug 2011 06:52 AM PDT





KUALA LUMPUR 25 OGOS: Adalah mustahil sperma yang banyak dapat dikesan selepas terdedah lebih daripada lapan jam menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdonald.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes fitnah liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim hari in berkata jumlah sperma akan merosot selepas dibiarkan terdedah.

Justeru pasukan peguambela meragui sekiranya pakar DNA Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong menjalankan ujian keatas spesimen sperma yang sama diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan.

"Sekiranya sperma diuji selepas 100 jam (tanpa simpanan betul), adakah kemungkinan ujian akan mencatatkan bacaan negatif?" tanya Ram.

"Benar. Kemungkinan bukan sampel yang sama berdasarkan sejarah kajian," jawab Brian.

Pada sebelah pagi, mahkamah dikejutkan dengan penemuan makmal di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) tidak mendapat pensijilan ISO17025 yang dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).

Perkara yang didedahkan Brian itu menyatakan bahawa mana-mana makmal yang menjalankan ujian DNA harus mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.

Namun difahamkan makmal JKM di mana ujian sperma kes liwat Saiful dijalankan gagal memperoleh sijil ISO setelah tamat pada Oktober 2005.

Makmal tersebut yang diberi tempoh lima tahun daripada tarikh tamat untuk memenuhi piawaian masih tidak mendapat pengiktirafan malah diberikan tempoh lanjutan sebanyak dua kali yang akan berakhir Oktober nanti.

Sankara yang ditemui media selepas hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi perbicaraan hari ini menyanggah keterangan Seah sebelum ini yang menyatakan jumlah sperma yang banyak berjaya dikesan walaupun telah melebihi 90 jam.

"90 jam masih kata ada banyak. (Seah) perlu jelaskan bagaimana beliau dapat. Ianya mungkin tiada sperma langsung. Itu sebab saya suruh tunjukkan foto (sperma) di mahkamah tapi mereka kata tiada," katanya.

Sesi perbicaraan hari ini turut menyentuh kelalaian Seah memperbetulkan kesilapan tarikh yang dicatatkan pada dua botol spesimen yang mengandungi DNA.

Botol-botol itu dilabel dengan tarikh 26 Jun 2008 sedangkan Saiful membuat aduan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun tahun yang sama.

Menurut Brian, sebagai pakar DNA, Seah peka terhadap sebarang kecacatan sebelum mengetengahkan kepada umum dengan hasil ujian.

Brian menyifatkan kemungkinan sampel diambil pada 28 Jun atau ianya telah disalah label.

Katanya perbuatan Seah mampu merisikokan nyawa seseorang dan akan dibuang kerja sekiranya ianya berlaku di negara Australia.

Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok di mana Ram Karpal akan meneruskan sesi menyoal pakar dari Australia itu.


Ulama Muda Umno : Media Arus Perdana Harus Telus

Posted: 25 Aug 2011 06:43 AM PDT



SHAH ALAM 25 OGOS : Ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya berkata fenomena politik di Malaysia kini dilihat sedang bergelut dengan kepentingan masing-masing sehingga ada beberapa fakta yang sepatutnya disampaikan tetapi dimanipulasi demi kepentingan politik.

Namun, dakwaan bahawa media arus perdana mengamalkan sikap tidak telus dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan betul kepada rakyat tidak diterima sepenuhnya.

Sebaliknya, beliau berkata masyarakat hari ini perlu sedar akan perkara-perkara yang sepatutnya dipercayai selain tidak membuat kesimpulan yang boleh mengundang fitnah serta mengaibkan sesama manusia.

"Dan apabila perkara (maklumat) tersebut disampaikan, adalah menjadi tanggungjawab penyiaran media (media cetak, elektronik, alternatif) untuk menyebarkan tanpa dipetik sebahagian dan disembunyikan sebahagian yang lain,"katanya.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam semalam, Fathul berkata sebagai contoh laporan dalam kes , Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana pihak media didakwa menyebarkan sebahagian maklumat dengan hanya mengambil fakta-fakta tertentu semata-mata untuk memfitnah, mencemar maruah beliau sekali gus menjatuhkan Ketua Pembangkang Malaysia itu.

Malah, Fathul turut menyelar sikap sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya memutar belitkan fakta demi kepentingan parti politik tertentu.

Sedangkan, katanya maklumat yang diperolehi adalah lebih baik, lengkap dan sempurna.

Dua lagi anggota panel dalam wacana itu ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kekangan kepada pembangkang dalam menyampaikan meklumat dilihat sangat terhad dimana media arus perdana kebanyakkanya dikawal oleh kerajaan pemerintah.

Jelasnya lagi, jika pembangkang mempunyai maklumat yang ingin dikongsikan kepada rakyat mereka hanya berpeluang untuk menyebarkanya melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh parti.

Bagaimanapun, ujar Tuan Ibrahim sebaliknya pula yang berlaku apabila ceramah umum itu disifatkan sebagai mengumpat dan ia jelas sangat tidak wajar.

Justeru, beliau mempersoalkan bagaimana harus rakyat menilai serta memilih pemimpin mereka jika maklumat yang diterima adalah tidak benar dan telus.

"Rakyat mesti dapat gambaran sebenar, kerana mereka nak pilih. Kalau kita diberi peluang untuk memilih dalam pilihan raya tapi kita tak dapat maklumat sebenar macam-mana kita nak pilih? Jadi oleh kerana maklumat tak dapat lalu kita dipaksa memilih dalam keadaan rakyat tak dapat maklumat sebenar. Jadi pemilihan itu tak tepat, akibat pemilihan tak tepat kita sedang alami apa yang sedang berlaku," tambahnya.

Pindaan Undi Pos Dijadual Dibentang Oktober Depan

Posted: 25 Aug 2011 06:41 AM PDT


KUALA LUMPUR 25 OGOS : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari ini bahawa ia berhasrat untuk menukar pengundi pos kepada 'pengundi awal', ekoran dakwaan berlaku penipuan undi menggunakan undi pos.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pindaan undang-undang itu diperlukan untuk membolehkan ia dirangka untuk pembentangan di sidang Parlimen Oktober ini.

"Hasrat kami adalah untuk mengubah status semua anggota polis dan Angkatan Tentera dan pasangan mereka,yang menjadi pengundi pos, kepada 'pengundi awal', yang boleh mengundi dua atau tiga hari sebelum hari mengundi," kata dipetik Malaysiakini Abdul Aziz.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang bertugas jauh dari kem dan tidak boleh hadir untuk mengundi awal, masih boleh memohon menjadi pengundi pos.

Katanya, ini termasuk mereka yang bertugas di pos sempadan atau bertugas membuat rondaan di laut.

Bercakap dalam taklimat mengenai tuntutan BERSIH 2.0, Abdul Aziz berkata, dibandingkan dengan undi pos, pengundian awal adalah sama seperti pengundian biasa dan terbuka kepada penelitian ejen-ejen parti politik.

Kredibiliti Jabatan Kimia Malaysia Dipertikai

Posted: 25 Aug 2011 06:40 AM PDT





KUALA LUMPUR 25 OGOS: Integriti Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dipersoal apabila mahkamah diberitahu bahawa ahli kimia jabatan itu mengabaikan garis panduan penting ujian DNA.

Perkara itu didedahkan pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald yang menjadi saksi kelima kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Brian dalam keterangannya menyatakan bahawa ahli kimia dari JKM, Nor Aidora Saedon mengabaikan prosedur penting ketika menjalankan analisis sperma yang dikaitkan dengan Anwar.

Katanya, Nor Aidora mempunyai peluang untuk memperbetulkan keputusan ujian tersebut namun tidak berbuat demikian.

"Apa yang beliau ada merupakan bukti campuran (DNA), lebih daripada seorang. Tapi beliau secara khusus mengabaikan perkara itu," jelas Brian di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Peguam Ram Karpal dalam prosiding hari ini menimbulkan kesangsian terhadap ujian sampel sperma yang diambil dari dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan dan mendakwa ianya milik Anwar.
Anwar sebelum ini ditahan semalaman di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008 dan dibebaskan keesokkan harinya selepas sesi keterangan selesai.

Pasukan forensik PDRM kemudian mengambil sampel DNA pada sehelai tuala muka 'Good Morning', berus gigi, botol air mineral dan sehelai rambut yang ditinggalkan Anwar untuk dikaitkan dengan 'lelaki Y' iaitu DNA sperma.

Peguambela kemudian mendakwa polis sengaja memerangkap anak guamnya dengan meletakkan barang-barang tersebut agar Anwar meninggalkan sample DNAnya.

Sehubungan dengan itu berdasarkan ujian oleh ahli kimia JKM termasuk pakar Dr Seah Lay Hong mengesahkan 'lelaki Y' adalah ketua pembangkang.

Sankara yang ditemui media selepas mahkamah berehat berkata,JKM seharusnya mengemukakan bukti foto sampel air mani yang diambil untuk mengukuhkan dakwaan.

"Kaca (spesimen) diletakkan di bawah mikroskop dan terus anda boleh nampak sperma mati atau hidup. Sebab itu kita minta foto ditunjukkan di mahkamah," ujar beliau.

Katanya sehingga kini JKM gagal berbuat demikian.

Menurut Sankara lagi, makmal JKM mempunyai dua garis panduan dalam menjalankan ujian DNA malah jabatan itu tidak mempunyai akraditasi penuh dari panel antarabangsa.

Beliau menyatakan bahawa ujian DNA yang dilakukan oleh Seah dan Nor Aidora berlainan.

"Kedua-dua mereka perlu menggunakan garis panduan yang sama di dalam makmal. Prosedur ujian perlu sama," katanya.

Kredibiliti Anwar Dari Kandang Tertuduh Tidak Perlu Dipersoal - Wan Azizah

Posted: 25 Aug 2011 06:36 AM PDT



KUALA LUMPUR 25 OGOS : Hari ini masuk hari keempat perbicaraan kes fitnah liwat ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jika semalam, pakar forensik dari Australia, David Wells selesai memberikan keterangan, hari ini seorang lagi pakar DNA, juga dari Australia mengambil tempat di kandang saksi.
Namun di sebalik perbicaraan yang sedang berlangsung, masih ada cakap-cakap dan pertikaian awam mengapa Anwar memilih untuk membela dirinya melalui kandang tertuduh, di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas beliau.
Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah sebelum ini menawarkan Anwar tiga pilihan iaitu beliau boleh berada di kandang saksi di mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau.
Kedua, memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh.
Atau ketiga memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.
Namun menurut seorang isteri yang sudah menempuh pahit maung arena politik negara selama puluhan tahun bersama Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail cukup faham mengapa Anwar membuat pilihan kedua-iaitu membacakan keterangan dari kandang tertuduh dengan pendakwaraya tidak punya akses untuk menyoal balas suaminya itu.
Menurut Azizah, dalam hal ini bukan soal kredibiliti atau keberanian Anwar yang harus dipersoalkan, sebaliknya adakah sistem perundangan negara akan bersikap adil terhadap Anwar yang menjadi seteru politik pemerintah.
Umum mengetahui bahawa sistem kehakiman negara masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara 'legislatif, eksekutif dan kehakiman'.
Pemisahan kuasa yang tidak pernah berlaku menyebabkan berlaku kecelaruan sehingga undang-undang mudah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.
Justeru ujar Azizah, apa lagi yang boleh diharapkan pada sistem keadilan negara yang sudah tempang dan tergelincir dari landasannya itu.
"(Anwar) tidak sekali-sekali takut sebab masa kes pertama, beliau telah masuk ke kandang saksi dan telah memberikan keterangan.. tetapi memandangkan pengalaman beliau yang dahulu, dan melihat perjalanan kes mahkamah pada kali ini, kita mengambil keputusan bahawa kita mengikut seperti Presiden Nelson Mandela.
"Apabila mahkamah itu sendiri tidak memberi satu ruang yang seimbang dan adil, (orang) melihat berat sebelah apabila saudara Anwar memberikan satu kenyataan daripada kandang tertuduh, (tetapi) itu sebenarnya memberikan kita ruang untuk menerangkan (situasi sebenar)untuk pembelaan kita,"kata Azizah pada wawancara khas bersama Tv Selangor di kediamannya.

Anwar dalam keterangannya sebelum ini berkata, walaupun beliau sedia untuk memberi keterangan secara bersumpah (pendakwaan boleh menyoal balas), namun katanya cara pengendalian perbicaraan oleh hakim dan pendakwaan mewujudkan keadaan yang menyebabkan beliau tidak boleh berbuat demikian.
Tindakan hakim yang menyarankan kepada saksi berpotensi yang ditawarkan kepada peguam Anwar bahawa mereka boleh menolak untuk ditemubual juga menyebabkan Anwar mengambil pendekatan untuk membacakan keterangan dari kandang tertuduh.
Malah menurut Azizah, suasana politik di negara ini menyebabkan pendekatan Presiden Nelson Mandela dipilih oleh Anwar dan pasukan peguam bela untuk menangani kes fitnah liwat II yang dihadapi suaminya itu.
"Satu persatu memberi gambaran jelas sekarang ini.. kelihatan apa yang berlaku dalam kes ini adalah kes politik, jadi mestilah kita memberi gambaran dari aspek politik juga... walaupun ada asas kukuh dari segi undang-undang seperti kenyataan yang diberikan oleh Anwar,"jelas Azizah lagi.
Dalam pada itu, ketika diuja persoalan berhubung kekerapan penundaan dalam kes fitnah liwat II ini sehingga membayangkan kerumitan untuk Anwar Ibrahim membela diri dari difitnah dan menimbulkan pelbagai spekulasi awam, ini jawapan Azizah.
"(Penundaan) bukan disebabkan oleh kita (yang sengaja) hendak tundakan tetapi bila kita lihat, setiap kali kita hendakkan pembelaan, ruang pembelaan itu disekat dan itu menunjukkan bahawa ini mestilah dilihat dari perspektif bahawa mahkamah itu tidak adil.
"Apabila kita melihat sesuatu perkara itu tertunggak atau tidak, kita mesti hendak mencari keadilan dan seperti dalam kenyataan saudara Anwar Ibrahim, hak untuk membela diri mesti diberikan kepada seseorang tak kira mana-mana, tetapi setiap rakyat Malaysia mestilah diberikan peluang untuk membela diri,"katanya lagi.
Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat menambah, pendakwaan terpilih yang diamalkan juga menjadikan sistem pentadbiran negara kian songsang.
"Macam contoh katalah dalam kes Saiful (Bukhari Azlan) ini, dia telah menuduh tetapi dia diberi peluang dalam televisyen, dalam 'prime time' dan kenapa pula kes ini jadi begitu? Sebab kes ini adalah kes politik.
"Jadi kita mesti menangani dan menjawap apa yang telah digunakan melalui cara politik.. tetapi kita juga perlu menggunakan undang-undang yang kukuh,"tambah Azizah.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.
Pemecatan ini dibuat apabila kes fitnah liwat pertama dihadapkan kepadanya.
Namun begitu, belum pun sedekad berlalu, kini serangan moral kali kedua dihadapkan ke atas beliau, dan kali ini melibatkan bekas pembantu peribadi kepada pemimpin pembangkang itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu kes ini di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.
Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat tersebut.
Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegas bahawa beliau sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik ekoran menjadi seteru utama pentadbiran negara.

PAS Edar Sampul Duit Raya Kuning, Poster Kekalkan Momentum Bersih

Posted: 24 Aug 2011 09:23 PM PDT



KUALA LUMPUR 25 OGOS : Pemimpin dan ahli-ahli PAS pelbagai peringkat termasuk Dewan Pemuda parti Islam itu mengambil langkah untuk mengekalkan momentum perhimpunan Bersih 2.0 sempena musim sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.
Antara langkah itu ialah penerbitan poster berkaitan lapan tuntutan pembaharuan pilihan raya yang dibawa oleh Bersih 2.0.

Usaha itu digerakkan oleh parti itu ketika spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat terus meningkat.

Awal bulan lalu, Bersih 2.0 bergerak bersandarkan warna kuning manakala kumpulan yang menentangnya, khususnya pihak Pemuda Umno menggunakan warna merah dengan moto "Patriot".

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya akan mengedarkan sekitar 30,000 poster di seluruh negara untuk meneruskan semangat Bersih 2.0 yang disaksikan awal bulan lalu.

Penganjur Bersih 2.0 mendakwa sekitar 50,000 berhimpun di ibu negara di sebalik larangan dan kawalan keselamatan ketat polis.

"Poster-poster ini akan diedarkan kepada kepimpinan PAS di seluruh negara agar momentum sedia ada ini dapat diteruskan, kami tidak mahu momentum yang telah dibina ketika perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari hilang begitu sahaja.

"Ini salah satu cara... usaha Dewan Pemuda PAS, di bawah penyeliaan lajnah penerangan," kata beliau ketika dihubungi.

Riduan menambah, pihaknya merasakan usaha tersebut penting memandangkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menggunakan isu Bersih 2.0 dan kedudukan Pengerusinya Datuk S Ambiga untuk terus mengelirukan pengundi kawasan luar bandar khususnya orang Melayu.

"Justeru, kami merasakan sesuatu perlu dilakukan untuk melawan taktik Umno dan BN ini, dan menjelaskan keadaan sebenar tuntutan Bersih... bahawa ia diadakan demi kepentingan rakyat semua kaum dan agama, bukan sebagaimana didakwa oleh Umno," katanya lagi.

Dengan merujuk kepada pendirian tidak konsisten Putrajaya berhubung soal pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, kata beliau, pihaknya juga mengambil langkah tersebut kerana sedar bahawa ada kemungkinan tidak akan menunaikan janji pembaharuan.

"Kami tidak yakin kerajaan akan melakukan pembaharuan pilihan raya, jadi sekiranya tiada pembaharuan, kami mahu perhimpunan kali ketiga diadakan... Bersih 3.0 diadakan kemudian... ini persiapan ke arah itu," kata beliau lagi.

"Untuk itu kita perlu meneruskan momentum sedia ada, jangan biarkan ia mati begitu sahaja," kata beliau.

Poster itu menggariskan kesemua lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0, kata Riduan.

Bersih 2.0 atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil telah mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini dengan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Selain itu, PAS, anggota komponen Pakatan Rakyat, juga mengedarkan mesej Bersih 2.0 dalam bentuk kad ucapan Aidilfitri dan sampul duit raya.

Beberapa PAS kawasan dikatakan mengeluarkan sampul duit raya menjelang sambutan Aidilfitri kali ini.

"Memang ada kawasan yang mengeluarkan sampul duit raya, saya difahamkan PAS kawasan Gombak," kata Riduan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekretariat pusat parti itu tidak mengeluarkan sampul duit raya khas tetapi ada kad raya yang menggunakan mesej Bersih 2.0.

"Kalau ada sampul duit raya dikeluarkan, ia mungkin dibuat oleh PAS kawasan... ia usaha masing-masing PAS kawasan. Tetapi setahu saya ada kad raya, kami senaraikan lapan tuntutan Bersih 2.0," katanya.

Tinjauan The Malaysian Insider baru-baru ini mendapati, antara PAS kawasan yang berbuat demikian ialah Kuala Selangor, yang menghulurkan duit raya kepada keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan dan berpendapatan rendah dengan menggunakan sampul duit raya khas.

Ini kali pertama PAS, yang sinonim dengan warna hijau, menggunakan sampul duit raya berwarna kuning.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad mengakui usaha itu sebahagian daripada langkah menghidupkan terus "semangat menuntut pembaharuan pilihan raya" sempena sambutan Aidilfitri.

"Kalau sampul duit raya dalam warna kuning, ya, ini kali pertama... menggunakan mesej Berih," katanya.

"Ini salah satu cara. Selain itu, kami juga akan mengedarkan kit maklumat mengenai isu-isu semasa dan Bersih. Kami perlu mengekalkan semangat menuntut pembaharuan ini," kata beliau lagi.

Pakar DNA McDonald Beri Keterangan

Posted: 24 Aug 2011 09:22 PM PDT



KUALA LUMPUR 25 OGOS : Pakar DNA Dr Brian McDonald hari ini mengambil tempat di kandang saksi utnuk memberikan keterangan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

McDonald, juga dari Australia, disoal terlebih dahulu oleh peguambela Ram Karpal, dan akan diikuti dengan pemeriksaan balas oleh peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan, yang mengetuai pasukan pendakwa.

Prosiding hari ini bermula kira-kira 9.15 minit pagi, di mana saksi keempat itu mula disoal oleh peguam bela, Ram Karpal.

Menurut McDonald, selepas menerima data daripada kedua-dua ahli kimia Malaysia, beliau telah membuat satu laporan berasingan.

Laporan bertajuk ''Report of Malaysian Version in the case of PP vs AI' disediakan beliau pada tahun 2009.

Dalam keterangannya, McDonald menjelaskan tentang beberapa terma dalam ujian DNA.

McDonalds menjelaskan terma seperti starter, peaks, polymerase Chain Reaction (ujian PCE), dan electropherograms.

Beliau juga menjelaskan tentang istilah 'short tandem repeat' (STR) dan 'loci' dalam ujian DNA.

Jelasnya lagi, DNA dari darah, mani darah, dan sampel badan seseorang itu, adalah sentiasa serupa.

Oleh itu katanya, terdapat garispanduan standard antarabangsa agar ia boleh ditafsirkan di peringkat antarabangsa.

Ulama Punya Peranan Dalam Politik - PAS

Posted: 24 Aug 2011 09:18 PM PDT




SHAH ALAM 24 OGOS : Peranan golongan ulama dalam parti PAS dilihat penting bagi memastikan hala tuju dan matlamat dasar parti itu terpelihara dan tidak terpesong daripada landasan asal.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, umum mengetahui perjuangan PAS adalah berpolitik berlandaskan syariat Islam dan menerapkan hukum hakam dalam setiap perlaksanaannya.

Justeru, PAS komited untuk melaksanakan pemerintahan Islam walaupun pada satu- satu masa, parti itu 'rugi' dari sudut politik.

"Dalam satu keadaan kita laksana pemerintahan, kita menang dari sudut dakwah, tetapi rugi dari sudut politik.

"Sebagai contoh, kita mengesa pusat judi dan hiburan ditutup, sudah pasti mereka yang kaki judi, kaki kelab malam tidak mengundi kita (PAS)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Wacana Sinar Harian siri ke 6 yang bertajuk 'Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti?' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini.

Tambah beliau, perkara ini jelas menunjukkan betapa PAS komited dalam menegakkan syiar Islam walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko 'kerugian politik'.

Berbanding dengan Umno, PAS mempunyai Dewan Ulama dan Majlis Syura yang berperanan membantu parti dalam memastikan setiap perkara berkaitan Islam mengikut acuan tepat dan mudah difahami seluruh masyarakat.

Ia juga memartabatkan kedudukan para ulama dengan meletakkan pada kedudukan tertinggi.

"Mahu kita cadangkan kepada Umno, ianya ternyata suatu yang sukar, bagi saya mahu martabat ulama, ianya kan terlaksana sekirannya ulama itu berada dalam sebuah parti yang sememangnya mengiktiraf kedudukan mereka."

Dalam wacana yang sama, Ulama Muda Umno, Fathul Bari menjelaskan Umno memerlukan masa untuk parti itu mempunyai majlis ulamanya sendiri, dalam memberi nasihat berkaitan isu agama dalam politik.

"Sedia maklum semua pihak mengetahui bahawa Umno tidak ada badan ulama, mungkin Umno memerlukan masa untuk menubuhkan satu badan agam yang mampu memandu dan menegur politik dan pentadbiran mereka," katanya.