MIMPI SENJA |
- JALAN-JALAN : Sinsuran/Centre Point Kota Kinabalu
- AWAS! "Polis Bkt Aman" atau "Interpol" akan menalipon anda ...
- Hampa tengok la ... macam ni ka polis buat kerja? Mentang-mentang depa ada kuasa ...senang2 tendang orang ..
- Peluang untuk lelaki Melayu ni ....
- Asri: Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’
- Ni keja sapa ni kalau bukan SPR .. yang kata adil, telus tu.. kepala baxx depa .. hampa mai tengok
- Penerbangan Garuda Indonesia nafi periksa payudara calon pramugari
JALAN-JALAN : Sinsuran/Centre Point Kota Kinabalu Posted: 25 Aug 2011 10:38 PM PDT Dah 2 hari aku di Kota Kinabalu. Memandangkan kerja aku hanya disebelah petang hingga ke malamnya, jadi aku gunakan waktu pagi untuk berjalan-jalan di sekitar hotel tempat aku menginap yang terletak di tengah-tengah bandar KK (Le Meridien). Dibelakang hotel terdapat deretan kedai-kedai dan juga gerai-gerai jualan ala Petaling Street. Gerai akan tumbuh bagai cendawan di musim perayaan ini. Meraka akan mula berniaga di sini dari sekitar jam 11.00 pagi hinggalah lewat malam. Diwaktu malamnya akan bertambah lagi dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan perhiasan wanita dari mutiara. Dalam aku jalan-jalan tu sempatlah aku rakamkan sedikit sebanyak aktiviti harian di kawasan sekitar. Barangan jualan yang terdapat di Sinsuran Penjualan VCD cetak rompak secara terang terang masih berleluasa di sini Jam 12.15 tghari : Lokasi : Kedai Makanan Segera Komplek Centre Point Seorang wanita Islam (bertudung) bersama anaknya sedang enak menikmati hidangan hingga menjilat jari Persoalannya : Kenapa jadi begini? Apakah tiada pengutkuasaan? Mana Jabatan Agama Islam Sabah? Semasa Ramadan 2 tahun lalu aku ke Sandakan, dan ini yang sempat aku rakamkan Jam 11.30 pagi di satu kedai makanan segara. Apakah Majlis Agama Islam Sabah memandang ringan perkara-perkara sebegini? |
AWAS! "Polis Bkt Aman" atau "Interpol" akan menalipon anda ... Posted: 25 Aug 2011 07:06 PM PDT KUANTAN - Masyarakat diminta berwaspada terhadap satu sindiket penipuan menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman dan Interpol yang menelefon serta mengugut mangsa untuk mengheret mangsa ke mahkamah atau kes tersebut boleh diselesaikan dengan syarat memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Chang Hong Seong berkata, penjenayah menggunakan taktik tersebut kononnya pihak polis boleh membantu melupuskan kesalahan yang dilakukan mangsa. Menurutnya, mangsa akan diberitahu kononnya kad pengenalan atau pasport mangsa telah disalahgunakan pihak ketiga dengan membuka akaun di salah sebuah bank di Hong Kong. "Mangsa juga didakwa terlibat dalam aktiviti anti laundering yang akan menyebabkan akaun mangsa dibekukan dan seterusnya perniagaan ditutup. "Seterusnya, mangsa diarahkan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sebagai jaminan untuk memastikan kes mangsa ditarik daripada dibicarakan di mahkamah," katanya dalam satu sidang media, di sini semalam. Beliau berkata, setakat ini, terdapat 47 kes dalam pengetahuannya berlaku dan ada mangsa sanggup memasukkan wang sehingga RM5,000. Menurutnya, beliau percaya, sindiket tersebut aktif beberapa tahun lepas dan berharap agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan helah sebegitu. "Jika kita tidak pernah buat salah, tidak patut kita masukkan wang tersebut tanpa usul periksa. Jika perlu, buat laporan polis dengan segera jika panggilan tersebut mencurigakan," katanya. Oleh itu, beliau berharap agar sindiket itu dapat ditumpaskan dengan segera kerana telah banyak menipu orang ramai. Berikutan itu Hong Seong membuat satu laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi memastikan jenayah itu dapat dibanteras. - SH |
Posted: 25 Aug 2011 08:31 AM PDT Ibu tunggal mendakwa diserbu lelaki bersenjata Salmah Mat Husain @ Harakah Daily Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang datang tanpa diundang. Lebih parah lagi dakwa Noraisiah Che Ghani, 40 salah seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya sehingga terduduk. "Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah. "Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan tendangan terkena perut sehingga saya terduduk. "Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang dan perut," ujarnya berniaga sayur di Pasar Rantau Panjang. Armalah kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatangan lelaki bertopeng lengkap bersenjata. Ujar beliau tanpa memberitahu apa sebab kedatangan mereka terus bertindak. "Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya. "Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api," katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini. Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat penglihatan, dua adik beradiknya. Kumpulan bersenjata itu menyelongkar segenap ruang di dalam rumahnya hampir dua jam sebelum beredar tanpa menemui sebarang barangan disyaki. Mencerita lanjut saat-saat mencemas itu Noraisiah memberitahu beliau kemudian ditawarkan sejumlah bayaran sebagai kos perubatan bagi menutup kes tersebut ketika datang membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang. Menurut beliau adiknya Numi Che Ghani juga turut ditawarkan sejumlah bayaran yang sama. Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika datang menemankan Norasiah di Balai Polis. "Pada mulanya saya enggan sebab saya berpuasa, tetapi saya dipaksa juga minum empat botol air kosong dalam botol besar selepas ujian kali pertama didapati saya negatif sebarang dadah," ujarnya. Menurut Norasiah selepas kejadian kira-kira jam 11 pagi beliau ke klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan dan kira-kira 11 malam pula membuat laporan polis. Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata. "Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya membawa ke hospital biar pun tercedera," katanya ketika menziarahi mangsa di rumahnya di sini. Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut melahirkan rasa hairan apabila salinan laporan polis yang diterima mangsa tidak sama dengan apa yang dilapor semalam. "Dalam laporan itu, mangsa memberitahu anggota polis yang bertopeng menyerbu rumahnya dengan diacu senjata seramai hampir 20 orang, tetapi dalam laporan yang diberi kepada pengadu hanya dua orang sahaja," katanya |
Peluang untuk lelaki Melayu ni .... Posted: 25 Aug 2011 06:53 AM PDT Bkay Nair Mengaku Tertarik Dengan Lelaki Melayu Oleh KEMALIA OTHMAN PETALING JAYA: Pelakon Bkay Nair mengaku tertarik dengan lelaki berbangsa Melayu untuk dijadikan teman istimewanya. Tambah Bkay, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki Melayu jika itu yang ditakdirkan Tuhan. "Sejak zaman persekolahan lagi kekasih saya lelaki Melayu. Bagi saya kebanyakan lelaki Melayu lebih mengambil berat dan romantik berbanding bangsa lain. "Bukan kekasih sahaja, malah kawan-kawan saya sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah semuanya Melayu," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan pelakon-pelakon filem Scandal, di sini, Rabu. Ketika ditanya tentang penerimaan keluarga, gadis berketurunan Malailee ini berkata keluarganya sentiasa bersikap terbuka mengenai teman lelaki pilihannya. "Dalam keluarga saya ramai yang berkahwin campur, malah dua orang pakcik saya sudah memeluk agama Islam. Tapi setakat ini saya tidak pernah pula berbincang tentang isu itu dengan keluarga," katanya. Selain itu, Bkay turut mengakui sering mendapat tawaran memegang watak wanita berbangsa Melayu dalam beberapa drama tempatan. "Saya selesa bawa watak wanita Melayu, lagi pun jika di luar orang ramai menyangka saya anak mami dan bertutur menggunakan bahasa Melayu. "Saya tidak kisah malah selesa jika mereka beri watak wanita Melayu kerana unsur Melayu banyak dalam diri saya," katanya yang turut menyambut Hari Raya di kampung halamannya di Johor Baru dan Pulau Pinang. Bercerita tentang filem Scandal, Bkay berkata dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk memegang watak utama, namun berharap melalui filem tersebut mampu menguji kemampuannya sebagai seorang pelakon. "Sembilan calon di sini masing-masing berharap untuk mendapat watak utama tapi kita berserah dengan keputusan daripada pengarah yang menilai," katanya. Filem Scandal arahan Din CJ yang mengisahkan tentang kehidupan pramugari akan memulakan penggambaran pada September depan di beberapa buah lokasi seperti Paris, dan Dubai.- mStar |
Asri: Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’ Posted: 25 Aug 2011 06:29 AM PDT Oleh G. Manimaran August 25, 2011 KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad. Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran "desakan hidup." Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti. Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad. "Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad," katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini. Kata Asri lagi, "alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup." Asri menambah, terus-terang dia sebut "semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya." Dia mempunyai tiga orang anak. "Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih. "Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan," kata beliau lagi. Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan. Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, "begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan." "Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. "Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam," kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini. Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. "Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. "Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja," katanya. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. "Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi," kata beliau lagi. Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. "Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. "Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. "Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu," katanya. Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. "Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. "Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan 'tukaran' yang tidak dapat saya maklumkan di sini," katanya lagi. Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya. "Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit. "Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. "Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan," kata Asri sambil menambah, "pihak gereja membantu keperluan hidupnya." Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan "mesra dan saying". "Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya," tulis beliau lagi. - TMI |
Ni keja sapa ni kalau bukan SPR .. yang kata adil, telus tu.. kepala baxx depa .. hampa mai tengok Posted: 25 Aug 2011 02:06 AM PDT - Seorang askar berumur 111 tahun yang masih berkhidmat dalam tentera - Seorang askar punya 2 isteri yang sama nama - 21 orang pengundi (10 Cina 11 India) tinggal di sebuah kedai di Seremban - Seorang wanita yang lahir 2 kali pada abad yang lepas Mana Pengerusi SPR? Hang mai tengok sat dan tolong cerita mai sat kot mana yang boleh jadi lagu tu? Katanya hampa ni baguih sangat. Pilihanraya di Msia ni terbaik, telus. Telus kepala bapak hampa ... KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Keajaiban dalam daftar pemilih undi semakin menjadi-jadi dengan penemuan 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai, seorang askar dengan dua isteri yang nama mereka sama, seorang askar berumur 111 tahun yang masih lagi berkhidmat dalam tentera dan seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas. Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan. Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India. "Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza," katanya. Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492. "Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182. "Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?" katanya. Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah 'yang kedua' baru sahaja mendaftar sebagai pengundi. Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang. "Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat," ujarnya. Loke yang juga Adun Lobak berkata, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230. Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941. "Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini," kata Loke. Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi. "Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai," katanya. Oleh itu, beliau berkata DAP bersama PAS dan PKR akan terus mengutarakan perkara berhubung pengundi hantu, penipuan daftar pemilih dan ketidakadilan pengundian pos agar setiap rakyat Malaysia sedar betapa kotornya sistem pilihan raya yang sedia ada. Katanya, Pakatan Rakyat akan sentiasa mendesak reformasi menyeluruh berhubung masalah senarai pengundi yang kian meruncing. "Kita melihat serius perkara ini dan ianya makin meningkat dari hari ke hari. "Oleh itu kita sentiasa mendesak supaya ada iltizam politik oleh Perdana Menteri untuk reformasi dalam pilihan raya umum, dan ia bukan masalah remeh seperti yang dikatakan Pengerusi SPR bahawa tidak perlu digembar-gembur dalam media," tambahnya. Bukti-bukti penyelewengan dalam senarai SPR itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak bersedia untuk melaksanakan reformasi sistem pilihan raya secara serius. – Roketkini.com |
Penerbangan Garuda Indonesia nafi periksa payudara calon pramugari Posted: 25 Aug 2011 12:50 AM PDT Garuda Indonesia menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan. Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara. Wanita Korea Selatan itu dilaporkan berkata ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, dikehendaki menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor, yang merupakan seorang lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu. Seorang pegawai Garuda dipetik oleh agensi berita Korea, Yonhap, sebagai berkata bahawa pemeriksaan menggunakan tangan dilakukan kerana implan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan jika tekanan udara rendah semasa penerbangan. Pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda. Pujobroto berkata pemeriksaan fizikal dilakukan oleh satu pasukan perubatan Garuda dari Indonesia yang dibantu oleh petugas wanita dari Korea. Lima daripada 27 pemohon warga Korea gagal dalam ujian itu, katanya tanpa menyatakan sebabnya. Laporan mengenai pemeriksaan payu dara itu menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi wanita yang menyifatkannya sebagai melanggar hak peribadi. Seorang jurucakap Korean Air pula dilaporkan berkata beliau belum pernah mendengar mengenai pemeriksaan mengesan implan pada payu dara calon pramugari. "Adakah ini bermakna penumpang wanita yang mempunyai implan payu dara juga tidak boleh terbang?" katanya. --Bernama |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan