Sabtu, 20 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Al Fatihah ... Novelis Azizi Abdullah Meninggal Dunia

Posted: 20 Aug 2011 09:55 PM PDT

GEORGETOWN: Novelis terkenal, Azizi Abdullah meninggal dunia pagi ini setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang sejak 11 Ogos lepas.

Penolong Editor Utusan Pengguna, Mohd Ridzuan Mohamad ketika dihubungi berkata Azizi, 69, meninggal dunia pukul 7.50 pagi di hospital itu.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Mac tahun ini dan menjalani pembedahan jantung April.

Namun, keadaan allahyarham tidak stabil akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Azizi, bekas guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.

Mohd Ridzuan berkata jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan dikebumikan selepas zohor.

Allahyarham bertugas sebagai Editor Utusan Pengguna terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) setelah bersara sebagai guru dan terus aktif berkarya menghasilkan novel serta kritikan politik berunsur satira.

Dua novel terbarunya "Anak Belantera" dan "Badai Cinta", baru sahaja memasuki pasaran bebeberapa bulan lepas. - BERNAMA

STONE : Takziah buat keluarga ... semoga allahyarham  Azizi ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman ... Al Fatihah

Menantu Pak Lah buat cerita meleleh ayaq mata

Posted: 20 Aug 2011 09:17 PM PDT

Khairy terima keputusan jika dirinya bukan calon menang

KOTA BAHARU - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

Beliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di sini malam tadi.

Khairy berkata perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa.

Beliau menyarankan agar semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti. - Bernama

Kira pi kira mai depa tak boleh nak menang lagi ... Jadi pendaftaran pendatang disambung lagi ... hahaha

Posted: 20 Aug 2011 07:29 AM PDT

Tempoh Pendaftaran Program 6P Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos - Mahmood Adam

KUALA LUMPUR: Tarikh akhir pendaftaran biometrik bagi pekerja atau pendatang asing tanpa izin di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) dilanjutkan dari Ahad ke 31 Ogos ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, Sabtu, langkah itu diambil selepas mengambil kira pihak majikan dan pendatang asing tanpa izin masih datang beramai-ramai ke kaunter pendaftaran.

Katanya, pelanjutan tarikh akhir itu juga dibuat selepas mempertimbangkan inisiatif beberapa agensi pendaftaran 6P berlesen yang memasuki kawasan pedalaman untuk mendaftarkan mereka yang enggan keluar dari kawasannya bagi urusan tersebut.

"Ia mengambil masa untuk memujuk golongan tersebut untuk mendaftarkan diri. Mereka hanya bekerjasama baru-baru ini.

"Oleh itu, sekiranya tarikh akhir tidak dilanjutkan, sebilangan besar mereka tidak dapat didaftarkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ini akan menggagalkan matlamat usaha 6P," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Mahmood menggesa semua majikan dan pendatang asing tanpa izin merebut peluang itu kerana tarikh akhir pendaftaran tidak akan dilanjutkan lagi.

Selepas itu, katanya, program 6P akan memasuki fasa amnesti yang berikutnya dan ia dijangka bermula pada pertengahan September.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN - PAKATAN RAKYAT DAN BERSIH WAJIB TOLAK

Posted: 20 Aug 2011 11:43 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAK dari awal lagi ramai yang curiga dengan niat Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Pilihanraya di negara ini, mentalahan lagi apabila Najib berkata tarikh pilihanraya tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa tersebut. Jelas, Najib sengaja untuk memasang perangkap dengan cadangannya itu agar BERSIH semakin hilang semangat dan bisanya.

Bak kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," (Malaysiakini).

Sememangnya amat wajar Pakatan Rakyat menolak penubuhan Jawatankuasa tersebut selagi tiada jaminan bahawa Pilihanraya akan melakukan reformasi seperti yang disarankan oleh Jawatankuasa tersebut. Pakatan Rakyat tidak harus membuang masa dengan memperbodohkan diri menerima idea karut yang awal-awal lagi digambarkan oleh Najib tiada faedahnya. Apa faedahnya Jawatankuasa tersebut jika Pilihanraya diadakan tanpa merujuk kepada resolusi atau cadangan dari Jawatankuasa berkenaan? Jangan membazirkan wang rakyat semata-mata untuk merealisasikan tipu daya sekutu apco ini.

Saya ingin mengingatkan Pakatan Rakyat, di saat rakyat kini yakin dengan usaha Pakatan Rakyat bersama BERSIH dan kami menyokong sepenuhnya usaha BERSIH selama ini, jangan dipersiakan keyakinan kami dengan memakan umpan semurah itu dari Najib. Siapa tidak kenal Najib yang suka berbohong itu? Bukankah Najib telah berbohong kepada rakyat sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu? Sanggupkah kita menerima pembohongan Najib sekali lagi?

Benar, mulanya kita mahu bersangka baik kepada Najib bagi memulihkan pencemaran dan salahlaku di dalam pengurusan Pilihanraya di negara ini, namun apabila Najib awal-awal lagi menyebut Pilihanraya tetap akan diadakan bila-bila masa tanpa mengambil kisah apa yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas berkenaan sudah cukup bagi kita meletakkan noktah kepada idea Najib tersebut.

Biarlah kita berjuang dengan cara kita selama ini dan tuntutan BERSIH mesti diteruskan. Rakyat masih ternanti-nanti dengan tidak sabar lagi untuk berhimpun bagi sesi BERSIH 3.0 sekiranya Najib masih ego dan sombong. Daripada membuang masa melayani idea yang merupakan perangkap itu, lebih baik kita tumpukan masa untuk merancang BERSIH 3.0 dengan lebih rapi dan tersusun sehingga Najib terpaksa turun bersama Rosmah dari Putrajaya.

Sekali lagi, dengan tegasnya kita menuntut agar Pakatan Rakyat membuat ketetapan resmi menolak idea karut Najib tersebut. Pakatan Rakyat mestilah membuktikan bahawa rakyat mesti diutamakan bukannya idea Najib yang mengarut itu. Rakyat semakin sedar betapa Najib dan kerajaannya sudah tidak mampu bertahan lagi kerana semakin banyak mereka bercakap soal Pilihanraya, semakin jelas kepincangannya. SPR dan JPN sudah kita `confirm'kan sebagai Komponen Bn. Terbaru, Panglima ATM juga mahu menjadi seperti KPN yang semakin melalut untuk camportangan di dalam pertembungan politik di negara ini.

Kita semakin yakin, tiada jalan lain lagi selain dari kebangkitan rakyat yang mahu menuntut perubahan. Perubahan yang kita tuntut ini mustahil boleh dicapai dengan menerima idea Najib yang kaki temberang ini./wfauzdin.blogspot.com

dollah yankee

dollah yankee


AKU MAHU MENCARI!

Posted: 19 Aug 2011 09:43 PM PDT

Ahhh...cepat benar rasanya Ramadan tahun ini. Hari ini sudah hari ke-20 kita semua menjalankan ibadah ini, dan dengan tinggal hanya 10 malam terakhir untuk ke penghujungnya. Pada malam 10 terakhir ini lah Al'Quran telah di-turunkan dari Loh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah.

Nabi Muhammad SAW, biarpun tidak pernah melakukan dosa, biarpun telah di-janjikan syurga olih Allah  SWT, namun ketika 10 malam terakhir ini baginda beritikaf memperkemaskan diri dengan bersembahyang, bertahjud, berzikir, bermunajat. Nampak bagaimana baginda mencari? baginda bukan menunggu.

Rasulullah SAW dalam mengejar Lailatul Qadr telah menyatakan dengan jelas di dalam sabda baginda: "Carilah Malam Al-Qadr itu pada malam ganjil ketika 10 malam terakhir" Hadith Sohih riwayat Bukhari.

Rasulullah SAW dengan terang dan jelas menyatakan: "Carilah".

Anda bayangkan, bagi mereka yang mendirikan kesepuluh-sepuluh malam terakhir, apakah ada kemungkinan mereka akan terlepas Lailatul Qadr? Semestinya tidak.Tetapi untuk yang lip lap lip lap?

Ternyata, 10 malam terakhir itu yang akan ada satu malam yang di namakan malam Lailatul Qadr hanya untuk hamba Allah yang benar-benar bersungguh-bersungguh berusaha mencarinya

dollah yankee -
Kini punya banyak masa, dan akan cuba menghabiskanya dengan MENCARI Al'Qadr ini!



RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Fakta : UMNO Pengkhianat Bangsa

Posted: 20 Aug 2011 07:43 PM PDT

Umno jual masa depan Melayu kerana dendam pada PAS

Walaupun terdedah luas saham bumiputera yang hanya tinggal 2 bilion selepas terhakis sebanyak 52 bilion sejak pemerintahan BN, rakyat malaysia khususnya melayu masih cuba diyakinkan oleh media bahawa pejuang nasib mereka adalah UMNO dan BN semata-mata.


Adakah benar kebebalan rakyat dimanipulasikan oleh UMNO ataupun sebenarnya propaganda UMNO kian tidak dikemaskini sehingga masih mencanagkan jasajasa lapuk mereka sedangkan dari hari ke hari, sekian banyak keskes pengadaian hak melayu berlaku di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO Adalah Tentera-Tentera SYAITAN...

Posted: 20 Aug 2011 07:37 PM PDT


Menurut Pendakwah Ustaz Azhar Idrus,Umno adalah tentera-tentera syaitan,penzalim dan penipu paling besar diabad ini.Sama-samalah kita renungi kebenaran dalam kisah benar mengenai Umno/Bn yang didedahkan oleh Ustaz Azhar Idrus ini.Semoga ianya menjadi ikhtibar kepada kita sebagai seorang Islam.

Awang Selamat baru nak berani komen dekat anak Mahathir

Posted: 20 Aug 2011 07:35 PM PDT

Pulau Langkawi bapanya sapu, arak kat Filipina anaknya sapu, kini stesyen minyak kat Malaysia pun dia nak sapu.....

Apa kah kerana Mahathir dah tak berkuasa lagi baru Awang Selamat berani sesikit nak bersuara ketidak puas hatinya terhadap apa yang akan berlaku dalam sektor ekonomi negara...
Pakat-pakat faraidlah hangpa sebelum nak nunggu UMNO mampos....

Panel Parlimen: Pakatan dakwa Najib ‘flip-flop’, Umno pula mula retak

Posted: 20 Aug 2011 07:34 PM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Pendirian terbaru pentadbiran Najib berhubung jawatankuasa pilihan khas mengenai pilihan raya semakin jelas wujudnya keretakan antara perdana menteri dan parti pimpinannya — Umno, dakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Sekali lagi, menurut mereka, perkembangan semasa menunjukkan ada bangkangan ke atas inisiatif Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno - kali ini membabitkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen.
Perkembangan terbaru dalam Barisan Nasional (BN) yang memerintah telah mencetuskan kebimbangan, malah pesaingnya Pakatan Rakyat, yang percaya lebih banyak pembaharuan akan mengalami kelewatan memandangkan Najib cuba mendapatkan sokongan ketika beliau sedang berusaha mengatasi bangkangan dalam pentadbirannya sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Tidak Mahu Sertai PSC, Kekal Desak Suruhanjaya Diraja

Posted: 20 Aug 2011 07:30 PM PDT


KUALA LUMPUR 21 OGOS : Kenyataan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebabkan PAS tawar hati untuk turut serta dalam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya yang bakal ditubuhkan Oktober depan, kata Salahuddin Ayub.

Sebaliknya ujar beliau, PAS akan terus berpegang supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu perlu sensitif lawan isu rasuah, salah guna dana

Posted: 20 Aug 2011 07:29 PM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu kaum Melayu mengikis sikap acuh tak acuh berhubung isu rasuah dan salah guna dana awam, sebaliknya meneladani sikap pengundi Cina yang berani menunjukkan pendirian menentang budaya sedemikian semasa pilihan raya.
Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kaum Melayu tidak seharusnya bergantung pada isu-isu perkauman semata-mata.
"Muslim tidak sensitif kepada isu-isu pembaziran dan rasuah berbanding kaum Cina," kata beliau pada ceramah di Kampung Pandan di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Video : 11 cops 'molest' case still hanging fire

Posted: 20 Aug 2011 03:10 PM PDT

Video - Vienna Looi: My Bersih 2.0 Experience

Posted: 20 Aug 2011 02:47 PM PDT

Selangor terkejut kerenah propaganda media BN

Posted: 20 Aug 2011 09:39 AM PDT

Kami memandang serius berita baru-baru ini bahawa BBC UK telah menggantung semua program terbitan syarikat Media FBC berikutan dakwaan tidak bertanggungjawab dan tidak berintegriti dalam urusan mereka dengan kerajaan Malaysia.  Malah, CNBN juga mengambil langkah sama atas sebab-sebab yang sama.

Langkah drastik ini diambil susulan wujudnya dakwaan bahawa FBC Media telah menerima RM60 juta daripada Kerajaan Malaysia untuk menghasilkan laporan positif mengenai kerajaan pemerintah.

Kami terkejut kerana wang pembayar cukai telah dibelanjakan dalam jumlah yang banyak semata-mata untuk menaikkan imej Perdana Menteri dan kerajaan - imej yang telah tercalar teruk disebabkan cara kerajaan mengendalikan perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu , selain tuduhan-tuduhan rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran yang kini mencapai tahap paling rendah.
Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa Reformasi Pilihanraya Untuk Ganti & Lebarkan Sayap JK Khas Parlimen

Posted: 20 Aug 2011 09:38 AM PDT


Kenyataan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya merupakan kajayaan besar himpunan 9 Julai Bersih 2.0, yang telah berjaya mengadakan bantahan besar-besaran secara aman serta membongkar dan menyedarkan rakyat tentang beberapa penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihanraya di Malaysia.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga sepatutnya badan pelaksana kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil telah menjadi sasaran utama pembongkaran hari ke hari yang mencerminkan kelemahan perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Najib gula-gulakan warga Felda untuk tutup isu sebenar

Posted: 20 Aug 2011 09:37 AM PDT


Oleh DRS KHALIL IDHAM LIM

Saya ingin mengeluarkan kenyataan berhubung laporan berhubung pengumuman Perdana Menteri untuk mengagihkan sejumlah wang sebagai duit raya kepada para peneroka felda sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini.

Laporan tersebut menyebut bahawa sebenarnya Peneroka berhak memperoleh sehingga RM458,000 bagi kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.

Read More / Baca Lagi >>

Pihak Berkuasa Agama Perlu Tegas

Posted: 20 Aug 2011 09:36 AM PDT


Oleh USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) meminta Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri terutamanya Negeri Selangor mengambil tindakan yang tegas mengikut enakmen dan undang –undang sedia ada berkenaan dengan penyebaran agama lain kepada orang Islam supaya polemik berkenaan usaha memurtadkan orang-orang Islam dapat dibendung.

Mutakhir ini di dalam media massa, cetak dan elektronik, telah dibongkarkan ada seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama mengajar muridnya beragama Islam, menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa. pusat tuisyen dan sekolah di sekitar Lembah Kelang yang telah mengajar murid-murid Islam Tahun 1 tentang perkara-perkara yang membabitkan agama Kristian. 

Read More / Baca Lagi >>

Video : Jihad & Zakat - Dr Asri

Posted: 20 Aug 2011 09:31 AM PDT

Video : Muqaddimah - Dr Asri - Bab Jihad

Posted: 20 Aug 2011 09:30 AM PDT

Video : Silence of love (Official English Subtitle)

Posted: 20 Aug 2011 09:28 AM PDT

Video : Santai Malam Minggu - Jurasick Suck

Posted: 20 Aug 2011 09:24 AM PDT

Anyone who disgrees with BN is a criminal or a traitor

Posted: 20 Aug 2011 09:13 AM PDT

Anyone who disgrees with BN is a criminal or a traitorIndeed the PM's not so long ago war cry that UMNO will fight at all cost – even over crushed bodies and broken bones - to remain in power, is increasingly being observed to the letter. Today, Malaysians are being inundated with all kinds of threats, intimidation and strong-arm tactics to a point where we cannot anymore differentiate truth from lies.
And when truth and lies become clouded with political party priorities and ambitions, a society collapses into the trenches of socio-political and economic failures. The beneficiaries will of course be only those who wield control over the masses.
Murkier by the day
Malaysians are lost as to who to believe. Malaysians are tormented with unrelenting main stream showcased news while the alternate media spews breaking news coming from both extremes of the divide – the opposition party forts and the pro-BN blogs mushrooming around us.
Read More / Baca Lagi >>

PAS kesal kenyataan PM, mungkin tarik diri

Posted: 20 Aug 2011 09:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: PAS hari ini melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa (JK) parlimen khas untuk reformasi pilihanraya sedang bersidang.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu dan berkata ia adalah bukti terhadap sikap sebenar ketidak-ikhlasan BN.

Ia juga melambangkan sikap berpura-pura kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama JK Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.
Read More / Baca Lagi >>

Speaker Kedah akan cabar keputusan Mahkamah Rayuan

Posted: 20 Aug 2011 09:10 AM PDT


ALOR SETAR, 20 Ogos: Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail (gambar) menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang menyerahkan kembali kerusi Kota Siputeh yang dikosongkan sejak tiga tahun lalu kepada penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sharif kelmarin.
Walaubagaimanapun, Dr Isa yang dihubungi memberitahu bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya dan menimbangkan kemungkinan akan mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat ini.
"Peguam saya sedang menguruskan untuk mencabar keputusan tersebut, insya Allah dalam masa yang terdekat selepas kita menerima dan menyemak hujah-hujah penghakiman berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya.
Semalam, media melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang menuduh beliau secara sengaja melakukan kesilapan apabila bertindak mengosongkan kerusi Kota Siputeh pada 2009 lalu.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: Rais kata BN sudah sedia, pesanan Najib serius untuk magic show..!!

Posted: 20 Aug 2011 09:10 AM PDT

KUALA KLAWANG, 20 Ogos – Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Rais berkata kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.
Beliau (gambar) berkata negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.
"Jadi dengan perubahan ini... kita sudah bersedia, malah kita sudah diberi amaran dan gesaan supaya jawatankuasa pilihan raya ditubuhkan dalam DUN dan kawasan Parlimen masing-masing," katanya dipetik Bernama Online.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran Keras Timbalan Presiden PAS Buat Zulkefli Mohd Zin

Posted: 20 Aug 2011 09:07 AM PDT


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi amaran kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin agar tidak dijadikan alat politik, sambil mengingatkan beliau bahawa pasukan pertahanan berkhidmat atas perintah Yang di-Pertuan Agong.Read More / Baca Lagi >>

PM Hina Parlimen

Posted: 20 Aug 2011 09:06 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghina institusi Parlimen dengan sikap berdolak-daliknya mengenai Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Bila Najib kata pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen itu, ia hakikatnya menghina, memburukkan dan merosakkan institusi Parlimen," tegas beliau.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apabila Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan, sepatutnya cadangan jawatankuasa itu didengari dan dihormati bukannya diketepikan begitu sahaja.
"Kenyataan Najib dengan memberi alasan mungkin akan mengambil sedikit masa boleh dianggap bertujuan untuk mengetepikan cadangan jawtankuasa dan terus mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira cadangan jawarankuasa itu.
Read More / Baca Lagi >>

Rupa-Rupanya Berbillion Ringgit Duit Rakyat Hangus Di Sime Darby

Posted: 20 Aug 2011 09:06 AM PDT



SPRM menyiasat kerugian dalam Skandal Rasuah yang melibatkan syarikat Milik Kerajaan (GLC), Sime Darby Berhad (SDB) yang secara tidak langsung adalah juga milik rakyat. Oleh itu, Kerugian yang dialami turut melibatkan kerugian kepada rakyat dan negara. Projek Minyak dan Gas Bulhanine; Projek Minyak dan Gas Maersk Oil Qatar (MOQ), Projek Pembinaan Kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan Projek Janakuasa Hidroelektrik Bakun merupakan empat projek yang dikatakan menjadi punca utama menyumbang kepada kerugian ini.
Read More / Baca Lagi >>

Peluang Berniaga Produk Muslim

Posted: 20 Aug 2011 07:30 AM PDT

Oleh: MSK
Hari ini hari Sabbath..hari cuti. Selalunya hari Sabtu dan Ahad ni aku cabut keluar..sebab dalam dua hari ini lah hari yang paling ramai orang datang minta derma. Rumah aku tepi jalan…sapa-sapa yang minta derma mesti singgah punya.
Macam-macam orang yang datang minta derma. Dari derma buat surau di Narathiwat, buat Masjid kat Kuala Nerang, untuk anak yatim di Kuala Krai..sampai la orang Pakistan jual ayat Kursi. Dulu orang datang minta derma bawa resit saja…tapi sekarang dah upgrade sikit. Depa bawa minyak angin, bawa calendar…lepas tu minta derma.  Kalau dia jual…gerenti aku tak beli. Tapi bila dia sedekah kat kita…dan kita tak sedekah balik..rasa lain macam. Memang pandai depa main saikologi.
Read More / Baca Lagi >>

Sabah Makin Derita: Kroni Umno-APCO Kaut Untung RM100 Juta

Posted: 20 Aug 2011 07:16 AM PDT

 
Bina Puri dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM100 juta daripada
projek pembangunan kompleks pentadbiran baru Sabah yang

bernilai RM388.7 juta

Keputusan kerajaan negeri membina pusat pentadbiran bernilai ratusan juta ringgit terus dikecam.

Bina Puri Holdings Bhd. (Bina Puri) berjaya mendapat projek tersebut dengan kontrak bernilai RM388.7 juta.
Read More / Baca Lagi >>