Selasa, 16 Ogos 2011

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Polis Trafik Malaysia minta 'wang kopi' dari pemandu Singapura

Posted: 16 Aug 2011 07:35 AM PDT



Polis Trafik Malaysia di rakam dalam VIDEO meminta 'wang kopi' daripada kenderaan-kenderaan dari Singapura baru-baru ini. Klip video ini dirakamkan pada tarikh 8 Julai lalu...

Pemandu dari singapura ini dikesan pandu melebihi had laju dilebuhraya.
Anda nilai la sendiri. Walaupun seorang polis yang ambil rasuah, semua POLIS trafik terkena tempias. Saman RM300 dirasuah dengan RM50 saja.




Ini pula adalah antara komen di singaporeseen.stomp.com.sg/stomp:
Jimmykidd12 said on 16 Aug, 2011.
I have watched the whole clip, this fellow was driving without a license and speeding. He still wanna use passenger's license to show the police. Come on! You were wrong at the first place and felt guilty so decided to pay and cover the case. After that, you claimed that they were collecting "kopi" money? Do you know that you can be arrested on the spot for unable to display driving license? Even though the TP was wrong to ask for it. But you WERE WRONG too. Don't blame the police!

Sumber berita :
1. http://singaporeseen.stomp.com.sg/stomp
2. http://mynewshub.my

Get Paid To Read Emails.
Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UMNO YANG SEPATUTNYA MOHON MAAF, BUKAN PAS

Posted: 16 Aug 2011 09:17 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO Selangor semalam menuntut agar PAS memohon maaf kepada Umno di atas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang percaya bahawa ada `dalang' Umno di sebalik peristiwa serbuan JAIS ke atas Gereja baru-baru ini. Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia mendedahkan apa yang dipercayainya itu apabila PAS bertemu JAIS nanti, tetapi malangnya terdapat `halangan' dari Istana untuk PAS bertemu JAIS. Baca di sini.

Pada saya, yang paling wajar untuk memohon maaf adalah Umno sendiri bukan sahaja memohon maaf kepada PAS, bahkan kepada seluruh umat Islam di negara ini. Umno yang telah diberi kepercayaan memerintah negara ini lebih dari 50 tahun, sepatutnya Umno bertanggungjawab di atas gejala murtad yang semakin berleluasa sekarang. Di mana undang-undang murtad yang menepati Syarak yang Umno telah laksanakan selaku pemerintah?

Pada ingatan saya, tidak kurang dari tiga kali usul berkenaan perundangan murtad ini telah dibawa oleh PAS di dalam Parlimen agar Umno selaku tunjang kerajaan bersama menyokong usul tersebut demi menjaga kedaulatan dan maruah umat Islam, malangnya Umno tidak memandang usul ini walaupun dengan sebelah mata. Ketika itu Umno masih gagah dan parti sekular tersebut yakin bahawa apa pun akan terjadi pada umat Islam tiada kesan kepada Umno asalkan parti tersebut terus diberi kuasa memerintah.

Apabila Umno telah menjadi seperti sekarang yang begitu lemah dan dhaif, barulah pemimpin mereka cuba untuk berlakun menjadi pejuang Islam. Malangnya, rakyat lebih kenal siapa pejuang Islam dan pejuang rakyat yang sebenarnya. Umno memang tidak boleh diharapkan untuk membela Islam kerana untuk membela nasib bangsanya sendiri pun Umno gagal. Di P.Pinang umpamanya, nasib Melayu dan umat Islam kini dibela oleh DAP, Umno cuma menjadi tukang pecah belah masyarakat Melayu dan Islam dengan fitnah yang nampak jelas kebodohannya.

Dari isu wang bantuan kepada warga emas hinggalah kepada isu menggunakan pembesar suara diwaktu Subuh, Umno menampakkan kejahilannya. Apabila KM P.Pinang, Lim Guan Eng mendedahkan fakta bahawa hampir 100% tender dan projek Kerajaan Negeri diperolehi oleh kaum Bumiputera, Umno ternganga kerana ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Ketelusan KM P.Pinang itu tidak disenangi oleh Wanita MCA P.Pinang dan parti itu menganggap DAP terlalu membela kaum Melayu di P.Pinang, sedangkan Umno pula mendakwa DAP anti-Melayu dan Islam. Di sini jelas, percanggahan di antara mereka akibat kebodohan mereka sendiri.

Berbalik kepada isu murtad, Umno seharusnya ikhlas untuk mengatasi gejala ini. Berbeza dengan PAS, parti ini terus komited dengan dasar Islam. PAS tidak mudah melatah dengan isu serbuan ke atas Gereja baru-baru ini, justeru itu PAS memohon untuk mendapatkan penjelasan dari JAIS dan juga pihak Gereja. Malangnya juga, usaha ini disekat atas alasan `merahsiakan maklumat siasatan'. Saya tidak faham, di dalam isu akidah seperti ini mengapa perlu dirahsiakan sedangkan sebelum ini media pencacai saban hari memainkan isu tersebut. Inilah politik namanya, politik yang kotor oleh pihak mereka yang tidak pernah serius dengan hukum Islam./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Man Kadir : Rakyat dilalaikan (video)

Posted: 16 Aug 2011 11:01 PM PDT

Umi Hafilda bersumpah tak pernah ehem ehem dengan Baginda ... hahaha

Posted: 16 Aug 2011 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali (gambar) bersumpah laknat tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda.

Ummi Hafilda melafazkan sumpah itu di hadapan wartawan, jurugambar dan penasihat undang-undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selepas memfailkan saman memohon kebenaran merekodkan penghakiman ingkar terhadap Nor Azman di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Katanya, sumpah itu untuk mempertahankan maruahnya yang telah tercemar berkenaan isu hubungan seksnya dengan Nor Azman yang tersebar luas melalui media serta blog.

"Saya Ummi Hafilda Ali, dengan ini Wallahi, Wabillahi, Watallahi tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan seks dengan Nor Azman.

"Saya melafazkan sumpah laknat ini kerana saya difitnah secara melampau. Saya juga tahu siapa di belakangnya. Sumpah ini di bulan Ramadan yang suci, jika saya tipu saya akan dilaknat," katanya.

Tegas Ummi Hafilda, sehingga kini beliau masih menanti kehadiran Nor Azman di muka pengadilan untuk menyelesaikan fitnah tersebut.

"Telah sampai masanya untuk perkara ini dibawa ke mahkamah, saya cabar Nor Azman tetapi kenapa dia tidak hadir ke mahkamah?," katanya.

Permohonan penghakiman ingkar itu dibuat setelah Nor Azman gagal hadir ke prosiding kes saman fitnah RM100 juta sebelum ini.

Saman tersebut dibuat ke atas Nor Azman sebagai defendan melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Melalui permohonan tersebut, Ummi Hafilda selaku plaintif mendakwa writ saman dan pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan secara penyampaian ganti melalui suatu notis di dalam akhbar Harian Metro pada 16 Julai lalu dan afidavit penyampaian ganti turut difailkan tiga hari selepas itu.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu juga telah lengkap pada 29 Julai lalu dan defendan seharusnya memasukkan kehadiran atau pembelaan kepada tuntutan sebelum atau 7 Ogos lalu.

Terdahulu, Ummi Hafilda telah memfailkan semula saman berkenaan pada 25 April lalu yang menamakan Nor Azman sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan kedua selepas Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membatalkan samannya kerana peguam dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes disebut pada 13 April lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Ummi Hafilda mendakwa Nor Azman dalam satu temu ramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan menyerang secara peribadi, malah dikeluarkan semata-mata untuk memalukannya dan berniat jahat. - Sinar Harian

Murid Melayu Islam: ‘Ya, saya tahu Nabi Isa sayangkan saya…’ — Zaini Hassan

Posted: 16 Aug 2011 05:11 PM PDT

17 OGOS — Pendedahan yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.

Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.

Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.

Cikgu S berkata kepada saya: "Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa
Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

"'Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?

"Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib."

Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.

Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.

Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.

Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.

Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.

Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.

"Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.

"Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius."

Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!

Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?

"Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.

"Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini..."

"Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri."

Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.

Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ''Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

"Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya."

Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.

Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.

Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.

Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.

Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.

Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.

Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.

Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?

Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.

PAS, kini bukan PAS dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. PAS kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.

Saya pernah syorkan Umno menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.

Jika PAS sudah gagal, maka Umno sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha Umno melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.

Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:

''Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai 'KAIN PUTIH'.

"Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang 'SEDANG' mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.

"Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S."

Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua...? — The Malaysian Insider

BERSIH 2.0 : SKMM panggil jurufoto Suara Keadilan

Posted: 16 Aug 2011 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Seorang jurugambar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung gambar yang dirakamkan semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, jurugambar itu Yusriah Yusof, 50, mengesahkan perkara itu dan akan hadir memberi keterangan kepada SKMM pada Jumaat ini.

Dalam arahan kehadiran yang difakskan kepada Yusriah, dia diminta hadir bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Ya... saya telah diminta hadir untuk memberikan keterangan mengenai gambar pada Himpunan Bersih 2.0 tapi saya tidak diberitahu gambar yang mana satu.

"Pegawai (SKMM) mengatakan gambar kecederaan tapi tidak nyatakan gambar yang mana satu, saya kata banyak gambar cedera tapi pegawai itu minta saya hadir ke pejabat SKMM," katanya.

Kata Yusriah, dia tidak menolak kemungkinan gambar yang dimaksudkan itu adalah gambar kecederaan yang melibatkan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry.

"Mungkin ia gambar pembantu peribadi Anwar semasa Himpunan Bersih 2.0," katanya.

Pada Himpunan Bersih 2.0, Fayyadh mengalami kecederaan teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanistes gas pemedih mata.

Sebanyak lima plat besi dimasukkan di tulang pipi Fayyadh di mana hampir 12 kanister gas pemedih mata dilepaskan di dalam terowong di KL Sentral dan tiga terkena di mukanya dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang cedera di kepala. - The Malaysian Insider

Khalid Samad buat laporan polis terhadap Papa Gomo

Posted: 16 Aug 2011 03:28 AM PDT

Sita gereja: Blogger Umno tipu
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.

Macam ni rupanya kerja Umno ...

Posted: 16 Aug 2011 01:35 AM PDT

Bukan tiga individu diklon tapi beribu lagi- Suhaizan
(Oleh: Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Tuntutan lapan perkara yang dikemukakan Bersih 2.0 wajar dilaksanakan apabila banyak pendedahan berhubung kepincangan sistem pilihan raya selepas perhimpunan 9 Julai lalu didedahkan.

Bermula dengan isu pengundi berusia lebih 100 tahun, mereka yang memiliki taraf Penduduk tetap (PR) tetapi layak mengundi dan pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih SPR, kini timbul isu pengundi bertindih atau pengundi klon.

Semalam, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizat Kaiat mendedahkan identiti pengundi klon tersebut yang bukan sahaja memegang dua nombor pengenalan diri, tetapi juga memiliki dua nombor keahlian Umno.

Penemuan itu berdasarkan semakan di laman web SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan data keahlian anggota Umno.

"Mustahil jika SPR tidak tahu perkara ini berlaku kerana bukan 10 hingga 20 nama, tetapi pihak kami mendapati beribu-ribu individu mempunyai nombor kad pengenalan sama cuma berbeza pada dua digit terakhir," katanya.

Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, besar kemungkinan sistem pemilihan dalam Umno juga dilaksanakan dalam suasana kotor.

"Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah.

"Apabila tidak sah, maka pengerusi yang dipilih juga tidak sah," kata beliau.

Suhaizan juga menambah, isu itu juga membuktikan sistem biometrik yang mahu dilaksanakan kerajaan tidak praktikal berdasarkan kelemahan tersebut.

"Sistem biometrik ini banyak masalah misalnya tidak semua tempat mempunyai internet yang baik, ia nya sistem yang tidak praktikal," kata beliau - Keadilan Daily

"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya"

Posted: 16 Aug 2011 12:51 AM PDT

Imam kecewa selepas ditangkap dalam BERSIH

Jimadie Shah Othman
Ogos 16, 11

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kini "berkerat rotan berpatah arang" dengan Jabatan Agama Johor (JAJ) yang mengeluarkan arahan itu.

Imam kecewa itu - Hassan Md Said - membayangkan tidak mahu lagi berkhidmat dengan JAJ selepas tamat tempoh penggantungan tiga bulannya pada 2 November depan.

"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya.

"Saya sudah 14 tahun berkhidmat sebagai imam tetapi macam tidak dihargai. Jabatan agama (JAJ) ini tidak profesional langsung," kata imam bertauliah di Masjid Ladang itu.

Hassan, 40, mendakwa menerima surat makluman penggantungan tiga bulan dari Pengarah JAJ Elias Hasran bermula 2 Ogos kerana "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.

Walaupun tidak disebut secara jelas, Hassan percaya elaun bulanan RM750 yang diterimanya akan dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit "kencing manis serius" itu hilang mata pencarian.

Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertai itu sebaliknya hanya datang menziarahi saudara dan melawat ibu negara.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan menyifatkan tindakan JAJ menggantungnya tanpa alasan jelas sebagai tidak profesional dan tidak berbudi bahasa.

Menurutnya lagi, tindakan jelas itu menyebabnya dipandang serong oleh masyarakat sehingga ada yang menyangkanya terlibat dalam perbuatan jenayah.

"(Kesannya) sekarang orang datang belajar mengaji (dengan saya) pun sudah kurang," katanya bapa kepada empat orang anak - dua darinya berumur setahun dan dua tahun serta masih menyusu botol.

Ditanya keadaan kewangannya sekarang, Hassan berkata beliau dalam keadaan "defisit", tambahan lagi dengan keadaan di mana harga barang semuanya mahal.

"Kami berkeluarga di sini agak daif. Rumah pun tidak ada dan cuma menyewa dekat masjid... Susahlah lepaini, sewa pun tak lepas," katanya - malaysiakini

dollah yankee

dollah yankee


Ada kah MISC??!

Posted: 16 Aug 2011 04:55 PM PDT

...gurkah-gurkah belum lah lagi dengar cerita yang semacam ini dari junior gurkah-gurkah yang ada dalam syarikat perkapalan terkenal negara ini, but i will ask him...

Kalau lah betul...memang syarikat perkapalan ini 'anak haram besar'...TERSILAP CEDUK DAGING BABI
KUALA LUMPUR: "Saya terpaksa makan sayuran selama dua bulan untuk mengalas perut. Saya tidak sanggup menggadaikan prinsip seorang Muslim dan cukup kecewa bila ada pihak tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan pengurusan tertinggi." Demikian luahan hati Megat Mohd Hermaen, 25, seorang pekerja yang mendakwa menjadi mangsa diskriminasi sebuah syarikat perkapalan terkemuka di negara ini.
"Terfikir juga untuk mencuba nasib dengan syarikat lain, tapi memandangkan kontrak dengan syarikat selama lima tahun berjumlah RM100,000, saya tidak mampu berbuat apa-apa," katanya.
Megat Mohd berkata, sejak menyertai syarikat berkenaan yang beroperasi di ibu negara lebih dua tahun lalu, dia dan beberapa pekerja lain terpaksa berdepan dengan dilema apabila dihidangkan makanan tidak halal oleh tukang masak di atas kapal terbabit.
Katanya, biarpun terdapat notis melarang penggunaan bahan tidak halal seperti daging babi dalam menu makanan di atas kapal berkenaan, namun ia tetap dimasak dan dihidangkan secara bufet setiap kali tiba waktu makan.
Menurutnya, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang hampir 1,000 kru kapal beragama Islam dari seluruh dunia yang terpaksa mencari alternatif lain seperti sayuran dan roti untuk mengisi perut dan ada antara mereka membawa sendiri peralatan memasak seperti dapur serta perkakas lain.
"Namun masalah lain pula timbul apabila pekerja warga asing dari negara lain berebut mahu menggunakan dapur yang sama selepas melihat kami berbuat demikian. malah, ada ketikanya berlaku pergaduhan disebabkan berebut dapur di atas kapal," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Paling menyedihkan, katanya, dia yang bertugas untuk memastikan senarai barangan makanan dibawa ke atas kapal tidak dapat berbuat apa-apa ketika melihat daging babi dibawa masuk ke peti ais besar dan diletakkan bersama bahan lain.
Katanya, semua bahan makanan dicampurkan dalam peti sejuk yang sama malah dibiarkan terdedah tanpa diasingkan menyebabkan semua pekerja beragama Islam ragu-ragu untuk makan bufet disediakan kerana bimbang ia tidak halal.
"Pernah beberapa kali saya sendiri tersilap mencedok daging babi ke dalam pinggan namun bernasib baik ditegur seorang rakan. Setiap makanan dilabelkan, tapi kebiasaannya ia dicampur dan diletakkan bersama menyebabkan kami keliru," katanya.
Nekad untuk membetulkan keadaan itu, dia dan rakan sekerja beberapa kali membuat laporan kepada kapten kapal namun kecewa tiada sebarang tindakan diambil, malah ia menjadi semakin teruk selepas tukang masak dimonopoli warga Filipina.
Sementara itu, rakannya, Nazaruddin Umar, 27, berkata, dia yang bercita-cita untuk menjadi jurutera perkapalan sejak kecil mungkin terpaksa melupakan impian itu selepas tidak tahan lagi berdepan dengan situasi berkenaan sejak tiga tahun lalu. Katanya, ketika mula bertugas sebagai jurutera di kapal itu tiga tahun lalu, dia langsung tidak menyangka akan menghadapi masalah seperti itu apatah lagi membabitkan soal  hukum halal dan haram.

dollah yankee -
sumber: copy & paste from http://gigitankerengga.blogspot.com 16/8/11

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Chinese see MCA, Gerakan clinging to Umno's coat-tails despite bullying

Posted: 16 Aug 2011 08:33 PM PDT

Chinese see MCA, Gerakan clinging to Umno's coat-tails despite bullyingThe jury is back. And the verdict is that MCA and Gerakan will hang onto the BN, even if it gets kicked in the face each day by bully-boss UMNO. The reason is simple, say pundits.
"Maybe they will suffer huge losses and let's say even if they win only one seat, they would still cling on to BN and hope to be put in the ministerial position through the back door (Senatorship appointments)," PKR leader Voon Shaik Ni told Malaysia Chronicle.
Indeed, her simple comments summed up the cynicism in the Chinese community for the two parties, whom many believe will become extinct and phased out by the people.
We have seen it happen before
Read More / Baca Lagi >>

Odds against ‘betting for education’ fund winning Chinese votes

Posted: 16 Aug 2011 08:32 PM PDT


KUALA LUMPUR, Aug 17 — A Putrajaya-backed plan to pump up to RM20 million in gambling profits annually into Chinese and Indian vernacular education is unlikely to sway the Chinese vote back to the ruling Barisan Nasional (BN), pundits say. The RM2.1 billion takeover of billionaire Ananda Krishnan's Pan Malaysian Pools Sdn Bhd by a consortium of Chinese tycoons led by Tan Sri Lim Kok Tay of gambling giant Genting last week, will also lead to profits channelled to "Jana Pendidikan" — a trust fund for vernacular schools.
But politicians and analysts told The Malaysian Insider that the purchase will not be seen as a government effort, or worse, a case of the Najib administration abdicating its responsibility to the education needs of minorities.
Read More / Baca Lagi >>

SU Agung PAS: Saya ada bukti campur tangan Umno dalam operasi Jais

Posted: 16 Aug 2011 08:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan  parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.
Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.
"Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.
Read More / Baca Lagi >>

Perkauman dan Pertembungan Agama Jadi Benteng Terakhir UMNO

Posted: 16 Aug 2011 08:20 PM PDT


Selagi boleh, saya tidak mahu menyemarakkan pertembungan politik sepanjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik UMNO hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.

Saya mengira, UMNO sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP. Bagi saya, tidak munasabah UMNO mahu 'mencari balah' dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. UMNO yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang. Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah 'DAP!' Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?
Read More / Baca Lagi >>

Hasil Zakat Pun Nak Di 1 Malaysia kan Juga Ke ?

Posted: 16 Aug 2011 08:17 PM PDT


Oleh: Iqbal

" new zakat logo (sidebar)Setiap insan yang beriman tentu sekali perintah-perintah yang terkandung dalam Rukun Islam mereka akan laksanakan. Solat , Zakat , Puasa dan Mengerjakan Ibadat Haji tiada masalah kepada orang-orang beriman.

Sememangnya Islam itu cukup sempurna. Aturan-aturan yang ditentukan tidak terfikir oleh akal manusia. Itu sebagai bukti Islam adalh agama langit yakni milik ALLAH. Sebagai contoh betapa cantik apabila seminggu iaitu hari Jumaat sekali umat Islam wajib menunaikan Solat secara berjemaah di masjid. Sebelum solat adanya Khutbah.

Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa Pemilihan: 7 Syarat Nurul Izzah Meragukan Rakyat

Posted: 16 Aug 2011 08:15 PM PDT


izzahSEKALI lagi  Rakyat terpaksa menegur kepimpinan terutamanya Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah.   Semalam, laman ini telah menyuarakan agar Pakatan Rakyat menerima baik penubuhan Jawatankuasa Pemilihan bagi menambahbaik sistem  Pilihanraya negara ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri.
Namun, hari ini semangat kita untuk melihat kematangan pemimpin-pemimpin PR menjadi semakin tawar apabila Nurul Izzah mengemukakan syarat pula sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas tersebut.
Syarat yang dikemukakan pula menunjukkan seolah-olah PR tidak serius dan hanya 'main-main' dalam memperjuangkan pilihanraya yang bersih.   Akibatnya, PR dicemuh dan diketawakan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihan Raya Umum 13. Pakatan Rakyat Tanpa Anwar Ibrahim?

Posted: 16 Aug 2011 08:13 PM PDT


ANWARPILIHAN RAYA UMUM 13 bakal menjadi pemerhatian yang penuh dramatik. Seperti yang dijangka kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di pentas umum. Anwar dipersalahkan dengan kes liwat 2 oleh mahkamahyang tempang dan tidak adil serta tidak telus. Liwat 2 juga satu konsipirasi pehak yang berkuasa, terutama PM Najib dan Rosmah dan menjadikan mahkamah dan badan kepolisian sebagai kuda atau keldai BN/UMNO.
Hari isnin (22. Ogos) Anwar Ibrahim diarahkan membela diri dalam kandang tertuduh. Selepas pihak peguam bela menemubual 15 saksi, termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
(untuk rekod. Najib dan Rosmah hanya hadir melihat mahkamah dan berjumpa mata dengan hakim dan petugas mahkamah. Najib dan Rosmah membuat kenyataan, kedua-duanya tidak mahu menjadi saksi liwat 2).
Read More / Baca Lagi >>

PAS terus berdialog dengan gereja

Posted: 16 Aug 2011 08:12 PM PDT

KEPALA BATAS, 17 Ogos: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat akan meneruskan pendekatan berdialog dengan pihak gereja seluruh negara walaupun sekarang ini berlaku sedikit kekeliruan hasil mainan akhbar pro Umno dan Barisan Nasional (BN).
Pengerusinya, Dr Mujahid Yusuf Rawa menegaskan, lajnah tidak akan duduk diam dalam usaha mempromosikan  parti ke tengah masyarakat agar lebih dikenali bukan untuk dimusuhi.
"Lajnah tetap berusaha merapatkan PAS dengan semua gereja di Malaysia supaya masyarakat Kristian tidak salah faham dengan PAS. Sejak pendekatan itu dimulakan sambutanya amat membanggakan sekaligus membimbangi Umno dan BN," terangnya ketika ditemui di majlis berbuka puasa PAS Cawangan Permatang Tinggi 'C', petang semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Kuasa Allah : Bayi Ganjil Dilahirkan di Nigeria

Posted: 16 Aug 2011 08:05 PM PDT

bayi ganjil yang dilahirkan di Nigeria
ADO EKITI – Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Duit Zakat : Kelantan 5 minit, Selangor 2 jam & Terengganu tak dinyatakan tapi mesti ada cop JKKK

Posted: 16 Aug 2011 08:03 PM PDT



Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan, Datuk Kamarudin Mad Zain mengatakan, tiada birokrasi dan permohonan zakat dinegeri itu boleh diluluskan dalam masa 5 minit sahaja.

Pihak kami tidak mengambil masa yg lama untuk memproses permohonan jika ianya lengkap dan layak serta bergantung kepada jenis permohonan. Read More / Baca Lagi >>

Jangan ada muslihat dari pemutihan pendatang

Posted: 16 Aug 2011 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Kerajaan BN diingatkan agar memastikan program pemutihan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini yang sedang dilaksanakan sekarang bebas dari sebarang sindiket yang boleh merosakkan negara.
Dalam masa yang sama, PAS turut mengingatkan kerajaan agar tidak mengambil kesempatan dari program yang diadakan itu bagi melaksanakan muslihat Umno BN seperti menjadikan pendatang-pendatang tanpa izin itu sebagai pengundi bagi pihak Umno BN dalam pilihanraya.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, bagi PAS, program pembersihan Pati yang diadakan itu memberikan kebaikan tertentu kepada negara dan Pati-Pati terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Deported Imran seeks compensation

Posted: 16 Aug 2011 07:58 PM PDT

The Hindraf Makkal Sakti's lawyer wants to donate the money to a charity of his choice.

GEORGE TOWN: Hindraf Makkal Sakti's lawyer Imran Khan has demanded compensation from the Malaysian government for refusing him entry into the country last Friday.
And he wants to donate the compensation to a charity.
In a strongly-worded letter yesterday to the Malaysian High Commissioner to the United Kingdom, the British solicitor also demanded a written apology from the government for his enforced departure.
He has demanded a written explanation on why he was deported when he arrived at the Kuala Lumpur International Airport in Sepang at 1.50pm last Friday.
He also demanded in writing that the government rescind its decision to refuse him entry and allow him to enter Malaysia in future.
Read More / Baca Lagi >>

The Mongolian connection? Star's apology not good enough, says Hisham

Posted: 16 Aug 2011 07:56 PM PDT

The Mongolian connection? Star's apology not good enough, says HishamHome Minister Hishammuddin Hussein wants The Star to make a "very clear apology" to the  Muslims in the country, who were deeply hurt over the newspaper's special supplement for the fasting month, in which it had featured pork dishes which are taboo in Islam.
"It was because I was dissatisfied with the newspaper's respsonse to the mistake that I called its Group Chief Editor for an explanation today. If a mistake has been made, a very clear apology must be made to Muslims in the country," Hisham told reporters on Tuesday.
The Mongolian connection?
The MCA-owned daily has since issued an apology, saying it was a "mistake", but some groups linked to Prime Minister Najib Razak's UMNO party insist it was not enough. Ultra-Malay rights group Perkasa has gone on warpath and burned copies of the newspaper, sparking speculation that perhaps the article had offended more than just Muslims.
Read More / Baca Lagi >>

Ezam sowing seeds of racial tension

Posted: 16 Aug 2011 07:54 PM PDT

It seems like Umno senator Ezam Mohd Nor will stop at nothing to gain political mileage. Now, he is using religion to threaten the non-Muslims, all under the guise of protecting the faith.

The "leave Islam alone" threat has cropped up again. This time it is Umno senator Ezam Mohd Nor who has declared war against all those who try and convert Muslims. He said he will also burn down news portals which act as agents for infidels.
Where is Ezam coming from, openly making such threats to online news portals and to non-Muslims? Will action be taken against him for disrupting peace through his incendiary remarks?
Ezam is one angry man who has even threatened Muslims who abet non-Muslims in conversions out of Islam.
"We have no choice but to wage war to protect the Muslim faith," he said recently in front of 500 fellow Muslims at the compound of the Selangor state mosque in Shah Alam.
Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa Khas : Pakatan Kemuka Tujuh Syarat

Posted: 16 Aug 2011 07:53 PM PDT

KUALA LUMPUR 17 OGOS : Pakatan Rakyat mengemukakan tujuh syarat sebelum menyokong penubuhan jawatankuasa khas parlimen untuk reformasi sistem pilihan raya, termasuk melantik pemimpin pembangkang untuk mengetuainya.

Dalam kenyataan Pakatan yang dibaca oleh naib presiden PKR, Nurul Izzah, di satu sidang akhbar di pejabat agung PAS tengahari semalam, enam lagi syarat yang dituntut gabungan tersebut ialah:

1. Ia harus mempunyai kuasa menyiasat, mengesah, dan mencadangkan perubahan yang menyeluruh. Jawatankuasa mesti diberikan kuasa dan kewangan yang secukupnya.
Read More / Baca Lagi >>

More illegal MyKad centres exposed: "I don’t trust EC deputy"

Posted: 16 Aug 2011 07:52 PM PDT

More illegal MyKad centres exposed: "I don't trust EC deputy"PAS secretary general Mustafa Ali has today revealed a shocking new discovery in the saga surrounding the series of exposes on electoral fraud, this time of centres which issue MyKads to foreigners before they are immediately registered as voters.
Mustafa however refused to hand over the evidences to the Election Commission's controversial deputy chairman Wan Ahmad Wan Omar, saying he would only deal with its chairman.
"I shall report the matter to the Election Commission, but I will hand over the evidence only to the chairman Abdul Aziz Yusof," he told a press conference at PAS headquarters.
"I will not hand it over to the deputy chairman. I don't trust him. Abdul Aziz, I can still trust a little bit," he was quoted as saying by online portal Malaysiakini.
Read More / Baca Lagi >>

Page: Kajian guna dua bahasa jangan jadi ‘wayang kulit politik tidak kesudahan’

Posted: 16 Aug 2011 07:47 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Pertubuhan bukan kerajaan Page berharap kajian menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah tidak akan menjadi "wayang kulit politik yang tidak berkesudahan."
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran masih mengkaji kemungkinan menggunakan dua bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik di sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kajian itu perlu dilakukan dalam konteks kerajaan telah memutuskan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) sama ada tawaran atau pilihan boleh dibuat kepada mana-mana sekolah yang berminat tanpa menimbulkan sebarang masalah.
Sehubungan itu tegas Naib Pengerusi Page Sulaiman Mahran, pihaknya mahu kerajaan dalam memutuskan pelaksanaan MBMMBI, memberi pertimbangan agar opsyen Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibawa ke Kabinet untuk diluluskan.
Read More / Baca Lagi >>

Najib akui kepincangan sistem p'raya

Posted: 16 Aug 2011 07:42 PM PDT

KOTA BHARU, 17 Ogos: Hakikat kepincangan yang berlaku dalam proses perjalanan pilihan raya di Malaysia dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini diakui sendiri kepimpinan Najib, kata Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, ianya dapat dilihat apabila perdana menteri sendiri mengumumkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengkaji reformasi pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada PRU hingga panel Parlimen selesai misi, Najib susun strategi

Posted: 16 Aug 2011 07:41 PM PDT


17 Ogos — Di sebalik Himpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya ekoran dakwaan terlalu banyak kepincangan dan kekurangan terutama menyentuh daftar pemilih, pentadbiran Najib yang pada awalnya menolak tuntutan itu akhirnya cuba melakukan perubahan.
Walaupun cuba tidak melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 secara langsung, namun pengumuman Datuk Seri Najib Razak kelmarin dilihat usaha memperbaiki "kesilapan" pentadbirannya mengendalikan perhimpunan bulan lalu.
Bagaimanapun langkah Najib itu dilihat masih belum memberi isyarat jelas sama ada pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Read More / Baca Lagi >>

Ramadan - antara syariat dan adat

Posted: 16 Aug 2011 07:40 PM PDT

Nisar Mohammad Ahmad
 
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telahpun secara rasmi memasuki fasa separuh keduanya.

Kalau dalam perlawanan bola sepak, separuh masa kedua adalah kesempatan terbaik bagi memperbaiki kelemahan semasa separuh masa pertama.
Jika gawang dibolosi beberapa kali semasa separuh masa pertama, maka kesempatan di separuh masa kedua perlu digunakan semaksima mungkin untuk memperbaiki kelemahan, memperbetulkan strategi dan mempertajamkan jentera serangan dengan harapan dapat beroleh kemengangan di akhir perlawanan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno gagal laksana semangat Perlembagaan dengan betul,

Posted: 16 Aug 2011 07:38 PM PDT


KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno telah gagal melaksanakan dasar Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.
Dalam buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang dilancarkan baru-baru ini, Presiden PAS berkata, Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN) juga tidak menunjukkan contoh ajaran Islam kepada orang bukan Islam.
"PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.
Read More / Baca Lagi >>

To DAP from Umno with love: Red carpet or poisoned chalice

Posted: 16 Aug 2011 07:36 PM PDT

Rudyard Kipling, in his Barrack-room ballads, 1892 said "Oh, East is East, and West is West, and never the twain shall meet." Such is the situation now with DAP and Barisan Nasional in the Malaysian political ballads.
To DAP from Umno with love: Red carpet or poisoned chaliceDAP as a political party is in essence based on multiracialism whereas Umno and MCA are wholly race-based political entities. No doubt Gerakan in its formative days started off as a multiracial party led by many promising intellectuals, but later on it was more perceived as a party representing the Chinese than the other races. In fact, MCA and Gerakan depended on Chinese votes to stay relevant in Malaysian politics. Yet, they could not survive without the support of other voting communities in many plebiscites. The Malays and other races did support these parties in the spirit of Malaysian camaraderie and Barisan Nasional.
Failing to make inroads into the Malay electoral bastions DAP was at one time inadvertently perceived as a Chinese-based party – thanks to the political manoeuvres by Umno through the mainstream media - and it had to depend much on one community votes to stay relevant. Today, though, with the dawn of Pakatan Rakyat DAP has managed to change its pre-conceived image and is more perceived as a moderate multi-racial political entity – thanks to Pas and PKR. The Pakatan Rakyat chemistry has brought about to a rejuvenated DAP and it has since grown to become a party well accepted by the other races – especially among the urban voters. Its political pragmatism in a multi-racial Malaysia after taking over Penang has made DAP all the rage among the educated electorate and the ordinary citizens.
Read More / Baca Lagi >>

Sahabat APCO@UMphorNo: Israel serang Gaza

Posted: 16 Aug 2011 03:27 PM PDT


BEBERAPA penduduk Palestin memeriksa lokasi serangan udara tentera Israel di Bandar Gaza, Palestin semalam.


BANDAR GAZA - Seorang penduduk Palestin maut dan tujuh lagi cedera dalam satu serangan tentera udara Israel di Genting Gaza, kata beberapa kakitangan perubatan Palestin semalam.
Tentera Israel menyatakan, pesawat-pesawatnya menjadikan empat kawasan di Genting Gaza sebagai sasaran bagi membalas serangan roket dari wilayah Palestin.
Jurucakap sebuah agensi perkhidmatan kecemasan yang dikendalikan pergerakan Hamas, Adham Abu Selmiya berkata, serangan itu menyebabkan seorang penduduk Palestin maut dan tujuh lagi cedera.
"Kami mengetahui kematian syahid Musa Shtawe akibat kecederaan selepas serangan di timur Bandar Gaza," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Demokrasi Tulen Amalan Pentadbiran Unisel

Posted: 16 Aug 2011 03:08 PM PDT

Video :Kami Pun Rakyat Malaysia, Jangan Sisihkan Kami

Posted: 16 Aug 2011 03:07 PM PDT