Selasa, 16 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Man Kadir : Rakyat dilalaikan (video)

Posted: 16 Aug 2011 11:01 PM PDT

Umi Hafilda bersumpah tak pernah ehem ehem dengan Baginda ... hahaha

Posted: 16 Aug 2011 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali (gambar) bersumpah laknat tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda.

Ummi Hafilda melafazkan sumpah itu di hadapan wartawan, jurugambar dan penasihat undang-undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz selepas memfailkan saman memohon kebenaran merekodkan penghakiman ingkar terhadap Nor Azman di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Katanya, sumpah itu untuk mempertahankan maruahnya yang telah tercemar berkenaan isu hubungan seksnya dengan Nor Azman yang tersebar luas melalui media serta blog.

"Saya Ummi Hafilda Ali, dengan ini Wallahi, Wabillahi, Watallahi tidak pernah mengadakan apa-apa hubungan seks dengan Nor Azman.

"Saya melafazkan sumpah laknat ini kerana saya difitnah secara melampau. Saya juga tahu siapa di belakangnya. Sumpah ini di bulan Ramadan yang suci, jika saya tipu saya akan dilaknat," katanya.

Tegas Ummi Hafilda, sehingga kini beliau masih menanti kehadiran Nor Azman di muka pengadilan untuk menyelesaikan fitnah tersebut.

"Telah sampai masanya untuk perkara ini dibawa ke mahkamah, saya cabar Nor Azman tetapi kenapa dia tidak hadir ke mahkamah?," katanya.

Permohonan penghakiman ingkar itu dibuat setelah Nor Azman gagal hadir ke prosiding kes saman fitnah RM100 juta sebelum ini.

Saman tersebut dibuat ke atas Nor Azman sebagai defendan melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Melalui permohonan tersebut, Ummi Hafilda selaku plaintif mendakwa writ saman dan pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan secara penyampaian ganti melalui suatu notis di dalam akhbar Harian Metro pada 16 Julai lalu dan afidavit penyampaian ganti turut difailkan tiga hari selepas itu.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu juga telah lengkap pada 29 Julai lalu dan defendan seharusnya memasukkan kehadiran atau pembelaan kepada tuntutan sebelum atau 7 Ogos lalu.

Terdahulu, Ummi Hafilda telah memfailkan semula saman berkenaan pada 25 April lalu yang menamakan Nor Azman sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan kedua selepas Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membatalkan samannya kerana peguam dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes disebut pada 13 April lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Ummi Hafilda mendakwa Nor Azman dalam satu temu ramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan menyerang secara peribadi, malah dikeluarkan semata-mata untuk memalukannya dan berniat jahat. - Sinar Harian

Murid Melayu Islam: ‘Ya, saya tahu Nabi Isa sayangkan saya…’ — Zaini Hassan

Posted: 16 Aug 2011 05:11 PM PDT

17 OGOS — Pendedahan yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.

Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.

Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.

Cikgu S berkata kepada saya: "Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa
Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

"'Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?

"Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib."

Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.

Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.

Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.

Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.

Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.

Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.

"Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.

"Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius."

Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!

Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?

"Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.

"Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini..."

"Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri."

Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.

Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ''Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

"Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya."

Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.

Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.

Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.

Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.

Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.

Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.

Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.

Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?

Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.

PAS, kini bukan PAS dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. PAS kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.

Saya pernah syorkan Umno menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.

Jika PAS sudah gagal, maka Umno sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha Umno melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.

Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:

''Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai 'KAIN PUTIH'.

"Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang 'SEDANG' mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.

"Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S."

Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua...? — The Malaysian Insider

BERSIH 2.0 : SKMM panggil jurufoto Suara Keadilan

Posted: 16 Aug 2011 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Seorang jurugambar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung gambar yang dirakamkan semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, jurugambar itu Yusriah Yusof, 50, mengesahkan perkara itu dan akan hadir memberi keterangan kepada SKMM pada Jumaat ini.

Dalam arahan kehadiran yang difakskan kepada Yusriah, dia diminta hadir bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Ya... saya telah diminta hadir untuk memberikan keterangan mengenai gambar pada Himpunan Bersih 2.0 tapi saya tidak diberitahu gambar yang mana satu.

"Pegawai (SKMM) mengatakan gambar kecederaan tapi tidak nyatakan gambar yang mana satu, saya kata banyak gambar cedera tapi pegawai itu minta saya hadir ke pejabat SKMM," katanya.

Kata Yusriah, dia tidak menolak kemungkinan gambar yang dimaksudkan itu adalah gambar kecederaan yang melibatkan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry.

"Mungkin ia gambar pembantu peribadi Anwar semasa Himpunan Bersih 2.0," katanya.

Pada Himpunan Bersih 2.0, Fayyadh mengalami kecederaan teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanistes gas pemedih mata.

Sebanyak lima plat besi dimasukkan di tulang pipi Fayyadh di mana hampir 12 kanister gas pemedih mata dilepaskan di dalam terowong di KL Sentral dan tiga terkena di mukanya dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang cedera di kepala. - The Malaysian Insider

Khalid Samad buat laporan polis terhadap Papa Gomo

Posted: 16 Aug 2011 03:28 AM PDT

Sita gereja: Blogger Umno tipu
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.

Macam ni rupanya kerja Umno ...

Posted: 16 Aug 2011 01:35 AM PDT

Bukan tiga individu diklon tapi beribu lagi- Suhaizan
(Oleh: Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR: Tuntutan lapan perkara yang dikemukakan Bersih 2.0 wajar dilaksanakan apabila banyak pendedahan berhubung kepincangan sistem pilihan raya selepas perhimpunan 9 Julai lalu didedahkan.

Bermula dengan isu pengundi berusia lebih 100 tahun, mereka yang memiliki taraf Penduduk tetap (PR) tetapi layak mengundi dan pelbagai kesilapan dalam daftar pemilih SPR, kini timbul isu pengundi bertindih atau pengundi klon.

Semalam, Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizat Kaiat mendedahkan identiti pengundi klon tersebut yang bukan sahaja memegang dua nombor pengenalan diri, tetapi juga memiliki dua nombor keahlian Umno.

Penemuan itu berdasarkan semakan di laman web SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan data keahlian anggota Umno.

"Mustahil jika SPR tidak tahu perkara ini berlaku kerana bukan 10 hingga 20 nama, tetapi pihak kami mendapati beribu-ribu individu mempunyai nombor kad pengenalan sama cuma berbeza pada dua digit terakhir," katanya.

Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, besar kemungkinan sistem pemilihan dalam Umno juga dilaksanakan dalam suasana kotor.

"Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah.

"Apabila tidak sah, maka pengerusi yang dipilih juga tidak sah," kata beliau.

Suhaizan juga menambah, isu itu juga membuktikan sistem biometrik yang mahu dilaksanakan kerajaan tidak praktikal berdasarkan kelemahan tersebut.

"Sistem biometrik ini banyak masalah misalnya tidak semua tempat mempunyai internet yang baik, ia nya sistem yang tidak praktikal," kata beliau - Keadilan Daily

"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya"

Posted: 16 Aug 2011 12:51 AM PDT

Imam kecewa selepas ditangkap dalam BERSIH

Jimadie Shah Othman
Ogos 16, 11

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kini "berkerat rotan berpatah arang" dengan Jabatan Agama Johor (JAJ) yang mengeluarkan arahan itu.

Imam kecewa itu - Hassan Md Said - membayangkan tidak mahu lagi berkhidmat dengan JAJ selepas tamat tempoh penggantungan tiga bulannya pada 2 November depan.

"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya.

"Saya sudah 14 tahun berkhidmat sebagai imam tetapi macam tidak dihargai. Jabatan agama (JAJ) ini tidak profesional langsung," kata imam bertauliah di Masjid Ladang itu.

Hassan, 40, mendakwa menerima surat makluman penggantungan tiga bulan dari Pengarah JAJ Elias Hasran bermula 2 Ogos kerana "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.

Walaupun tidak disebut secara jelas, Hassan percaya elaun bulanan RM750 yang diterimanya akan dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit "kencing manis serius" itu hilang mata pencarian.

Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertai itu sebaliknya hanya datang menziarahi saudara dan melawat ibu negara.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan menyifatkan tindakan JAJ menggantungnya tanpa alasan jelas sebagai tidak profesional dan tidak berbudi bahasa.

Menurutnya lagi, tindakan jelas itu menyebabnya dipandang serong oleh masyarakat sehingga ada yang menyangkanya terlibat dalam perbuatan jenayah.

"(Kesannya) sekarang orang datang belajar mengaji (dengan saya) pun sudah kurang," katanya bapa kepada empat orang anak - dua darinya berumur setahun dan dua tahun serta masih menyusu botol.

Ditanya keadaan kewangannya sekarang, Hassan berkata beliau dalam keadaan "defisit", tambahan lagi dengan keadaan di mana harga barang semuanya mahal.

"Kami berkeluarga di sini agak daif. Rumah pun tidak ada dan cuma menyewa dekat masjid... Susahlah lepaini, sewa pun tak lepas," katanya - malaysiakini

Tiada ulasan: