Isnin, 8 Ogos 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


ISU PENGUNDI HANTU - NAZRI AZIZ KATA TUNJUK BUKTI, BERAPA BANYAK MAHU KUMPUL BUKTI?

Posted: 08 Aug 2011 08:24 PM PDT

SPR daftar Kg Baru pula sebagai pengundi

Ogos 9, 11

Lagi kepincangan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didedahkan.

NONEKali ini, menurut ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat, SPR berjaya mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Suhaizan (kanan) yang juga pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, - Kg Baru mempunyai kad pengenalan bernombor 830527115422 dan dia dilahirkan pada 27 Mei 1983.

Menurut daftar pemilih SPR yang telah disahkan - Kg Baru layak mengundi di DUN Hulu Besut dan kerusi parlimen Besut.

Apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) nombor kad pengenalan bagi pemilih yang bernama Kg Baru sebenarnya adalah milik Noraini Binti Abdullah.

NONENONE"Persoalannya bagaimana SPR boleh melakukan kesilapan yang begitu memalukan? Bagaimana kecuaian ini boleh berlaku?

"Apakah (Timbalan Pengerusi SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih menganggap isu ini hanyak layak dijawab oleh kerani SPR sahaja?" soal Suhaizan dalam satu kenyataan media.

Selain itu, beliau juga mendakwa Pemuda PAS telah menjumpai pemilih dari kalangan 'pengundi hantu' di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN.
Tidak sah

Beliau memberikan contoh seseorang yang kononnya bernama Farhana Binti Abdul Rashid, no kad pengenalan 840505715012 dan dikatakan pengundi di DUN Wakaf Mempelam dan kerusi parlimen Kuala Terengganu di daftar pemilih SPR yang telah disahkan.

Namun semakan di laman web JPN menunjukkan nombor yang dimasukkan tidak sah ataupun tiada permohonan mengikut nombor yang diberikan itu.


NONENONE"Persoalannya bagaimana SPR boleh mendaftarkan pengundi hantu sedangkan SPR mempunyai sistem pendaftaran pemilih sepanjang tahun (e-SPPST) yang telah dihubungkan dengan JPN melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System)?

"Berdasarkan kepada peristiwa pada 2 Ogos lalu di mana JPN mengubah status warganegara dalam tempoh satu jam setengah maka mungkin maklumat Farhana Binti Abdul Rashid akan berubah selepas media menyiarkan maklumat pengundi hantu ini," katanya.
Minggu lalu, SPR menyenaraikan seorang penduduk berstatus penduduk tetap (PR) yang bernama Mismah sebagai pengundi pada daftar pemilihnya.

Walau bagaimanapun semakan dalam sistem pengesahan dalam talian JPN menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.


NONENamun kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan, status Mismah dalam sistemJPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Ketua pengarah JPN, Datin Jariah Mohd Said kemudiannya menjelaskan perkara itu tidak benar dan rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata tempoh bantahan yang lebih lama diperlukan bagi menyemak daftar pemilih SPR bagi membuktikan ia benar-benar bebas daripada 'pengundi hantu'.

Terlalu singkat

Beliau berkata tempoh bantahan sekarang yang hanya selama lima hari termasuk dua hari bercuti adalah terlalu singkat dan tidak munasabah.


voter registration campaign 110707 registration"Contohnya dalam rang suku ke-2 tahun 2011, SPR hanya membenarkan bantahan pada 29 Julai hingga 2 Ogos. Iaitu 5 hari bermula hari Jumaat hingga Selasa.

"Tempoh ini terlalu singkat dan merumitkan. Tempoh yang terlalu singkat ini seolah-olah SPR mempunyai agenda tersembunyi bagi menyukarkan pembantah untuk membuat bantahan," katanya.

Menurut Suhaizan, Pemuda PAS juga mendesak SPR agar mengugurkan bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak.

"Bantahan ini merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Bantahan ini dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih. Apabila bayaran yang dikenakan terlalu mahal maka ia akan membebankan mereka yang mahu membuat bantahan sedangkan bantahan ini bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR.


azlan"Ini bermaksud pembantah mahu membantu SPR membersihkan data mereka. Membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Malangnya SPR mengenakan bayaran yang tinggi untuk membantunya membersihkan daftar pemilih.

"Bayaran yang dikenakan oleh SPR kepada pembantah adalah termasuk perkara-perkara yang pelik dalam negara kita. Sepatutnya SPR memberi bayaran tanda penghargaan kepada mereka yang membuat bantahan bukannya mengenakan bayaran kepada mereka yang mahu membantu SPR," katanya lagi./Malaysiakini

JIKA PM KITA PENAKUT, TAKKAN TOKOH MAAL HIJRAH PUN PENAKUT JUGA?

Posted: 07 Aug 2011 11:23 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TOKOH MAAL HIJRAH, sepatutnya mempunyai sifat berani kerana benar apatahlagi jika melibatkan hukum-hakam yang beliau sendiri keluarkan. Tetapi, apa sudah jadi dengan tokoh `ulamak' janggut berinai merah bernama Dr Muhammad Uthman El-Muhammadi ini?

Di dalam isu tuduhan terhadap golongan yang dikatakan puak `Wahabi' serta dikaitkan pula dengan keganasan atau pelampau, tokoh yang seringkali `kipas' kerajaan ini diberitakan takut untuk berdailog dengan Majlis Jawatankuasa Fatwa Perlis. Bukankah tuduhan telah dibuat terhadap `Wahabi' sehinggakan memburukkan nama Arab Saudi, tetapi mengapa takut untuk berdialog? Apakah sememangnya jenis `spesis' puak ini memang penikus bila diajak berdebat atau berdialog?

Malaysiakini melaporkan, "Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dukacita kerana undangan rasmi jawatankuasa fatwa Perlis kepada penceramah popular - Dr Muhammad Uthman El-Muhammady yang dikata mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme - untuk berdialog telah ditolak.

NONE"Saya amat dukacita sebab Uthman El-Muhammady tolak jemputan rasmi untuk dialog secara harmoni mengenai 'kesesatan' dan 'keganasan' Arab Saudi yang beliau dakwakan.

"Bagaimana mungkin seorang yang merupakan 'ahli akademik' takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi-buta," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.


ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammadySebenarnya saya sudah lama tidak yakin dengan tokoh ini kerana setiap pandangannya seringkali menunjukkan `taat setia' beliau terhadap sang Penguasa, hatta sang Penguasa bertindak zalim atau bertentangan dengan Islam sekalipun. Ciri-ciri tokoh Maal Hijrah pada perspektif kerajaan mungkin tepat untuk beliau, tetapi sebagai Ulamak, jauh panggang dari api.

Sebagai contoh di dalam isu ini, mengapa takut untuk berdepan dengan hujah beliau sendiri? Adakah takut untuk berdepan dengan Us Dr Asri atau daripada kumpulan Ulamak Muda yang `mentah' dari Umno itu? Berani buat, berani tanggung. Berani tuduh, beranilah berhujah. Malangnya, tokoh ini mendiamkan diri dan terus membiarkan rakyat tertanya-tanya di pihak mana yang betul dan salah. Inikah sikap seorang tokoh Maal Hijrah atau mahu dipangil Ulamak?

Jika di dalam isu `Wahabi' pun terkial-kial mahu berhujah, apa mahu diharapkan orang seperti ini untuk berhujah atau berdialog tentang Negara Islam dan hukum Islam. Sebab itu, selagi ada tokoh `kipas lipas' yang menjadi `Penasihat 20 persen' di dalam Kerajaan, usah di mimpi negara ini akan berjaya mendaulatkan hukum Islam. /wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


SPR-JPN : Sidang Parlimen Khas Perlu Untuk Bincang Isu Daftar Pemilih

Posted: 08 Aug 2011 09:48 PM PDT


KATA Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz beliau tidak tahu bagaimana orang boleh mendaftar sebagai pengundi kalau seseorang itu berstatus kad pengenalan merah. Menurutnya seseorang yang memegang kad pengenalan biru saja boleh mendaftar sebagai pengundi. Apa yang Nazri cakapkan itu adalah mengikut law dan peraturan lazim.
Read More / Baca Lagi >>

Helah Politik : Apa yang boleh lawan teknologi SPR semakin "maju"?

Posted: 08 Aug 2011 09:45 PM PDT

Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Daftar pemilih SPR mencipta satu sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung bernama Kg Baru sebagai pengundi.

Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Kg Baru yang mempunyai no kad pengenalan 830527115422 dan dilahirkan pada 27 Mei 1983 layak mengundi di Dun Hulu Besut dalam parlimen Besut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor dalam satu kenyataan berkata, daftar pemilih SPR bukan sahaja mendaftar manusia sebagai pemilih tetapi telah mencipta satu sejarah baru mendaftarkan kampung sebagai pemilih yang sah dalam negara ini.

Berikut ulasan beliau berhubung perkara itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ahaaks : 530,625 PATI didaftar sejak 1 Ogos...sendiri mau ingat lol..!!!

Posted: 08 Aug 2011 09:40 PM PDT

Sejumlah 530,625 pendatang asing tanpa izin (PATI) didaftarkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah, bermula pada 1 Ogos sehingga semalam, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim.

NONEBeliau berkata pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) telah dilaksanakan di 206 pejabat Imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah serta 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan 336 syarikat pengurus.

"Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Sabah mencatatkan rekod pendaftaran PATI paling tinggi dengan jumlah 152,588; diikuti Selangor, 126,094; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (103,075); Johor (33,451); Pulau Pinang (27,046); Perak (19,999); Pahang (18,390); Wilayah Persekutuan Putrajaya (13,400); Negeri Sembilan (13,065); Kedah (12,703); Melaka (5,842); Kelantan (2,150); Terengganu (1,761); Perlis (962); dan terendah, Wilayah Persekutuan Labuan, 99," katanya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Konspirasi SPR-JPN : PAS P.Pinang kesan 237 pemilih mencurigakan

Posted: 08 Aug 2011 09:34 PM PDT

KEPALA BATAS, 9 Ogos: Seramai 237 nama dalam senarai daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) didakwa mencurigakan dan telah dikenal pasti di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Pilihananraya PAS Negeri (JPN) Pulau Pinang, Rosidi Husein memberitahu masalah tersebut mula dikesan sejak sebulan lalu dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan senarai baru itu.

"Kita syak ada usaha pihak tertentu memasukan nama-nama yang tidak dikenali dalam senarai pemilih yang baru. Apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng terdapatnya pertambahan pengundi yang mendadak di Pulau Pinang sah dan betul, " tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

MyKad - JPN, SPR dan konspirasi terkotor?

Posted: 08 Aug 2011 09:31 PM PDT

Dr Syed Azman Syed Ahmad
Banyak yang di perkatakan oleh pelbagai pihak apabila berlakunya pendedahan isu yang cukup membimbangkan sebahagian besar rakyat di negara ini serta mengancam keselamatan negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONEPaling terkini beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru yang didakwa dilakukan secara terdesak oleh pimpinan tertinggi negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Bagi saya, pendedahan persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN bukanlah suatu yang 'mengejutkan' kerana ianya 'isu lama' telah sejak sekian lama wujud di negara kita. Pendedahan penipuan serta manipulasi pilihan raya inilah yang menjadikan demokrasi di negara kita berjalan dalam keadaan yang penuh kepincangan dan tempang.
Fakta persekongkolan
Saya teringat satu fakta persekongkolan terhormat JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN ini apabila berlakunya pendaftaran beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu.
Read More / Baca Lagi >>

Lancarkan BERSIH 3.0!

Posted: 08 Aug 2011 03:18 PM PDT

  Hari ini....genap sebulan peristiwa 9 Julai 2011. Namun apa hasilnya? Satu nyawa sudah terkorban, ribuan tercedera dan ribuan lagi ditangkap. Hasilnya SPR tetap menjadi keldai tunggangan Umno dan Barisan Nasional. SPR tetap menjadi pak turut apa sahaja kehendak Najib Razak. Ini adalah hasilnya dan kita tidak boleh nafikan.

Apa tindakan selanjutnya? Dengan pendaftaran segera ratusan ribu warga PATI menjadi warganegara Malaysia merupakan titik - tolak betapa Malaysia dalam keadaan bahaya. Demi mempertahankan kuasa, Umno sanggup menggadaikan negara kita. Negara yang sudah kita bina 50 tahun lebih dan rakyatnya sudah mula mengenali antara satu sama lain telah digadaikan kepada warga PATI yang sudah pasti tidak kenal akan budaya hormat - menghormati kita bina selama ini. Kita warga Malaysia terus diam membisu.Read More / Baca Lagi >>

DASAR-DASAR DAKWAH DAN SIKAP ISLAM TERHADAP LAWAN

Posted: 08 Aug 2011 03:11 PM PDT

Firman Allah bermaksud:

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat di jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa-apa yang mereka tipu dayakan.

Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.

[ Surah an-Nahl:125-128) 

'Rats' flee Najib's sinking ship?

Posted: 08 Aug 2011 02:58 PM PDT

'Rats' flee Najib's sinking ship?It never rains but it pours. With a looming court case in France over the Scorpenes kickbacks scandal which includes a murder plot, a wife embroiled in a ring scandal and a dysfunctional administration that has lost its plot, Najib Razak now faces loosing support amongst the BN component parties.
BN which is a coalition of 13 political parties with UMNO being the biggest, followed by MCA and then MIC, has been holding court for 53 years. Of late, UMNO has leaned to the right, dictating the conduct and policies of the coalition and in turn steadily loosing the support of Malaysians.
Najib Razak's attempt at buying the MIC vote by giving their president a ministerial post, seems to have back-fired with the MIC president issuing an arrogant rant that only MIC can be allowed to represent the Indian interest in BN. If other Indian-based political parties were to be admitted into BN, MIC would "walk out".
Read More / Baca Lagi >>

Sogokan Untuk Menukar Aqidah : Siapa Pelopornya?

Posted: 08 Aug 2011 02:57 PM PDT

Dalam sehari dua ini, tidak ada cerita yang lebih panas melainkan isu serbuan gereja di Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ruang-ruang media massa eletronik dan cetak digunakan sepenuhnya untuk menghebohkan cerita serbuan ini. Hilang sudah kisah penduduk tetap yang diberikan kerakyatan segera, dan barangkali juga turut hilang cerita saya dicabar untuk menafikan pertemuan dengan pihak tertentu untuk dilantik sebagai ketua Pakatan Rakyat. Selepas saya menyahut cabaran, tidak terlintas pula di dada akhbar orang yang mencabar saya. Jika sibuk beribadah di bulan Ramadhan, saya ucapkan tahniah.Read More / Baca Lagi >>

Majlis agama bukan Islam kecam tindakan serbu gereja, sifatkan ‘contoh bahaya’

Posted: 08 Aug 2011 02:51 PM PDT


Hasan mendakwa perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan pada ucapan di majlis makan malam tersebut. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama ketika berlangsungnya majlis makan malam muhibah Rabu lalu dengan menegaskan, ia melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.Read More / Baca Lagi >>

Video : Sidang tergempar Nazri akan maklumkan pada Najib

Posted: 08 Aug 2011 02:47 PM PDT

Video : Isu Wahabi - Tindakan Kurang Bijak Uthman El Muhammady

Posted: 08 Aug 2011 02:46 PM PDT

Video : Polis Harus Bertanggungjawab Atas Penangkapan Saya - Salahuddin Ayub

Posted: 08 Aug 2011 02:45 PM PDT

Hebahan: Budak perempuan hilang dipercayai diculik!!

Posted: 08 Aug 2011 11:02 AM PDT

Sumber Maklumat : 
Budak perempuan hilang dipercayai diculik!! http://www.facebook.com/media/set/?set=a.174576035946731.39236.174575685946766

Nilai Bursa terhakis RM65 Billion.. Pengaruh Najib juga bakal terhakis..

Posted: 08 Aug 2011 10:50 AM PDT


Semalam Mingguan Malaysia melaporkan bahawa kejatuhan pasaran saham Asia yang disebabkan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak akan memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi negara.

Ianya dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang memetik bahawa perkembangan tersebut hanya bersifat sementara dan belum ada petunjuk kemungkinan berlaku kemelesetan ekonomi dunia dalam masa terdekat.' Read More / Baca Lagi >>

DEMI AGAMA-DARAH DAN NYAWA AKAN DIPERSEMBAHKAN

Posted: 08 Aug 2011 10:48 AM PDT

1. Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk "political millage" dalam kekeruhan situasi yang dialami.

2. Saya melihat PAS seperti "round about" yang sekelilingnya bercapah jalan menuju ke arahnya. Semua pihak sedang memerhati apa langkah PAS berikutnya selepas meletus isu JAIS dan Gereja ini. Lalu timbul pula pelbagai tafsiran, tanggapan dan telahan dibuat kepada PAS. Saya boleh mengenal pasti beberapa kategori untuk saya tegaskan kali ini ekoran tercetusnya isu ini.

Pertama : isu Aqidah Ummat Islam
Kedua : isu JAIS dan tindakannya
Ketiga : isu Gereja dan kedudukannya
Keempat : isu keadaan Ummat Islam secara umumnya.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar Keberangkatan Sultan Kelantan Ke Mukim Tumpat Untuk Solat Terawih

Posted: 08 Aug 2011 10:45 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/226154_2313082628787_1301047477_2723486_249712_n.jpg


Keberangkatan Tuanku Sultan dalam majlis penyampaian Zakat dalam jajahan Tumpat selepas majlis berbuka puasa dan terawih bersama anak mukim Kg Bunut Sarang Burung.Turut hadir dalam majlis ini Dato TMB, Dato Kamarudin Jaffar, YB Adun Wakaf Bharu, YB Mohamad Zaki Ibrahim

Wawancara Eksklusif : Timbalan Presiden PAS ,Mohamad Sabu anggap polis berbohong

Posted: 08 Aug 2011 10:44 AM PDT

WAWANCARA ringkas Wartawan Pulau Pinang, MOHD SABRI SAID bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumah keluarganya di Tasek Gelugor, 22 Julai lalu bagi menjelaskan dakwaan Polis kononnya beliau terbabas jatuh dari motosikal dan bukan dilanggar oleh kereta peronda polis. Ikuti butirannya.

WARTAWAN: Macam mana keadaan lutut saudara selepas pembedahan?
MOHAMAD SABU: Alhamdulillah berkat doa rakan-rakan semua, pembedahan lutut saya untuk memasukkan besi sudah pun selesai. Selepas seminggu pembedahan iaitu pada 15 Julai lalu saya sudah boleh meletakkan kaki kanan ke lantai, tidak macam mula-mula kena dulu.
Terpaksa dipapah atau bertongkat tanpa meletakkan tapak kaki ke lantai sebab rasa sakit yang teramat sangat di bahagian lutut.
Read More / Baca Lagi >>

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang bakal digugurkan dalam rombakan kabinet Najib...

Posted: 08 Aug 2011 10:41 AM PDT

Sumber ini aku dapat dari blog UMNO, mungkin ada benarnya senarai-senarai
Menteri dan Timbalan Menteri yang akan direhatkan, salah seorang
penggantinya ialah Khairy menantu pak Lah menggantikan Mukhris anak
Mahathit....
Inilah muka-muka yang bakal digugurkan dari senarai nanti.
.
Kenapa geng UMNO sahaja yang nak dirombaknya..... he he he,,, nak jadi
Presiden UMNO lagi lepas ni,, kalau kita perhatikan 3 wakil dari Johor,, sesak
nafaslah Muhyidin Yasin..lantak pilah kat hangpa wahai UMNO..
selamat bercakar-cakaran......,

Dah Kecut Telur Pun !

Posted: 08 Aug 2011 10:15 AM PDT

Aku kenal sangat dengan Dr Uthman ni sejak aku remaja lagi. Pernah di dalam satu Majilis Forum dia nak tumbuk Dr. Kassim Ahmad tapi sempat diredakan oleh kawan-kawan yang hadir sama termasuk Guruku Ustaz Ab. Halim Isa.
Kes Kampung Tal Tujuh
Mengulas lanjut dakwaan pengganas, Dr Juanda juga mengingatkan pensyarah itu berhubung ajaran meragukan di Kampung Tal Tujuh, di sebuah perkampungan di Pasir Mas, Kelantan yang suatu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan dirinya itu.
Laporan di laman web rasmi Majlis Fatwa memaparkan wawancara dengan Dr Uthman yang mengakui menjadi anggota Kumpulan Tal Tujuh tetapi telah keluar "bukan kerana krisis peribadi tetapi atas sebab kepentingan akidah, rohani, hukum sosial dan seumpamanya.
dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Saya suka syorkan pihak Jakim buka balik kajian terhadap status Kampung Tal 7 yang sehingga kini masih tergantung setelah puluhan tahun kertas kajian dibuat dan dibincang tanpa kata pemutus yang dikatakan ada hubungan dengan beberapa individu tertentu di Malaysia.
"Orang Kelantan ramai tahu hal ini dan Jabatan Agama Islam Kelantan amat arif tentang perkara ini. Ia dibimbangi masih mempengaruhi idea dan pemikiran sesetengah pihak memandangkan gaya penampilan dan idea masih mempunyai pengaruh kuat pada diri beberapa tokoh tertentu. Ini penting untuk keselamatan negara kita," kata Dr Juanda lagi.
Baca sepenuhnya di sini/mk

Khidmat nasihat percuma

Posted: 08 Aug 2011 10:05 AM PDT

Oleh MSK

Ada seorang yang minta aku respons kepada tulisannya yang agak panjang. Tapi dia tak mau namanya disiarkan…jadi aku panggil saja "Tanpa Nama."
Diantara kandungan tulisannya ialah:
Selalu saya dengar pemimpin PR menyatakan mereka yakin memenangi PR ke13. Tapi saya tak tahu apa jaminan atau indikasi yang menyatakan mereka akan menang. Mood rakyat memang nampak perubahan,kerajaan PR memang buat perubahan tapi keputusan pilihanraya Sarawak menunjukkan PR masih di takuk lama dari segi sokongan. peningkatan beberapa peratus undi tidak menjamin kemenangan.
Read More / Baca Lagi >>

TIPU MENIPU OLEH PENIPU PENYAMUN UMNO.

Posted: 08 Aug 2011 09:52 AM PDT

 \Written by MB Warrior http://media1-cdn.malaysiakini.com/390/3f289bc198acf047e60a75da4af09c58.gif




إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا


Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali .

An-Nisa Ayat 142
Read More / Baca Lagi >>

Santa Jib : PM beri isyarat jelas pilihanraya umum ke13 semakin hampir

Posted: 08 Aug 2011 09:47 AM PDT

Bila Perdana Menteri yang kerap kemut duit rakyat untuk diagihkan kepada kroninya berlagak pemurah kepada rakyat, itu pertanda pilihanraya umum semakin hampir.


KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Timbalan Menteri Kewangan Yang Amat Cerdik !

Posted: 08 Aug 2011 09:46 AM PDT


Majlis pelancaran dinar emas di Kelantan
tahun lepas.
Baca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussin pada tahun lepas setelah kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan perak di bawah. Katanya dinar emas dan perak tidak boleh diperniagakan di pasaran terbuka dan ia bersalahan dari segi peraturan Bank Negara dan boleh menganiaya orang ramai dan juga peniaga:

Dinar hanya boleh disimpan bukan diniaga – Awang Adek

28/08/2010 4:10pm
Read More / Baca Lagi >>

Kek dan Biskut Raya Haram? Apa JAKIM buat...!!!!

Posted: 08 Aug 2011 09:44 AM PDT

JOHOR BAHRU, 8 OGOS: Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba awal bulan depan, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati ketika membeli kek dan biskut raya, kerana dikhuatiri produk yang dibeli menggunakan mentega tidak halal, 'Golden Churn Creamy Butter'.


Mentega 'Golden Churn Creamy Butter'
Read More / Baca Lagi >>