Rabu, 20 Julai 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


BERSIH 2.0 : FRU guna gas pemedih mata Israel, Latheefa pertahan dakwaan

Posted: 20 Jul 2011 10:34 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas.

Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin.

Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan yang diperolehi ketika serangan gas pemedih mata itu dilakukan pada himpunan Bersih 2.0.

Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

"Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories," katanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin.

"Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?" kata Latheefa.

Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama.

"CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS," kata Latheefa.

Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister berkenaan dikeluarkan syarikat Combined System Inc.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau.

Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, turut digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan aman 9 Julai lalu.

Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu yang dikeluarkan Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=17182

Facebook : Dah lebih 200 ribu mahukan Najib letak jawatan ... tapi hahaha hanya 122 org yang mahu Najib tunggu

Posted: 20 Jul 2011 07:20 AM PDT

Sementara lebih 200 ribu warga internet yang menekan "suka" (like) kepada page Facebook menuntut Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri; hanya 111 yang menekan "like" di page menuntut agar Najib kekal menerajui tampuk pimpinan negara.

Page bertemakan "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" mencatat angka 204,691 orang, iaitu sekali ganda lebih daripada matlamat, sejak ditubuhkan pada 11 Julai 2011. Bagaimanapun, page bertemakan "3,000,000 People Want Najib To Stay" hanya meraih sokongan 122 orang, sejak ditubuhkan pada 15 Julai 2011. (6.54pm, 19 Julai 2011) ... seterusnya

Peguam Peranchis bakal dedah pembunuhan Altantuya

Posted: 20 Jul 2011 05:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya.

Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu.

Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti.

Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini.

Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang.

Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ.

Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam.

"Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih," kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu.

"Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu.







Serangan kanister gas : Percubaan untuk membunuh DSAI

Posted: 20 Jul 2011 02:00 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN N Surendran berkata, serangan gas pemedih mata yang dihalakan tepat ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Julai lalu, adalah siri terbaru dalam cubaan membunuh Ketua Umum KEADILAN itu.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakqry Jaafar Sidek membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi (IPD).

Laporan itu berhubung serangan kanister gas pemedih mata yang dilakukan polis terhadap Anwar dan Fayyadh ketika mereka berada di KL Sentral semasa perhimpunan aman Bersih 2.0.

Fayyadh mengalami kecederaan teruk dengan retak di tulang pipi sebelah kiri kerana cuba melindungi Anwar dalam serangan tersebut.

Menurut Surendran, tindakan polis itu susulan dari cubaan membunuh terhadap Anwar sejak 1998, termasuk usaha mensabotaj kereta yang dinaikinya bagi mengakibatkan kemalangan jalan raya beberapa bulan lalu.

"Sebab itu kita minta KDN dan kerajaan segera menyiasat perkara ini," kata Surendran.

Pada 10 Mei lalu, pemandu peribadi Anwar, Abdullah Sani Said membuat laporan polis berhubung insiden pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan.

Laporan itu turut melampirkan keterangan mekanik yang membaiki kereta berkenaan, Azman Hassan yang memaklumkan terdapat kerosakan yang teruk pada sistem brek sebelah belakang kanan kenderaan tersebut.

Pada masa yang sama, Nurul Izzah menerima ugutan SMS dari seseorang yang tidak dikenali yang mengugut untuk menculik anaknya bagi memaksa Anwar berundur dari politik.

Sumber :  http://www.keadilandaily.com/?p=17136

Ambiga - Wan Ahmad debat 26 Julai

Posted: 20 Jul 2011 12:36 AM PDT

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini.

Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.

Kehadiran Wan Ahmad disahkan dalam laporan Utusan Malaysia hari yang berkata mereka akan berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap.

[Baca berita penuh]

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TOLONG JANGAN PERSIAKAN `ANUGERAH IBRAHIM ALI"

Posted: 20 Jul 2011 11:06 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMAT rasa dukacita dan sedih sekali apabila UITM menafikan adanya anugerah `Ibrahim Ali' walaupun difahamkan orang tua tu sudah pun sanggup jadi penaja, sediakan hadiah untuk anugerah menggunakan namanya sendiri. Rasa sedih di hati ini bercampur baur dengan rasa mahu ketawa berdekah-dekah.

Siapa Ibrahim Ali? Siapa tidak kenal, ertinya mereka bukan Melayu yang bodoh. Ibrahim Ali adalah Presiden PERKASA yang melalak setiap malam di kaca TV beberapa minggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Beliau bersilih ganti dengan Tok Guru Silat yang pernah dibuang ke Pulau Jerjak dulu bersahut-sahutan di TV memberi amaran pada BERSIH. Masuk `line' juga ketika itu beberapa pencacai Wakil Rakyat lompat seperti si Zahrain dan yang terbuang seperti Zul Kulim yang 110% itu. Tak mahu kalah juga, Ali Rustam yang memberi amaran kununnya beliau tidak boleh kawan anak-anak buah silatnya jika BERSIH tetap teruskan perhimpunan.

Ada BERSIH kisah? Sepanjang hari Perhimpunan BERSIH yang aman kemudiannya `tidak diaman'kan itu berlangsung, mana muka Ibrahim Ali? Tok Guru Silat? Dikatakan geng-geng Tok Guru Silat sebenarnya hadir dengan sejumlah 50,000 orang lengkap bertanjak dan berkeris telanjang tanpa sarung tetapi mereka menggunakan ilmu ghaib. Sebab itu mereka tidak kelihatan walaupun seekor. Di mana pula geng-geng PERKASA? Dengar khabarnya mereka berkumpul sejumlah 20, 000 ditolak 19, 980 orang berkumpul di sebuah restoren minum teh sambil menonton TV menayangkan drama BERSIH 2.0. Anak buah Ali Rustam? Mungkin terkandas bas atau sedang menonton video Eskay di rumah Rahim Tambi.

Maka, memang wajar Ibrahim Ali diberi penghormatan atas nama Anugerah Ibrahim Ali. Jika UITM tidak berselera mahu iktiraf anugerah tersebut, saya fikir ada baiknya anugerah atau piala itu diserahkan kepada sekolah-sekolah rendah di perkampungan Orang Asli di Gua Musang. Sewaktu sekolah tersebut mengadakan sukan olahraga nanti, kita berikan kepada murid yang berjaya menjadi johan `melompat katak' paling tinggi atau paling kerap melompat. Saya harap idea bernas saya ini diterima sebaik mungkin demi menjaga nama Ibrahim Ali yang kita sayangi itu./wfauzdin.blogspot.com

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


TOLONG JANGAN PERSIAKAN `ANUGERAH IBRAHIM ALI"

Posted: 20 Jul 2011 08:39 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMAT rasa dukacita dan sedih sekali apabila UITM menafikan adanya anugerah `Ibrahim Ali' walaupun difahamkan orang tua tu sudah pun sanggup jadi penaja, sediakan hadiah untuk anugerah menggunakan namanya sendiri. Rasa sedih di hati ini bercampur baur dengan rasa mahu ketawa berdekah-dekah.

Siapa Ibrahim Ali? Siapa tidak kenal, ertinya mereka bukan Melayu yang bodoh. Ibrahim Ali adalah Presiden PERKASA yang melalak setiap malam di kaca TV beberapa minggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Beliau bersilih ganti dengan Tok Guru Silat yang pernah dibuang ke Pulau Jerjak dulu bersahut-sahutan di TV memberi amaran pada BERSIH. Masuk `line' juga ketika itu beberapa pencacai Wakil Rakyat lompat seperti si Zahrain dan yang terbuang seperti Zul Kulim yang 110% itu. Tak mahu kalah juga, Ali Rustam yang memberi amaran kununnya beliau tidak boleh kawal anak-anak buah silatnya jika BERSIH tetap teruskan perhimpunan.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 2.0 SEDUNIA - Kebangkitan Diaspora Malaysia

Posted: 20 Jul 2011 08:20 PM PDT

Bertitik tolak dari semangat patriotisme, rakyat Malaysia di seluruh dunia telah bangkit dan menyokong perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011. Mereka berhimpun beramai-ramai menganjurkan perhimpunan solidariti Bersih 2.0 di lokasi masing-masing. Gelombang Bersih 2.0 telah bermula di New Zealand dan seterusnya diikuti bandar-bandar utama di Australia, Asia dan Eropah, akhirnya merentasi Lautan Atlantik tiba di bandar-bandar utama di Amerika Utara termasuk Washington DC, New York, Los Angeles, Portland dan San Francisco.
Sinaran matahari terpancar terang di atas peserta-peserta Bersih 2.0 di pelbagai lokasi terutamanya tempat yang bermusim panas. Di Kuala Lumpur pula peserta perhimpunan ditembak gas pemedih mata dan meriam air kimia, hanya diselamatkan bila hujan turun dan membersihkan segalanya! Saat ini merupakan paradigma baru bagi rakyat Malaysia, terutamanya golongan anak muda. Mereka telah mengenali 'Perpaduan dalam Kepelbagaian', suatu konsep yang tidak terbayang sebelum Bersih 2.0. Ada pihak menganggarkan bahawa kira-kira 50,000 rakyat Malaysia telah berkumpul bersama tanpa mengira asal-usul etnik atau agama dan ini merupakan suatu impian yang diidam-idamkan sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

The cover-up Prime Minister: From Scorpenes to Mongolia to Communism

Posted: 20 Jul 2011 08:15 PM PDT

The cover-up Prime Minister: From Scorpenes to Mongolia to Communism
The murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu can never be swept under the carpet just like any other issue found decremental to the highest leader in Malaysia. A human life should never be bartered or made a pawn in a web of lies spun specifically to amass wealth for oneself. In true karmic fashion, Altantuya has come back to bite her tormentors. And Najib Razak, whether directly or indirectly, is one of them.
As the Malaysian PM winds up a high-profile tour of Europe, concluding a string of meetings with the British Prime Minister, Oueen Elizabeth and the Pope, waiting to greet him in Malaysia are French lawyers with a slew of new revelations and allegations. The Defense minister in charge of procurements at the relevant time, Najib still has to answer for his role in the purchase of Scorpene submarines, where huge kickbacks in the hundreds of millions have been alleged.
Read More / Baca Lagi >>

Trapped, ambushed and gassed

Posted: 20 Jul 2011 08:13 PM PDT

'I was coughing really hard. It was getting harder to breathe. The only thing that was flashing on my mind was the thought of death.'

By Fadiah Nadwa Fikri
On July 7, while I was lazing around at home after work, I got a call from my friend, N Surendran saying that my name was on the list of 91 individuals who were restricted from entering Kuala Lumpur on July 9, 2011.
Nothing surprising. It was just that I couldn't wrap my mind around the paranoia displayed by the government over a planned peaceful assembly to demand for clean and fair elections.
This whole scare tactic definitely was funnier than any comedy show I'd ever watched on TV.
It was July 9, the day plethora of right thinking Malaysians and I had been waiting for. It felt like waking up to Aidilfitri morning. Serenity filled the air. Peaceful. I packed my bag. Salt, checked. A bottle of water, checked. My friends, Latheefa Koya, Eric Paulsen and Renuka Balasubramaniam and I went to KL Hilton to meet with the rest of the group.
Read More / Baca Lagi >>

Shafee: Raja Petra merapu, dakwaan tak jejas inkues Sarbaini

Posted: 20 Jul 2011 08:08 PM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Julai — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang "bercakap merapu" sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.
Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah (gambar), sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh.
"Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh.
"Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu.
"Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insider.
Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.
"Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).
"Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap)," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Polis nafi guna pemedih mata Israel...sape nak percaya..ha..ha..ha..!!

Posted: 20 Jul 2011 08:06 PM PDT

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Persoalan kepada penentang Bersih: Kenapa diam lihat kezaliman?

Posted: 20 Jul 2011 07:50 PM PDT

Oleh JAMAL AWWAL

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu memang telah memberi pengaruh besar hingga boleh memberi tempias juga kepada hubungan persahabatan.
Ironinya, pada ketika Sasterawan Negara, A Samad Said secara terang-terang berada di baris hadapan dengan dua buah puisi perjuanganya, Unggun Bersih dan Peludah Warna, majoriti golongan intelektual dan penulis tanahair mahupun penggemar sastera dan pencinta buku terutamanya angkatan muda mengambil sikap yang didakwa "berkecuali."
Read More / Baca Lagi >>

Ibrahim Al Katakki, perasan dirinya hebat !!

Posted: 20 Jul 2011 07:49 PM PDT

Aduuhh,  malunya akuu !  Kita nak bagi anugerah, depa tak mau pulak !  Depa perlekeh! Depa tolak mentah-mentah!
Sampai hati depa kata aku macam-macam !

Begitulah nasib si Katak malang ni!  Dia cuba melompat masuk ke dalam bakul, lalu mengangkat sendiri bakul itu. Mana mungkin !!,  tetapi dia perasan dia sudah cukup hebat !  Dia perasan dia seorang pejuang bangsa !  Dia mengaku dialah pembela ketuanan  Melayu,  dialah pembela bangsa Melayu sejati !  Dialah pemegang kuat kata-kata Hang Tuah - "Takkan Melayu hilang di dunia",.. tetapi,..

Dia tak sedar Hang Tuah sendiri dah lama hilang, mati tak berkubur!  ghaib entah kemana !. Mungkin satu hari nanti Melayu juga akan hilang atau  hancur,  selagi Melayu didokong oleh UMNO dan PERKASA !  pimpinan Ib.Ali Al Katakki 
Read More / Baca Lagi >>

Agih tanah Felda Plantation agenda Buku Jingga

Posted: 20 Jul 2011 07:49 PM PDT

IPOH, 21 Julai: Dalam merealisasikan agenda Buku Jingga di mana dalam 100 hari Palatan Rakyat mentadbir negara ini apabila berjaya dalam piihan raya umum ke 13 nanti, satu daripada agenda itu merupakan menghapuskan Felda Plantiation yang keluasan tanahnya melebihi 340,000 hektar dan tanah tersebut akan diagihkan kepada rakyat yang layak menerimanya.
Oleh itu, PAS Negeri Perak memulakan langkah untuk mengadakan agihan borang Felda Plantation peringkat negeri pada 22 dan 23 Julai ini bertempat di Markaz PAS Kampung Gelok, Lenggong Perak, seentak dengan itu juga akan dilakuan Pelancaran Badan Bukan Kerajaan peringkat negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Ibrahim Ali, Sedang Bertelorkah Anda?

Posted: 20 Jul 2011 07:47 PM PDT

Oleh: miramny68

"Wahai Ibrahim Ali,

Aku sekali lagi terkejut berok dgn tawaran tuan hamba yg begitu suci murni menawarkan anugerah atas nama tuan hamba kpd penuntut UiTM. Aduh mak datuk, betapa hebatnya tuan hamba sehinggakan tuan hamba dengan muka tak malu membuat tawaran sedemikian rupa. Hamba jadi pening kepala, jenuh hamba mencari dalam arkib2, dlm akhbar2 malah dlm semua carian internet tak ada la pulak jasa2 yg tuan hamba hulurkn selain melompat ke sana ke mari, terpekik terlolong menjual minyak angin atas nama bangsa Melayu dan agama Islam kononnya.

Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : Wira Yang Tak Terbela..?

Posted: 20 Jul 2011 07:43 PM PDT

Oleh: BayangDiAir

"
Di sesetengah negara, kematian seorang pejuang akan dibela habis-habisan dan menjadi simbol jihad kepada perjuangan suci. Di Mesir umpamanya, kematian seorang pemuda penjual sayur boleh menjadi faktor kebangkitan rakyat sehingga tumbangnya regim Mubarak.

Read More / Baca Lagi >>

Apa yang dimaksudkan dengan media bebas semasa pilihan raya?

Posted: 20 Jul 2011 07:38 PM PDT

Oleh Abu Firdaus
Pertama-tamanya yang perlu diambil perhatian ialah kebebasan media adalah tonggak kepahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjN0N0Vjf4KxP4v5eszyZgnw5_X-AGZnfpy0w9Nza5eCfCdpcfcLbeO99o3S8Ft64PDrwWAm41vXdpHXOl9LvR_j5IGZdy4aY4llQDaIf6chC61Jjre5lbasfI8Zghk1j9wiL8JGyDH1Jqt/s1600/fd334daae6d1cb043dbcdcec31ada551.jpgda demokrasi. Sudah dapat difahami bahawa demokrasi bukan hanya mengadakan pilihan raya. Ia mestilah meliputi kebebasan menubuhkan pertubuhan termasuk parti politik. Kebebasan berhimpun dan tentyunya kebebasan bersuara. Apabila disebut bersuara, tentulah termasuk kebebasan menulis, membaca, mendengar dan menonton. Maknanya media wajib bebas dalam sebuah negara demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih : ‘Siapa ada pisau?’

Posted: 20 Jul 2011 07:37 PM PDT

Oleh SAIDAH HAIRAN

Sukar bagi saya untuk melupakan detik yang menyayat hati ketika berdepan sikap anggota polis menangani himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.

Peserta himpunan turun sebagai rakyat prihatin, berbekalkan tekad dan semangar, tanpa membawa sebarang senjata. Mereka juga tiada kad yang boleh melepaskan diri daripada sekatan polis dengan mudah. Berbeza saya, wartawan, yang ada sedikit kemudahan untuk meloloskan diri daripada pelbagai halangan. Namun, ada juga pegawai polis yang cuba menyekat kemaraan saya.


Setiba di Jalan Pudu, setelah berjalan dari Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, saya melihat peserta himpunan yang berada 100 meter dari Pudu Raya bertempiaran. Saya kira mereka berada di hadapan hospital Tung Shin.Read More / Baca Lagi >>

UTUSAN MAKIN PENING.... HA..HA..HA TANDA ADA VIDEO BAKAL DI UBAH UNTUK TAYANGAN PERDANA..!!!

Posted: 20 Jul 2011 07:36 PM PDT


Haha...macam-macam idea Utusan Meloya ni terpaksa fikir tiap hari bagi mencari berita sensasi memburukkan pembangkang. Hanya di zaman Najib ni ketara sangat ketakutan UMNO. Sekarang dia buka cerita video diubah dari versi asal. Haha...memang Utusan lah pakar soal2 video ni. Apa cerita video yang dikaitkan dengan trio Dato T tempohari? Tak diubah ke....?

Ini Dia Kangkong Universiti "Apex" Belaan Umno-APCO!!

Posted: 20 Jul 2011 07:35 PM PDT


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Kangkung kalau masak belacan memang perrrghh...

Tapi kalau kangkong keluaran "Universiti Apex" sampai tak payah pakai sistem UPU memang ada kelasss kah kah kah...Read More / Baca Lagi >>

Video : Polis tembak gas secara sejajar membahayakan

Posted: 20 Jul 2011 07:25 PM PDT

Buku negara kebajikan PAS dilancar bulan depan

Posted: 20 Jul 2011 07:08 PM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Julai — Buku negara berkebajikan ditulis Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan dilancarkan pertengahan bulan depan dan ia akan menekan tiga aspek penting bagi menjawab kritikan pesaing politik parti itu.
Setiausaha Akhbar Hadi, Nasaie Ismail berkata, buku setebal 50 muka surat itu menekankan soal pentadbiran negara yang gagal dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah negara.
Jelas beliau, buku negara berkebajikan yang akan dilancarkan serentak dengan dokumen negara berkebajikan menekankan tiga aspek utama yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
Jelas beliau, buku negara berkebajikan itu tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 hari pertama, yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: PAS sasar tanding di 80 kerusi Parlimen

Posted: 20 Jul 2011 06:46 PM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu. Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub (gambar).
Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: 'Saya tidak berlakon...'

Posted: 20 Jul 2011 06:45 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih boleh berpidato di pentas ceramah walaupun masih berkerusi roda akibat kecederaan dirempuh kereta polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.Read More / Baca Lagi >>

UMNO termonyeh... rupanya 10 tahun mereka tunduk pada MCA

Posted: 20 Jul 2011 08:56 AM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya

Melayu Tolak Umno CelakaSaya masih ingat peristiwa pada minggu orientasi pelajar baru UKM tahun 1984, Zulkifli Mamat (sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan) selaku pengarah minggu orientasi telah memanggil beberapa orang pelajar yang dianggap melanggar tatatertib berpakaian naik ke pentas. Salah seorang darinya ialah pelajar lelaki berketurunan Sikh yang memakai gelang tangan. Mengikut peraturan minggu orientasi memakai gelang tidak dibenarkan, kecuali jika menjadi amalan agama.

Apabila diberitahu bahawa 'kesalahannya' ialah memakai gelang, pelajar Sikh tersebut melenting, "Ini adalah kepercayaan agama saya," katanya. Dengan selamba Zulkifli menjawab, "maafkan saya, saya tidak tahu itu kepercayaan agama awak, teruskan memakai." Kata-kata itu diucapkan di hadapan ribuan pelajar baru pelbagai kaum. Ramai yang memuji sikap toleransi Persatuan Mahasiswa UKM terhadap kebebasan amalan dalam agama masing-masing. Sikap toleransi itu menjadi antara sebab kepimpinan PMUKM dikekalkan apabila pilihanraya kampus diadakan sejurus selepas itu.

Read More / Baca Lagi >>

MCA comes out from hidey-hole to blame Home Ministry for Economist fiasco

Posted: 20 Jul 2011 07:45 AM PDT

MCA comes out from hidey-hole to blame Home Ministry for Economist fiascoAt last MCA came out from its hidey hole. Vice president Gan Ping Sieu slammed the Home Ministry for censoring sections of an article in the The Economist magazine relating to July 9 Bersih 2.0 rally for free and fair elections.
"The Ministry of Home Affairs should realise that overzealous censorship is counter-productive and can be perceived as an infringement of the freedom of expression and media interference," Gan (right) said in a statement.

"In the aftermath of Bersih 2.0, the authorities ought to have wised up to the fact that over-reaction on their part can fuel public anger towards the government. This can sway public sympathy to causes by organisations like the opposition-backed Bersih 2.0."
Read More / Baca Lagi >>

Video : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan Kerana Keganasan Polis

Posted: 20 Jul 2011 07:40 AM PDT

Pasca Bersih : Juham kaji tindakan keganasan polis pada Tiong Huat

Posted: 20 Jul 2011 07:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengkaji setiap sudut berkaitan keganasan pihak polis terhadap seorang lelaki berketurunan Cina dari Sarawak, Hii Tiong Huat, 59, yang ditahan polis sempena perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Sepanjang berada dalam tahanan polis, Hii Tiong Huat didakwa telah dikasari oleh pihak polis dengan pelbagai perlakuan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan beliau pengsan.
Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan, kajian tersebut akan dibuat bersama laporan-laporan lain bagi membolehkan Juham mengambil tindakan lebih lanjut berhubung keganasan pihak polis.
Menurut beliau, ia juga adalah lanjutan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyarankan agar setiap pihak yang menjadi mangsa keganasan polis tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan masing-masing.
Katanya, kes yang berlaku ke atas Tiong Huat ternyata merupakan sebahagian daripada keganasan polis terhadap orang awam, khususnya para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca Bersih: Lagi pemuda dedah jadi mangsa polis

Posted: 20 Jul 2011 07:25 AM PDT


BANDAR JENGKA, 20 Julai: Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai.
Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang.
"Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang," katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily.
Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan.
Read More / Baca Lagi >>

FRU, Sila Baca Apa Kata Pemedih Mata ISRAEL Ini Tulis

Posted: 20 Jul 2011 07:15 AM PDT

Gas Pemedih Mata buatan Federal Laboratories, pembekal utama kepada tentera Israel ini telah digunakan terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu.

Pemedih mata yang turut digunakan oleh tentera Israel ini mempunyai panduan arahan "do not fire directly" (jangan tembak secara terus).