RAKYAT MARHAEN |
- TOLONG JANGAN PERSIAKAN `ANUGERAH IBRAHIM ALI"
- BERSIH 2.0 SEDUNIA - Kebangkitan Diaspora Malaysia
- The cover-up Prime Minister: From Scorpenes to Mongolia to Communism
- Trapped, ambushed and gassed
- Shafee: Raja Petra merapu, dakwaan tak jejas inkues Sarbaini
- Pasca Bersih : Polis nafi guna pemedih mata Israel...sape nak percaya..ha..ha..ha..!!
- Persoalan kepada penentang Bersih: Kenapa diam lihat kezaliman?
- Ibrahim Al Katakki, perasan dirinya hebat !!
- Agih tanah Felda Plantation agenda Buku Jingga
- Ibrahim Ali, Sedang Bertelorkah Anda?
- Pasca Bersih : Wira Yang Tak Terbela..?
- Apa yang dimaksudkan dengan media bebas semasa pilihan raya?
- Pasca Bersih : ‘Siapa ada pisau?’
- UTUSAN MAKIN PENING.... HA..HA..HA TANDA ADA VIDEO BAKAL DI UBAH UNTUK TAYANGAN PERDANA..!!!
- Ini Dia Kangkong Universiti "Apex" Belaan Umno-APCO!!
- Video : Polis tembak gas secara sejajar membahayakan
- Buku negara kebajikan PAS dilancar bulan depan
- PRU-13: PAS sasar tanding di 80 kerusi Parlimen
- Mat Sabu: 'Saya tidak berlakon...'
- UMNO termonyeh... rupanya 10 tahun mereka tunduk pada MCA
- MCA comes out from hidey-hole to blame Home Ministry for Economist fiasco
- Video : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan Kerana Keganasan Polis
- Pasca Bersih : Juham kaji tindakan keganasan polis pada Tiong Huat
- Pasca Bersih: Lagi pemuda dedah jadi mangsa polis
- FRU, Sila Baca Apa Kata Pemedih Mata ISRAEL Ini Tulis
TOLONG JANGAN PERSIAKAN `ANUGERAH IBRAHIM ALI" Posted: 20 Jul 2011 08:39 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS Read More / Baca Lagi >>TERAMAT rasa dukacita dan sedih sekali apabila UITM menafikan adanya anugerah `Ibrahim Ali' walaupun difahamkan orang tua tu sudah pun sanggup jadi penaja, sediakan hadiah untuk anugerah menggunakan namanya sendiri. Rasa sedih di hati ini bercampur baur dengan rasa mahu ketawa berdekah-dekah. Siapa Ibrahim Ali? Siapa tidak kenal, ertinya mereka bukan Melayu yang bodoh. Ibrahim Ali adalah Presiden PERKASA yang melalak setiap malam di kaca TV beberapa minggu sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Beliau bersilih ganti dengan Tok Guru Silat yang pernah dibuang ke Pulau Jerjak dulu bersahut-sahutan di TV memberi amaran pada BERSIH. Masuk `line' juga ketika itu beberapa pencacai Wakil Rakyat lompat seperti si Zahrain dan yang terbuang seperti Zul Kulim yang 110% itu. Tak mahu kalah juga, Ali Rustam yang memberi amaran kununnya beliau tidak boleh kawal anak-anak buah silatnya jika BERSIH tetap teruskan perhimpunan. |
BERSIH 2.0 SEDUNIA - Kebangkitan Diaspora Malaysia Posted: 20 Jul 2011 08:20 PM PDT Bertitik tolak dari semangat patriotisme, rakyat Malaysia di seluruh dunia telah bangkit dan menyokong perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011. Mereka berhimpun beramai-ramai menganjurkan perhimpunan solidariti Bersih 2.0 di lokasi masing-masing. Gelombang Bersih 2.0 telah bermula di New Zealand dan seterusnya diikuti bandar-bandar utama di Australia, Asia dan Eropah, akhirnya merentasi Lautan Atlantik tiba di bandar-bandar utama di Amerika Utara termasuk Washington DC, New York, Los Angeles, Portland dan San Francisco. Sinaran matahari terpancar terang di atas peserta-peserta Bersih 2.0 di pelbagai lokasi terutamanya tempat yang bermusim panas. Di Kuala Lumpur pula peserta perhimpunan ditembak gas pemedih mata dan meriam air kimia, hanya diselamatkan bila hujan turun dan membersihkan segalanya! Saat ini merupakan paradigma baru bagi rakyat Malaysia, terutamanya golongan anak muda. Mereka telah mengenali 'Perpaduan dalam Kepelbagaian', suatu konsep yang tidak terbayang sebelum Bersih 2.0. Ada pihak menganggarkan bahawa kira-kira 50,000 rakyat Malaysia telah berkumpul bersama tanpa mengira asal-usul etnik atau agama dan ini merupakan suatu impian yang diidam-idamkan sebelum ini. Read More / Baca Lagi >> |
The cover-up Prime Minister: From Scorpenes to Mongolia to Communism Posted: 20 Jul 2011 08:15 PM PDT The murder of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu can never be swept under the carpet just like any other issue found decremental to the highest leader in Malaysia. A human life should never be bartered or made a pawn in a web of lies spun specifically to amass wealth for oneself. In true karmic fashion, Altantuya has come back to bite her tormentors. And Najib Razak, whether directly or indirectly, is one of them. As the Malaysian PM winds up a high-profile tour of Europe, concluding a string of meetings with the British Prime Minister, Oueen Elizabeth and the Pope, waiting to greet him in Malaysia are French lawyers with a slew of new revelations and allegations. The Defense minister in charge of procurements at the relevant time, Najib still has to answer for his role in the purchase of Scorpene submarines, where huge kickbacks in the hundreds of millions have been alleged. |
Posted: 20 Jul 2011 08:13 PM PDT 'I was coughing really hard. It was getting harder to breathe. The only thing that was flashing on my mind was the thought of death.' On July 7, while I was lazing around at home after work, I got a call from my friend, N Surendran saying that my name was on the list of 91 individuals who were restricted from entering Kuala Lumpur on July 9, 2011. Nothing surprising. It was just that I couldn't wrap my mind around the paranoia displayed by the government over a planned peaceful assembly to demand for clean and fair elections. This whole scare tactic definitely was funnier than any comedy show I'd ever watched on TV. It was July 9, the day plethora of right thinking Malaysians and I had been waiting for. It felt like waking up to Aidilfitri morning. Serenity filled the air. Peaceful. I packed my bag. Salt, checked. A bottle of water, checked. My friends, Latheefa Koya, Eric Paulsen and Renuka Balasubramaniam and I went to KL Hilton to meet with the rest of the group. |
Shafee: Raja Petra merapu, dakwaan tak jejas inkues Sarbaini Posted: 20 Jul 2011 08:08 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Julai — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang "bercakap merapu" sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar. Read More / Baca Lagi >>Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah (gambar), sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh. "Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh. "Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu. "Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insider. Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra. "Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian). "Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap)," katanya. |
Pasca Bersih : Polis nafi guna pemedih mata Israel...sape nak percaya..ha..ha..ha..!! Posted: 20 Jul 2011 08:06 PM PDT Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Persoalan kepada penentang Bersih: Kenapa diam lihat kezaliman? Posted: 20 Jul 2011 07:50 PM PDT Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu memang telah memberi pengaruh besar hingga boleh memberi tempias juga kepada hubungan persahabatan. Ironinya, pada ketika Sasterawan Negara, A Samad Said secara terang-terang berada di baris hadapan dengan dua buah puisi perjuanganya, Unggun Bersih dan Peludah Warna, majoriti golongan intelektual dan penulis tanahair mahupun penggemar sastera dan pencinta buku terutamanya angkatan muda mengambil sikap yang didakwa "berkecuali." Read More / Baca Lagi >> |
Ibrahim Al Katakki, perasan dirinya hebat !! Posted: 20 Jul 2011 07:49 PM PDT Aduuhh, malunya akuu ! Kita nak bagi anugerah, depa tak mau pulak ! Depa perlekeh! Depa tolak mentah-mentah! Sampai hati depa kata aku macam-macam ! Begitulah nasib si Katak malang ni! Dia cuba melompat masuk ke dalam bakul, lalu mengangkat sendiri bakul itu. Mana mungkin !!, tetapi dia perasan dia sudah cukup hebat ! Dia perasan dia seorang pejuang bangsa ! Dia mengaku dialah pembela ketuanan Melayu, dialah pembela bangsa Melayu sejati ! Dialah pemegang kuat kata-kata Hang Tuah - "Takkan Melayu hilang di dunia",.. tetapi,.. Dia tak sedar Hang Tuah sendiri dah lama hilang, mati tak berkubur! ghaib entah kemana !. Mungkin satu hari nanti Melayu juga akan hilang atau hancur, selagi Melayu didokong oleh UMNO dan PERKASA ! pimpinan Ib.Ali Al Katakki Read More / Baca Lagi >> |
Agih tanah Felda Plantation agenda Buku Jingga Posted: 20 Jul 2011 07:49 PM PDT IPOH, 21 Julai: Dalam merealisasikan agenda Buku Jingga di mana dalam 100 hari Palatan Rakyat mentadbir negara ini apabila berjaya dalam piihan raya umum ke 13 nanti, satu daripada agenda itu merupakan menghapuskan Felda Plantiation yang keluasan tanahnya melebihi 340,000 hektar dan tanah tersebut akan diagihkan kepada rakyat yang layak menerimanya. Oleh itu, PAS Negeri Perak memulakan langkah untuk mengadakan agihan borang Felda Plantation peringkat negeri pada 22 dan 23 Julai ini bertempat di Markaz PAS Kampung Gelok, Lenggong Perak, seentak dengan itu juga akan dilakuan Pelancaran Badan Bukan Kerajaan peringkat negeri. Read More / Baca Lagi >> |
Ibrahim Ali, Sedang Bertelorkah Anda? Posted: 20 Jul 2011 07:47 PM PDT Oleh: miramny68 "Wahai Ibrahim Ali, Aku sekali lagi terkejut berok dgn tawaran tuan hamba yg begitu suci murni menawarkan anugerah atas nama tuan hamba kpd penuntut UiTM. Aduh mak datuk, betapa hebatnya tuan hamba sehinggakan tuan hamba dengan muka tak malu membuat tawaran sedemikian rupa. Hamba jadi pening kepala, jenuh hamba mencari dalam arkib2, dlm akhbar2 malah dlm semua carian internet tak ada la pulak jasa2 yg tuan hamba hulurkn selain melompat ke sana ke mari, terpekik terlolong menjual minyak angin atas nama bangsa Melayu dan agama Islam kononnya. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca Bersih : Wira Yang Tak Terbela..? Posted: 20 Jul 2011 07:43 PM PDT Oleh: BayangDiAir " Di sesetengah negara, kematian seorang pejuang akan dibela habis-habisan dan menjadi simbol jihad kepada perjuangan suci. Di Mesir umpamanya, kematian seorang pemuda penjual sayur boleh menjadi faktor kebangkitan rakyat sehingga tumbangnya regim Mubarak. Read More / Baca Lagi >> |
Apa yang dimaksudkan dengan media bebas semasa pilihan raya? Posted: 20 Jul 2011 07:38 PM PDT Oleh Abu Firdaus Pertama-tamanya yang perlu diambil perhatian ialah kebebasan media adalah tonggak kepada demokrasi. Sudah dapat difahami bahawa demokrasi bukan hanya mengadakan pilihan raya. Ia mestilah meliputi kebebasan menubuhkan pertubuhan termasuk parti politik. Kebebasan berhimpun dan tentyunya kebebasan bersuara. Apabila disebut bersuara, tentulah termasuk kebebasan menulis, membaca, mendengar dan menonton. Maknanya media wajib bebas dalam sebuah negara demokrasi. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca Bersih : ‘Siapa ada pisau?’ Posted: 20 Jul 2011 07:37 PM PDT Oleh SAIDAH HAIRAN Sukar bagi saya untuk melupakan detik yang menyayat hati ketika berdepan sikap anggota polis menangani himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu. Peserta himpunan turun sebagai rakyat prihatin, berbekalkan tekad dan semangar, tanpa membawa sebarang senjata. Mereka juga tiada kad yang boleh melepaskan diri daripada sekatan polis dengan mudah. Berbeza saya, wartawan, yang ada sedikit kemudahan untuk meloloskan diri daripada pelbagai halangan. Namun, ada juga pegawai polis yang cuba menyekat kemaraan saya. Setiba di Jalan Pudu, setelah berjalan dari Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, saya melihat peserta himpunan yang berada 100 meter dari Pudu Raya bertempiaran. Saya kira mereka berada di hadapan hospital Tung Shin.Read More / Baca Lagi >> |
UTUSAN MAKIN PENING.... HA..HA..HA TANDA ADA VIDEO BAKAL DI UBAH UNTUK TAYANGAN PERDANA..!!! Posted: 20 Jul 2011 07:36 PM PDT Haha...macam-macam idea Utusan Meloya ni terpaksa fikir tiap hari bagi mencari berita sensasi memburukkan pembangkang. Hanya di zaman Najib ni ketara sangat ketakutan UMNO. Sekarang dia buka cerita video diubah dari versi asal. Haha...memang Utusan lah pakar soal2 video ni. Apa cerita video yang dikaitkan dengan trio Dato T tempohari? Tak diubah ke....? |
Ini Dia Kangkong Universiti "Apex" Belaan Umno-APCO!! Posted: 20 Jul 2011 07:35 PM PDT Kah kah kah... Kangkung kalau masak belacan memang perrrghh... Tapi kalau kangkong keluaran "Universiti Apex" sampai tak payah pakai sistem UPU memang ada kelasss kah kah kah...Read More / Baca Lagi >> |
Video : Polis tembak gas secara sejajar membahayakan Posted: 20 Jul 2011 07:25 PM PDT |
Buku negara kebajikan PAS dilancar bulan depan Posted: 20 Jul 2011 07:08 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Julai — Buku negara berkebajikan ditulis Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan dilancarkan pertengahan bulan depan dan ia akan menekan tiga aspek penting bagi menjawab kritikan pesaing politik parti itu. Read More / Baca Lagi >>Setiausaha Akhbar Hadi, Nasaie Ismail berkata, buku setebal 50 muka surat itu menekankan soal pentadbiran negara yang gagal dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah negara. Jelas beliau, buku negara berkebajikan yang akan dilancarkan serentak dengan dokumen negara berkebajikan menekankan tiga aspek utama yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Jelas beliau, buku negara berkebajikan itu tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat. Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 hari pertama, yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. |
PRU-13: PAS sasar tanding di 80 kerusi Parlimen Posted: 20 Jul 2011 06:46 PM PDT KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu. Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub (gambar). Read More / Baca Lagi >>Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN. |
Mat Sabu: 'Saya tidak berlakon...' Posted: 20 Jul 2011 06:45 PM PDT Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih boleh berpidato di pentas ceramah walaupun masih berkerusi roda akibat kecederaan dirempuh kereta polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.Read More / Baca Lagi >> |
UMNO termonyeh... rupanya 10 tahun mereka tunduk pada MCA Posted: 20 Jul 2011 08:56 AM PDT Oleh Zulkifli Yahaya Saya masih ingat peristiwa pada minggu orientasi pelajar baru UKM tahun 1984, Zulkifli Mamat (sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kelantan) selaku pengarah minggu orientasi telah memanggil beberapa orang pelajar yang dianggap melanggar tatatertib berpakaian naik ke pentas. Salah seorang darinya ialah pelajar lelaki berketurunan Sikh yang memakai gelang tangan. Mengikut peraturan minggu orientasi memakai gelang tidak dibenarkan, kecuali jika menjadi amalan agama. Apabila diberitahu bahawa 'kesalahannya' ialah memakai gelang, pelajar Sikh tersebut melenting, "Ini adalah kepercayaan agama saya," katanya. Dengan selamba Zulkifli menjawab, "maafkan saya, saya tidak tahu itu kepercayaan agama awak, teruskan memakai." Kata-kata itu diucapkan di hadapan ribuan pelajar baru pelbagai kaum. Ramai yang memuji sikap toleransi Persatuan Mahasiswa UKM terhadap kebebasan amalan dalam agama masing-masing. Sikap toleransi itu menjadi antara sebab kepimpinan PMUKM dikekalkan apabila pilihanraya kampus diadakan sejurus selepas itu. Read More / Baca Lagi >> |
MCA comes out from hidey-hole to blame Home Ministry for Economist fiasco Posted: 20 Jul 2011 07:45 AM PDT "The Ministry of Home Affairs should realise that overzealous censorship is counter-productive and can be perceived as an infringement of the freedom of expression and media interference," Gan (right) said in a statement. "In the aftermath of Bersih 2.0, the authorities ought to have wised up to the fact that over-reaction on their part can fuel public anger towards the government. This can sway public sympathy to causes by organisations like the opposition-backed Bersih 2.0." Read More / Baca Lagi >> |
Video : Pengawal Peribadi Anwar Buat Laporan Kerana Keganasan Polis Posted: 20 Jul 2011 07:40 AM PDT |
Pasca Bersih : Juham kaji tindakan keganasan polis pada Tiong Huat Posted: 20 Jul 2011 07:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Julai: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengkaji setiap sudut berkaitan keganasan pihak polis terhadap seorang lelaki berketurunan Cina dari Sarawak, Hii Tiong Huat, 59, yang ditahan polis sempena perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Sepanjang berada dalam tahanan polis, Hii Tiong Huat didakwa telah dikasari oleh pihak polis dengan pelbagai perlakuan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan beliau pengsan. Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan, kajian tersebut akan dibuat bersama laporan-laporan lain bagi membolehkan Juham mengambil tindakan lebih lanjut berhubung keganasan pihak polis. Menurut beliau, ia juga adalah lanjutan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyarankan agar setiap pihak yang menjadi mangsa keganasan polis tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan masing-masing. Katanya, kes yang berlaku ke atas Tiong Huat ternyata merupakan sebahagian daripada keganasan polis terhadap orang awam, khususnya para peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Pasca Bersih: Lagi pemuda dedah jadi mangsa polis Posted: 20 Jul 2011 07:25 AM PDT BANDAR JENGKA, 20 Julai: Seorang lagi peserta himpunan Bersih 2.0 tampil mendakwa dikasari tidak kurang 20 orang anggota polis walaupun selepas bersurai. Badrul Hisham Abdul Halim, 26, dari Felda Jengka 19 dekat sini, berkata beliau dibelasah ketika melalui tangga OCBC Bank dalam perjalanan ke stesen LRT untuk pulang. "Saya menyertai perhimpunan Bersih di Pasar Seni bersama kira-kira 5,000 yang lain. Kira-kira pukul 4.30 petang perhimpunan bersurai setelah diarahkan polis dan saya berjalan mencari stesen LRT yang beroperasi untuk pulang ke Pahang," katanya ketika bercerita kepada Harakahdaily. Tambahnya, semasa perjalanan pulang itu beliau memang memegang baju kuning Bersih di tangan dan sedar terpaksa melalui deretan polis di tepi jalan. Read More / Baca Lagi >> |
FRU, Sila Baca Apa Kata Pemedih Mata ISRAEL Ini Tulis Posted: 20 Jul 2011 07:15 AM PDT Gas Pemedih Mata buatan Federal Laboratories, pembekal utama kepada tentera Israel ini telah digunakan terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang lalu. Pemedih mata yang turut digunakan oleh tentera Israel ini mempunyai panduan arahan "do not fire directly" (jangan tembak secara terus). |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan