Selasa, 5 Julai 2011

bumiperak

bumiperak


Tiada huru-hara pertukaran pemimpin negara - Nik Aziz

Posted: 05 Jul 2011 09:24 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain.
 
Merujuk kepada kesediaan pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memindahkan perhimpunan 9 Julai ini tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam, Nik Aziz mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana mencemar duli untuk campur tangan.

"Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

"Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT," katanya dalam surat yang dihantar kepada Seri Paduka dan dimuatkan di Facebook.

NONESemalam BERSIH 2.0 yang diwakili oleh pengerusinya Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan di Istana Negara.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

NONEAhad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Berikut surat penuh Nik Aziz itu:
Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku di atas kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BERSIH - PORTAL PRO UMNO IKTIRAF KEMENANGAN BERSIH, SEKUTU UMNO GAGAL

Posted: 05 Jul 2011 09:23 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk S.Ambiga dan BERSIH keseluruhannya kerana berjaya bertahan dan berani berdepan dengan berbagai tekanan, ugutan dan ancaman dari pihak yang anti-BERSIH. Bukan mudah untuk seorang wanita untuk berdepan dengan sebuah kerajaan yang mengunakan kuasa Polis, Pemuda Umno dengan Patriotnya, Perkasa, beberapa pertubuhan lain yang menjadi pengampu dan tidak kurang juga keegoan Persatuan Silat di bawah Guru Silat OKU itu.

Kesemuanya dapat dihadapi oleh BERSIH dengan kerjasama padu oleh berpuluh NGO dan juga parti-parti Pembangkang dari PR. Serangan oleh media pencacai siang dan malam terhadap BERSIH dengan tenang dihadapi oleh PERKASA malahan kempen berterusan terus dilakukan untuk memberitahu rakyat tentang objektif sebenar BERSIH untuk berhimpun pada 09 Jul nanti. Mungkin kerana bimbang rahsia mereka terbongkar selama ini, maka kuasa digunakan sewenang-wenangnya untuk menekan BERSIH dengan tangkapan demi tangkapan sehingga ke tahap meletakkan baju kuning seolah-olah seperti memiliki bahan api atau dadah kalaupun tidak sehina memiliki atau mengedar video seks.

Hari ini BERSIH menempa nama sebagai `pemenang' setelah perhimpunan ini di`halal'kan setelah mendapat kebenaran dan restu dari DYMM YDP Agung asalkan dilakukan di stadium. Terbukti BERSIH bukan `haram' dan BERSIH juga bukan berniat jahat jauh sekali ada hubungan dengan Komunis seperti yang cuba dikaitkan oleh pihak yang sememangnya berniat jahat itu. Mustahil Ke Bawah DYMM YDP Agung merestui BERSIH berhimpun sekiranya benar bahawa BERSIH itu pertubuhan yang merbahaya kepada negara.

Saya amat tertarik dengan komen sebuah portal pro-Umno yang memberi `kredit' kepada BERSIH sebagai satu kejayaan di dalam perjuangannya, sekali gus meletakkan Umno dan mereka yang bersekongkol dengan parti sekular itu `gagal' malahan kecundang dan terkedu. Baca ulasan portal tersebut di sini.

Memang ramai di antara kita yang kecewa apabila Perhimpunan BERSIH terpaksa diubah ke stadium atas titah Tuanku. Sebenarnya kita patut berbangga kerana kita hanya `tunduk' kepada titah Tuanku untuk membuktikan bahawa di dalam apa jua keadaan kita amat menyanjung dan mendaulatkan Tuanku. Sebelum ini kita mencampakkan ke longkang sahaja ancaman, ugutan dan tindakan-tindakan keras dari pihak sekutu Apco itu dan kita terus komited dengan nawaitu kita. Biar berbuih mulut dari Perkasa, biar lantang dan nyaring salakan dari Patriot, dan biar berpuluh-puluh `bunga silat pulut' dari persatuan silat pengampu ini, namun semuanya kita letakkan di bawah tapak kaki kita.

Demi kedaulatan Raja, BERSIH membuktikan bahawa ada ketikanya kita perlu `berundur' setapak ke belakang untuk memberikan penghormatan kepada Raja yang kita sayangi. Berundur bukan bererti kalah, tetapi kita berundur untuk langkah seterusnya untuk terus beberapa tapak lagi ke hadapan selepas ini. Bayangkan jika BERSIH masih tetap berkeras mahu berhimpun seperti yang dijadualkan di tiga lokasi tersebut. Sudah tentu kita memberi peluru kepada sekutu Apco ini untuk berpesta menggelar kita sebagai pengkhianat kepada DYMM YDP Agung dan tidak mustahil kita digelar kumpulan yang menentang Agung.

Bayangkan di dalam keadaan sekarang pun mereka sedang berusaha untuk mengaitkan BERSIH dengan fahaman Komunis atau kumpulan subversif. Malam tadi TV menyiarkan beberapa rampasan senjata tajam, bom botol beserta beratus helai baju BERSIH untuk mengaitkan BERSIH. Tidak masuk akal hanya dengan beberapa bilah parang, BERSIH mempunyai tujuan untuk melakukan keganasan. Tidak lojik jika kumpulan yang ingin melakukan huru-hara atau keganasan memohon bantuan pihak Polis untuk mengawal perhimpunannya.

Kita serahkan kepada pihak Polis untuk menyelesaikan kes barang-barang bahaya yang dijumpai oleh mereka. Pihak Polis yang dedahkan, biar mereka sendiri siasat dan selesaikan. Bak kata orang Negeri Sembilan, "Takdo Kojo Cari Kojo, Ado Kojo Tercongang-Congang".

Ayuh, kita penuhi Stadium yang ditetapkan nanti dengan lautan Kuning yang telah mereka `haram'kan tetapi telah di`halal'kan oleh Tuanku. BERSIH mesti mengisi program yang benar-benar hebat di stadium nanti agar dapat membakar semangat penyokong-penyokong yang sedikit kecewa sekarang. Kepada pihak berkuasa, tiada lagi alasan selepas ini untuk menggagalkan BERSIH.

Kepada Perkasa, Patriot mahu pun kumpulan silat, mereka harus muhasabah diri sampai bila mahu terus menjadi `kuda tunggangan' Sang Penguasa yang mahu terus kekal berkuasa. Satu kemenangan gemilang buat BERSIH dan KO buat `KOTOR'./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Penjara 18 thn 10 sebatan - Tukang urut buta rogol anak hingga mengandung

Posted: 05 Jul 2011 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut buta berusia 47 tahun meminta Mahkamah Sesyen di sini meringankan hukuman ke atasnya setelah dia mengaku bersalah merogol anak perempuannya sendiri selama empat tahun dengan alasan dia tidak begitu arif tentang undang-undang.

Kata-katanya itu telah menyebabkan hakim Emelia Kaswati Mohd Khalid membidasnya semula dengan berkata; "Mana ada undang-undang yang membenarkan seorang ayah mengadakan hubungan seksual dengan anak perempuannya sendiri."

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dengan 10 kali sebatan.

Anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu kini sedang sarat mengandung tujuh bulan akibat daripada perbuatannya.

"Apa juga hukuman yang bakal dikenakan ke atas kamu tidak akan mengembalikan semula kehormatan diri anak kamu.

"Saya juga tidak dapat bayangkan apakah masa depan anak yang bakal dilahirkan oleh anak kamu nanti. Adakah dia anak kamu? atau cucu kamu? Malah saya tidak dapat bayangkan betapa kelamnya masa depan mereka berdua," tegas Emelia Kaswati.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas anak perempuannya itu di sebuah bilik di rumah mereka di Jalan San Peng, antara tahun 2007 hingga 24 Jun tahun ini.

Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaan.

Menurut kertas fakta, lelaki buta berkenaan telah melakukan perbuatan sumbang itu sejak tahun 2007 dan pada tahun ini sahaja dia telah merogol anaknya itu sebanyak tiga kali.

Anak perempuannya itu tidak melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa kerana takut dan tidak mahu ibunya yang juga buta mengetahuinya.

Bagaimanapun perkara ini terbongkar apabila ibunya mula menyoal kenapa dia ingin menghindari peperiksaan dan ketika itulah dia memberitahu ibunya mengenai apa yang terjadi.

Lelaki buta itu mempunyai dua orang isteri yang juga buta dan lapan orang anak yang berusia di antara 22 tahun hingga 10 bulan.-  mStar

T-SHIRT BERSIH - Lagi tangkapan di Alor Setar

Posted: 05 Jul 2011 04:31 AM PDT

ALOR SETAR A man in his 40s was detained by police for having with him 43 banned "Bersih" T-shirts in his car parked outside a house a house at Km4, Jalan Changlun here at 2am today.

Kedah police chief Datuk Ahmad Ibrahim said police were investigating the connection between the man and the owner of the house which was raided by police yesterday.

"We managed to trace the owner of the building where the printing of the T-shirts was done but he was not involved. We are now looking for the persons who rented the house," Ahmad told reporters here.

Yesterday three men (two of them Bangladeshi nationals) were detained while printing 'Bersih' T-shirts at a shoplot in Taman Nuri here.

The "Bersih" T-shirts have been banned by the authorities a the Coalition for Free and Fair Elections, an outlawed group, planned to use then in illegal street demonstrations scheduled for July 9. -- BERNAMA

Geledah pejabat ADUN Kajang - Polis minta maaf

Posted: 05 Jul 2011 03:50 AM PDT

Hambatan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) berterusan hari ini dengan giliran pusat khidmat ADUN Kajang pula digeledah pagi ini.

Namun kali ini, polis terpaksa memohon maaf kerana tidak ada apa-apa barang larangan seperti baju T kuning BERSIH yang berjaya dirampas.

ADUN Kajang Lee Kim Sin dari PKR berkata kira-kira 15 anggota polis dari ibu pejabat polis Kajang menyerbu pejabatnya pada jam 10.15 pagi tanpa waran selepas mendapat maklumat beliau menyimpan barangan BERSIH 2.0.

"Saya tiba apabila mereka hampir berlepas dan berkata kepada seorang pegawai polis ASP Pang, ini satu bentuk tekanan dan menyebabkan ketidak-selesaan kepada pengundi yang datang meminta khidmat saya dan beliau akhirnya meminta maaf.

"Mereka beritahu saya mereka menerima laporan yang saya menyimpan bekalan kain lilit kepala BERSIH dan sebagainya tetapi ini nyata tiada asas," kata Lee ketika dihubungi.

Menurut kakitangan pusat khidmatnya yang tidak mahu identitinya didedahkan, polis memasuki premis itu tanpa waran dan enggan membenarkan mereka menelefon Lee yang tiada di lokasi semasa serbuan.

"Mereka paksa kami buka kotak yang memuatkan kompang dan bendera yang kami beli untuk satu program di sebuah kampung," katanya

BERSIH 2.0 : Perhimpunan Bersih tetap diteruskan

Posted: 05 Jul 2011 03:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka untuk mengadakan Perhimpunan Aman Bersih 2.0 di stadium , susulan pertemuan wakil NGO itu dengan Yang di Pertuan Agung tengahari tadi.

Pengerusi Bersih 2.0, S.Ambiga membuat pengumuman itu selepas mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin.

Bagaimanapun tidak dinyatakan di stadium mana himpunan itu akan diadakan.

Manakala Pengumuman Pakatan pula dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan satu bersama.

Justeru Pakatan Rakyat menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium.

"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata mereka.

Mereka berkata, proses reformasi perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan ia memerlukan komitmen Datuk Seri Najib Razak.

"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini," kata mereka.

Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti berjalan dengan baik dan aman.

"Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan," ujar mereka lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16603

BERSIH 2.0 : TERKINI (3.30) : Himpunan Bersih diadakan dalam stadium

Posted: 05 Jul 2011 12:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 JULY, 2011: Bersih 2.0 Chairman, Datuk Ambiga Sreenevasan in a press statement after meeting the Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong announced that the Bersih committee are going to work with government to choose the stadium as the new venue of the rally.



MORE TO COME

Jawatankuasa BERSIH 2.0 mengadap Agong

Posted: 04 Jul 2011 11:20 PM PDT

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara.

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi.

Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bersih 2.0 : Gang-rape call, flyers, among latest attacks on Ambiga

Posted: 05 Jul 2011 08:30 PM PDT

Gang-rape call, flyers, among latest attacks on AmbigaKUALA LUMPUR - After Perkasa's threat to attack the Chinese and the prime minister's lambasting of Bersih chairperson Ambiga Sreenevasan as someone who "threatened Islam", pro-UMNO supporters opposed to the July 9 rally have stepped up their campaign, this time with yet another vile tirade against Ambiga.
In two of the latest threats, flyers bearing images of Ambiga have been distributed. A quick look at the tone of its wordings - exhortation to "defend Islam" while using abusive and un-Islamic language - leaves no doubt that the flyer is the work of supporters of UMNO and its offshoot Perkasa.

Facebook pages have published photographs of the flyers distributed to the public in the Klang Valley, repeating the now-familiar accusation against her as "defender of Lina Joy", the Muslim lady who went to court over the authorities' refusal to confirm her renunciation of Islam unless she went through the Shariah courts.
Read More / Baca Lagi >>

Taib Mahmud - an enigma wrapped in corruption, shrouded by graft?

Posted: 05 Jul 2011 08:28 PM PDT

Taib Mahmud - an enigma wrapped in corruption, shrouded by graft?KUCHING - Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak, has been attracting media attention for all the wrong reasons. It was bad in the runup to the April 2011 state elections, but at the very personal level, it must have hurt the most in December last year.
At the age of 74, white-haired and pruned face, Taib walked down the aisle with his second wife, the 28-year-old Ragad Waleed Alkurdi. He could not have been unaware of some of the ribald and rather unkind comments levelled at him and Ragad. Spring and Autumn, Summer and Winter, Beauty and the Beast are just some of the more printable remarks made about their marriage.
Anyone googling his name online would not fail to read about all the properties and billions he and his family have allegedly amassed not only in Sarawak, but also in Britain, Canada, United States, Australia and many other nations, courtesy of the Sarawak Report.
Read More / Baca Lagi >>

Tangan2 Ghaib Mahathir BERSIH...????

Posted: 05 Jul 2011 08:27 PM PDT

"Dengar katanya dia nak menghadap Yang di-Pertuan Agong, Saya fikir elok dibatalkan dulu  sebelum menghadap. Nanti tak tau apa yang disembah, nanti jadi sembah derhaka pula," kata Muhyiddin.
Wooiiittt... mat sembab...!!!!

Lu lebih elok diam jelah..., tuuuu... bumbung rumah Pak Long tuuu... dah siap repair belum.... piiiraaahhhh... kanciang berterabur laaaaa.... hahahha..., noktah.Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 2.0 : 17 TAHANAN OPERASI BERSIH DI JASIN DIBEBASKAN TANPA SEBARANG TUDUHAN! POLIS SAJA SUKA-SUKA SIMPAN DALAM LOKAP...

Posted: 05 Jul 2011 08:25 PM PDT

Tahanan yang dibebaskan disambut oleh keluarga dan sahabat handai
17 orang melibatkan pimpinan PAS yang ditahan oleh Polis dalam serbuan di dalam Markas PAS di HAMAS Jasin Melaka dibebaskan polis tanpa dikenakan apa-apa tuduhan dan jaminan. Perkara ini dinyatakan oleh seorang mangsa tahanan yang sempat saya hubungi yang masih berada di IPD Jasin untuk urusan terakhir pembebasan.

Mereka yang ditahan Ahad lalu dan dikenakan perintah reman selama tiga hari dengan perintah Mahkamah Majistret Jasin dijangkakan akan keluar dari IPD Jasin sebentar lagi. Satu majlis kesyukuran akan diadakan di Dataran Hamas tempat mereka ditangkap untuk meraikan pembebasan mereka.

PRU 13: Buka bilik gerakan pemuda

Posted: 05 Jul 2011 08:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Jabatan Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) kini telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Sehubungan itu, Jabatan Pilihanraya DPPP telah mengeluarkan arahan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri supaya mengenal pasti dan membuka sekurang-kurangnya sebuah Bilik Gerakan Pemuda di setiap kawasan.
Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPP, Mohd Sany Hamzan menjelaskan, bilik gerakan tersebut akan menjadi pusat perkumpulan anak muda untuk mendapatkan pelbagai maklumat, beriadah, bersantai dan bersukan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Kuala Lumpur sesak teruk kerana sekatan polis.

Posted: 05 Jul 2011 08:09 PM PDT

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 02Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.
Read More / Baca Lagi >>

Mazlan Aliman ditahan di Miri atas arahan Taib.

Posted: 05 Jul 2011 08:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10.15 pagi ini.
Turut bersama beliau ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail.
Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.
Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula.
Nasaie yang mengiringi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan.
Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun.
Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis.

Tindakan Tuanku Mizan hentikan penyalahgunaan kuasa melampau oleh BN

Posted: 05 Jul 2011 07:15 PM PDT

Saya ingin menjunjung kasih dan merakamkan rasa terima kasih terhadap DYMM Tuanku Mizan selaku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap tindakan tepat kepada hasrat dan suara rakyat melalui BERSIH 2.0 yang memerlukan kepada perhatian jitu dari seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Tindakan baginda yang sudi untuk menerima mengadap rombongan dari Bersih kelmarin adalah gambaran yang sangat jelas tentang keperihatinan Tuanku Mizan kepada suasana politik negara yang bagi saya sangat pincang dengan penyalahgunaan kuasa yang melampau oleh UMNO dan BN bagi kekal berkuasa.

Sesungguhnya seruan dari Baginda supaya kedua pihak berunding untuk menyelesaikan masalah adalah nasihat yang terbaik untuk pihak kerajaan BN yang telah menutup pintu rundingan dengan berdepan dengan rakyat secara kekerasan serta boleh mengundang kepada suasana tegang yang tidak diingini oleh semua pihak.

Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : The 'Ambiga' Iron Lady

Posted: 05 Jul 2011 07:13 PM PDT

Oleh: budakjolobu

"Syabas dan tahniah kepada team Bersih 2.0, terutamanya the 'ambiga' iron lady. Setelah memilih berdemo ke jalan raya, mereka akur atas nasihat DYMM Agong untuk berhimpun ke stadium, sebagai simbol keprihatianan membaiki sistem pilihanraya Malaysia neraga demokrasi berpelembagaan yang maju.

Memang stadium bukan pilihan tepat – kurang ummph ( memetik kata-kata MB Selangor), tapi maksud yang lebih bererti dan besar maknanya DYMM telah berkenan mencemar duli membenarkan keluhan dan permintaan rakyat terbanyak apa makna bersih 2.0.Itu paling utama.

 Entah berapa ribu lapuran yang polis terima, entah berapa ribu tanda tangan, entah berapa ratus NGO, entah berapa muka surat media kerajaan, entah berapa kali tersiar di kaca TV, entah berapa ratus komen, entah sana dan sini mengomel….entah..entah entah dan entah….semua ini seberapa terdaya cuba menghalang maksud dan intipati Bersih 2.0.
Read More / Baca Lagi >>

Will ‘fortress BN’ fall?

Posted: 05 Jul 2011 07:11 PM PDT

Though some traders along historic Jalan Tan Hiok Nee have claimed that business in slow, they are happy that the state government has repaved and brightened their street in the heart of Johor Baru. To them it is an example of the positive changes brought by the BN administration for the people of Johor. — Picture by Sheridan Mahavera
KUALA LUMPUR, July 6 — It may be known as Barisan Nasional's (BN) fixed deposit in the Malay peninsula, but a recent straw poll showed that more than 30 per cent of Johoreans want Pakatan Rakyat (PR) in charge of the state and country. Though this is low compared with other states, it could be a bellwether of how ordinary folk all over the country feel towards the ruling coalition.
Except for Election 2008, Johoreans have always given BN near-unquestioning support. Even as the DAP and PAS won the most number of seats of any non-BN party in that year (six state and one parliament), some of their candidates also lost their election deposits campaigning in south-eastern Johor.
PR parties may boast that its increasing support is because of the tsunami's momentum and a larger national profile. The straw poll of 147 Johoreans by The Malaysian Insider, however suggest that it is more of a backlash against the BN for how it's managed the economy.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Implikasi Agong sedia jumpa Bersih dan himpunan di stadium

Posted: 05 Jul 2011 07:03 PM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMANSekurang-kurangnya Buletin Utama TV3, malam 4 Julai lalu, tidak lagi dipenuhi momokan tentang "perhimpunan haram golongan pengacau" apabila wakil Bersih yang diketuai S Ambiga bersama A Samad Said dan Zaid Kamarudin diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sebelah petangnya, dan mereka bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.


Kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak pula dilihat lebih mendatar (berbanding malam sebelumnya di perhimpunan bulanan JPM),  sambil menekankan: "Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, berhimpun secara aman dan mereka akan balik dengan aman."
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : ‘Dirty victory’ for BN

Posted: 05 Jul 2011 07:00 PM PDT

Analysts say the change of venues for the Bersih rally reduces its effectiveness.

KUALA LUMPUR: Some analysts say the change of venue for the Bersih rally diminishes its effectiveness and signals a victory for the Najib administration.
"It won't have the same kind of impact," said political analyst Ong Kian Ming.
He described the venue change – from the streets to the stadium – as a "strategic win" for Barisan Nasional (BN).
Universiti Malaya's Azmi Sharom agreed that it was a win for the ruling coalition, but he called it a "dirty victory".
"Ultimately the losers are Bersih," he said. "The whole idea was to take a belief, an expression, to the streets."
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : 50 nyala lilin depan Bukit Aman minta bebaskan tahanan

Posted: 05 Jul 2011 06:58 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Kira-kira 50 individu berkumpul dan menyalakan lilin di luar ibu pejabat polis Bukit Aman di sini semalam bagi menuntut polis membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Mereka mula berhimpun sejak 8.15 malam dan antara yang hadir termasuk kaum keluarga enam aktivis terbabit, ahli politik, anggota Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dan anggota Lawyers for Liberty.
Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim berkata pihaknya telah pun menyerahkan bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai perkara ini dan memohon kerjasama polis agar kesemua enam aktivis itu dibebaskan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Muhyiddin whips up a Bersih tornado for Najib

Posted: 05 Jul 2011 06:56 PM PDT

Muhyiddin whips up a Bersih tornado for NajibThere is no doubt that the people have won in this round against the establishment. Indeed for supporters of the Bersiih July 9 rally, victory is all the more sweet because those who fought for it were made to really suffer.
But MP for Sungai Siput Michael Jeyakumar and 5 other PSM members are still under remand, while scores of others have been arrested. On Monday afternoon, long after the King's statement was splashed all over the newspapers, the first arrest in Sarawak was made and PKR Youth leader Zulhaidan Suboh is still under detention.
And on Tuesday night, 40 policemen barged into a Pakatan Rakyat Bersih briefing for their members in Kota Damansara, Selangor. In Rembau, another PKR Youth leader Norliza Shamsudin was also detained for having a Bersih leaflet in her pocket.
So, friends of Pakatan and supporters of Bersih free-and-fair elections, the fight is far from over. Rejoice because an awesome war has been won but do not celebrate yet.
Those who have been defeated are not stupid. There is time yet for them to reconnoitre - to launch new and deadly missiles.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Let's make sure July 9 won't be an anti-climax

Posted: 05 Jul 2011 06:55 PM PDT

Let's make sure July 9 won't be an anti-climaxIsn't it a wonder, how God works in mysterious ways? Hostility against the Bersih Rally has proven to be a trying incident for the Government Of Malaysia and for the Rakyat (citizens). Everyone was anticipating dreaded repercussions that July 9 would turn out to be an anti-climax. And to the delight of Malaysians, it has become a win, win, lose incident.
Bersih won as the King had recognized the existence of Bersih2.0 and it can no longer be deemed illegal. His Majesty's agreement to an audience with Bersih to present its grouses is widely seen as a sign of recognition. Unless, we have missed something, Bersih can no longer be termed illegal and neither can the Bersih Rally be termed as an illegal rally.
The people have also won, as Bersih's message has resounded across the nation and has reached the ears of many Malaysians. This latest development is also seen as positive because it has allowed the Rakyat to avoid an ugly confrontation with the hostile forces led by the government and its henchmen. Now Malaysians need not fear wearing Yellow or marching to the Stadium to show support. Or they should not have to, because the reality is that arrests are still going on.
Read More / Baca Lagi >>

BERSIH 2.0 : PORTAL PRO UMNO IKTIRAF KEMENANGAN BERSIH, SEKUTU UMNO GAGAL

Posted: 05 Jul 2011 06:53 PM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS
TERLEBIH dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk S.Ambiga dan BERSIH keseluruhannya kerana berjaya bertahan dan berani berdepan dengan berbagai tekanan, ugutan dan ancaman dari pihak yang anti-BERSIH. Bukan mudah untuk seorang wanita untuk berdepan dengan sebuah kerajaan yang mengunakan kuasa Polis, Pemuda Umno dengan Patriotnya, Perkasa, beberapa pertubuhan lain yang menjadi pengampu dan tidak kurang juga keegoan Persatuan Silat di bawah Guru Silat OKU itu.

Kesemuanya dapat dihadapi oleh BERSIH dengan kerjasama padu oleh berpuluh NGO dan juga parti-parti Pembangkang dari PR. Serangan oleh media pencacai siang dan malam terhadap BERSIH dengan tenang dihadapi oleh PERKASA malahan kempen berterusan terus dilakukan untuk memberitahu rakyat tentang objektif sebenar BERSIH untuk berhimpun pada 09 Jul nanti. Mungkin kerana bimbang rahsia mereka terbongkar selama ini, maka kuasa digunakan sewenang-wenangnya untuk menekan BERSIH dengan tangkapan demi tangkapan sehingga ke tahap meletakkan baju kuning seolah-olah seperti memiliki bahan api atau dadah kalaupun tidak sehina memiliki atau mengedar video seks.Read More / Baca Lagi >>

Pakatan: Bebaskan semua tahanan, tarik balik haram Bersih 2.0

Posted: 05 Jul 2011 06:50 PM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pakatan Rakyat menggesa Putrajaya harus melepaskan semua tahanan yang ditahan kerana terlibat dengan aktiviti Bersih 2.0 serta menarik balik semua bentuk pengharaman terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk kemeja-T.
Selain itu, tegas pemimpin Pakatan Rakyat, enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat, juga perlu dilepaskan.
Tindakan harus dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0, diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada huru-hara pertukaran pemimpin negara - Nik Aziz

Posted: 05 Jul 2011 06:49 PM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Polis kepung dewan untuk henti program Bersih, engkar titah Agong

Posted: 05 Jul 2011 09:38 AM PDT

KOTA DAMANSARA:  Engkar Titah Khas Yang DiPertuan Agong, pasukan polis meneruskan intimidasi terhadap aktivis Bersih apabila bertindak mengepung Dewan MBPJ, Seksyen 7, di sini malam tadi.
Tindakan itu kurang 12 jam selepas  Tuanku Mizan Zainal Abidin membenarkan himpunan aman Bersih dilakukan di stadium pada 9 Julai ini.
Pasukan polis dari IPD Petaling Jaya, diketuai ASP Marzukhi Mokhtar mengepung dewan berkenaan sejak jam 7 malam untuk menghentikan taklimat Himpunan Bersih 2.0 dan Bengkel Hak berhimpun.
Program itu anjuran Pakatan Rakyat Subang dan peguam hak asasi Lawyers For Liberty (LFL), yang turut dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat peringkat cabang dan bahagian, serta kira-kira 50 peserta.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dengan dua trak black maria dan dua pacuan empat roda Pasukan Gerak Am dikerah melakukan serbuan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Polis halang taklimat himpunan Bersih

Posted: 05 Jul 2011 09:34 AM PDT

PETALING JAYA, 5 Julai: Walaupun Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pihak Bersih menghadap di Istana Negara petang tadi, namun pihak polis masih lagi tidak membenarkan program Bersih diadakan.
Majlis taklimat himpunan aman Bersih kepada para penyokong Pakatan Rakyat Subang yang dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Komuniti Seksyen 7, Kota Damansara masih dihalang oleh pihak polis.
Pihak polis telah mengepung pekarangan dewan sebelum waktu Maghrib bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan itu walaupun majlis dijadualkan bermula jam 9.00 malam.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno

Posted: 05 Jul 2011 09:30 AM PDT


KUALA LUMPUR, 5 Julai: Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

"Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong

Posted: 05 Jul 2011 09:20 AM PDT

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Jom KUNING-kan Stadium Shah Alam!!

Posted: 05 Jul 2011 08:31 AM PDT


Bersih 2.0 akan diteruskan juga tetapi ia akan diadakan di dalam stadium. Banyak yang kecewa kerana tak dapat berarak di jalan raya tetapi ramai juga yang okay dengan perhimpunan di stadium. Janji.... dapat berhimpun. Janji..... BERSIH 2.0 on.

Najib dengan begitu ek telah menyatakan kesediaannya untuk berjumpa dengan BERSIH bagi menentukan venue BERSIH. Aha... di stadium mana BERSIH nak berhimpun? Tapi.... BERSIH kena mematuhi beberapa syarat. Pulak dah.... [sini]
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Demo di stadium, siapa menang, siapa kalah?

Posted: 05 Jul 2011 08:29 AM PDT



Ketua Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu media bahawa demonstrasi besar-besaran gabungan kumpulan menuntut penambahbaikan proses pilihan raya itu akan diadakan di stadium dan bukan di jalanan.
Pendirian baharu Bersih ini muncul selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agong hari ini. Bersih yang digerakkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat sebelum ini bertegas untuk mengadakan protes di tengah bandar Kuala Lumpur di beberapa lokasi tetapi ditentang hebat Umno dan penyokongnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0 : Humbankan Ketua Polis Negara ke penjara. Polis Penderhaka!

Posted: 05 Jul 2011 08:23 AM PDT


Andainya kempen Bersih 2.0 itu mempunyai unsur subersif atau membawa fahaman komunis atau bolih mendatangkan kemudaratan dan kacau-bilau kepada rakyat dan negara, mana mungkin DYMM Yang diPertuan Agong sanggup untuk meluangkan masa selama 90 minit untuk berunding dengan wakil Bersih 2.0?

Sejak berminggu lalu, polis yang terkenal dengan gelaran anjing belaan Umno/BN telah melakukan tanggapan rambang, bertindak zalim dan biadap terhadap orang awam semata-mata kerna mereka memakai, menjual atau berhujah tentang program Bersih 2.0.Read More / Baca Lagi >>