MIMPI SENJA |
- Penjara 18 thn 10 sebatan - Tukang urut buta rogol anak hingga mengandung
- T-SHIRT BERSIH - Lagi tangkapan di Alor Setar
- Geledah pejabat ADUN Kajang - Polis minta maaf
- BERSIH 2.0 : Perhimpunan Bersih tetap diteruskan
- BERSIH 2.0 : TERKINI (3.30) : Himpunan Bersih diadakan dalam stadium
- Jawatankuasa BERSIH 2.0 mengadap Agong
Penjara 18 thn 10 sebatan - Tukang urut buta rogol anak hingga mengandung Posted: 05 Jul 2011 05:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang tukang urut buta berusia 47 tahun meminta Mahkamah Sesyen di sini meringankan hukuman ke atasnya setelah dia mengaku bersalah merogol anak perempuannya sendiri selama empat tahun dengan alasan dia tidak begitu arif tentang undang-undang. Kata-katanya itu telah menyebabkan hakim Emelia Kaswati Mohd Khalid membidasnya semula dengan berkata; "Mana ada undang-undang yang membenarkan seorang ayah mengadakan hubungan seksual dengan anak perempuannya sendiri." Beliau kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dengan 10 kali sebatan. Anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu kini sedang sarat mengandung tujuh bulan akibat daripada perbuatannya. "Apa juga hukuman yang bakal dikenakan ke atas kamu tidak akan mengembalikan semula kehormatan diri anak kamu. "Saya juga tidak dapat bayangkan apakah masa depan anak yang bakal dilahirkan oleh anak kamu nanti. Adakah dia anak kamu? atau cucu kamu? Malah saya tidak dapat bayangkan betapa kelamnya masa depan mereka berdua," tegas Emelia Kaswati. Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas anak perempuannya itu di sebuah bilik di rumah mereka di Jalan San Peng, antara tahun 2007 hingga 24 Jun tahun ini. Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Kesiksaan. Menurut kertas fakta, lelaki buta berkenaan telah melakukan perbuatan sumbang itu sejak tahun 2007 dan pada tahun ini sahaja dia telah merogol anaknya itu sebanyak tiga kali. Anak perempuannya itu tidak melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa kerana takut dan tidak mahu ibunya yang juga buta mengetahuinya. Bagaimanapun perkara ini terbongkar apabila ibunya mula menyoal kenapa dia ingin menghindari peperiksaan dan ketika itulah dia memberitahu ibunya mengenai apa yang terjadi. Lelaki buta itu mempunyai dua orang isteri yang juga buta dan lapan orang anak yang berusia di antara 22 tahun hingga 10 bulan.- mStar |
T-SHIRT BERSIH - Lagi tangkapan di Alor Setar Posted: 05 Jul 2011 04:31 AM PDT ALOR SETAR A man in his 40s was detained by police for having with him 43 banned "Bersih" T-shirts in his car parked outside a house a house at Km4, Jalan Changlun here at 2am today. Kedah police chief Datuk Ahmad Ibrahim said police were investigating the connection between the man and the owner of the house which was raided by police yesterday. "We managed to trace the owner of the building where the printing of the T-shirts was done but he was not involved. We are now looking for the persons who rented the house," Ahmad told reporters here. Yesterday three men (two of them Bangladeshi nationals) were detained while printing 'Bersih' T-shirts at a shoplot in Taman Nuri here. The "Bersih" T-shirts have been banned by the authorities a the Coalition for Free and Fair Elections, an outlawed group, planned to use then in illegal street demonstrations scheduled for July 9. -- BERNAMA |
Geledah pejabat ADUN Kajang - Polis minta maaf Posted: 05 Jul 2011 03:50 AM PDT Hambatan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) berterusan hari ini dengan giliran pusat khidmat ADUN Kajang pula digeledah pagi ini. Namun kali ini, polis terpaksa memohon maaf kerana tidak ada apa-apa barang larangan seperti baju T kuning BERSIH yang berjaya dirampas. ADUN Kajang Lee Kim Sin dari PKR berkata kira-kira 15 anggota polis dari ibu pejabat polis Kajang menyerbu pejabatnya pada jam 10.15 pagi tanpa waran selepas mendapat maklumat beliau menyimpan barangan BERSIH 2.0. "Saya tiba apabila mereka hampir berlepas dan berkata kepada seorang pegawai polis ASP Pang, ini satu bentuk tekanan dan menyebabkan ketidak-selesaan kepada pengundi yang datang meminta khidmat saya dan beliau akhirnya meminta maaf. "Mereka beritahu saya mereka menerima laporan yang saya menyimpan bekalan kain lilit kepala BERSIH dan sebagainya tetapi ini nyata tiada asas," kata Lee ketika dihubungi. Menurut kakitangan pusat khidmatnya yang tidak mahu identitinya didedahkan, polis memasuki premis itu tanpa waran dan enggan membenarkan mereka menelefon Lee yang tiada di lokasi semasa serbuan. "Mereka paksa kami buka kotak yang memuatkan kompang dan bendera yang kami beli untuk satu program di sebuah kampung," katanya |
BERSIH 2.0 : Perhimpunan Bersih tetap diteruskan Posted: 05 Jul 2011 03:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka untuk mengadakan Perhimpunan Aman Bersih 2.0 di stadium , susulan pertemuan wakil NGO itu dengan Yang di Pertuan Agung tengahari tadi. Pengerusi Bersih 2.0, S.Ambiga membuat pengumuman itu selepas mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin. Bagaimanapun tidak dinyatakan di stadium mana himpunan itu akan diadakan. Manakala Pengumuman Pakatan pula dinyatakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan satu bersama. Justeru Pakatan Rakyat menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium. "Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata mereka. Mereka berkata, proses reformasi perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan ia memerlukan komitmen Datuk Seri Najib Razak. "Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini," kata mereka. Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti berjalan dengan baik dan aman. "Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan," ujar mereka lagi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16603 |
BERSIH 2.0 : TERKINI (3.30) : Himpunan Bersih diadakan dalam stadium Posted: 05 Jul 2011 12:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 5 JULY, 2011: Bersih 2.0 Chairman, Datuk Ambiga Sreenevasan in a press statement after meeting the Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong announced that the Bersih committee are going to work with government to choose the stadium as the new venue of the rally. MORE TO COME |
Jawatankuasa BERSIH 2.0 mengadap Agong Posted: 04 Jul 2011 11:20 PM PDT Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara. Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan. Menurut wartawan Malaysiakini yang menunggu di perkarangan Istana Negara, pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin adalah antara yang kelihatan menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sejak jam 1.30 petang tadi. Mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilaporkan masuk pada jam 1.55 petang tadi. Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara. Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara. Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana. Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan