Rabu, 22 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Peserta Bersih perlu tahu hak anda bila berdepan dengan Polis

Posted: 22 Jun 2011 10:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Lawyers For Liberty (LFL) menganjurkan bengkel terbuka berhubung hak peserta ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Peguam, Fadiah Nadwa Fikri berkata, bengkel tersebut diadakan bagi memberi pendedahan tentang hak peserta perhimpunan sekiranya mereka berdepan salahgunakuasa atau ditangkap polis.

"Persediaan awal sangat penting dan mereka menyertai perhimpunan ini tidak perlu takut kerana dengan pendedahan yang diberikan pastinya mereka akan mendapat perlindungan dari segi undang-undang"

"Ramai masih lagi keliru dan tidak tahu tentang hak asasi mereka. Anda berhak untuk mendapatkan khidmat peguam sebelum memberi apa-apa kenyataan (ketika ditahan)," kata Fadiah ketika dihubungi Keadilandaily.


Menurut Fadiah, Peguam LFL dan Pusat Bantuan Guaman sedaya upaya memberikan bantuan kepada mereka yang ditahan pada hari perhimpunan tersebut.

Namun beliau percaya pihak berkuasa itu akan menggunakan pelbagai cara bagi menyukarkan peserta untuk mendapatkan khidmat peguam mereka.

Katanya, antara perkara yang akan dilakukan polis ketika penangkapan adalah seperti merampas telefon bimbit peserta bagi menyukarkan mereka berkomunikasi dan berjumpa peguam.

Justeru itu katanya, adalah penting peserta perhimpunan sendiri mengetahui tentang hak mereka sekiranya mereka ditahan sebelum dan semasa perhimpunan itu.

"Oleh itu, saya nasihatkan agar orang ramai tegas dan bangun melawan. Jadi penting untuk mereka hadir pada bengkel 30 Jun ini bagi mengetahui lebih jelas tentang hak mereka dan sebagai persediaan ketika berdepan polis," katanya.

Bengkel bertajuk Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis ini akan dikendalikan sepenuhnya peguam hak asasi N. Surendran bersama dengan peguam-peguam LFL yang lain.

Bengkel tersebut dijadual diadakan pada tarikh 30 Jun bertempat di Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Banduan Didakwa Merogol

Posted: 22 Jun 2011 08:51 PM PDT

Oleh SALWA SHA'ARI
SHAH ALAM: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun dan sebatan 10 kali, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tuduhan merogol dan meliwat yang dilakukannya sebelum dia dihukum.

G. Thiyagaran, 35, yang sedang menjalani hukuman di Penjara Taiping, sejak 24 September 2010 hadir di mahkamah dengan memakai pakaian seragam penjara warna hijau dan dikawal oleh empat kakitangan penjara.

Lelaki bertubuh sederhana itu sedang menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak atas pelbagai kesalahan seperti merogol, mencabul dan mengurung dan mencuri motosikal.

Dia didakwa merogol dan meliwat remaja berusia 19 tahun selepas memperdayakan mangsa yang sedang menunggu bas untuk ke sekolah untuk mengikutnya selepas memperdayakan mangsa bahawa dia mempunyai pistol.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 7 pagi, 8 Oktober 2009 di kawasan perkuburan cina Kerling, Hulu Selangor, dekat sini.

Bagi kesalahan merogol, dia yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, dekat sini didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan manakala pendakwaan bagi kesalahan meliwat dibuat mengikut Seksyen 377C kanun sama.

Setiap pertuduhan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Thiyagaran mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Mohammed Mokhzani menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Che Rohana Ismail manakala tertuduh tidak diwakili oleh peguam.

Apa yang takut sangat dengan BERSIH?

Posted: 22 Jun 2011 08:32 PM PDT

Wira Arjuna

Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menggunakannya bagi "mempertahankan" singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap BERSIH 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk "bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai perhimpunan ini?

Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, PERKASA dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Gulingkan kerajaan

BERSIH 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim.

BERSIH 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Datuk Ambiga Srinevasam, seorang aktivis yang mendokong keluhuran pelembagaan dan hak asasi manusia.

Benar, BERSIH disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana:

•Perhimpunan adalah secara aman
•Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini
•Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.
Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan BERSIH 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu.

Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Banyak rungutan

Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini?

Selepas 12 pilihan raya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih. Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang pilihan raya umum ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran BERSIH 2.0.

Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes 'bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi. Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos.

Lebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.

Amat mencurigakan

Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa.

Di Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.

Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan.

Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-BN adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu.

Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi.

Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata.

Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam, institusi kerajaan dan jentera media arus perdana.

Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya.

Apakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang?

Biarlah Himpunan BERSIH 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Negara berkebajikan ialah pelaksanaan politik Islam

Posted: 22 Jun 2011 07:10 AM PDT

Oleh ZAKARIA ISMAIL

Ramai yang suka menjadi pemerhati yang tidak PAS dan tidak Umno, tidak Barisan Nasional dan tidak Pakatan Rakyat. Tengah-tengah kata mereka.

Kemudian mereka mengeluarkan pendapat yang pada anggapannya sangat bernas, PAS tak boleh begitu, Umno mesti begini, PR sepatutnya begini dan BN sepatutnya begitu.

Tetapi dalam kebanyakan keadaan, mereka sahaja yang selamat daripada kritikan. Menjayakan sesuatu agenda dan memperjuangkannya dalam wadah yang kita pilih seribu kali lebih sukar daripada mengkritik daripada jauh.

Tidak pernah mudah kepada PAS untuk memperjuangkan agenda perlaksanaan syariat Islam yang tulus, adil dan sesuai dilaksanakan pada setiap masa dan tempat dalam kerangka sebuah negara Islam yang dicita-citakan.

Ada orang yang menghentam dasarnya. Ada yang menyindir kedaifan cawangannya. Ada yang memperlekehkan segala cadangannya untuk kemajuan dan kesejahteraan negara.

Ada yang mencabar perdebatan falsafah dan hala tujunya seperti perbahasan akademik di pusat pengajian tinggi. Ada yang menyerangnya kerana segelintir tindak tanduk ahlinya. Bahkan ada yang mempertikaikan keislamannya.

Walaupun penulis artikel Abu Imad al-Mahshari menggambarkan beliau begitu telti, adil dan berhati-hati membuat ulasan, tetapi artikel beliau terlalu jelas dangkal dan cepat ingin sampai kepada kesimpulan.

Beliau hanya menggambarkan PAS parti yang berjuang semberono, syok berjuang tanpa tahu ke mana hala tuju yang dicita-citakan.

Contoh kedangkalan boleh dilihat daripada ulasan beliau tentang Islam Hadhari dan cadangan masyarakat Islam Hadhari. Walhal buku Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membahaskan penyelewengan Islam Hadhari daripada aspek terma, perlaksanaan yang dimaksudkan daripada konsep, Islam Hadhari yang tidak mahu tunduk kepada nas syarak, Islam Hadhari yang mirip kepada Islam liberal dan merbahaya kepada akidah dan boleh menyebabkan kekeliruan di dalam masyarakat Muslim.

Contoh ingin cepat sampai kepada kesimpulan, negara kebajikan PAS dianggapnya sebagai plagiat daripada welfare state mengikut kaca mata Eropah. Walhal PAS berjuang untuk penubuhan negara Islam dan salah satu daripada ciri negara Islam ialah negara berkebajikan.

Untuk melaksanakan keseluruhan ciri negara Islam sekaligus, adalah amat sukar. Jadi satu ciri dipilih untuk diserlahkan untuk mendekatkan kefahaman dan penerimaan masyarakat terhadap konsep negara Islam secara praktikal.

PAS menimbulkan tema negara berkebajikan kerana mengambil kira tindakan kerajaan Malaysia yang membelakangkan kebajikan rakyat dengan menaikkan cukai, menghapuskan subsidi, mendahulukan kebajikan kroni, menaikkan tarif keperluan asas rakyat pada tahap yang amat membebankan rakyat.

Kerajaan BN secara semberono telah membebankan rakyat untuk menanggung pelbagai perbelanjaan kerajaan an dengan meningkatkan beban cukai dan tarif dalam perbelanjaan isi rumah.

Khazanah kekayaan negara melalui hasil minyak, cukai, keuntungan GLC dan lain-lain yang tidak diurus dengan baik menjadikan Malaysia tidak berupaya meningkatan keupayaan ekonominya, walaupun kerajaan BN mendakwa mereka begitu arif dan pakar dalam pengurusan ekonomi.

Dakwaan mereka hanya dibuktikan dengan inflasi sebenar yang semakin perit dirasai oleh setiap peringkat rakyat jelata.

Negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS ialah kerajaan yang bebas rasuah, kreatif menjana ekonomi, mengagihkan harta negara secara adil dan memberikan keutamaan kepada faedah yang akan diperolehi oleh rakyat menurut neraca Islam.

Bermakna perlaksanaan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang membebankan rakyat akan dikaji semula dan digantikan dengan dasar yang lebih baik dan bermanfaat.

Langkah-langkah ke arah memberikan kesejahteraan dunia dan akhirat kepada rakyat akan diberikan keutamaan walaupun langkah tersebut tidak menghasilkan keuntungan secara langsung kepada kerajaan.

Bukan senang untuk menjana sokongan rakyat pelbagai lapisan peringkat, walaupun kerajaan BN jelas gagal dalam menangani isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kenaikan harga barang.

Akan sentiasa ada golongan penentang, golongan yang dahagakan penjelasan, golongan yang inginkan perhatian dan golongan skeptikal sentiasa cuba melemahkan semangat.

Tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya. Semoga istiqamah atas perjuangan. - SiasahDaily

Penulis ialah setiausaha Pemuda PAS Marang

Selangor saman balas Alam Flora

Posted: 22 Jun 2011 06:22 AM PDT

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Selangor akan memfailkan saman balas terhadap syarikat pelupusan sisa pepejal, Alam Flora ekoran tindakan syarikat itu memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan negeri meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih kerja-kerja pembersihan di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri berpendapat tindakan Alam Flora itu berniat jahat serta sengaja mahu menggagalkan usaha-usaha kerajaan negeri dan PBT dalam meningkatkan usaha serta mutu perkhidmatan yang lebih baik.

"Kami sedang mempertimbangkan usaha untuk memfailkan saman balas terhadap Alam Flora. Kerajaan Negeri telah mendapat nasihat guaman dan Alam Flora tidak mempunyai alasan untuk mendapatkan semakan kehakiman tersebut.

"Kita akan melaksanakan langkah-langkah yang perlu bagi mengetepikan permohoan yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak lama lagi serta membatalkan perintah penangguhan pelaksanaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Excco Kerajaan Negeri di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Alam Flora telah memfailkan semakan kehakiman terhadap kerajaan negeri dan semua PBT di Selangor bagi mencabar keputusan yang meminta semua PBT mengambil alih kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh Alam Flora.

Dalam semakan kehakiman tersebut, Alam Flora telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang kerajaan negeri dan PBT daripada meneruskan proses tender bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di negeri itu.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah melantik pasukan peguam terdiri daripada Tetuan Fernandez & Selvarajah bagi mewakili kerajaan negeri dan Datuk Dr Cyrus dari Tetuan Shook Lin & Bok mewakili kesemua PBT.

"Kerajaan negeri komited untuk memberi perkhidmatan yang telus, adil dan bertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada pembayar cukai," katanya.

Marsha 'kahwin' hanya untuk video klip

Posted: 22 Jun 2011 05:00 AM PDT

PETALING JAYA: Kontroversi penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh, 26, (gambar) yang dilaporkan sudah berkahwin pada Ahad lalu secara senyap hanyalah sekadar gimik yang dilakonkan dalam klip videonya.

Pengurus penyanyi itu, Syada Fiza berkata adegan perkahwinan tersebut dilakonkan dalam klip video terbaru Marsha berjudul Bila.

"Marsha memang berkahwin tapi hanya dalam lakonan sahaja untuk klip video terbarunya yang berkisar tentang perkahwinan.

"Adegan itu dilakonkan dalam suasana majlis dalam taman yang dibuat sama seperti perkahwinan sebenar," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Sebuah akhbar harian tabloid, Rabu, melaporkan bahawa penyanyi tersebut mengaku sudah berkahwin secara sembunyi pada Ahad lalu.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa pelakon drama Kum Kum The Series itu telah melangsungkan perkahwinan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong.

Syada berkata, klip video tersebut sedang dalam proses pembikinan dan dijangka akan dikeluarkan di YouTube pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, pihaknya juga berasa terkejut dan geli hati apabila isu berkenaan dijadikan sebagai kontroversi muka hadapan akhbar berkenaan.

Katanya, perkara itu timbul apabila Marsha secara bergurau menceritakan hal "perkahwinan" tersebut menerusi laman sosial Twitter miliknya baru-baru ini.

"Penggambaran untuk klip video tersebut sudah siap sepenuhnya hanya tinggal proses suntingan terakhir sahaja.

"Kami tak sangka ia menjadi persoalan banyak pihak mengenai kebenaran perkahwinan yang dilaporkan tapi ia sedikit sebanyak membantu kami untuk mempromosikan video klip tersebut," katanya sambil memberitahu penyanyi itu sedang sibuk di lokasi penggambaran dan tidak dapat menjawab panggilan telefon.- mStar

Apa beza Pekida dengan Perkasa?

Posted: 22 Jun 2011 03:35 AM PDT

Pekida bukan Perkasa, kami takkan turun Bersih 2.0

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) bertegas tidak akan turun menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai depan.

Walau bagaimanapun Ahli Majlis Tertinggi Pekida Malaysia Datuk Roslan Dahaman berkata ini tidak bermakna pihaknya menyokong perhimpunan
mendesak satu sistem pilihan raya yang adil dan bebas itu.

Berbeza dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno yang mahu turun menghalang perhimpunan tersebut, Roslan berkata pihaknya tidak mahu terlibat dengan sebarang agenda politik yang jelas bertentangan dengan perjuangan mereka.

Soalan: Apa beza Pekida dan Perkasa?

Roslan: Saya pun tak faham mengapa Perkasa ditubuhkan. Semasa perasmian Perkasa di Dewan Tenaga Nasional Bangsar yang dihadiri oleh semua menteri termasuk Tun (Dr Mahathir Mohammad) berucap dari pagi sampai petang, petang sampai (kerusi) kosong. Tetapi saya masih tak nampak hala tuju apa yang diucapkan.

Mereka ada duit boleh bina empayar begitu saja. Kami Pekida bergerak daripada bawah keatas, bermula daripada bawah, daripada ahli biasa bergerak individu, tiada satu menteri pun yang tolong.

Hala tuju Perkasa ni apa? Politik atau menegakkan orang Melayu. Penubuhan Perkasa ini terlalu awal…..hanya perhimpunan, perhimpunan, perhimpunan, apa hala tuju perhimpunan? Kalau nak kata bantu orang, kami pun bantu orang, takkan nak cakap pada seluruh media Pekida bantu orang.

Tangan kanan memberi, tangan kiri diam. Kami ada asrama anak yatim, asrama tahfiz sendiri di Bentong, Pahang tanpa bantuan kerajaan tapi tak dipandang masyarakat, tak dipandang kerajaan.

Mungkin Pekida boleh bekerjasama dengan Perkasa?

Kami tak minat bekerjasama dengan Perkasa. Kita tak mahu tonjolkan muka dengan Perkasa. Kami berbeza atas dasar. Perkasa politik, kami atas dakwah Islamiyah.

Kami mungkin boleh bersatu dalam mempertahankan sesuatu hal tetapi kerana sifat kekitaan yang tinggi itu yang jadi masalah. Perkasa selalu keluar dikaca televisyen dan akhbar, kita bukan begitu.

Mungkin kerana pendirian sedemikian orang fitnah Pekida dan mengambil kesempatan mengkomersilkan perjuangan kita.

Pekida akan turun Bersih 2.0?

Tak minat, kalau boleh jangan. Kami telah membuat laporan polis dan mengambil pendirian kerana mereka ada agenda spekulatif sendiri. Bersih kalau nak dakwa mereka ini tak adil, sudah enam negeri mereka tawan semasa pilihan raya (PRU 2008) dulu.

Kalau dengar bersih nak berarak, Perkasa nak berarak, Pemuda Umno nak berarak, sampai bila isu ini akan selesai? Nasib kita dihujung tanduk, jangan jaja masa depan negara demi agenda dan kepentingan sendiri.

Tetapi bagi kami jika berlakunya sebarang pertelingkahan kita akan menjadi barisan paling hadapan dalam mempertahankan hak kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam. Kami akan menjadi orang yang paling kehadapan berjuang mempertahankannya, bangsa dan hak kedaulatan raja-raja Melayu

3 Boroi tayang video lucah akan didakwa Jumaat ini

Posted: 22 Jun 2011 12:17 AM PDT

2011/06/22

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, berkata trio "Datuk T" diminta hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi Jumaat ini untuk pendakwaan.

Beliau berkata demikian dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada wartawan sebentar tadi. Difahamkan pendakwaan terhadap mereka adalah berkaitan penayangan rakaman video yang didakwa menunjukkan aksi seks individu mirip seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita.

Selain Eskay, dua lagi anggota trio "Datuk T" iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung PERKASA, Datuk Shuib Lazim. - BH

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERHIMPUNAN BERSIH - JANGAN PIJAK BUMI SELANGOR? WAH, ANGKUH SUNGGUH

Posted: 22 Jun 2011 09:20 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

WAH, bukan main hebat lagi seorang Pegawai Polis bercakap di dalam TV tadi. Dengan muka serius menunjukkan geramnya memberi amaran jangan cuba-cuba menjejakkan kaki di bumi Selangor untuk memasuki KL atas alasan untuk berhimpun pada 09 Jul nanti.

Kesihan. Benar juga kata orang tidak semua pegawai atasan ini bijak dan cerdik. Sewajarnya sebagai seorang Pegawai Polis berjawatan kanan mesti mahir di dalam undang-undang dan tahu sedikit sebanyak apa yang terkandung di dalam Perlembagaan. Jika setakat memberi alasan perhimpunan itu haram kerana tiada permit, aku rasa Konstabel Polis pun boleh membuat alasan begitu. Berilah alasan yang kukuh berpandukan undang-undang dan Perlembagaan, barulah rakyat `respek' ketajaman pemikirannya.

Apa pun, aku sungguh bangga kerana mana-mana face book teman-teman yang aku buka, face book mereka dipenuhi dengan warna kekuningan (badge) pada profile masing-masing. Wah, bertambah bersemangat jiwa kita dibuatnya tambahan pula ada `regu' kita dari PERKASA untuk menemani kita nanti bersama Pemuda Umno. Itu tandanya kita bijak dan tahu hak di dalam Perlembagaan. Pihak mana yang memulakan kacau bilau nanti, mereka adalah spesis beruk-beruk di jalanan sepertimana yang pernah diungkapkan oleh KJ, Ketua Pemuda Umno.

Tugas kita sekarang, pada 02 Jul nanti kita disarankan untuk memakai baju kuning (BERSIH) sebagai `warm-up' tanpa kita berhimpun. Jika mahu ke mana-mana pada 02 Jul nanti, kita pakai baju kuning. Hebahkan pada rakan-rakan di dalam blog atau Face Book masing-masing. Kita mesti tunjukkan pada puak yang jahil itu bahawa rakyat Malaysia bukan tidak bertamaddun dan kita bukan lembu yang boleh dicucuk hidung.

Cukuplah lembu jadi lembu, jangan kita pula jadi lembu. Kumpulan yang diketuai oleh raja katak itu, biarlah mereka melompat sesuka hati mereka asalkan mereka tidak menganggu kita./wfauzdin.blogspot.com

RAHIM TAMBI CHIK BAKAL TERLUCUT JAWATAN PENGERUSI RISDA?

Posted: 22 Jun 2011 12:31 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan hari ini, Datuk `T' yang diketuai oleh Datuk Eskay berkemungkinan akan didakwa di Mahkamah Jumaat ini atas kesalahan menayangkan video lucah. Sebelum ini pun ada berita yang seumpama itu, dan kita harapkan kali ini `betul-betul, bukan cobaannn".

Sudah lama kita menunggu hasil siasatan ke atas kumpulan `three strooges' ini walaupun mereka pun sudah lama mengaku menayangkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Kini, kita menanti apakah kali ini benar-benar mereka didakwa dan apakah hukumannya nanti. Adakah sama dengan hukuman terhadap pesalah-pesalah yang lain di dalam kes yang sama, itu semua menjadi perhatian kita.

Saya yakin, sekiranya mereka didapati bersalah sekalipun hukumannya bukan lah sampai ke tali gantung. Jika diberi pilihan samada penjara atau membayar denda, saya pasti kumpulan tersebut tiada masalah dengan bayaran denda. Bayar saja denda, mereka pun akan bebas.

Seandainya Rahim Thamby Chik juga turut didapati bersalah, walaupun beliau terlebih mampu untuk membayar denda namun wajarkah beliau sebagai pesalah bahan lucah boleh terus memegang jawatan Pengerusi Risda? Kita lihat nanti sejauh mana kekuatan pemimpin Umno untuk menangani masalah moral orang seperti ini./wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


Ibrahim Ali: ISA dan lokap my second home

Posted: 22 Jun 2011 08:11 AM PDT

Dah buang tabiat Ibrahim Ali apabila melakukan perkara yang perlu-perlu sangat dihindari. Atau merasakan dirinya sangat perkasa (terbukti) bagai badang legenda Melayu.

 21 Jun 2011 "ISA dan lokap adalah 'my second home'" itu jawapan spontan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengulas laporan polis dibuat oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Sabtu mendesak Ahli Parlimen Pasir Mas dan juga presiden PERKASA itu ditangkap berhubung seruannya kepada masyarakat Cina supaya jangan keluar rumah dan menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0.

Bagaimanapun menurut Ibrahim, setiap rakyat tertakluk kepada undang-undang. "Kalau saya bersalah, wajar polis ambil tindakan. Kalau saya tak salah, tak ada sebab saya ditahan. Saya serah pada polis tetapi saya percaya profesinalisme pihak berkuasa itu," tegasnya.

Namun kata Ibrahim, " Jangan tahan saya atas sentimen poltik tetapi atas asas undang-undang,". Katanya, jika beliau bercakap soal perkauman, pihak berkuasa kena kaji betul-betul bukannya berdasarkan laporan beberapa portal yang melaporkan perkara tidak betul.

"Polis kena bertindak ikut fakta. Jenis saya, kalau saya buat saya mengaku..tetapi ada orang yang terang-terang buat tetapi tak mengaku," ujarnya. Malah Ibrahim menyatakan kehairanan kerana pihak yang mendesak beliau dikenakan ISA adalah pihak sama yang mahu ISA dihapuskan. "Mengapa mereka double standard," ujarnya kepada Agendadaily.

Cabaran beliau merujuk laporan terhadap Ibrahim oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 12.24 tengah hari ini. Beliau turut diiringi enam anggota AMK termasuk timbalan ketuanya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Dalam laporan polis itu, Rozan mendakwa Ibrahim telah mengeluarkan kata-kata yang didakwa berbaur hasutan yang berunsurkan keganasan yang ditujukan secara khusus kepada kaum Cina apabila mengarahkan mereka jangan keluar rumah dan perlu menyimpan stok makanan dirumah jika perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman Ahad lalu.

Malah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Jeff Ooi turut minta Ibrahim dikenakan tindakan dan anggap Ibrahim ada kekebalan kerana tidak dikenakan tindakan walaupun sudah banyak kenyataannya mencetuskan kontroversi.
-Agendadaily

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tahan Penjual Baju Bersih 2.0 Langgar Hak Asasi-Shamsul

Posted: 22 Jun 2011 09:17 PM PDT

SHAH ALAM 23 JUN : Tindakan polis menahan dan mengambil keterangan ahli jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi kawasan Gombak , Razali Ghafar kerana menjual baju yang mempunyai logo Bersih 2.0, diselar ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut Shamsul, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju T berkenaan di sekitar Kajang malam tadi menyalahi undang-undang.

Malah tambahnya, apa yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

" Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju Bersih, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran Bersih ini?,"katanya kepada Tv Selangor.

Difahamkan Razali ditahan ketika sedang berniaga dan dibawa ke Balai Polis Sungai Merab untuk diambil keterangan beliau.

Beliau hanya dibebaskan kira-kira jam 1 pagi tadi.

" Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya,"tambah Shamsul lagi.

Ditanya apakah ada tindakan susulan akan dibuat oleh AMK berhubung penahanan itu, menurut Shamsul pihaknya akan menunggu dan mengkaji dahulu tindakan-tindakan yang diambil oleh agensi kerajaan seperti polis yang dilihat cuba menakutkan rakyat akan himpunan aman itu.

Walau bagaimanapun, pihaknya akan terus menggerakkan kempen secara agresif sebagai 'acara memanaskan badan' apabila menjemput seluruh rakyat Malaysia memakai pakaian kuning pada 25 Jun dan 2 Julai ini.

" Setakat ini kita sedang teliti dahulu tindakan yang akan kita ambil tapi setakat ini kita akan gerakkan dahulu kempen secara angresif untuk menyedarkan rakyat sehingga ke akar umbi termasuk menyarankan mereka untuk memakai baju berwarna kuning," katanya.

Tahan Penjual Baju Bersih 2.0 Langgar Hak Asasi-Shamsul

Posted: 22 Jun 2011 09:17 PM PDT

SHAH ALAM 23 JUN : Tindakan polis menahan dan mengambil keterangan ahli jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi kawasan Gombak , Razali Ghafar kerana menjual baju yang mempunyai logo Bersih 2.0, diselar ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut Shamsul, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju T berkenaan di sekitar Kajang malam tadi menyalahi undang-undang.

Malah tambahnya, apa yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

" Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju Bersih, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran Bersih ini?,"katanya kepada Tv Selangor.

Difahamkan Razali ditahan ketika sedang berniaga dan dibawa ke Balai Polis Sungai Merab untuk diambil keterangan beliau.

Beliau hanya dibebaskan kira-kira jam 1 pagi tadi.

" Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya,"tambah Shamsul lagi.

Ditanya apakah ada tindakan susulan akan dibuat oleh AMK berhubung penahanan itu, menurut Shamsul pihaknya akan menunggu dan mengkaji dahulu tindakan-tindakan yang diambil oleh agensi kerajaan seperti polis yang dilihat cuba menakutkan rakyat akan himpunan aman itu.

Walau bagaimanapun, pihaknya akan terus menggerakkan kempen secara agresif sebagai 'acara memanaskan badan' apabila menjemput seluruh rakyat Malaysia memakai pakaian kuning pada 25 Jun dan 2 Julai ini.

" Setakat ini kita sedang teliti dahulu tindakan yang akan kita ambil tapi setakat ini kita akan gerakkan dahulu kempen secara angresif untuk menyedarkan rakyat sehingga ke akar umbi termasuk menyarankan mereka untuk memakai baju berwarna kuning," katanya.

Apa Yang Ditakuti Sangat Pada Bersih 2.0?

Posted: 22 Jun 2011 09:03 PM PDT

Apakah dia tuntutan penganjur Bersih 2.0 yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta Perkasa sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara maraton, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Najib Razak mahu menggunakannya bagi �mempertahankan� singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

 Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap Bersih 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk �bertindak tegas� terhadap mereka yang menyertai
perhimpunan ini?

Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, Perkasa dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Bersih 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Muhyiddin.

Dan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim.

Bersih 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Ambiga Sreenevasan, seorang aktivis yang mendokong keluhuran Pelembagaan dan hak asasi manusia.

Benar, Bersih disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana :

1. Perhimpunan adalah secara aman

2. Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini

3. Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.

Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan Bersih 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu.

Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini?

Selepas 12 pilihanraya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih.

Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang PRU ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran Bersih 2.0.

Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes �bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi.

Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos.

Lebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

 Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.

Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan � hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa.

Di Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.

Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan.

Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-Barisan Nasional adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu.

Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi.

Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata.

Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam , institusi kerajaan dan jentera media arus perdana.

Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya , termasuk Suruhanjaya Pilihanraya.

Apakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang?

Biarlah Himpunan Bersih 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini.

Pengerusi Bersih Terima Ugutan Bunuh Menerusi SMS

Posted: 22 Jun 2011 09:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 JUN : Satu laporan polis akan dibuat di Balai Polis Bukit Travers berhubung Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ugutan bunuh ke atas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Beberapa wartawan juga menerima ugutan menerusi SMS berkenaan lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas Ambiga dan juga beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mungkin terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS seumpama itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis," katanya.

 SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

"Puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

"kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".-Malaysiakini

Bukan Kejutan 'Datuk T' Terlepas - DSAI

Posted: 22 Jun 2011 09:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 JUN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.

Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

 Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.

Anwar turut mendakwa rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan dirinya menimbulkan banyak persoalan apabila pihak berkuasa dilihat melengah- lengahkan dan sentiasa berdolak dalih ketika disoal pemberita.
 Tindak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan keatas 'Datuk T' juga menggambarkan trio itu dilindungi meskipun mereka mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah itu kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

"Kes yang jelas begini tertangguh berbulan-bulan memang menimbulkan banyak persoalan," katanya kepada wartawan dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, tindakan polis yang berdiam diri walaupun berpuluh- puluh laporan polis dibuat bersabit pengedaran video lucah itu, turut memberi gambaran kegiatan itu mendapat sokongan dan kerjasama pihak berkuasa.

"Ia berlarutan lama dan ia (video seks) masih diedarkan, digalakkan oleh kerajaan, dibantu oleh polis dan Menteri Dalam Negeri.

"Adalah mustahil bagi bahan pornografi ditayangkan dan diedarkan dengan bilangan ratusan dan ribuan jika tidak dilindungi oleh sesuatu kuasa yang ada," katanya.

 Beliau berkata, pendakwaan yang akan dibuat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes itu juga boleh dipersoalkan kerana Peguam Negara sendiri mempunyai rekod yang meragukan.

Malah, katanya, 'Datuk T' juga sebelum ini diketahui umum dibayangi dan dihantui isu moral yang buruk dan keji.

PAKAI BAJU BERSIH PADA 2 JULAI...MALUMAN BAGI SEMUA PENCINTA KEADILAN

Posted: 22 Jun 2011 08:18 AM PDT


KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning.

Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai ini tidak perlu diadakan sebarang himpunan, cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap himpunan aman ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.

"Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2 Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0," ujarnya.

Jelasnya, rasional seruan itu adalah sebagai warm up (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap himpunan aman nanti dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihan raya yang bersih dan adil di masa akan datang.

Ini juga, ujarnya membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan aman Bersih 2.0 adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara.

Selain itu, katanya 2 Julai sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan itu.

"Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai nanti adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka," katanya.

SYABAS Gagal Selenggaran Loji, Punca Gangguan Bekalan Air

Posted: 22 Jun 2011 07:35 AM PDT

SHAH ALAM 22 JUN : Kerajaan negeri Selangor menegaskan gangguan bekalan air yang berlaku dibeberapa daerah adalah disebabkan kerja- kerja penyelenggaran loji rawatan air Sungai Selangor, dan bukannya disebabkan bekalan air yang tidak mencukupi.

EXCO Selangor, Elizebeth Wong berkata tindakan SYABAS menjadikan rundingan penstrukturan semula sebagai alasan gangguan bekalan air itu, amat dikesali.

Walhal, ia adalah kegagalan SYABAS yang tidak menyelenggara loji rawatan itu itu sejak tahun 1997, sehingga berlakunya gangguan bekalan air itu.

"Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas.

"Kenyataan pihak Syabas hari ini menyalahkan rundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat, penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja- kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya," katanya.

Gangguan bekalan air yang diumumkan SYABAS dilaporkan akan berlanjutan selama tiga hari dan menjejaskan kira- kira sejuta penduduk di daerah Petaling, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Lumpur.

Elizebeth turut menyeru kepada rakyat Selangor agar jangan terpedaya dengan khabar angin yang mengatakan negeri ini akan mengalami krisis air dalam masa terdekat berikutan kadar simpanan air masih mencukupi.

Mengikut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), kedudukan tahap simpanan air empangan pada 21 Jun 2011 adalah seperti yang berikut :

- Empangan Sungai Selangor - 98.81%
- Empangan Sungai Tinggi - 99.17%.
- Empangan Sungai Batu - 100%.
- Empangan Klang Gate - 100%.
- Empangan Sungai Semenyih - 100%
- Empangan Sungai Langat - 100%.
- Empangan Tasik Subang - 96.88%

Sehubungan itu, kerajaan Negeri Selangor menyeru Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau (KeTTHA) untuk menilai semula kecekapan dan keupayaan Syabas ini dalam pengurusan sistem bekalan air kepada penduduk negeri yang termaju di Malaysia.

Elizebeth menambah, kerajaan negeri telah membuat persediaan untuk menangani masalah sekiranya jangkaan musim kering atau fenomena El-Nino melanda Malaysia.

"Kerajaan Negeri Selangor akan tetap berusaha memastikan bekalan air yang mencukupi kepada semua.

Pada tahun ini, kami telah memeriksa dan memastikan semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor," jelas Elizebeth.

Status Akuan Bersumpah Bala, Nazri Kelirukan Dewan Rakyat

Posted: 22 Jun 2011 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 JUN : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz didakwa mengelirukan wakil rakyat berhubung jawapan lisannya di parlimen mengenai status kes akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata penjelasan bertulis oleh menteri itu menafikan, pengakuan bersumpah Balasubramaniam yang dibuat pada Julai 2008 boleh digunapakai di dalam prosiding mahkamah.

Tambahnya, Nazri sengaja mengklasifikasikan keterangan bersumpah Balasubramaniam tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 199 dan Seksyen 200 Kanun Keseksaan.

Namun Sivarasa yang juga seorang peguam menyatakan sebarang akuan bersumpah menurut undang- undang boleh diterima sebagai bukti di mahkamah walaupun ianya palsu.

"Kita tidak perlu masuk sekolah undang- undang untuk memahami perkara ini. Walaupun ianya dibuat di luar mahkamah tetapi masih boleh diterima," jelas beliau.

Beliau menjawab soalan lisan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengenai tindakan yang masih belum diambil oleh Timbalan Pendakwa Raya sehingga kini dalam kes tersebut.

Balasubramaniam pada tahun 2008 membuat akuan bersumpah mendakwa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak mempunyai hubungan sulit dengan jurubahasa wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Namun dalam minggu yang sama Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua, menyatakan beliau tidak pernah diberitahu oleh Abdul Razak Baginda bahawa Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita itu termasuk perbuatan luar tabii.

Sivarasa ketika sidang medianya di lobi parlimen berpendapat, Nazri hanya mengemukakan jawapan tersebut bertujuan menghalang kes pembunuhan kejam Altantuya dibangkitkan semula.

"Kalau menteri sebut tidak ada kes, beliau (Bala) sepatutnya diambil tindakan kerana telah memburukkan pemimpin negara," katanya lagi.

Dalam sidang media yang sama, Tian Chua turut mempertikai gerak kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mengambil masa terlalu lama untuk mendakwa trio 'Datuk T' bersabit kesalahan mengedar rakaman video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada umum.

Tian dalam Dewan Rakyat sebelum itu bertanya samada polis memberi perlindungan kepada 'Datuk T' walaupun tindakan mereka jelas melanggar Akta Penapisan Filem 2002.

"Siasatan ini seolah-olah mencari siapa pelakon. Tapi isu bukan pelakon, yang jelas langgar undang- undang adalah orang yang edar dan pamer video lucah, harus diambil tindakan dahulu. Ini sudah masuk 3 bulan," kata beliau kepada media.

Dalam perkembangan lain, 'Datuk T' yang mengaku bertanggubgjawab menayangkan rakaman video seks kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu, akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

Perkara itu disahkan salah seorang daripada trio berkenaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberitahu portal berita The Malaysian Insider melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mereka akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 Jun 2011.

'Datuk T' merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Ketiga- tiga individu tersebut kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Dana Awam Tambahan Tampung Kos PRU 13 ?

Posted: 22 Jun 2011 05:59 AM PDT












KUALA LUMPUR 22 JUN : Permohonan belanjawan tambahan berjumlah RM13 bilion oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional di parlimen baru- baru ini menimbulkan kesangsian berikutan tempoh yang dianggap terlalu awal untuk kerajaan mendapatkan kewangan tambahan bagi tahun 2011.

Walaupun alasan yang diberikan kerajaan berkait aspek pengurusan negara namun ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berpendapat wujud elemen lain yang cuba disembunyikan pihak tertentu memandangkan peruntukan tambahan bagi 2010 baru sahaja diluluskan Mac lalu.

"Kalau dibuat perbandingan belanjawan tiga bulan lepas dengan jumlah RM13 bilion tidak mendatangkan apa-apa kesan (harga barang). Kenapa kerajaan mengulangi perbelanjaan yang sama jumlahnya untuk kali ke dua.

Justeru, Azan berkata permohonan belanjawan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa dana awam itu akan digunakan bagi menampung kos Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

Ini kerana jelasnya, alasan untuk menampung kos subsidi adalah tidak relevan memandangkan rakyat masih terbeban dengan kenaikan tarif elektrik dan harga barang.

"Maka timbul bukti bahawa ini sebenarnya belanjawan untuk mencipta momentum khas untuk Pilihan Raya Umum ke 13 dan akan ada siri kerana setiap tahun pilihan raya memang ada jenis perbelanjaan begini dan rakyat perlu tahu sebenarnya perbelanjaan tambahan yang diminta parlimen hanya untuk memastikan Barisan Nasional boleh bertahan," kata Azan kepada Tv Selangor.

Justeru Azan mengecam peranan kerajaan pemerintah yang gagal membuat andaian tepat pengurusan kewangan sekiranya benar peruntukan tambahan itu akan disalurkan untuk kepentingan rakyat.

Azan yakin sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak menggunakan mekanisma yang sama seperti tahun lalu untuk menangani isu beban rakyat, maka pembaziran sebanyak RM13 bilion dijangka akan berlaku pada tahun ini yang ternyata tidak membawa keuntungan kepada rakyat.

"Bermakna peruntukan belanjawan (tambahan) itu ditumpukan untuk subsidi yang sebenarnya tidak berjaya meringankan beban rakyat. Ini bermakna alasan subsidi itu tidak betul. Diwujudkan sahaja untuk menggunakan kewangan itu," ujar beliau lagi.

Anwar Desak Siasat Pelaburan 1MDB Petrol Saudi

Posted: 22 Jun 2011 05:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 JUN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat transaksi pembelian dan penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi Interrnational yang agak mencurigakan berdasarkan laporan juruaudit.

Transaksi itu melibatkan pengumuman keuntungan RM425 juta untuk operasi tahun pertama berakhir 31 Mac 2010 oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada 8 Oktober 2010 dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Sharol Halmi pada 12 Oktober 2010.

Tegasnya lagi, keuntungan tersebut diperolehi antara lain hasil penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited, syarikat usahasama di antara 1MDB dengan PetroSaudi International Limited.

Menurut beliau, dalam transaksi itu, 1MDB melabur dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion yang dibuat secara tunai.

Katanya, tidak sampai 5 bulan kemudian, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada rakan usahasama mereka, PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion dan memperolehi keuntungan RM615 juta.

"Walau bagaimanapun, bayaran untuk penjualan pelaburan ini dibuat sama ada secara ansuran atau bayaran tertangguh selama 11 tahun.

Fuziah Sambut Baik Pertemuan Dengan Wakil Lynas

Posted: 22 Jun 2011 03:55 AM PDT






KUALA LUMPUR 22 JUN : Ahli Parlimen Kuantan bersedia bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis bagi membincangkan isu berbangkit loji pemprosesan tanah jarang tersebut.

Bagaimanapun Fuziah menyatakan pertemuan itu seharusnya dilakukan secara terbuka dan turut membenarkan kehadiran media dem
i menunjukkan ketelusan pihak Lynas dalam isu ini.

Fuziah turut mencadangkan agar pertemuan itu diadakan pada 1 Julai depan, memandangkan sidang parlimen sesi keempat 2011, hanya akan berakhir pada 30 Jun ini.

"Saya menyambut usaha anda (Lynas) untuk mengadakan dialog yang bermakna dan respon anda untuk pertemuan yang lebih telus dan terbuka dengan rakyat awam," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Semalam, Curtis menghantar surat jemputan untuk berdialog dengan Fuziah mengenai aduan dan protes yang dibuat awam terhadap pembinaan dan pengurusan sisa Thorium, loji berkenaan.

Curtis juga mendakwa pada 17 Jun lalu, Rumah Pengurus syarikat pembinaan loji berkenaan di Kuantan, Bill Morris telah dibaling bom api dan diconteng dengan cat, dengan perkataan 'Pulang ke Australia, Lynas'.

Fuziah menyampaikan rasa simpati beliau terhadap insiden berkenaan dan menyatakan ia adalah bentuk bantahan masyarakat bersabit pembinaan loji tersebut.

"Saya hendak menyampaikan rasa simpati dan kesal insiden berkenaan berlaku kepada pekerja Lynas. Ini tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa yang tinggal di Kuantan kerana kami selalu berbangga dengan keamaan yang menjadi lambang bandar ini. Bagaimanapun insiden ini menunjukkan bukti betapa kehadiran LAMP membawa ketidakstabilan komuniti," kata beliau.

Fuziah merujuk kepada insiden sebelum ini di mana semasa lawatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke Lynas bulan lalu, sekumpulan penyokong projek Lynas yang dinamakan BADAR melakukan kekasaran terhadap orang awam dengan kata kata kesat malah memecahkan cermin kereta mereka yang menentang projek itu.

Fuziah turut sekali lagi menyatakan betapa penilaian projek Lynas sepatutnya dilakukan oleh penilai bebas yang merangkumi keseluruhan aspek termasuk impak alam sekitar dan bukannya hanya IAEA.

"IAEA adalah pro industri nuklear dan tidak boleh dikatakan sebagai evaluasi tidak berat sebelah dan adil. Saya tidak mempertikaikan kredibiliti dan kepakaran mereka tetapi saya nyatakan sekali lagi evalusai ini tidak menyeluruh dan ia perlu melibatkan beberapa lagi aspek seperti Kesihatan Awam dan Impak Alam Sekitar," kata beliau



Kerajaan Rancang Kerugian Projek Terusan Penang

Posted: 22 Jun 2011 03:52 AM PDT




KUALA LUMPUR 22 JUN : Putrajaya 'mengakui' telah merancang kerugian bagi projek mendalamkan terusan utara di Pulau Pinang yang bernilai RM300 juta menurut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Berdasarkan jawapan lisan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan di parlimen hari ini, kementerian itu menjelaskan telahpun mengambil kira penjejasan prestasi kewangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), akibat kelewatan mendalamkan Pelabuhan Pulau Pinang.
"Ini bermaksud kementerian mengakui kelewatan dan menyebabkan kerugian ialah sesuatu yang telah dirancang. Kerajaan telah merancang kerugian untuk melandasi Penang Port Sdn Bhd," kata beliau kepada media.

Projek PPSB di bawah kelolaan Kementerian Kewangan itu kini berdepan dengan kerugian sebanyak RM100 juta akibat terbengkalai seraya menimbulkan keresahan tentang kos lebihan yang terpaksa ditanggung.

Jeff menyifatkan kerajaan gagal memainkan peranan bagi memastikan projek yang melibatkan suku bilion ringgit itu siap pada jangkamasa yang ditetapkan bagi mengelak kos berlebihan ditanggung.

"Saya rasa ini sikap transformasi yang terumbang-ambing. Mana transformasi kalau kerugian itu telah dirancangkan seperti mana yang disebut," jelasnya lagi.

Terusan dengan kedalaman 15 meter itu dijangka siap pada 2013, terbengkalai sehingga kini berikutan kerja- kerja tersebut tidak dapat diteruskan.

Sehubungan dengan itu Pengarah Pengurusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar pada Mei lalu menyatakan PPSB akan mengalami kerugian berjumlah RM100 juta sekiranya projek tersebut masih tergendala.

PPSB sebelum ini telah menghubungi Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) beberapa kali, menuntut penjelasan mengenai perkara itu namun tidak mendapat respon.

BERSIH 2.0, PERKASA, Pemuda UMNO Disoal Siasat

Posted: 22 Jun 2011 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 JUN : Penganjur himpunan BERSIH 2.0, Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Pemuda UMNO dipanggil ke ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini ekoran merancang perhimpunan aman di ibu kota 9 Julai depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata wakil kumpulan tersebut dipanggil kerana berkeras mahu mengadakan aktiviti itu, walaupun tidak mendapat permit polis.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dedahkan butiran keterangan yang diambil dari ketiga- tiga badan tersebut.

Usaha Tv Selangor untuk menghubungi Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan menemui jalan buntu.

Walaubagaimanapun portal berita Malaysiakini melaporkan pihaknya berjaya menghubungi Ambiga dan beliau berkata tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

Ahad lalu, pelancaran BERSIH 2.0 berjalan lancar dengan dihadiri hampir 2500 penyokong di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Lebih 60 badan bukan kerajaan (NGO) hadir memberikan sokongan.

Antaranya, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT), Lawyers for Libelity, Kelab Menteri Besar Selangor, IKRAM, GAMIS, CIJ, TENAGANITA, Mahasiswa UNISEL dan banyak lagi.

Himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan berikutan keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan pemerintah mengadakan pilihan raya secara telus dan adil.

Antara empat tuntutan yang masih belum dipertimbangkan adalah bersihkan senarai pengundi, merefomasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil.

Sempena himpunan BERSIH kali kedua ini, dua lagi tuntutan ditambah iaitu, tempoh pilihan raya 21 hari dan memulihkan kreadibiliti agensi kerajaan.

Penggunaan Sistem Biometrik Tidak Praktikal

Posted: 22 Jun 2011 01:06 AM PDT

SHAH ALAM 22 JUN : Penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang tidak praktikal dan ia perlu diperincikan lagi, kata jurucakap MAFREL.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam yang berkata kaedah itu mampu mengesan pengundian berganda, selain menjamin ketelusan.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu memperjelaskan setiap cadangan pembaharuan yang ingin dilaksanakan sebagai jaminan bahawa ia benar-benar berfungsi dengan penuh efektif dan holistik.

Menurutnya, kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan.

Malah katanya, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi.

" SPR ada cadangan itu dan ini, tetapi ia tidak dihebahkan (diperincikan) dan tidak melibatkan pihak-pihak berkepentingan. Sejauh mana sistem biometrik mampu dikongsi bagi diperlihatkan dari segi pelan tindakan kepada parti-parti politik yang ada, kepada pemantau pilihanraya, para akademik dan sebagainya," soalnya.

"Kita tidak tahu secara jelas adakah sistem biometrik ini berfungsi, adakah wujud tindakan-tindakan kawalan dan adakah sistem semakan boleh dilakukan untuk sistem ini, dan tentunya ia akan timbulkan tanda tanya," katanya kepada Tvselangor.

Isnin lalu, SPR mengumumkan Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang bakal menyaksikan penggunaan sistem biometrik bagi membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.

Beliau berkata demikian bagi mengulas antara lapan perkara yang dituntut BERSIH 2.0 dalam perhimpunan besar-besarnya pada 9 Julai depan bagi memastikan pilihan raya yang telus dan bersih dengan menggunakan dakwat kekal.

Syed Ibrahim berkata, tindakan SPR memperkenalkan pelbagai cadangan mahupun sistem dikhuatiri tidak akan kekal lama, terutama dari aspek keberkesanaan dan jaminan pilihanraya yang bersih dan adil benar-benar mampu dilaksanakan.

"Inilah hakikatnya yang berlaku kepada SPR, mereka bertindak, mungkin buat atau mungkin tidak. Tetapi ia tidak dihebahkan kepada pihak yang terlibat, mungkin juga tidak akan dibuat langsung dan hanya berdasarkan cadangan sahaja. Malah ia hanya akan menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat yang mungkin akan menyebabkan tanggapan negatif kepada SPR" katanya.

Dalam pada itu, Exco Selangor Rodziah Ismail menegaskan tiada alasan yang mampu menolak penggunaan dakwat kekal sebagai mekanisme terbaik dalam memastikan setiap pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil.

Malah katanya, penggunan dakwat kekal amat popular di beberapa negara kerana terbukti efektif dan menjimatkan.

" Pengunaan dakwat kekal melibatkan kos yang rendah berbanding penggunaan sistem biometrik. Jadi pada saya, cukuplah...jangan bazirkan wang rakyat kerana dalam tempoh sehari pilihanraya itu ia melibatkan kos berbilion ringgit yang kononnya untuk pilihanraya yang bersih," ujarnya.

Tegasnya, tindakan SPR dengan memperkenalkan sistem Boiometrik dilihat hanya untuk melengahkan tuntutan rakyat yang dahagakan pilihanraya yang bersih.

Ujarnya, jika SPR benar-benar serius dalam perkara itu ia perlu berlaku adil dengan mengambil perhatian diatas keluhan semua pihak termasuk parti-parti politik yang sedia ada.

" SPR mahu pilihanraya bersih untuk PRU ke 13 akan datang, jadi dalam konteks macam mana sekalipun ia perlu bersihkan daftar pemilih, bersihkan pada rakyat datang mengundi, ambil perhatian keluhan-keluhan dari parti yang ada, perbetulkan SPR dan SPR tidak boleh berat sebelah," tegasnya.

Tambah Rodziah, sebelum SPR mahu menggunapakai sistem biometrik ini suruhanjaya itu juga perlu mengambil kira kemudahan elektrik dan kemampuan sistem berkenaan dilaksanakan terutama di kawasan luar bandar terutama pedalaman Sabah dan Sarawak.

Ia katanya mungkin menyebabkan berlaku kesesakan dan mengganggu proses pengundian.

Selain itu, katanya, kenyataan Aziz menunjukkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berjaya menekan SPR dalam memastikan pilihan raya telus.

Rayuan Keempat Anwar, Gugur Hakim Didengar 6 Julai

Posted: 22 Jun 2011 12:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 JUN : Rayuan Ketua Pembangkang yang kesekian kalinya untuk menggugurkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada mendengar perbicaraan konspirasi kedua terhadapnya, akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 6 Julai depan.

Permohonan menggugurkan hakim itu kali keempat dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiga daripadanya ditolak Zabidin atas alasan beliau berkreadibiliti untuk menghakimi perbicaraan itu.

Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan sesi pendengaran itu setelah menerima pemberitahuan itu dari pendaftar Mahkamah Rayuan, semalam.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Hakim Zabidin sebelum ini mengarahkan ketua pembangkang itu membela diri dan mendapati Saiful adalah sakti yang boleh dipercayai meskipun Saiful direkodkan berkali- kali menukar kenyataannya.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa keputusan Zabidin menunjukkan hakim itu membuat pra-penghakiman sebelum perbicaraan itu selesai.

Bagaimanapun, pada 6 Jun, Hakim Zabidin memutuskan bahawa permohonan kali ketiga Anwar untuk menggugurkannya tidak mempunyai merit.

Karpal, bagaimanapun, berjaya mendapatkan perintah penangguhan daripada Zabidin sementara menunggu rayuan tersebut.

Walau apa pun hasil rayuan tersebut, Hakim Zabidin telah menetapkan 13 Julai depan untuk Anwar membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sentimen SPR Pula Bagaimana Tan Sri?

Posted: 22 Jun 2011 12:21 AM PDT

 KOMENTAR : "Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Namun yang menjadi persoalannya, sentimen SPR sendiri bagaimana? Dengan perkataan lain, SPR condong ke arah parti dan calon yang bagaimana? Soalan-soalan ini harus ditanya berulang-ulang kali.

Ini kerana jika SPR mengatakan ia berkecuali mengapa banyak sangat sentimen Badan Bukan Kerajaan, Majlis Peguam dan sudah tentu parti-parti politik cenderung mengatakan SPR tidak telus dan tidak berlaku adil pada semua, khususnya rakyat dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Ada rakyat yang tidak pernah mendaftar tiba-tiba mendapati nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih. Ada yang sudah mendaftar tetapi tersenarai dalam daftar di kawasan undi yang tidak munasabah jauhnya dari alamat tinggal mereka.

Ada juga yang sudah mendaftar, pernah mengundi tetapi tiba-tiba mendapati tempat mengundi mereka dipindahkan ke pusat lain tanpa notis.

Ada juga semakan yang dibuat mendapati pada sesuatu alamat ada berpuluh pengundi didaftarkan. Ada juga senarai pemilih dalam daftar berkenaan lebih ramai dari penduduk sesebuah rumah panjang!

Selain itu timbul pula kemusykilan bagaimana sebenarnya undi pos dijalankan. Bagaimana apabila ada kes Agen Mengundi dan Agen Pengiraan Undi atau PACA memantau proses pembuangan undi pos mendapati hanya tiga orang yang keluar mengundi di sebuah tempat pembuangan undi tetapi apabila keputusan dibacakan ada lebih 127 pengundi diumumkan telah membuang undi di pusat berkenaan.

Parti mana yang mendapat manfaat atau undi majoriti dalam proses pilihanraya itu memang agak mudah diterka. Undi pos adalah undi mereka yang tidak berpeluang membuang undi pada hari mengundi diadakan kerana bertugas di seberang laut, atau di kawasan pedalaman seperti anggota keselamatan negara. Bagaimanapun mengapa anak isteri mereka pun dikelompokkan dalam senarai undi pos?

Ini belum mengambil kira ada anak isteri anggota keselamatan yang tidak pernah mengisi Borang A untuk mendaftar sebagai pengundi tetapi secara automatik disenaraikan sebagai pemilih menurut sistem undi pos!

Ini semua adalah sentimen rakyat, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan parti-parti politik Bukan-BN terhadap SPR. Pengerusi SPR tidak boleh alpa dan terlepas pandang terhadap hakikat ini. Ini bukan sekadar persepsi. Ia sudah menjadi sentimen yang ranum di hati rakyat.

Percubaan untuk mengelak menerima hakikat ini adalah buruk padahnya kepada kewibawaan SPR dan kakitangannya sendiri dalam jangka masa panjang.

Sebab itu rakyat ingin bersuara. Mereka mahu hapuskan sentimen terhadap SPR yang mencurigakan ini. Sebab itu juga digerakkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Singkatannya Bersih 2.0. Kemuncak gerakan ini ialah pada 9 Julai ini.

Usaha raksasa kali kedua ini dijangka akan disaingi oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Perkasa, gerakan Melayu berhaluan kanan yang tidak mahu tatakelola SPR diubah atas nama "memelihara kepentingan Islam dan Melayu".

Sekali lagi tidak sukar untujk memahami mengapa Pemuda Umno atau Perkasa mahu menyaingi usaha Bersih 2.0. Ini tentunya kerana apa yang dituntut Bersih 2.0 ialah supaya pengurusan pilihanraya di negara ini dilakukan benar-benar atas landasan keluhuran undang-undang dan keadilan. Rakyat tahu segala kepincangan sistem pilihanraya di negara ini selama ini menguntungkan siapa.

Pilihanraya bukan sahaja ditentukan oleh sentimen. Ia juga berkaitan dengan ruang dan peluang. Jika sebelah pihak sahaja diberi peluang untuk menghebahkan manifesto mereka melalui sistem media berbayar dan awam tetapi tidak bagi pihak yang lain, bagaimana rakyat boleh membuat keputusan yang tepat siapa yang patut dipilih menjadi wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri?

SPR mesti tegas dalam soal agihan peluang dan ruang bagi semua pihak yang menawarkan diri bertanding dalam sistem pilihanraya yang dikendalikannya.

SPR juga mestilah memberi peluang kepada rakyat sepenuhnya. Yang pasti sebagai sebuah negara membangun Malaysia boleh dan mampu mewajibkan pendaftaran setiap kelahiran warganya dan dikeluarkan surat beranak setiap seorang. Kemudian prosedur ini disahkan pula dengan pendaftaran wajib kad pengenalan ketika berusia 12 tahun. Berbilion ringgit dibelanjakan untuk mewujud dan mengamalkan sistem ini.

Namun malangnya pangkalan data ini tiba-tiba tidak terpakai oleh SPR untuk mendaftarkan mereka secara automatik sebagai pengundi apabila mencapai usia 21 tahun. Isteri dan keluarga anggotan keselamatan boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik; tapi rakyat biasa yang mempunyai surat beranak dan kad pengenalan tidak boleh. Bukankah ini ganjil?

Ini bermakna sama ada kita hendak mengatakan Jabatan Pendaftaran Negara tidak cekap atau SPR sebenarnya malas, culas atau mungkin mempunyai sentimen yang kurang cenderung kepada ketelusan dan keadilan untuk setiap rakyat memilih kerajaan mana yang mereka mahu mentadbir negara.

Sehubungan itu, jika jabatan Imigresen boleh menguruskan keluar masuk setiap insan ke negara ini hanya dengan menggunakan pengenalan cap jari atau biometrik, mengapa SPR tidak mampu menggunakan pendekatan yang sama? Atau, sekurang-kurangnya menggunakan sistem dakwat pada jari pengundi bagi memastikan tiada mengundi lebih sekali!

Alasan yang mengatakan bahawa pendaftaran sebagai pengundi tidak diwajibkan di bawah Perlembagaan dan lantas mengundi tidak boleh diwajibkan, adalah hujah yang lapuk dan terlalu kebudak-budakkan.

SPR adalah badan mutlak yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini oleh Perlembagaan Negara. Ia seharusnya bertindak tuntas dan dengan telus dalam menunaikan tanggungjawab ini.

Pandangan Tan Sri Aziz bahawa sentimen rakyat terhadap parti-parti yang bersaing dalam pilihanraya mungkin berubah-ubah menurut iklim dan isu politik. Namun sentimen rakyat terhadap SPR seharusnya terus bening dan bersih serta tekal.

Kewibawaan SPR harus luhur dan adil. Ini kerana Kerajaan yang dilahirkan daripada pilihanraya yang bersih dan adil sahajalah yang boleh dikira sebagai Kerajaan yang berdaulat dan wajib disokong oleh setiap rakyat. Oleh itu sentimen SPR terhadap setiap parti politik berdaftar pula haruslah sentiasa bersih dan tiada pilih kasih. Hidup Bersih 2.0!

MAIWP Guna Wang Zakat Bayar Peguam

Posted: 22 Jun 2011 12:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 JUN: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengecam tindakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Che Mat Che Ali kerana menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir ditandatangani sendiri oleh beliau yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April 2010.

Malah dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.

"Di sini saya melihat tiga perkara iaitu pertama urustadbir. Beliau pengarah dan beliau juga setiausaha yang meluluskan sendiri. Kedua, penerima wang zakat adalah jelas iaitu orang miskin dan ketiga dari aspek politik yang mana pemegang amanah menguruskan wang zakat," ujar Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution di lobi parlimen sebentar tadi.

Bayaran kepada syarikat guaman itu merujuk kepada pengendalian kes Mahkamah Tinggi Syariah dan Wilayah Persekutuan antara Datuk Seri Anwar Ibraim melawan Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes tuntutan Qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Adzlan.

Sehubungan dengan itu, Saifuddin berkata akan menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengemukakan aduan mengenai perkara tersebut.

Anwar memfailkan saman itu berikutan ketiga- tiganya dilihat melengah- lengahkan tuntutan Qazaf yang difailkannya.
Beliau terkejut apabila diberitahu bahawa katua pendakwa syarie memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan Qazaf.

Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden- responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas kesemua pendakwaan dan pelaksanaan undang- undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.




Beng Hock : Suruhanjaya Serah Laporan Kepada Agong

Posted: 22 Jun 2011 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 JUN : Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock hari ini menyerahkan laporan setebal 124 halaman kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Pengerusinya, Tan Sri James Foong berkata, salinan laporan oleh lima anggota panel itu juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Menurut Foong, kini terpulanglah kepada Seri Paduka untuk menentukan sama ada laporan suruhanjaya itu akan didedahkan kepada umum atau tidak.

Selain Foong, suruhanjaya turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk TS Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Najib pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat keputusan terbuka.

Sepanjang persidangan, pelbagai saksi dipanggil termasuk pakar patologi, psikiatri, anggota keluarga dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain terdapat beberapa fakta baru yang tidak didedahkan pada inkues mengenai kematiannya di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini.

Teoh, 30, pembantu politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan.