Selasa, 21 Jun 2011

bumiperak

bumiperak


Isu dua Ketua Pengarah JKR masih berlarutan

Posted: 21 Jun 2011 08:36 PM PDT

Kuala Lumpur 22 Jun- Isu Dua nakhoda satu kapal masih berlarutan di Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini berikutan tindakan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dengan Ketua Pengarah JKR yang baru, Datuk Mohd Nor Yaacob.
 
Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah JKR sejak Mei 2007 ditukar ke jawatan Ketua Pengarah CIDB berkuatkuasa 1Mei lalu. Jawatan yang dikosongkan itu kemudiannya diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.
 
Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa pada tarikh sama diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.
 
Di Parlimen Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) Naib Presiden PAS berkata demikian sebagai mempersoal jawapan bertulis dari JKR yang disentuh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semasa sesi penggulungan.
 
Datuk Mahfuz membayangkan "ada benda tidak kena" di sebalik konflik pertukaran Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim dari jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

1.    Perubahan jawatan ini menurunkan gred Dr. Judin yang bergred Turus 3 kepada Jusa C
2.    Apakah dia (Dr. Judin) ini jenis yang bukan yes man kepada menteri
3.    Dr. Judin "tidak menerima" arahan surat pertukaran oleh Ketua Setiausaha Negara itu dan Jabatan Perkhidmatan Awam juga difahamkan tidak tahu pertukaran tersebut.
 
Turut mencelah, Saifudin Nasution (PKR-Machang) yang mempersoal kenapa surat pertukaran kepada Dr. Judin diberikan secara tergesa-gesa.
"KSU serah surat hari Jumaat, pertukaran kuatkuasa hari Sabtu. Kenapa keadaan tergesa-gesa itu berlaku?" soalnya.
 
Menjawab persoalan itu, Nazri berkata pertukaran Dr. Judin itu bukanlah penurunan jawatan tetapi kerana kepakaran beliau dan diperlukan untuk menguruskan CIDB.
Bagaimanapun, berhubung isu konflik wujud dua ketua pengarah, dan perlantikan dibuat tergesa-gesa, beliau akan meminta pihak kementerian kerja raya menjelaskan perkara itu kemudian.
 
"Tak apa, saya akan maklumkan kepada pihak kementerian bahawa jawapan bertulis yang diberikan tidak memuaskan," katanya.

KUALA LUMPUR 22 Jun 2011 (-BHarian): Dua nakhoda satu kapal. Apakah ini yang berlaku di Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini berikutan tindakan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim enggan mengosongkan biliknya, walaupun penggantinya sudah dilantik sejak Mei lalu?

Menjawab soalan itu, Ketua Pengarah yang baru, Datuk Mohd Nor Yaacob, berkata isu Dua nakhoda satu kapal tidak timbul di JKR kerana beliau sudah menjalankan tugas secara rasmi sejak dilantik kejawatan itu pada 1 Mei lalu. Sehubungan itu, beliau berkata, isu Judin enggan keluar biliknya tidak menjejaskan perjalanan dan urus tadbir jabatan, malahmendakwa operasinya berjalan sepertibiasa dan lancar.
 
Mohd Noor yang sebelum ini Timbalan Ketua PengarahKerja Raya II berkata, beliau mula menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pengarah sejajar dengan surat perlantikan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Sudah hamper dua bulan dan saya tidak menghadapi sebarang masalah menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah JKR serta sudah menghadiri beberapa majlis di atas kapasiti saya ini. Cuma berbeza adalah, saya bertugas dari bilik lama saya, iaitu pejabat Timbalan Ketua Pengarah JKR II.

Pada 28 April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan perlantikan Mohd Noor  sebagai Ketua Pengarah JKR mulai 1 Mei 2011 menggantikan Judin yang dilantik sebagai ketua Eksekutif Lembaga pembangunan industri Pembinaan (CIDB) pada tarikh sama.
 
Sementara itu Judin yang dihubungi bertegas buat masa ini beliau tidak akan berganjak dari biliknya. "Setakad ini, sayatidak kemana-mana. Sebagai kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) saya mengikut semua prosedur ditetapkan JPA. Semua kakitangan awam perlu mengikut prosedur JPA," katanya.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Panduan kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 - 9 Julai 2011

Posted: 21 Jun 2011 10:05 PM PDT

*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 2.0 *
Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:

■Pendaftaran automatik
■Reformasi undi pos
■Penggunaan dakwat kekal
■Akses kepada media
■Masa berkempen minima
■Pengukuhan perbadanan awam
■Hentikan rasuah

BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to "listen to the voices of the rakyat". There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat's demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

1.Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2.Duit-maksimum RM100 sahaja.
3.3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
4.Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5.Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
6.Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7.Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8.Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9.Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10.Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11.Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12.Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13.Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14.Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com [Kita perlu alamat email yang boleh id lindungi dari spam/hacking, etc – siapa boleh tolong?]
*Perkara yang tidak dibenarkan*

1.Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2.Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3.Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4.Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5.Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6.6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7.Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
8.Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9.Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10.Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11.Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12.Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13.Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*

1.Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2.Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3.Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
4.Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5.Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6.Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7.Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8.Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
9.Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan — Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
10.Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11.Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12.Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
13.Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
*Semasa perhimpunan dan perarakan*

1.Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL,; Masjid Kg Baru
dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.

1.Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
2.Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
3.Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
4.Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
5.Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
6.Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
7.Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
8.Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
9.Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
10.Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
11.Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12.Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13.Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14.Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15.Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
16.Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan*

1.Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2.Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan ___________________________________[KL LAC?]
3.Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat ___________________________ berkaitan untuk bebaskan mereka.
4.Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5.Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6.6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.


*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*

1.Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2.Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3.Duduk jika pimpinan arahkan.
4.Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5.Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6.Ambil gambar mereka jika sempat.
7.Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*

1.Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2.Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3.Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4.Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5.Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
6.Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab
"Saya kerja swasta atau kerja sendiri". Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7.Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8.Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9.Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10.Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11.Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*

1.Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2.Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3.Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4.Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5.Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6.Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7.Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8.Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9.Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10.Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11.Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
*Perhatian!*

1.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Ibrahim Ali kurang ajar - Dr Ahmad Farouk

Posted: 21 Jun 2011 07:08 PM PDT

Kami membaca berita tentang Ibrahim Ali daripada PERKASA mendakwa kononya akan mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH 2.0 daripada mengadakan perhimpunan pada 9 haribulan Julai dengan penuh rasa marah dan kesal.

Tindakan dungu membakar dan memijak gambar Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan suatu penghinaan yang sungguh menjelikkan. Tambahan pula menggelarkan beliau dengan panggilan "wanita Hindu" adalah bersifat kurang ajar dan jelas menggambarkan sikap biadab Presiden PERKASA itu sendiri.

Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa perhimpunan yang dirancang adalah dipelopori oleh masyarakat madani tanpa sebarang perintah daripada mana-mana parti politik.

Tuntutan telah pun disampaikan bahawa kami menuntut pilihanraya yang bebas dan adil serta demokrasi liberal yang tulen. Untuk bertahun lamanya kita telah melihat pengaturan undi dan penentuan sempadan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada pihak tertentu (gerimander).

Tidak lupa juga liputan media yang berat sebelah dan mendiamkan sebarang kritikan ke atas parti pemerintah.

Tidak pernah ada 'lapangan permainan' politik yang sama rata dan kita telah lelah melihat pelbagai gangguan politik. Amalan rasuah yang menjijikkan begitu tersebar luas sehingga seakan-akan telah membudaya di dalam masyarakat.

Inilah masanya untuk perubahan, dan biarlah BERSIH 2.0 menjadi pemangkin kepada perubahan itu. Ancaman Presiden PERKASA bahawa apa-apa pun boleh terjadi pada hari tersebut dan masyarakat Tiong Hua hendaklah membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah tidak akan melunturkan semangat kami untuk berarak demi demokrasi.

Keputusan pilihanraya terkini di Sarawak jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil seperti yang dijanjikan.

Dengan itu kami telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebejatan sistem yang ada sekarang adalah dengan mengadakan satu perhimpunan aman.

Hak untuk berhimpun adakah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (Artikel 20) dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21).

Kepada saudara Muslim yang berniat untuk terus berkecuali dan tidak mahu ambil peduli dengan tindakan angkuh yang tidak menghormati prinsip-prinsip demokrasi, kami ingin mengingatkan bahawa tindakan berdiam diri hanya akan memperkukuhkan pemerintahan kuku besi yang korup, dan tiada perubahan akan dapat dilihat dengan hanya berdoa untuk perubahan tanpa sebarang usaha.

"Sesungguhnya, Tuhan tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri" [Qur'an 13:11]

Sekiranya demokrasi itu mencambahkan "semangat penentangan", maka sebenarnya ia telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah dan budaya umat Islam. Imam-imam kepada mazhab-mazhab fekah utama dalam Islam bersungguh-sungguh memprotes daripada mazhab mereka dijadikan mazhab rasmi negara pada zaman itu.

Ramai telah dipenjarakan akibat kritikan terhadap pemerintah di zaman mereka. Kita adalah pewaris kepada tradisi ini, yang membekalkan umat Islam hari ini dengan khazanah idea-idea yang demokratik.

Rejim kuku besi haruslah diajar bahawa cukuplah apa yang telah mereka lakukan selama ini. Ayuh hadir pada 9 haribulan Julai, baik lebatnya hujan ataupun teriknya mentari, kita akan berada di sana, berarak untuk kebebasan dan demokrasi. - malaysiakini

Penulis adalah Pengerusi dan Pengarah, Islamic Renaissance Front (IRF

Ibrahim Ali badut yang tidak relevan

Posted: 21 Jun 2011 06:49 PM PDT

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Selepas Pemuda Umno, kini DAP pula mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengugut kaum Cina di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap Ibrahim walaupun beliau mengeluarkan kenyataan rasis mengenai Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

"Ibrahim Ali seorang badut yang tidak relevan. Lebih menyedihkan adalah sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Ismail Omar.

"Mereka perlu memberitahu sebab mengapa Ibrahim mendapat imuniti dan bebas mengeluarkan kenyataan yang menghasut sedemikian," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas yang memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar dan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini atas alasan 'apa sahaja boleh berlaku dan mereka perlu simpan bekalan makanan yang secukupnya pada tarikh tersebut.'

Pada Ahad, beliau bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga.

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

Mengulas lanjut mengenai Bersih, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

"Saya ingin menyeru Najib, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri Kabinet dan pemimpin BN tampil dan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 untuk menuntut sebuah pilihan raya bersih dan adil.

"Perhimpunan Bersih 2.0 akan menjadi satu tarikh bersejarah di negara ini," katanya. - mStar

Nak tengok macamana perangai Umno, tengok Ibrahim Ali

Posted: 21 Jun 2011 08:16 AM PDT

Malaysian Insider semalam melaporkan berita bertajuk "Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu". Ketua Pemuda Umno itu boleh jadi betul bila dia kata gitu. Malah, ramai orang Melayu dan orang Kelantan yang merasa malu bila Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dikaitkan dengan bangsa mereka atau negeri mereka. Ramai orang Melayu yang malu nak mengaku satu bangsa dengan Ibrahim. Ramai orang Kelantan yang malu nak mengaku satu negeri dengan Ibrahim. Bagi mereka, alangkah baiknya kalau Ibrahim bukan orang Melayu dan bukan orang Kelantan.

Tetapi, Khairy Jamaluddin yang kelihatan semakin out of touch dengan Umno nyata tidak ada kemampuan untuk melihat hakikat sebenar. Dia langsung tak nampak hakikat bahawa Ibrahim sebenarnya mewakili majoriti Umno.

Nak tengok macam mana kelaku Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok macam mana perangai Umno, tengok Ibrahim.

Nak tengok betapa gedebenya Umno bila depa ramai-ramai atau terasa dah ramai dapat depa perbodohkan, tengok Ibrahim. Nak tengok kelaku Umno yang cari makan atau jadi penumpang business tauke Cina tetapi berlagak macam wira Melayu, tengok Ibrahim.

Saya nak tanya balik kawan dari Taman Melawati yang bercerita tentang sifat Ibrahim bila dia sorang-sorang atau tak ramai. Saya dengar sekali lalu sahaja masa bersembang di Restoran Thaqwa tadi. Kena tanya lagi. Tapi, lebih kurang dia cerita, Ibrahim, yang juga tinggal di Taman Melawati pernah kena jerkah, kena hamun di salah satu kawasan kedai di taman tersebut ketika dia masih lagi menjadi Timbalan Menteri. Bila dihamun dan dijerkah begitu, terus Ibrahim lari masuk ke dalam kereta. Saya harap cerita itu tak benar.

Kalau cerita itu benar, itu ketika dia sorang-sorang. Boleh jadi kalau hampa terserempak dengan Ibrahim sorang-sorang, dan hampa jerkah dan maki dia cukup-cukup macam nak debik dia, terkengkang-kengkang dia lari.

Tetapi ada jenis manusia bila depa mesyuarat sesama depa, bukan main lagi. Ada orang beritahu saya bahawa perbincangan dalam mesyuarat puak tertentu telah bocor. Katanya, bukan takat nak bakar kereta dan baling batu 9 Julai ni, tetapi siap nak bakar kedai!

Patutlah orang panggil Barisan Neraka!

BN belanja RM 1.18 bilion di PRN Sarawak

Posted: 21 Jun 2011 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan mendedahkan sebanyak RM1.18 bilion digunakan dua bulan sebelum dan semasa pilihan raya negeri Sarawak berlangsung April lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkara itu dalam jawapan bertulis ekoran pertanyaan lisan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh-DAP) yang meminta beliau menyatakan nama dan nilai projek pembangunan yang diumumkan kerajaan.

"Sehingga 30 April, sebanyak 62 projek dan program bernilai RM1.18 bilion telah diumumkan untuk dilaksanakan di seluruh Sarawak.

"Program dan projek yang diumumkan merupakan projek yang dirancang lebih awal. Sebanyak 52 projek dilaksanakan dalam tahun 2011 dan selebihnya akan dilaksanakan pada tahun-tahun hadapan," kata Najib dalam kenyataan bertulisnya di parlimen hari ini.

Beliau turut menyenaraikan antara beberapa kementerian, agensi dan jabatan yang disalurkan projek ketika kempen pilihan raya itu yang menyaksikan peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), adalah paling tinggi.

"Peruntukan khas Perdana Menteri, sebanyak 34 projek dan program dengan nilai sebanyak RM22,748 juta. Manakala peruntukan tertinggi ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak 13 projek bernilai RM535 juta.

"Seterusnya yang turut tinggi menerima peruntukan ialah Kementerian Kesihatan sebanyak RM212 juta. Kementerian Kerja Raya juga menerima sebanyak RM200 juta," jelas perdana menteri.

Antara kementerian lain yang turut diberi peruntukan terdiri daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar, Kementerian pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15659

Kaji selidik The Star : 99% mahu Perhimpunan Bersih diteruskan

Posted: 21 Jun 2011 01:54 AM PDT

21 June 2011

KUALA LUMPUR, 21 JUN – Mengikut kaji selidik oleh The Star Online, lebih 1.3 juta rakyat Malaysia mahu perhimpunan Bersih pada 9 Julai depan diteruskan.

Daripada gambar paparan skrin yang sempat diambil oleh seorang pengguna Facebook, seramai 1,312,917 telah memilih 'perhimpunan itu harus dibenarkan' berbanding hanya 14 ribu sahaja yang tidak mahu perhimpunan tersebut dijalankan.

Bagaimana pun, bilangan sebenar tidak dapat diketahui memandangkan The Star Online telah menutup kaji selidik itu sejak awal petang tadi.

Pengguna Facebook tersebut telah memuat naik paparan skrin gambar kaji selidik tersebut pada jam 12.25 petang tadi di laman Facebook Curi-Curi Wang Malaysia.

Laman Facebook berkenaan ditubuhkan sebagai memperli usaha Kementerian Pelancongan yang mahu menghabiskan wang rakyat sebanyak RM1.8 juta untuk mempromosikan enam laman facebook kementerian tersebut.

Keputusan kaji selidik itu, menurut Malaysiakini, telah naik dengan mendadak sejak jam 6 pagi tadi yang hanya sekitar 500 ribu sahaja yang menyertai kaji selidik tersebut.

Bersih 2.0 dilihat sebagai satu usaha positif oleh rakyat Malaysia yang menutut pembaharuan
sistem pilihan raya.

Sejak dilancarkan pada 2006, Bersih telah mengharungi pelbagai onak duri oleh kerajaan Malaysia kerana ketegasannya menentang sistem pilihan raya yang jijik selain lantang menyuarakan pendapat yang tidak sekepala dengan kerajaan.

Selain itu, perhimpunan Bersih pada 2007 adalah punca kepada tsunami politik Malaysia tahun kemudiannya, yang berakhir dengan Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berhubung itu, selepas majlis perasmian Bersih 2.0 19 Jun lalu, pertubuhan yang dianggotai badan bukan kerajaan ini dilihat sebagai satu ancaman kepada pemerintah, sehingga sebuah kumpulan ultra Melayu, Perkasa telah mengeluarkan ancaman kepada kaum Cina supaya "bersiap sedia simpan bekalan makanan, tidak keluar rumah pada 9 Julai depan."

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PEMUDA MCA SUDAH MULA NAIK ANGIN DENGAN RAKAN UMNO IAITU PERKASA

Posted: 21 Jun 2011 10:08 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU lagi tamparan buat Umno apabila Pemuda MCA Indera Mahkota hari ini membantah sikap Ibrahim Ali, Presiden PERKASA yang melampau dan ekstrim terhadap kaum Cina di dalam isu Perhimpunan Bersih 09 Jul nanti. Hari ini, Sinar melaporkan Pemuda MCA bahagian Indera Mahkota, Kuantan mahu agar KDN bertindak tegas terhadap Ibrahim Ali.

PERKASA, diakui atau tidak sememangnya adalah ejen Umno di dalam senyap dan buktinya pemimpin PERKASA bebas berbuat apa sahaja. Sebelum ini Ibrahim Ali menimbulkan isu `Perang Salib' kununnya ada pihak yang mahu agama Kristian dijadikan sebagai agama rasmi di negara ini. Akhirnya isu tersebut dibawa angin lalu, tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa sama Ibrahim Ali, Blogger yang menyiarkan cerita karut tersebut termasuk akhbar Utusan yang menghangatkan lagi cerita tepi longkang berkenaan.

Setelah tidak laku dengan mainan `Perang Sabil' Ibrahim Ali mahu menjadi hero katak di dalam isu Perhimpunan Bersih. Kaum Cina terus menjadi sasaran persatuan yang murahan ini. Ibrahim Ali terus selamat walaupun mengeluarkan amaran `kaum Cina perlu simpan stok makanan' di rumah. Mengapa Ibrahim Ali selamat? Tahu-tahu sudah lah sepertimana kita tahu mengapa Datuk Eskay masih tidak ditangkap atau didakwa walaupun mengaku menayang video lucah.

Justeru itu, harapan kita amat cerah ke Putrajaya dengan bantuan tanpa disangka oleh PERKASA ini. Malahan kita terus berharap agar Ibrahim Ali sihat dan tidak dimasukkan ke wad lagi bagi membolehkan `katak' ini terus berbunyi walaupun semakin sumbang. /wfauzdin.blogspot.com

PERHIMPUNAN BERSIH - NASIHAT IKHLAS BUAT RAJA KATAK BERAHIM

Posted: 21 Jun 2011 01:27 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMPENA perhimpunan Bersih pada 09 Julai ini nanti, aku nak nasihatkan kepada raja katak Berahim Perkosa tu agar tarik balik hasrat beliau untuk mengetuai perhimpunan bersama kumpulan Bersih itu nanti. Hanya beliau seorang saja aku mahu nasihat agar tarik balik keinginannya untuk menjadi hero atau pejuang `perang salib' yang pernah diimpikannya itu.

Kepada katak-katak bawahan Perkosa yang lain tu aku alu-alukan lah bersama kita meraikan hari sebenar demokrasi terpimpin di bawah kerajaan Umporno. Kita sebenarnya bimbang akan keselamatan raja katak Berahim, bukan masalah berlaku pergaduhan kerana kita hadir bukan untuk bergaduh tetapi kita khuatir atas tahap kesihatan beliau sejak kebelakangan ini.

Kita semua maklum, raja katak Berahim baru saja ditahan beberapa hari di hospital akibat sakit jantung beliau kalau tak salah dan aku rasa beliau pun ada penyakit semput. Setiap kali beliau berucap, jelas macam orang semput walaupun cuba untuk menunjuk hebat dan bersemangat tetapi maklumlah orang semput, tarik nafas pun orang dah tahu. Itu yang kita bimbang sangat.

Hampir pasti, pada 09 Jul nanti segerombolan kaki pancut (water canon) beserta dengan bermacam jenis gas akan menyambut perayaan demokrasi terpimpin itu nanti. Ini amat bahaya buat yang sakit jantung atau semput. Jadi, molek benarlah raja katak ini tidak payah menyiksakan diri, baik balik kampung dan duduk diam-diam bawah tempurung. Kalau terjadi apa-apa nanti, sesak nafas atau apa pun, belum tentu dapat gelaran `Syahid'.

Jangan nanti seperti kata pepatah `mati katak' akibat kelakuan bodoh sendiri. Malang buat apa nak dicari apatah lagi mahu mencipta malang. Kumpulan Bersih sudah biasa dengan permainan pancutan air dan gas ini, cuma kita bimbang jika raja katak Berahim belum sebati lagi dengan air kimia tersebut. Nasihat aku, eloklah raja katak Berahim balik ke Pasir Mas dan bina `kubur' sendiri kerana dengar ceritanya di dalam PRU akan datang seekor katak akan dimakamkan di situ./wfauzdin.blogspot.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PKR Pecat 29 Ahli, Pembersihan Parti Menjelang PRU-13

Posted: 21 Jun 2011 07:21 AM PDT

PETALING JAYA 21 JUN : Parti Keadilan Rakyat hari ini mendedahkan nama ahli parti itu yang dibuang, digantung dan diberi surat amaran sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Pengerusi Biro Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan seramai 29 ahli dipecat, 10 digantung dan 12 diberi surat amaran lantaran pelbagai perkara seperti menjadi calon pilihan raya untuk parti lain, membantu kempen parti lain, serta mengkritik kepimpinan tanpa menggunakan saluran yang betul dalam laman web sosial.

"Ini tindakan membersihkan parti ikut saluran dan perlembagaan parti. Secara umum terdapat dua kumpulan dalam senarai ini. Pertama selepas pemilihan parti akhir tahun lalu, kedua selepas pilihan raya negeri Sarawak," umum beliau ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Antara yang dipecat ialah Thony anak Badak, Michael Jok dan beberapa lagi yang bertanding sebagai calon SNAP dan Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Bekas Pengarah Komunikasi Jonson Chong dan Soo Lina pula didapati membantu calon parti lain sepenuhnya dalam PRN yang sama.

PKR mengamalkan sikap tegas ini dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang demi membersihkan dan menaikkan imej parti.

Beliau memberi contoh bertapa kebanyakan ahli terbabit melakukan kesalahan serius kepada parti dan semua siasatan telah dilakukan dengan terperinci.

Menurut Dr Tan, keputusan itu telahpun diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik PKR dan semua surat tunjuk sebab telahpun diberikan kepada ahli yang menerima tindakan displin.

Malah beliau menyatakan ahli boleh merayu keputusan itu kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR jika mereka mahu berbuat demikian.

"Kami ikut prosedur, kita lampirkan bukti seperti keratan surat khabar dan sebagainya. Kemudian kita hantar surat tunjuk sebab melalui pos berdaftar dan kalau ada maklumat hantar sms dan sebagainya, biasanya kita tunggu selama 10 hari.

"Cara kita sama. (Ikut Perlembagaan) PAS juga sama, DAP juga sama. Saya tak boleh cakap untuk Barisan Nasional tapi mereka juga nampaknya akan lakukan yang sama (jika ia terjadi). Kecuali kalau BN membeli mereka," katanya.

Mengulas mengenai beberapa ahli yang mendakwa tidak mendapat surat tunjuk sebab dan pemecatan mereka, Dr Tan menyatakan itu merupakan kesalahan mereka sendiri.

"Itu alasan lapuk. Menjadi tanggungjawab ahli untuk mengemaskini dan berikan butir seperti alamat kepada ibu pejabat parti. Sama seperti saman polis, kita tak boleh beri alasan kita dah pindah ke rumah ibu kita. Ada beratus ribu ahli bagaimana kita nak pastikan semua maklumat terkini tanpa kerja sama ahli?," katanya.

Bersih 2.0 : "Kami Tak Takut Ugutan Polis"

Posted: 21 Jun 2011 07:18 AM PDT

SHAH ALAM 21 JUN : Parti Keadilan Rakyat Selangor dari segenap peringkat akan bersama-sama gerakan rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dilaksanakan di negara ini walaupun bakal berhadapan dengan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, pihaknya tidak gentar berhadapan dengan ugutan polis mahu menahan sesiapa sahaja yang menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sebaliknya menegaskan perhimpunan itu begitu penting bagi membina sebuah negara yang dihormati dunia.

"PDRM sewajarnya mengambil inisiatif untuk menjaga keselamatan rakyat pada 9 Julai ini dan bukan dengan tindakan provokasi menyembur gas pemedih mata pada rakyat yang berhimpun aman! Jika ugutan ini diteruskan dengan tindakan, Keadilan Selangor percaya kebanyakan rakyat sudah bersedia menghuni penjara. Waktu itu api semangat jihad menegakkan keadilan, tidak akan dapat di padam lagi hatta dengan ratusan 'water cannon' di depan mata!,"katanya.

Malah beliau turut membidas sikap berat sebelah polis yang cenderung mengikut telunjuk pemerintah sekaligus menafikan hak rakyat untuk bersuara.

" Peliknya, pihak yang mengedarkan video lucah dibiarkan bebas lepas, manakala yang berjuang demi hak rakyat diancam untuk ditangkap,"katanya lagi.

Kejayaan Bersih pada 10 November 2007 menjadi pemangkin kepada usaha Jawatankuasa Bertindak untuk melancarkan Bersih 2.0 yang membuat tuntutan kepada penambahbaikan juga pemulihan sistem pilihan raya Malaysia yang nyata kotor dan dimanipulasi oleh parti pemerintah.

Antara lapan perkara tuntutan Bersih 2.0 adalah semakan semula daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, pemansuhan sistem pengundian pos dan akses media yang adil kepada semua parti bertanding.

Dalam pada itu, Shuhaimi turut mempersoalkan tindakan polis yang mengugut dan mahu memperlakukan rakyat seperti pesalah sedangkan tugas sebenar polis adalah menjaga keselamatan dan memastikan perhimpunan aman itu tidak dicemari anasir-anasir provokasi pihak lain.

"Di manakah maruah PDRM sebagai penguatkuasa undang-undang yang sewajibnya memahami hak rakyat untuk berhimpun? Arahan siapakah yang diikuti PDRM? Jika benar polis sebuah organisasi bebas, kenapa Ibrahim Ali dibiarkan sewenang wenangnya?

Selain Bersih 2.0, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno juga dijadual mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama.


SEJUTA SOKONG BERSIH- UNDIAN AKHBAR STAR

Posted: 21 Jun 2011 02:25 AM PDT

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

WAJAH Tarik Minat Wanita Luar Bandar

Posted: 21 Jun 2011 02:16 AM PDT

PETALING JAYA 21 JUN : Wanita Parti Keadilan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan Wanita Keadilan Jelajah Kampung (WAJAH) yang bertujuan untuk menarik sokongan wanita luar bandar terhadap Pakatan Rakyat.

Menurut Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, program ini merupakan kesinambungan ucapan dasar beliau sewaktu Kongres Nasional Tahunan Keadilan tahun lalu yang memberi penekanan kepada strategi, inisiatif dan idea wanita PKR.

Menurut Zuraida, wanita yang merangkumi hampir 50 peratus pengundi di negara ini dahagakan informasi terhadap perkara sebenar yang berlaku di negara ini lantaran kekangan media Umno-Barisan Nasional.

"WAJAH merupakan suatu strategi, insiatif dan idea dari pimpinan Wanita Keadilan Selangor yang berasaskan kaedah jelajah yang merangkumi seluruh kelompok pengundi dan lokaliti dari luar bandar, FELDA, estet, ladang sehingga ke kelompok orang asal," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Zuraida menganggap pembangunan wanita di negara ini tidak selaras dengan kemajuan pembangunan negara berdasarkan kepada indeks Jurang Jantina Global 2010 yang dibentangkan di Forum Ekonomi sedunia baru-baru ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menilai jurang pencapaian wanita dari pelbagai sudut seperti pencapaian ekonomi, pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya, mendapati Malaysia hanya menduduki tangga ke 101 dari 132 negara.

Menurut beliau, WAJAH berbeza dengan skuad Sayang yang digunakan oleh Umno yang lebih menggula-gulakan rakyat luar bandar dengan sumbangan dari Kerajaan Pusat dan bukannya insiatif dari parti Umno demi pencerahan politik dan maklumat kepada rakyat.

"Pendekatan WAJAH berbeza kerana ia berikan ilmu pengetahuan. Jadi ini amat dihausi oleh Wanita di Malaysia seperti mana kita lihat bajet tambahan semalam, Kementerian Wanita 30 peratus, mereka memperoleh lebih kurang RM 458 juta dan disasarkan untuk beri sumbangan kepada OKU, orang susah, ibu tunggal dan sebagainya. Jadi ini mainan politik Umno guna duit rakyat untuk beri sumbangan bawah nama Wanita Umno.

"Wanita keadilan berganjak dari arah itu, dan kami memfokuskan lebih kepada maklumat dan ilmu untuk beri perubahan hidup dan kualiti dan main peranan sebagai rakyat Malaysia," tegas Zuraida.

Sementara itu, menurut naib ketua wanita Keadilan, Haniza Talha pula, pelancaran WAJAH akan dijalankan serentak di semua 13 negeri dan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 2 Julai ini.

Pelbagai program telah disusun untuk mendekati penduduk luar bandar bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam arus politik dan pembangunan negara dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Parti Pakatan Rakyat dan pimpinan tempatan yang lain.

"Pendekatan kita adalah pimpinan akan turun sekali mendengar rintihan penduduk. Pendekatan dinamik ini kerana BN jarang turun bergaul bersama rakyat. Perkara ini tidak asing bagi kami kerana sebelum ini pemimpin kami juga rakyat. Kita dengar sendiri semua pendapat mereka," kata beliau.

Speaker Putuskan Kedudukan Tian Minggu Depan

Posted: 21 Jun 2011 01:21 AM PDT

 KUALA LUMPUR 21 JUN : Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan mengumumkan keputusan sama ada akan mengambil tindakan terhadap ahli parlimen Batu, Tian Chua yang disaman RM2,000 tahun lalu.

Pandikar juga berkata beliau telah menerima surat daripada ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan peguam Tian berhubung perkara tersebut.

"Sekarang saya sedang meneliti. Akan berbincang dengan penasihat undang-udang dan minggu hadapan akan beri keputusan," jelas belia.

Ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung sebentar tadi, Ibrahim bingkas bangun membacakan peraturan dewan yang menyebut peruntukan melucutkan jawatan mana-mana ahli parlimen yang terlibat dengan kes polis atau disaman.

Beliau merujuk kepada kes Tian yang didenda oleh mahkamah membayar RM 2,000 atas kesalahan menghalang tugas polis.

Sebelum ini Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu, bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata "tidak kurang dari" seharusnya membawa maksud "lebih daripada".

ANWAR DAN RAKYAT

Posted: 21 Jun 2011 01:03 AM PDT

Ugut Kaum Cina : KDN Terus Diamkan Diri

Posted: 21 Jun 2011 12:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 JUN : Pendakwaan terpilih yang diamalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diteruskan lagi dalam kes melibatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mengugut kaum Cina di negara ini.

Setelah dua hari berlalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan apatah lagi mengambil tindakan terhadap Ibrahim.

Sehubungan itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang di parlimen hari ini menuntut kementerian termasuk Ketua Polis Negara menjelaskan kepada umum kuasa imuniti Ibrahim sehingga beliau tidak terkesan oleh peruntukan undang-undang.

"Apa yang berkaitan adalah perbuatan membisu oleh PM, TPM dan polis yang perlu dijelaskan dan mengapa Ibrahim diberi kebebasan untuk membuat ugutan.

"Adakah mesyuarat kabinet minggu depan akan mengkritik menteri kerana gagal mengambil tindakan sesuai menentang Ibrahim yang bertindak sedemikian rupa," katanya pada sidang media di lobi parlimen tadi.

Ibrahim bersama lebih 160 badan bukan kerajaan (NGO) lain pada Ahad lalu mengarahkan supaya kaum Cina berada di rumah pada tarikh 9 Julai nanti jika khuatir akan keselamatan diri selain mengarahkan mereka membeli stok makanan untuk disimpan.

Ini kerana menurutnya akan berlaku pertembungan di antara penyokong perhimpunan Bersih 2.0 dan Perkasa pada hari berkenaan.

Selain melabel Ibrahim sebagai "badut", Kit Siang berpendapat kenyataan presiden pertubuhan pro Umno-Barisan Nasional (BN) itu boleh mengancam keselamatan negara umpama kejadian pada 13 Mei 1969.

Bersabit perkara yang dibangkitkan itu, Kit Siang seterusnya mengumumkan dua tuntutan tambahan pada perhimpunan Bersih 2.0 iaitu tidak ada sebarang ugutan mahupun ancaman seperti yang berlaku pada 13 Mei, sebelum mahu pun ketika pilihan raya berlangsung.

Kedua, kerajaan pusat dan menteri tidak boleh menyalahgunakan kuasa membenarkan penjaga mereka berfungsi untuk tujuan pengundian.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media turut menyarankan agar Ibrahim ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bersabit kenyataan menakut-nakutkan masyarakat Cina.

Katanya, kementerian tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak mendakwa Ibrahim kerana kenyataan beliau yang berbaur rasis dan boleh dianggap membahayakan keselamatan awam.

Justeru Khairy menyifatkan kenyataan ahli parlimen Pasir Mas itu bukan mewakili keseluruhan masyarakat Melayu di negara ini yang lebih bertamadun.

Kit Siang kemudian mempelawa Perdana Menteri dan timbalannnya serta seluruh kepimpinan BN untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai nanti.

Menurutnya tindakan ini akan memberi mesej kepada negara bahawa menjelang 54 tahun amalan demokrasi berparlimen, kesemua parti politik akan bersama-sama rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

"Penyertaan dari pemimpin-pemimpin BN bagi inisiatif Bersih 2.0 akan menjadi sejarah besar buat demokrasi di Malaysia, justeru membawa satu pengakhiran bagi elemen negatif, perpecahan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Bersih 2.0 : PAS S'gor Sasar Separuh Ahlinya Sertai Himpunan

Posted: 21 Jun 2011 12:53 AM PDT

 SHAH ALAM 21 JUN : PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

Dalam pada itu, amaran diberikan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) supaya tidak melakukan sebarang provokasi pada perhimpunan itu nanti.

Pada hari sama, Pemuda Umno juga akan mengadakan himpunan.

"Perkasa jangan cuba buat provokasi, jangan anggap orang yang turun ke jalanan adalah orang tidak bertamadun.

"Berdasarkan sejarah, demonstrasi yang dianjurkan PAS tidak pernah berlaku kekecohan dan pada himpunan Bersih yang lalu ia berjalan dengan aman dan tidak ada satu pasu pun yang pecah," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.

RAKYAT TETAP SOKONG BERSIH

Posted: 21 Jun 2011 12:45 AM PDT

Himpunan Bersih: PAS Selangor beri amaran Perkasa jangan buat provokasi


Penyokong Perkasa membakar poster dengan gambar ketua Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sewaktu pelancaran Gerak Aman menentang Bersih 2.0 di Padang Kelab Sultan Sulaiman 19, Jun 2011.
SHAH ALAM, 21 Jun — PAS Selangor memberi amaran kepada Perkasa agar tidak mewujudkan suasana provokasi pada tiga perhimpunan serentak 9 Julai ini yang turut disertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Selain Bersih dan Perkasa, Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan pada hari itu.

"Perkasa jangan cuba buat provokasi, jangan anggap orang yang turun ke jalanan adalah orang tidak bertamadun.

"Berdasarkan sejarah, demonstrasi yang dianjurkan PAS tidak pernah berlaku kekecohan dan pada himpunan Bersih yang lalu ia berjalan dengan aman dan tidak ada satu pasu pun yang pecah," kata Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman.

Beliau menegaskan Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali harus menjaga tingkah laku dan mendisiplinkan ahli pada perhimpunan itu.

"Perkasa ini tidak ramai, mereka hanya cakap... kita tunggu dan lihat nanti dan saya minta Perkasa jaga ahli dan disiplinkan ahli dulu," katanya.

Tambah Mohd Khairuddin, pihaknya akan menggerakkan seramai 50,000 ahli untuk sama-sama menyertai himpunan Bersih 2.0.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor, kita telah arahkan 50,000 ahli daripada 72,000 untuk turun.

"Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) telah arahkan saya keluarkan arahan kepada ahli untuk sama-sama turun pada himpunan Bersih 2.0 nanti," katanya.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan balas bagi membantah penganjuran himpunan Bersih 2.0.

Tambah Mohd Khairuddin, ahli PAS yang turun menyertai himpunan Bersih 2.0 tidak perlu bimbang sekiranya ditahan kerana pihaknya akan menyediakan khidmat guaman.

"Mana-mana ahli kita yang ditahan, PAS pusat akan menyediakan khidmat guaman mereka dari hari ditahan sehingga dibawa ke Mahkamah Rayuan secara percuma," katanya.

Tambah beliau, mana-mana ahli yang akan menyertai himpunan Bersih 2.0 perlu menggunakan perkhidmatan masing-masing kerana pihaknya tidak menyediakan bas.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana.

"Nanti kalau ada sekatan jalan raya habis kita," katanya.

Bersih yang terdiri daripada gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut keadilan dan pilihan raya adil dan bersih.

Barisan PAS Selangor baru dibentuk hadapi Umno-BN, kata Dr Rani

Posted: 21 Jun 2011 12:43 AM PDT


KUALA LUMPUR, 21 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dilantik semula membarisi kepimpinan PAS Selangor selepas digugurkan daripada jawatan timbalan pesuruhjaya negeri pada era Datuk Dr Hasan Ali.

Selain Khalid (gambar), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Shaari Sungib dilantik semula memegang jawatan ketua penerangan.

Pengumuman barisan kepimpinan baru dibuat Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman pada sidang media pagi ini.

Menurut Dr Rani, keputusan barisan baru itu dibuat secara bulat suara selain mengambil kira pandangan PAS kawasan.

Tambah beliau, barisan kepimpinan baru itu dibuat atas dasar "boleh bekerjasama" dengan semua pihak dalam menghadapi Umno-Barisan Nasional (BN) dan pilihan raya umum ke-13.

Pada 2009, Khalid, Yang Dipertua Shah Alam dan Saari digugurkan jawatan oleh Dr Hasan yang ketika itu pesuruhjaya PAS Selangor.

Tindakan itu dipercayai kerana Dr Hasan "kepanasan" dengan kritikan berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

"Ini (barisan baru) kombinasi semua golongan, kita ada ulama, profesional, aktivis parti, muka lama dan muka baru... kalau dibenarkan kita akan tambah lagi (bilangan) tapi ini yang telah ditetapkan dalam perlembagaan parti.

"Barisan kepimpimpinan baru ini adalah untuk berhadapan Umno-BN dan pilihan raya umum yang mungkin akan diadakan pada tahun ini," kata Dr Rani.

Tambah Adun Meru ini, beliau berharap kepimpinan baru akan memberikan kerjasama dengan semua pemimpin lain dan boleh menegurnya sekiranya melakukan kesalahan.

"Saya melihat yang penting (mereka yang dilantik) adalah orang yang boleh bekerjasama sebab kalau tidak ada kerjasama sukar untuk saya.

"Saya juga ikut gaya PAS Kelantan, yang mana yang saya hubungi semua yang dipertua untuk meminta pandangan dan apa yang mereka mahu, jadi pelantikan Khalid dan Saari ini dikira mendapat majoriti selain telah menunjukkan prestasi yang bagus," katanya.

Khairy: Ambiga degil, ada tujuan politik teruskan Bersih 2.0

Posted: 21 Jun 2011 12:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Khairy Jamaluddin mengecam pendirian pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan yang enggan menemui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perhimpunan 9 Julai ini sambil menyifatkan bekas presiden Majlis Peguam itu "ingin menghangatkan pertimbangan politik."

Ketua Pemuda Umno berkata kumpulan yang menuntut sistem pilihan raya adil dan bersih "memperoleh kemenangan moral" apabila berjaya mendesak SPR untuk datang berbincang tetapi tetap berkeras kerana mempunyai tujuan politik.

"Beliau (Ambiga) begitu degil. Beliau boleh bekerjasama tetapi beliau mahu ia berlaku. Jika tidak beliau akan berbincang dengan SPR dan ini tidak jujur dengan mengatakan anda ingin melakukan perubahan," kata Ahli Parlimen Rembau ini kepada The Malaysian Insider.

Ambiga menolak tawaran SPR untuk berbincang mengenai perubahan sistem pilihan raya yang didakwa berlaku banyak penyelewengan dan penyalahgunaan supaya ia boleh dibentangkan di Parlimen.

Khairy (gambar) berkata keputusan itu menunjukkan Bersih tidak bebas kerana ia cuba memastikan Pakatan Rakyat membawa isu itu ke Parlimen.

"Mengapa tidak bertemu dengan SPR terlebih dahulu, masih ada dua minggu sebelum 9 Julai? Kemudian baru putuskan jika ada apa-apa kemajuan yang boleh dibuat. Tetapi beliau jelas tidak berminat dan mahu menjadikan ia sebagai isu politik.

"Semua rakyat Malaysia mahu mengelak daripada berlaku pertembungan tetapi beliau cuba menghangatkan suasana politik," katanya.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan ratusan ribu peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Pada perhimpunan 2007, ia menyaksikan perubahan yang besar berlaku pada pilihan raya umum 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan lima negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun akhbar Utusan Malaysia, milik Umno meneruskan serangan terhadap perhimpunan itu dengan mendesak rakyat membantah demonstrasi itu.

Pemimpin Umno menuduh penganjur menggunakan perhimpunan haram itu untuk mendapatkan sokongan politik.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga memberi amaran bahawa "akan berlaku huru-hara dan membantah perhimpunan di jalanan."

Selain Pemuda Umno, pertubuhan hak Melayu, Perkasa akan mengadakan perhimpunan balas pada hari sama.

BERSIH 2.0 : Apa Saja Ancaman, Rakyat Tekad Turun Ke Jalan-AMK

Posted: 21 Jun 2011 12:20 AM PDT

SHAH ALAM 21 JUN : Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan rakyat tetap akan turun ke jalan pada 9 Julai ini, biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan dan ancaman, tegas Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

"Biar apa jua keadaan yang mendatang, AMK akan terus berada di barisan hadapan untuk membawa rakyat merempuh sistem pilihanraya yang tidak telus melalui Perhimpunan Bersih 2.0 kelak," tegasnya dalam satu kenyataan lewat petang semalam.

Khairul berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dibuat secara berangkai oleh Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa dan pihak polis mengenai perhimpunan tersebut, yang jelas menunjukkan kedangkalan dan sikap tidak matang mereka berdepan suara rakyat.

Khairul yang juga dikenali sebagai Jonah mengingatkan perhimpunan Bersih 2.0 adalah hak rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menuntut perjalanan pilihan raya yang lebih adil dan telus, selaras peruntukan perlembagaan.

"AMK menyarankan kepada Pemuda Umno dan Perkasa agar tidak membuang masa dengan mengugut rakyat. Jangan memperbodohkan rakyat dengan sistem yang menindas, sebaliknya belajarlah berhadapan dengan kuasa rakyat secara bermaruah," katanya.

Tegasnya, perhimpunan itu bertujuan untuk memperbaiki sistem Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan menuntut kerajaan supaya lebih peka terhadap keperluan perjalanan pilihanraya yang adil untuk semua pihak.

"AMK ingin membalas semua 'kerisauan' yang ditimbulkan oleh Umno, Perkasa, dan Polis ini dengan satu pertanyaan sahaja: "mengapa mereka perlu takut denganperhimpunan Bersih 2.0 sekiranya mereka yakin sistem Pilihanraya yang diselenggara oleh SPR di Malaysia benar-benar telus dan bersih?,"soalnya.

Malah, sistem pilihanraya yang adil dan telus bukan untuk menguntungkan PKR ataupun rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya ia menguntungkan rakyat kerana suara mereka diterjemahkan dengan betul tanpa sebarang manipulasi.

Pemuda Umno dan Perkasa sebelum ini menyatakan hasrat untuk turut sama mengadakan perhimpunan pada tarikh dan masa yang sama bagi menyokong sistem pilihan raya di negara ini.

Ia disusuli dengan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang memberi amaran kepada kaum Cina supaya 'membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah' jika perhimpunan itu tidak dihentikan.

Malah pertubuhan pelampau itu turut memberi ancaman kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dengan menyatakan beliau sebagai 'Wanita Hindu yang berbahaya'.