Ahad, 19 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Zul Kulim bohong - Muhammad Nur

Posted: 19 Jun 2011 11:37 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen bebas, Bandar Bharu-Kulim, Zulkifli Noordin berbohong apabila menyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperdaya ulama tersohor Sheikh Yusuf Al Qaradawi.

Demikian dinyatakan sewaktu mengulas dakwaan Zulkifli yang mendakwa Qaradawi diperdaya untuk membela Anwar, seperti mana yang disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Muhammad Nur, beliau sendiri turut serta dalam pertemuan dengan Qaradhawi di Putrajaya, sewaktu ulama dunia itu hadir menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa penghujung 2009.

Malah katanya, beliau sendiri bertindak sebagai jurubahasa ketika pertemuan itu berlangsung.

"Dia berbohong kepada khalayak kerana pada waktu itu saya sendiri diminta mengiringi Anwar dan keluarga bertemu dengan Syeikh Yusuf Qaradhawi di hotel di Putrajaya sewaktu beliau hadir menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa pada hujung tahun 2009.

"Turut serta dalam pertemuan itu adalah Zulkifli Nordin dan peguam syariah, Kamar Ainiah," katanya.

Dalam pertemuan itu, kata Muhammad Nur, Syeikh Yusuf Qaradhawi menyatakan keyakinannya habawa Anwar tidak bersalah dan berpesan kepada Anwar agar menggunakan Qazaf bagi membersihkan nama beliau.

"Pada pertemuan itu Syeikh Yusuf Qaradhawi mengakui kebenaran berada di pihak Anwar sejak beliau mula difitnah pada tahun 1998 lagi. Beliau juga yakin Anwar dizalimi dan menjadi mangsa fitnah sejak tahun 1998 lagi.

"Qaradhawi memberikan nasihat bagaimana Anwar perlu menggunakan Qazaf untuk membersihkan nama beliau," kata Muhammad Nur.

Menurutnya lagi, ulama tersohor berkenaan tidak mungkin mengeluarkan fatwa membela Anwar tanpa mengenali keperibadian dan sosok tubuh pemimpin itu.

Tambah beliau, Qaradawi cukup mengenali Anwar sejak mereka mula bersahabat baik ketika Anwar memimpin pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia akhir 1970-an.

Malah katanya, Qaradawi juga merupakan seorang ulama yang konsisten dengan pendiriannya membela Anwar sejak dahulu sehingga kini.

"Beliau istiqamah, konsisten dengan pendiriannya dan sudah percaya dengan integriti Anwar sejak mula mengenali Anwar pada tahun 1970-an lagi, sejak Anwar mula memimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia).

"Malah, Syeikh Yusof Qaradhawi sendiri pernah menyatakan yang beliau mengenali Malaysia menerusi Anwar sewaktu menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam satu masa dahulu," kata Muhammad Nur.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=15523

Bapa anak bersekedudukan hingga lahir 3 zuriat

Posted: 19 Jun 2011 05:27 PM PDT

KOTA BHARU: "Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira 'taubat terpaksa' dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).

"Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu," kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

"Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar.

"Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu," kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka.

Zaini yang mencadangkan pasangan berkenaan dipisahkan dan tidak tinggal bersama turut memohon supaya mahkamah tidak memberi belas kasihan kepada pasangan berkenaan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.

Biarkan Himpunan Bersih diadakan — Aspan Alias

Posted: 19 Jun 2011 05:12 PM PDT

20 JUN — Pihak parti-parti dan kerajaan yang memerintah usaha mereka ialah untuk menggagalkan niat Bersih untuk mengadakan rally besar-besaran pada 9 Julai nanti. Semua pihak tahu lebih-lebih lagi pihak pemerintah dan parti-parti yang berkuasa bahawa rally anjuran Bersih ini pasti akan mendapat sambutan yang ramai, malahan dijangkakan lebih besar dari yang dianjurkan pada 2007 yang lalu.

Inilah yang sangat ditakuti oleh Umno terutamanya kerana Umno tahu jika rally ini berlaku kali ini, ianya akan membawa kemenangan tambahan kepada Bersih seperti yang dialaminya pada 2007 yang lalu. Sebagai pihak yang memerintah memanglah mereka tidak mahu melihat Bersih mengulangi kejayaan itu lagi kerana pilihanraya umum ke13 akan diadakan tidak lama lagi.

Kalau kita kaji dengan teliti pihak yang bersama pemerintah pada hari ini terlalu defensif dan banyak kenyataan-kenyataan yang didengar dari pemimpin kerajaan membayangkan rasa takut dan gementar itu dengan melayangkan tuduhan-tuduhan yang tidak releven kepada penganjur rally ini.

Sesungguhnya BN terlalu tertekan dengan gerakan yang dilakukan rakyat dan baru sekarang ini BN merasakan yang kelalaian mereka selama ini akhirnya membawa mereka kepada situasi terdesak untuk mengekalkan pengaruh di kalangan rakyat.

Sekarang mereka harus sedar yang kuasa yang mereka dapati dari rakyat selama ini tidak begitu "legitimate". Mereka hanya mampu bertahan selama rakyat belum menyedari apa yang kita lakukan itu.

Apabila rakyat mulai sedar baru lah kita tahu yang rakyat sudah menyedari yang pilihanraya selama ini merupakan pilihanraya yang berat sebelah. Rakyat sudah menyedari yang kedua belah pihak yang bertanding di dalam pilihanraya mesti diberikan peluang yang sama-rata di media perdana bagi rakyat menentukan pihak mana yang layak di berikan mandat.

Rakyat mulai sedar yang ada calun yang memerintah memenangi pilihanraya kerana undi pos yang diwas-waskan kebersihannya. Najib Razak pernah memang dengan hanya 241 undi apabila datang undi pos yang datang entah dari mana di saat-saat akhir pengiraannya.

Jika sebenarnya Bersih ini tidak membawa apa-apa pengaruh kepada keadaan di dalam pilihanraya nanti masakan ianya menjadi isu yang begitu besar kepada pihak yang sedang memerintah. Kenapa ada ugutan akan ada pertumpahan darah dan sebagainya. Kenapa tidak dibiarkan sahaja mereka berarak secara aman untuk menunjukan manifestasi mereka?

Ini tidak. Apabila perarakan berlaku secara aman pihak penguatkuasa pula yang cuba memecahkan perarakan itu dengan menahan perarakan itu di atas nama menjaga keselamatan. Ada tanda-tanda di antara mereka yang berarak itu adalah orang yang memerintah dan memulakan kekasaran dan mengalihkan kesalahan kepada kumpulan yang berarak secara aman itu.

Segala usaha dilakukan untuk menunjukan yang kekasaran itu datangnya dari pihak yang merancang rally secara aman itu.

Lagi kuat usaha dilakukan untuk menggagalkan perarakan ini lagi jelas bukti yang kerajaan yakin rakyat sebenarnya memberikan sokongan kepada perarakan secara aman ini. Pengaruh kita bukan boleh ditambah dengan menyekat orang ramai untuk datang ber rally itu. Sokongan letaknya di dalam sanubari dan pemikiran. Polis dan penguatkuasa tidak mampu untuk menahan pemikiran dan persepsi orang ramai.

Apabila Bersih merancang rally ini ada pula Pak Menteri yang menuduh godaman terhadap siber terhadap laman web kerajaan. Lemah sendiri tuduh orang lain melakukan godaman itu. Tuduhan melulu Pak Menteri ini sendiri menunjukan yang pihak mereka yang sedang berkuasa menunjukan gementar mereka dan mengakui Bersih bakal mendapat sokongan ramai dan sekali gus menambah pengaruh kumpulan Bersih ini di sisi rakyat. Bersih tetap telah berjaya mempengaruhi psikologi rakyat ramai.

Perkasa juga ingin menunjukan yang mereka juga berpengaruh dan berdemonstrasi ini bukan sahaja hak Bersih tetapi juga hak mereka. Kita terima alasan itu. Tetapi kenapa pula Perkasa juga memilih hari yang sama untuk mengadakan demonstrasi itu, Kenapa tidak buat dihari yang lain dan tunjukan yang Perkasa juga merupakan bada NGO yang sangat berpengaruh serta mampun untuk menyaingi Bersih dengan mengeluarkan 300 ribu rakyat di hadapan mata orang ramai. Bukankah dengan mengadakan di hari yang sama itu bertujuan untuk bertembung dan mencari pergaduhan?

Pemuda Umno juga akan mengadakan rally yang sama dengan tujuan dan isu yang sama dengan Bersih. Jika isunya sama kenapa tidak bersama Bersih dan mengadakan rally bersama NGO itu? Diharap Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin muda yang mempunyai kemampuan pemikiran akan melakukan tindakan yang terbaik.

Apa pun setengah pihak bercakap tentang Khairy saya tetap mempunyai harapan yang tinggi kepada Ketua Pemuda ini untuk menunjukan kualiti kepimpinan yang berbeza dengan kebanyakan kepimpinan yang ada dalam barisan kepimpinan tertinggi Umno itu.

Jika Umno betul-betul serius saya harapkan semua kepimpinan Umno akan memberikan sokongan terhadap tindakan Pemuda pimpinan Khairy ini. Jika Umno mahukan imej yang bersatu di mata rakyat apa yang dilakukan oleh Khairy wajar mendapat sokongan dalam usahanya untuk membuahkan persepsi yang pilihanraya di negara ini dilaksanakan dengan bersih dan terhindar dari permainan kotor pihak yang sedang berkuasa.

Walau bagaimana pun kita lihat perkembangan dari masa ke semasa. Kita hanya ingin melihat rakyat dibenarkan melakukan rally secara aman dan pihak berkuasa menjaga rally itu dengan baik dan tidak memporak perandakan rally itu semata-mata bertujuan untuk menunjukan kesalahan kepada pengajuran oleh Bersih dan Pemuda Umno itu.

Jangan pula menyelitkan pihak tertentu untuk melakukan pergaduhan dan dengan senang mengarahkan kesalahan itu kepada Bersih. — aspanaliasnet.blogspot.com

PRU 13 : Khairy sabotaj Najib?

Posted: 19 Jun 2011 05:24 AM PDT

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipersalahkan ramai pihak dalam parti pemerintah itu akibat kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac, 2008.

Khairy dipersalahkan kerana didakwa mempengaruhi Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi perdana menteri membuat keputusan-keputusan yang menyumbang kepada kekalahan.

Kemunculan pemuda yang juga menantu Abdullah itu dilihat dengan kurang senang oleh banyak pihak dalam Umno, dikaitkan dengan pelbagai tanggapan termasuk mempunyai hubungan sangat baik dengan pihak negara asing.

Kini, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang kritikal untuk kelangsungan pemerintahan Umno dan BN, Khairy sekali lagi dilihat melakukan tindakan-tindakan yang boleh menjejaskan pemerintah.

Terbaharu, Khairy menerusi Twitter mengkritik Dialog Antarabangsa Langkawi yang muncul hasil inisiatif Tun Dr Mahathir Mohamad, yang disifatkannya sebagai program yang tidak perlu dilaksanakan lagi.

Khairy mengkritik keras kehadiran Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, salah seorang diktator yang mahu dipinggirkan oleh masyarakat antarabangsa ekoran tindakannya terhadap warga berketurunan Eropah di negaranya.

Mahathir sebelum ini pernah dikritik kerana apa yang dilihat sebagai hubungan baiknya dengan Mugabe, yang berdasarkan persepakatan dalam beberapa isu dunia ketiga. Kedua-dua pemimpin disamakan sesetengah pihak ekoran sikap keras mereka, termasuk terhadap dominasi Barat.

Dialog Antarabangsa Langkawi ialah satu program penting Mahathir untuk membina dan mengekalkan imej positifnya dalam dunia ketiga, dan pemberhentian program itu akan menghapuskan satu legasi bekas perdana menteri itu.

Tindakan Khairy meningkatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, yang berdepan pelbagai serangan daripada pembangkang Pakatan Rakyat.

Kritikan keras Khairy itu juga akan meneruskan malah meningkatkan perpecahan dalam Pemuda Umno, keseluruhan parti dan komponen BN.

Pandangan Khairy tentang diktator terbabit - yang dipersetujui masyarakat antarabangsa terutama Barat - mungkin boleh diterima beberapa pihak dalam komponen pemerintah.

Khairy sebelum ini mengkritik kerajaan Najib, menggesa kerajaan terlebih dahulu berjimat cermat sebelum menngambil tindakan mengurangkan subsidi.

Isu subsidi bahan bakar petrol dan diesel, kenaikan tarif bekalan elektrik dan kenaikan harga barang keperluan lain terus menjadi isu yang menghambat pentadbiran Najib - SIASAH DAILY

Himpunan aman kecoh bila FRU tembak gas

Posted: 19 Jun 2011 04:56 AM PDT

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Jun: Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, jikalau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) masih berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal lalulintas.

"Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukannya menyekat saluran rakyat meluahkan perasaan," kata presidennya, Datuk Dr Toh Kin Woon.

Katanya, sesiapa yang mempunyai pengetahunan tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU yang menembak gas pemedih mata dan meriam air adalah penyebab utama yang mengakibatkan kekecohan.

Jelasnya, perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak berbbuat begitu dan menyuraikan para peserta secara paksa.

Pada 26 Mac lalu, ujarnya pertubuhan-pertubuhan wanita menganjurkan perarakan "Jalan untuk Berubah", pihak polis memberi kerjasama dengan pihak penganjur, mereka hadir dan mengawal lalulintas.

Begtu juga perarakan Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan oleh Presiden Majlis Peguam, Yeo Yang Poh beberapa tahun dahulu, pihak polis juga tidak mengganggu perarakan.

"Kedua-dua perhimpunan dan perarakan ini telah berjalan secara lancar dan aman, tidak mengakibatkan kekecohan dan kesesakan lalulintas," ujarnya.

Ini, katanya membuktikan tuduhan pihak polis terhada himpunan aman Bersh 2.0 pada 9 Julai ini adalah tidak berasas.

Oleh sebab itu, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyokong sepenuhnya perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Bersih.

Pihaknya juga setuju dengan tujuh permintaan reformasi sistem pilihanraya yang dikemukakan Bersih iaitu pendaftaran pengundi secara automatik, sistem undi pos untuk para pengundi luar negara, penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan, capaian media aliran utama secara saksama untuk semua parti, tempoh kempen minimum 21 hari, kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya dan menghapuskan rasuah pilihan raya.

Tambahnya, tujuh permintaan yang dikemukakan oleh BERSIH adalah indeks penting bagi mencapai pilihanraya adil dan politik berdemokrasi, parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tidak wajar membantah.

Pihaknya turut kesal serangan pemimpin politik dan Perkasa terhadap Bersih.

Perkasa mengumumkan bersama 30 pertubuhan Melayu akan turut sama berhimpun dengan Bersih pada hari yang sama bagi menghalang demonstrasi Bersih.

Katanya, tindakan Perkasa itu yang bertujuaan menggagalkan perhimpunan Bersih telah mencabul hak kebebasan perhimpunan penyokong Bersih.

Pemuda Umno pula tiba-tiba mengumumkan satu perarakan "bagi menyokong sistem demokrasi" pada hari yang sama, ini merupakan satu lagi kerja untuk bertembung dengan Bersih.

"Kami menyeru Perkasa dan Pemuda Umno memilih tempat lain atau tarikh lain menganjurkan perhimpunan membantah reformasi sistem pilihanraya, jangan membuat kekecohan secara terancang dan menggagalkan perhimpunan aman Bersih," katanya.
Justeru, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru semua rakyat menyertai perhimpunan aman Bersh 2.0 bagi membaiki kelemahan sistem pilihan raya kini dan menyumbang kepada proses demokrasi negara kita.

STONEDemo anti Israel pada 1 Jun 2010 yg bermula dari Masjid Jamek Kg Baru selepas solat Jumaat hingga ke Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak yang juga disertai Perkasa, tiada sebarang kekecohan berlaku. YB Mahfuz dan YB Nasa (seperti gambar di atas) dan semua peserta selamat tiba di hadapan kedutaan Amerika dengan selamat, dan berjaya menyampaikan memorandun kepada pihak Amerika.
Sebab apa?  ....  Tiada tembakan gas pemedih mata maupun meriam air dari pihak polis, malahan polis trafik turut membantu pergerakkan lalu lintas ....
Tidak kah boleh tindakan yang sama dilalukan oleh polis pada 9 Jun nanti?

Umno cuba monopoli LL4G, YB Khalid 'berat hati' sertai misi ke Gaza

Posted: 19 Jun 2011 12:03 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mengakui beliau "berat hati" untuk menyertai misi keselamatan membantu rakyat Palestin selepas mendapati Umno cuba memonopoli program murni itu.

Justeru beliau yang akan mewakili ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat berkata perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu bersama kepimpinan perikatan itu untuk memutuskan sama ada menarik diri ataupun sebaliknya.

Mengakui telah memasang niat menyertai sejak misi yang pertama tahun lalu, Khalid (gambar) berkata, kini "berat hati" setelah Umno memonopoli program itu yang turut menggugurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) pro-Pakatan Rakyat ke Palestin.

"Saya masih memikirkan hal ini kerana rasa berat hati untuk tarik diri. Saya akan berbincang dengan sahabat-sahabat PAS lain untuk membuat keputusan selanjutnya," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Selain Khalid, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut akan menyertai misi itu.

Seramai 10 rakyat Malaysia termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai "International Freedom Flotilla II".

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan "Pertahankan Kemanusiaan" dan akan disertai 13 kapal antarabangsa — 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan sekatan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Mengulas lanjut, tegas Khalid, beliau kesal dengan tindakan Umno-BN yang cuba mengambil kesempatan daripada misi itu sehingga melupakan tujuan utama program tersebut.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu juga mendakwa Umno-BN mempunyai agenda tertentu ekoran beberapa NGO propembangkang digugurkan ketika Majlis Pelancaran Pasukan LL4G Malaysia yang diadakan di Stadium Badminton Cheras malam tadi.

Majlis itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tambah Khalid, antara NGO propembangkang yang digugurkan daripada menyertai misi itu adalah Aman Palestin dan Cakna Palestin, wakil dari Kelantan.

"Sepatutnya isu berkaitan Palestin adalah isu bersama dan umat Islam perlu bersatu, saya dukacita kerana Umno-BN tidak menunjukkan keikhlasan untuk buat program ini kerana mereka sedar Pakatan Rakyat dan NGO daripada Pakatan Rakyat turut serta dan mengumpulkan semua pihak dan bersatu dalam misi ini.

"Jelas Umno-BN ada agenda untuk merencanakan sesuatu untuk ambil alih program sehingga wakil PAS iaitu Timbalan Presiden kami, Mohammad Sabu digugurkan daripada berucap ketika majlis malam tadi.

"Tindakan Umno-BN ini juga dilihat mahu membersihkan nama selepas pendedahan APCO, jadi mereka mahu jadi hero di mata rakyat dan ambil kesempatan asalkan niatnya tercapai," katanya.

Sepatutnya Mohamad atau "Mat Sabu" memberikan pidato pada majlis pelancaran malam tadi namun dibatalkan di saat-saat akhir.

Mohamad pada sidang media pagi ini mendakwa pentadbiran Najib dan parti pimpinannya Umno cuba "memonopoli" misi kemanusiaan kedua bagi membantu rakyat Palestin.

Acara pidato yang sepatutnya menjadi sebahagian daripada pelancaran program itu yang turut menampilkan Mohamad dibatalkan, dipercayai mendapat tekanan Pejabat Perdana Menteri. - TMI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PEDULIKAN KIMMA, BERSIH BUKAN PERSATUAN MAMAK

Posted: 19 Jun 2011 09:15 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS
PRESIDEN KIMMA, Datuk Syed Ibrahim yang baru dilantik menjadi Senator semalam menggesa agar Sultan Perak menarik balik gelaran Datuk yang dimiliki oleh Pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, Datuk S. Ambiga. Sifat dengki dan busuk hati Presiden Kongress India Muslim Malaysia ini menunjukkan betapa bacul dan dayusnya beliau yang takut menghadapi kebenaran.Setelah dilantik menjadi Senator beliau semakin kuat `mengipas' kerajaan Umno/Bn. Sebelum ini beliau melakukan fitnah besar terhadap Pembangkang apabila mendakwa beliau diupah jutaan ringgit untuk menyokong Pembangkang. Sekali lagi kita mahu memberitahu beliau bahawa kita tidak perlukan `mamak pengipas' untuk berjuang bersama rakyat. Standard beliau hanya sebagai penebar roti canai sahaja dan tidak lebih dari itu.Saya sokong 110 peratus kita memboikot semua restoren yang berdaftar di bawah KIMMA ini kerana sikap busuk hati dan dengki Presiden mereka. Datuk Syed Ibrahim sangka hanya beliau seorang sahaja yang layak mendapat gelaran Datuk, sedangkan orang lain tidak layak. Apa jasa beliau kepada rakyat? Kita cabar beliau memasuki pilihanraya umum akan datang dan bertanding di P.Pinang di mana terdapat ramai pengundi dari kaum seperti beliau. Di situ kita akan lihat sejauh mana hebatnya Syed Ibrahim ini.Hanya kerana BERSIH ingin mengadakan perhimpunan aman menuntut pemulihan sistem pilihanraya di negara ini, maka KIMMA mendesak agar gelaran Datuk kepada Pengerusi BERSIH ini ditarik balik. Tiada cara lainkah untuk KIMMA mengampu kerajaan? Mengapa KIMMA tidak mahu mencadangkan agar diadakan forum atau debat terbuka dengan BERSIH untuk menunjukkan beliau benar-benar hebat? Mengapa mahu gunakan pengaruhnya untuk menjatuhkan atau menganiayai orang lain?Sekali lagi, mari kita perhebatkan kempen boikot restoren KIMMA sehingga Presidennya sedar diri. Syed Ibrahim jangan ingat BERSIH ini adalah dari kumpulan India Muslim yang boleh beliau perbodohkan dengan jawatannya itu. Peduli apa dengan KIMMA kerana puak ini pun mencari makan di negara kita./wfauzdin.blogspot.com

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Mari Kita 'Pesta-Berpesta' utk 'Selamatkan Malaysia'

Posted: 19 Jun 2011 07:07 PM PDT

usinkata; ..Jom kita rame-rame berpesta pd 9 Julai 2011 ini...
Mari pesta demokrasi
Ketika saya menulis rencana ini,Pergerakan Pemuda UMNO telah mengumumkan bahawa mereka bercadang utk membuat perarakan pada 9 Julai 2011 utk 'memperkukuhkan sistem demokrasi.
Sebelum ini Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ( Bersih 2.0 ) telah menyatakan hasrat mereka membuat perarakan di ibu kota pada tarikh yg sama.
Tidak ketinggalan juga Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ) yg ingin membuat perhimpunan yg hanya boleh dikatakan sebagai 'anti Bersih' juga pada tarikh yg sama.
Maknyanya, akan berlangsung PESTA DEMOKRASI yg tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Disini pihak Polis harus memainkan peranan mereka.Pendekatan mereka terhadap pesta demokrasi ini harus berbeza dgn cara mereka sebelum ini.
Tidak perlu membazir masa dan wang utk menghalang perhimpunan yg berlaku.
Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya,menahan orang yg berbaju warna itu dan ini dan membuat tangkapan sewenang-wenangnya.
Pesta demokrasi ini tidak wajar dihalang.
Peranan polis seharusnya utk memudahkan demonstrasi yg akan diadakan.
Tidak perlu menembak cecair ataupun ataupun gas pemedih mata.
Tidak perlu menghuraikan perhimpunan.
Tunggu dan lihat,pastikan semuanya aman.Hanya masuk campur sekiranya berlaku kekacauan.
Saya amat teruja menantikan pesta demokrasi ini di ibu kota.Tarikh 9 Julai 2011 mungkin tarikh keramat.Tarikh dimana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah Perlembagaan.
Tiba masanya kita sedar bahawa demokrasi itu bukan sentiasa tersusun dan rapi,bukan sentiasa rutin dan berjadual,bukan sentiasa mudah dan senang.Tetapi demokrasi itulah yg menjadi paksi negara kita dan menjadi darah daging kita.Dengan kesedaran ini,mari kita berpesta.
* petikan dari Sinar Harian N17 tulisan "Cermin Sanubari " Syahredzan Johan seorang peguam muda. "Mari Pesta Demokrasi"

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


"Mama,Kenapa Papa Pulak Yang Selalu Minum Susu Adik?"

Posted: 19 Jun 2011 05:15 PM PDT

Topik ni takkan habis selagi ada bunyi2 yang mempersoalkan...Aku akan jawab jugak soalan selagi mana aku mampu lagipun,kalau nak tulis pasal politik,sekarang ni tak cukup panas lagi..tunggu bulan depan. Soalan :  "Salah ke perempuan kerja?Gaji I 5 angka..husband I 10 angka...Husband I galakkan I pergi kerja lawa2....Takkan lelaki aje nak kerja,nak belajar tinggi-tinggi...lelaki melayu semua


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Biarkan rally Bersih diadakan

Posted: 19 Jun 2011 05:23 PM PDT

Aspan Alias

20 JUN — Pihak parti-parti dan kerajaan yang memerintah usaha mereka ialah untuk menggagalkan niat Bersih untuk mengadakan rally besar-besaran pada 9 Julai nanti. Semua pihak tahu lebih-lebih lagi pihak pemerintah dan parti-parti yang berkuasa bahawa rally anjuran Bersih ini pasti akan mendapat sambutan yang ramai, malahan dijangkakan lebih besar dari yang dianjurkan pada 2007 yang lalu.
Inilah yang sangat ditakuti oleh Umno terutamanya kerana Umno tahu jika rally ini berlaku kali ini, ianya akan membawa kemenangan tambahan kepada Bersih seperti yang dialaminya pada 2007 yang lalu. Sebagai pihak yang memerintah memanglah mereka tidak mahu melihat Bersih mengulangi kejayaan itu lagi kerana pilihanraya umum ke13 akan diadakan tidak lama lagi.
Kalau kita kaji dengan teliti pihak yang bersama pemerintah pada hari ini terlalu defensif dan banyak kenyataan-kenyataan yang didengar dari pemimpin kerajaan membayangkan rasa takut dan gementar itu dengan melayangkan tuduhan-tuduhan yang tidak releven kepada penganjur rally ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video Azmin Ali: Konvensyen Pilihan Raya KeAdilan

Posted: 19 Jun 2011 05:16 PM PDT

PRN Sarawak Tidak Telus Punca BERSIH 2.0 Diadakan

Posted: 19 Jun 2011 05:14 PM PDT


KUALA LUMPUR 20 JUN : Bukti ketidaktelusan proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu menjadi faktor penggerak kepada perhimpunan BERSIH kali kedua 9 Julai depan, menurut pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Himpunan BERSIH 2.0 akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan UMNO BN bersabit desakan rakyat yang menuntut perlaksanaan pilihan raya yang lebih adil dan bersih.

Sehubungan dengan itu, Ambiga bertegas himpunan BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan tanpa tunduk kepada sebarang tekanan.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 2.0: Pilihan raya adil, bersih juga baik buat BN

Posted: 19 Jun 2011 05:12 PM PDT

Persekitaran ketika majlis pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 20 Jun — Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan berkata sistem pilihan raya yang adil dan bersih baik kepada semua parti politik termasuk Barisan Nasional (BN). Pada pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di sini malam tadi, Ambiga sekali lagi memberi jaminan perhimpunan itu akan diadakan secara aman.
Beliau juga berkata cadangan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 ekoran mendapati pilihan raya negeri Sarawak pada April lalu dicemari dengan penyelewengan dan ketidakadilan.
"Hanya tinggal dua minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini... Himpunan Bersih 2.0 ini akan ditangani secara aman dan bertanggungjawab.
Read More / Baca Lagi >>

Video Bersih 2.0. What the leaders say

Posted: 19 Jun 2011 05:06 PM PDT

Lensa 2 : Pelancaran BERSIH 2.0 - Dewan Himpunan Cina

Posted: 19 Jun 2011 12:38 PM PDT

Bersih 2.0 : Mercu tanda baru capai demokrasi tulen

Posted: 19 Jun 2011 12:07 PM PDT

Tuntutan agar sistem pilihan raya menjadi lebih telus dan bebas adalah satu kehendak masyarakat yang berkekalan, kata Wan Azizah.
PETALING JAYA: PKR menyifatkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai mercu tanda baru dalam usaha rakyat negara ini mencapai demokrasi yang berfungsi sepenuhnya.
Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tuntutan agar sistem pilihan raya menjadi lebih telus dan bebas adalah satu kehendak masyarakat yang berkekalan, maka adalah lebih baik sekiranya tuntutan ini ditangani dengan terbuka dan rasional.
"Dalam konteks ini, masyarakat sudah mual dengan ugutan dan kenyataan provokasi yang dibuat terhadap penganjur Himpunan Bersih.
"Sewajarnya kumpulan-kumpulan yang menentang Himpunan Bersih menghormati hak sebahagian besar rakyat negara ini yang mahu melihat perhimpunan ini berjalan dengan aman, sebagaimana hak mereka berhimpun dihormati selama ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, sejak penubuhannya, PKR memberi komitmen sepenuhnya kepada usaha-usaha membaiki sistem pilihan raya di Malaysia. Perhimpunan Bersih adalah lambang kepada usaha tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Pelancaran BERSIH 2.0 - 19-6-2011

Posted: 19 Jun 2011 12:05 PM PDT

BERSIH: LLG seru PERKASA, Pemuda UMNO pilih tempat dan tarikh lain

Posted: 19 Jun 2011 11:39 AM PDT

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, selagi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal baik lalulintas.  Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukanlah menyekat saluran bersuara perasaan rakyat.
Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) memberi amaran bahawa kerajaan akan menangkap mereka yang mengancam keselamatan negara, Timbalan Ketua Polis Khalid Abu Bakar mengecam perhimpunan BERSIH merosakkan ketenteraman masyarakat dan mengakibatkan kesesakan lalunlintas.
Bagaimanapun, sesiapa yang mempunyai pengetahunan am tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU menembak gas pemedih mata dan meriam air ialah sebab-sebab utama yang mengakibatkan kekecohan.  Perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak buat begitu dan menyuraikan peserta perhimpunan secara paksaan.
Read More / Baca Lagi >>

Konvensyen Pilihan Raya PKR : 5% lagi untuk robah lanskap politik

Posted: 19 Jun 2011 11:38 AM PDT

 "Saudara tahu?  Kalau kita rebut peluang kali ini, berapa percent?  Another 5%..." Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meneruskan, "Dari 1999, kita mula.  Dalam tempoh singkat, 12, 13 tahun, saudara hanya perlu 5% sahaja lagi untuk merobah seluruh lanskap politik di negara ini."
"Tak usah fikir yang merunsingkan, membebankan.  Apa kata kalau Anwar dihukum?  Itu kerja mereka (musuh politik).  Rancangan mereka.  Rancangan penjenayah zaman edan... Tak usah nak fikir teori banyak-banyak."
"Saudara, ada pilihan raya, kita menang.  Insyaallah.  Ada yang katakan, what's the senario?  Anwar masuk penjara.  So what?  Anwar masuk penjara tapi kita menang.  Best senario, Anwar tak masuk penjara.  Kita pun menang."
Read More / Baca Lagi >>

Azmin beri 48 jam kepada Timbalan Pengerusi SPR: "Jawab, atau letak jawatan!"

Posted: 19 Jun 2011 11:36 AM PDT

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi tempoh 48 jam kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar untuk menjawab tuduhannya bahawa SPR menipu dalam Daftar Pemilih Induk 2010 yang diwartakan pada Mei 2011.
Sambil menunjukkan salinan Daftar Pemilih terkini sehingga 30 September 2010, Azmin (gambar kanan) berkata terdapat 11 orang pengundi termasuk enam orang Melayu dan lima orang Cina didaftarkan dengan alamat Rumah 1E, Kampung Klang Gate, iaitu kediaman ibunya - yang tinggal berseorangan sejak kematian ayahandanya pada tahun 1999.
"Saya memberi tempoh 48 jam kepada Wan Ahmad Wan Omar, jawab, kalau tidak letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi SPR," tegasnya, sebelum berseloka, "Mungkin dia dengar ucapan saya 'anak Cina anak saya', dia masuk pengundi Cina dalam rumah ibu saya."
Read More / Baca Lagi >>

Saifudin: Umno "Takut" Anwar, Lancar Propaganda Fitnah

Posted: 19 Jun 2011 11:32 AM PDT


SHAH ALAM 19 JUN : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi sasaran propaganda fitnah Umno kerana beliau adalah senjata utama Pakatan Rakyat untuk membebaskan rakyat daripada pemerintahan rasuah Barisan Nasional, kata Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution.

Berucap kepada 4,000 perwakilan yang turun pada konvensyen sehari PKR, Saifuddin berkata, pertemuan ini adalah untuk mengingatkan kembali aktivis parti akan perjuangan untuk mempertahankan parti dan memartabatkan rakyat.

Beliau mengingatkan perwakilan liku-liku perjuangan parti sejak dahulu dan betapa susuk tubuh paling penting,
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran fitnah Umno-BN dan media milikannya.

Saifuddin menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang faham keluh kesah dan perit jerih tuntutan rakyat yang selama ini ditindas dengan kenaikan kos hidup yang semakin membebankan.

Katanya gaya ketokohan yang ditunjukan Ketua Umum PKR sangat digeruni lawan sehingga dicemburui Umno yang terdesak menyebarkan propaganda fitnah demi kelangsungan politik mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Video Bersih 2.0 launch: The show must go on

Posted: 19 Jun 2011 11:22 AM PDT

Video Ambiga: This rally is not about individuals

Posted: 19 Jun 2011 11:21 AM PDT

Video BERSIH 2.0 : Polis diminta beri kerjasama

Posted: 19 Jun 2011 11:21 AM PDT

BERSIH 2.0 Berdiri Sendiri Dengan Dokongan Rakyat

Posted: 19 Jun 2011 11:20 AM PDT


KUALA LUMPUR 19 JUN : Bersih 2.0 tidak didukung atau dimonopoli oleh mana-mana bangsa atau kaum tertentu dalam menentukan agendanya demi memberi nafas pada pergerakan itu.

Sebaliknya pada pelancaran Bersih 2.0 malam ini bukan sahaja dapat dilihat melalui sokongan dan perancangan tidak berbelah bagi dari pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang teguh dalam memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil di bawah kepimpinan Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan.

Malah kedatangan lebih 30 NGO yang menyokong gerakan ini semasa pelancaran malam ini jelas memperlihatkan kepelbagaian dan kesatuan harimoni gerakan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Bawah Dahagakan Perubahan, Akan Buktikan Pada PRU-13

Posted: 19 Jun 2011 11:16 AM PDT

SHAH ALAM 19 JUN : Pencerobohan tanah serta hak yang dinafikan ke atas mereka, malah tidak pula mendapat pembelaan sewajarnya menjadi masalah besar yang dihadapi oleh Orang Asal di negara ini.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga melahikan rasa terkilan apabila dianaktirikan berikutan bangsa yang tidak diiktiraf di negara ini.

Malah menurut perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili masyarakat Orang Asal di Sarawak, Fatimah a/p Bah Sin pemimpin BN pula hanya menjengukkan muka apabila tiba musim pilihan raya.

Read More / Baca Lagi >>

SPR Kena Ingat Peranan Mereka-Azmin

Posted: 19 Jun 2011 11:12 AM PDT


SHAH ALAM 19 JUN: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sekali lagi menegur sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat cuba untuk 'memperdagangkan' maklumat daftar pemilih terhadap parti-parti politik di samping memalsukan maklumat daftar pemilih.

Katanya, daftar pemilih merupakan perkara asas yang perlu dijaga oleh SPR bagi memastikan pilihan raya berlangsung dengan adil dan bersih.

"Saya menegur SPR kerana peranan mereka untuk menjalankan pilihan raya berjalan dengan adil. Dalam konteks pilihan raya yang bersih dan adil prinsipnya adalah daftar pemilih itu adalah asas. Ini yang menentukan pilihan raya itu berjalan dengan bersih dan adil selain media yang bebas dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Ambiga: Perhimpunan BERSIH tetap diteruskan

Posted: 19 Jun 2011 11:12 AM PDT

bersih 2.0 launch july 9 rally 190611 ambigaPengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan akan diteruskan.

Beliau menolak cadangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan meminta perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan jika perdana menteri berjanji pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.

"Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu, tetapi ia ditangan kami," katanya sambil menegaskan perhimpunan itu tetap diteruskan.

Menurutnya, perhimpunan pada 9 Julai depan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan dirinya.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-13: 60 peratus calon PKR sudah ada, Biro Politik teliti awal Julai

Posted: 19 Jun 2011 11:10 AM PDT


Azmin Ali (kanan sekali) bersama Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Konvensyen Pilihan Raya PKR di bangunan SACC, Shah Alam petang tadi. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 19 Jun — Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengenal pasti sekitar 60 peratus calonnya, yang bakal bertanding pada pilihan raya umum ke-13 dan senarai itu akan dikemukakan kepada kepimpinan pusat dalam tempoh dua minggu untuk keputusan. Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata, nama-nama itu disenaraipendekkan oleh kepimpinan peringkat negeri untuk diteliti oleh biro politik bulan depan.
"Saya boleh katakan sekitar 60 nama bakal calon sudah diputuskan,"kata beliau pada sidang media selepas Konvensyen Pilihan Raya PKR di sini hari ini.
Azmin yang juga pengarah pilihan raya PKR berkata calon-calon yang bakal diturunkan adalah bercampur-campur termasuk ada wakil yang menang kemungkinan dikekalkan dan ada yang kemungkinan digugurkan dengan mengambil kira faktor prestasi.
Read More / Baca Lagi >>

Wan Azizah Yakin Kekuatan Jentera Parti Bawa Kemenangan Besar Pada PRU-13

Posted: 19 Jun 2011 11:09 AM PDT


SHAH ALAM 19 JUN : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru kesemua pimpinan parti dan perwakilan agar bangkit membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Malah Wan Azizah berkata, kemenangan dan kekalahan parti kini bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jentera parti dalam melangsungkan kempennya.

" Menang atau kalah calon-calon kita pada pilihan raya umum kelak akan ditentukan oleh kecekapan kita sebagai jentera parti. Jentera parti ini merangkumi pimpinan teratas sehinggalah adik-adik yang akan memasang bendera dan poster pada hari penamaan calon," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Bersih diugut tangkap, lawan tak apa

Posted: 19 Jun 2011 11:08 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Jun: Sebenarnya tidak ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak kerana ia adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan.
"Biarlah pihak yang membantah perhimpunan Bersih membuat bantahan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Beliau mengulas laporan akhbar perdana hari ini mengenai beberapa perarakan membantah perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh 'baby Umno' Perkasa di Kota Bharu dan Alor Setar.
Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2,500 orang ketika membuat  laporan  di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Read More / Baca Lagi >>

Ambiga: Saya tak peduli serangan peribadi Perkasa, Bersih bukan soal individu

Posted: 19 Jun 2011 11:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan beliau tidak kisah serangan peribadi yang dilakukan oleh Perkasa berhubung usaha pihaknya mengadakan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.
Sambil menyifatkan serangan peribadi Perkasa agak keterlaluan, Ambiga juga berkata tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap pertubuhan bukan kerajaan itu.
"Apa saya boleh buat? Saya tidak akan mempedulikan serangan peribadi yang dilakukan terhadap saya kerana Bersih bukan soal satu individu.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan aman kecoh bila FRU tembak gas

Posted: 19 Jun 2011 11:05 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, jikalau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) masih berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal lalulintas.
"Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukannya menyekat saluran rakyat meluahkan perasaan," kata presidennya, Datuk Dr Toh Kin Woon.
Katanya, sesiapa yang mempunyai pengetahunan tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU yang menembak gas pemedih mata dan meriam air adalah penyebab utama yang mengakibatkan kekecohan.
Jelasnya, perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak berbbuat begitu dan menyuraikan para peserta secara paksa.
Pada 26 Mac lalu, ujarnya pertubuhan-pertubuhan wanita menganjurkan perarakan "Jalan untuk Berubah", pihak polis memberi kerjasama dengan pihak penganjur, mereka hadir dan mengawal lalulintas.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa bakar gambar Ambiga, minta kaum Cina jauhi Bersih 2.0

Posted: 19 Jun 2011 11:03 AM PDT

Penyokong Perkasa membakar poster Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga di pekarangan Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur petang tadi. — Foto oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 19 Jun — Perkasa bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini kerana "apa sahaja boleh berlaku." Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menegaskan perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.
"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.
Read More / Baca Lagi >>