RAKYAT MARHAEN |
- Biarkan rally Bersih diadakan
- Video Azmin Ali: Konvensyen Pilihan Raya KeAdilan
- PRN Sarawak Tidak Telus Punca BERSIH 2.0 Diadakan
- Bersih 2.0: Pilihan raya adil, bersih juga baik buat BN
- Video Bersih 2.0. What the leaders say
- Lensa 2 : Pelancaran BERSIH 2.0 - Dewan Himpunan Cina
- Bersih 2.0 : Mercu tanda baru capai demokrasi tulen
- Lensa : Pelancaran BERSIH 2.0 - 19-6-2011
- BERSIH: LLG seru PERKASA, Pemuda UMNO pilih tempat dan tarikh lain
- Konvensyen Pilihan Raya PKR : 5% lagi untuk robah lanskap politik
- Azmin beri 48 jam kepada Timbalan Pengerusi SPR: "Jawab, atau letak jawatan!"
- Saifudin: Umno "Takut" Anwar, Lancar Propaganda Fitnah
- Video Bersih 2.0 launch: The show must go on
- Video Ambiga: This rally is not about individuals
- Video BERSIH 2.0 : Polis diminta beri kerjasama
- BERSIH 2.0 Berdiri Sendiri Dengan Dokongan Rakyat
- Rakyat Bawah Dahagakan Perubahan, Akan Buktikan Pada PRU-13
- SPR Kena Ingat Peranan Mereka-Azmin
- Ambiga: Perhimpunan BERSIH tetap diteruskan
- PRU-13: 60 peratus calon PKR sudah ada, Biro Politik teliti awal Julai
- Wan Azizah Yakin Kekuatan Jentera Parti Bawa Kemenangan Besar Pada PRU-13
- Himpunan Bersih diugut tangkap, lawan tak apa
- Ambiga: Saya tak peduli serangan peribadi Perkasa, Bersih bukan soal individu
- Himpunan aman kecoh bila FRU tembak gas
- Perkasa bakar gambar Ambiga, minta kaum Cina jauhi Bersih 2.0
Posted: 19 Jun 2011 05:23 PM PDT Aspan Alias 20 JUN — Pihak parti-parti dan kerajaan yang memerintah usaha mereka ialah untuk menggagalkan niat Bersih untuk mengadakan rally besar-besaran pada 9 Julai nanti. Semua pihak tahu lebih-lebih lagi pihak pemerintah dan parti-parti yang berkuasa bahawa rally anjuran Bersih ini pasti akan mendapat sambutan yang ramai, malahan dijangkakan lebih besar dari yang dianjurkan pada 2007 yang lalu. Read More / Baca Lagi >>Inilah yang sangat ditakuti oleh Umno terutamanya kerana Umno tahu jika rally ini berlaku kali ini, ianya akan membawa kemenangan tambahan kepada Bersih seperti yang dialaminya pada 2007 yang lalu. Sebagai pihak yang memerintah memanglah mereka tidak mahu melihat Bersih mengulangi kejayaan itu lagi kerana pilihanraya umum ke13 akan diadakan tidak lama lagi. Kalau kita kaji dengan teliti pihak yang bersama pemerintah pada hari ini terlalu defensif dan banyak kenyataan-kenyataan yang didengar dari pemimpin kerajaan membayangkan rasa takut dan gementar itu dengan melayangkan tuduhan-tuduhan yang tidak releven kepada penganjur rally ini. |
Video Azmin Ali: Konvensyen Pilihan Raya KeAdilan Posted: 19 Jun 2011 05:16 PM PDT |
PRN Sarawak Tidak Telus Punca BERSIH 2.0 Diadakan Posted: 19 Jun 2011 05:14 PM PDT KUALA LUMPUR 20 JUN : Bukti ketidaktelusan proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak lalu menjadi faktor penggerak kepada perhimpunan BERSIH kali kedua 9 Julai depan, menurut pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan. Himpunan BERSIH 2.0 akan menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan UMNO BN bersabit desakan rakyat yang menuntut perlaksanaan pilihan raya yang lebih adil dan bersih. Sehubungan dengan itu, Ambiga bertegas himpunan BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan tanpa tunduk kepada sebarang tekanan. Read More / Baca Lagi >> |
Bersih 2.0: Pilihan raya adil, bersih juga baik buat BN Posted: 19 Jun 2011 05:12 PM PDT Beliau juga berkata cadangan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 ekoran mendapati pilihan raya negeri Sarawak pada April lalu dicemari dengan penyelewengan dan ketidakadilan. "Hanya tinggal dua minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini... Himpunan Bersih 2.0 ini akan ditangani secara aman dan bertanggungjawab. Read More / Baca Lagi >> |
Video Bersih 2.0. What the leaders say Posted: 19 Jun 2011 05:06 PM PDT |
Lensa 2 : Pelancaran BERSIH 2.0 - Dewan Himpunan Cina Posted: 19 Jun 2011 12:38 PM PDT |
Bersih 2.0 : Mercu tanda baru capai demokrasi tulen Posted: 19 Jun 2011 12:07 PM PDT Tuntutan agar sistem pilihan raya menjadi lebih telus dan bebas adalah satu kehendak masyarakat yang berkekalan, kata Wan Azizah. PETALING JAYA: PKR menyifatkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai mercu tanda baru dalam usaha rakyat negara ini mencapai demokrasi yang berfungsi sepenuhnya.Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tuntutan agar sistem pilihan raya menjadi lebih telus dan bebas adalah satu kehendak masyarakat yang berkekalan, maka adalah lebih baik sekiranya tuntutan ini ditangani dengan terbuka dan rasional. "Dalam konteks ini, masyarakat sudah mual dengan ugutan dan kenyataan provokasi yang dibuat terhadap penganjur Himpunan Bersih. "Sewajarnya kumpulan-kumpulan yang menentang Himpunan Bersih menghormati hak sebahagian besar rakyat negara ini yang mahu melihat perhimpunan ini berjalan dengan aman, sebagaimana hak mereka berhimpun dihormati selama ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau berkata, sejak penubuhannya, PKR memberi komitmen sepenuhnya kepada usaha-usaha membaiki sistem pilihan raya di Malaysia. Perhimpunan Bersih adalah lambang kepada usaha tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Lensa : Pelancaran BERSIH 2.0 - 19-6-2011 Posted: 19 Jun 2011 12:05 PM PDT |
BERSIH: LLG seru PERKASA, Pemuda UMNO pilih tempat dan tarikh lain Posted: 19 Jun 2011 11:39 AM PDT Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, selagi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal baik lalulintas. Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukanlah menyekat saluran bersuara perasaan rakyat. Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein (gambar kiri) memberi amaran bahawa kerajaan akan menangkap mereka yang mengancam keselamatan negara, Timbalan Ketua Polis Khalid Abu Bakar mengecam perhimpunan BERSIH merosakkan ketenteraman masyarakat dan mengakibatkan kesesakan lalunlintas. Bagaimanapun, sesiapa yang mempunyai pengetahunan am tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU menembak gas pemedih mata dan meriam air ialah sebab-sebab utama yang mengakibatkan kekecohan. Perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak buat begitu dan menyuraikan peserta perhimpunan secara paksaan. Read More / Baca Lagi >> |
Konvensyen Pilihan Raya PKR : 5% lagi untuk robah lanskap politik Posted: 19 Jun 2011 11:38 AM PDT "Saudara tahu? Kalau kita rebut peluang kali ini, berapa percent? Another 5%..." Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meneruskan, "Dari 1999, kita mula. Dalam tempoh singkat, 12, 13 tahun, saudara hanya perlu 5% sahaja lagi untuk merobah seluruh lanskap politik di negara ini." "Tak usah fikir yang merunsingkan, membebankan. Apa kata kalau Anwar dihukum? Itu kerja mereka (musuh politik). Rancangan mereka. Rancangan penjenayah zaman edan... Tak usah nak fikir teori banyak-banyak." "Saudara, ada pilihan raya, kita menang. Insyaallah. Ada yang katakan, what's the senario? Anwar masuk penjara. So what? Anwar masuk penjara tapi kita menang. Best senario, Anwar tak masuk penjara. Kita pun menang." Read More / Baca Lagi >> |
Azmin beri 48 jam kepada Timbalan Pengerusi SPR: "Jawab, atau letak jawatan!" Posted: 19 Jun 2011 11:36 AM PDT Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi tempoh 48 jam kepada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar untuk menjawab tuduhannya bahawa SPR menipu dalam Daftar Pemilih Induk 2010 yang diwartakan pada Mei 2011. Sambil menunjukkan salinan Daftar Pemilih terkini sehingga 30 September 2010, Azmin (gambar kanan) berkata terdapat 11 orang pengundi termasuk enam orang Melayu dan lima orang Cina didaftarkan dengan alamat Rumah 1E, Kampung Klang Gate, iaitu kediaman ibunya - yang tinggal berseorangan sejak kematian ayahandanya pada tahun 1999. "Saya memberi tempoh 48 jam kepada Wan Ahmad Wan Omar, jawab, kalau tidak letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi SPR," tegasnya, sebelum berseloka, "Mungkin dia dengar ucapan saya 'anak Cina anak saya', dia masuk pengundi Cina dalam rumah ibu saya." Read More / Baca Lagi >> |
Saifudin: Umno "Takut" Anwar, Lancar Propaganda Fitnah Posted: 19 Jun 2011 11:32 AM PDT SHAH ALAM 19 JUN : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi sasaran propaganda fitnah Umno kerana beliau adalah senjata utama Pakatan Rakyat untuk membebaskan rakyat daripada pemerintahan rasuah Barisan Nasional, kata Setiausaha Agong Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution. Read More / Baca Lagi >>Berucap kepada 4,000 perwakilan yang turun pada konvensyen sehari PKR, Saifuddin berkata, pertemuan ini adalah untuk mengingatkan kembali aktivis parti akan perjuangan untuk mempertahankan parti dan memartabatkan rakyat. Beliau mengingatkan perwakilan liku-liku perjuangan parti sejak dahulu dan betapa susuk tubuh paling penting, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran fitnah Umno-BN dan media milikannya. Saifuddin menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang faham keluh kesah dan perit jerih tuntutan rakyat yang selama ini ditindas dengan kenaikan kos hidup yang semakin membebankan. Katanya gaya ketokohan yang ditunjukan Ketua Umum PKR sangat digeruni lawan sehingga dicemburui Umno yang terdesak menyebarkan propaganda fitnah demi kelangsungan politik mereka. |
Video Bersih 2.0 launch: The show must go on Posted: 19 Jun 2011 11:22 AM PDT |
Video Ambiga: This rally is not about individuals Posted: 19 Jun 2011 11:21 AM PDT |
Video BERSIH 2.0 : Polis diminta beri kerjasama Posted: 19 Jun 2011 11:21 AM PDT |
BERSIH 2.0 Berdiri Sendiri Dengan Dokongan Rakyat Posted: 19 Jun 2011 11:20 AM PDT KUALA LUMPUR 19 JUN : Bersih 2.0 tidak didukung atau dimonopoli oleh mana-mana bangsa atau kaum tertentu dalam menentukan agendanya demi memberi nafas pada pergerakan itu. Sebaliknya pada pelancaran Bersih 2.0 malam ini bukan sahaja dapat dilihat melalui sokongan dan perancangan tidak berbelah bagi dari pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang teguh dalam memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil di bawah kepimpinan Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan. Malah kedatangan lebih 30 NGO yang menyokong gerakan ini semasa pelancaran malam ini jelas memperlihatkan kepelbagaian dan kesatuan harimoni gerakan ini. |
Rakyat Bawah Dahagakan Perubahan, Akan Buktikan Pada PRU-13 Posted: 19 Jun 2011 11:16 AM PDT SHAH ALAM 19 JUN : Pencerobohan tanah serta hak yang dinafikan ke atas mereka, malah tidak pula mendapat pembelaan sewajarnya menjadi masalah besar yang dihadapi oleh Orang Asal di negara ini. Tidak cukup dengan itu, mereka juga melahikan rasa terkilan apabila dianaktirikan berikutan bangsa yang tidak diiktiraf di negara ini. Malah menurut perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili masyarakat Orang Asal di Sarawak, Fatimah a/p Bah Sin pemimpin BN pula hanya menjengukkan muka apabila tiba musim pilihan raya. Read More / Baca Lagi >> |
SPR Kena Ingat Peranan Mereka-Azmin Posted: 19 Jun 2011 11:12 AM PDT SHAH ALAM 19 JUN: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sekali lagi menegur sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat cuba untuk 'memperdagangkan' maklumat daftar pemilih terhadap parti-parti politik di samping memalsukan maklumat daftar pemilih. Read More / Baca Lagi >>Katanya, daftar pemilih merupakan perkara asas yang perlu dijaga oleh SPR bagi memastikan pilihan raya berlangsung dengan adil dan bersih. "Saya menegur SPR kerana peranan mereka untuk menjalankan pilihan raya berjalan dengan adil. Dalam konteks pilihan raya yang bersih dan adil prinsipnya adalah daftar pemilih itu adalah asas. Ini yang menentukan pilihan raya itu berjalan dengan bersih dan adil selain media yang bebas dan sebagainya. |
Ambiga: Perhimpunan BERSIH tetap diteruskan Posted: 19 Jun 2011 11:12 AM PDT Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan akan diteruskan. Beliau menolak cadangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan akan meminta perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan jika perdana menteri berjanji pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil. "Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu, tetapi ia ditangan kami," katanya sambil menegaskan perhimpunan itu tetap diteruskan. Menurutnya, perhimpunan pada 9 Julai depan adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan dirinya. Read More / Baca Lagi >> |
PRU-13: 60 peratus calon PKR sudah ada, Biro Politik teliti awal Julai Posted: 19 Jun 2011 11:10 AM PDT "Saya boleh katakan sekitar 60 nama bakal calon sudah diputuskan,"kata beliau pada sidang media selepas Konvensyen Pilihan Raya PKR di sini hari ini. Azmin yang juga pengarah pilihan raya PKR berkata calon-calon yang bakal diturunkan adalah bercampur-campur termasuk ada wakil yang menang kemungkinan dikekalkan dan ada yang kemungkinan digugurkan dengan mengambil kira faktor prestasi. Read More / Baca Lagi >> |
Wan Azizah Yakin Kekuatan Jentera Parti Bawa Kemenangan Besar Pada PRU-13 Posted: 19 Jun 2011 11:09 AM PDT SHAH ALAM 19 JUN : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru kesemua pimpinan parti dan perwakilan agar bangkit membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Malah Wan Azizah berkata, kemenangan dan kekalahan parti kini bergantung sepenuhnya kepada kekuatan jentera parti dalam melangsungkan kempennya. " Menang atau kalah calon-calon kita pada pilihan raya umum kelak akan ditentukan oleh kecekapan kita sebagai jentera parti. Jentera parti ini merangkumi pimpinan teratas sehinggalah adik-adik yang akan memasang bendera dan poster pada hari penamaan calon," ujarnya. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan Bersih diugut tangkap, lawan tak apa Posted: 19 Jun 2011 11:08 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Jun: Sebenarnya tidak ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak kerana ia adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan. "Biarlah pihak yang membantah perhimpunan Bersih membuat bantahan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Beliau mengulas laporan akhbar perdana hari ini mengenai beberapa perarakan membantah perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh 'baby Umno' Perkasa di Kota Bharu dan Alor Setar. Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2,500 orang ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Read More / Baca Lagi >> |
Ambiga: Saya tak peduli serangan peribadi Perkasa, Bersih bukan soal individu Posted: 19 Jun 2011 11:06 AM PDT Sambil menyifatkan serangan peribadi Perkasa agak keterlaluan, Ambiga juga berkata tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap pertubuhan bukan kerajaan itu. "Apa saya boleh buat? Saya tidak akan mempedulikan serangan peribadi yang dilakukan terhadap saya kerana Bersih bukan soal satu individu. Read More / Baca Lagi >> |
Himpunan aman kecoh bila FRU tembak gas Posted: 19 Jun 2011 11:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Jun: Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, jikalau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) masih berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal lalulintas. "Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukannya menyekat saluran rakyat meluahkan perasaan," kata presidennya, Datuk Dr Toh Kin Woon. Katanya, sesiapa yang mempunyai pengetahunan tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU yang menembak gas pemedih mata dan meriam air adalah penyebab utama yang mengakibatkan kekecohan. Jelasnya, perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak berbbuat begitu dan menyuraikan para peserta secara paksa. Pada 26 Mac lalu, ujarnya pertubuhan-pertubuhan wanita menganjurkan perarakan "Jalan untuk Berubah", pihak polis memberi kerjasama dengan pihak penganjur, mereka hadir dan mengawal lalulintas. Read More / Baca Lagi >> |
Perkasa bakar gambar Ambiga, minta kaum Cina jauhi Bersih 2.0 Posted: 19 Jun 2011 11:03 AM PDT "Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan