Selasa, 14 Jun 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SIAPA BETINA INI YANG MAHU PINGAT ANWAR DITARIK?

Posted: 14 Jun 2011 10:09 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

UMI Hafilda, betina yang dulunya adik kandung kepada YB Azmin Ali dan juga kakak kepada Pengacara Azwan Ali, yang dikatakan telah dibuang dari keluarga oleh Alllahyarham ayahnya telah mengeluarkan kenyataan menggesa agar Pingat dan Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh Ketua Pembangkang, DS Anwar ditarik balik.

Betina berumur yang masih belum mempunyai laki ini semakin meroyan dan masih tidak mahu insaf dengan apa yang telah terjadi di dalam seluruh kehidupannya. Sifat dendam, sakit hati dan cemburu beliau terhadap pengaruh DS Anwar seolah-olah menggambarkan beliau adalah musuh politik DS Anwar yang utama, sedangkan Umi Hafilda tiada pengaruh hatta menjadi Ketua Wanita Umno Cawangan sekalipun. Maka, memang wajar DS Anwar tidak melayani betina yang mengaku memiliki berbelas-belas video lucah ini.

DS Anwar sejak mula lagi menyebut beliau tidak hairan jika Pingat/Darjah Kebesarannya ditarik balik kerana beliau tidak pernah memintanya dulu. Bahkan, beliau bersedia untuk mengarahkan isterinya DS Wan Azizah meletakkan kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimilikinya ke dalam dulang dan diletakkan di pintu pagar rumahnya jika ada yang ingin menariknya kembali.

Untuk pengetahuan betina itu, sokongan dan dokongan rakyat terhadap DS Anwar bukan terletak kepada Pingat/Darjah Kebesaran yang beliau miliki. Rakyat menyokong kerana prinsip perjuangannya sama seperti sokongan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu walaupun beliau tidak mempunyai satu Pingat/Darjah Kebesaran sekalipun. Seandainya kesemua Pingat/Darjah Kebesaran yang dimiliki oleh DS Anwar itu ditarik balik kemudiannya diserahkan kepada Umi Hafilda, adakah rakyat akan menyokong dan menyanjung "Dato' Seri Umi Hafilda"? Sekejap, terasa mahu muntah pula.

Kenyataan Umi di dalam Malaysiakini, " Justeru, beliau mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menggugurkan gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini. "Beliau adalah pengerak reformis dalam parti pembangkang yang menentang ketuanan negara dan mempertikaian kredibiliti Majlis Raja-Raja, dia tidak layak diberikan sebarang anugerah dan pingat," katanya.

Menurut Umi lagi, Anwar tidak boleh diberi muka lebih-lebih lagi pemimpin terbabit pernah menerima hukuman penjara. Umi Hafilda, 37, mengeluarkan kenyataan itu sebaik hadir memberikan sokongan kepada 13 NGO yang membuat laporan polis berkenaan Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) di Balai Polis Melaka Tengah.

Hujah bodoh dari Umi dapat membayangkan betapa rosaknya pemikiran anak terbuang ini. Semenjak bila DS Anwar mempertikaikan kredibiliti Majlis Raja-Raja? Apakah ketuanan negara yang dimaksudkan oleh Umi itu? Saya percaya, Umi Hafilda pun tidak tahu apakah ketuanan negara kita sekarang. Adakah ketuanan Melayu atau 1 Malaysia? Hujah Umi bahawa DS Anwar pernah masuk penjara maka wajar Pingat/Darjah Kebesaran beliau ditarik balik. Mengapa tidak gesa agar Presiden Perkasa, Ibrahim Alkataki juga diambil tindakan sedemikian? Mengapa Umi Hafilda tidak menggesa Najib memecat Ezam raja Sesumpah dari menjadi Senator? Bukankah Ibrahim Alkataki dan Ezam juga pernah masuk penjara?

Demi untuk mencari sesuap nasi, betina ini sanggup berbuat apa sahaja hatta memakan `bangkai' yang disajikan. Memang kadangkala kita merasa simpati dengan anak yang terbuang ini, jika dahulu adiknya Azwan Ali bersamanya tetapi sekarang adiknya sendiri sering mengungkap perkataan `betina neraka ke tujuh' di dalam Twitternya. Memang sudah nasib dan balasan terhadap orang yang derhaka kepada ayahnya./wfauzdin,blogspot.com

ISU NELAYAN MOGOK - SATU TAMPARAN MEMALUKAN DARI MCA KEPADA PEMIMPIN UMNO

Posted: 14 Jun 2011 10:25 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TUDING menuding jari terus berlaku di antara pemimpin di dalam Bn dalam isu mogok nelayan lantaran kerja menyusahkan rakyat oleh pemimpin Umno. Pemotongan subsidi minyak bagi nelayan laut dalam nampaknya sekali lagi membuktikan kerajaan Bn tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Paling menarik, telatah Menteri dari Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyebut bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek gagal mengetengahkan masalah dan keluhan nelayan laut dalam Kelas C2 berhubung isu berkenaan.

NONEKenyataan Menteri yang popular dengan jasanya menaikkan harga barang ini disangkal keras oleh Presiden MCA itu sendiri. Satu `tamparan memalukan' dari Dr Chua apabila beliau berkata `Menteri itu tidor'.Link
Kenyataan Malaysiakini, " Dr Chua sebaliknya berkata, beliau tiada ketika mesyuarat itu bulan lalu membincangkan tindakan menamatkan "super subsidi" untuk sembilan jenis kenderaan komersial, seperti didakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya rasa menteri mungkin tidur, kerana saya tidak hadir mesyuaat itu," katanya dalam sidang media.(Malaysiakini).

Malang sungguh Umno memiliki Menteri seperti ini yang diperlekehkan oleh pemimpin MCA. Sebab itu tidak menghairankan jika ada yang berkata rakyat kini susah kerana pemimpin tidak tahu bekerja. Apabila sudah terdesak, rakyat bangkit membantah maka mulalah mereka mencari sasaran untuk menuding jari. Kali ini sasarannya memakan diri.

Justeru itu, tiada pilihan lagi. Pemimpin-pemimpin di dalam Bn sekarang sudah menjadi huru-hara dan hubungan Umno dengan MCA dan Gerakan tidak semesra dahulu. Umno kini keseorangan akibat perbuatan mereka sendiri. Sudah sampai masanya rakyat bangkit menghukum mereka./wfauzdin,blogspot.com

UMNO HULUR TANGAN, KITA TAMPAR MEREKA - MAT SABU

Posted: 13 Jun 2011 10:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMEMANGNYA PAS tidak silap memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti tersebut. Dan, memang wajar Umno amat bimbang sebelum ini jika Mat Sabu memenangi jawatan nombor dua itu kerana Umno tahu tipu helah mereka untuk bersama PAS kununnya demi perpaduan Melayu pasti akan ditentang sehebat-hebatnya oleh `ayam sabung' PAS berkenaan.

"Kita tidak mahu kejadian 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu. "Pemimpin UMNO sekarang cuba berbaik dengan PAS...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar malam tadi (Malaysiakini).

Mengapa begitu sekali anggapan Mat Sabu terhadap Umno? Bukankah Umno terdiri daripada orang-orang Melayu sebangsa dengan beliau dan mereka juga berugama Islam? Mengapa Mat Sabu lebih selesa bersama DAP dan PKR? Sebenarnya bukan Mat Sabu saja yang merasa demikian, bahkan kita juga begitu. Umno sebenarnya tahu dan maklum mengapa PAS tidak lagi berselera dengan parti sekutu Apco tersebut.

PKR dan DAP sebenarnya sudah lama memancing PAS kerana mereka tahu banyak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS bersamaan dengan apa yang diperjuangkan oleh kedua-dua parti ini. Soal membasmi rasuah, menuntut demokrasi dan keadilan, menentang akta zalim ISA, memperkasakan institusi kehakiman, Polis, SPR, SPRM, menuntut hak royalti, membasmi masalah sosial, meningkatkan mutu pendidikan dan banyak lagi yang dituntut di dalam Islam bersamaan dengan yang diperjuangkan oleh rakan sekutu PAS di dalam PR.

Jika ditanya pada Umno, mereka juga akan berkata perjuangan mereka pun begitu. Tetapi, bagaimana dengan perlaksanaannya selama 50 tahun lebih Umno berkuasa? Adakah mereka berupaya melaksanakannya atau bertambah buruk? Usah disebut tentang rasuah di dalam Umno, sehingga kini pemimpin rasuah ada yang masih menjadi Ketua Menteri. menjadi Wakil Rakyat dan menjadi pemimpin parti. Hak royalti minyak masih dirampas sedangkan negeri-negeri yang patut mendapat hak tersebut adalah negeri-negeri majoritinya Melayu Islam.

Tidak perlu kita bicara soal yang lain, apatah lagi soal agama. Umno jelas gagal sejak dulu lagi untuk memartabatkan Islam. Tidakkah malu Umno dengan kepimpinan DAP di P.Pinang yang sanggup menaikkan peruntukan untuk perkembangan Islam di negeri tersebut dua kali ganda daripada sebelumnya? Terlalu banyak peruntukan dan elaun diberi kepada perkembangan Islam di negeri tersebut termasuk elaun para Imam dan Hafiz. Bantuan kepada SAR juga lebih jauh baik daripada sebelum ini.

Soal-soal berkaitan institusi kehakiman, Polis, SPRM dan SPR tidak perlu kita panjangkan. Terlalu banyak kontroversi dan persoalan yang tidak terjawab. Isu seks juga sudah sinonim bagi mereka sehingga ke tahap menggunakan media untuk menyebarkannya. Budaya fitnah disuburkan siang dan malam. Justeru itu, tepat, wajar dan wajib PAS menjauhi Umno selagi Umno tidak berubah. Tahniah atas ketegasan Mat Sabu./wfauzdin.blogspot.com

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


HEBAHAN: Jangan lupa, 9 Julai ini di Kuala Lumpur!

Posted: 14 Jun 2011 10:12 PM PDT





Salam semua...jangan lupa, 9 Julai ini di Kuala Lumpur...khususnya kepada anak muda, kalian mesti turun demi masa depan Malaysia yg lebih adil dan terjamin...kita jumpa di sana, insyaallah! - Pria Malaya

Rujuk: http://www.facebook.com/bersih2


Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


"BERSIH" lagi halal dan suci di sisi undang-undang..

Posted: 14 Jun 2011 05:06 PM PDT




Ada suara-suara mempertikaikan rancangan Bersih utk adakan demonstrasi jalanan iti tidak berpermit.Kalau bercakap tentang permit,bila sebenarnya permit untuk berarak dalam skala besar pernah diberikan oleh polis?

Penguin March yg disertai ribuan peguam di Putrajaya pada 200
7,juga tidak berpermit.Tetapi badan peguam dan ahli-ahlinya tetap berarak secara aman dari Istana Keadilan sehingga ke pejabat Perdana Menteri utk membantah klip video seorang peguam yg dituduh campur tangan dalam sistem kehakiman negara.
Tiada peristiwa buruk berlaku semasa peguam-peguam itu berarak,suara mereka lantang,tapi tetap berkumpul secara aman.

Jika kita faham hak asasi,tidak timbul soal berkumpul lebih dari tiga orang akan dikira perhimpunan haram dibawah Akta Polis.

Paling dangkal apabila saya terbaca kenyataan sesetengah politikus yg khuatir macam-macam boleh "terjadi" bila kita berkumpul dlm bilangan besar.Mereka juga mengutuk rancangan Bersih utk berdemonstrasi kerana ia menyusahkan,menghalang kelancaran urus niaga harian di jalan-jalan utama kota raya,menyusahkan pemandu teksi dan macam-macam lagi.

Maaf saya celupar,tetapi kita tidak boleh menafikan hak asasi hanya utk memastikan kelancaran aktviti ekonomi sesetengah kumpulan sahaja.

Demokrasi itu mahal definasi,tidak boleh diperkotak-katikkan utk kepentingan peribadi.Tidak mengapa ,saya menghormati hak ahli politik itu utk membantah dan membuat laporan polis.

Benar,saya tidak menafikan kemungkinan timbul kesesakan yg akan jejaskan perniagaan dan urusan seharian di Jalan TAR apabila tiba 9 Julai.
Tetapi harga kebebasan bersuara dan hak rakyat utk berkumpul lebih penting dari rasa tidak selesa beberapa jam.

Pesan saya utk ahli ahli politik bijaksana: berhenti mengharamkan apa yg halal di sisi undang-undang.Fitrah manusia memang suka buat apa terlarang.Jangan jadikan demokrasi suatau kenyataan paradoksikal semata .

* petikan dari sebahagian dari ; "Kanvas Kata" ELVIZA MICHELE KAMAL - Sinar Harian N14 Rabu 15 Jun 2011 Cetusan : Gadai hak asasi demi ekonomi ?

bumiperak

bumiperak


Kenyataan PERKASA boleh mengancam Keselamatan Negara

Posted: 14 Jun 2011 08:35 PM PDT

Dalam satu ceramah awal bulan lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan "perang jihad" jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini. Cabaran ini berkaitan dengan tajuk utama "Kristian Agama Rasmi?" Utusan Malaysia 7 Mei lalu yang mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, yang didakwa turut disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Namun kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian, dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishamuddin Hussein 13 Jun ini di Parlimen.

Sekali lagi kenyataan provokasi kaum Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang juga ahli Parlimen Pasir Mas bahawa beliau akan mengerahkan ahlinya dari seluruh negara untuk berarak pada hari yang sama bagi menyekat kemaraan Himpunan Bersih 9 Julai 2011 adalah membuktikan dengan jelas bahawa PERKASA adalah pertubuhan yang mahu kekacauan berlaku dalam negara kita. Malah kenyataannya yang mahu bertembung semasa perhimpunan tersebut adalah merupakan satu ancaman yang serius kepada keselamatan negara. Polis perlu menyiasat Datuk Ibrahim Ali berhubung ancaman yang telah dikeluarkan secara terbuka.

Sebenarnya Jawatankuasa Bersih 2 yang dipengerusikan oleh Dato Ambiga mahu membuat 8 tuntutan kepada pihak kerajaan bagi mengembalikan demokrasi yang telah tercemar selama ini. Tuntutan tersebut adalah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas & adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Dalam Himpunan Bersih 2 suatu memorandum akan diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Himpunan aman tanpa senjata adalah kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan Malaysia seperti yang tercatat dalam perkara 10. Adapun perkara 27 Akta polis(akta 344) mengenai kuasa untuk mengawalselia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang diberi kuasa kepada pihak polis adalah bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan bukannya menghalang kebebasan tersebut.

Pihak polis yang mempunyai kelengkapan mengawal rusuhan sebenarnya mampu mengawal keadaan dengan penuh hikmah. Pihak polis boleh menjaga keamaman Himpunan Bersih 2 dengan menyusun anggota polis di tepi jalan sepanjang himpunan menuju Istana Negara. Mereka yang didapati mewujudkan kekecohan perlu ditangkap. Jika pihak PERKASA dengan niat yang ikhlas mahu menghantar memorandum kepada pihak Istana maka mereka dibenarkan berhimpun dan berarak daripada laluan yang berbeza. Pihak polis perlu membuat perbincangan yang rapi dengan penganjur kedua-dua pihak. Saya yakin pihak polis yang mempunyai banyak pengalaman mampu mengawal keselamatan negara. Jika dua himpunan dapat berjalan serentak dengan aman maka saya penuh yakin pihak polis akan dihormati oleh rakyat dan masyarakat antarabangsa. Tetapi jika pihak polis hanya mengikut telunjuk pemimpin politik tertentu maka polis akan dihina oleh semua pihak.

Himpunan aman tanpa senjata adalah keperluan kepada demokrasi yang adil. Ratusan ribu rakyat tidak akan menghadiri Himpunan Bersih 2 jika mereka tidak ada tujuan yang khusus untuk mendapat satu pilihanraya yang bersih dan adil. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga sering menganjurkan perarakan semasa Sambutan Maulidurasul atau upacara agama tertentu. Ribuan orang akan berarak di jalan raya. Mereka mendapat hak untuk berhimpun. Persoalannya mengapa Bersih 2 seolah-olah dinafikan hak untuk berhimpun secara aman?

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kartunis Zunar saman kerajaan Najib

Posted: 14 Jun 2011 09:46 PM PDT

Pelukis kartun dan satira Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih popular dengan nama Zunar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia berhubung tahanannya tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Zunar menuntut bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya. Beliau menamakan pegawai yang menahannya Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Zunar, ditahan beberapa jam sebelum pelancaran buku terbarunya "Cartoon-O-Phobia" pada 24 September tahun lalu.

Polis juga menyerbu dan menggelidah pejabatnya, Sepakat Efektif Sdn Bhd, di Brickfields dan merampas 66 salinan buku itu.

Berikutan kejadian itu, polis juga menyerbu dua kilang percetakkan di Puchong dan juga pejabat penerbit buku berkenaan Mkini Dotcom Sdn Bhd. - mkini

Bunuh dan tanam kawan yang 'makan' isteri

Posted: 14 Jun 2011 05:48 PM PDT

KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek 'menanam' sesuatu di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.

Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Remaja 16 tahun bersalin dalam tandas

Posted: 14 Jun 2011 05:24 PM PDT

JEMPOL - Seorang remaja perempuan yang menumpang di rumah kenalan di Felda Jaya Selatan Raja Alias, di sini tidak menyangka kesakitan pada bahagian perut sebagai petanda awal sebelum kelahiran bayinya, kira-kira 9.30 pagi kelmarin.

Difahamkan, gadis berumur 16 tahun itu sempat memberitahu pasangan suami isteri di rumah berkenaan tentang kesakitan dialaminya sebelum memasuki tandas.

Isteri pemilik rumah terbabit bergegas ke tandas apabila mendengar jeritan yang kuat dipercayai dikeluarkan oleh gadis berkenaan.

Wanita itu terkejut besar apabila melihat remaja perempuan berkenaan memegang seorang bayi di tangannya dalam keadaan berlumuran darah.

Seorang individu yang berada di rumah berkenaan kemudian menghubungi hospital dan polis untuk melaporkan tentang kejadian.

Namun, bayi yang baru dilahirkan itu didapati meninggal dunia sebaik sahaja petugas perubatan tiba di kediaman keluarga berkenaan.

Kenalan remaja perempuan berkenaan juga tidak mengesyaki dia hamil kerana saiz perutnya kelihatan seperti normal.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, suspek yang bersekolah dalam Tingkatan Empat datang dari Lukut, Port Dickson ke rumah kenalannya itu, beberapa minggu lalu, sempena musim cuti sekolah.

"Mayat bayi perempuan terbabit dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar dekat sini untuk bedah siasat manakala ibunya sedang dirawat di Hospital Jempol.

"Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana disyaki menyembunyikan kelahiran," katanya ketika mengesahkan kejadian itu di sini, semalam. - SH

Tunggu 9 Julai, tengok siapa yang kuat - Ibrahim Ali cabar Bersih.2

Posted: 14 Jun 2011 05:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.

Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana "jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia."

"Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak," kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

"Bersih ada agenda politik tersembunyi untuk mencetuskan huru-hara. Tiada justifikasi untuk mengerahkan ratusan ribu hanya untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menjawab semua perkara," katanya lagi.

"Pendirian kami mudah... mereka berarak, kami berarak. Mereka batal, kami batal.

"Kami tidak mahu mereka mengatakan bahawa mereka melakukan ini atas nama rakyat. Kami juga rakyat," katanya lagi.

Himpunan Bershih juga pernah diadakan akhir 2007 beberapa bulan menjelang pilihan raya umum ke-12, yang menyaksikan pembangkang menguasai beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Perkasa juga mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan Gerakan Anti-Bersih pada 19 Jun ini.

Juga hadir pada pertemuan meja bulat malam tadi ialah bekas pemimin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ibrahim juga berkata, beliau berasa curiga dengan penganjur Bersih 2.0 memilih 9 Julai untuk mengadakan perhimpunan mereka.

"Mengapa penganjur hanya memilih 9 Julai? Mengapa mereka tidak memilih 30 Julai atau hujung-hujung bulan Julai," katanya.

Beliau juga difahamkan tanggal 14 Julai adalah hari kes liwat Anwar yang telah diarah membela diri.

"Adakah disebabkan ini, tarikh 9 Julai dipilih? Mengapa bukan diadakan selepas kes Anwar bela diri?

"Saya curiga dan khuatir sekiranya perhimpunan ini sememangnya bertujuan memberi kesan dalam kes Anwar membela diri nanti," ujarnya.

Pagi semalam, Ibrahim ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu, pihaknya akan melawan habis-habisan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak untuk bersama Bersih 2.0 bagi mengadakan himpunan besar-besaran itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan juga tidak gentar tindakan Perkasa mahu menghalang usaha mereka.

Pada sidang media malam tadi, Ibrahim turut mempersoalkan Ambiga sebagai pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 sambil mendakwa beliau sebagai tiada kepentingan dalam politik dan tiada hak mengadakan tindakan sedemikian.

"Lagipun, Ambiga bukannya calon bertanding dalam pilihan raya umum," tambah Ibrahim dengan mendakwa Ambiga seorang anti-Islam.

"Saya tidak faham mengapa PAS itu boleh berada di bawah kuasa Ambiga semata-mata mahu menuntut pilihan raya umum yang bersih.

"Tidakkah ini mendatangkan keraguan?" katanya. - TMI

Cerita seorang anggota polis Pandan Perdana

Posted: 14 Jun 2011 09:05 AM PDT

Cop: I'm sitting here, what can I do?

Stephanie Sta Maria | June 14, 2011

A FMT journalist files a report against a police officer who gives him the run-around when he attempts to alert the police about a robbery.

PETALING JAYA: As a former crime desk reporter, Teoh El Sen is used to dealing with the police and has maintained that not all are bad apples. But an encounter with one of them last night has left him questioning their commitment to serving the public.

Teoh, 25, and his girlfriend were dropping off the latter's teenage cousin at his house in Pandan Perdana, Ampang, Kuala Lumpur, last night when they walked into a burglary. As the teenager locked himself in a room, the burglar pointed an axe at the couple who bolted onto the street.

A passing taxi stopped to let them in. As they sped off, Teoh noticed that the burglar was pursuing them in his own car. He immediately called the Pandan Perdana beat base.

"What ensued was worse than what had just happened," Teoh recalled. "The officer who picked up the call interrupted my report and loudly said, 'I'm just sitting here, what can I do?' He ordered me to call another number instead."

"I tried to tell him that the burglar was right behind us but he cut me off again and literally shouted the other number down the phone. And then he slammed the phone down."

Teoh, who is currently an FMT journalist, called the number which turned out to be non-existent. By the time he got hold of the correct number, the burglar had driven off.

The couple returned to the house and found that the burglar had made off with two bank books, a set of car keys and RM1,000. No one was injured.

Teoh then proceeded to the Pandan Perdana station to file a police report. The senior officer behind the desk, whose name tag read "Murni", immediately asked if it was he who had made the earlier call.

"I asked him in return if it was he who took the call and he replied, 'Yes, so what?'"

"I expressed my disappointment, took his picture and told him I would be filing a complaint."

"Throughout the lodging of the police report, Murni spoke to us in a raised voice and at one point sighed, 'Oh I'm so scared.' He even threw a pen and paper with his identity number onto the desk and challenged us to report him."

Another officer identified only as Assangka received Teoh's report and admitted that Murni was "always like that".

"As a journalist I have the means to highlight my experience," Teoh stated. "Countless of others who have suffered the same treatment may not have had an avenue to complain. And this is why public faith in the police force has dwindled."

Teoh, however, commended Selangor police chief, Tun Hisan Tun Hamzah, who comforted the couple, thanked them for the feedback and promised to take the appropriate action.

"I hope stern action is taken against Murni as a reminder to other officers to not engage in such apathetic behaviour.

"There is a framed motto in the police station that reads 'Protection, Proactive and Performance and Outcome Oriented'. Last night Murni fulfilled none of the above," Teoh added - Free Malaysia Today

Cuti-cuti Malaysia atau Curi-curi wang Malaysia ...

Posted: 14 Jun 2011 05:50 AM PDT

Perbelanjaan RM1.8 juta untuk membina dan menyelenggara laman Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia cukup membeliakkan - buat mereka yang berlegar dalam dunia internet, sehingga satu laman bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia" ditubuhkan di Facebook sejurus khabar ini didedahkan.

Ahli parlimen Rasah, merangkap Ketua DAPSY Anthony Loke mempersoalkan Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen - mengapa kontrak RM1.8 juta diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd untuk menyelenggara laman Facebook kementeriannya, sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma?

Setelah khabar ini dilaporkan, pelayar internet telah menubuhkan satu laman yang bertajuk "Curi-Curi Wang Malaysia", sebagai sindiran kepada slogan "Cuti-Cuti Malaysia". Pengasas laman tersebut meninggalkan mesej pertamanya pada jam 6.03 petang tadi, dan telah mempunyai kira-kira 150 peminat pada 7.10 petang.

Antara komen yang ditinggalkan pada laman tersebut adalah desakan agar wang tidak dibazirkan dengan cara sebegitu, dan harus dikembalikan kepada rakyat

www.malaysia.gov.my akan digodam esok

Posted: 14 Jun 2011 03:30 AM PDT

Penggodam Ancam Serang Laman Web Kerajaan

PETALING JAYA: Sekumpulan penggodam mengancam untuk menyerang laman web kerajaan www.malaysia.gov.my.

Kumpulan yeng meggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya 'Operasi Malaysia'.

Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik di http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetnya memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.

Tiada makluman lain yang diperoleh buat masa ini.

Tidak dapat dipastikan punca kumpulan itu mensasarkan lawan web Malaysia.

Woi apa hampa buat? Aku buat 'free' saja ... Kem. Pelancongan belanja RM 1.8 juta buat Facebook?

Posted: 14 Jun 2011 01:02 AM PDT

Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

"Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?" soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

"Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding," katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan. - mkini

Selamat Tinggal AC Mizal dan gelangnya ... dah la Datuk pun tak dapat

Posted: 13 Jun 2011 11:36 PM PDT

by Amirah Amaly Syafaat

SEBELUM ini ada banyak pihak mendakwa, bisnes yang dijalankan oleh artis AC Mizal melalui AC Konsortium Sdn.Bhd. banyak mengambil kesempatan dan menindas orang ramai.

Menjual gelang magnet dengan harga 'super' lumayan, menjanjikan pulangan tidak masuk akal kepada pelabur dan macam-macam janji lagi, AC Konsortium dikatakan mengaut untung melalui cara yang tidak sepatutnya.

Bagaimanapun AC dengan sekeras-kerasnya menafikan tanggapan itu dan kekal dengan pendiriannya. Menurut AC, dia menjalankan bisnes untuk membantu orang Melayu. Kata AC, dia tidak mahu kaya seorang diri sebaliknya bersama-sama dengan pihak lain memperoleh kekayaan.

Malah, di belakang pengacara Maharaja Lawak itu, ada beberapa artis muda yang sanggup mempertahankan majikannya.

Artis-artis ini dengan penuh lantang dan berani mempertikaikan pihak yang membuat tuduhan dan menganggap ia berpunca daripada sifat dengki khianat.

Enam artis yang pernah bernaung di bawah ACK itu adalah Khai, Rosma, Alif Razali, Salima AF, Lan Kristal dan pelakon Zuraini Kassim.

Tetapi itu beberapa bulan yang lalu. Jika sebelum ini enam selebriti ini bermati-matian mempertahankan majikannya pada saat dihentam teruk oleh pelbagai pihak, kini perkara tersebut tak akan berlaku lagi.

 Khabarnya mereka telah melepaskan jawatan secara mengejut sebagai jurucakap dalam syarikat berkenaan.

 Pengumuman secara rasmi mengatakan mereka tidak lagi terlibat dalam urusan syarikat itu telah pun dibuat baru-baru ini.

 Semuanya diluahkan dalam laman sosial facebook masing-masing.

Tidak mahu terus berteka-teki tentang situasi berkenaan, Pancaindera bergegas mendapatkan komen daripada salah seorang bekas speaker.

 "Saya tak dibenarkan memberi komen buat masa sekarang. Kena tutup mulut. Nanti-nantilah saya cerita. Bila tiba masanya, kenalah tunggu," ringkas Lan Kristal dalam perbualan Khamis petang lalu ketika diminta untuk mengulas tentang isu berkenaan.

 Vokalis kumpulan Kristal ini juga beberapa kali menekankan pernyataan 'tiada komen' saat diasak dengan situasi keruh melibatkan perniagaan itu.

 Cubaan Pancaindera untuk mendapatkan komen dari lima lagi artis juga menemui jalan buntu apabila masing masing enggan memberi sebarang kenyataan. Talian telefon dibiarkan berbunyi sehingga ke akhiran.

 AC Mizal adalah pemilik syarikat ACK yang ditubuhkan pada 2009 yang mana dia bertindak sebagai pengerusinya dengan bisnes bernilai RM200 juta.

 Syarikat itu menjadi pembekal gelang dan rantai kesihatan berasaskan magnet jenama AC Mizal.

 Sementara itu, difahamkan keenam-enam artis yang menganggap dirinya sebagai mangsa itu hanya akan 'membuka mulut' tentang apa yang berlaku dalam satu sidang akhbar khas tidak lama lagi.

 Sidang akhbar itu sekali gus akan berlangsung bersama perjanjian mereka sebagai duta bagi Allianze University College Of Medical Sciences (AUCMS).

 Surat jemputan media berkaitan pengumuman penamatan jawatan mereka di AC Konsortium dan sidang akhbar pelantikan duta AUCMS telah pun diedarkan kelmarin.

 Majlis berkenaan bakal diadakan di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas pada hari Rabu bersamaan 15 Jun, pukul 4 petang.

 "Apakah punca dan sebab utama artis-artis ini meninggalkan AC Konsortium secara mengejut? Benarkah mereka juga menjadi mangsa penipuan?

 "Segala-galanya akan terjawab dalam sidang media itu nanti. Datang, dengar dan tanyalah apa saja soalan, mereka akan jawab," kata orang kuat di sebalik penganjuran acara berkenaan kepada Mingguan Malaysia.

STONE : Ada kawan-kawan aku kata, Tuhan maha adil. Dia bayar CASH pada budak ni.
Dulu dia hebat 'tipu' orang ... beli gelang dengan harga RM45 dari Cina, datang sini  dijualnya dengan harga RM1,000.
Katanya nak dapat Dato' dari Pahang, tapi ditarik balik, sampai hari ni tak dapat. Yang dapat dalam diam-diam hanya Ramli MS dan M Nasir.
Dan sekarang 6 jurucakap nya yang terdiri dari artis-artis pula dah 'cabut' ...
Nasib kau lah Mizal ... Jangan menipu orang ... sekarang apa dah jadi????

dollah yankee

dollah yankee


Harap tak ceramah depan kerusi kosong...

Posted: 14 Jun 2011 07:38 PM PDT

Kah..Kah..Kah.., KJ pun macam pak mentua dia juga, dok tidoq dan baru sedaq yang orang-orang muda yang merangkumi umur 40 kebawah adalah merupakan 80 % pengundi-pengundi baru sekarang ini yang jangan kan kata nak sentuh, nak pandang pun tak mau, apa lagi kalau nak beli dan baca akan akhbar-akhbar harian yang ada dalam negara kita ni.

"Ingat paper saja ka depa tak baca? Warta Perdana dan Buletin Utama pun depa tak pernah tengok laa..!".

Jadi... pikiaq punya pikiaq punya pikiaq macam mana nak counter Pakatan Rakyat bila dekat-dekat nak pilihanraya umum ni? Macam mana nak 'tune' kepala otak penyokong-penyokong PR ni? Ada laa pulak mangkuk hayun mana dalam exco pemuda umno (jangan jangan novandri hasan apa ka??) sudah bagi idea suruh ikut stail Pakatan Rakyat iaitu...CERAMAH! kita pun kena counter dengan ceramah, macam mana yang Pakatan Rakyat telah dan sedang buat, tiap-tiap malam di segenap pelusuk tanah air, di mana-mana saja sentiasa ada ceramah politik, orang pun berduyun-duyun datang dan cukup berminat nak dengaq, tambah pula Mat Sabu yang mai..Allahuakhbar! tak tau nak cakap laa macam mana..Kalau Anwar pulak yang mai..tak guna cakap laa..

Ada pula exco pemuda dalam umno lain tak berapa setuju dan kata.."kalau kita pun kena 'counter' dengan ceramah juga macam PR, rasa nya tak berapa boleh nak pi..sebab kita tak dak orang yang macam Mat Sabu, kita tak dak orang yang macam Nizar Jamaludin, kita tak dak orang yang macam Mahfuz Omar, orang yang macam cikgu bard pun kita tak dak, nak ber ceramah macam mana??...kalau kita buat ceramah, sapa yang nak berceramah? sapa yang nak mai tengok ceramah kita? Takut-takut esok paginya keluar dalam semua blog politik, gambar-gambar kita sedang berceramah depan kerusi-kerusi yang kosong...baru padan muka kita!.. Kami okey..yang nanti malu hang laa KJ..!"

"Hang kena pikiaq elok-elok KJ nak buat ceramah ni..hang kena pikiaq juga sapa yang nak tanggung semua belanja? Bukan kita tak pernah buat ceramah, tapi apa jadi? Orang-orang kita yang di-bawah banyak yang selama ni dok tidoq, kalau tak haria kat depa, tak bergerak laa...! Kalau 'fulus-al'mahfuz' tak jalan, alamatnya penceramah kita akan berceramah dengan kerusi lahh.."

"Kalau macam tu apa kata kita hidupkan semula tim unit pidato kita?? Kita 'train' depa-depa ni.."

"Hang gila ke KJ? lagi dua tiga hari nak pilihanraya, hang baru teringat nak hidupkan unit pidato kita?? hang baru teringat nak 'train' depa jadi penceramah?? Hang pun macam pak mentua hang juga..raja tidoq!.." 

"Habis tu nak buat macam mana??!"
"Habis tu? Habis tu... three lah..Kah..Kah..Kah.."


dollah yankee -
Nota: Moral dari cerita ini ialah... Tak boleh menang kalau lawan dengan PR secara gentelmen, boleh menang kalau TIPU!

~penarik beca

~penarik beca


Seronok tengok puak Umno berebut-rebut akui pilihan raya negara ini kotor

Posted: 14 Jun 2011 06:25 AM PDT

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


PAK USOP DI IJN....

Posted: 14 Jun 2011 08:36 AM PDT

Tuan Hj. Yusof Bin Desa a.k.a Pak Usop, Siak tunggal Masjid Bukit Indah telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara tengahari tadi. Beliau pengsan ketika menjalani rawatan hemodialisis di Hospital Ampang Puteri.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Pak Usop segera pulih. Amin....

Hello anak muda...! Ko orang tak rasa Umno ni poyo ke?

Posted: 14 Jun 2011 08:13 AM PDT

Skema giler Umno ni...9 Julai nak pakai baju kuning jalan2 KLpun tak boleh. Tak kan nak kena pakai songkok 3 jengkal kot?

Nak berarak dengan kawan2pun tak boleh...

Nak luahkan rasa bengang kat SPR yang bodohpun tak boleh. ...

Habis tu tak kan nak follow ajer apa Kak Mah cakap...hoi zaman sekarang ada Beyonce, ada Shakira....apa barang Kak Mah bro? hehe....

Apa hal nak ikut cakap Braheng katak tu....piiirah!!

Himpunan BERSIH - Ahmad Maslan Ajak Rakyat Boikot.
14 Jun 2011 3:13PM

KUALA LUMPUR 14 Jun - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan menggesa kesemua warganegara Malaysia membantah Perhimpunan anjuran Pembangkang iaitu BERSIH 2.0 yang dakwa beliau bakal menggugat keselamatan dan periuk nasi warga kota.
Beliau juga menggesa kesemua Pertubuhan dan Persatuan Kerajaan mahupun bukan Kerajaan membuat laporan polis sebagai bukti kukuh seterusnya mendesak agar pihak berkenaan menghentikan serta merta perancangan pembangkang.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Anonymous Ancam Godam Laman Web Kerajaan Malaysia Khamis Ini

Posted: 14 Jun 2011 06:48 AM PDT




PETALING JAYA 14 JUN : Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah "Operation Malaysia" awal Khamis ini.

Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).

Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).

Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.

Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.

RM1.8 Juta Bina Facebook Kem. Pelancongan ?

Posted: 14 Jun 2011 06:15 AM PDT



KUALA LUMPUR 14 JUN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat Kementerian Pelancongan apabila membelanjakan RM1.8 juta hanya untuk membangun dan menyelenggara laman sosial Facebook, yang diketahui umum adalah percuma.

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit menjelaskan RM1.8 juta itu digunakan untuk membangunkan 6 aplikasi interaktif dengan peminat laman tersebut.

Ini bermakna sebanyak RM300,000 digunakan untuk membangunkan satu aplikasi.

Aplikasi tersebut adalah Cuti- cuti 1Malaysia, Citra Warna 1Malaysia, Karnival Jualan, Festival Pelancongan, Kempen 1Malaysia Bersih dan Fabulous Food 1Malaysia.

Laman sosial tersebut dilancarkan Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen sebulan lalu.

Dr James dalam jawapan lisannya di Parlimen hari ini berkata, kontrak membangunkan laman tersebut diberikan kepada Impact Creation Sdn Bhd selama 3 tahun bermula tahun 2011 hingga 2013.

Untuk rekod, Impact Creation sebelum ini mendapat pelbagai kontrak daripada Kementerian Pelancongan.

Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook dalam sidang medianya di lobi Parlimen hari ini berkata, Kementerian Pelancongan bukan sahaja perlu menjawab mengapa perlu membelanjakan jutaan ringgit bagi menyelenggara laman sosial yang percuma, tetapi juga perlu menjawab dimanakah kewajaran kementerian itu memperuntukkan RM300,000 untuk satu aplikasi sahaja ?

"Satu aplikasi, mereka belanja RM300,000. Apa aplikasi itu ? Satunya Citrawarna 1Malaysia. Apa itu Citrawarna 1Malaysia ? Ia hanyalah sebuah permainan ! RM300,000 hanya untuk permainan internet," katanya.

Siew Fook menambah, aplikasi permainan internet seperti itu telah dibangunkan pekerja di ibu pejabat DAP dan ia adalah percuma.

"Permainan ini, pekerja ibupejabat DAP pun boleh buat. Kita sudah buktikan, pada pilhan raya negeri Sarawak. Ia adalah percuma. Kalau tidak ada pekerja di Kementerian Pelancongan boleh buat, biar pekerja DAP buat," katanya.

Dr James dalam jawapan lisannya juga menjelaskan Impact Creation dibayar untuk memantau dan menyelenggara laman tersebut.

"Ia merangkumi kerja- kerja kreatif, konsep dan idea, rekabentuk, 'programing' dan 'coding', 'testing' dan 'debugging', 'uploding' dan 'launching application', 'system server' dan 'maintanance' dan deployment, development and content database, camping managment and monitoring serta online advertisment and fans equiptment di Facebook dan Google,"katanya.

Siew Fook menambah, sehingga kini laman sosial itu hanya mengumpul kira- kira 20,308 peminat sahaja berbanding laman Facebook 'Visit Penang', milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang mendapat 100,000 peminat tanpa membelanjakan waima satu sen pun.

"Ini adalah skandal membazirkan dana awam. Malah Ahli Parlimen Rembau, Khairi Jamaluddin pun cakap ia membazir," ujarnya.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

Khairy juga membangkitkan sama ada kementerian menetapkan sebarang petunjuk prestasi (KPI) bagi memantau pencapaian agensi yang dilantik untuk melaksanakan penjenamaan itu.

"Apa KPI kepada syarikat berkenaan. Dari segi periklanan apakah tambahan mereka dan revenue yang dapat digenerate hasil usaha syarikat itu membuat online advertising," soalnya.

MP Pembangkang Mahu Malaysia Halang Mugabe, Bashir Masuk Malaysia

Posted: 14 Jun 2011 06:10 AM PDT



KUALA LUMPUR 14 JUN : Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe dan Presiden Sudan, Omar Al-Bashir patut dihalang daripada memasuki negara ini bagi menghadiri forum Ekonomi Antarabangsa yang akan berlangsung di Putrajaya pada 19 hingga 21 Jun ini.

Gesaan itu dibuat oleh ahli parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran kepada Kerajaan Persekutuan berikutan rekod buruk dan kejam kedua-dua pemimpin Afrika itu yang menyebabkan banyak pembunuhan dan kematian berlaku di negara mereka.

Katanya, Mugabe memiliki rekod yang buruk di mana mengikut laporan beratus-ratus aktivis pembangkang di Zimbabwe telah diseksa dan dibunuh oleh regimnya.

Beliau seterusnya berkata, lebih dari 300,000 orang telah mati di Sudan sejak perang saudara tercetus pada 2003 dan Mahkamah Kriminal Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan sapina untuk menahan Bashir.

"Malaysia telah mengumumkan pada Mac lalu akan menyertai ICC iaitu satu pertubuhan bagi mengelak dan mencegah pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan kejahatan pencerobohan.

"Maka dengan ini Malaysia sepatutnya menghalang kemasukan kedua-dua pemimpin itu ke negara kita berdasarkan latarbelakang mereka," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata,tujuan utama menjadi ahli ICC adalah supaya imej Malaysia serta kedudukan kita dalam dunia antarabangsa dari segi kedaulatan undang-undang serta hak asasi manusia dapat dipulihkan.

Katanya, mengikut Undang-Undang Rom, sebagai negara anggota ICC, Malaysia bertanggungjawab untuk menahan mana-mana pihak yang telah dikenakan waran taqngkap oleh pihak ICC.

Justeru beliau mempersoalkan apakah Malaysia akan melaksanakan tanggungjawab dengan menahan Bashir dan menghantarnya ke ICC atau Malaysia akan menganggap penyelewengan hak asasi manusia hanya isu dalaman di Sudan.

Katanya lagi, jemputan ke atas Mugabe melanggar nilai murni dalam sebuah negara demokrasi iaitu seorang yang jelas ganas terhadap rakyatnya dan seharusnya dihalang daripada memasuki negara ini.

"Penahanan ke atas mereka ini harus menjadi ujian dan menerusi tindakan ini barulah kita boleh berbangga sebagai salah sebuah negara yang dikatakan mematuhi perjanjian dan bertanggungjawab
terhadap masyarakat antarabangsa di mana kita bertindak tanpa rasa takut atau berat sebelah," katanya.

Tegasnya,pembatalan jemputan ke atas Mugabe dan Bashir perlu dilakukan serta mengambil segala tindakan yang dikira wajar bagi membantu ICC menahan Bashir.

PAS Tidak Sekali-Kali Akan Bekerjasama Dengan Umno-Mat Sabu 14/06/2011

Posted: 14 Jun 2011 06:04 AM PDT




ALOR SETAR 14 JUN : Pas tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno walaupun atas nama perpaduan Melayu kerana serik dengan permainan parti itu, kata timbalan presidennya Mohamad Sabu.

"Kita tidak mahu kejadian tahun 1969 berulang kerana bertanding atas tiket Barisan Nasional dan mereka berjaya, kita ditendang keluar menjelang pilihan raya umum selepas itu.

"Pemimpin Umno sekarang cuba berbaik dengan Pas...bila dihulur tangan, ku tampar tangan mereka," katanya semasa menyampaikan ceramah di Kompleks Pas Kedah di sini malam tadi.

Mohamad turut melancarkan kempen perhimpunan BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil BERSIH 2.0) peringkat negeri Kedah.

Mengenai BERSIH 2.0 beliau berkata Pas akan menggerakkan seramai mungkin ahlinya menyertai perhimpunan itu bersama penganjur dan badan-badan bukan kerajaan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

"Saya mahukan perhimpunan ini bersih...kita tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda awam," katanya.-BERNAMA

Belanjawan Tambahan Bukti BN Salah Urus Negara

Posted: 14 Jun 2011 05:58 AM PDT


KUALA LUMPUR 14 JUN : Tindakan Kerajaan Umno-BN memohon belanjawan tambahan RM13 bilion akan memburukkan lagi defisit negara disamping mencerminkan kerapuhan rancangan-rancangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail peruntukan tambahan itu adalah "luar biasa" kerana ia menunjukkan belanjawan yang dibentang oleh Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini hanya bertahan dua bulan.

"Cadangan untuk tambahan belanjawan 2011 ini sudah diura-urakan sejak empat bulan yang lalu. Maknanya belanjawan 2011 hanya boleh bertahan dua bulan saja, Ini fenomena yang pelik , agak luar biasa, " kata Azan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin hari ini membentangkan rang undang-undang itu selepas sesi soalan dan memohon wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga menteri kewangan, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2011 telah memohon RM162,805,323,000.

Azan berkata permohonan untuk peruntukan tambahan begitu besar juga menunjukkan pakej-pakej ekonomi kerajaan tidak disokong oleh belanjawan yang betul, sehingga memerlukan lagi suntikan dana baru dalam tempoh singkat.

"Ramai ahli ekonomi berpendapat rancangan-rancangan kerajaan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri sebenarnya tanpa mengambil kira keupayaan belanjawan, maksudnya program-program di bawah ETP, NKRA. Tidak ada kombinasi yang kukuh di antara pengumuman dan keupayaan belanjawan," kata beliau.

"Maknanya kepincangan sudah nampak dengan jelas. Bulan dua sudah ada keperluan peruntukan tambahan sehingga ia perlu dibentangkan sekarang," tambah beliau.

Beliau juga menegaskan kerajaan terpaksa memohon peruntukan tambahan itu kerana meluluskan terlampau banyak projek-projek untuk disogokkan kepada kroni yang memohon.

Azan mempersoalkan keperluan peruntukan tambahan itu jika benar dakwaan Perdana Menteri bahawa Malaysia mendapat suntikan pelaburan luar RM20 bilion yang berupaya menghasilkan RM60 bilion.

Beliau juga melahirkan kebimbangan belanjawan tambahan itu akan digunakan untuk "projek-projek mee segera" yang menguntungkan kroni Umno-BN sahaja.

"Kerajaan sudah memberikan beban kepada rakyat dengan menarik balik sejumlah subsidi, nampaknya ada lain-lain tempat mereka membelanjakan lebih banyak untuk menguntungkan kroni sehingga defisit negara perlu ditambah," kata Azan.

Beliau berkata peruntukan tambahan RM13 bilion akan memburukan defisit yang sudah pun amat serius, bermakna Malaysia akan terus mengalami masalah imbangan kewangan untuk jangka masa yang lama jika dasar-dasar BN dikekalkan.

Azan berkata kerajaan persekutuan sepatutnya meneladani kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang dalam menguruskan wang rakyat.

"Saya rasa Barisan Nasional menunjukkan ia tidak mampu merancang bajet dengan baik seperti yang dirancang oleh Pakatan Rakyat seperti di Selangor dan Pulau Pinang di mana kita boleh merancang perbelanjaan sehinggakan kita ada baki setiap kali perbelanjaan. Ini kerana kita tidak boros dan tidak ada ketirisan," kata beliau.

PKR Lancar Konvensyen Pilihan Raya Ahad Ini

Posted: 14 Jun 2011 05:54 AM PDT



PETALING JAYA 14 JUN : Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat julung kalinya akan menganjurkan konvensyen khusus sempena Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan di Pusat Konvesnyen Shah Alam (SACC), hujung minggu ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali berkata, konvensyen ini diadakan untuk melancarkan kempen dan tema kempen PKR untuk pilihan raya umum yang dijangka berlangsung dalam masa terhampir.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Azmin memberitahu tema kempen PKR untuk pilihan raya kali ini ialah "Demi Rakyat".

" Kita berharap konvensyen kali ini akan memberi penekanan kepada penjenamaan kempen yang lebih kuat sebagai tanda perancangan dan pelaksaan kempen Keadilan yang lebih bersedia berbanding parti-parti lawan kita," ujar beliau.

Konvensyen yang bakal menghimpunkan perwakilan dari seluruh negara itu dijangka dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan.

Kehadiran mereka adalah untuk sama-sama melancarkan kempen dan tema kempen Keadilan untuk pilihan raya umum.

Dalam pada itu menurut Azmin, logo tangan masih dikekalkan sebagai simbol untuk rakyat menggunakan tangan mereka membawa perubahan dalam PRU akan datang.

Manakala kempen secara online juga telah dimulakan bermula hari ini di www.demirakyat.org.

" Akhinya Keadilan akan menghadapi pilihan raya ini dengan rasa tawaduk, semangat yang kental kerana kita sedar impak besarnya kepada negara di mana rakyat meletakkan harapan yang cukup besar supaya satu perubahan secara total dapat disempurnakan melalui pilihan raya akan datang,"kata Azmin lagi.

Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta

Posted: 14 Jun 2011 05:46 AM PDT

Felda kalah lagi, diarah bayar RM1.2 juta
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.

Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok peneroka termasuk caruman yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.

Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.

Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.

"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.

"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.

Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.

"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.

Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.

"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.

Sekretariat Task Force Felda

Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.

Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.

Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

AWANG YANG SEMPIT PEMIKIRANNYA

Posted: 14 Jun 2011 03:26 AM PDT

Beberapa NGO memulangkan kembali gelaran "dangkal" yang diberikan penulis kontroversi Awang Selamat terhadap orang Melayu yang mahu menyertai perhimpunan BERSIH 9 Julai depan.

protest israel penang 020109 teras president azmi abdul hamid"Kita lihat dangkalnya Awang Selamat, sengaja menunjukkan kejahilan dalam melihat politik.

"Perhimpunan BERSIH adalah hak untuk keseluruhan (rakyat) bukan hanya orang Melayu," kata Pengerusi Teras Keupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid (kiri).

"(Awang) melihat orang Melayu sebagai bodoh. Sebenarnya sudah lama orang Melayu dibodohkan oleh pihak berkuasa. (Ini) satu perkara yang menghina orang Melayu."

Dalam kolum "Bisik-bisik" di Mingguan Malaysia kelmarin, Awang Selamat menyifatkan orang Melayu yang menyertai perhimpunan BERSIH sebagai "dangkal berpolitik" kerana faedah besarnya dinikmati kaum lain.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Azmi turut meminta Awang Selamat mengemukakan bukti atas dakwaannya bahawa perhimpunan itu didalangi oleh "NGO anti-Islam."

"Apa buktinya? Ini tuduhan dan tanggapan liar begitu saja. Siapa dia yang dipanggil NGO anti- Islam?" soalnya kembali.

Umno tahu ia berkesan

Sebaliknya, katanya lagi, perhimpunan BERSIH selari dengan tuntutan agama Islam yang menuntut hak untuk membuat pilihan dengan bertanggungjawab.

"(Ia) tidak lari dari tuntutan Islam. Hak untuk bersuara. Hak untuk memilih kepimpinan. Sama sekali tidak boleh dikatakan bertentangan dengan Islam," tambahnya yang akan turut sama dalam perhimpunan itu.

gmi leaflet demonstration anti isa 040709 syed ibrahim (in blue)Sementara itu, Pengerusi Gerakan Menentang ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh (kanan) pula turut menyangkal dakwaan Awang Selamat dan menyifatkannya mempunyai pemikiran sempit.

"Saya rasa itu satu pemikiran yang sempit. Saya rasa prinsip di sebalik BERSIH bukan perkauman.Saya rasa tidak benar sama sekali. Ini perjuangan oleh semua kaum. Untuk kepentingan semua kaum," kata Syed Ibrahim.

Malah, beliau tidak tahu menahu dengan isu perkauman yang dibangkitkan Awang Selamat.

Melalui pengalamannya dalam perhimpunan yang lalu, Syed Ibrahim beranggapan artikel dalam akhbar Umno itu bertujuan memberi gambaran negatif terhadap perhimpunan tersebut.

"Perhimpunan sebelum itu juga mereka cuba untuk memburukkan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Beliau juga berkata, perhimpunan BERSIH dari dulu sehingga sekarang sentiasa bebas dari agenda perkauman.

Katanya, perhimpunan tersebut selari dengan peruntukan dalam perlembagaan, malah Umno sendiri berusaha menyaingi perhimpunan sedemikian kerana maklum pada keberkesanannya.

Kami ke mahkamah jika Parlimen gugur MP Tian Chua, amaran Azmin

Posted: 14 Jun 2011 01:55 AM PDT

PETALING JAYA, 14 Jun — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi amaran kepada Barisan Nasional (BN) bahawa parti itu akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Ahli Parlimen Batu Tian Chua digugurkan sebagai wakil rakyat.

Tegas Azmin, beliau percaya BN akan menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen untuk menggugurkan Chua sebagai wakil rakyat selepas mahkamah menolak permohonan rayuan dibuat beliau tempoh hari.

"Seperti sedia tahu BN tidak lagi berpegang kepada prinsip keadilan dan kebenaran kerana mereka akan menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen untuk menafikan keadilan seorang wakil rakyat.

"Ini terjadi apabila saya dan tiga ahli Parlimen lain digantung yang mana BN menggunakan kuasa majoriti, saya tidak terkejut jika BN gunakan cara sama untuk menafikan hak Tian Chua," katanya pada sidang media.

Justeru kata Ahli Parlimen Gombak itu, pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya Chua, wakil rakyat penggal pertama dilucut dari jawatan itu.

Tegas Azmin (gambar), sekiranya ia berlaku pihaknya akan menggunakan undang-undang untuk mempertahankan Chua.

"Kalau BN gunakan kuasa majoriti, kita akan gunakan kuasa undang-undang untuk mempertahankan Tian Chua.

"Sekiranya BN lakukan ini rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

The Malaysian Insider pagi ini melaporkan BN sudah memutuskan untuk membawa usul berkaitan status Chua di Parlimen.

Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) akan memaklumkan Dewan Rakyat secara formal pagi ini — dipercayai selepas selesainya sesi soalan lisan — bahawa wakil rakyat PKR itu sudah tidak lagi layak menjadi wakil rakyat.

"Kami akan memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini... ya, selepas sesi soalan lisan, sebab perkara ini perlu dibawa mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat," kata Timbalan Pengerusi BBCBN Datuk Bung Mohtar Radin.

"Kami mengambil pendirian bahawa beliau (YB Chua) sudah tidak layak hadir sidang Parlimen," kata beliau.

Ketika ditanya siapa yang akan membawa perkara itu untuk perhatian Speaker Dewan Rakyat, Bung Moktar berkata, "BBCBN, sesiapa sahaja (anggota BBCBN) akan membawa perkara ini hari ini."

Mengikut peruntukan perlembagaan dan aturan mesyuarat Parlimen perkara itu perlu dibawa kepada Speaker Dewan Rakyat untuk tindakan susulan sebagaimana pernah disaksikan masa-masa lalu.

Sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, adalah sesuatu "tidak bertanggungjawab" jika tiada wakil rakyat memaklumkan Parlimen sabitan kesalahan Chua dan kemungkinan boleh hilang kelayakan.

Katanya, tanpa makluman formal daripada mana-mana anggota Dewan Rakyat, Speaker tidak boleh ambil tindakan ke atas Chua yang kedudukannya kini kelihatan tergantung.

Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan berhubung sabitan kesalahan menggigit seorang anggota polis.

Dengan perkembangan itu, keputusan Mahkamah Tinggi tahun lalu yang mengenakan denda RM2,000 kekal, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai status kerusinya.

Chua bagaimanapun menegaskan beliau masih seorang wakil rakyat yang sah walaupun Mahkamah Rayuan telah mengetepikan rayuannya berhubung hukuman dikenakan atas tuduhan menggigit seorang polis empat tahun lalu.

Pertengahan Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ghazali Cha mengetepikan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Chua, yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret berhubung tuduhan mencederakan anggota polis pada 2007 dan mengantikannya denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan.

Daftar pemilih: PKR dakwa SPR bias, mahu sekat Pakatan kesan pengundi

Posted: 14 Jun 2011 01:31 AM PDT









PETALING JAYA, 14 Jun — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengamalkan "double standard" kerana tidak memberikan maklumat lengkap mengenai pengundi dalam senarai daftar pemilih.

Menurut timbalan presidennya Azmin Ali, dalam senarai daftar pemilih yang dibeli daripada SPR tidak dinyatakan alamat para pengundi.

Jelas beliau, lebih 90 peratus daftar pemilih yang berharga RM48,000 itu tidak mempunyai alamat pengundi dan ia menyukarkan pihaknya untuk mengenal pasti identiti mereka.

"Keadaan lebih buruk apabila SPR diperkudakan Umno-BN (Barisan Nasional) untuk terus laksanakan pilihan raya kotor dan tidak adil.

"Dalam senarai daftar pemilih sehingga penghujung 2010, SPR telah bekalkan daftar pemilih tanpa alamat pengundi... ini double standard, kita tahu ia hanya untuk Pakatan Rakyat.

"Ini amat mengejutkan, kita diminta dibayar untuk dapatkan daftar pemilih induk tapi ia tidak mempunyai alamat yang lengkap," kata Azmin pada sidang media di sini.

Tegas beliau, ia satu cara Umno-BN untuk menyekat PKR mendekati pengundi kerana bimbang akan tewas pada pilihan raya umum ke-13.

"Ada beberapa nama diberikan alamat tapi lebih 90 peratus tiada alamat (dalam daftar pemilih) yang dibekalkan SPR yang perlu dibeli parti-parti politik.

"Kita dapat hidu ini usaha Umno-BN untuk bawa pengundi hantu, saya percaya daftar pemilih ini hanya untuk Pakatan Rakyat sebab seorang pegawai SPR memberitahu ia adalah arahan baru agar daftar pemilih tidak dibekalkan dengan alamat," katanya.

Azmin, Ahli Parlimen Gombak juga kesal dengan sikap SPR yang menjalankan "perniagaan" dengan menjual daftar pemilih kepada parti-parti politik.

"Kita sentiasa diminta untuk membayar dengan jumlah yang besar untuk dapatkan daftar pemilih, mengapa SPR jalankan perniagaan ini, sepatutnya ia adalah tanggungjawab dan ia sepatutnya diberikan secara percuma.

"Kita beli daftar pemilih dengan harga yang tinggi, beli ikut negeri... apa yang kita dapat tidak lengkap dan saya tidak puas hati apabila SPR menjalankan perniagaan ini," katanya.

Pada sidang media itu juga Azmin mengumumkan parti itu akan mengadakan satu konvensyen pilihan raya kebangsaan PKR 19 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam sebagai langkah persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka tahun depan.

Selain itu, kata Azmin, tema "Demi Rakyat" akan menjadi kempen pilihan raya parti itu.

"Kita jangkakan 2.000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan menyertai konvensyen yang julung kali diadakan parti politik.

"Kita juga telah melancarkan laman web untuk rakyat di www.demirakyat.org yang bermula hari ini," katanya.

Khalid : "Tidak Ada Dalam Fikiran Tukar Exco"

Posted: 14 Jun 2011 01:24 AM PDT



SHAH ALAM 14 JUN : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu buat masa ini belum ada sebarang perbincangan untuk membuat pertukaran exco kerajaan negeri termasuk menggantikan kedudukan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali.

Walau bagaimanapun, menurut Khalid, beliau akan menerima cadangan daripada PAS berhubung kedudukan Hasan yang digugurkan daripada mengetuai parti itu di Selangor.

"Keputusan mana-mana parti adalah yang kita mesti terima.

"Tapi buat masa ini tidak ada dalam pemikian kerajaan negeri untuk buat pertukaran exco," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Pada Ahad, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Hasan tidak lagi menyandang jawatan pesuruhjaya PAS Selangor dan tempat beliau telah digantikan oleh ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Jelas Khalid lagi, pelantikan exco berada di bawah bidang kuasanya dan dibuat atas nasihat Sultan Selangor.