Selasa, 7 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Karpal minta Mahathir taubat

Posted: 07 Jun 2011 10:12 PM PDT

Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang "meniti usia yang senja" sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.

"Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat," katanaya.

"...Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu."

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang dikatkan lebih rapat dengan DAP.

Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

"Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa," kata Karpal.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. - mkini

Aktif seks, kontrak pekerja wanita ditamatkan

Posted: 07 Jun 2011 07:31 PM PDT

Firma gergasi elektronik Western Digital menafikan pihaknya menamatkan kontrak seorang pekerja hanya semata-mata kerana wanita itu aktif dalam seks. Sebaliknya syarikat itu berkata mereka "menghormati hak peribadi dan kebebasan individu".

Dalam jawapannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Western Digital berkata konglomerat Amerika Syarikat itu akan hanya bertindak ke atas pekerja yang terbabit dalam "aktiviti seksual ketika dalam waktu bekerja".

"Western Digital tidak memantau aktiviti sah yang dilakukan di luar tempat kerja. Bagaimanapun pelawat tidak dibenarkan berada sekitar tempat kediaman pekerja kami... untuk keselamatan dan juga menjaga norma-norma budaya tempatan," katanya.

Western Digital mengulas aduan pada borang rasmi yang dibuat kepada jabatan sumber manusia syarikat itu di Kuala Lumpur oleh seorang pekerja wanita yang mendakwa beliau dirotan kerana didakwa mengadakan hubungan seks.

Dalam borang aduan yang tidak bertarikh itu, pekerja berkenaan mendakwa kontraknya ditamatkan kerana beliau gagal dalam ujian perubatan.

Apabila ditanya lanjut, beliau dimaklumkan alasan kegagalan ujian perubatannya adalah kerana dia dikatakan pernah mengadakan hubungan kelamin. Ini dinafikan oleh pekerja tersebut.

Menurut Western Digital, - Fomema Sdn Bhd, agensi yang dilantik oleh kerajaan untuk menyaring kesihatan pekerja migran - memutuskan pekerja yang hamil atau HIV positif tidak boleh lulus dalam ujian berkenaan.

"Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, kegagalan dalam ujian pemeriksaan itu akan menyebabkan pekerja berkenaan dihantar pulang ke negara asal mereka atas perbelanjaan broker pekerja atau majikan," katanya.    - mkini

"Projek" di parking waktu makan tengahari

Posted: 07 Jun 2011 04:45 PM PDT

KOTA BHARU: Hanya dengan bayaran RM2 untuk sekali masuk, parkir sebuah pasar raya, di sini, tidak ubah seperti 'parkir asmara' apabila dijadikan sasaran suami dan isteri curang untuk melampiaskan nafsu ketika keluar dari pejabat pada waktu makan tengah hari.

Mereka membawa kenderaan secara berasingan untuk mengelak gerak-geri dihidu kenalan atau keluarga masing-masing sebelum melakukan aksi terlarang di kawasan gelap di dalam kereta mereka.

Difahamkan, walaupun waktu rehat hanya sejam, pertemuan singkat terbabit digunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu.

Perkara itu didedahkan seorang kakitangan pasar raya berkenaan yang mengakui terkejut melihat gelagat suami dan isteri curang yang menjadikan parkir pasar raya itu untuk bermadu kasih.

Dia yang enggan dikenali berkata, bukti perlakuan tidak senonoh itu kerap kali disaksikannya bersama pekerja lain menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di setiap ruang tempat meletak kenderaan itu - myMetro

Video klip separa lucah : Gambit mohon maaf

Posted: 07 Jun 2011 04:31 PM PDT

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

KUALA LUMPUR: "Sekiranya saya melakukan kesalahan, saya mohon maaf," kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang menimbulkan kontroversi kerana aksi mengghairahkan dalam klip terbabit.

Dia juga menjelaskan tidak berniat untuk memaki hamun peminat, blogger atau sesiapa pun dalam laman sosialnya mengenai isu berkenaan.

"Semua yang berlaku itu adalah salah faham kerana 'bukan peminat' yang menghuru-harakan keadaan dengan menyampaikan fitnah kepada blogger kononnya saya yang memaki hamun mereka," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia hanya membalas kritikan bukan peminat yang tidak habis-habis mengkritik dirinya hingga membuatkanya rimas. Dia berkata, kini lebih 5,000 komen diterima daripada pengguna facebook yang melahirkan rasa tidak berpuas hati kepadanya termasuk daripada bukan peminat yang menghentamnya di paparan peminat laman sosial terbabit.

"Saya kesal menerima maki- hamun yang turut membabitkan ibu bapa dan percaya semua yang berlaku itu bertujuan menjatuhkan reputasi," katanya.

Katanya, pada masa hadapan dia akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan klip video terbaru dan mengakui kontroversi itu banyak memberi pengajaran kepadanya.

"Mengenai Prema Yen (penyanyi), dia kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat kerana ada urusan di sana..pada masa terdekat Prema akan mengadakan sidang media memberikan penjelasan mengenai klip video itu sejurus pulang ke tanah air," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Gambit mencetuskan kontroversi apabila klip video Marilah Menari yang dihasilnya dikatakan mengandungi unsur seks dan mendapat kritikan hebat daripada masyarakat di negara ini.

Gambit yang diminta penjelasan mengenainya memberikan alasan klip video itu dihasilkan untuk pasaran Amerika Syarikat bukan untuk pasaran tempatan selain mempertahankan klip video terbabit.

Klip berkenaan memaparkan aksi panas antara pelakon Shah Jaszle dengan penyanyi Marilah Menari, Prema Yen.

Bagaimanapun, Shah Jaszle dalam kenyataannya kepada Harian Metro kelmarin menjelaskan dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon dan tidak menyangka klip video berkenaan menjadi kontroversi - myMetro

Isu klip video separa lucah : Klip video itu agak keterlaluan - Seniman

Posted: 07 Jun 2011 06:27 AM PDT

SENIMAN tegur Gambit : Jangan malukan negara

PETALING JAYA: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menasihatkan pengarah klip video kontroversi, Gambit Saifullah supaya tidak membandingkan hasil karyanya dengan filem-filem lain sebaliknya harus bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan.

Presidennya, Harun Salim Bachik berkata, tindakan Gabit menghasilkan klip video lagu Marilah dianggap tidak bermoral selain mencemarkan imej negara jika dipasarkan di luar negara.

"Jangan dia (Gambit) bandingkan filem ...Dalam Botol dan filem lain dengan klip video itu kerana kreativiti yang dia hasilkan tidak memberikan manfaat dalam konteks budaya Malaysia.

"Lagipun, apa yang dipaparkan di dalam drama dan filem mempunyai mesej tertentu yang lebih jelas berbanding klip video kerana ia mempunyai masa yang singkat selain boleh memberi macam-macam tafsiran," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.
Harun diminta mengulas berhubung penyebaran klip video Marilah nyanyian Prema Yin yang dilakonkan dengan aksi berahi melibatkan penyanyi itu dengan pelakon Shahz Jazle.

Alasan Gambit, aksi yang di arahkannya itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.

Harun berkata, sebagai rakyat Malaysia, Gambit seharusnya menghasilkan klip video yang memaparkan budaya-budaya negara ini untuk diketahui bangsa asing bukannya menampilkan sesuatu yang boleh mencemar nama negara.

"Klip video itu agak keterlaluan. Walaupun ia dihasilkan untuk pasaran luar negara, mereka sepatutnya peka dengan budaya dan agama rasmi negara kita iaitu Islam serta budaya yang kita amalkan.

"Jadi, mereka perlu berhati-hati melakukan klip video itu dan jangan terlalu terikut-ikut dengan budaya barat," jelasnya lagi.

Katanya, banyak lagi unsur lain yang boleh diterapkan untuk menyampaikan kasih sayang dan cinta dalam sesebuah karya.

Bukan sahaja Gambit kata Harun sebaliknya Prema Yin dan Shahz Jazle turut bertanggungjawab dalam kontroversi berkenaan. - mStar

Mahathir haprak - Saifudin

Posted: 07 Jun 2011 04:58 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) sebagai ahli politik yang haprak apabila menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Ini kerana, ketika Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir yang menyekat pelaksanaannya.

Ia disekat melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Selepas muktamar PAS baru-baru ini, Tun Dr Mahathir melalui blognya menulis dengan berkata, Karpal yang berjaya menyekat mendirikan negara Islam yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah tercapai.

"yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai," tulis Mahathir.

"Dr M hantar surat amaran kepada TG Nik Aziz jangan laksana hudud, aneh hari ni Dr M kata Karpal berjaya sekat PAS jalankan hududd...haprak!" tulis Saifudin (gambar kanan) dalam Twitternya.

Bagi beliau, Dr Mahathir tidak layak bercakap Karpal anti Islam.

"Mesej saya mudah Dr M tak layak langsung cakap Karpal anti Islam sebab rekod Dr M sendiri paling membenci Islam," tegas Saifudin yang juga anggota Parlimen Machang, Kelantan.

Menurut beliau, Dr Mahathir pernah berkata kalau dibuat hukum hudud habis orang Islam mundur sebab kena potong tangan..."hari ini Dr Mahathir salahkan Karpal."

Bagi beliau, Karpal sekurang-kurangnya tidak menyekat bantuan untuk Sekolah Agama Rakyat namun Dr Mahathir membuatnya!

"Sebab katanya sekolah agama ajar murid benci pemerintah ...siapa sebenarnya benci Islam?" soal Saifudin.

Bagi Saifudin, kalaupun Karpal tolak negara Islam dan Hudud beliau boleh memahaminya sebab dia bukan Muslim, tetapi Dr Mahathir tentang negara Islam dan Hudud, ini yang beliau tidak dapat faham.

Surat Dr Mahathir

Surat Dr Mahathir sampai kini masih diingati oleh Tuan Guru Nik Aziz hatta dalam satu majlis baru-baru ini.

"(Tun) Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan mengambil tindakan.

"Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran… Jadi kalau (kita) tak boleh buat semua, jangan kita tinggal semua," katanya.

"Kalau kerana hukum hudud, satu Kelantan kena Mageran… dan kerajaan Kelantan nak digantung oleh kerajaan pusat, (jadi) itu tak cerdik," kata Nik Aziz dalam satu dialog bersama penulis blog dan facebook di Hotel Grand Season di ibu negara, baru-baru ini.

Mursyidul am PAS itu berkata, sekiranya ketiadaan kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut, maka tidak boleh ditinggalkan semua undang-undang berkenaan.

Dengan mengumpamakan tindakannya itu sebagai seguni beras, katanya, sekiranya tidak mampu untuk membawanya, maka "diambil secupak-secupak" sehingga habis. - HD

BERSIH 2 - Hishammuddin perlu tarik balik ugutan - Shamsul

Posted: 07 Jun 2011 03:58 AM PDT

Posted on Jun 7, 2011 by Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein supaya menarik balik ugutannya terhadap perhimpunan BERSIH 2.0, Julai depan.

Beliau mengulas kenyataan Hishammuddin semalam yang menegaskan bahawa tiada 'layanan istimewa' untuk pihak yang terlibat perhimpunan tersebut.

"Saya cabar Hishammuddin supaya menarik balik ugutan tidak berasas beliau yang jelas melihatkan ketidakmatangannya berhadapan perkara itu.

"Tidak timbul Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu takut sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 dijalankan bulan depan kerana pengalaman sebelum ini menyaksikan perhimpunan tersebut tidak mengganggu-gugat keselamatan negara," kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Kata beliau, Hishammuddin perlu sedar bahawa perhimpunan itu untuk menyatakan suara rakyat yang mahukan pilihan raya bersih dengan membuat beberapa tuntutan dan sama sekali tidak bertentangan dengan dasar negara demokrasi.

Ia, katanya termaktub dalam perlembagaan negara yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara bagi menyatakan sesuatu bantahan.

"Perhimpunan BERSIH bukan isu baru, mereka menuntut apa yang perlu dilakukan oleh pemerintah antaranya membebaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bukannya mengancam keselamatan negara.

"Adakah Hishamuddin terdesak mengeluarkan ugutan seperti itu kerana takut kedudukan politik mereka (Umno) tergugat?, " ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan Hishammuddin supaya mendalami peranan sebenar beliau selaku menteri dalam negeri dan bukan mempertahankan politik Umno-Barisan Nasional.

"Beliau selaku menteri KDN mesti tahu peranannya dan bukan mempertahankan parti politik, ini akan menunjukkan beliau tiada pendirian dalam menangani isu melibatkan negara.

"Ugutan KDN kali ini tiada beza dengan ugutan sebelum ini oleh polis setiap kali perhimpunan dijalankan. Beliau sepatutnya lihat sama ada perhimpunan ini mengancam keharmonian kaum dan keselamatan negara," ujarnya.

AMK sebelum ini mensasarkan sekurang-kurangnya 5,000 ahlinya untuk turut serta dalam demonstrasi berkenaan yang akan dianjur pada 9 Julai depan.

Perhimpunan tersebut dijangka menghimpunkan lebih 100,000 rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini, mengulangi kejayaan besar demonstrasi Bersih pada November 2007

Lawak petang ini dari Ahmad Maslan

Posted: 07 Jun 2011 01:49 AM PDT

Umno Mahu PAS Lupakan Kisah Silam Demi Perpaduan Umat Islam

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

KUALA LUMPUR: Umno terus membuka pintu perpaduannya dengan PAS apabila mengajak parti pembangkang itu melupakan memori silam antara kedua-dua parti yang berseteru sejak tahun 1970-an sehingga mengakibatkan perpecahan umat Islam.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, kejadian itu sudah lama berlalu dan kebanyakan pemimpin kedua-dua parti yang terlibat dalam pertikaian politik pada waktu berkenaan sudah tiada.

"Pemain politik yang terlibat dalam insiden itu sudah tiada. Ia membabitkan pemimpin veteran pada waktu itu.

"Kita tak tahu hujung pangkal. Biarlah peristiwa lama itu berlalu pergi. Sekarang dah beberapa generasi... bukalah buku baru, apa salahnya?" katanya pada sidang media di sini Selasa.

Hubungan kerjasama antara kedua-dua parti itu terputus pada 1977 sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Kelantan jatuh.

Terdahulu, Ahmad mengadakan pertemuan dengan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendengar pandangan mereka terhadap situasi politik, ekonomi, sosial dan kebajikan di negara ini yang turut dihadiri Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu yang mewakili 165 NGO.

Jelas Ahmad, beliau mahu PAS menganggap barisan kepimpinan BN sedia ada sebagai kumpulan baru yang tiada kaitan dengan peristiwa itu.

"Datuk (Seri) Najib (Tun Razak), Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tak terlibat begitu juga ahli Majlis Tertinggi. Sekarang kita melalui transformasi baru, kita ada pemimpin baru. Jadi lupakanlah yang lama," tegasnya.

Mengulas mengenai PAS yang mahu terus bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad berkata, Umno masih membuka pintu kepada komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional demi memperjuangkan parti Melayu dan perpaduan umat Islam.

"Semua orang tahu usaha untuk menyatupadukan kedua-dua parti masih boleh diteruskan. Kita harus berfikiran positif...tak semestinya seseorang itu akan bersikap begitu selamanya," katanya.

Menurutnya, jika PAS mahu berbincang, kerjasama itu amat dialu-alukan kerana pintu rundingan antara kedua-dua tidak tertutup.

Tegasnya, walaupun pucuk kepimpinan PAS yang baru rata-ratanya didominasi oleh golongan edrogan dan Anwarisme usaha menyatupadukan Umno dan PAS tetap tidak akan berkubur.

"Saya tak melihat perkara seperti itu akan berlaku. Saya anggap calon pada pemilihan kali ini sebagai positif. Kami masih boleh berbincang apabila melibatkan perkara berkaitan Palestin dan pendidikan," ujarnya. - mStar

"Tindakan Najib tidak ada kelas langsung" kata Dr Dzul

Posted: 07 Jun 2011 12:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Jun:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa menggunakan program pribadi untuk menguruskan perkahwinan anaknya dengan dicampuradukkan dengan program kerajaan semasa ke Kazakhstan sekarang.

Tindakan ini disifatkan AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.Kecaman ini dibuat ekoran tindakan Najib menggunakan segala kemudahan kerajaan dan wang rakyat untuk memenuhi keperluan keluarganya di Kazakhstan sekarang.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan pribadi," kata Dr Dzulkefli kepada Harakahdaily.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," kata beliau.

Semalam Harakahdaily melaporkan, Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke Kazakhstan untuk menguruskan perkahwinan anaknya, Noryana Najwa dengan seorang anak pembesar negara itu.

Untuk memenuhi hasrat itu, beliau dikatakan meminta program rasmi kerajaan diatur untuk beliau dan rombongan ke sana. Perkara ini dikesali oleh pelbagai pihak termasuk wartawan yang menyertai program beliau itu.

Hasilnya, kerajaan terpaksa menanggung segala perbelanjaan bukan sahaja untuk beliau berdua bahkan juga menteri, wartawan dan pegawai kerajaan yang terpaksa mengiringi beliau ke sana.

Dalam sejarah Islam, kata Dr Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memadamkan lilin milik negara apabila ada yang datang bertemu beliau untuk berbincang hal pribadi.

"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau dan bakal menjadi suri tauladan kepimpinan BN dan pegawai kerajaan di bawah beliau," katanya.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah dan kini ia berlaku lagi.

Dr Dzul yakin, jika perkara ini diodit oleh jabatan kerajaan tidak akan ditemui kesalahannya berdasarkan ianya mengikut prosedur biasa kerajaan iaitu mendapat kelulusan dari Perdana Menteri.

"Tetapi dari segi moralnya ia sangat salah," tegas Dr Dzulkefly (gambar).

Bagi beliau, apa yang berlaku adalah Najib dan Rosmah mengatur program kerajaan ke Kazakhstan untuk memenuhi program pribadinya iaitu menguruskan perkahwinan anaknya.

"Di sinilah masalahnya akan timbul apabila kepimpinan tertinggi menunjuk sikap yang buruk, apa pula orang bawahnya nanti, menteri, ketua setiausaha, OCPD dan sebagainya …kalau bos kencing berdiri, anak buah kencing berlari," kata beliau.

Jika Najib dan Rosnah benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan pribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu…..susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan….bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," kata beliau.

- blog Dr Dzul

STONE Apa punya haprak nya perangai sorang perdana menteri kalau macam ni. Ni la kalau dah buat kerja takut bini. Tak penah aku jumpa seorang PM yang sampai macam tu .... apa nak jadi kat Malaysia pun aku tak tau la kalau 2 makhluk ni ada lama lagi di Putrajaya ...

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


UMNO TIDAK PERNAH BERUBAH, PAS WAJIB JAUHI UMNO

Posted: 07 Jun 2011 07:51 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini akhbar Sinar menyiarkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menasihatkas PAS agar `jangan sandarkan pada kenangan' jika mahu perpaduan PAS - Umno terjalin. Satu kenyataan dari tokoh kanan Umno yang membuktikan bahawa Umno tidak akan berputus asa untuk mendapatkan sokongan PAS agar dapat melambatkan `kereputan' parti sekular tersebut.

Sekali imbas dibaca, terlalu hebat Umno ini dengan kepekaannya terhadap perpaduan umat. Memang benar, untuk kita berbaik tidak perlu kita mengungkit kisah silam. Tetapi PAS masih enggan menerima Umno sebagai teman berkongsi politik (jika dulu, istilahnya Kerajaan Perpaduan) bukan kerana kisah lampau Umno. Itu hanya satu faktor untuk PAS lakukan muhasabah jika ingin berbaik dengan Umno.



Kenyataan Ahmad Maslan itu jelas membuktikan bahawa Umno sememangnya mengaku khianat kepada PAS, cuma beliau berkata pemimpin di waktu itu kini tiada lagi di dalam Umno, kecuali Ku Li di Gua Musang. Kini, Umno dipimpin oleh pemimpin baru, katanya. Maka, PAS perlu buang kenangan lampau, tambahnya.

Saya ingin bertanya kepada Umno, benarkah Umno sudah berubah sekarang atau lebih teruk lagi? Umno perlu menjawab perkara-perkara berikut sebelum ingin berangan mendekati PAS;

1. Ketika dahulu, Umno bertanggungjawab merampas royalti minyak daripada Kerajaan Negeri Terengganu sebaik sahaja PAS memerintah Terengganu. Adakah hak royalti itu dipulangkan semula kepada yang berhak seperti Terengganu dan Kelantan? Bukankah kedua-dua negeri ini negeri Melayu yang hampir 100 peratus berugama Islam?

2. Sejak dari dulu lagi PAS menentang keras akta zalim Akta ISA di mana ramai pemimpin Pembangkang teraniaya di bawah akta zalim ini. Adakah Akta ISA itu telah dibuang setelah Umno kununnya berubah wajah? Pembangkang tidak setuju akta tersebut dipinda, sebaliknya PAS sebagai sebuah parti Islam mahu akta zalim itu dihapuskan. Adakah memakan daging babi itu haram maka kita boleh mengambil tulangnya sahaja untuk dibuat sup?

3. Umno dahulu jika jahat pun hanya sekitar lakukan rasuah politik kecil-kecilan, melakukan fitnah memburukkan peribadi seseorang, kroni dan sebagainya. Kini, budaya rasuah semakin dipertingkatkan dengan pemimpin rasuah dilantik memegang jawatan eksekutif dan ketua kepada golongan muda. Mungkin Ali Rustam, Isa Samad atau KJ boleh menjawab benar atau tidak perkara ini. Itu belum dicerita tentang komisyen kapal selam lagi, kehilangan injin pesawat, Altantuya, kematian di bangunan SPRM dan tidak tertulis rasanya kemungkaran pimpinan mereka hari ini. Adakah itu pertanda Umno sudah berubah?

4. Sebagai saebuah parti yang memperjuangkan Islam, sudah tentu PAS amat sensitif apabila isu video seks sekarang ini menjadio mainan di kaca TV dan akhbar. Budaya fitnah berat, kemudiannya `menghalalkan' pula sumpah laknat kununnya untuk menunjukkan kebenaran samasekali membuktikan Umno bukan jenis yang boleh didekati. Jika Anwar seorang pemimpin yang ternama yang pernah berada di kerusi nombor dua Umno pun mereka sanggup fitnah dan dihina sedemikian rupa, apa sangatlah dengan PAS ini.

5. Pemimpin Umno pernah mendakwa PAS parti ajaran sesat, Mursyidul Am Pas melakukan rasuah tunaikan haji danb berbagai-bagai tuduhan lagi yang tidak pernah putus sehingga sekarang. Terbaru, dituduhnya Presiden PAS gila mahu menjadi PM. Ini kah cara atau pendekatan orang yang ingin berbaik? Berubahkah Umno?

Sebenarnya tidak cukup ruang untuk menceritakan kisah Umno, dulu, kini dan kisah ini akan berterusan selamanya selagi Umno menolak Islam. Asas penting PAS menolak Umno bukan kerana dendam lama, tetapi kerana Umno tidak pernah berubah dan menolak Islam, itu sahaja. Apabila kita menyebut pasal Islam, maka juak-juak ini akan berhujah adakah DAP terima Islam dan mengapa PAS ingin bersama DAP?

Soalan itu patutnya Umno sendiri yang jawab. Adakah jika kita ingin berpuasa, kita perlu lihat samada DAP berpuasa atau tidak terlebih dahulu. Tetapi jika Umno meletakkan taraf iman dan taqwanya `setaraf' DAP, maka tunggulah masanya waktu Umno untuk di`talqin'kan./wfauzdin.blogspot.com

HISHAMUDDIN SIBUK FIKIR PASAL PERHIMPUNAN BERSIH, KES TAYANG VIDEO SEKS BAGAIMANA?

Posted: 07 Jun 2011 06:17 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri berkata tiada layanan istimewa buat Perhimpunan Bersih yang dijadualkan pada 09 Jul nanti, kita menjadi terpinga-pinga dengan kenyataan seperti orang tidak siuman itu. Semenjak bila perhimpunan atau demontrasi anjuran PR mendapat layanan istimewa?

Kita mahu berhimpun bukan menuntut layanan istimewa pun dan jika tiada layanan istimewa sekalipun adakah PR akan membatalkan perhimpunan tersebut? Puak yang selalu mendapat layanan istimewa itu siapa? Pertanyaan ini boleh dikemukakan kepada Pemuda Umno ataupun kumpulan songkok tinggi dari Perkasa. Oleh itu, kenyataan Hishamuddin sedikit pun tidak menghairankan, kecuali kita mungkin jatuh pengsan jika beliau berkata pihak Polis akan mengawal perhimpunan tersebut.

Adakah kata-kata Hishamuddin yang `lemah lembut' itu boleh memberi kesan kepada kumpulan reformasi, kumpulan SAMM, AMK, Pemuda PAS, DAP dan lebih-lebih lagi kepada abang Mat Sabu yang baru memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS itu? Kali ini jika Perkasa mahu turut serta samada secara bersama atau berasingan di dalam perhimpunan ini kita alu-alukan agar mereka juga boleh merasa `nikmat' pancutan Water Canon yang selama ini mereka tidak pernah rasai.

Kesimpulannya, Hishamuddin banyak buang masa mengulas tentang perhimpunan ini. Daripada beliau sibuk memikirkan itu semua, lebih baik beliau selesaikan dulu `penyangak' yang mengaku menayangkan video seks itu, sudah didakwa atau belum?/wfauzdin.blogspot.com

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Jika Kerajaan Betul-Betul Prihatin - Pelbagai Jenis Logo Halal

Posted: 07 Jun 2011 06:00 PM PDT

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kepimpinan PAS dan prospek lanskap baru politik negara

Posted: 07 Jun 2011 08:22 PM PDT

oleh Mujahid Yusof Rawa

8 JUN — Muktamar PAS ke 57 pada 3,4,5 Jun baru–baru ini mendapat perhatian orang ramai. Kalau dulu tidak ada siapa yang berminat mengikuti perkembangan PAS tetapi sejak pasca PRU ke 11, perkembangan PAS diberi tumpuan yang mendalam. Utusan Malaysia dan TV arus perdana yang sememangnya bersikap negatif dengan PAS menggunakan kesempatan Muktamar kali ini untuk 'membelasah' PAS tetapi dengan cara yang halus dan menyakitkan.
Apa yang pelik dalam liputan ini, pemimpin-pemimpin Umno dan para ahli akademik yang menjadi alat dan perkakas buruk Umno seolah-olah lebih hebat penghayatan mereka kterhadap perjuangan PAS, malah ada yang mengatakan PAS telah hilang ketulenan perjuangannya apabila sedia tunduk kepada desakan Dap dan PKR dan sanggup meninggalkan perjuangan Islam yng dibawa selama ini.
Read More / Baca Lagi >>

Blame Umno for its own paralysis

Posted: 07 Jun 2011 07:57 PM PDT

The Umno era under former president Dr Mahathir Mohamad has failed to produce an 'elastic' leadership that is capable of adapting.

Umno has become an organisation feudal in nature where its leadership depends on coming from the "right loins".
The leadership in Umno is therefore no different from the method of ascribing extraordinary abilities to being conceived from a "buloh betong", materialising from a cow's vomit or suddenly beamed from across the terrestrial highs to Bukit Si Guntang Mahameru.
From thereon, the majority of Umno suckers pledged eternal loyalty to the blue blood.
This is the earliest symptoms of the inability of Umno to manage success.
Read More / Baca Lagi >>

Jadikan Interlok model buku teks Sejarah, kata pakar

Posted: 07 Jun 2011 07:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Jun — Novel kontroversial Interlok sepatutnya dijadikan "model" buku teks sejarah kerana ia bersifat "inklusif" untuk menggambarkan masa silam orang bukan Melayu, kata seorang pakar sejarah.
Profesor Anthony Milner dari Jabatan Kajian Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, bantahan terhadap novel Melayu itu kerana merasakan penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain cuba membawa idea hubungan antara masyarakat Melayu dan komuniti Cina dan India.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Sektor Kewangan Islam Mampu Jana Ekonomi Global

Posted: 07 Jun 2011 07:38 PM PDT

Video : Mukhriz Mahathir on 'WikiLeaks revelations', PAS new leadership and IPP's agreements

Posted: 07 Jun 2011 07:33 PM PDT

Video : Mahendran - "Pemaju lebih besar kuasanya dari Menteri Besar Selangor?"

Posted: 07 Jun 2011 07:31 PM PDT

Video : 7 laporan polis terhadap PM, TPM dan Menteri Pengajian Tinggi

Posted: 07 Jun 2011 07:31 PM PDT

Umno's Plan B for Malaysia

Posted: 07 Jun 2011 07:29 PM PDT

Umno's Plan B for MalaysiaBy the time Prime Minister Najib Razak announced his newly tweaked National Economic Model, Malaysia had experienced net capital out flows in the excess of US$27 billion from mid-2008 to mid-2009. Foreign Direct Investment had slowed to a trickle, US$15 billion of portfolio investment departed in 2009 and was slow to return.
This means that, despite the hype, Najib's plan to revitalize the Malaysian economy was already too little and too late. And the greatest obstacle to economic reform and change was UMNO itself.
US Embassy communicates made available via WikiLeaks pointed to the various initiatives Najib had planned and was working on. At the core of these initiatives was a need to reform the whole economic model Malaysia had been relying on. In layman terms, this meant dismantling the NEP, a brainchild of former premier Mahathir Mohamad.
Read More / Baca Lagi >>

Akhirnya Islam pergi jua — Zulkifli Noordin

Posted: 07 Jun 2011 07:26 PM PDT

8 JUN — Kenyataan Joceline Tan dalam analisisnya di akhbar The Star kelmarin mengenai kesan pemilihan PAS merumuskan secara tepat apa yang berlaku bila beliau berkata,''Pemilihan PAS menunjukkan betapa kebulurnya parti itu untuk memenangi pilihan raya umum, kebuluran yang menyebabkan mereka bersedia berkompromi dengan dasar "kepimpinan ulama'" parti tersebut!".
Deklarasi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa 'PAS Islam pergi' akan mengetepikan perjuangan penubuhan 'negara Islam" dan mengubahnya kepada slogan "negara kebajikan" adalah bukti jelas kenyataan di atas.
Read More / Baca Lagi >>

Ucapan Perasmian Dewan Muslimat PAS Pusat oleh TGNA

Posted: 07 Jun 2011 06:54 PM PDT

Ini Spesies - "Makan tanggung, Berak cangkung"

Posted: 07 Jun 2011 06:49 PM PDT


Rumah... tempat tinggal/perlindungan??? Dah tentu-tentu freeeeeee...., itu tak termasuk lagi rumah2 lain dalam dan luar negeri... belanja dapur toksah cerita laaaaa.... sekupang pun tak pernah keluar beb... semuanya di tanggung dan di jamin beres.... tau-tau... buncit jer.. perut tuuu... sendawa... hahaha....Read More / Baca Lagi >>

Dedah dulu hasil siasatan sebelum panggil inkues, kata keluarga Sarbaini

Posted: 07 Jun 2011 06:47 PM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Jun — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menyifatkan cadangan polis agar diadakan inkues bagi menyiasat punca kematian penolong pengarah Kastam itu April lalu sebagai mahu melengah-lengahkan hasil siasatan selain mahu "menyembunyikan sesuatu."
Justeru menurut sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini, pihaknya mahu polis mendedahkan terlebih dahulu siasatan yang telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum membuat tindakan susulan termasuk diadakan inkues.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber itu berkata, keluarga Ahmad Sarbaini tetap bertegas mahu hasil siasatan polis didedahkan kepada umum.
Read More / Baca Lagi >>

Pemain Bolasepak Wanita Iran dihambat keluar di Amman. Apa kata Masyitah ???

Posted: 07 Jun 2011 06:44 PM PDT

Oleh Ust Saiful Bahri

AMMAN-Media massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada Jumat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.

Read More / Baca Lagi >>

Tak Sengaja : Nooryana Najwa, Daniyar Nazarbayev, Kazakhtan & Mongolia

Posted: 07 Jun 2011 06:41 PM PDT

Berita mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib pergi ke Kazakhtan untuk merisik perkahwinan anak perempuannya mula-mula sekali disentuh oleh blogger Tukar Tiub atau nama sebenarnya Hishamuddin Rais.

Kemudian semalam ia didedahkan pula oleh ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berikut:

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan. Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari,".

Siapa lagi yang menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika jika bukan Nooryana Najwa.


Read More / Baca Lagi >>

Bila bongok nak berlagak pandai

Posted: 07 Jun 2011 06:35 PM PDT

Oleh Penark Beca
Malaysiakini melaporkan, dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebashttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjq6Yl7Njs3SD5J6A8aM4L6-pEl7II0abZlZT3n_1ezoAQkXG9Vf3RbZGpMoksyKzmRFRNh0rDOF2wlZREGFaTMRKEacXGch-MEdZn6ujjn0m-LyT3cTAfQIDF5EaC0njGjciBfZMD-/s1600/Malaysiakini+7-6-11.jpg (IPP) boleh didedahkan kepada ahli Dewan Rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Ok, ok. Rakyat jembel macam saya tak ada access kepada PPA itu. Ahli Parlimen boleh dapat. Bila Ahli Parlimen dapat, adakah depa nak duduk diam sahaja? Tak kiralah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen BN pun bukan semua suka perjanjian TNB dengan IPP tu.Read More / Baca Lagi >>

Negara Berkebajikan Negara Tuntutan Syarak

Posted: 07 Jun 2011 06:34 PM PDT

Oleh: attakiri

" Menyentuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Iman Yusuf Al-Qaradhawi berkenaan dengan kebajikan yang telah diterjemahkan oleh penulis semalam. Jelas menunjukkan bahawa istilah yang diperkenal oleh PAS sebelum PRU12 ini bertepatan dengan syarak. Dalam hal ini PAS tidak pernah menggadaikan prinsip untuk menegakkan negara Islam. Bahkan PAS dilihat sedikit demi sedikit cuba memafamkan masyarakat konsep sebuah negara Islam yang sebenar. Bukannya negara Islam yang difahami oleh masyarakat barat yang memandang Negara Islam ialah negara keganasan dan sebagainya.

Read More / Baca Lagi >>

Negara berkebajikan Najib?

Posted: 07 Jun 2011 06:33 PM PDT

Oleh Sofi Wahab
Di bawah ini adalah negara berkebajikan yang diasaskan oleh Najib Razak :-
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzT_hrq7aAmOvsUdDWeibmmGAbNV4R7X1wjHcQGY8W82wtg5TV7IF5n7wQQcI5wUuDWAQ6sYyy3RDZvMNoOn1jlFVaJpwB0mBdTa591uCcIqakWIJwi_0GomPTLLLku1ZspLo43CdD6o8/s400/najib.jpg
1) Menekan rakyat dengan kenaikan harga minyak, gula, elektrik yang menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan menyusahkan rakyat


2) Kos pendidikan dan perubatan semakin meningkat. Pinjaman pelajaran terpaksa dibayar oleh rakyat dengan dikenakan bunga (interest). Kerajaan seolah-olah berniaga dengan rakyat.

3) Menekan rakyat dengan undang-undang zalim seperti ISA, OSA, AUKU, Akta Polis dan lain-lain.
Read More / Baca Lagi >>

Kabinet PRU ke-13 PAS diterima rakyat?

Posted: 07 Jun 2011 06:32 PM PDT

Kali ini agak lama saya tidak menulis dalam akhbar Siasah ini. Jika saya menulis, tentu saya tidak akan lari dari menyentuh tentang pemilihan PAS. Seingat saya, hanya satu artikel sahaja saya menulis tentang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 dan Pemilihan PAS secara sepintas lalu sahaja.
Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR (akhir tahun 2010) dan PAS (pada 3-5 Jun, 2011) untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

BN leaders are getting fatter, the people's 'roti canai' is getting thinner

Posted: 07 Jun 2011 06:23 PM PDT

BN leaders are getting fatter, the people's 'roti canai' is getting thinnerHas the time come for the nation of 28 million people to rhyme "Hickory, dickory, dock"?
It appears very clear that while the slogging citizens are borrowing to keep living, our leaders are borrowing to spend, spend, and keep spending.
Analysts and observers are cautioning that the country, if not on the verge, it is already bankrupting. And the borrowings are done solely by the decision makers within the corridors of power while citizens are gasping to keep up with the promise after promise of foreign investments that will overflow the larder.
But the country is in the red. Our spending has far outgrown our investments. And all the borrowing is for all kinds of mega this and mega that. And even the way the BN government spends at the State Elections would make Hollywood billionaires blush.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Umno Kelantan dipecat cabar RoS, ‘segarkan’ krisis 1987

Posted: 07 Jun 2011 06:21 PM PDT


KUALA LUMPUR, 8 Jun — Seorang ahli Umno yang dipecat tahun lalu kerana melanggar perlembagaan parti telah memfailkan kes terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam untuk mendapatkan balik keahliannya — kes yang mengingatkan kembali krisis 1987 dalam parti teras Barisan Nasional (BN) itu.
Seorang ahli perniagaan dari Kelantan Amran Abdul Rahman, yang pernah menjadi ahli Umno selama 14 tahun, mencabar RoS untuk menunjukkan bukti bahawa cawangan-cawangan di bahagian Tanah Merah telah didaftarkan secara sah, dan jika tidak, agensi itu harus mengisytiharkan Umno Kelantan haram, satu langkah yang akan membawa kepada pembatalan pemecatan beliau daripada parti.
Read More / Baca Lagi >>

Bila Mahathir Teringin Nak Makan Jering

Posted: 07 Jun 2011 08:54 AM PDT

WAH wah.. wahhhh...Mahathir kita sudah sihat rupanya, sudah dapat bercakap dan bersuara. Sudah keluar dari IJN, bila? Hari ini dia memberi komen tentang barisan kepimpinan baru Pas. Selamat segar, Dok! Biasalah nadanya, sebagai seorang penentang Islam Pas nombor satu penuh sinis dan sindir menikam kalbu. Inilah kehebatan Mahathir kita dia boleh tembak orang selamba saja.

Kali ini dia membuat perbandingan orang Pas dengan memilih pelapik kepala, songkok dan kopiah. Kata Mahathir puak ulama dikalahkan puak songkok hitam. Maksud beliau puak songkok hitam ialah puak yang menyokong Anwar Ibrahim. Mahathir sangat alergik terhadap kedua-duanya, kepada Pas dan Anwar. Dialah yang memecatkan Anwar sehingga Melayu jadi huruhara sehingga hari ini dan Umno terus menyentak-nyentak.

Kata Mahathir dengan kemenangan puak songkok hitam ia memberi kemenangan besar kepada Karpal Singh. Jauh tilikkan dan sindiran beliau. Mat Sabu yang berlawan dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man, Karpal Singh yang menang, bukan orang Pas ataupun Umno. Inilah bidasan orang politik veteran bernas dan berkias menyenakan hati. Sebenarnya juga inilah permainan politik.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Suasana Muktamar PAS ke 57, 2011

Posted: 07 Jun 2011 08:52 AM PDT

Video : Muktamar PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Dewan Ulama PAS

Posted: 07 Jun 2011 08:49 AM PDT

Video : Muktamar PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Dewan Pemuda PAS

Posted: 07 Jun 2011 08:47 AM PDT

Video : Muktamar PAS kali ke-57-Penggulungan oleh Dewan Muslimat PAS

Posted: 07 Jun 2011 08:44 AM PDT