Sabtu, 21 Mei 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pelajar sebagai pelacur dicekup

Posted: 21 May 2011 11:26 PM PDT

KLUANG - Seorang pelajar antara ditahan dalam Operasi Sayang yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Johor Bahru di sebuah pusat karaoke terletak di Taman Kluang Baru di sini, lebih kurang jam 12.10 pagi kelmarin.

Dalam operasi tersebut, pelajar berusia 19 tahun itu dipercayai bekerja sebagai pelacur di pusat karaoke berkenaan dan dia antara 11 pelacur yang berjaya ditahan Penguatkuasa Imigresen Johor Bahru.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri Johor, Gajendra Bahadur H S Sam Bahadur berkata, kesemua yang ditahan merupakan warga asing yang berasal dari China.

"Ops Sayang yang dijalankan pada pagi ini (kelmarin) merupakan maklumat yang diperolehi daripada orang awam dan kami bertindak untuk melakukan serbuan terhadap pusat tersebut kerana disyaki pekerjanya terdiri daripada warga asing.

"Semasa operasi dijalankan, saya telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan Imigresen dengan menunjukkan kad kuasa jabatan kepada seorang lelaki warga Malaysia berusia 54 tahun untuk melakukan pemeriksaan terhadap pusat karaoke tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Gajendra berkata, hasil pemeriksaan, pihak Imigresen berjaya menahan 11 wanita warga asing dalam lingkungan umur 19 hingga 49 tahun kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang berhubung kait dengan warganegara asing.

Beliau berkata, mereka juga ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama yang mana mereka tinggal di Malaysia sudah melebihi tempoh yang dibenarkan.

"Selain daripada itu, tiga antara yang ditahan disyaki melakukan kesalahan melanggar Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan mereka semua yang ditahan menyalahgunakan pas lawatan sosial yang dimilikinya.

"Manakala, penjaga kaunter pusat berkenaan turut ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/1963 yang boleh di denda minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000 serta boleh dipenjarakan selama 12 bulan jika sabit kesalahan," katanya.

Dalam lokasi berlainan, Gajendra berkata, seramai lapan pelacur warga asing yang dipercayai dari China berjaya ditahan di sebuah kedai dan minuman yang terletak di Jalan Haji Ithnin Maarof 1, Taman Kluang pada masa yang sama.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan salah guna pas lawatan dan mereka ditahan di bawah peraturan 39 (b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 manakala pemilik kedai berkenaan di tahan di bawah di bawah Seksyen 55B (1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

"Kesemua tahanan tersebut dibawa ke Depoh Imigresen Pekan Nenas untuk siasatan lanjut oleh pihak Imigresen," katanya.

Menjawab tuduhan Khairy Jamaluddin

Posted: 21 May 2011 09:12 PM PDT

oleh Idris Ahmad

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.

Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tunku Abdul Rahman merebut jawatan Yang Dipertua Umno. Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?

Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.

Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecahbelahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Beliau menuduh Melayu terbela di bawah Umno? Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan Cina, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu? Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.

Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.

Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan Umno gagal membela Melayu.

1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.

2. Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.

3. Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.

4. Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.

5. Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailand 270 kilometer.

6. Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu.

7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9).

8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu.

9. Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.

10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.

Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.





TERKINI Tanah runtuh : Senarai mangsa terkorban/ terselamat

Posted: 21 May 2011 09:05 PM PDT

Senarai mangsa tragedi tanah runtuh
2011/05/22

KUALA LUMPUR: Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terbabit dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus sudah dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera. Operasi yang bermula jam 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun 2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat ialah:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ Kajang. - BERNAMA

Tanah runtuh : Jumlah kematian meningkat 16

Posted: 21 May 2011 06:52 PM PDT

HULU LANGAT: The death toll has risen to 16 after two landslides hit an orphanage here.

AP reported that 15 boys and one adult were killed in the incident while nine others survived.

It quoted district police chief Abdul Rashid Wahab Sunday, as saying that the bodies of 15 boys, aged 8 to 18, and a 34-year-old caretaker had been recovered.

Abdul Rashid said six boys and three wardens who were critically injured have been hospitalised.

He said the last victim was pulled out more than 12 hours after tons of earth crashed through the orphanage on Saturday

TERKINI Tanah Runtuh - 12 terkorban

Posted: 21 May 2011 09:15 AM PDT

KAJANG: Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.

Sebanyak empat mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba bagi meninjau tempat tragedi tanah runtuh kira-kira pukul 11.05 malam.

Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.

Dalam insiden malang itu, sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.

Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang. -mStar

SILA LIHAT TWITTER DI SEBELAH UNTUK LAPORAN TERKINI

Tanah runtuh - Maklumat terkini mengenai mangsa yang tertimbus

Posted: 21 May 2011 07:37 AM PDT

Kejadian tanah runtuh: Maklumat terkini mengenai mangsa yang tertimbus

Yang meninggal 1. Azrel (8) 2.Nael (8) 3. Eqim 4. Zaim 5. Rahimi 6. Angah.

Yang selamat
1. Khairul ( 9) 2. Hairis 3. Harris 4. Aizat 5. Alaudin 6. Abg Din 7. Shafiz 8.Akmal

Yang masih tertimbus
1. Riz (9) 2. Shahrul (9) 3. Boboy (10) 4. Lokman (11) 5. Fahad (9) 6. Aiman (10) 7. Hasril (11) 8. Abg Farid (34) 9. Abg Iwan (33) 10. Hazim (9)

BERITA RINGKAS TERKINI - SILA LIHAT TWITTER DI SEBELAH

BERSIH 2 - 9 Julai 2011 .... jangan lupa!

Posted: 21 May 2011 06:08 AM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini.

Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang.

Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

"Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.

Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan.

PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan.

"Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi bairlah adil dan saksama.

"Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi.

Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan.

Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti.

"Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya.

Tragedi tanah runtuh: Lima maut sehingga jam 8 malam

Posted: 21 May 2011 05:45 AM PDT

2011/05/21
KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan. Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian.

 "Kita tidak akan berhenti dalam operasi ini, kita akan teruskan sehingga jumpa semua mangsa," katanya - BH

Tanah runtuh - 1 lagi mayat dikeluarkan

Posted: 21 May 2011 03:56 AM PDT

Satu lagi mayat dikeluarkan

HULU LANGAT: Satu lagi mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal dikeluarkan dari tapak kejadian tanah runtuh kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.

Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan dan bedah siasat.

SILA RUJUK TWITTER SEBELAH UNTUK BERITA TERKINI

Tanah runtuh di Kajang : Lebih 20 penghuni rumah anak yatim dipercayai tertimbus

Posted: 21 May 2011 01:18 AM PDT

KAJANG: Dua mayat kanak-kanak iaitu penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini,sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Sebelum ini, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

SILA RUJUK TWITTER SEBELAH UNTUK BERITA TERKINI

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KETUA PENGARAH ROS MAHU `COVER' MALU ?

Posted: 21 May 2011 12:48 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SALAHKAH Setiausaha Agung PKR mengadakan sidang media untuk memaklumkan bahawa parti tersebut telah menerima surat mohon tunjuk sebab mengapa parti tersebut tidak boleh diharamkan? Adakah notis sepenting itu yang melibatkan hidup mati parti itu perlu dirahsiakan dari ahli-ahli parti?

Kelmarin Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan bahawa parti PKR telah menerima notis dari ROS kununnya parti tersebut telah melanggar Perlembagaan dan berkemungkinan boleh diharamkan. Lebih melucukan lagi, notis tersebut tiada kena mengena dengan Perlembagaan Parti dan aduan yang disebut juga tidak melibatkan anggota parti. Jelas, pegawai tinggi dari ROS yang telah menandatangani notis tersebut cuai kerana tidak menyemak fakta terlebih dahulu.

Apabila sidang media dibuat oleh PKR, kecuaian dan ketidakcekapan Ketua Pengarah ROS diketahui umum dan berkemungkinan beliau merasa malu dengan kakitangan bawahannya. Oleh yang demikian, beliau menyalahkan PKR kerana mengadakan sidang media dan namanya tercemar akibat kebodohannya sendiri. Kununnya, mengadakan sidang media itu `kurang manis'. Adakah perbuatan beliau itu teramat manis dengan memajukan notis yang tidak betul tanpa fakta?

Ini bukan masalah `manis' atau tidak. Ini masalah maruah parti yang cuba dicemar dengan kaedah sedemikian rupa. Semua ahli parti berhak tahu apa yang menimpa parti mereka. Rakyat juga perlu tahu kerana PKR adalah sebuah parti yang besar apatah lagi Ketua Pembangkang adalah Ketua Umum parti ini. Mana mungkin perkara yang serius ini boleh dirahsiakan?

Saya ingin mengingatkan ROS, bekerjalah dengan tahap profesionalisma yang tinggi dan penuh integriti. Jangan cuba bertindak terburu-buru walaupun jika arahan itu datangnya dari pihak yang terlalu berkuasa. Apa yang berlaku baru-baru ini jadikan iktibar kerana ianya memalukan keseluruhan kakitangan di dalam Jabatan itu sendiri. Jika saya sendiri sebagai kakitangan ROS, saya tidak tahu di mana mahu letakkan muka dengan sikap bos yang begitu?/wfauzdin.blogspot.com

--------------------------------------------------------------------------------
Bernama melaporkan:

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pendaftar Pertubuhan (ROS) meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjawab notis pembatalan pendaftaran yang dikeluarkannya terhadap parti itu dalam tempoh yang ditetapkan dan bukan menggunakan saluran media untuk memberi jawapan.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata notis itu adalah mengikut Seksyen Kecil (2), Seksyen 13, Akta Pertubuhan 1966, di mana PKR diberi tempoh sehingga 9 Jun depan untuk memberi sebab memuaskan mengapa pendaftaran parti itu tidak patut dibatalkan.

Beliau memberitahu Bernama bahawa pihak yang diberi notis tersebut hanya perlu untuk menjawab balik notis itu berserta dengan alasan-alasan kukuh dalam tempoh masa yang diberikan.

"Apabila ROS keluarkan notis, mengikut Akta Pertubuhan 1966, pihak yang ditujukan perkara tersebut diminta menjawab dalam masa yang diberikan, menggunakan saluran yang sama, bukan menggunakan saluran media kerana ia dianggap kurang manis," katanya. - Bernama.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Dunia Semakin Celaru

Posted: 21 May 2011 05:06 PM PDT

Merenung Sejenak






 -ijoks2009-
Mahukah anda jika anak-anak anda jadi macam ni,fikir-fikirkan lah
Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak.

Cari N3 lama-lama disini

Tanah Runtuh Di Hulu Langat(Video)

Posted: 21 May 2011 08:49 AM PDT

Isu Semasa,
Video Pilihan

Al fatihah
Tips Jika Ditimpa Musibbah
Firman Allah :
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".
(Surah al-Baqarah ayat 155-156)

 Pesanan rasulullah s.a.w

Jika ditimpa musibah, banyakkan berdoa: 
"Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".

Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian sesaorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.
Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.

Kemudian Ummu Salamah dilamar pula oleh Syaidina Umar Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua dan ramai anak.
Namun Rasulullah tidak keberatan, maka akhirnya berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.
Cari N3 lama-lama disini

Minyak Masak Ganti Minyak Hitam?

Posted: 21 May 2011 04:13 AM PDT

Santai

Assalamualaikum dan salam blogger

Dalam kesyahduan jiwaku dengan kenaikan harga minyak ini,hehehe,saya mencari-cari maklumat tentang tips-tips penjimatan minyak.Pencarian itu menemukan saya dengan maklumat ni.

Ni yang nak kongsikan bersama ni.

Percaya kah anda bahawa minyak sawit yang anda masak boleh digunakan sebagai minyak pelincir kenderaan anda atau senang cakap minyak hitam?

Malah sudah ramai rakyat Malaysia sudah menggunakan nya atau sedang mencuba cuba pada kenderaan mereka tanpa sebarang masaalah.Kata mereka yang telah mencuba berpendapat setelah menggunakan minyak masak berasakan sawit suhu enjin nya sangat rendah dan meter suhu tidak melebihi satu takuk,enjin berjalan lancar.

Saya pun telah mencuba keatas kereta saya(kata tuan punya blog) Proton Iswara 1.3 Saloon,saya membeli minyak masak Sri Murni sebotol 5kg yang berharga RM13.35 sebotol.Saya hanya menggunakan hanya separuh botol sahaja atau sukatan yang saya buat ialah 3.5 liter cukup untuk enjin Proton.Saya mencamporkan satu tin oil treatment STP berharga RM15.90.

Tujuan oil treatment ialah untuk adalah mengawal kepekatan minyak masak berasaskan sawit.Enjin kereta saya berjalan lancar tanpa sebarang masaalah suhu enjin rendah dan enjin senyap dan saya telah menggunakan sudah satu tahun tanpa sebarang masaalah.

Percaya atau tidak nanti saya terangkan fungsi minyak pelincir dalam kenderaan anda yang saya buat kajian sebelum menggunakannya.

Mula mula kita cerita tentang minyak pelincir dulu.Minyak pelincir terdiri dari 90% 'base oil 'atau minyak asas biasanya diperolehi dari proses saringan petrolium atau dipanggil 'mineral oil' dan 10% lagi adalah 'additives'.

Minyak sayuran seperti polyolefins terhidrogen,esters,silicones,flourocarbons dan banyak lagi digunakan sebagai 'base oil' atau di panggil 'synthetic oil'.

Additives digunakan untuk mengawal kepekatan ,mengurangkan geseran , kehausan ,menahan hakisan,pengoksidan dan memanjangkan usia minyak enjin.

Minyak sawit adalah minyak yang paling sintetik yang kita tidak tahu sangat mengenai nya.

Petikan dari blog ini :

Apa kata kita tanya pakar injin,Bujang susah komen sikit la..
 
Cari N3 lama-lama disini

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Satu Persoalan Mengenai Hubungan Mahathir dan Anwar

Posted: 20 May 2011 11:49 PM PDT

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PRU Bukan Untuk Tumbang Pemimpin Tapi Untuk Ubah Sistem Rasuah, Kata Anwar

Posted: 21 May 2011 07:43 PM PDT





SHAH ALAM 22 MEI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa akar umbi dan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menghayati dan mendokong perjuangan membela rakyat sebagai cara terbaik menangkis usaha-usaha licik pemeritnah untuk menindas pembangkang.

Gagasan itu tidak perlu gusar terhadap taktik-taktik kotor yang diguna oleh Umno-Barisan Nasional, termasuk dakwaan adanya gerakan "menjual" kewarganegaraan kepada rakyat Indonesia di Semenanjung untuk menambah undi pemerintah pada pilihanraya umum akan datang.

"Jadi saya minta rakan-rakan yang mengakui sebagai pejuang untuk membela nasib rakyat. Tidak ada laluan mudah kerana yang kita mahu ubah bukan seorang wakil rakyat tapi sistem yang telah merosak dan punahkan negeri yang mempunyai potensi begitu kaya," kata Anwar kepada TvSelangor.

"Nilai-nilai agama dan bangsa sudah dikorbankan kerana pemimpin-pemimpin memunggah kekayaan. Oleh kerana hendak mempertahankan kekayaan mereka, mereka sanggup rakus, fitnah dan ganas. Kalau rakyat kita terutama pendukung parti Keadilan dan Pakatan Rakyat insaf tentang perkara ini, maka mereka perlu bersedia melalui liku-liku untuk mencapai tujuan, Insyallah (kita akan berjaya)," kata Anwar." ujar beliau.

Anwar berkata beliau menyedari kebimbangan masyarakat dan kalangan penyokong PR terhadap dakwaan Projek IC sulit yang didakwa memberi kewarganegaraan kepada 600,000 penduduk asing di Sabah pada tahun 90an kini menular ke Semenanjung.

Di Hulu Selangor, Parti Keadilan Rakyat mendakwa 2,000 warga asing, khususnya rakyat Indonesia didokong oleh Umno bahagian itu untuk diberi kewarganegaraan oleh Kementerian Dalam Negeri. KDN dipimpin oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, iaitu Naib Presiden Umno.

Anwar berkata PR harus tabah menghadapi helah sebegitu dan meletakkan kepercayaan kepada kewarasan rakyat Indonesia yang berstatus warganegara Malaysia untuk menilai kepentingan mengangkat kerajaan adil.

"Kita jangan terlalu musykil kerana rakyat Indonesia yang sudah mendapat hak kewarganegaraan tidak semuanya diperalatkan. Indonesia itu mempunyai tradisi yang demokratik," kata Anwar.

"Mereka (Warga Indonesia di Malaysia) juga dapat menilai apa yang zalim dan adil. Jadi kita harus mendampingi mereka dan meminta untuk mengundi mengikut keyakinan dan pertimbangan akhlak untuk memilih cara yang adil yang dituntut oleh agama dan budaya kita," tambah beliau.

Anwar menegaskan sekiranya dakwaan bahawa kewarganegaraan Malaysia diberi kepada warga asing untuk Umno-BN mempolehi undi lebih besar pada PRU adalah sahih, maka Kementerian Dalam Negeri harus dilihat sebagai punca.

"Kita dedahkan penipuan ini. Mana ada negara, kita boleh curi sahkan kewarganeraan orang secara muslihat. Ini tidak mungkin berlaku tanpa arahan peringkat tertinggi iaitu Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri. Sepertimana yang penah berlaku tetapi dalam keadaan lebih terpilih di bawah pentadbiran yang lalu," kata Anwar.

Anwar menyifatkan pendedahan terperinci mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat semakin menerima sambutan rakyat sebagaimana yang ditonjolkan menerusi pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu.

Menurutnya, peralihan lapan peratus undi popular di PRN itu kepada Pakatan Rakyat julung kalinya berlaku setelah mengambil kira cengkaman BN ke atas negeri itu.

Justeru katanya, dasar yang diketengahkan jentera PR berjaya merubah persepsi rakyat tentang keperluan untuk merombak sistem pentadbiran Umno-BN yang lapuk.

Anwar yakin apabila PRU tiba kelak, jentera PR akan bergerak secara lebih komprehensif dan menawan lebih banyak kubu-kubu kuat Umno-BN.

"Urusan Pilihan Raya Umum nanti di mana menteri-menteri pusat dan kerajaan persekutuan tidak dapat tumpu sepenuhkan di Sarawak, kita dapat menembusinya lagi,Insyaallah," kata beliau.


Selangor Bantu Mangsa Tanah Runtuh

Posted: 21 May 2011 07:42 PM PDT




SHAH ALAM 22 MEI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.

Kerajaan Negeri telah menghantar Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor serta Yayasan Amal ke tempat kejadian untuk memberi bantuan segera kepada mangsa yang terselamat dan ahli keluarga mereka.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini.

Beliau turut mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.

Buat sementara waktu, Kerajaan Negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni madrasah dan ahli keluarga mereka yang terlibat di Azwin Resort sehingga misi penyelamat dan mencari mangsa selesai dijalankan.

Khalid menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

100 Ribu Ahli PAS Turun Himpunan Bersih 2

Posted: 21 May 2011 05:25 PM PDT



SHAH ALAM 21 MEI : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan mengadakan himpunan bersih 2 pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS akan menggerakkan sekurang- kurangnya 10 ribu ahli untuk turut sama menyertai himpunan itu yang bertemakan 'Walk For Democracy'.

Beliau berkata, himpunan itu akan berlangsung secara aman dengan syarat tiada sebarang provokasi dari pihak tertentu terutamanya, anggota keselamatan sepeti polis.

"Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Kami yang juga duduk dalam Bersih bersetuju dengan pihak Bersih tentang tarikh perhimpunan itu dan pihak kami akan mengerahkan ahli dan penyokong seramai mungkin untuk hadir dalam himpunan aman seperti amannya himpunan Bersih yang pertama dahulu kalau tidak ada gangguan dari pihak terterntu khasnya pihak polis dan himpunan akan berlaku dengan aman," katanya.

Bagaimanapun, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak BERSIH sendiri yang dipengerusikan

Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat.

Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100,000 rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke- 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya.

Katanya, tujuan himpunan tersebut adalah kesinambungan empat tuntutan BERSIH dalam himpunan pertama mereka pada November 2007.

Menurutnya selain empat tuntutan mereka yang tidak dilayan oleh kerajaan dalam himpunan sebelum ini, BERSIH telah menambah lagi dua tuntutan.

Dua perkara itu adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

Satu lagi tuntutan adalah melanjutkan tempoh pilihan raya di peringkat kebangsaan dengan 'tempoh yang lebih munasabah' berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

Iaitu hal penyalahgunaan harta kerajaan secara berleluasa kebelakangan itu teruama dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak sehingga kita dan rakyat tidak dapat menilai lagi yang mana satu parti politik bergerak yang mana satu kerajaan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata himpunan bersih 2 terpaksa diadakan ekoran tuntutan Himpunan Bersih pertama dahulu tidak mencapai matlamat.

"Jadi pada kami, pada bersih apa juga yang kami tuntut selama ini belum Berjaya belum dapat diterima maka Bersih versi 2 ni akan meneruskan kesimambungan untuk mengerakkan rakyat," katanya.

Tambahnya, perhimpunan itu juga dijadikan gelanggang bagi membantah undang-undang yang dianggap zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak dan Akta Rahsia Rasmi OSA.

Sengsara Hidup Sebagai Tiong Hua - Jui Meng

Posted: 21 May 2011 05:24 PM PDT


CHERAS 21 MEI : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Chua Jui Meng menganggap UMNO membuang prinsip rukun negara kerana menjaja isu perkauman dan menimbulkan kebencian dikalangan pelbagai bangsa.

Menurut Chua, Rukun Negara menganjurkan agar rakyat tanpa mengira kaum bersatu- padu dan bekerjasama demi kebaikan negara dan perkara yang dilakukan UMNO melalui badan bukan kerajaan (NGO) PERKASA serta akhbar Utusan Malaysia jelas bertentangan.

"UMNO sudah buang Rukun Negara ke dalam parit PERKASA.

"UMNO beritahu benci orang India....benci orang Cina, kerana orang Cina, orang Melayu miskin.

"Ingat tak, Tahun 1970 Tun Abdul Razak perkenalkan Rukun Negara. Sekarang anak Tun Razak musnahkannya," kata Chua dalam ceramah di Dewan Serbaguna Cheras Baru di sini semalam.

Chua menceritakan betapa sengsaranya beliau sebagai bangsa Tiong Hua yang miskin di negara ini pada waktu dahulu.

Walaupun beliau merupakan antara pelajar terbaik negeri Johor bagi peperiksaan Higher School Certificate (HSC) pada tahun 1962, beliau gagal mendapat biasiswa bagi mengejar impiannya sebagai peguam di Universiti Malaya lantaran beliau bukan bumiputera.

"Tahun 1962, Saya baru habis tingkatan 6. Interview dengan Exco Johor. Saya beritahu keluarga saya miskin. Ayah saya lumpuh. Ibu saya tanggung empat orang anak. Minta tolong supaya saya boleh masuk UM. Tapi permohonan ditolak.

"Saya minta bantuan Kerajaan Pusat, tapi surat sampai kata 'minta maaf Chua Jui Meng," katanya.

Beliau kemudiannya bekerja dan berjimat untuk beberapa tahun sebelum ke London menggunakan wang simpanannya bagi melanjutkan pelajarannya.

"Di London saya kerja sebagai buruh. Buat Stesen Keretapi. Saya kerja 9 bulan dalam setahun untuk dapat duit belajar. Itulah kesengsaraan saya, orang Tiong Hua," kata beliau.

Beliau menyatakan kekaguman dengan prinsip keadilan keharmonian yang ditampilkan PKR menyebabkan beliau tertarik hati menyertai parti itu tahun lalu.

Malah mengenali Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau yakin dengan kepimpinan dan peribadi Anwar sebagai muslim yang baik dan dihormati di seluruh dunia.

"Al-Quran kata kita turun dari Adam dan Hawa. Apa yang diajar Islam tulen, Orang Islam, Kristian semua dari keturunan Adam dan Hawa. Maknanya, semua manusia di dunia ini tak kira Putih, Kuning, Hitam, kita semua adik beradik," kata beliau mendapat tepukan gemuruh hadirin.

"Sokonglah kita (Pakatan). Bukan sokong individu, bukan suruh sokong Anwar Ibrahim tapi sokong apa yang ada dalam sanubari dan jiwa Anwar. Orang Melayu, Cina, India, Dayak semua boleh naik dan musnahkan kemiskinan yang dicipta UMNO," tambahnya lagi.

Potongan Subsidi - Kerajaan tiada hak tegur rakyat, kata PKR

Posted: 21 May 2011 05:20 PM PDT








Kerajaan Umno-BN tidak harus mempersalahkan rakyat yang membantah pemotongan subsidi barangan keperluan kerana langkah itu amat membebankan mereka, kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Beliau berkata selagi kerajaan Umno-BN terus memberi subsidi kepada syarikat kroni dalam jumlah yang jauh mengatasi apa yang diperuntukan untuk rakyat, selagi itu rasa tidak puas hati awam akan berkekalan.

"Rakyat sudah lama menjadi mangsa kerajaan UMNO-BN ini. Subsidi gas yang pemerintah perkenalkan itu telah lama digunakan pakai iaitu sekitar tahun 96-97 tetapi kini dikurangkan. Rakyat terpaksa menanggung beban dan pada masa sama terpaksa melihat wang negara berpuluh billion tiap-tiap tahun masuk ke poket kroni," kata beliau kepada TvSelangor.

Kerajaan Umno-BN hanya memperuntukan subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebanyak RM4 Billion manakala subsidi untuk pengeluar tenaga bebas (IPP) adalah RM19 Billion.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein semalam mengesa rakyat bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan subsidi untuk mengimbangi defisit negara.

Seperti masa-masa lalu, beliau berjanji kerajaan akan mencari jalan supaya pemotongan subsidi "tidak membebankan rakyat".

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi amaran bahawa harga barangan keperluan akan melonjak naik 30 peratus akhir tahun ini berbanding lima tahun lalu, jika pemotongan subsidi terus berkekalan pada tahap sekarang.

Paras harga barangan keperluan sekarang adalah yang tertinggi sejak tahun 2008.

Harga tepung, gula dan minyak sudah pun mengalami kenaikan yang semakin menghimpit sara hidup rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Rafizi menjelaskan "nasihat-nasihat" UMNO-BN, mahukan rakyat mengamalkan cara hidup berhemah jelas menyerlahkan sifat hipokritnya.

"Kerajaan engesa rakyat mengubah cara hidup dengan hidup berjimat, kurangkan pengambilan gula dan minyak sedangkan kerajaan tidak laksanakan apa-apa langkah untuk mengurangkan perbelanjaan negara meskipun dalam soal membanteras rasuah."

Rafizi berkata kerajaan tidak seharusnya terus menerus menjadikan rakyat sebagai mangsa bahana dari kepincangan pemerintahan korup mereka.

"Pakatan Rakyat berpendirian bahawa kerajaan Malaysia mampu untuk menampung harga minyak tanpa menaikan harga minyak sekiranya kerajaan mengawal ketirisan dan amalan rasuah," kata beliau.

"Amalan rasuah ini yang jelas banyak telan wang rakyat, kalau rasuah ini dapat dibanteras, wang ini boleh digunakan untuk menampung dan mengekalkan harga minyak, malah pada paras yang lebih rendah." tambah beliau.

Pengundian Pos: DAP desak pemantauan dari parti politik

Posted: 21 May 2011 12:41 AM PDT

Undi Pos untuk anggota tentera dan polis telah diberi penjenamaan semula dan dikenali sebagai pengundian awal dan hanya akan dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang pilihan raya umum akan datang. Timbalan Pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata pungutan pengundian awal (advanced voting) akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai khas yang dilantik semula dan bukan lagi pegawai atasan di dalam kem askar mahupun ibu pejabat polis.

Sementara itu, penghapusan undi pos yang dikecualikan kepada kesemua anggota keselamatan yang bertugas di luar Negara dan di perbatasan adalah sangat- sangat dialukan berikutan wujud kebimbangan bahawa tiada perbezaan dalam mewujudkan pilihan raya yang bebas, adil dan berkecuali sekiranya parti politik masih tidak mempunyai hak untuk menjadi pemerhatian ketika proses pengundian dijalankan.

DAP menegaskan bahawa pemantauan dari parti politik dan SPR harus dilaksanakan ketika proses pengundian dillakukan bagi memastikan tiada ada manipulasi mahupun penipuan berlaku.

Semua penguatkuasaan undang-undang Malaysia dan anggota angkatan bersenjata mengorbankan hidup mereka setiap hari bagi melindungi Negara dan mereka seharusnya mempunyai hak dan keistimewaan yang sama seperti orang lain. Oleh itu, proses pengundian undi seharusnya dilakukan dengan semudah mungkin.

Dalam amalan sekarang, undi pos dilaksanakan kepada hampir semua angkatan bersenjata termasuk polis sendiri. Pengiraan undi kemudiannya dilakukan secara berasingan di mana kertas undi dimasukkan dalam sampul dan dikempilkan bersama dengan borang yang bertandatangan dan butiran lain. Akibatnya, proses begini jelas tidak telus dan boleh menimbulkan kecurigaan kepada semua undian yang dilakukan samada identiti pengundi boleh dikesan, ini dianggap tidak mengikut perlembagaan.

Kertas cadangan baru untuk menghapuskan undi pos dilihat menjadi pengubat kepada permasalahan di atas. Walau bagaimanapun, persoalan besar ialah bagaimana perkara ini boleh dilakukan? Dari laporan media, pasukan bersenjata dan anggota polis akan membuang undi dua atau tiga hari awal di tempat pengundi sebelum tarikh sebenar pilihan raya. Jika ini benar, timbul pertanyaan adakah proses undi akan dikawal rapi seperti Ejen Tempat Undi (Polling Agent) dibenarkan dan sebagainya?

Akhir sekali, perkara lebih menarik untuk dilihat ialah adakah perubahan tersebut akan dilaksanakan dalam pilihan raya akan datang? Terpulang kepada Pengarah SPR untuk membuktikan sama ada perubahan tersebut ke arah positif dan akan memberi pelindungan untuk mengelakkan berlakunya penipuan termasuk memudahkan pihak- pihak tertentu melakukan penipuan selama proses undi pos atau pengundian awal.

DAP menyokong sepenuhnya proses pengundian yang lebih telus dan berharap SPR akan memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi. Selain itu, jika kita dapat menyediakan peluang mengundi secara biasa kepada anggota bersenjata dan polis, kita juga harus memberi peluang yang sama kepada hampir 1 juta rakyat Malaysia yang menetap atau bekerja di luar Negara. Singapura telah berjaya memberikan hak- hak rakyat untuk mengundi di Suruhanjaya Tinggi dan Kedutaan Besar di luar Negara dan India juga telah melakukannya. Jika India yang mempunyai pengundi yang jauh lebih besar mampu melaksanakan program seperti ini, jadi tiada sebab mengapa Malaysia tidak mampu untuk mengembalikan hak mengundi kepada rakyatnya.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar atas) selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.

Roketkini muncul Isnin ini, akses DAP kepada suara Melayu

Posted: 21 May 2011 12:30 AM PDT

Paparan Facebook yang mempromosikan kemunculan Roketkini mulai Isnin ini.
KUALA LUMPUR, 21 Mei — Di sebalik kesukaran mengikis label sebagai parti cauvinis Cina, DAP meneruskan misinya mahu mendengar suara kaum Melayu menerusi landskap media atas talian dengan memperkenalkan laman web berita, langkah yang menurut komponen Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya telah diambil sejak dahulu lagi.

Hanya beberapa hari selepas naib pengerusinya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui bahawa parti itu telah gagal menarik sokongan orang Melayu yang disasarkan, DAP akan melancarkan laman web dalam Bahasa Malaysia, Roketkini.com dengan harapan dapat mendampingi orang Melayu dengan maklumat terkini.

"Buat masa sekarang, ada jurang besar bagi kami di media Bahasa Malaysia. Anda tidak mendengar apa-apa mengenai DAP kecuali (maklumat) kami diserang," kata setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP Zairil Khir Johari.

Parti majoriti ahlinya kaum Cina itu terus-menerus didakwa oleh Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN) dan media Bahasa Malaysia sebagai mengamalkan politik perkauman.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia secara konsisten menyerang DAP kononnya mahu merampas kuasa politik orang Melayu.

Roketkini, menurut Zairil, bukan sahaja akan bertindak sebagai portal berita tetapi juga sebagai "jenama bagi kami untuk mengadakan forum-forum, perbincangan dan acara-acara dalam Bahasa Malaysia untuk mendekati demografi ini."

Zairil, yang menganggotai lembaga penasihat bagi laman web itu menambah, meskipun Roketkini akan menyediakan maklumat bagi khalayak bandar, tetapi ia juga akan bertindak sebagai alat untuk mendampingi masyarakat Melayu luar bandar.

"DAP tiada (sokongan) akar umbi di kawasan luar bandar. Jadi, meskipun kami ada akhbar Rocket versi Bahasa Malaysia, sukar bagi kami untuk mengedarkannya.

"(Jadi), laman web ini sebenarnya akan menyelesaikan masalah pengedaran yang kami hadapi meskipun orang Melayu berpendapatan rendah kemungkinan tiada komputer, tetapi mereka masih akses kepada Internet pada masa sekarang," katanya.

Roketkini akan dilancarkan Isnin ini.

Editor Wan Hamidi Hamid berkata, "tidak kira sama ada mereka Mat Rempit, mereka ada akaun Facebook".

"Kebanyakan membawa komputer bimbit dan menggunakan Facebook, kerana ia murah, lebih murah berbanding telefon pintar," kata wartawan veteran ini.

Penyusun strategi parti, Liew Chin Tong pula memberitahu undi orang muda kawasan bandar merupakan sokongan masa depan memandangkan 72 peratus rakyat Malaysia berusia 40 dan merangkumi separuh daripada pengundi yang layak.

Katanya, kira-kira 65 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan-kawasan bandar.

Zairil juga berkata, keseluruhan bahan disajikan dalam Bahasa Malaysia meskipun penulis dan penyumbangnya datang dari pelbagai latar belakang.

Bagaimanapun DAP tidak pasti sejauh mana impak langkah terbaru ini dari segi sokongan undi kelak.

Ketika spekulasi semakin kuat bahawa pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil bila-bila masa, PR masih bekerja keras untuk mendapatkan balik pengundi-pengundi Melayu yang sudah mula beralih kepada pesaing mereka berbanding ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Wan Hamidi berkata, matlamat utama ialah mengetengahkan pandangan dan pendirian DAP dalam laman Bahasa Malaysia dan menjana debat di kalangan komuniti Melayu.

"Kami sepatutnya telah mengambil langkah ini sejak dulu lagi. Dengan (mempunyai) khalayak Melayu, kami tiada apa-apa untuk rugi dan boleh memperoleh banyak kelebihan," kata Zairil.

RoS Ibarat 'Pak Turut', Mahu Lumpuhkan PKR

Posted: 20 May 2011 10:55 PM PDT







SHAH ALAM 21 MEI : Tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi notis memansuhkan PKR tidak ubah seperti 'Pak Turut' yang setia mengikut telunjuk tuannya.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata insiden ROS memberi notis mengugut akan mengharamkan PKR dilihat sebagai kemuncak pemerintahan diktator UMNO-BN terhadap parti pembangkang yang berselindung disebalik alasan teknikal.

"Saya berpendapat mungkin ini diantara strategi oleh pihak UMNO-BN untuk mengunakan salah satu sebab teknikal, semata-mata mahu melunaskan impian membubarkan PKR atas dasar teknikal," kata Johari.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TvSelangor di Ibu Pejabat TvSelangor di Shah Alam.

Awal minggu ini ROS mengemukakan notis membatalkan pendaftaran PKR mulai 9 Jun depan kerana kononnya memecat seorang ahli bernama A. Jayagopal pada tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu.

ROS secara gelojoh mensabitkan PKR melanggar peruntukan fasal 32.2.1 perlembagaan PKR.

Hakikatnya, tiada peruntukan seumpama itu melainkan fasal 32 "yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin".

Fasal 32 itu hanya menetapkan bahawa Majlis Pimpinan Pusat mempunyai kuasa muktamad menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai tafsiran perlembagaan atau peraturan tetap mengenai kongres parti.

Johari menegaskan UMNO-BN sengaja mengheret PKR supaya terus terjerumus dalam perangkap mereka sekali gus melambatkan proses permohonan dalam memastikan PKR seterusnya, Pakatan Rakyat gagal menyertai Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

"Sebagai pemimpin dalam Parti PKR saya tidak terlepas dari mempunyai syakwasangka bahawa ini adalah diantara agenda UMNO-BN untuk menidakan kita (PKR) dari turut bertanding didalam pilihanraya.

"Atas dasar teknikal, dimana PKR terpaksa melalui permohonan semula, dan proses itu akan dilambatkan dan sebagainya," katanya lagi.


Fitnah Pemimpin Umno Hanya Membuka Pekong Diri

Posted: 20 May 2011 10:55 PM PDT





PETALING JAYA 21 MEI : Tindakan pemimpin Umno melancarkan serangan peribadi lagi mengaibkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim secara bertubi-tubi hanya mendedahkan perwatakan "jelek" diri mereka, kata Ketua Pembangkang itu.

"Pemimpin yang memilih untuk menjurus ke arah taktik lucah pornografi, dan mengaibkan orang, itu sudah semestinya orang yang terdesak. Apa lagi moral orang itu sendiri dipertikai," kata Anwar.

"Kalau orang itu moralnya baik, (ini tidak akan berlaku.) Belum pernah kita dengar orang seperti ulama, sanggup dan mampu untuk mengaibkan orang. Orang yang selalu mengaibkan orang itu adalah mereka yang peribadinya jelek," kata Anwar.

Pemimpin-pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Najib Razak menjadikan isu video lucah Datuk T sebagai modal politik di ceramah-ceramah termasuk semasa pilihanraya negeri Sarawak bulan lalu.

Datuk T merangkumi Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Sharzyl Eskay yang mempunyai kaitan rapat dengan pimpinan Umno. Mereka mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video itu.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan terhadap Datuk T.

Pada masa sama beliau juga mahukan undang-undang Qazaf digunapakai untuk menangani fitnah yang dibawa oleh Rahim yang juga Pengerusi Felda dan dua rakannya itu.

Selain mencanang video itu di ceramah-ceramah untuk mengaibkan Anwar, Umno juga menggunakan taktik-taktik lain termasuk mengitar semula Umni Hafilda untuk melemparkan tuduhan-tuduhan kesat terhadap Anwar.

Anwar menghabiskan enam tahun dipenjara atas tuduhan liwat yang kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan sebagai tidak berasas kerana bersandarkan bukti rapuh dan keterangan yang palsu.

Kini mantan Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi menghadapi pertuduhan liwat selepas pengadunya Saiful Bukhari Azlan menemui Perdana Menteri Najib Razak secara sulit sebelum membuat dakwaan-dakwaan yang mencurigakan.

Dalam wawancara dengan TvSelangor, Anwar percaya sesebuah kerajaan yang telus dan adil tidak perlu menggunakan taktik-taktik jijik untuk menumpaskan pembangkang.

Sekatan dan serangan menggunakan taktik kotor dan lucah yang diamalkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional menunjukkan sebuah sistem pemerintahan yang rosak, pincang dan terdesak, kata beliau.

"Apabila sistem pemerintahan itu zalim atau mengkongkong, maka tindakan akan diambil untuk menyekat kebebasan. Jika sistem itu baik, harga barang tidak meningkat, kehidupan rakyat terbela maka pemerintah tidak akan gentar. Datanglah idealogi apa sekalipun, dia(pemerintah) mampu jawab," kata Anwar.

"Tetapi bila kerosakan terlalu banyak, maka dia terpaksa reka-reka fitnah untuk tutup kelemahan," Tambah beliau.

Sejarah, menurut Anwar, penuh dengan contoh-contoh diktator yang menjerut hak rakyat demi melebarkan jangka hayat politik mereka.

Anwar yakin pemerintahan yang menindas rakyat akan mempunyai kesudahan yang sama, tidak kira sama ada di Malaysia atau di negara lain.

"Tengok masa Hitler di German. Starlin di Rusia, Mubarak di Mesir. Tengok cara dia menekan dan menyekat pembangkang, ulama dan golongan pengkritik. Itu paternnya agak sama. Cara penyekatan dia sama. Saya yakin kerana setelah lebih setengah abad merdeka, rakyat negara ini tidak boleh dan tidak mudah diperbodohkan," katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mengingatkan Barisan Nasional supaya tidak terlampau leka dengan menganggap rakyat akan sentiasa mempercayai segala pembohongan dan fitnah yang disajikan menerusi media arus perdana.

" Umno, Utusan atau Tv3 anggap orang Melayu bodoh. Tetapi orang Melayu ini mempunyai budaya besar. Bila orang sebut pasal budaya Melayu selalunya ia berakar kepada agama," kata Anwar.


Subsidi : Jangan Anggap Rakyat Penagih Candu, Kata Anwar

Posted: 20 May 2011 10:52 PM PDT




CHERAS 21 MEI : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Najib Razak kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan.

Menurut Anwar, dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak serta kos hidup semakin tinggi, langkah kerajaan menaikan lagi harga barangan bakal menyusahkan lagi rakyat.

"Candu apa ? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu ? Yang diberi kepada tauke tak apa ? Subsidi rakyat RM4 Billion. Subsidi IPP RM19 Billion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani ?," kata Anwar.

"Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbillion ringgit, boleh ! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," tegas Anwar.

Beliau berucap di hadapan kira- kira seribu hadirin di Majlis Ceramah Perdana di Dewan Serbaguna Cheras Baru hari ini.

Najib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford 17 Mei lalu menyatakan subsidi ibarat "candu" yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Justeru, harga Petrol RON95 dan Diesel turut dijangka meningkat dalam masa terdekat berikutan pengumuman beberapa Menteri yang meminta rakyat 'bersedia' dengan kenaikan harganya.

Anwar menyatakan UMNO cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia.

Menurut Anwar lagi, rakyat Singapura sendiri berfikir untuk perubahan walaupun telah maju kerana tahu mereka boleh menjadi lebih baik.

"Gaji mereka lebih tinggi? Rasuah jauh lebih kurang dari di Malaysia. Pembangunan Tinggi," kata Anwar.

"Tapi babak demokrasi berat sikit. Tapi itupun, parti Pembangkang dibenarkan bercakap di TV. Walaupun maju dan stabil, rakyat masih nak berubah sebab mereka berfikir Singapura boleh menjadi lebih baik," kata Anwar.

PAS Makin Dekat Dengan Kerajaan Perpaduan ?

Posted: 20 May 2011 10:51 PM PDT




SHAH ALAM 21 MEI : Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan kenyataan pengekalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas pada pemilihan kali ini akan mendekatkan PAS dengan kerajaan perpaduan, sebagai pandangan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, pandangan cetek seumpama itu sekadar mahu menimbulkan ketakutan dan keresahan dikalangan ahli PAS dan rakan kompenan Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.

Semalam editorial yang diterbitkan agensi berita BERNAMA mengajukan persoalan, adakah pengekalan Hadi sebagai pemimpin tertinggi PAS pada penggal akan datang, akan mendekatkan PAS dengan kerajaan perpaduan ?

"Kenyataan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab yang saya anggap cuba untuk mewujudkan satu tanggapan buruk terhadap Presiden Pas," katanya.

BERNAMA dalam editorialnya berhujah rapuh apabila menyatakan Hadi dipilih untuk kekal sebagai presiden berikutan direstui ramai ahli yang menyokongnya untuk bekerjasama dengan UMNO BN menerusi kerajaan perpaduan.

Ia hanya bersandarkan kenyataan Hadi yang diputar belit media arus perdana, kononnya beliau berminat untuk perpaduan itu semasa berucap di Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam, pada Jun 2009.

Hadi dipilih menjadi Presiden Pas selepas kematian penyandangnya, Datuk Mohd Fadzil Noor pada tahun 2002.

Salahuddin menambah, kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini sengaja dimainkan demi mewujudkan suasana tidak sihat menjelang Muktamar Pas yang bakal berlangsung Jun ini.

"Itu satu agenda mereka mewujudkan suasana tidak sihat, mewujudkan kenyataan yang tidak berasas menjelang muktamar kali ini," katanya.

Muktamar Pas ke- 57 akan berlangsung pada 3 hingga 5 Jun ini di Taman Melewar Kuala Lumpur.

Sehingga berita ini ditulis, Presiden Pas, Hadi Awang dan Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengekalkan jawatan masing- masing tanpa sebarang tentangan.