Kami Sokong Tokguru |
Posted: 21 May 2011 05:06 PM PDT Merenung Sejenak -ijoks2009- Mahukah anda jika anak-anak anda jadi macam ni,fikir-fikirkan lah Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak. |
Tanah Runtuh Di Hulu Langat(Video) Posted: 21 May 2011 08:49 AM PDT Isu Semasa, Video Pilihan Al fatihah Tips Jika Ditimpa Musibbah Firman Allah : Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali". (Surah al-Baqarah ayat 155-156) Pesanan rasulullah s.a.w Jika ditimpa musibah, banyakkan berdoa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya". Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian sesaorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain. Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya. Kemudian Ummu Salamah dilamar pula oleh Syaidina Umar Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua dan ramai anak. Namun Rasulullah tidak keberatan, maka akhirnya berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini. |
Minyak Masak Ganti Minyak Hitam? Posted: 21 May 2011 04:13 AM PDT Santai Assalamualaikum dan salam blogger Dalam kesyahduan jiwaku dengan kenaikan harga minyak ini,hehehe,saya mencari-cari maklumat tentang tips-tips penjimatan minyak.Pencarian itu menemukan saya dengan maklumat ni. Ni yang nak kongsikan bersama ni. Percaya kah anda bahawa minyak sawit yang anda masak boleh digunakan sebagai minyak pelincir kenderaan anda atau senang cakap minyak hitam? Malah sudah ramai rakyat Malaysia sudah menggunakan nya atau sedang mencuba cuba pada kenderaan mereka tanpa sebarang masaalah.Kata mereka yang telah mencuba berpendapat setelah menggunakan minyak masak berasakan sawit suhu enjin nya sangat rendah dan meter suhu tidak melebihi satu takuk,enjin berjalan lancar. Saya pun telah mencuba keatas kereta saya(kata tuan punya blog) Proton Iswara 1.3 Saloon,saya membeli minyak masak Sri Murni sebotol 5kg yang berharga RM13.35 sebotol.Saya hanya menggunakan hanya separuh botol sahaja atau sukatan yang saya buat ialah 3.5 liter cukup untuk enjin Proton.Saya mencamporkan satu tin oil treatment STP berharga RM15.90. Tujuan oil treatment ialah untuk adalah mengawal kepekatan minyak masak berasaskan sawit.Enjin kereta saya berjalan lancar tanpa sebarang masaalah suhu enjin rendah dan enjin senyap dan saya telah menggunakan sudah satu tahun tanpa sebarang masaalah. Percaya atau tidak nanti saya terangkan fungsi minyak pelincir dalam kenderaan anda yang saya buat kajian sebelum menggunakannya. Mula mula kita cerita tentang minyak pelincir dulu.Minyak pelincir terdiri dari 90% 'base oil 'atau minyak asas biasanya diperolehi dari proses saringan petrolium atau dipanggil 'mineral oil' dan 10% lagi adalah 'additives'. Minyak sayuran seperti polyolefins terhidrogen,esters,silicones,flourocarbons dan banyak lagi digunakan sebagai 'base oil' atau di panggil 'synthetic oil'. Additives digunakan untuk mengawal kepekatan ,mengurangkan geseran , kehausan ,menahan hakisan,pengoksidan dan memanjangkan usia minyak enjin. Minyak sawit adalah minyak yang paling sintetik yang kita tidak tahu sangat mengenai nya. Petikan dari blog ini : Apa kata kita tanya pakar injin,Bujang susah komen sikit la.. |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan