Nuffnang

Pengikut

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

0
sumber :-

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


80 PERATUS TIDAK PERCAYA ANWAR DI DALAM VIDEO TERSEBUT

Posted: 20 May 2011 09:01 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU video seks yang ingin dikaitkan dengan DS Anwar Ibrahim nampaknya sudah tidak sehangat dulu. Ini adalah kerana rakyat telah mencampakkan segala najis fitnah itu ke muka sekutu Apco yang digelar oleh DS Anwar sebagai `Pandi Kutti'.

Saya telah mengadakan undian (Poll) kepada pengunjung blog saya semenjak isu ini meletus. Undian tersebut telah mendapat sambutan hangat sehingga hari ini 21 Mei 2001, seramai 6,664 pengunjung telah membuat pilihan mereka.

Soalan yang dikemukakan adalah "SETELAH ANDA MENONTON KLIP VIDEO ITU ATAU TIDAK, ADAKAH ANDA PERCAYA DS ANWAR TERLIBAT?"

Daripada jumlah 6,664 pengunjung, keputusan yang diperolehi adalah seperti berikut: 1. Tidak percaya - 80 % 2. Percaya - 9 % 3. Kurang percaya - 5 % 4. Tidak tahu - 6 %
Nampaknya isu ini masih gagal menjejaskan sokongan terhadap DS Anwar, apatah lagi ramai di kalangan Ulamak sendiri menolak cara penyelesaian kes ini melalui sumpah laknat oleh Datuk Eskay, Rahim dan Shuib. Majoriti Ulamak, ilmuan dan rakyat mahu kes ini diselesaikan mengikut kaedah yang diajar oleh Allah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran.

Isu jam Omega juga gagal, walaupun pada mulanya dikatakan jam tersebut adalah pemberian daripada Raja Arab Saudi kepada DS Anwar. Akhirnya, pihak Polis sendiri mengesahkan bahawa jam tersebut berasal dari Taiwan dan dibeli pada tahun 2004. Kita masih ingat bahawa pada tahun tersebut, DS Anwar masih di dalam penjara dan mana mungkin beliau boleh keluar dari penjara untuk membeli jam berkenaan. Sebelum itu, timbul persoalan bagaimana tuan punya jam tersebut boleh membawa Surat Pendaftaran jam berkenaan ke mana-mana dia pergi.

Usaha beterusan diteruskan juga, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kini dihebohkan bahawa video berkenaan telah disahkan tulin oleh pakar dari Amerika. Soalnya tulin atau tidak, kita tetap mahu mereka yang terlibat menayangkan video lucah berkenaan ditangkap dan didakwa segera. Mengapa begitu lama untuk lakukan siasatan dan pendakwaan, sedangkan Datuk Eskay mengaku menayangkannya?

Justeru itu, jangan salahkan rakyat jika ada anggapan serong terhadap pihak Polis. Terlalu banyak persoalan berlalu begitu sahaja termasuk Blogger dan sebuah akhbar pencacai yang terang dan jelas menimbulkan isu sensitif tentang ugama Kristian sebagai agama rasmi negara. Apa tindakan pihak berkuasa? Apa tindakan terhadap Ibrahim Ali yang begitu ingin berjihad di dalam Perang Salib? /wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


'Tendang' BN kata DSAI

Posted: 20 May 2011 11:26 PM PDT

Kick out BN, Anwar tells poor
Tashny Sukumaran | May 21, 2011

KUALA LUMPUR: Opposition Leader Anwar Ibrahim has urged the poor to vote out Barisan Nasional which is on the verge of slashing subsidies.

Speaking at a ceramah in Cheras Baru here last night, he flayed Prime Minister Najib Tun Razak for burdening the public but protecting the cronies and independent power producers.Umno, he said, must be ovethrown for "bowing to rich towkays" like T Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Al-Bukhary and YTL.

Despite the humidity in the multipurpose hall and insects which buzzed incessantly, Anwar had managed to keep his 1,000- strong audience from the nearby low-cost flats in rapt attention.

The crowd clapped, groaned, laughed and chanted "Reformasi" as the opposition leader, known for his fiery oratory skills, took the government to task over several issues.

"They give subsidies to poor people and call it opium but when they give it to the rich it is okay although they are the real opium addicts," he said in response to Najib likening petrol subsidies to opium.

The prime minister had said that subsidies needed to be cut gradually in order to bring the budget deficit under control. The government plans to reduce the deficit from 5.6% to 5.4% this year, then down to 2.8% by 2015.

However, Anwar argued that the subsidies could be maintained if the "dictatorial" BN clamped down on corruption.

"Who here can say that they have not been asked for bribes on the streets?" he asked the audience, eliciting murmurs of assent.

During his speech, Anwar also touched on his ongoing sodomy trial and accused his political rivals of attempting to throw him behind bars again on trumped up charges.

"But I was in jail for six years. Did they overcome Malay poverty? Did corruption go down? In fact, corruption went up!" he said. - FMT

Abu Sayyaf tuntut RM558 ribu bebas peniaga cicak tokek dari Sg Buloh

Posted: 20 May 2011 09:55 PM PDT

ZAMBOANGA , 21 Mei — Anggota militan selatan Filipina yang menculik seorang ahli perniagaan Malaysia, Mohammad Nazaruddin Saidin, dilapor menuntut wang tebusan lapan juta peso (RM558,000).

Nazarudin, 38, bapa kepada enam anak diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina, 8 Mei lalu bagi menguruskan perniagaan berkaitan cicak tokek di negara tersebut.

Tambah beliau, nasib rakyat Malaysia yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor itu juga masih belum diketahui.

Laporan media sebelum ini menyebut kumpulan penculik meminta wang tebusan pendahuluan lima juta Peso (RM348,317).

Ketua polis wilayah, Felicisimo Khu dipetik AFP berkata, kumpulan Abu Sayyaf meminta wang tebusan daripada seorang pegawai konsul Malaysia di Filipina.

Ahli perniagaan cicak tokek itu diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata berhampiran bandar Indanan di Pulau Jolo.

Khu berkata, perkara itu dimaklumkan pegawai konsul Malaysia tersebut kepada polis Indanan semalam.

Tebusan itu kini ditempatkan di sebuah kampung berhampiran yang tidak dinyatakan lokasinya, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Randolph Cabangbang sebelum ini berkata, Mohammad Nazaruddin diculik selepas berada di pulau itu selama sebulan.

Ditubuhkan pada 1990-an dengan wang pembiayaan dari jaringan al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden, Abu Sayyaf mengaku bertanggungjawab di atas serangan-serangan keganasan Filipina termasuk pengeboman feri 2004 yang mengorbankan lebih 100 nyawa.

Kumpulan militan itu juga dipertanggungjawabkan ke atas beberapa kes penculikan melibatkan rakyat asing, ahli perniagaan tempatan dan mubaligh bagi mendapatkan wang tebusan.

Bubar PKR - ROS ikut telunjuk Umno : DSAI

Posted: 20 May 2011 08:59 PM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pegawai tertinggi Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana bersikap tidak professional dan tunduk kepada campurtangan Umno untuk mensabotaj pembangkang.

Alasan RoS untuk mengharamkan PKR kerana memecat seorang ahlinya tidak masuk akal dan menzahirkan camputangan politik dalam jentera pentadbiran negara, kata Anwar dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

"Dalam kes terbaru Pendaftar Pertubuhan, (keputusan) jelas dibuat pada tahap yang cukup memalukan (apabila) rujuk kepada undang-undang yang salah dan menggunakan peraturan tidak konsisten," kata Anwar.

"Pemecatan ahli dilakukan oleh semua parti termasuk Umno. Ribuan ahli-ahli Umno yang menyertai menyertai Keadilan dipecat tanpa tunjuk sebab oleh RoS tetapi untuk kita, satu kes dijadikan sebagai alasan untuk membatalkan pendaftaran," kata Anwar.

Justeru, gagasan itu menolak perlakuan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang didakwa menindas PKR, kata ketua umum parti itu.

"Saya ingin mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan, bahawa mirip politik itu hak mereka tetapi apabila mereka diperalatkan sebagai perkakas murahan sebegitu, darjat profesionalisme pegawai dalam sistem pentadbiran itu akan terjejas," katanya.

Anwar berkata kepimpinan Umno sekali lagi bersikap diktator apabila menggunakan RoS untuk membubar PKR berasaskan undang-undang parti yang direkayasa dan maklumat salah.

Bertindak zalim

Beliau berkata sekalipun RoS bertindak zalim membatalkan PKR, perjuangan parti itu tetap diteruskan.

"Saya ingin mengingatkan mereka kalau pun dibatalkan, kita akan tetap lawan, kita yakin dan kita ada cara atasinya. Jangan mereka ingat mereka ini (Hosni) Mubarak," kata beliau merujuk kepada bekas Presiden Mesir yang ditumbangkan dalam arus kebangkitan rakyat menuntut demokrasi dan keadilan.

Dalam wawancara dengan TV Selangor ini, Anwar berkata pihaknya akan sentiasa mendokong pegawai kerajaan yang mengutamakan keberhasilan negara tetapi menolak mereka yang bertindak bagi memenuhi agenda politik Umno.

Awal minggu ini RoS memberi notis membatalkan pendaftaran PKR mulai 9 Jun depan kerana memecat seorang ahli bernama A Jayagopal pada tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu.

Namun peruntukan yang dirujuk RoS itu tidak terkandung dalam perlembagaan parti. Malah nama ahli yang dipecat juga adalah salah.

Pimpinan PKR menyifatkan notis RoS itu berniat jahat dan bertujuan mengekang penyertaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan dipanggil tidak lama lagi - malaysiakini

DVD seram lucah banjiri Ipoh

Posted: 20 May 2011 06:27 PM PDT

IPOH: Pelbagai filem seram berunsur lucah dari negara jiran, Indonesia dikesan mula membanjiri pasaran tempatan dengan kebanyakannya menggunakan gambar model wanita pelakon lucah sebagai tarikan utama.

Difahamkan, filem dalam bentuk cakera padat digital (DVD) cetak rompak itu menggunakan khidmat pelakon lucah dari Amerika seperti Tera Patrick selain pelakon porno Jepun terkenal, Miyabi.

Unsur erotik yang diketengahkan itu jelas dilihat pada kulit luar DVD cetak rompak itu apabila memaparkan pelakon separuh bogel dengan aksi mengghairahkan sebagai tarikan utama kepada pembeli.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Leong, 20-an, berkata, sambutan memberangsangkan terhadap filem seram atau hantu dari Indonesia itu menyebabkan anggota sindiket berlumba-lumba mendapatkan salinan dari negara berkenaan.

Menurutnya, setakat ini, terdapat 30 judul filem seram dari negara jiran dengan 80 peratus mempunyai unsur seks selain memaparkan gadis seksi sebagai tarikan utama - mymetro

Ketirisan dalam projek MRT RM4.24 bilion : Laluan ekslusif bas sejauh 212km dapat dibina

Posted: 20 May 2011 09:16 AM PDT

Baru-baru ini, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengambil tahu bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Februari 2011 telah menganjurkan lebih daripada 30 sesi perundingan awam berkenaan dengan isu pembinaan MRT,<1> dan diikuti dengan acara pecah tanah pada 8 Julai 2011.<2>

Pelbagai cadangan dan pandangan kritikal telah dilontarkan oleh pelbagai pihak berhubung isu pengangkutan awam, khasnya projek MRT yang bakal dilaksanakan. KPRU tidak berhasrat membuat ulangan di sini. Sementara langkah-langkah seperti perundingan awam yang bersifat "konsultatif" tersebut merupakan satu perkembangan positif (terutamanya berbanding dengan pelaksanaan projek-projek sebelum itu seperti projek Star-LRT, Putra-LRT dan Monorail yang dilaksanakan dalam keadaan yang penuh dengan kerahsiaan dan keraguan), KPRU menganggap bahawa bentuk perundingan sebegitu masih jauh ketinggalan dalam penerapan dan penonjolan prinsip tadbir urus yang baik, malah lebih cenderung kepada "sesi pameran sebelum pembinaan". --- SETERUSNYA

26,000 pengundi baru, taktik jahat BN mahu rampas Kedah

Posted: 20 May 2011 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS menyifatkan pertambahan mendadak pengundi baru di Kedah sehingga 26,000 orang pada suku pertama tahun ini sebagai satu strategi jahat Kerajaan BN dengan kerjasama SPR, bagi membolehkan BN merampas Kedah dari PAS.

Strategi jahat seperti itu pernah dilakukan oleh BN di Terengganu pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu untuk membolehkan BN merampas Kerajaan Terengganu dari PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, PAS amat ragu dengan pertambahan pengundi sebanyak itu di Kedah, memandangkan pertambahan sebenar berdasarkan pendaftaran yang dilakukan oleh PAS pada suku pertama tahun ini sehingga Mac lalu hanyalah sebanyak 4,000 orang sahaja.

Menurut beliau, sebelum ini PAS yang mendahului SPR dalam pendaftaran pengundi baru, tetapi kini angkanya ternyata jauh menyimpang dari jumlah yang sebenar.

Lebih meragukan lagi, katanya, berdasarkan semakan, didapati pertambahan pengundi-pengundi baru yang dilakukan oleh SPR itu bukannya pengundi-pengundi yang didaftarkan di Kedah, tetapi di Kuala Lumpur.

"Ini sememangnya jelas satu strategi jahat BN dengan kerjasama SPR yang perlu diketahui oleh rakyat," jelasnya pada sidang akhbar di Pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Strategi jahat itu juga, menurut beliau, turut dilakukan oleh BN dengan kerjasama SPR di Selangor dalam menghadapi PRU Ke-13 tidak lama lagi.

Katanya, strategi jahat itu sememangnya amat sukar untuk diatasi oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia turut membabitkan kerjasama SPR sendiri.

Dalam masa yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat juga tidak mempunyai ruang masa yang mencukupi untuk melakukan semakannya kerana masa yang diberi amat pendek.

"Sungguhpun begitu, PAS dan Pakatan Rakyat tetap akan terus mengadakan bantahan mengenai perkara itu kerana ia jelas satu strategi jahat BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berharap agar orang ramai sedar dengan taktik jahat yang digunakan oleh BN dalam menghadapi pilihanraya di negara ini kerana ia jelas melanggar peraturan sama sekali. - HD

PRU13 - BN berdepan risiko kehilangan kerajaan pusat

Posted: 20 May 2011 05:14 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan menjangka Pilihan Raya Umum ke-13 bakal menyaksikan persaingan paling sengit bakal dilalui Barisan Nasional.

Pilihan raya umum akan datang akan menjadi yang pertama dilalui Perdana Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang mengambil alih kepimpinan kerajaan dan BN pada April 2009.
Najib mengambil alih daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan atas kekalahan besar dan kegagalan mengekalkan majoriti dua pertiga untuk BN di Parlimen.

Tekanan terhadap pemerintah meningkat selepas pilihan raya pada Mac 2008 dan kerajaan BN berdepan risiko kehilangan kerajaan pusat ekoran tekanan pakatan pembangkang melalui satu rancangan lompat parti.

Najib dilihat bakal diukur berdasarkan hal yang sama, iaitu memenangi kembali majoriti dua pertiga di Parlimen untuk BN, dan bakal berdepan tekanan sekiranya gagal.

"Kita kena tanya selepas (Pilihan Raya Umum ke-13) masihkah kita berkuasa... ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan," Muhyiddin dilaporkan berkata.

Selain untuk mengejutkan Umno dan mendesak parti itu supaya lebih bersedia, kenyataan itu juga mempunyai sisi yang ditujukan kepada Najib.

Sesetengah pihak berpendapat sekiranya gagal mencapai kemenangan dua pertiga, Najib turut akan dipersalahkan, termasuk berhubung gagasan 1 Malaysia yang dinilai sebagai bermasalah kepada orang Melayu.

Muhyiddin pernah dilihat kritikal terhadap gagasan 1 Malaysia dan merupakan pemimpin yang banyak bercakap isu Melayu, ketika isu tersebut semakin tidak popular ekoran kemunculan gagasan 1 Malaysia.

Muhyiddin menerima sokongan kumpulan lebih cenderung menangani isu Melayu dengan lebih agresif dalam Umno.

Posted by SiasahDaily

Ketua misi ke Gaza lancar mogok lapar

Posted: 20 May 2011 04:54 AM PDT

EL-ARISH (Mesir), 20 Mei — Matthias Chang, 61, ketua misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza melancarkan mogok lapar sejak petang semalam di atas kapal kargo MV Finch bagi membantah tindakan pihak berkuasa menghalang kemasukan kapal berkenaan ke Pelabuhan El-Arish.

Tindakan itu dilakukannya sebaik sahaja tentera Mesir menghalau keluar kapal kargo itu dari kawasan pelabuhan, menurut wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, seorang daripada 12 penumpang dan anak kapal MV Finch (gambar), kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Laporan Bernama Online menyebut pihak berkuasa pelabuhan itu sebelum ini telah memberi kebenaran kepada kapal MV Finch untuk berlabuh dan memberikan bekalan makanan.

Bagaimanapun menukar fikiran di saat akhir tanpa sebarang alasan kukuh.

Bagaimanapun katanya, mereka mendapat bekalan makanan daripada ejen yang dilantik oleh Yayasan Keamanan Global Perdana lewat tengah malam semalam waktu tempatan.

Sehingga pagi waktu tempatan, Matthias masih lagi enggan makan walaupun dipujuk dan keadaan dijangka berlarutan sehingga permintaan untuk berlabuh ditunaikan.

Pihak berkuasa pelabuhan telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan diminta menyediakan bantuan perubatan untuk sebarang kemungkinan, katanya.

Mohd Faizal berkata beliau difahamkan kebenaran akan diberikan esok namun tiada sebarang pengesahan diperoleh daripada mana-mana pihak berwajib.

Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin masing-masing warga Malaysia, serta dua warga India Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.

Selain wartawan Bernama, turut berada atas kapal itu ialah wartawan akhbar New Straits Times Iskandar Alang Bendahara, petugas sukarela Felda Mohd Radzillah Abdullah dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland serta Julie Levesque dari Kanada. - The Malaysian Insider

80 RIBU ahli Perkasa Demo pertahan Utusan - "Langkah mayat kami dulu ..." hahahaha

Posted: 20 May 2011 02:02 AM PDT

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tamnpil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang.

"(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu," jerit seorang penunjuk perasaan itu.

Beliau dan kira-kira 80 ahli PERKASA berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Selepas berhimpun kira-kira 15 minit, kumpulan itu disertai oleh kira-kira 70 ahli Umno yang bergabung bagi meluahkan sokongan mereka kepada akhbar milik parti itu.

Mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir.

Dua memorandum menyokong Utusan kemudiannya diserahkan.

Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dan disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Kedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia.

Kira-kira 30 anggota polis juga dikerahkan mengawal keadaan kerana bimbang pemuda PKR (AMK) yang sepatutnya berhimpun di tempat yang sama menyerang Utusan.

Bagaimanapun perhimpunan AMK itu yang bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu ditunda ke tarikh baru.

Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.

Sambil menyanyikan lagu patriotik "Barisan Kita" berulang kali, anggota PERKASA dan Pemuda Umno kemudiannya bersalaman-salaman dengan pihak polis.

Selain itu, jalan di hadapan ibu pejabat tersebut turut ditutup untuk laluan orang ramai selepas solat Jumaat bagi membendung kesesakan

Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan. - malaysiakini

STONE : Sori bro, bukan 80 ribu tapi 80 org saja, tapi TT cakap dalam 50 org saja .... hahaha

Ratusan berhimpun bantah Lynas

Posted: 20 May 2011 01:38 AM PDT


KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang berhimpun di depan kedutaan Australia bagi membantah projek pembinaan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Mereka bergerak dari masjid As Syakirin KLCC menuju ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat tadi.

Perarakan itu anjuran People's Green Coalition dengan kerjasama kumpulan menentang projek berkenaan, Save Malaysia, Stop Lynas.

Mereka mengiringi enam wakil menghantar memorandum bantahan berhubung sisa radioaktif yang dihasilkan projek berkenaan .

Peserta perhimpunan turut melaungkan slogan 'Hancur Lynas, Hidup Rakyat' ketika tiba di kedutaan itu.

Jurucakap bagi NGO itu Vincent Chiam, berkata, mereka mendesak Lynas menamatkan operasi pembinaan projek nadir bumi itu sebelum 31 Ogos ini, sempena hari kemerdekaan yang jatuh pada tarikh tersebut.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir menyatakan sokongan ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, Arutchelvam.

Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan dan Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri turut menyertai perhimpunan berkenaan.

Sebanyak enam trak polis lengkap dengan water canon dan dua trak dari Pasukan Unit Polis Persekutuan (FRU) turut dilihat berada di kawasan perhimpunan namun tidak ada sebarang tangkapan dilakukan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13769

Kenaikan harga barang - Rakyat derita

Posted: 20 May 2011 01:06 AM PDT

Penarikan balik subsidi gula oleh kerajaan pemerintah kononnya mahu menjimatkan tanggungan sebanyak RM 116.6 juta disambut hambar oleh rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

Rakyat dimomokkan dengan alasan yang sama iaitu, harga gula dinegara ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan negera serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Bukan itu sahaja rakyat seolah- olah 'dihadiahkan' dengan perkhabaran baru dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa harga bahan bakar termasuk RON95 akan dikaji semula bulan hadapan, yang berkemungkinan akan naik lagi.

Beliau tanpa rasa bersalah berkata, rakyat harus memikirkan 'manfaat' yang bakal diperolehi jika kerajaan pemerintah berjaya mengurangkan bebanan kewangan umpamanya pembinaan sekolah, jalan- jalan kampung, projek perumahan rakyat dan sebagainya.

Persoalannya, siapakah yang akan memikirkan perit jerih rakyat yang dihambat kos hidup yang semakin meningkat dengan kadar gaji masih ditakuk lama ?

Tv Selangor turun padang meninjau pandangan orang awam berhubung perkara ini.

Bagi Ahmad Ridzuan Samsuddin, menyifatkan tindakan kerajaan pemerintah menaikkan harga barangan asas tidak sejajar dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan seperti yang dilaung-laungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menambah, rakyat kini semakin terhimpit dengan pelbagai kenaikkan harga barang, lebih-lebih lagi kepada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 sebulan.

"Bagi kami rakyat yang berpendapatan agak sederhana dan pertengahan memang rasa cukup terkilan dengan sikap kerajaan persekutuan dengan slogan seolah-olah menipu rakyat, mendahulukan rakyat tapi realitinya yang berlaku kesan dengan kenaikkan harga minyak akan menyebabkan kami akan hidup dalam keadaan sengsara," kata Ridzuan.

Mengulas isu yang sama, Nazri Alias seorang pekerja swasta menyifatkan rakyat berpendapatan sederhana kini hidup dalam keadaan serba kekurangan memandangkan harga barangan semakin meningkat tetapi gaji masih pada takuk yang lama.

"Pendapatan kita 10 tahun yang dulu sama dengan sekarang tetapi harga barang makin meningkat tinggi, maknanya kita terhimpit, rakyat sekarang ni terhimpit dengan kenaikkan gula, minyak. Itu menyebabkan golongan pekerja yang berpendapatan sederhana susah untuk hidup di kawasan bandar," kata Nazri.

Yohan Raj, seorang Pensyarah IPTS pula berkata, matlamat kerajaan pemerintah tidak jelas dengan slogan yang sering dibangga-banggakan, seolah-olah tidak bertepatan kerana rakyat saban hari asyik mengeluh dengan harga barangan.

"Sebenarnya slogan yang diangkat kerajaan tidak menepati dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang, di mana barang diutamakan dan rakyat diketepikan jadi saya rasa slogan itu tidak ada makna," kata Yohan. -tvsnews


PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0
sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Umno Semakin terdesak-PKR cuba disingkirkan

Posted: 20 May 2011 08:05 PM PDT



Dari cetusan kezaliman yg terlampau...rakyat bangkit dengan tuntutan perubahan dengan semangat REFORMASI yg semakin membuak.

Pelbagai cara untuk menutup samangat ini....dari fitnah hingga ugutan dan ancaman. Kini Parti keADILan nak diharamkan untuk bersaing membentuk kerajaan Malaysia.

Namun rakyat semakin celik dan bijak....

dollah yankee

0
sumber :-

dollah yankee


Patut pun KJ jujur,rupanya buang tebiat nak mamposss!

Posted: 20 May 2011 06:55 PM PDT

Patut pun si-KJ berlaku jujur..rupa-rupanya dia sedang buat tebiat, sebab dah nak mampossss. Mana tak mamposs, dia dah nampak yang sekarang ni 2M besar sedang menyusun atur pergerakan mereka untuk 'pariyap' Najib dan dia pun sedar yang dia akan mamposss sekali dengan Najib ditangan 2M besar ini. Bila dah mamposs, tempat dia akan diganti olih M kecil. Dan bila M besar jadi PM nanti, M kecil akan jadi timbalan.

Kelmarin Mahyudin 'bodoh'kan orang-orang di Perlis dan suruh orang-orang kampong bersiap sedia dari segi mental untuk kenaikan kos sara hidup yang lebih tinggi dengan kenaikan harga barangan keperluan harian, termasuk kenaikan harga minyak petrol Ron95 yang akan berlaku (ada blog dah kata pagi ahad ini akan naik 30 sen).

KJ kata..tak bolehh..! salahh!, mana boleh bagi tahu dekat rakyat suruh mereka bersiap sedia untuk kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga minyak. Baru saja pe'naik' harga gula, ni nak pe'naik' harga minyak petrol Ron95 pulak??

..cakap 'boss' dia nak bantah!?? Nampak tak yang dia dah buang tebiat??

Pem'buang'ngan tebiat dia bertambah-tambah bila dia pula ajar 'boss' dia dan dia kata, mula-mula kerajaan kena tunjuk dulu dekat rakyat, bagi rakyat tengok yang kerajaan sekarang pandai berjimat-cermat. 'Cut-down' semua projek-projek yang tak berapa perlu, sekarang bukan masa yang sesuai untuk hapuskan subsidi.

dollah yankee -
Dia dah gasak cukup-cukup, dah 'temuak' baru dia nak suruh 'cut-down' projek-projek yang tak berapa perlu??

~penarik beca

0
sumber :-

~penarik beca


Bila ringgit jatuh dan harga barang naik kerana kroni

Posted: 20 May 2011 01:43 AM PDT


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0
sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MELAYU JADI BODOH KALAU BACA UTUSAN

Posted: 20 May 2011 04:15 PM PDT


KUALA LUMPUR-AKHBAR YANG MENGALAMI KERUGIAN 6.8 JUTA INI KALAU DI BACA AKAN MENJADIKAN MELAYU BODOH...BAIK MELAYU BANDAR MAHUPUN MELAYU KAMPUNG.KALAU YANG DI KAMPUNG BOLEH TAHAN LAH SEBABA TAK ADA MEDIA LAIN...MASAALAH YANG DI BANDAR NI...KALAU BACA JUGA MEMANG BAHLOL LA MACAM YANG NANGOI BAWAH NI DOK BUAT....


Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tamnpil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang.

NONE"(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu," jerit seorang penunjuk perasaan itu.

Beliau dan kira-kira 80 ahli PERKASA berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Selepas berhimpun kira-kira 15 minit, kumpulan itu disertai oleh kira-kira 70 ahli Umno yang bergabung bagi meluahkan sokongan mereka kepada akhbar milik parti itu.

NONEMereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir.

Dua memorandum menyokong Utusan kemudiannya diserahkan.

'Inilah Barisan Kita'

Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dan disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Kedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia.

Anwar : Harga Makanan Dijangka Naik 30 Peratus Akhir 2011

Posted: 20 May 2011 05:24 AM PDT


SHAH ALAM 20 MEI: Harga makanan dan minuman dijangka melambung 30 peratus akhir tahun ini, jika trend kenaikan harga semasa berterusan akibat penarikan subsidi oleh kerajaan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenaikan harga makanan kepada 4.9 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan kos barangan akan berterusan dan dikhuatiri mencecah 8.8 peratus akhir tahun ini seperti yang berlaku tiga tahun lalu, kata beliau dalam satu kenyataan.

Anwar berkata data Bank Negara menunjukkan harga makanan di Malaysia naik dua kali ganda berbanding harga makanan dunia pada empat bulan pertama tahun ini.

Justeru beliau menegaskan sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) gagal mengawal kenaikan harga barangan, Malaysia sekali lagi akan mengalami harga makanan tertinggi sejak tahun 2008.

"Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011," ujar Anwar.

"Pada kadar kenaikan harga makanan sekarang dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005," kata beliau.

Sepanjang enam tahun lalu, harga makanan naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini hanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010," jelas beliau.

Sehubungan itu, Anwar sekali lagi menyatakan dasar Buku Jingga yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah penyelesaian berkesan efektif untuk membanteras kenaikan kos hidup yang melambung tinggi.

Ini termasuk menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada golongan elit serta syarikat yang bersekongkol dengan Umno-BN termasuk syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).

Anwar menegaskan penarikan subsisi untuk barangan keperluan juga berpunca dari kegagalan Umno-BN mengekang rasuah yang menjadi faktor utama kerajaan persekutuan mngalami kerugian sekitar RM28 bilion setahun sejak 2008.

Angka itu disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Anwar berkata ketirisan yang semakin serius dalam pengurusan kerajaan juga memaksa Perdana Menteri Najib Razak memotong subsidi rakyat dengan alasan mengurangkan beban difisit negara.

1000 Rakyat Hantar Memorandum Bantah Operasi Lynas

Posted: 20 May 2011 05:20 AM PDT





KUALA LUMPUR 20 MEI : Kira- kira seribu rakyat berkumpul di KLCC hari ini bagi menghantar memorandum membantah pembinaan Loji Nadir Bumi, ke Kedutaan Australia.

Memorandum berkenaan mendesak kerajaan Australia bertanggungjawab terhadap risiko radioaktif dan memberi tekanan kepada syarikat Lynas Corporation yang berpangkalan di negara itu, supaya membatalkan cadangan memproses tanah jarang di Gebeng, Pahang.

Diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Pengerusi Kempen Anti Lynas, Vincent Jiam Tee Hong, mereka berarak dari KLCC ke Kedutaan Australia, sejauh 400 meter.

Walaupun dalam keadaan hujan, mereka bersemangat melaungkan slogan 'Hidup Rakyat' dan 'Hentikan Lynas' selama kira-kira 2 jam dalam keadaan aman.

Bagaimanapun, Polis telahpun melakukan sekatan jalan di sekitar Jalan Yap Kwan Seng, berhampiran kedutaan Australia dan hanya membenarkan 6 orang wakil memasuki jalan tersebut.

Fuziah dan delegasinya berjaya menemui Pemangku Timbalan Duta Besar Australia, Arthur Spyrou yang berjanji menyampaikan memorandum tersebut kepada kerajaan Australia.

Fuziah menyatakan kebimbangan penduduk Gebeng dan Kuantan dengan tahap keselamatan yang tidak telus selain Lynas sendiri tiada pengalaman dalam operasi loji berkenaan.

Menurut Fuziah lagi, Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi loji ini kerana Undang-undang Australia yang ketat dalam penjagaan alam sekitarnya.

"Lynas dapat lesen di Australia. Tapi mereka tidak pilih untuk buka kilang di situ. Di situ regulasi ketat dalam menjaga alam sekitar, badan penjaganya ialah Lembaga Pemuliharaan Alam Sekitar (EPA) yang ada 41 komitmen yang perlu dijaga dengan pelbagai aspek.

"Di Malaysia badan pengawalnya ialah Agensi Tenaga Atom Kebangsaan (AELB) yang hanya memikirkan impak radiasi dan tahap radioaktif," kata Fuziah dalam sidang media selepas bertemu Arthur.

Fuziah memberi contoh betapa AELB tidak dapat berfungsi seperti EPA kerana sekatan jurisdisi dan penguatkuasaan lemah dari Kerajaan Malaysia sendiri.

"Di Zon Penghadang (Buffer Zone) Australia, ada radius 30 km, tak boleh ada penduduk. Di Gebeng ada 70 ribu penduduk dalam radius 30 km itu. Kami bimbang Lynas mengambil kesempatan dengan undang-undang Malaysia," kata Fuziah lagi.

Pengerusi Kempen Anti Lynas, Vincent Jiam pula mahu Lynas keluar dari Malaysia pada akhir Ogos ini.

"Kita dapat lihat perkembangan di Australia sekarang yang menekan hal Lynas. Kita harap Lynas dapat keluar dari negara ini sebelum 31 Ogos. Ia hari kemerdekaan kita. Apa guna kemerdekaan jika kita tidak dapat bebas, dan sisa radioaktif akan kekal selama berjuta tahun," kata beliau.

Beberapa aktivis dan Wakil Rakyat Pakatan Rakyat turut hadir memberi sokongan.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Exco Pelancongan, Elizabeth Wong dan Exco Sains dan Teknologi, Rodziah Ismail.

Rodziah ketika ditemui media menyatakan betapa Kerajaan Selangor menyokong bantahan tersebut kerana bertentangan dengan agenda pembangunan insan.

"Saya datang untuk nyatakan sokongan Kerajaan Selangor dan sama-sama meminta Lynas memberhentikan operasi Sekarang. Stop Lynas Now!

"Rakyat berhak tahu dari sudut keselamatannya. Yang saya tahu Australianya pon tak benarkan kenapa kita nak benarkan di sini ?," tegas beliau.

Semak Semula Subsidi IPP, Kerajaan UMNO BN Akhirnya Akur

Posted: 20 May 2011 02:18 AM PDT




SHAH ALAM 20 MEI : Akhirnya kerajaan pemerintah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak akur pada desakan Pakatan Rakyat dan sekali lagi menciplak tawaran Buku Jingga, iaitu mahu menyemak semula subsidi yang diberikan kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pakatan Rakyat sebelum ini berkali- kali mendesak kerajaan pemerintah agar menarik balik subsidi IPP dan dimanfaatkan kepada rakyat marhaen yang dicengkam kesulitan hidup.

Rakyat sebelum ini dihambat dengan penarikan balik subsidi gula dan bakal berdepan dengan harga bahan bakar yang berkemungkinan untuk naik lagi, termasuk RON95.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi Tv Selangor berkata beliau menyambut baik kesanggupan kerajaan untuk menyemak semula dan mengurangkan subsidi bahan bakar kepada IPP.

Beliau menegaskan langkah menyemak semua subsidi yang diberikan kepada IPP sepatutnya dilakukan kerajaan pemerintah sejak dahulu lagi.

"Kita menyambut baik segala langkah kerajaan yang memberi kebaikan kepada rakyat. Kami telah menyatakan perlunya segala penstrukturan subsidi dibuat. Subsidi kepada IPP melibatkan jumlah yang besar dan dan signikifan," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Perdana, Datuk Seri Idris Jala memaklumkan buat masa ini IPP menikmati sebahagian besar subsidi bagi barangan berasaskan petroleum yang dibekalkan oleh kerajaan pusat dan kontrak mereka hampir luput dan subsidi berkenaan akan disemak semula.

IPP adalah entiti swasta yang memiliki kemudahan bagi membekalkan tenaga elektrik untuk dijual.

Sehingga kini terdapat 26 IPP di seluruh negara dan semua mereka menikmati pembelian harga gas dan barangan berasakan petroleum pada harga diskaun.

Pada tahun 2008, subsidi gas kepada IPP bernilai RM8.1 bilion, manakala Tenaga Nasional Bhd pula menerima RM5.7 bilion.

"Kita dah lama menyatakan perkara tersebut dan kerajaan akhirnya mendengar pandangan kami dan pandangan rakyat, itu satu kebaikkan. Tapi ia belum lagi (penarikan subsidi IPP) boleh membetulkan seluruh struktur sistem subsidi ini.

"Yang penting akhirnya, keputusan kerajaan menarik balik subsidi ataupun mengenakan cukai sama ada GST dan sebagainya ia adalah keputusan kerajaan. Jadi rakyat akan melihat, negara akan menilai segala dasar kerajaan," katanya.

Dr Dzulkefly menambah cadangan kajian semula ini dilihat mirip kepada apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat sekiranya diberi mandat memerintah Putrajaya kelak.

"Kalau dilihat cadangan Buku Jingga yang ingin mengembalikan pelbagai khazanah negara kepada rakyat. Bila rakyat minta kemudahan ada saha alasan. Bila memberikan kepada kroni, ada pula wang. Semua ini adalah jelas seperti cakap tak serupa bikin" ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan persekutuan meciplak idea Buku Jingga dengan memberikan isentif kepada warga pendidik selain tindakan memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur- Barat (Metramac).

Pemansuhan tol ini dilakukan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang dijadualkan 31 Mei 2018.

Pakatan yakin tawan semula Perak

Posted: 20 May 2011 12:42 AM PDT



PARIT BUNTAR, 20 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, Perak bakal diterajui PR semula pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kerana sokongan rakyat semakin meningkat dan akan menafikan BN yang merampas kuasa sebelum ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas peluang Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di negeri ini.

Katanya, Umno BN Perak seharusnya cermin diri dahulu sebelum berkata PR wujud masalah dalaman.

Hakikatnya, kata beliau kemelut dalaman BN telah menjadikan parti itu lesu dan gagal mengurus tadbir negeri dengan baik dan mereka bercakaran sesama sendiri menyebabkan rakyat semakin terabai.

Tambahnya, pendedahan Ketua Pembangkang Dun Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin bahawa terdapat Adun BN yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri yang disoal siasat SPRM selama lima jam baru-baru ini berikutan kes rasuah, sehingga kini gagal dijawab oleh Menteri Besar, Datuk Dr Zambry termasuk ketika ditanya dalam sidang Dun lepas.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS negeri berkata, PR Perak amat komited dengan misi kebajikan kepada rakyat, walaupun cuma sempat memerintah selama 11 bulan, banyak isu dan perkara berjaya diselesaikan dengan baik.

Beliau juga mendedahkan kerajaan BN Perak telah menciplak dasar-dasar kebajikan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

"Antaranya dasar pemberian tanah kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah SUWA, pemberian sagu hati kepada anak-anak Perak yang berjaya ke IPTA, dasar tanah, meneruskan penubuhan jawatan kuasa hal ehwal bukan Islam dan banyak lagi," ujarnya.

Khalil yang juga Adun Titi Serong mendakwa kekayaan negeri diagihkan kepada kaum keluarga terdekat dengan sewenang-wenangnya.

"Oleh kerana terlalu sibuk mengagihkan kekayaan negeri kepada keluarga sehingga telah menyebabkan nasib rakyat terabai, kini janji membela rakyat cuma tinggal janji sahaja," katanya lagi.

Menurutnya, legasi Pakatan Rakyat telah menghasilkan kesan positif di hati rakyat dan yang pastinya rakyat negeri Perak merindukan perkara tersebut dan akan meneruskan sokongan seperti mana pada Mac 2008 lalu.

Tambahnya, BN tetap akan ditolak walaupun mereka menaburkan janji politik yang merupakan pemanis mulut untuk kekal berkuasa sedangkan merekalah pengkhianat sebenar kepada rakyat Perak dan Malaysia selepas lebih 50 tahun memerintah.

"PR Perak komited menjalankan sesi penerangan ke seluruh negeri, pemimpin Pakatan Rakyat Perak di semua peringkat telah bekerja keras untuk memastikan maklumat tentang kerja jahat Umno BN sampai ke pengetahuan rakyat.

"Kita juga menyampaikan maklumat mengenai prestasi baik yang dicapai oleh negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah dinafikan pemberitaannya oleh media massa yang dikawal ketat oleh BN," katanya.

Tambahan pula, katanya dengan ledakan maklumat melalui internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya akan memudahkan maklumat diterima rakyat dan cetusan gelombang maklumat ini akan mempercepatkan kejatuhan BN di Perak.

"Rakyat semua bangsa dan agama perlu berganding tenaga bagi menjatuhkan BN pada PRU 13 nanti, jangan biarkan BN terus menipu dan perompak hak rakyat negeri Perak," katanya.


Guan Eng : ETP Gagal Tingkatkan Ekonomi M'sia

Posted: 20 May 2011 12:30 AM PDT






KUALA LUMPUR 19 MEI : Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang begitu disanjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'gagal' selepas Malaysia jatuh enam anak tangga dalam skala persaingan global tahun ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Malaysia kini berada di tangga ke 16 daripada 20 negara dalam senarai kedudukan 'Daya Saing Ekonomi' 2011 oleh Institut Pembangunan Pengurusan daripada tangga 10 tahun lalu.

"Dengan jelas ETP bukan sahaja gagal dalam memerangi rasuah tetapi turut gagal dalam memperbaiki kebertanggungjawaban dan ketelusan, " kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menambah kedudukan Malaysia bertambah teruk dalam Indeks Persepsi Korupsi (CPI) oleh badan Transparency International setelah jatuh ke tangga 56, setaraf negara seperti Namibia dan Turki.

Menurut Guan Eng lagi, ETP semakin sukar dalam memacu pertumbuhan ekonomi ke sasaran 6 peratus setahun.

Malah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan kesederhanaan 4.6 peratus untuk suku pertama tahun 2011 berbanding 10.1 peratus suku pertama tahun lalu dan 4.8 peratus pada suku keempat tahun lalu.

Guan Eng menegaskan pentadbiran Najib perlu menyelesaikan 3 masalah untuk membolehkan ETP memberi kesan iaitu korupsi, Migrasi Cerdik Pandai ke negara lain (Brain Drain) dan liputan jalur lebar yang lemah.

"Malaysia mempunyai perkhidmatan jalur lebar yang teruk dan kadar penetrasi rendah iaitu di bawah 50 peratus. Ditambah pula dengan lebih dua juta golongan cerdik pandai dan berbakat berhijrah ke negara lain sejak Merdeka, kejatuhan daya saing Malaysia memang dijangka," kata Guan Eng.

Anwar: Tak perlu 'ISA' Ibrahim Ali

Posted: 20 May 2011 12:27 AM PDT




SHAH ALAM 20 MEI : Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian, lapor Malaysiakini.

Sebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan.

Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.

Namun, menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula sekadar menyatakan bahawa amaran seperti yang disuarakan oleh Ibrahim itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia – maka tidak adil sekiranya Ibrahim sahaja yang dikenakan tindakan.

Ibrahim pula ketika mempertahankan ucapannya itu berkata, slogan jihad yang dilaungkannya ke atas golongan Krisitian itu "tidak bermaksud berbunuh-bunuhan dengan orang Kristian atau orang bukan Islam" tetapi sekadar untuk "menggemparkan" bagi tujuan menyedarkan orang ramai.

Bagi Anwar, Umnolah yang bertanggungjawab membiarkan kenyataan melampau dan juga penghinaan ke atas gereja Kristian seperti itu berterusan.

"Memang ada undang-undang untuk menyiasat (kenyataan Ibrahim) tetapi bagaimana untuk menyiasat sekiranya ia dipromosikan (dan) disokong oleh pemerintah? Penyelesaiannya? Berilah rakyat faham dan jangan undi mereka.

"Tidak kiralah apa yang Nazri kata, dia tidak ada kredibiliti. Saya tidak fikir dia mewakili suara-suara rasional ataupun yang berdasarkan undang-undang, jadi saya tidak fikir dia mewakili apa-apa yang positif.

"(Kenyataannya) kurang adab kesopanan, hanya untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakyat. Patutkah satu negara bertamadun membiarkan sentimen seperti ini selepas separuh dekad mengecap kemerdekaan?," katanya lagi dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Anwar juga memegang prinsip yang sama ke atas akhbar Utusan Malaysia yang bertanggungjawab menyiarkan dakwaan kononnya terdapat usaha daripada pemimpin Kristian untuk menukar agama rasmi persekutuan dan juga melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

"Ada banyak undang-undang dan suruhanjaya yang boleh menanganinya... Tapi tentulah naif sekiranya kita menganggap bahawa Umno akan mengambil apa-apa tindakan ke atas lidah parti mereka sendiri, yang mana fungsinya ditetapkan oleh presiden parti yang menjadi perdana menteri negara ini.

"Saya bukanlah... kata orang, fatalistik atau acuh tidak acuh. Saya kata, ini perlu dijelaskan. Najib tidak boleh terus berkata 'Oh, Utusan, susah', tapi saya tahu Utusan dan bagaimana ia dikendalikan," katanya lagi.


Penduduk Setinggan Bawa Ular Sawa Jumpa MB Perak

Posted: 20 May 2011 12:23 AM PDT





IPOH 19 MEI : Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung DBI membawa seekor ular sawa ke pejabat Menteri Besar Zambry Kadir.

Tindakan itu untuk menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampongan setinggan itu.

Seorang penduduk dilaporkan mati akibat dipatuk ular.

Mereka juga membantah kegagalan kerajaan Umno-BN gagal menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dijanjikan 14 tahun lalu.

Penduduk terbabit merangkumi golongan berpendapatan rendah dan ramai antara mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar.

Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka juga berdepan dengan soal keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran bebas sekian lama.

Buntu dengan nasib diri, penduduk terbabit mengambil keputusan menangkap seekor ular sawa untuk diserahkan bersama surat aduan kepada pejabat Zambry pagi tadi.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, Zulkefli Abdullah manakala ular itu di ambil oleh sepasukan anggota bomba.

Penduduk mendakwa ular sering memasuki kawasan rumah mereka dan ramai daripada mereka menjadi mangsa patukan ular.
Penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

"Kita bawa ular sawa supaya Menteri Besar sendiri boleh tengkok masalah macam mana yang kita hadapi," kata wakil penduduk S. Subramaniam.



Peranan RoS Bimbing, Bukan Haramkan Pertubuhan

Posted: 20 May 2011 12:15 AM PDT



SHAH ALAM 20 MEI : Pendaftar Pertubuhan (RoS) digesa memainkan peranan untuk membantu menyelesaikan masalah sesuatu pertubuhan bukannya bingkas mengugut untuk mengharamkan mana- mana pertubuhan yang berdaftar dibawahnya.

RoS juga didesak melatih semula pegawai mereka supaya meneliti terlebih dahulu sebarang aduan yang diterima sebelum mengambil tindakan seraya menggambarkan ia tidak ubah seperti alat kepada kerajaan pemerintah, mahu menguburkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Kim berkata demikian mengulas tindakan gelojoh RoS menghantar notis mahu membatalkan pendaftaran parti itu, kononnya melanggar peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR kerana memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

"Mereka tidak professional, tidak membuat semakan yang teliti dan seharusnya mereka perlu menghalusi peruntukkan parti berkenaan, sekiranya ada kes ambil penjelasan dulu daripada kedua-dua pihak selepas itu baru cari jalan pendamaian, sekalipun telah melanggari peraturan kita ada banyak jalan penyelesaian," katanya.

Menurut Teng, tindakan disiplin dalam parti adalah perkara biasa dan bukan PKR sahaja yang mempunyai masalah dalaman tetapi semua parti termasuk UMNO BN.

"Kalau ada aduan itu biasa, tapi kalau jabatan pendaftaran mahu ambil tindakan drastik untuk membatalkan pendaftaran sesebuah parti politik kerana ada aduan, saya rasa mereka akan sibuklah sebab semua parti ada masalah, UMNO pun ada masalah parti dalaman," katanya.

Sebagai reaksi kepada tindakan RoS yang mensabitkan dakwaan rapuh terhadap PKR, parti itu bertindak membuat sidang media di ibupejabat PKR di Tropicana menjelaskan kekeliruan yang timbul.

Setiausaha Agong PKR, Saifuddin Nasution menjelaskan peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti.

Yang ada cuma fasal 32 "yang tidak langsung berkaitan dengan isu displin dan Lembaga Displin".

Fasal 32 memerincikan bahawa Majlis Pimpinan Pusat mempunyai kuasa muktamad menyelesaikan sebarang pertikaian mengenai tafsiran perlembagaan atau peraturan tetap mengenai kongres parti.

Malah Ahli yang dinamakan sebagai Rajagopal dalam notis ROS itu juga tidak wujud.

Ahli yang dipecat oleh PKR adalah Jayagopal dan bukan Rajagopal a/l Andaikkalam seperti yang didakwa RoS.

Mengulas lanjut isu ini, Teng tidak menolak bahawa tindakan drastik RoS disulami unsur sabotaj berikutan tuduhan seperti ini tidak pernah dilakukan terhadap parti-parti lain.

Tambahnya lagi, DAP dan PAS tidak ada masalah untuk meminjamkan logo parti mereka kepada PKR jika RoS tetap mahu membatalkan pendaftaran parti itu, namun beliau percaya PKR akan buat pendaftaran parti yang baru kerana PKR mempunyai falsafah dan identiti tersendiri.

"Saya kira rakan parti dalam Pakatan (PAS&DAP) sudah pasti sudi untuk meminjam lambang kita untuk rakan kita dari PKR untuk bertanding," ujar Teng.

'Kadar Tarif Elektrik Dijangka Dinaikkan'

Posted: 20 May 2011 12:14 AM PDT






SHAH ALAM 19 MEI : Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.

Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT