Isnin, 9 Mei 2011

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Bilakah Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13?

Posted: 09 May 2011 07:28 PM PDT


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak sesuai diadakan tahun ini kerana rakyat masih berbelah bagi, selain sentimen perkauman semakin menebal.

Selain itu, mantan Perdana Menteri Malaysia itu juga berkata kerajaan mempunyai banyak masa membetulkan kelemahan dalam negara, khususnya berkaitan isu perkauman.

'Saya berpendapat ia (PRU) tidak harus diadakan tahun ini. Bagaimanapun, terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Kadangkala saya terlupa bahawa saya bukan lagi Perdana Menteri,' katanya di sini kelmarin.

Dr Mahathir berkata beliau risau dengan perpecahan di kalangan rakyat buat masa ini yang teruk berbanding masa-masa lalu.

Antara isu terbaru ialah mengenai dakwaan adanya pihak sedang berusaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.

Datuk Seri Najib bagaimanapun menggesa semua pihak supaya bertenang dan tidak mengeksploitasi isu agama, sebaliknya mencari fakta yang sebenar.

Ditanya tarikh yang sesuai untuk mengadakan PRU, Dr Mahathir berkata, kalau boleh biarlah sehingga tempoh berakhir.

'Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012. Paling penting ialah tiba masanya BN memilih calon bebas rasuah untuk bertanding bukan mereka yang ada kepentingan,' katanya.

Barisan Nasional (BN) berhadapan dengan kekalahan terburuk dalam sejarah pilihan rayanya tiga tahun lalu dengan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan empat negeri lagi.

Menurut Dr Mahathir, perpecahan kaum tidak pernah berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.

'Saya merasakan rakyat berpecah, perpecahan kaum berada di kemuncak.

'Pada masa lalu, kaum Cina tiada masalah dengan BN, pada 1999, meskipun (insiden) mata lebam Anwar, pembangkang mendapat sokongan Melayu tetapi rakyat Cina menyokong BN. Kita masih ada dua pertiga ketika itu,' katanya.

Dalam ucapannya kepada Umno Selangor, Datuk Seri Najib baru-baru ini membayangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Laman berita The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Najib kemungkinan menangguhkan pilihan raya sehingga akhir tahun ini atau awal 2012 memandangkan partinya sedang memberi tumpuan menjana dana pembiayaan pilihan raya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum kemungkinan diadakan sebelum Ramadan ini. -- Agensi.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


CHEGU BARD, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Posted: 09 May 2011 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

CHEGU BARD atau Badrul Hisham adalah tokoh muda dari Rembau di dalam AMK yang cuba ditonjolkan sebagai Ketua AMK di dalam pemilihan pimpinan parti yang lalu. Awalnya percaturan sungguh cantik, penyandang jawatan Sdr Shamsul Iskandar dikatakan akan dinaik taraf untuk bertanding jawatan Naib Presiden manakala Chegu Bard akan bertanding sebagai Ketua AMK. Memang cantik percaturan ini, kemas dan mantap.

Difahamkan Chegu Bard awal-awal lagi memberi lampu hijau bahawa sekiranya beliau memenangi jawatan Ketua AMK, sokongan AMK tidak akan berbelah bahagi kepada Sdr Shamsul Iskandar untuk jawatan Naib Presiden. Persefahaman ini amat positif di dalam memantapkan PKR sendiri kerana kedua-dua tokoh ini mempunyai kehebatan yang tersendiri.

Malangnya, percaturan yang cantik ini tidak berlaku kerana secara tiba-tiba Sdr Shamsul yang pada awalnya membuat keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR telah membuat kejutan `U-Turn'. Ramai yang berpendapat sekiranya Chegu Bard bertanding menentang seorang lagi calon iaitu Sdr Rafizi Ramli, peluang Chegu Bard lebih besar bukan kerana Sdr Rafizi tidak layak tetapi masih terlalu awal untuk anak muda dari Terengganu itu untuk dikenali akar umbi di dalam AMK.

Apabila Sdr Shamsul membuat `U-Turn', maka pertembungan tidak dapat dielakkan lagi kerana Chegu Bard telah bersedia dengan jentera sokongannya sejak awal lagi. Chegu Bard tidak mampu untuk mengecewakan ramai penyokongnya yang mahu beliau memimpin AMK. Silapnya di sini, Sdr Shamsul tidak tetap pendirian dan beliau merosakkan percaturan yang amat baik untuk AMK. Saya penuh yakin, jika Sdr Shamsul bertanding jawatan Naib Presiden PKR sudah pasti bukan Dr Mansor Othman yang berada di kerusi itu sekarang.

Lajak perahu boleh diundur, lajak perbuatan terimalah akibatnya. Sememangnya dalam amalan demokrasi sesiapa pun boleh bertanding atau menarik diri mahu pun membuat `U-Turn'. Tetapi, semangat setiakawan dan kekentalan prinsip dan pendirian itu juga penting jika mahu ditabalkan sebagai pemimpin atau ahli politik. Sikap ini tiada pada Sdr Shamsul Iskandar, tetapi wujud dalam diri Chegu Bard. Maka, pertandingan pun berlaku akibat adik melawan abang. Malangnya, apabila adik melawan abang sewajarnya ibu atau bapa menjernihkan keadaan atau setidak-tidaknya berlaku adil kerana mereka berdua adalah anak beranak belaka.

Ini juga tidak dapat dilihat berlaku. Sadis bila melihat si adik `dikerjakan' oleh si abang dengan perlawanan yang berat sebelah. Maka, Chegu Bard tewas walaupun dengan majoriti yang amat tipis sekali. Penipuan dapat dikesan dengan nyata. Mana bukti dan mana saksi? Semuanya telah dikemukakan tetapi hasilnya hanya dengan sepatah perkataan iaitu `siasatan selesai'. Difahamkan siasatan selesai tanpa Chegu Bard dipanggil walau sesaat. Siapa boleh terima cara begini?

Baiklah, Chegu Bard memang dikatakan tewas walaupun beliau tidak mengiktiraf keputusan `pengadil' yang memberikan `sepakan penalti' tanpa berlakunya kekasaran atau menyalahi peraturan di dalam `kotak penalti'. Keputusan `Pengadil' muktamad kununnya. Chegu Bard tetap terus bersama PKR dan bekerja lebih kuat dari sebelum pertandingan merebut jawatan di dalam AMK. Adakah tanda-tanda itu menunjukkan Chegu Bard benci pada parti atau sayang pada parti?

Malang sekali, sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah beliau `dibelasah' di dalam pertandingan yang `senget' lalu kecundang, ada pihak yang masih tidak berpuas hati. Puak inilah yang dimaksudkan dengan `Trojan Horse' seperti yang disiarkan di dalam blog Chegu Bard di sini. Apa lagi yang tidak berpuas hati dengan anak muda yang banyak berkorban untuk parti ini? Besar sangatkah dosa Chegu Bard yang mahu membersihkan parti dari amalan yang lazimnya diamalkan oleh SPR itu? Mengapa ada dendam dan boikot serta provokasi terhadap beliau? Kenyataan Media PKR Cabang Rembau sendiri ada mengeluarkan cerita tentang isu ini di sini.

Saya merasakan ada baiknya parti memandang serius semua dakwaan ini kerana kita lihat perangai sakit hati dan iri hati masih ada di kalangan pimpinan kita. Paling tidak sanggup saya baca apabila ada pihak yang membabitkan tokoh utama parti sendiri iaitu Ketua Umum dan Presiden Parti terlibat sama. Saya tidak percaya mereka terlibat tetapi sukar untuk menjawab sekiranya ditanya mengapa tiada tindakan yang lebih tegas, adil dan jujur terhadap isu ini?/wfauzdin.blogspot.com

PAS DAN GERAKAN SAMA SAJA?

Posted: 09 May 2011 10:40 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BERSETUJU dengan gesaan Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon yang nampaknya mula naik `fade-up' dengan sebuah akhbar pencacai nombor Wahid. Akhbar ini jugalah yang `menyakitkan' hati dua parti Komponen Bn iaitu MCA dan Gerakan kerana menggatal mempromosi `1 Melayu 1 Bumi' yang jelas bertentangan dengan konsep 1 Malaysia tajaan Najib itu.

Di dalam kenyataan bekas KM P.Pinang itu di dalam Malaysiakini bagi mengulas tentang isu Kristian Agama Resmi, jelas pada kita akhbar ini memang patut dibenci oleh semua kaum. Jika ada yang masih ingin diperbodohkan oleh akhbar ini biarlah sekumpulan kecil Melayu yang bersongkok tinggi. Di dalam isu sensitif ini, Dr Koh Tsu Koon mengeluarkan kenyataan,
" GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Presidennya Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon berkata, ia penting bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku (Malaysiakini).

Dr Mujahid Yusoff seorang tokoh PAS juga turut mengulas yang memberi erti yang sama dengan Presiden Gerakan itu. Tokoh PAS ini mahu pihak Polis menyiasat dengan terperinci mengapa akhbar yang meloyakan ini mengambil sumber dari blog murahan semata-mata mahu rakyat berada di dalam resah gelisah? Bukan mudah untuk melihat pendirian tegas bersama di antara PAS dan Gerakan dan kali ini akhbar milik parti sekular bersemangat kebangsaan itu menjadi sasaran mereka.

Saya percaya pihak Polis akan tetap menyiasat walaupun mungkin mengambil masa agak lama seperti juga siasatan terhadap penayang video seks di Seri Carcosa yang sehingga kini masih belum didakwa. Jika yang menayang video seks itu mengaku sendiri melakukan perbuatan sumbang itu, pihak Polis mengambil masa agak lama juga untuk menyelesaikannya kita boleh jangka juga dengan kes ini apatah lagi jika pihak yang bertanggungjawab tidak mengaku melakukan `provokasi' serius ini.

Apa pun kita yakin semua ini tentu ada rahmat yang tersembunyi yang boleh menguntungkan perjuangan PR menuju Putrajaya. Di tengah kita dikalutkan dengan provokasi dan sensitiviti keagamaan ini, secara tiba-tiba kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Adakah kerana itu kita lupa bahawa kita terus dibelenggu dengan kesusahan akibat rejim ini?/wfauzdin.blogspot.com

BILA SUDAH TUA, HELAH MAHATHIR MUDAH DIBACA

Posted: 09 May 2011 01:47 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHATHIR di dalam rungutannya semalam agar Umno berubah, sempat lagi menghasut PAS agar keluar dari bersahabat dengan PKR dan DAP. Mantan PM ini mahu PAS berjuang bersendirian untuk bertempur dengan Umno yang beliau sendiri akui banyak rosaknya. Pelik bukan?

Jika beliau sendiri sudah maklum bahawa Umno masih `rosak' dengan gelagat pemimpinnya yang berjuang untuk kepentingan diri, maka eloklah mantan Presiden Umno ini memperbetulkan Umno terlebih dahulu. Tidak perlulah Mahathir cuba memperbaiki PAS yang tidak rosak teruk seperti Umno sekarang.

Mengapa Mahathir mahu PAS bersendiri? Mahathir ini diakui bijak orangnya, dan sudah tentu idea bernas Mahathir agar PAS bersendirian untuk menentang Umno ini ada sebab tertentu. Sebijak-bijak Mahathir, di kala usia yang lanjut tidak sukar kita membaca apa yang terkandung di dalam kepala otak pemimpin yang mencipta `Umno Baru' dan pernah keluar sekejap dari parti yang diciptanya itu.

Beliau tahu PAS bertambah kuat dengan adanya kerjasama dengan PKR dan DAP. Begitu juga PKR dan DAP bertambah kuat dengan sokongan PAS. Umno pula bertambah teruk apabila PKR, DAP dan PAS bergabung membentuk PR. Kerosakan yang dialami oleh Umno kini bertambah serius apabila MCA dan Gerakan kini mula `masam muka' kepada parti sekular bersemangat kebangsaan ini. MCA dan Gerakan naik pening dengan karenah `1 Malaysia', kemudiannya timbul pula `1 Melayu, 1 Bumi'.

Justeru itu, wajarlah Mahathir mahu PAS bersendirian kerana Mahathir mahu melihat PAS kembali seperti dahulu kala. Mahathir tidak boleh bayangkan jika kerana sokongan PAS kepada PKR dan DAP, kuasa yang ada ditangan Umno di Putrajaya akan ghuyub. Bila kuasa sudah tiada, mungkin beliau bimbang akan menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang belum diseret ke mahkamah lagi kini sudah terlantar sakit./wfauzdin.blogspot.com

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Misteri menyelubungi pembunuhan Osama

Posted: 09 May 2011 11:17 PM PDT

Suhaimi Mokhtar

Persekitaran dan suasana penuh misteri menyelubungi pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden oleh pasukan komando khas Amerika Syarikat (AS) di Abbottabad, Pakistan awal pagi Isnin waktu Pakistan dan hari Ahad 1 Mei di Washington.

Pembunuhan kejam dengan tembakan terhadap Osama dikepala dan dibahagian lain tubuh Osama yang dikatakan tidak bersenjata membuktikan tindakan keganasan pihak AS dalam misinya untuk membunuh pemimpin kesayangan umat Islam itu. Jika benarlah yang dibunuh itu adalah Osama, kerana ramai terutama umat Islam masih meragui, maka kini Osama adalah Al-Syahid Osama Bin laden.

Seterusnya DI SINI

KDN bantu Umno rampas Selangor - Zuraida

Posted: 09 May 2011 11:09 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa pihaknya telah berjaya mengesan bahawa seramai 2,000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jelas, katanya taktik kotor itu bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak.

"Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Datuk Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang," ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi PKR Selangor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, beliau juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan Najib.

Katanya, Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kini seharusnya lebih gentar dan berhati-hati kerana senario politik dan ritma kehendak rakyat kini sudah lebih matang dan tidak lagi mampu diperbodohkan dakyah media yang berat sebelah lagi.

Tambahnya, taktik Umno menggunakan media untuk menjatuhkan imej pimpinan dan Pakatan Rakyat nampaknya sudah gagal.

"Saya menyarankan agar mulai hari ini supaya Datuk Seri Najib bersedia kerana kami barisan pimpinan Keadilan Selangor akan mendedahkan lebih banyak bukti penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Umno selepas ini," ujarnya yang juga ahli parlimen Ampang.

Pendedahan taktik kotor Umno nak rampas Selangor

Posted: 09 May 2011 10:36 PM PDT

Kenyataan Media: 10 Mei 2011 (Selasa)

Hari ini saya mewakili seluruh pimpinan Keadilan Selangor mendedahkan bahawa kami telah berjaya mengesan bahawa seramai 2000 orang warga asing didakwa telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Hulu Selangor untuk tujuan proses pertukaran status kerakyatan, dengan mendapat bantuan penuh dari pihak Kementerian Dalam Negeri.

Jelas, taktik kotor ini bertujuan untuk memanipulasi undi agar dapat membantu Umno merampas semula Selangor pada PRU13 kelak. Saya yakin, ini hanya salah satu bukti dari beratus-ratus taktik kotor Dato Seri Najib Razak dan Umno Selangor yang telah dirancang.

Malah, saya juga yakin bahawa kerjasama dari pihak rakyat dalam menyalurkan maklumat penyelewangan seperti ini membuktikan suatu penolakan besar-besaran dari pihak rakyat sendiri terhadap dasar kepimpinan beliau.

Dato Seri Najib selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor kini seharusnya lebih gentar dan berhati-hati kerana senario politik dan ritma kehendak rakyat kini sudah lebih matang dan tidak lagi mampu diperbodohkan dakyah media yang berat sebelah lagi. Taktik Umno menggunakan media untuk menjatuhkan imej pimpinan dan Pakatan Rakyat nampaknya sudah gagal.

Saya menyarankan agar mulai hari ini supaya Dato Seri Najib bersedia kerana kami barisan pimpinan Keadilan Selangor akan mendedahkan lebih banyak bukti penyelewengan dan salah guna kuasa oleh Umno selepas ini.

Sekian. Terima kasih
YB HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
TIMBALAN PENGERUSI KEADILAN SELANGOR
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN MALAYSIA

Islam bukan Agama Rasmi, tidak termaktub dalam Perlembagaan - Majlis Peguam

Posted: 09 May 2011 10:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang peguam mendakwa, Islam bukan agama rasmi Malaysia kerana klausa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Persekutuan Majlis Peguam, Syahredzan Johan mendakwa, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah mencatatkan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini.

Mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi menggantikan Islam, beliau berkata bahawa akhbar berkenaan telah mentafsirkan Perlembagaan secara salah yang dianggap berbahaya yang boleh menimbulkan ketegangan agama di Malaysia

"Dalam terma Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama untuk Persekutuan, bukan rasmi atau tak rasmi. Hal ini jelas dalam Perlembagaan, Islam bukan agama rasmi," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa, lapor The Malaysian Insider.

Syahredzan memetik Artikel 3 bahawa "Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni dalam mana-mana bahagian Persekutuan dan menekankan tiadanya perkataan 'rasmi' dalam mana-mana peruntukan.

Katanya, seksyen berkenaan mestilah dibaca bersama Artikel 11yang menyatakan "Setiap orang berhak untuk mengaku dan mengamalkan agamanya sesuai dengan Klausa (4). - mStar

Kereta DSAI disabotaj

Posted: 09 May 2011 09:30 PM PDT

Sabotaj kereta, pemandu Anwar buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 28 tahun, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis di Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini.

Beliau membuat laporan itu kerana mengesyaki ada usaha jahat pihak tertentu mensabotaj kenderaan yang biasa digunakan Anwar dan keluarga.

Malah satu kemalangan telahpun berlaku pada 19 April yang lalu.

Sani ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, kejadian itu hampir mendatangkan kemalangan ketika kereta itu dinaiki Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika itu beliau memandu membawa Wan Azizah pulang dari satu program KEADILAN di Chemor, Perak.

"Masa balik dari Chemor dan kereta saya nak potong lori, tiba-tiba pemegang brek caliper terbuka (tercabut). Skru tercabut. Bila ia terbuka, kereta bergegar. Tuhan punya kuasa, mujur tidak kemalangan.
"Selama 28 tahun saya menjadi pemandu Datuk Seri, perkara ini tak pernah berlaku," katanya yang turut mempunyai bukti gambar bahagian brek tersebut.

Menurut Sani, apabila membawa kereta itu ke bengkel, beliau diberitahu oleh mekanik bahawa salah satu skru pada brek kereta Mercedes model S350 itu, tercabut.

"Kereta ini kali terakhir di hantar ke bengkel bulan 10 tahun lepas, kalau brek longgar pasti ia berbunyi," kata Sani. - Keadilan Daily

DAP tak boleh tukar agama rasmi negara - Khalid Samad

Posted: 09 May 2011 06:24 PM PDT

SHAH ALAM 9 MEI : Suara tidak sampai 20 peratus ahli DAP yang beragama Kristian dan sekitar 60 kerusi parlimen yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum di negara ini, ia jauh sekali untuk membentuk majoriti dua pertiga apatah lagi meminda Perlembagaan negara.

Menjelaskan hal itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, hujah bahawa DAP berhajat menukar agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan kepada agama Kristian adalah suatu hujah yang begitu dangkal dan fitnah terdesak pihak berkepentingan kerana ia suatu yang mustahil berlaku di negara ini.

Malah ia juga jelas Khalid adalah usaha bagi mengelirukan rakyat oleh Umno-Barisan Nasional demi mengekalkan kuasa dan cengkaman mereka ke atas masyarakat Melayu di negara ini.

"Saya haraplah umat Islam dan masyarakat Melayu tidak mudah tertipu, orang (ahli) DAP seperti mana saya sebut tak sampai 20 peratus daripada mereka adalah orang Kristian tak mungkin mereka boleh tukarkan perlembagaan negara.

"Kalau DAP menang semua kerusi yang mereka tandingi pun paling maksimum hanya boleh dapat 60 kerusi daripada 222.

"Kalau nak tukar perlembagaan dan sebagainya, nak jadikan negara Kristian dan sebagainya, DAP kena menang paling kurang 140 kerusi untuk menjadikan dua pertiga dan ianya satu perkara yang mustahil dan ini tak diberitahu pada orang Melayu. Orang Melayu di kampung-kampung ditakut-takutkan," katanya ketika ditemui Tv Selangor pada sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan, semalam.

Jelas Khalid, sikap terdesak Umno-BN ini hakikatnya "memaksa" masyarakat Melayu untuk terus hidup dalam keadaan bimbang, takut dan kecurigaan yang berpanjangan terhadap kaum lain di negara ini.

Ia sekaligus digunakan untuk melemah dan memburukkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti pelbagai kaum yang memperjuangkan hak sama rata rakyat di negara ini.

"Ini cara bagaimana orang Melayu kita ini diperbodohkan dan ditakut-takutkan demi kepentingan Umno- Barisan Nasional," katanya.

"Mereka (Umno-BN) dalam keadaan kelam kabut dan mereka main apa saja isu yang mereka rasa boleh menyebabkan orang Melayu takut pada Pakatan Rakyat yang menyebabkan orang Melayu ini lari kepada mereka,"tambahnya lagi - Khalid Samad blog

Andai PAS keluar Pakatan, BN terus memerintah sampai kiamat - Mat Sabu

Posted: 09 May 2011 05:04 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Sambil mempertahankan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata, Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak kerana tidak putus-putus menggesa parti Islam itu keluar daripada perikatan tersebut.
Tegas Mohamad, sekiranya PAS bertindak keluar Pakatan Rakyat, secara automatik BN akan terus memerintah negara "sehingga hari kiamat."

"Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia (BN) tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN.

"Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat... tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu", BN kini bergantung kepada kekuatan Umno selepas parti komponen lain dilihat seperti "hidup segan, mati tak mahu."

"BN sudah hilang tongkat, MCA dan Gerakan seperti hidup segan, mati tak mahu... tongkat BN hanya pada Umno.

"Kalau Umno rebah, rebahlah BN dan kawasan Melayu yang Umno wakili akan jadi milik Pakatan Rakyat... sebab itu saya katakan kalau PAS keluar Pakatan Rakyat sama ada secara bersendiri atau bersama BN selamatlah Umno sebab dapat nafas baru," kata Mohamad sambil menggesa ahli parti Islam itu tidak terpedaya dengan pandangan dari "nakhoda kapal yang sedang tenggelam" - merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Dr Mahathir yang mengatakan PAS perlu bertindak di luar Pakatan Rakyat kerana gabungan tiga parti perikatan itu adalah palsu dan merugikan orang Melayu.

Dr Mahathir berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi jika PAS mahu bertanding menentang Umno, biarlah parti tersebut berada di luar Pakatan Rakyat.

"Jika PAS mahu kembali kepada BN seperti era 70-an lalu, saya percaya BN akan menerimanya.

"Mahu lawan Umno, mahu pecah undi Melayu, lawanlah, kita tiada masalah. Tetapi kalau boleh PAS jangan bekerjasama dengan PKR dan DAP," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut menegur PAS kerana perjuangan mereka sekarang dilihat amat jauh menyimpang daripada perjuangan asal yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam dengan undang-undang syariahnya sekali.

Katanya, PAS dahulu tidak boleh melihat dan mendengar perkataan DAP tetapi kini parti tersebutlah yang paling hadapan sekali mempertahankan DAP dalam banyak isu.

"Apa sudah jadi dengan pemikiran orang Melayu Islam PAS? Semuanya sudah tunggang-langgang sekarang," katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Najib mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Mahathir tidak perlu untuk terlibat dalam politik negara, sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menangani isu-isu sensitif yang berlaku.

"Sebagai bekas perdana menteri, beliau (Dr Mahathir) perlu bertindak sebagai penasihat yang baik kepada rakyat dan kerajaan terutamanya dalam isu kaum dan agama serta isu-isu sensitif, saya pasti dengan pengalaman yang beliau ada, beliau tahu dan faham masalah yang dialami negara.

"Beliau patut bertindak ke arah perpaduan rakyat bukan menyemarakkan lagi api perkauman dan dari sudut PAS kita lihat PAS dengan gabungan dalam Pakatan Rakyat mula diterima rakyat, malah rakyat sudah mula menolak parti yang bersifat perkauman," katanya.

Selain itu, menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan yang meminta parti Islam itu keluar Pakatan Rakyat.

"Pada pandangan saya parti komponen BN masih lagi berfikiran lama dengan sikap double standard antara kaum, sebagai contoh bila pemimpin Umno bercakap dengan prang Melayu mereka minta tolak PAS sebab PAS berkawan dengan DAP tapi bila bersama masyarakat Cina mereka takutkan dengan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

"Jadi PAS tidak akan melayan gesaan itu," katanya.

Seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir itu adalah untuk menyelamatkan Umno-BN dan bukan untuk selamatkan negara.

"Pertama sekali ia adalah pandangan peribadi dan beliau boleh kata apa sahaja yang beliau nak katakan, bagi PAS apa yang penting bukan apa yang beliau katakan tapi adalah untuk melakukan perubahan dalam negara.

"Itu yang lebih penting daripada mahu mengajak PAS keluar Pakatan Rakyat, saya terkejut bila Dr Mahathir kata seperti itu... orang seperti beliau yang mempunyai pengalaman harus menasihatkan parti politik melakukan perubahan bukan ajak PAS keluar Pakatan Rakyat, itu memalukan diri sendiri sahaja," katanya

Justeru kata Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Apa yang lebih penting bukan soal PAS baik dengan DAP atau PKR tapi apa yang kita lakukan adalah seruan supaya rakyat melakukan perubahan untuk menggantikan Umno-BN.

"Kenyataan Dr Mahathir itu lebih melihat untuk selamatkan Umno-BN bukan nak selamatkan negara, malulah sikit," katanya. - TMI

Orang buat demo nak mansuh tol. orang UMNO Bagan buat demo sebab jalan tak dak tol ... bodoh piang hahaha

Posted: 09 May 2011 04:33 PM PDT

Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di Butterworth menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol, malah bermain dengan api menerusi pembohongan bahawa DAP ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri yang beragama Kristian, semuanya untuk meraih sokongan kaum Melayu tidak kira apa kosnya.

Demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) semalam menunjukkan permainan politik bahaya UMNO yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5juta. Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh UMNO ini menyebar kata-kata bohong secara terang-terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya.

Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak UMNO untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata- mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun. Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras-kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.

Kegagalan menghentikan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan Malaysia ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja. Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini.

DAP telah mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimanamana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan adalah juga termaktub dalam perlembagaan parti DAP.

DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati ianya mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal untuk menghalang Utusan Malaysia daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tidakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar. Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu?

Double- standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik UMNO yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.

Dalam demonstrasi terhadap saya semalam, UMNO memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol yang dibuka semalam di Jalan Bagan 29-Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan telah berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta. Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang telah berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini telah dilakukan melalui pengawasan rapi daripada EXCO Kerajaan Pulau Pinang, YB Lim Hock Seng.

Ini adalah kes yang klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih-lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender tebuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu.

Sangat menyedihkan apabila UMNO sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan PR. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. PR pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol.

BN dan UMNO mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan PR Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterwrorth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip dan Polisi Bangunan Kebangsaan antara BN dan PR.

Walau bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan UMNO tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa.

Rakyat Malaysia tanpa kita kaum dan agama harus berdiri bersama- sama menentang UMNO dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/ 1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC.

Dipetik daripada blog Lim Guan Eng

sumber - SH

STONENi geng, awat la hangpa dok buat lagu tu, malu kat orang wei. Kalau ya pun hangpa tak suka pembangkang, tapi  kalau benda yang elok tu, terima lah. Taksuka ka benda free woi? ...
mentang-mentang projek tu oleh kerajaan (pembangkang), walau benda yang baik (percuma) pun hangpa bangkang, bantah. hangpa buat malu orang kampong la. dalam kepala otak hangpa tu dah tersemat, kalau kerajaan pembangkang buat saja semua tak baik, semau tak betoi, semau nak kena bantah ....  
Ni mamu, jangan dok buat lagu tu na ...... haramjadah

Anak Kartika Sari sangkut celah akar

Posted: 09 May 2011 04:04 PM PDT

Oleh Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

SUNGAI SIPUT: Air sungai yang surut hingga 1.5 meter membolehkan mayat Muhammad Azfar Muhammad Affandi, 9, iaitu anak lelaki sulung Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, ditemui terapung dan tersangkut pada akar kayu di tebing Sungai Perak, awal pagi semalam.

Muhammad Azfar yang mengalami masalah pertuturan dan kecacatan akal itu dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman inap desa milik keluarganya di Kampung Jawang, di sini, pada tengah hari Sabtu lalu dan dipercayai terjatuh ke dalam sungai. Penemuan itu mengejutkan semua pihak berikutan sepanjang tempoh 48 jam kehilangannya, beberapa bomoh dan pengamal perubatan tradisional memberi petunjuk bahawa Muhammad Azfar hilang di dalam hutan berdekatan rumahnya sebelum petunjuk itu beralih ke arah sungai.

Sebelum itu, beberapa buah bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berulang kali melalui kawasan mayat kanak-kanak itu ditemui sejak dua hari lalu, namun gagal menemui apa-apa petunjuk.

Namun, mulai malam kelmarin, air sungai tiba-tiba surut berbanding kedalaman sebelum ini iaitu sekitar 3 hingga 4.5 meter sekali gus memudahkan operasi menyusuri tebing untuk mencari mayat mangsa.

Mayat Muhammad Azfar ditemui bapa saudaranya, Muhammad Hatta Shukarno, 37, kira-kira jam 1.30 pagi semalam kira-kira satu kilometer dari kediaman ketika dia sedang menyusuri tebing sungai itu menaiki bot.

Muhammad Hatta berkata, ketika ditemui, separuh badan arwah terapung dengan kepala mendongak di atas air, manakala kakinya pula tersangkut pada akar kayu di tebing sungai.

Beliau berkata, keadaan muka, tangan dan kaki arwah juga sudah membengkak dan lebam dipercayai sudah lama berada di dalam air.

"Ketika menyusuri tebing sungai itu, saya terkejut apabila cahaya lampu suluh saya menghala ke arah sekujur tubuh manusia dalam keadaan terapung.

"Sebaik mendekati, saya terkejut apabila mendapati mayat itu adalah Muhammad Azfar. Saya cuba menarik mayat arwah untuk dibawa ke atas bot, namun gagal kerana tersangkut pada akar kayu sebelum mendapatkan pasukan anggota bomba dan penyelamat," katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Sungai Siput (HSS) di sini pagi semalam.

Turut sama berada di hospital adalah Kartika bersama bekas suaminya, Muhammad Affandi Amir, 40, dan bapa Kartika, Shukarno Abd Mutalib, 62.

Sementara itu, Kartika berkata, dia reda dengan pemergian anak lelakinya itu, malah naluri keibuannya kuat mengatakan bahawa dia akan kehilangan Muhammad Azfar.

"Pada hari pertama dia hilang Sabtu lalu, saya sudah menjangka ada malapetaka buruk yang menimpanya namun saya kuatkan hati dan tabah menanti serta berharap dia ditemui dengan selamat," katanya.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim ketika dihubungi semalam mengesahkan penemuan kanak-kanak itu yang ditemui terapung di Sungai Perak dalam keadaan kaki tersangkut pada akar kayu kira-kira satu kilometer dari kediaman inap desa keluarga mangsa di Kampung Jawang, di sini.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui bapa saudara mangsa, Muhammad Hatta yang menyusur tebing sungai itu kira-kira jam 1 pagi sebelum menemui mangsa kira-kira jam setengah jam kemudian.

"Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan keadaan mayat mangsa yang tersangkut pada akar kayu sebelum membawanya ke HSS untuk dibedah siasat," katanya.
Katanya, jenazah mangsa dituntut ahli keluarganya kira-kira jam 12 tengah hari semalam sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Jawang, Karai untuk dikebumikan selepas solat Zuhur semalam

ISA : Seorang ditahan

Posted: 09 May 2011 08:52 AM PDT

Warga Singapura Ditahan Di Bawah ISA

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan warganegera Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan berkata, individu terbabit yang dikenali sebagai Abdul Majid Kunji Mohamad disyaki menyalurkan dana dan bantuan logistik kepada sebuah kumpulan militan yang beroperasi di Selatan Filipina.

"Dia ditahan kerana ada sebab-sebab mempercayai bahawa penglibatannya boleh memudaratkan keselamatan Malaysia," katanya di sini, Isnin.

Abdul majid yang beralamat di Kuala Lumpur ditahan pada Jumaat lalu - mStar

Apa salah Kristian jadi PM, kata Bernard Dompok

Posted: 09 May 2011 06:50 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra May 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata, tidak menjadi masalah jika perdana menteri Malaysia itu seorang beragama Kristian.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) itu menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri yang beragama Islam yang boleh menerajui kerajaan.

"Bagi persoalan seorang perdana menteri Kristian, apa masalahnya, saya tidak nampak.

"Lagipun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan soal agama dalam soal melantik perdana menteri, satu-satunya syarat adalah mendapat sokongan dalam Parlimen.

"Jika orang Iban, Bidayuh, Kadazan, Murut, Kelabit, Cina atau India yang memenuhi peruntukan Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, dia boleh menjadi perdana menteri negara ini," kata Dompok.

Tambah beliau, kedudukan Islam sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan ia telah diterima semua pihak.

"Semua orang bukan Islam menerima Islam dalam Perlembagaan dan di Malaysia kita bebas untuk mengamalkan agama masing-masing," katanya.

Bagaimanapun tegas Dompok, laporan Utusan Malaysia bertajuk "Kristian Agama Rasmi?" tanpa mengesahkan kesahihannya akan menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara.

"Bagaimana sebuah akhbar boleh menyiarkan laporan dengan memetik daripada penulis blog? Ia tidak bertanggungjawab. Saya telah beberapa kali ke gereja dan selama ini mereka berdoa yang baik mengenai negara, pemimpin dalam kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Sesungguhnya doa yang dibuat itu adalah untuk kesejahteraan negara dan pemimpin-pemimpin," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri daripada kalangan penganut itu.

Utusan Malaysia juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.

Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan kelmarin.

Bagi pakar undang-undang Prof Abdul Aziz Bari berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menuntut hanya perdana menteri beragama Islam boleh menerajui kerajaan pusat dan keperluan seperti itu bertentangan dengan undang-undang sedia ada.

"Peruntukan bahawa perdana menteri mesti seorang yang beragama Islam tidak selaras peruntukan di bawah Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan," katanya -TMI

Emel 1Malaysia tak jamin keselamatan, maklumat peribadi

Posted: 09 May 2011 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia digesa supaya tidak mengguna atau melanggan khidmat Emel 1Malaysia kerana ia tidak menjamin keselamatan dan maklumat peribadi diceroboh pihak berkuasa.

Sebuah blog menyatakan, rakyat Malaysia perlu menolak perkhidmatan emel berkenaan meski ia diberi secara percuma oleh kerajaan.

"Ia tidak menjamin keselamatan dan hak keperibadian anda. Rakyat mempunyai ruang untuk memilih penggunaan email percuma seperti Yahoo, Hotmail dan Gmail. Kenapa diri anda perlu menanggung risiko yang tinggi akibat penggunaan email 1Malaysia?," soal penulis blog tersebut, Pian Kia Liao.

Beliau memberi sebab bahawa kemungkinan maklumat menerusi emel yang dihantar akan mudah diakses Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Sekiranya anda menggunakan Emel 1Malaysia, anda telah masuk perangkap pihak berkuasa di mana kebebasan bersuara melalui email mudah disekat. Pihak berkuasa mudah mengesan anda," tulisnya.

Katanya lagi, emel 1Malaysia juga berkemungkinan membawa virus atau perinsian pengintip (spyware) yang mudah diserang dan mengawal komputer sewaktu pengguna melayari internet.

Pihak Umno-BN katanya, akan mudah menyebarkan alamat emel kepada blogger upahan Umno yang melakukan serangan kepada pembangkang.

"Sekiranya menggunakan email 1Malaysia, mesej dan attachment boleh/akan dijadikan bahan bukti di mahkamah. Segala maklumat peribadi tidak diberi jaminanan, mungkin akan tersebar keluar tanpa disedari oleh anda sendiri.

"Inilah peluang untuk pihak kerajaan memboroskan wang rakyat dimana Tricubes Berhad dijadikan wakil untuk menyuapkan wang cukai rakyat. Kerajaan tidak patut memboroskan wang sebanyak RM50 juta. Lebih baik wang sebanyak ini disumbang untuk menolong kaum miskin.

"Menggunakan email 1Malaysia diumpamakan sebagai masuk mulut harimau, menunggu masa untuk ditelan. Bahaya dan risikonya amat tinggi sekirannya anda adalah blogger yang menentang Umno-BN Jangan melanggan Emel 1Malaysia demi keselamatan dan ketenangan diri anda," tulisnya.

Projek emel 1Malaysia itu sebelum diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ia dilaksanaka sebuah syarikat IT bermasalah dari sudut operasi kewangan iaitu Tricubes Bhd, sebuah syarikat yang dikategori sebagai syarikat GN3 di Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, berkata, projek itu akan tetap dilancarkan Julai ini, dengan mensasarkan 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun. Agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=13019

Kenyataan bersama antara Paderi-paderi Kristian Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng

Posted: 09 May 2011 05:33 AM PDT

Kenyataan bersama antara Paderi-paderi Kristian Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng di Komtar, Pulau Pinang pada hari Isnin, 9hb Mei 2011:

DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah meminta paderi- paderi Kristian berdoa meminta Tuhan untuk campur tangan dalam usaha untuk membentuk Malaysia sebagai negara Kristian ataupun mempunyai Perdana Menteri Kristian.

Paderi Kristian dan pihak Gereja selalunya berdoa agar diberi keberkatan kepada negara, keamanan dan kehidupan yang lebih baik, penyatuan dan keharmonian di antara semua bangsa dan kepimpinan yang jujur dan adil.

Pihak paderi dan gereja dibelenggu kekecewaan berikutan dakwaan penipuan tersebut yang dilaporkan di media massa. Kami dengan tulus mendesak agar Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang mencetak dan menyebarkan pembohongan berbahaya seperti yang telah menganggu keharmonian kepelbagaian agama daripada pelbagai masyarakat, mencetuskan rasa takut dan gelisah di kalangan rakyat Malaysia terutama di kalangan penganut Kristian.

Kami melahirkan keprihatinan bahawa Utusan Malaysia menyebarkan pembohongan yang sungguh bahaya yang boleh menyebabkan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian dan juga membolehkan perasaan kebencian diwujudkan terhadap penganut agama Kristian yang boleh menyebabkan implikasi- implikasi yang tidak diingini.

Ketua Menteri Pulau Pinang akan terus mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Kristian, Ketua Paderi ataupun Paderi seperti mana perjumpaan yang dilakukan terhadap ulama-ulama Islam, sami-sami Buddha atau Hindu selaras dengan tanggungjawab saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

UMNO sangat lemah disebabkan oleh pemimpin-pemimpin yang lemah - Mahathir

Posted: 09 May 2011 04:25 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju dengan pandangan bekas ketua parti itu, Tun Dr Mahathir Mahathir bahawa komponen teras BN itu kini lemah sambil menambah, ia perlu menjauhkan diri daripada "hubungan-hubungan yang lemah."

Semalam, bekas presiden Umno itu berkata parti itu sangat lemah sekarang disebabkan kewujudan pemimpin-pemimpin lemah, yang tidak lagi berjuang untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Dr Mahathir juga memberi amaran BN akan berhadapan lagi dengan prestasi buruk yang disaksikan pada pilihan raya 2008 jika parti itu tidak menjauhkan diri daripada rasuah dan nepotisme.

Bagaimanapun Tengku Adnan mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dan menekankan presiden sedang bekerja keras untuk memperkukuhkan parti.

"Ya, ia perkara baik yang dikatakan oleh bekas presiden saya. Beliau adalah betul. Ada beberapa hubungan lemah dalam Umno sendiri di mana presiden sedang berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan itu.

Dr Mahathir memimpin Umno selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

"Itu sebabnya perdana menteri mengambil tindakan tegas," kata beliau.

Sebenarnya kata Adnan, Najib sendiri mahu meminda perlembagaan Umno dan mahu memudahkannya mudah agar undi akar umbi tinggi.

"Saya memberitahu beliau bahawa ia kemungkinan satu masalah bagi penyandang. Beliau berkata tidak dan biarkan agar ia lebih bebas," kata beliau kepada pemberita pada sidang media hari ini.

Akhir 2009, Umno meminda perlembagaannya dan memansuhkan sistem kuota.

Pindaan itu membolehkan 60,000 perwakilan berbanding 2,600 sebelum itu.

"Ini perkara-perkara yang saya percaya orang ramai akan faham apa yang presiden sedang cuba lakukan.

"Ya, saya tidak boleh menafikan ada kelemahan hubungan, bukan sahaja bagi Umno, tetapi juga Barisan Nasional, malah pembangkang juga lemah berbanding dengan kita buat masa sekarang," katanya.

Amaran Dr Mahathir itu mirip kritikan yang beliau pernah melontarkan ke arah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi beberapa tahun selepas melepaskan jawatannya pada Oktober 2003.

Abdullah meletakkan jawatan pada 2009 dengan menyambut baik kepimpinan Najib.

Tengku Adnan mengulangi bahawa Najib melakukan sedaya upaya bagi Malaysia menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bagi Melayu tetapi juga bagi komuniti-komuniti lain agar turut berbangga.

"Ia adalah cabaran sebenar ketika harga barangan dan minyak semakin meningkat. Tolong berikan perdana menteri satu peluang dan saya percaya beliau sedang cuba sedaya upaya," katanya.

Bagaimanapun Tengku Adnan enggan mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa kerajaan harus menangguhkan pilihan raya umum.

Katanya, perkara itu akan ditentukan oleh Najib.

Hidup Najib Hidup Rosmah ... HIdup 1Malaysia .. Rakyat didahulukan ... esok gula naik 2 kupang/kilo

Posted: 09 May 2011 03:58 AM PDT

By LESTER KONG

KUALA LUMPUR: The price of sugar (coarse and fine) will go up by 20 sen to RM2.30 per kg from Tuesday.

The subsidy rationalisation would save the government RM116.6mil but it would still be footing a subsidy bill of RM283.4mil subsidy bill, said Dosmetic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry secretary-general Datuk Mohd Zain Mohd Dom on Monday.


The last sugar price rise was Jan (20 sen), July (25 sen) and Dec (20 sen) last year.

STONE : Maaf na bukan KENAIKAN tapi PENYELARASAN ... HAHAHA penyelarasan kepala bapak depa ... pi mai pi mai kena kat depa juga ... ni yang kata HARAMJADAH

Polis ugut letak parang, dadah dalam kereta saya - Chia

Posted: 09 May 2011 03:26 AM PDT

Seorang peniaga, Chia Buang Hing memberitahu mahkamah hari ini bagaimana selepas dia dipukul teruk, pegawai polis Norzali Rosle mengugut untuk meletak parang dan dadah dalam keretanya, jika dia enggan memenuhi tuntutannya.

Chia berkata, jika dia tidak mengatakan bahawa kecederaannya adalah disebabkan satu pelanggaran kereta dan dia dipukul oleh pembuli jalan raya, Norzali akan meletak parang dan dadah dalam keretanya.

Menurutnya lagi, Norzali berkata dia akan menyumbatnya ke penjara untuk tempoh yang lama dan dia (Chia) tidak akan terlepas dari tahanan polis.

Chia - seorang membuat bingkai - memberi keterangan dalam perbicaraan lima anggota polis yang dituduh menyebabkan kecederaan ke atasnya.

Dia juga mendakwa telah dibelasah oleh polis selepas dia ditahan di satu sekatan jalan di Damansara Mutiara, Petaling Jaya pada 18 Disember tahun lepas. - mkini

Johor bakal muflis 2012? -

Posted: 09 May 2011 12:54 AM PDT

JOHOR BAKAL MUFLIS 2012

Mengejutkan! Sebagai salah sebuah negeri yang dianggap maju di Malaysia dengan jumlah pelaburan berbilion setahun, kenyataan di atas mungkin disangka keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat Johor.

Bagaimana Johor boleh muflis? Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion.

Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor? JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.

Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis? Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012.
Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58 billion!

Bolehkah JCorp membayar hutangnya menjelang 2012? Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Diulang "sebelum cukai". Ini bermakna menjelang 2012 , dijangkakan JCorp hanya akan mampu menyediakan RM1.5 billion bagi menebus bayar bon.

Apa implikasi kepada kerajaan negeri? Sebagai penjamin, kerajaan negeri harus menanggung beban hutang JCorp yang tidak mampu dibayar sebanyak RM2 billion. Kegagalan untuk berbuat demikian, kerajaan negeri boleh diheret ke mahkamah dan diisytiharkan MUFLIS!

Bolehkah kerajaan negeri menampung hutang JCorp sebanyak RM2 billion? Dengan keadaan belanjawan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan) yang dialami oleh kerajaan negeri dan nisbah kecairan tunai yang kecil sekitar RM201.53 juta (tunai RM36.37 juta & pelaburan RM165.16 juta), untuk menampung kos pentadbiran sahaja kerajaan negeri dijangkakan mampu bertahan selama 3 bulan.

Apakah cara atau jalan yang digunakan oleh kerajaan BN Johor bagi menyelamatkan keadaan? Menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik rakyat Johor. Antara hartanah yang dipercayai telah dijual ialah:

1. Menara Pejabat Plaza Kotaraya dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB)

2. Tapak CIQ Stulang juga dijual kepada IIB

Malah jika anda sering melalui jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara, anda mungkin perasan papan tanda Johor Tenggara Oil Palm (JTOP) telah digantikan dengan papan tanda Tradewind. Apakah ini juga bermakna JTOP juga telah dijual?

Selepas ini apa pula yang akan dijual? Aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah dan pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN! -   AMK Johor

Guru, 33 rogol murid tingkatan 3

Posted: 09 May 2011 12:40 AM PDT

KUANTAN: Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut.

"Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa telah beredar dari rumah itu.

"Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Mohd Haris berkata guru berkenaan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan keluarganya tinggal di Kedah.

Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada salah seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga.

Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis semalam.- BERNAMA